pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

10

Click here to load reader

Upload: wana-ariza

Post on 09-Aug-2015

78 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

1.0 Pengenalan

Kejayaan sesuatu sistem pendidikan dinilai melalui tahap pembelajaran dan

perkembangan pelajar semasa mereka melalui sistem tersebut (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2013a). Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik

darjah merupakan komponen yang paling sesuai untuk menguji tahap pembelajaran

dan perkembangan pelajar. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan

kelemahan pelajar secara berterusan (Noor Azreen dan Sulaiman, 2013a).

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada

perkataan Greek “Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi” (Jamil, 2011).

Pentaksiran ialah pelbagai prosedur untuk mendapatkan informasi tentang tahap

prestasi seseorang pelajar (Azman, 2014). Airasian (2004) menyatakan bahawa

pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interpretasi maklumat di mana

pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru

dalam membuat keputusan pembelajaran.

Penilaian, pengukuran dan pengujian merupakan komponen-komponen

penting dalam pentaksiran. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah ini mempunyai

makna yang lebih spesifik dan mempunyai perbezaan antara satu sama lain.

Pengujian mempunyai maksud yang lebih sempit dan khusus. Nordin (2011a)

menyatakan bahawa pengujian adalah prosedur yang sistematik untuk mengukur

tingkah laku seseorang terhadap pembelajarannya. Menurut Hart (1994), ujian

merupakan alat pengukuran untuk mentaksir dan merekod pembelajaran pelajar.

Pengujian adalah cara yang biasa digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang

pencapaian pelajar.

Page 2: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

Manakala pengukuran mempunyai maksud yang lebih luas daripada pengujian.

Pengukuran ialah suatu proses di mana kita memperolehi huraian secara perangkaan

tentang sesuatu ciri yang dimiliki oleh seseorang individu (Azman, 2014a). Nordin

(2011b) menyatakan bahawa pengukuran adalah satu proses untuk menghasilkan nilai

kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan pelalajar dalam

pembelajaran.

Penilaian pula adalah proses memperolehi maklumat dan menggunakannya

untuk membuat pentafsiran dan keputusan (Nordin, 2011c). Menurut Azman (2014b),

dalam bilik darjah, penilaian merupakan suatu proses yang sistematik untuk

menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Secara

ringkasnya, penilaian merangkumi tugas menguji dan mengukur.

Sebagai contoh, guru menjalankan ujian bertulis untuk menguji pelajar.

Manakala proses mengukur pencapaian dilakukan apabila guru memberi markah 72%

dan gred B kepada seorang pelajar. Proses menilai pula berlaku apabila guru

memberitahu pelajar tersebut bahawa usahanya baik dan mendapat keputusan yang

cemerlang.

2.0 Pentaksiran Tradisional

Pentaksiran tradisional adalah pentaksiran yang telah lama digunakan untuk menguji

pencapaian pelajar di negara kita. Peperiksaan merupakan kaedah utama yang

digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia

untuk tempoh lebih daripada 50 tahun (Rohaya Talib, 2009). Pentaksiran tradisional

merupakan pentaksiran berbentuk pensil dan kertas atau lebih dikenali sebagai ujian

Page 3: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

bertulis. Pentaksiran ini memerlukan calon untuk menguasai kemahiran membaca

arahan, kefahaman soalan dan kemahiran menulis dengan menggunakan alat tulis.

Pentaksiran tradisional biasanya diamalkan dalam bilik darjah secara blok

masa dan mempunyai tempoh tertentu. Pentaksiran ini sesuai ditadbir secara ramai

dan menguji bidang secara luas. Contohnya, ujian Matematik dijalankan selama 2 jam

dan menguji daripada bab 1 hingga bab 4.

Peperiksaan atau ujian bertulis merupakan kaedah yang digunakan dalam

proses pentaksiran tradisional. Sesuatu peperiksaan selalunya mengandungi beberapa

siri ujian yang terancang untuk menguji keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran (PdP). Oleh itu, peperiksaan hanya sesuai digunakan untuk mentaksir

domain kognitif sahaja iaitu kebolehan mental seseorang. Dua domain yang lain iaitu

domain afektif dan domain psikomotor kurang sesuai ditaksir menggunakan kaedah

peperiksaan. Perkara-perkara berkaitan emosi dan aktiviti fizikal tidak dapat ditaksir

menggunakan pentaksiran tradisional.

Menurut Kalam (2011a), peperiksaan selalu dikatakan tidak lengkap kerana

tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan perkembangan dan

peningkatan potensi pelajar. Pentaksiran tradisional juga gagal kerana tidak

mengambil kira tentang pencapaian secara holistik dan bagaimana pelajar berupaya

bekerja secara berkumpulan (Moore, 2003). Kaedah peperiksaan memerlukan pelajar

memilih daripada jawapan yang telah diberikan seperti yang lazimnya dilakukan pada

ujian aneka pilihan. Kaedah ini tidak memerlukan pelajar untuk bekerja secara

berkumpulan sebaliknya hanya bersendirian untuk memilih jawapan yang paling tepat.

Berbeza dengan pentaksiran alternatif termasuk membuat portfolio (kerja

kursus), pameran, dan persembahan lisan yang memerlukan pelajar untuk bekerja

Page 4: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

secara berkumpulan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pentaksiran

alternatif menghendaki pelajar untuk menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang

mana tidak dapat dinilai dengan menggunakan ujian yang ditetapkan masa seperti

pentaksiran sumatif (Noor Azreen dan Sulaiman, 2013b).

Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya

mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata

(Begum dan Farooqui, 2008). Pelajar hanya mengingat dan menghafal fakta supaya

dapat menjawab soalan yang dikemukakan di dalam peperiksaan. Pernyataan ini

disokong oleh Dikli (2003) yang menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering

memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran,

yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Selain itu, Law dan Eckes

(1995) juga menunjukkan bahawa kebanyakan ujian yang seragam mentaksir hanya

kemahiran berfikir pelajar yang rendah.

3.0 Isu berkaitan pentaksiran

Pentaksiran berasaskan peperiksaan

Menurut Peter Groontenboer (2004) (dalam Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010)),

soalan berbentuk peperiksaan dilatih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran

(PdP). Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu

mengajar. Murid-murid diberi latih tubi dan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun

lepas sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini menyebabkan guru

Page 5: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

tidak mengajar berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh

Pusat Perkembangan Kurikulum tetapi mengikut peperiksaan (Kalam, 2011b).

Menurut Zaleha & Arinah (2010), pembelajaran terlalu menumpukan kepada

pengiraan dan penggunaan rumus. Pelajar diajar untuk menggunakan rumus untuk

menjawab soalan Matematik tanpa memahami bagaimana cara mendapatkan rumus

tersebut dan mengapa rumus tersebut digunakan. Pengajaran seperti ini tidak

menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat sebaliknya

pelajar hanya belajar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Menurut

Wang (2004) (dalam Daliyanie (2011)), pelajar seolah-olah dibentuk melalui mesin.

Guru hanya memberi penekanan kepada produk akhir dan mengabaikan proses

pembelajaran pelajar.

Keadaan ini dikatakan akan membunuh keseronokan dan kemeriahan alam

persekolahan sehingga sekolah disamaertikan dengan belajar untuk menghadapi

peperiksaan (Adi, 2007). Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)

hanya berlaku secara sehala dan menyebabkan kemahiran dan pemikiran pelajar

seolah-olah disekat. Guru memberi maklumat dan pelajar hanya menerima sahaja.

Kaedah pengajaran ini menyebabkan proses pembelajaran menjadi pasif. Menurut

Daliyanie (2011a), pelajar hanya menyelesaikan masalah matematik yang diberi tanpa

menyedari mereka bahawa mereka boleh mengembangkan idea dan kemahiran yang

ada dengan berfikir dengan lebih mendalam.

Menurut Daliyanie (2011b),

Penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada buku sebagai bahan

rujukan kedua selepas guru. Pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada

dan terhad untuk mengatasi masalah tertentu sahaja. Kaedah ini dilihat seolah-

olah pembelajaran yang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar.

Pembelajaran seperti ini tidak mempedulikan isu-isu semasa yang dipisahkan

dengan pembelajaran. Ini menjarakkan lagi pembelajaran dengan dunia realiti.

Page 6: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

Pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan isi kandungan dilihat memisahkan

Matematik dengan kehidupan. Hal ini kerana pengajaran yang hanya memberi

penekanan kepada pengetahuan kandungan akan melahirkan pelajar yang cekap

bermatematik sahaja tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalam matematik

ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat (Mat

Rofa (2002) dalam Daliyanie (2011)). Matematik akan dilihat sebagai mata pelajaran yang

tidak mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan seharian.

Kelemahan pentaksiran berasaskan peperiksaan yang paling ketara ialah

keputusan peperiksaan terlampau dititikberatkan. Pelajar berlumba-lumba untuk

memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga menyebabkan

ada di antara mereka yang sanggup membunuh diri apabila tidak mendapat keputusan

yang diharapkan. Pelajar yang gagal mendapat A dalam mata pelajaran tertentu

dikatakan gagal dalam pembelajarannya (Kalam, 2011c). Hal ini kerana

kecemerlangan seseorang pelajar diukur berdasarkan jumlah A yang diperolehinya

dalam peperiksaan awam.

Selain itu, pihak pentadbiran sekolah yang terlalu menitikberatkan keputusan

peperiksaan mengakibatkan pelajar yang berprestasi rendah seringkali diabaikan.

Golongan ini akan hilang minat untuk belajar dan menyebabkan sebahagian besar

daripada mereka tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana

tidak mendapat dorongan daripada guru dan pihak sekolah. Sekiranya situasi ini

berterusan, sekolah tidak lagi mampu untuk melahirkan pelajar yang berintelek dan

berkemahiran seterusnya menyebabkan negara akan kekurangan tenaga kerja yang

berkebolehan tinggi yang dapat membantu negara untuk bersaing dengan negara-

negara luar.

Page 7: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

4.0 Rumusan

Sejak tahun 1990, sektor pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat dalam

meningkatkan kualiti dalam pendidikan. Namun begitu, masih banyak yang perlu

dilaksanakan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang setara

dengan negara maju dan bertaraf dunia (Daliyanie, 2011c).

Kurikulum dan pentaksiran mesti selaras dengan tanda aras antarabangsa bagi

memastikan murid di negara ini memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang perlu

untuk berjaya pada abad ke-21 dan seterusnya. Hal ini perlu seiring dengan semangat

untuk pembelajaran sepanjang hayat. Selain pembelajaran akademik, kurikulum perlu

memberikan tumpuan kepada aspek kerohanian serta kebolehan dari segi kesenian dan

sukan untuk pembangunan murid secara holistik (Kementerian Pendidikan Malaysia

(2013b).

Hal ini penting kerana pentaksiran tidak seharusnya hanya terhad untuk

menguji domain kognitif semata-mata tetapi turut memberi penekanan kepada domain

afektif dan psikomotor agar dapat melahirkan yang seimbang dari segi rohani, jasmani,

emosi intelek dan sosial. Walau bagaimanapun, cabarannya ialah peperiksaan awam

yang dilaksanakan sekarang tidak menguji kesemua kemahiran yang dihasratkan

dalam sistem pendidikan negara.

Namun begitu, peperiksaan awam yang bercorak sumatif tidak sepatutnya

berimpak negatif terhadap murid. Pentaksiran tradisional juga mempunyai kelebihan

kerana lebih objektif, boleh dipercayai, dan juga sah, Ini dapat dilihat daripada ujian

sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu (Noor Azreen dan

Sulaiman, 2013c).

Page 8: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan melaui Sistem Pentaksiran

Pendidikan Kebangsaan (SPPK) secara dasarnya dapat mengubah pengiktirafan

keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata dan mengurangkan tekanan

kepada murid, ibu bapa dan guru bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan

khususnya (Mazlini dan Noorfazelawati, 2014a).

Menurut Mazlini dan Noorfazelawati (2014b),

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem

pentaksiran yang ditambahbaik dalam transformasi pendidikan. SPPK

merupakan transformasi daripada sistem yang berorientasikan pencapaian

dalam ujian dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya

ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan

kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.

Peperiksaan awam tidak seharusnya dimansuhkan kerana masyarakat di Malaysia

sudah lazim dengan pentaksiran tradisional sejak zaman selepas merdeka lagi. Sistem

peperiksaan awam hanya perlu ditambahbaik agar tidak terlalu berorientasikan

peperiksaan semata-mata. Kesimpulannya, pelajar perlu ditaksir dengan mencapai

kejayaan dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap

yang terpuji (Noraini, 2005) dan tidak hanya berlandaskan pencapaian mereka dalam

peperiksaan semata-mata.

Page 9: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

Rujukan

Adi Badiozaman Tuah (2007). National educational assessment system: A proposal

towards a more holistic education system in Malaysia. International Forum on

Educational Assessment System organized by the Malaysian Examinations

Syndicate, 8 May 2007, Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Airasian, P. W. (2004). Classroom assessment: concept and applications (the d.):

McGraw-Hill.

Azman Fadzil (2014). Konsep pengukuran dan skala pengukuran. Diperoleh pada

April 17, 2015 daripada http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic1.pdf

Daliyanie (2011). Pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam

Matematik di peringkat sekolah menengah. Tesis sarjana muda, Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

Dikli, S. (2003). Assessment at a distance: tradisional vs. alternative assessment. The

Turkish Online Journal of Education Technology-TOJET, 2(3).

Hart, D. (1994). Authentic Assessment: a handbook for educaters. Assessment

Bookshelf Series. New York: Dale Seymour Publications.

Jamil Adimin (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Diperoleh pada April, 15 daripada

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPen

didikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm

Kalam Abu Adib (2011). Peperiksaan Vs Pentaksiran. Diperoleh pada April 21,

2015 daripada http://kalamabuadib.blogspot.com/2011/04/peperiksaan-vs-

pentaksiran.html

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan

Page 10: Pentaksiran berorientasikan peperiksaan report

Malaysia (PPPM) 2013-20125. Diperoleh pada April 1, 2015 daripada

http://www/moe/gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-

BlueprintExecSummary-BM.pdf

Law, B., dan Eckes, M. (1995). Assessment and ESL: on the yellow big road to the

Withered of Oz: Peguis Publishers.

Mazlini Adnan dan Noorfazelawati Abd. Kadir (2014). Amalan pentaksiran

berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru Matematik sekolah

menengah. Jurnal pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, Jilid 4, 59-69.

Noor Azreen bt Abd Aziz & Sulaiman bin Yamin (2013). Pentaksiran alternatif:

menuju ke arah transformasi sistem pentaksiran di Malaysia. Diperoleh pada

April 15, 2015 daripada

http://www.academia.edu/1515904/Pentaksiran_Alternatif_Menuju_ke_Arah

_Transformasi_Sistem_Pentaksiran_di_Malaysia

Noraini Idris (2005). Peranan Ibu Bapa dalam Pelaksanaan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jurnal

Pendidikan, Jilid. 24, hlm.117-132.

Nordin Tahir (2011). Pengujian, pengukuran dan penilaian. Diperoleh pada

April 17, 2015 daripada http://www.amaljaya.com/guru/wp

content/uploads/2011/09/pengujian-pengukuran-penilaian.pdf

Zaleha Ismail dan Arinah Zaidan (2010). Pembangunan ruangan rekreasi dan

aplikasi seharian dalam majalah web dinamik ‘Dunia Matematik’. Diperoleh

pada April 15, 2015 daripada http://eprints.utm.my

/10494/1/PEMBANGUNAN_RUANGAN_REKREASI_DAN_APLIKASI_

KEHIDUPAN_SEHARIAN_DALAM_MAJALAH_WEB_DINAMIK.pdf