pentaksiran berasaskan sekolah.docx

Upload: izzat-asyraf

Post on 17-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )

1.0 Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah . terdapat beberapa komponen PBS dalam pentaksiran kebangsaan iaitu, Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik.Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

2.0 Mengapakah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan di SekolahSetiap sistem pendidikan yang dijalankan tersebut mempunyai sebab-sebab tertentu dalam meningkatkan tahap akademik para pelajar. Oleh itu, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ini di sekolah rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012 berdasarkan Akta Pendidikan dan mesyuarat jemaah menteri.Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian 11, Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :a) Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;b) Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; danc) Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.Seterusnya pula ialah mesyuarat jemaah menteri merupakan salah satu punca kuasa yang menyebabkan perlaksanaan sistem PBS ini. Sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) dilaksanakan dengan memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of learning).Perbezaan Pentaksiran/Pengukuran/PengujianJenis / PerbezaanPengujianPengukuranPentaksiran

PengertianProses menentukan perubahan tingkah lakuProses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajarProses membuat analisi dengan mentafsir hasil pengukuran

TujuanMenentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaranMembuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dalam penguasaan pembelajaranMemberi maklumat tentang penncapaian pelajar,objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum

KegunaanUntuk menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuaiUntuk pengelasan, pensijilan dan menempatkan pelajar dalam jurusan yang sesuai dan untuk penyelidikanUntuk membaiki rancangan mengaar,kurikulum, pengesan punca kelemahan dan membuat ramalan

BentukPemerhatian,ujian, lisan dan bertulisUjian bertulis dengan markah dan gredJadual / gred berdasarkan teknik perangkaan

MasaSelepas sesuatu atau beberapa pelajaranSelepas beberapa pelajaranSebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa pelajaran

Proses Perlaksanaanpersediaan ujianpentadbiranpemeriksaanProses pengujianmerekod markah/gredProses pengukuranProses penganalisaanProses interpretasiMelapor tindaka

Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) telah mengeluarkan:a) Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 -KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh 22Februari 2011.b) Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011: Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 -KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh 14 Februari 2011.

c) Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.d) Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011:Penggunaan Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

3.0 Kelebihan dan Kekurangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

3.1 Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

A. Pentaksiran Rujukan StandardPentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan kepada Penilaian Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard menggunakan Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

B. Murid-murid dinilai secara adil dan saksamaSelain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

C. Mendidik guru berintegritiDisamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah mendidik guru berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran, ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang individu. Guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian, dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid dengan penuh ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang guru tersebut. Penilaian berasaskan sekolah ini memerlukan kejujuran, keutuhan mental dan fizikal, kesempurnaan dalam melakukan tanggungjawab dan tulus adalah penting bagi melancarkan lagi proses tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan Negara kita.

D. Mudah merujuk pencapaian muridSeterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam sesebuah kelas mahupun sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh itu, jika ingin membuat perbandingan pencapaian yang lepas dengan yang terbaru guru hanya perlu membuka data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini, terlalu mudah untuk guru membuat laporan dan tidak perlu membelek-belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain itu, guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan lemah. Dari situ, guru-guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid yang lemah kearah cemerlang dan meningkat dalam pencapaian pembelajaran mereka.

E. Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaranKelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Melalui proses penilaian berasaskan sekolah ini, akan berlaku pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid. Pertumbuhan menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihal atau proses tumbuh (tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang), tumbesaran. Oleh itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala, perkembangan pula mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak. Daripada maksud ini, boleh dirumuskan perkembangan adalah proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif. Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid akan bertambah pengetahuan am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih banyak mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda mereka. Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna berusaha untuk menerokai ataupun menanyakan guru. Oleh itu, perkembangan dan pertumbuhan murid-murid semakin cemerlang.

4.0 Aktiviti dalam Pengajaran dan PembelajaranA. Aktiviti MembacaGuru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-murid. Murid yang terdedah kepada pembelajaran ke arah pembacaan yang aktif akan lebih bersifat survival, berdikari dan lebih bijak dalam proses berfikir dan penyelesaian masalah (Raja Abdullah Yaacob : 2008). Guru-guru boleh merancang P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif dalam bentuk kerja kursus, tugasan pembentangan, gerak kerja berkumpulan, berkongsi artikel, majalah atau akhbar dalam kelas, bicara buku, pertandingan bercerita, aktiviti drama atau persembahan boneka. Dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), aktiviti pengayaan pembacaan aktif seperti lakonan, bercerita, forum, debat, sketsa dan pembentangan sewajarnya disuburkan semula di sekolah-sekolah.Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid untuk membaca. Contoh aktiviti membaca yang boleh dianjurkan ialah:i. Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas.ii. Membaca secara korus di hadapan kelas.iii. Membaca secara individu di hadapan kelas.iv. Membaca dalam kumpulan.v. Sesi bercerita berpandukan bahan bacaan dari Pusat Sumber Sekolah

Contoh aktiviti :Kelas : 2 MawarKemahiran : MembacaStandart : Band 1 (Tahu)Pernyataan Standart: Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

Tindakan GuruSebelum Guru menyediakan RPH. Menyediakan Alat Bantu Mengajar. Memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aktiviti yang bakal dijalankan. Meminta murid untuk membawa buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2 ketika kelas diadakan. Semasa Meminta murid untuk membuka buku teks pada halaman 3: BERTANDANG KE RUMAH SABRINA Memberi masa kepada murid untuk membaca teks Bertandang ke rumah Sabrina. Guru dan murid akan bersoal jawab. Kemudian guru akan meminta murid untuk menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai. Guru mendengar tuturan murid di dalam kelas.

Selepas Guru akan membuat penilaian dengan teliti. Kemudian guru akan mengelaskan pelajar kepada baik, sederhana dan lemah. Markah penilaian murid akan direkodkan oleh guru.

Tindakan MuridSebelumMembuat persediaan sebelum memulakan aktiviti.Membawa buku teks seperti yang diminta oleh guru.SemasaMurid membuka buku teks pada halaman 3 seperti yang diarahkan oleh guru di dalam kelas.Murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk membaca teks yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2.Murid akan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.Seorang demi seorang murid akan menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai. SelepasMurid akan dinilai oleh guru.Selepas itu, murid akan diberitahu pencapaian mereka dalam aktiviti membaca.Murid yang lemah akan mengulang band. Manakala murid yang baik akan meneruskan ke band 2.

Murid yang lemah akan dinilai sehingga melepasi band dan layak untuk pergi ke band seterusnya.

Penilaian Kemahiran Membaca:Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Ciri-ciri Penilaian Membaca:1. Merupakan satu proses yang berterusan.2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.5. Terbuka dan tiada batasan.6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.

Matlamat Dalam Penilaian Kemahiran Membaca Dibahagikan Kepada 3:1. Matlamat Persepsi.2. Matlamat Kognitif.3. Matlamat Afektif.

Matlamat Persepsi:1.Dalam penilaian, murid-murid harus prihatin terhadap kebolehubahan.2.Mereka boleh menyesuaikan kadar membaca dan peka terhadap sesuatukonsep perkataan.

Matlamat Kognitif:1.Untuk mencapai matlamat ini dalam penilaian,keprihatinan harus ditumpukan terhadap jenis aras pemukiran yang digunakan semasa membaca.

Matlamat Afektif:1. Penilaian ini harus menimbulkan perasaan dan sikap murid terhadap bahan yang dibaca.2. Murid-murid dinilai secara berterusan dengan jujur dan adil agar pelajar dapat mengalami setiap aras kesukaran iaitu dari mudah kepada kompleks.

Proses Penilaian Membaca dibahagikan kepada 3:1. Mengenal pasti idea keseluruhan.2. Mengenal idea utama dan sokongan.3. Membuat ramalan dan kesimpulan.Mengenal pasti idea keseluruhan:a. Mesej utama yang disampaikan penulis.b. Mengesan pandangan, pendapat ,emosi penulis.c. Kenal pasti prinsip penulisan:-Pengelasan mengikut kronologi.- Pengelasan mengikut hierarki.- Pengelasan mengikut ciri-ciri.

Mengenal idea Utama dan Keterangan:a. Idea Utama.-satu atau lebih idea utama.-satu idea utama dalam satu perengganb. Sokongan-Huraian atau keterangan yang menyokong idea utama.-Disertai dengan contoh-contoh.Membuat Ramalan dan Kesimpulan:a. Dibuat sesudah pembaca mengesan isi tersirat.b. Mesti baca dan teliti seluruh teks.c. Tidak semestinya disokong dengan contoh dan keterangan.d. Lahir daripada resolusi dan kefahaman pembaca.Secara kesimpulan, penilaian kemahiran membaca juga dianggap sebagai salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ianya adalah penting bagi tujuan mengesan tahap kemajuan atau pencapaian kemahiran membaca bagi setiap murid-murid.

5.0 KesimpulanSebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini.Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.

6.0 RujukanKementerian Pelajaran Malaysia (2013). Lamanweb rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses daripada http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=353:pentaksiran berasaskan-sekolah&catid=19Sumber diakses daripada http://smkvaldor.blogspot.com/2013/03/apa-itu-pentaksiran berasaskan-sekolah.html