pentaksiran berasaskan sekolah

11
Tugasan 1 ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Assalamualaikum dan salam sejahtera..di sini kami ada memuat naik tugasan 1 kami. Tajuk tugasan 1 kami ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) 1.0 Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah . terdapat beberapa komponen PBS dalam pentaksiran kebangsaan iaitu, Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan

Upload: nanthini-panirselvam

Post on 15-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PBS

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tugasan 1 ( Pentaksiran Berasaskan Sekolah)Assalamualaikum dan salam sejahtera..di sini kami ada memuat naik tugasan 1 kami. Tajuk tugasan 1 kami ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )

1.0  Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang

bersifat holistik, iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan

rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS

dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk

melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa

proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang

dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

terdapat beberapa komponen PBS dalam pentaksiran kebangsaan iaitu,

Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), dan Pentaksiran Psikometrik.

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan

dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh

digunakan ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan

tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di

peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut

mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan

di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,

penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan

permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan

sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid

tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah

dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired

ability) semulajadi  murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan

Page 2: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran

ini tidak berasaskan kurikulum.

2.0  Mengapakah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan di

Sekolah

Setiap sistem pendidikan yang dijalankan tersebut mempunyai

sebab-sebab tertentu dalam meningkatkan tahap akademik para pelajar.

Oleh itu, pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ini di sekolah

rendah mulai tahun 2011 dan peringkat menengah rendah mulai tahun

2012 berdasarkan Akta Pendidikan dan mesyuarat jemaah menteri.

Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan

pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian 11, Perkara 3

yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :

a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat

analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;

b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut

peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan

pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan,

garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

Seterusnya pula ialah mesyuarat jemaah menteri merupakan salah

satu punca kuasa yang menyebabkan perlaksanaan sistem PBS ini.

Sewaktu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah

bersetuju supaya penambahbaikan Sistem Pentaksiran Pendidikan

Kebangsaan (SPPK) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) dan

Penilaian Menengah Rendah(PMR) dilaksanakan dengan memberikan

penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for

learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran(assessment of learning).

Selaras dengan arahan itu, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian

Pelajaran Malaysia(KPM) telah mengeluarkan:

a.    Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1Tahun 2011:

Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Ujian Pencapaian

Page 3: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sekolah Rendah Mulai Tahun 2011 -KP.LP.003.07.14 (3) bertarikh

22Februari 2011.

b.    Pindaan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2011:

Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan Bagi Penilaian

Menengah Rendah (PMR) Mulai Tahun 2012 -KP.LP.003.07.14 (2) bertarikh

14 Februari 2011.

c.    Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011: Pemakluman

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah dan Menengah

Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (1) bertarikh 29 Julai 2011.

d.    Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 6 Tahun 2011:Penggunaan Buku

Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sekolah Rendah -KP.LP.003.07.14.05 (3) Bertarikh 15 September 2011.

3.0  Kelebihan dan Kekurangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS)

3.1  Kelebihan Penilaian Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Rujukan Standard

Pentaksiran Rujukan Stardard diperkenalkan dan merupakan kelebihan

kepada Penilaian Berasaskan Sekolah. Pentaksiran Rujukan Standard

menggunakan Stardard Prestasi demi untuk menambahbaikan kepada

pentaksiran sekolah sedia ada. Melalui kaedah ini, guru dapat melihat

kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi

seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang

sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai

sesuatu yang telah dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi

yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang

dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama

Selain itu, kelebihan penilaian berasaskan sekolah ialah murid-murid

dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat

Page 4: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri

tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu

mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif

dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang

murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali,

memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai

insane yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk

menyumbang kepada pembangunan Negara dan bangsa mengikut

keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Mendidik guru berintegriti

Disamping itu juga, kelebihan penilaian berasaskan sekolah adalah

mendidik guru berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam

Kamus Dwibahasa DBP, 1985, integrity ialah kejujuran, ketulusan,

kesempurnaan dan keutuhan. Oleh itu, integrity adalah merujuk kepada

prinsip moral bagi seseorang individu. Guru sebagai penjawat awam

perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggunjawabkan

mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal demikian, dengan

melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap murid-murid

dengan penuh ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integrity seseorang

guru tersebut. Penilaian berasaskan sekolah ini memerlukan kejujuran,

keutuhan mental dan fizikal, kesempurnaan dalam melakukan

tanggungjawab dan tulus adalah penting bagi melancarkan lagi proses

tersebut. Maka, tanggungjawab seseorang guru amat berat dalam

mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk

melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan Negara kita.

Mudah merujuk pencapaian murid

Seterusnya ialah mudah untuk merujuk pencapaian murid dalam

sesebuah kelas mahupun sekolah. Sistem penilaian berasaskan sekolah

berkait rapat dengan penggunaan ICT. Semua data-data tentang murid-

murid akan disimpan rapi. Oleh itu, jika ingin membuat perbandingan

pencapaian yang lepas dengan yang terbaru guru hanya perlu membuka

Page 5: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya. Dengan ini,

terlalu mudah untuk guru membuat laporan dan tidak perlu membelek-

belek dan mencari fail yang tersimpan data-data murid-murid. Selain itu,

guru juga dapat mengetahui dengan cepat pelajar yang cemerlang dan

lemah. Dari situ, guru-guru berkenaan dapat memperbaiki prestasi murid

yang lemah kearah cemerlang dan meningkat dalam pencapaian

pembelajaran mereka.

Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan

pengajaran

Kelebihan penilaian berasaskan sekolah juga adalah dapat menunjukkan

pertumbuhan murid dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Melalui proses penilaian berasaskan sekolah ini, akan berlaku

pertumbuhan dan perkembangan terhadap murid-murid. Pertumbuhan

menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihal atau proses tumbuh

(tentang manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang), tumbesaran. Oleh

itu boleh dirumuskan pertumbuhan ialah merujuk kepada perubahan

fizikal dan struktur badan secara kuantitatif. Ianya akan terhenti atau

mengalami sedikit peruhan pada tahap kematangan. Manakala,

perkembangan pula mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka ialah perihgal

atau proses berkembang menjadi maju atau tersebar dan membiak.

Daripada maksud ini, boleh dirumuskan perkembangan adalah proses

perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara

kualitatif. Ianya berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman

dan pembelajaran. Oleh itu, murid-murid akan bertambah pengetahuan

am dan semakin bijak menilai sesuatu. Hal ini kerana guru lebih banyak

mendedahkan murid-murid dengan soalan-soalan yang menguji minda

mereka. Sekiranya mereka tidak tahu sesuatu maksud mereka akna

berusaha untuk menerokai ataupun menanyakan guru. Oleh itu,

perkembangan dan pertumbuhan murid-murid semakin cemerlang.

3.2  Kelemahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Membebankan guru

Page 6: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Setiap sesuatu perkara atau benda mesti terdapat kelebihan dan

kelemahan. Hal yang sama juga berlaku dalam pentaksiran berasaskan

sekolah. Pertama sekali kelemahan pentaksiran berasaskan sekolah ialah

membebankan guru-guru disekolah. Hal ini demikian kerana terdapat

kelemahan dalam sistem yang ditubuhkan. Antara kelemahannya ialah

guru perlu mengekod band murid-murid. Jika setiap guru mengajar dalam

120 orang murid dalam satu sekolah, maka hal ini akan membebankan.

Kenapa saya menyatakan begitu kerana guru bukan sahaja memfokuskan

untuk menyiapkan kerja ini sahaja malah tanggungjawab lain yang

ditanggung lagi terlalu banyak. Masa yang diberikan juga amat terhad.

Selain itu, hal ini juga pernah dinyatakan dalam dada-dada akhar tentang

perungutan guru-guru tentang beban ini. Disamping itu juga, sekiranya

pentaksiran ini tidak dapat disiapkan di sekolah, guru akan membawa

pulang kerja ini kerumah dan ini akan mengganggu masa guru tersebut

bersama keluarga. Maka, jelaslah bahawa pentaksiran berasaskan

sekolah ini amat membebankan guru-guru.

Tiada capaian yang cepat dalam menyiapkan PBS

Pentaksiran berasaskan sekolah ini berkait rapat dengan penggunaan

ICT. Semua guru perlu ada jalur lebar atau dalam kata lain “broadband”

untuk menyiapkan program ini. Tiada capaian yang cepat dalam

menyiapkan pentaksiran berasaskan sekolah berlaku apabila jika

seseorang guru melakukan aktiviti mengekod band-band murid kedalam

data, dan berhenti seketika untuk melakukan tugas lain. Kemudian guru

tersebut ingin menyambung kembali tugas itu, beliau perlu bermula dari

awal dan menekan butang “next” sehinggalah sampai rekod yang

terakhir. Hal ini amat menyukarkan guru dan telah mengambil masa yang

lama, tambahan lagi jika jalur lebar yang ada adalah lembab. Masalah ini

juga pernah dinyatakan oleh guru dalam blog dan akhbar-akhbar yang

lepas dan mengharapkan pihak berkenaan ubah proses ini kearah yang

lebih cepat dan maju.

Ibu bapa tidak mengetahui tahap IQ anak-anak

Page 7: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sistem yang digunakan oleh pentaksiran berasaskan sekolah adalah

band iaitu dari band 1 hingga band 6. Berbeza dengan sebelum ini yang

menggunkan gred iaitu gred A, B, C dan seterusnya. Pengggunaan band

ini tidak disukai oleh para ibu bapa kerana mereka tidak dapat

mengetahui lebih terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak.

Sesetengah ibu bapa yang kurang pandai pula tidak tahu apa itu band?,

anak-anak lemah dimana? Dan sebagainya persoalan yang timbul dalam

fikiran ibu bapa. Selain itu, melalui penggunaan pentaksiran berasaskan

sekolah ini juga menyebabkan ibu bapa akan menghantar anak-anak

mereka ke pusat tuisyen. Hal ini berlaku kerana takut anak-anak akan

gagal pada masa peperiksaan sebenar.  Disamping itu juga, ibu bapa

tidak dapat tahu terperinci tentang tahap kecerdasan anak-anak kerana

guru sahaja yang menyimpan maklumat murid-murid yang sebenar dan

ibu bapa hanya dapat maklumat yang umum sahaja. Tuntasnya,

kelemahan ini amat dikesali oleh ibu bapa kerana mereka menginginkan

yang terbaik untuk anak-anak tetapi sebaliknya berlaku iaitu ibu bapa

tidak dapat mengukur tahap kecerdasan anak-anak mereka.

4.0  Aktiviti dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti Membaca

Guru-guru di sekolah mempunyai pengaruh yang besar kepada murid-

murid. Murid  yang terdedah kepada pembelajaran ke arah pembacaan

yang aktif akan lebih bersifat survival, berdikari dan lebih bijak dalam

proses berfikir dan penyelesaian masalah (Raja Abdullah Yaacob : 2008).  

 Guru-guru boleh merancang P&P yang menjurus kepada pembacaan

aktif dalam bentuk kerja kursus, tugasan pembentangan, gerak kerja

berkumpulan, berkongsi artikel,  majalah atau akhbar dalam kelas, bicara

buku, pertandingan bercerita, aktiviti drama atau persembahan boneka.

Dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), aktiviti

pengayaan pembacaan aktif  seperti lakonan, bercerita, forum, debat,

sketsa dan pembentangan sewajarnya  disuburkan semula di sekolah-

sekolah.

Page 8: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Sebagai contoh, dalam subjek Bahasa Melayu, guru boleh menggunakan

pelbagai kaedah untuk menarik minat murid untuk membaca. Contoh

aktiviti membaca yang boleh dianjurkan ialah:

Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas.

Membaca secara korus di hadapan kelas.

Membaca secara individu di hadapan kelas.

Membaca dalam kumpulan.

Sesi bercerita berpandukan bahan bacaan dari Pusat Sumber Sekolah

Contoh aktiviti :

Kelas : 2 Mawar

Kemahiran : Membaca

Standart   :  Band 1  (Tahu)

Pernyataan Standart: Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan,

dibaca dan ditulis.

Tindakan GuruSebelum• Guru menyediakan RPH.• Menyediakan Alat Bantu Mengajar.• Memaklumkan kepada pelajar terlebih dahulu mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.• Meminta murid untuk membawa buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2 ketika kelas diadakan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

Semasa• Meminta murid untuk membuka buku teks pada halaman 3:“BERTANDANG KE RUMAH SABRINA”• Memberi masa kepada murid untuk membaca teks ‘Bertandang ke rumah Sabrina’.• Guru dan murid akan bersoal jawab.• Kemudian guru akan meminta murid untuk menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai.• Guru mendengar tuturan murid di dalam kelas. 

Selepas• Guru akan membuat penilaian dengan teliti. • Kemudian guru akan mengelaskan pelajar kepada baik, sederhana dan lemah.• Markah penilaian murid akan direkodkan oleh guru.

Page 9: Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Tindakan MuridSebelum• Membuat persediaan sebelum memulakan aktiviti.• Membawa buku teks seperti yang diminta oleh guru.Semasa• Murid membuka buku teks pada halaman 3 seperti yang diarahkan oleh guru di dalam kelas.• Murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk membaca teks yang terdapat di dalam buku teks Bahasa Melayu tingkatan 2.• Murid akan mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.• Seorang demi seorang murid akan menuturkan dialog dengan intonasi yang sesuai. Selepas• Murid akan dinilai oleh guru.• Selepas itu, murid akan diberitahu pencapaian mereka dalam aktiviti membaca.• Murid yang lemah akan mengulang band. Manakala murid yang baik akan meneruskan ke band 2.

• Murid yang lemah akan dinilai sehingga melepasi band dan layak untuk pergi ke band seterusnya. 

5.0  Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan.

Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina

Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-

anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan

PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran

sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan

pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam

persekitaran terkini.

Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke

masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi

alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan

masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa

hadapan bangsa dan negara.