pentafsiran holistik memberi kesan negatif bidang seni visual

2
Pentafsiran Holistik Memberi Kesan Negatif bidang Seni Visual Baru-baru ini seorang bekas pelajar saya dari Sarawak Sdr. Danial menalifon saya bertanyakan bahawa Pentafsiran (penilaian) Pendidikan Seni Visual (PSV) tidak menampakkan realiti sebenar dan dipandang remeh oleh guru bidang lain, kerana penilian PSV banyak kepada bentuk holistik tidak dalam bentuk analitik. Sebenarnya kedua-dua bentuk itu ada dalam pentafsiran PSV, namun dalam pentafsiran sebuah karya dan porfolio yang dihasilkan oleh pelajar kaedah 'authenktic' adalah kaedah yang paling sesuai sekali di mana pertimbangan penilaian adalah khusus kepada kemahiran dan aspek-aspek khusus hasil karya. Sebenarnya untuk menilai sesebuah karya yang dihasilkan oleh calon atau pelajar. seorang pentafsir mestilah mempunyai kemahiran selok-belok dalam penghasilan karya, kalau seorang guru, guru itu perlu mempunyai pengalaman dan mahir dalam penghasilan karya itu. Selain dari itu adalah penting bagi pentafsir membuat kreteria pentafsiran dan mengemukakan kepada calon senarai kreteria yang perlu calon atau pelajar tahu untuk mendapat gred yang baik. Ambil contoh kreteria yang dibuat oleh sebuah badang pentafsiran antarabangsa 'Art and Design CGE A/AS Level' - Universiti of Cambridge International Examination ‘CIE’ 2008: Mereka membuat kreteria seperti berikut: 1. Personal Qualities (Kualiti Individu) (25%) 2. Manipulative, Artistic and Analytical skills (Manipulasi artistik & Kemahiran analitikal) (25%) 3. Aesthetic Qualitities (Kualiti estetik) (25%) 4. Knowledge and Critical Understanding (pengetahuan & Kefahaman Kritis) (25%) Kalau dilihat dari segi kreteria yang ditentukan itu tidak tertumpu kepada persoalan skil dalam pelukisan seperti Warna, komposisi, keaslian dan penggunaan asas seni reka seperti yang lazim kita buat. Kreteria yang dibuat oleh Universiti Cambridge lebih menyeluruh hinggakan kualiti individu juga akan dinilai.

Upload: mohd-akmal-mohd-din

Post on 25-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Pentafsiran Holistik Memberi Kesan Negatif bidang Seni VisualBaru-baru ini seorang bekas pelajar saya dari Sarawak Sdr. Danial menalifon saya bertanyakan bahawa Pentafsiran (penilaian) Pendidikan Seni Visual (PSV) tidak menampakkan realiti sebenar dan dipandang remeh oleh guru bidang lain, kerana penilian PSV banyak kepada bentuk holistik tidak dalam bentuk analitik. Sebenarnya kedua-dua bentuk itu ada dalam pentafsiran PSV, namun dalam pentafsiran sebuah karya dan porfolio yang dihasilkan oleh pelajar kaedah 'authenktic'adalah kaedah yang paling sesuai sekali di mana pertimbangan penilaian adalah khusus kepada kemahiran dan aspek-aspek khusus hasil karya.

Sebenarnya untuk menilai sesebuah karya yang dihasilkan oleh calon atau pelajar. seorang pentafsir mestilah mempunyai kemahiran selok-belok dalam penghasilan karya, kalau seorang guru, guru itu perlu mempunyai pengalaman dan mahir dalam penghasilan karya itu. Selain dari itu adalah penting bagi pentafsir membuat kreteria pentafsiran dan mengemukakan kepada calon senarai kreteria yang perlu calon atau pelajar tahu untuk mendapat gred yang baik. Ambil contoh kreteria yang dibuat oleh sebuah badang pentafsiran antarabangsa 'Art and Design CGE A/AS Level' - Universiti of Cambridge International Examination CIE 2008: Mereka membuat kreteria seperti berikut:1. Personal Qualities(Kualiti Individu) (25%)2. Manipulative, Artistic and Analytical skills(Manipulasi artistik & Kemahiran analitikal) (25%)3. Aesthetic Qualitities(Kualiti estetik) (25%)4. Knowledge and Critical Understanding(pengetahuan & Kefahaman Kritis) (25%)

Kalau dilihat dari segi kreteria yang ditentukan itu tidak tertumpu kepada persoalan skil dalam pelukisan seperti Warna, komposisi, keaslian dan penggunaan asas seni reka seperti yang lazim kita buat. Kreteria yang dibuat oleh Universiti Cambridge lebih menyeluruh hinggakan kualiti individu juga akan dinilai.

Perbezaan dengan pentafsiran kita selama ini banyak tertumpu kepada bentuk seni itu sendiri. Meskipun kita boleh membuat pentasfiran umpama itu, tetapi ianya terperangkap kepada hasil produk semata-mata. Dalam penghasilan sebuah karya seni, banyak aspek yang perlu diambil perhatian, kerana penghasilan karya seni adalah suatu proses. Dari proses penentuan tema/tajuk, lakaran, karya akhir hinggalah kemasan. Proses ini perlu diambil kira dalam pentafsiran karya seni visual.http://senivisual2.blogspot.com/2009/08/pentafsiran-holistik-memberi-kesan.html