penjagaan kesiha an termampu untuk anda dan saya · jalani gaya hidup sihat, carum kepada medisave...

1
Beli perlindungan insurans yang sesuai Insurans kesihatan boleh membantu menghilangkan kebimbangan tentang kos rawatan hospital. MediShield adalah skim insurans perubatan asas termampu yang menampung bil-bil besar hospital di wad-wad Kelas B2 dan C, dan premiumnya pula boleh dibayar melalui Medisave. Jika anda sukakan wad Kelas A atau B1 atau hospital privet, membeli pelan Perlindungan Bersepadu yang diluluskan Medisave yang menawarkan perlindungan tambahan di samping MediShield asas akan memenuhi keperluan anda dengan lebih baik. Ingatlah tentang premium yang anda mampu bayar, kerana insurans adalah untuk jangka panjang. Pastikan bahawa tanggungan anda juga mendapat perlindungan insurans. Perlindungan MediShield Asas untuk anak-anak amat termampu pada $33 setahun, yang boleh dipotong daripada akaun Medisave ibu bapa. Dengan membeli MediShield untuk anak-anak anda, mereka akan mendapat perlindungan dari awal lagi sebelum mereka menghidap pelbagai penyakit. TAHUKAH anda bahawa sehingga 80% daripada kos wad-wad Kelas B2 dan C di hospital-hospital yang disusun semula diberi subsidi oleh Pemerintah? Pesakit hanya perlu membuat bayaran bersama (co-payment) bagi baki kos tersebut, yang sebahagiannya boleh dibayar menerusi Medisave dan/atau MediShield. Ujian kemampuan (means testing) akan dilaksanakan dalam Januari 2009 untuk menyasarkan subsidi dengan lebih baik kepada para pesakit yang memerlukan. Kos penjagaan kesihatan sememangnya termampu, dengan kebanyakan pesakit dapat menikmati subsidi sebanyak 80 peratus dalam wad Kelas C dan 65 peratus dalam wad Kelas B2. Kita mesti mainkan peranan kita Namun, dalam penjagaan kesihatan, adalah penting untuk kita semua memainkan peranan masing-masing. Jalani gaya hidup sihat, carum kepada Medisave dan beli insurans penjagaan kesihatan yang secukupnya dan sewajarnya adalah apa yang kita semua mesti dilakukan untuk meringankan kos perubatan kita. Sekurang-kurangnya, kita harus mempunyai MediShield, yang menampung secukupnya wad-wad Kelas B2 dan C. Jika anda ingin menetap di wad Kelas A dan B1 atau pergi ke hospital privet, belilah Pelan Insurans Bersepadu Swasta yang diluluskan Medisave di samping MediShield anda. Premiumnya lebih tinggi tetapi anda boleh menuntut lebih bagi perlindungan. Pilih wad yang sesuai Di hospital-hospital awam, semua rakyat Singapura mempunyai pilihan wad, daripada Kelas C hingga ke Kelas A, pada kadar subsidi dan harga yang berlainan. Pilihlah wad anda dengan teliti, dengan mengambil kira keperluan dan sumber anda. Jika anda lebih suka kelas-kelas wad lebih tinggi, periksalah sama ada perlindungan insurans anda mencukupi untuk kelas wad yang anda pilih. Anda akan menerima penjagaan perubatan baik tidak kira di kelas wad mana anda menginap. Mintalah untuk berjumpa dengan Pekerja Perubatan Sosial (MSW) jika anda perlukan bantuan kewangan. MEMANG BAIK SAYA TOKOK AKAUN MEDISAVENYA SECARA TETAP WALAUPUN SAYA SATU-SATUNYA PENCARI NAFKAH. DENGAN MEDISAVE, SAYA ADA BAKI WANG TUNAI YANG CUKUP UNTUK BAYAR WANG PENDAHULUAN BAGI KERETA GANTIAN SELEPAS KEMALANGAN! MEDISAVE Carum kepada Medisave dan gunakannya secara berhemat Mencarum kepada Medisave dan menggunakan simpanan ini secara berhemat akan memastikan bahawa anda dapat menampung keperluan rawatan hospital bagi diri dan keluarga anda. Jika anda bekerja sendiri, dengan mencarum secara tetap kepada Medisave, anda tidak perlu bimbang tentang bil-bil hospital. Sebaliknya, anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk sembuh. Menokok akaun Medisave isteri anda – terutamanya jika beliau suri rumah sepenuh masa, membantu mengurangkan bayaran wang tunai anda dan mengurangkan dengan banyak bil-bil hospital anda. Secara purata, setiap rakyat Singapura mempunyai wang dalam akaun Medisavenya yang cukup untuk menampung 10 hingga 11 kali rawatan hospital di Kelas C dan B2. Penggunaan Medisave telah juga dilanjutkan untuk menampung beberapa rawatan pesakit luar seperti penyakit barah dan kronik. AWAK BOLEH BELI MEDISHIELD UNTUK ANAK AWAK PADA $33 SETAHUN SAHAJA, ATAU JIKA AWAK INGIN MENETAP DI WAD KELAS A, B1 DAN HOSPITAL PRIVET, AWAK BOLEH BELI PELAN INSURANS BERSEPADU SWASTA YANG DILULUSKAN MEDISAVE. MEMANG BAIK! DENGAN MEDISHIELD, KAMI TAK PERLU BIMBANG TENTANG BIL PERUBATAN BESAR! DAN JIKA KAMI BELI PELAN INSURANS BERSEPADU, ANAK KAMI BOLEH MAIN PERMAINAN VIDEO DI HOSPITAL, BETUL? SEMUA RAKYAT SINGAPURA BOLEH PILIH MANA-MANA WAD YANG MEREKA SUKA. SAYA SUKA TINGGAL DI WAD KELAS A ATAU B, TAPI SAYA TAK MAMPU. TAK APA. PIAWAIAN PENJAGAAN ADALAH SAMA DI SEMUA WAD. HANYA TIADA KEMUDAHAN MEWAH DI KELAS WAD LEBIH RENDAH, SEPERTI ALAT HAWA DINGIN. MEMANG SELESA. DENGAN MEDIFUND, BAPA SAYA TAK PERLU BIMBANG LAGI. BIL INSURANS Rakyat Singapura menikmati penjagaan kesihatan yang baik dan termampu dengan subsidi besar pemerintah, yang ditambah dengan 3M – Medisave, MediShield dan Medifund. Tahun lalu, Medifund telah mengagihkan $50 juta untuk membantu para pesakit yang memerlukan. Lebih banyak dana telah diketepikan bagi Medifund untuk tahun hadapan bagi membantu golongan yang memerlukan. Penjagaan kesiha an termampu untuk anda dan saya INSURANS WAD KELAS MSW MSW Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.moh.gov.sg

Upload: others

Post on 14-Feb-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penjagaan kesiha an termampu untuk anda dan saya · Jalani gaya hidup sihat, carum kepada Medisave dan beli insurans penjagaan kesihatan yang secukupnya dan sewajarnya adalah apa

Beli perlindungan insurans yang sesuai Insurans kesihatan boleh membantu menghilangkan kebimbangan tentang kos rawatan hospital. MediShield adalah skim insurans perubatan asas termampu yang menampung bil-bil besar hospital di wad-wad Kelas B2 dan C, dan premiumnya pula boleh dibayar melalui Medisave. Jika anda sukakan wad Kelas A atau B1 atau hospital privet, membeli pelan Perlindungan Bersepadu yang diluluskan Medisave yang menawarkan perlindungan tambahan di samping MediShield asas akan memenuhi keperluan anda dengan lebih baik. Ingatlah tentang premium yang anda mampu bayar, kerana insurans adalah untuk jangka panjang. Pastikan bahawa tanggungan anda juga mendapat perlindungan insurans. Perlindungan MediShield Asas untuk anak-anak amat termampu pada $33 setahun, yang boleh dipotong daripada akaun Medisave ibu bapa. Dengan membeli MediShield untuk anak-anak anda, mereka akan mendapat perlindungan dari awal lagi sebelum mereka menghidap pelbagai penyakit.

TAHUKAH anda bahawa sehingga 80%

daripada kos wad-wad Kelas B2 dan C di hospital-hospital

yang disusun semula diberi subsidi oleh Pemerintah?

Pesakit hanya perlu membuat bayaran bersama (co-payment) bagi baki kos tersebut,

yang sebahagiannya boleh dibayar menerusi Medisave dan/atau MediShield. Ujian kemampuan (means testing) akan dilaksanakan dalam Januari 2009 untuk menyasarkan subsidi dengan lebih baik kepada para pesakit yang memerlukan. Kos penjagaan kesihatan sememangnya termampu, dengan kebanyakan pesakit dapat menikmati subsidi sebanyak 80 peratus dalam wad Kelas C dan 65 peratus dalam wad Kelas B2.

Kita mesti mainkan peranan kita Namun, dalam penjagaan kesihatan, adalah penting untuk kita semua memainkan peranan masing-masing. Jalani gaya hidup sihat, carum kepada Medisave dan beli insurans penjagaan kesihatan yang secukupnya dan sewajarnya adalah apa yang kita semua mesti dilakukan untuk meringankan kos perubatan kita. Sekurang-kurangnya, kita harus mempunyai MediShield, yang menampung secukupnya wad-wad Kelas B2 dan C. Jika anda ingin menetap di wad Kelas A dan B1 atau pergi ke hospital privet, belilah Pelan Insurans Bersepadu Swasta yang diluluskan Medisave di samping MediShield anda. Premiumnya lebih tinggi tetapi anda boleh menuntut lebih bagi perlindungan.

Pilih wad yang sesuai Di hospital-hospital awam, semua rakyat Singapura mempunyai pilihan wad, daripada Kelas C hingga ke Kelas A, pada kadar subsidi dan harga yang berlainan. Pilihlah wad anda dengan teliti, dengan mengambil kira keperluan dan sumber anda. Jika anda lebih suka kelas-kelas wad lebih tinggi, periksalah sama ada perlindungan insurans anda mencukupi untuk kelas wad yang anda pilih. Anda akan menerima penjagaan perubatan baik tidak kira di kelas wad mana anda menginap. Mintalah untuk berjumpa dengan Pekerja Perubatan Sosial (MSW) jika anda perlukan bantuan kewangan.

MEMANG BAIK SAYA TOKOK AKAUN MEDISAVENYA SECARA TETAP WALAUPUN SAYA SATU-SATUNYA PENCARI NAFKAH. DENGAN MEDISAVE, SAYA ADA BAKI WANG TUNAI YANG CUKUP UNTUK BAYAR WANG PENDAHULUAN BAGI KERETA GANTIAN SELEPAS KEMALANGAN!

MEDISAVE

Carum kepada Medisave dan gunakannya secara berhemat Mencarum kepada Medisave dan menggunakan simpanan ini secara berhemat akan memastikan bahawa anda dapat menampung keperluan rawatan hospital bagi diri dan keluarga anda. Jika anda bekerja sendiri, dengan mencarum secara tetap kepada Medisave, anda tidak perlu bimbang tentang bil-bil hospital. Sebaliknya, anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya untuk sembuh. Menokok akaun Medisave isteri anda – terutamanya jika beliau suri rumah sepenuh masa, membantu mengurangkan bayaran wang tunai anda dan mengurangkan dengan banyak bil-bil hospital anda. Secara purata, setiap rakyat Singapura mempunyai wang dalam akaun Medisavenya yang cukup untuk menampung 10 hingga 11 kali rawatan hospital di Kelas C dan B2. Penggunaan Medisave telah juga dilanjutkan untuk menampung beberapa rawatan pesakit luar seperti penyakit barah dan kronik.

AWAK BOLEH BELI MEDISHIELD UNTUK ANAK AWAK PADA $33 SETAHUN SAHAJA, ATAU JIKA AWAK INGIN MENETAP DI WAD KELAS A, B1 DAN HOSPITAL PRIVET, AWAK BOLEH BELI PELAN INSURANS BERSEPADU SWASTA YANG DILULUSKAN MEDISAVE.

MEMANG BAIK! DENGAN MEDISHIELD, KAMI TAK PERLU BIMBANG TENTANG BIL PERUBATAN BESAR! DAN JIKA KAMI BELI PELAN INSURANS BERSEPADU, ANAK KAMI BOLEH MAIN PERMAINAN VIDEO DI HOSPITAL, BETUL?

SEMUA RAKYAT SINGAPURA BOLEH PILIH MANA-MANA WAD YANG MEREKA SUKA.

SAYA SUKA TINGGAL DI WAD KELAS A ATAU B, TAPI SAYA TAK MAMPU.

TAK APA. PIAWAIAN PENJAGAAN ADALAH SAMA DI SEMUA WAD. HANYA TIADA KEMUDAHAN MEWAH DI KELAS WAD LEBIH RENDAH, SEPERTI ALAT HAWA DINGIN.

MEMANG SELESA.

DENGAN MEDIFUND, BAPA SAYA TAK PERLU BIMBANG LAGI.

BIL

INSURANS

Rakyat Singapura menikmati penjagaan kesihatan yang baik dan termampu dengan subsidi besar pemerintah, yang ditambah dengan 3M – Medisave, MediShield dan Medifund. Tahun lalu, Medifund telah mengagihkan $50 juta untuk membantu para pesakit yang memerlukan. Lebih banyak dana telah diketepikan bagi Medifund

untuk tahun hadapan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Penjagaan kesiha an termampu untuk anda dan saya

INSURANS

WAD KELAS

MSW MSW

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.moh.gov.sg