rekod penjagaan bulanan.docx
TRANSCRIPT
7.0 REKOD PENJAGAAN BULANAN
7.1 Penjagaan Bulanan
Penjagaan bulanan ikan hiasan dalam akuarium ialah penjagaan yang mudah.
Penjagaan bulanan termasukkan mengganti air di dalam akuarium sekurang-
kurangnya dua minggu sekali, membuang tumbuhan hidup yang rosak,
membersihkan akuarium dan mencampurkan antiklorin dalam air selepas air diganti.
PERKARAGentian Air Air hendaklah diganti sekurang-
kurangnya 2 minggu sekali.Tumbuhan Rosak Tumbuhan akuatik yang panjang
dan rosak hendaklah dicantas dan dibuang.
Kebersihan Akuarium Bahagian tangki akurium dan aksesori hendaklah dibersihkan dan segala kotoran disiphonkan.
Anti Klorin Air yang diganti hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin.
7.1.1 Menyediakan Dan Menghias Akuarium
a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akuarium terletak pada kreativiti
dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.
b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan
seperti tangki, cabinet, kaki akuarium dan lampu akuarium.
c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul kayu, batu, pasir
sungai, pasir halus dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.
7.1.2 Langkah-Langkah Menyediakan Akuarium
Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium, langkah-
langkah berikut perlu diikuti:
i. Bersihkan bekas terlebih dahulu.
ii. Pasangkan penapis.
iii. Masukkan pasir.
iv. Masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas.
v. Masukkan aksesori yang dikehendaki.
vi. Masukkan tumbuhan hiasan
vii. Masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya.
viii. Pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam
ix. Masukkan ikan hiasan.
7.1.3 Memasukkan Ikan Hiasan Ke Dalam Akuarium
a) Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan
ikan hiasan yang telah dikenalpasti kedalam akuarium tersebut.
b) Langkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan kedalam akurium
adalah seperti berikut:
i. Letakkan bekas plastik yang berisi ikan kedalam akuarium.
ii. Biarkan bekas plastic itu selam 20 hingga 30 minit. Langkah ini
bertujuan untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastic itu
dengan suhu air di dalam akuarium.
iii. Masukkan sedikit air dari dalam akuarium kedalam beg plastik.
iv. Selepas 30 minit, buka bekas plastik yang berisi ikan hiasan itu
dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama-sama air
dari dalam plastik.
7.1.4 Pengurusan Akuarium
Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam
bekas atau akurium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut:
a) Sistem Pengudaraan
Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara
diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.
b) Sistem Penapisan Air
Terdapat banyak system penapis yang digunakan. Biasanya
pemelihara yang baru akan menggunakan penapis jenis atas
tangki kerana ianya lebih murah dan mudah didapati.
Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis ‘under
gravel filter’ kerana air lambat kotor.
Penapis yang baik ialah jenis biologi kerana ianya bukan sahaja
dapat menapis kotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang
boleh membawa penyakit kepada ikan.
c) Perawatan Air
Air yang digunakan terutama air dari system perpaipan di
Negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat
digunakan untuk ternakan ikan hiasan.
Rawatan yang selalu diamalkan ialah merawat dengan anti klorin
dan memasukkan sedikit garam biasa bagi mebunuh bakteria.
d) Aksesori
Kebiasaannya penternak ikan menambah hiasan dengan lampu,
binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain.
Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori
tersebut tidak toksik kerana ianya merbahaya kepada ikan
hiasan.
e) Batu Batan Dasar
Pemilihan batu juga perlu dititik beratkan kerana pada masa kini
terdapat banyak batu yang diwarnkan supaya Nampak lebih
cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak
merbahaya kepada ikan hiasan.
f) Hiasan Dalam Akuarium
Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat
dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang disedikan
hendaklah member ruang yang cukup untuk ikan berenang dan
tidak menggangu habitatnya.
7.1.5 Rekod Penjagaan Bulanan
AKTIVITI
BULAN
JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN
Membeli
Makanan
Menganti air
Membuang
tumbuhan
hidup yang
mati
Meletakkan
anti klorin
Kebersihan
akuarium
Mengawal
suhu dan pH
air.