laporan hasleen bachik ([email protected]). demensia … · mengenai penyakit orang tua yang...

1
MAIN teka-teki. Main game guna- kan iPad. Atau main alat muzik. Semua itu antara kegiatan merang- sang keupayaan kognitif yang dapat mengurangkan risiko mengalami demen- sia, kata Konsultan, Perkhidmatan Kog- nisi dan Gangguan Memori, Pusat Peru- batan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Noorhazlina Ali. Sejak lapan tahun lalu, beliau mence- buri bidang geriatrik – bidang kajian mengenai penyakit orang tua yang meli- batkan rawatan dan penjagaan kesiha- tan. “Untuk mengurangkan risiko demen- sia, perkara penting yang harus dilaku- kan ialah mengelakkan tabiat buruk se- perti merokok dan minum arak kerana semua itu akan meningkatkan risiko menghidap angin ahmar dan demensia pada kemudian hari. “Seseorang itu juga harus mengamal- kan gaya hidup sihat melalui pemaka- nan seimbang dan berkhasiat serta ber- senam. Ini kerana senaman telah terbuk- ti dapat membaiki ingatan. “ Ia dapat meningkatkan pengaliran darah ke pusat memori dan seharusnya menjadi perkara utama yang dilakukan sebelum anda berusia,” jelas Dr Noor- hazlina, 37 tahun. Beliau yang menceburi bidang geri- atrik kerana berasa warga tua golongan “comel dan perlu dilindungi” dan bidang itu sesuai dengan personalitinya. Sejak menceburi bidang geriatrik, pe- menang Anugerah Mendaki dan Hadiah Buku Perdana Menteri itu turut melibat- kan diri dalam ceramah awam, khususn- ya bagi masyarakat Melayu, dengan tumpuan pada penyakit melibatkan kog- nisi, seperti demensia. Dr Noorhazlina berkata masih terda- pat salah faham yang perlu diperbetul dan lowongan yang wajar diisi. “Saya rasa kebanyakan orang Mela- yu belum siap untuk menerima usia tua dan perkara yang berkaitan dengannya. Mereka masih menyifatkan demensia se- bagai sebahagian daripada proses penu- aan dan tidak mengapa jika seseorang itu terlupa. “Di sinilah terletak kekurangan da- lam masyarakat kita,” katanya. Menurut beliau, sebahagian anggota masyarakat tidak tahu masa terbaik me- nemui pakar. Jika seseorang warga tua menunjuk- kan masalah tingkah laku, ada orang menganggapnya sebagai masalah per- sonaliti, kata beliau “Bagi mereka, ia disebabkan faktor usia. Mereka menyangka semakin sese- orang itu berumur, beliau akan menjadi semakin degil dan berkelakuan sedemikian. “Mereka beranggapan anggota kelu- arga yang berumur itu sekadar mahu- kan perhatian, walhal apa yang mereka tunjukkan itu ialah simptom demensia. “Sesetengah orang tidak menyifat- kan demensia sebagai masalah dan bera- sa tidak perlu ke klinik. Bagi mereka, ia sebahagian daripada proses penuaan semula jadi, sedangkan ini tidak benar. “Demensia bukan proses penuaan semula jadi. “Ada juga yang menyangka tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan dan tiada yang dapat membantu. Itu juga tidak benar. “Memang betul demensia tiada pe- nawarnya, tapi terdapat ubat bagi me- ngawal tingkah laku serta memperlahan- kan kemerosotannya. “Terdapat juga sumber dalam masyarakat untuk membantu mengu- rangkan tekanan ke atas penjaga,” Dr Noorhazlina. Kekuatan ikatan antara generasi dalam masyarakat Melayu aspek yang harus dimanfaatkan dalam menangani isu demensia, tambah beliau. “Ini bermakna bukan penjaga pesak- it demensia sahaja terlibat, malah semua anggota keluarga. Yang muda boleh ikut menjaga. Mereka boleh bermain bersama pesakit, misalnya melalui iPad atau apa jua kegiatan yang dapat merangsang minda,” usul beliau, yang turut memberi amaran tentang peng- gunaan jamu dan suplemen bagi men- gatasi masalah kesihatan itu. Dr Noorhazlina berkata terdapat pel- bagai jenis demensia, tetapi yang paling lumrah ialah demensia Alzheimer. Jika seseorang itu disahkan meng- alami demensia Alzheimer pada usia le- bih 60 tahun, baka kurang menjadi pun- canya. Menjelas apakah sebenarnya berlaku pada otak seseorang yang mengalami de- mensia, Dr Noorhazlina berkata: “Apabila seseorang semakin tua, ter- dapat perubahan dalam otaknya. Saintis sendiri tidak tahu bagaimana demensia Alzheimer boleh terjadi, di mana terda- pat protein tidak normal yang mendap di dalam otak, yang dialami sebahagian orang.” Demensia ialah sindrom di mana seseorang itu antara lain mengalami masalah lupa dan tidak lagi berupaya melakukan perkara yang pernah dilaku- kannya secara sempurna. Masalah kognitif yang dihadapi itu boleh menjejas kehidupan harian. “Sebagai contoh, masalah lupa ten- tang janji temu dan ia menjadi lebih ke- rap. Memang kita kadangkala terlupa ekoran stres. Tetapi kumpulan ini tidak berhadapan dengan tekanan, tapi tetap terlupa. “Satu detik ke dapur, kemudian ke ruang tamu tapi lupa apa yang perlu dibuat. Ke pasar raya tapi lupa nak beli apa. Yang lebih teruk sampai lupa dah makan ke belum. “Jika dulu boleh masak dengan baik, kini mengatur bahan pun tidak boleh di- lakukan. Seseorang itu mungkin meng- hadapi masalah menangani juadah ko- mpleks. Atau mungkin dulu tiada ma- salah menggunakan pengangkutan awam, sekarang kebingungan hingga ter- sesat. “Ketepikan faktor tekanan, maka masalah lupa itu tidak normal,” ujar Dr Noorhazlina. UNTUK meniti usia tua dengan jaya, seseorang itu harus membuat persiapan seawal mungkin. Namun, apabila bercakap tentang persiapan menje- lang usia senja, ramai segera memikirkan tentang persia- pan dari segi kewangan bagi menjalani tempoh persa- raan serta bekalan akhirat. Tidak ramai membuat persiapan dari segi kesihatan, yang melibatkan aspek fizikal, mental dan sosial, kata Konsultan Kanan, Pusat Perubatan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Noor Hafizah Ismail. “Kita tidak sedar aspek pencegahan semasa kita ber- ada pada pertengahan umur. Ia sebenarnya amat pen- ting kerana ia akan menjadi penentu bagaimana keadaan kita apabila tua nanti,” kata beliau, yang akur golongan pertengahan usia lebih cenderung memburu kerjaya selain sibuk membesarkan anak-anak sehingga kadangkala terlupa menjaga diri sendiri. Pakar daripada Klinik Jatuh dan Imbang itu menam- bah: “Biasanya pada usia 30 tahun, kita berada di ke- muncak. Kemudian, ia akan menurun. “Apabila usia mencecah 40 tahun, kita lebih matang dan kita biasanya mula sedar adanya perubahan. Untuk membaca pada jarak dekat terasa sukar dan kita memer- lukan lensa progresif. Banyak pula ujian kesihatan seper- ti darah tinggi dan kencing manis dianjur agar dilakukan pada usia 40 tahun. “Maka, pada usia inilah persiapan seharusnya sudah dimulakan.” Dr Noor Hafizah menekankan peri pentingnya pema- kanan sihat, senaman yang disifatkan umpama ubat penawar bagi banyak penyakit, termasuk langkah mem- perkuat kaki agar tidak mudah jatuh, mencegah penya- kit kronik serta yang berkait pula dengan kesihatan men- tal bagi mengurangkan kemurungan. Beliau, yang turut mengadakan ceramah bagi ma- syarakat, termasuk di masjid, berpendapat bahawa kegia- tan yang dianjurkan untuk warga senja yang biasanya bersifat berkala boleh diadakan secara berterusan. Ini kerana ia platform yang baik bagi mengumpulkan warga tua secara tetap serta mendorong mereka men- jalani hidup sihat. “Di sinilah pertubuhan Melayu/Islam (MMO), pertu- buhan kebajikan sukarela (VWO) dan masjid mungkin boleh memikirkannya. “Biasanya ia boleh dilakukan melalui penglibatan. Cari apakah daya tarikan mereka secara sosial agar mere- ka terpaut dan berasa menjadi anggota sesebuah kumpu- lan. Mungkin ada yang suka ke Expo dan ada pula yang ke masjid. Dari situ, perkenalkan mereka dengan kegia- tan berkaitan kesihatan secara tetap,” usul Dr Noor Hafizah. APABILA seseorang itu se- makin berusia, kulit bakal menja- di lebih kering. Terdapat beberapa cara men- jaga kulit bagi mempersiap diri menjelang usia senja. Elakkan daripada mengguna- kan sabun keras atau merengsa- kan (irritating). Sebaliknya gunakan sabun lembut atau pengganti sabun, sa- ran Konsultan, Pusat Kulit Na- sional (NSC), di bawah naungan National Healthcare Group (NHG), Dr Ker Khor Jia. Sebaik-baiknya, ujar Dr Ker, penggunaan pelembap harus menjadi amalan kerap sekurang- kurangnya dua kali sehari. “Pelembap tidak menyebab- kan kulit menipis dan harus disa- pu secara liberal. Masa paling se- suai menyapu pelembap ialah sejurus selepas mandi,” usul be- liau. Dr Ker juga menasihatkan agar seseorang itu mengelak da- ripada menggaru, menggosok dan mengupas kulit kerana ia akan memburukkan keadaan ke- banyakan penyakit kulit dan mungkin boleh menyebabkan bekas pigmentasi buruk, luka ter- buka dan parut. Di samping itu, amalan me- lembapkan kulit harus terus di- praktikkan apabila berada da- lam persekitaran kering atau di- ngin. Ini termasuk semasa berada di dalam bilik berhawa dingin atau semasa melancong ke nega- ra lain ketika musim sejuk. “Apabila kulit sihat dan tidak mudah pecah, masalah kulit ko- yak dapat dikurangkan. Pende- dahan pada cahaya matahari te- lah terbukti menjadi faktor risi- ko penting yang menyebabkan barah kulit. “Elakkan daripada terlalu la- ma terdedah kepada cahaya ma- tahari yang terik. Ambil langkah berlindung daripada cahaya ma- tahari yang betul seperti menga- malkan Faktor Pelindung Ma- tahari (SPF) 50 pada kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari, menggunakan payung atau topi boleh membantu me- ngurangkan risiko mendapat barah kulit,” ujar Dr Ker. Pada masa yang sama juga be- liau menasihatkan agar mereka yang menjaga warga senja agar sentiasa memastikan tangan dan kaki golongan tua itu benar-be- nar kering selepas dibasuh atau mandi. Ini dapat mengelakkan masa- lah jangkitan kulat pada kuku. Di samping sudut kesihatan, kesejahteraan warga senja juga perlu diambil kira, kata Dr Ker. Demensia bukan proses penuaan semula jadi Usah lupa persiap fizikal dan mental bagi usia senja Risiko serangan barah jika terlalu kena cahaya matahari Foto KHALID BABA DR NOOR HAFIZAH: Selain persiapan kewangan, seseorang itu perlu menjaga pemakanan dan bersenam, iaitu penawar bagi banyak penyakit. – Foto JOHARI RAHMAT DR KER: Orang tua harus menggunakan pelembap sekurang-kurangnya dua kali sehari. Dua pakar Pusat Perubatan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) – Konsultan Kanan Dr Noor Hafizah Ismail dari Klinik Jatuh dan Imbang, dan Konsultan Perkhidmatan Kognisi dan Gangguan Memori, Dr Noorhazlina Ali – serta Konsultan, Pusat Kulit Nasional (NSC), Dr Ker Khor Jia, berkongsi pengamatan dan keprihatinan mereka mengenai persiapan bagi usia senja. Ikutilah laporan HASLEEN BACHIK ([email protected]). Choose from various club memberships or sell yours in CLASS 66 To advertise, call the Print Classified Hotline: 1800-289 9988 Get your 5 th ‘ C here “Demensia tidak sama dengan nyanyuk memandangkan demensia melibatkan banyak komponen seperti lupa dan masalah kognitif intelektual lain yang telah menjejas kegiatan sehari-hari seseorang individu itu. Nyanyuk lebih berupa sifat pelupa disebabkan usia tetapi bukan merupakan demensia.” – Dr Noorhazlina Ali, Konsultan, Perkhidmatan Kognisi dan Gangguan Memori, Pusat Perubatan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), di bawah naungan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG). 8 Berita Harian | Rabu, 17 Mei 2017 Berita SETEMPAT

Upload: hoangthuan

Post on 27-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAIN teka-teki. Main game guna-kan iPad. Atau main alat muzik.

Semua itu antara kegiatan merang-sang keupayaan kognitif yang dapat mengurangkan risiko mengalami demen-sia, kata Konsultan, Perkhidmatan Kog-nisi dan Gangguan Memori, Pusat Peru-batan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Noorhazlina Ali.

Sejak lapan tahun lalu, beliau mence-buri bidang geriatrik – bidang kajian mengenai penyakit orang tua yang meli-batkan rawatan dan penjagaan kesiha-tan.

“Untuk mengurangkan risiko demen-sia, perkara penting yang harus dilaku-kan ialah mengelakkan tabiat buruk se-perti merokok dan minum arak kerana semua itu akan meningkatkan risiko menghidap angin ahmar dan demensia pada kemudian hari.

“Seseorang itu juga harus mengamal-kan gaya hidup sihat melalui pemaka-nan seimbang dan berkhasiat serta ber-senam. Ini kerana senaman telah terbuk-ti dapat membaiki ingatan.

“ Ia dapat meningkatkan pengaliran darah ke pusat memori dan seharusnya menjadi perkara utama yang dilakukan sebelum anda berusia,” jelas Dr Noor-hazlina, 37 tahun.

Beliau yang menceburi bidang geri-atrik kerana berasa warga tua golongan “comel dan perlu dilindungi” dan bidang itu sesuai dengan personalitinya.

Sejak menceburi bidang geriatrik, pe-menang Anugerah Mendaki dan Hadiah

Buku Perdana Menteri itu turut melibat-kan diri dalam ceramah awam, khususn-ya bagi masyarakat Melayu, dengan tumpuan pada penyakit melibatkan kog-nisi, seperti demensia.

Dr Noorhazlina berkata masih terda-pat salah faham yang perlu diperbetul dan lowongan yang wajar diisi.

“Saya rasa kebanyakan orang Mela-yu belum siap untuk menerima usia tua dan perkara yang berkaitan dengannya. Mereka masih menyifatkan demensia se-bagai sebahagian daripada proses penu-aan dan tidak mengapa jika seseorang itu terlupa.

“Di sinilah terletak kekurangan da-lam masyarakat kita,” katanya.

Menurut beliau, sebahagian anggota masyarakat tidak tahu masa terbaik me-nemui pakar.

Jika seseorang warga tua menunjuk-kan masalah tingkah laku, ada orang menganggapnya sebagai masalah per-sonaliti, kata beliau

“Bagi mereka, ia disebabkan faktor usia. Mereka menyangka semakin sese-orang itu berumur, beliau akan menjadi semakin degil dan berkelakuan sedemikian.

“Mereka beranggapan anggota kelu-arga yang berumur itu sekadar mahu-kan perhatian, walhal apa yang mereka tunjukkan itu ialah simptom demensia.

“Sesetengah orang tidak menyifat-kan demensia sebagai masalah dan bera-sa tidak perlu ke klinik. Bagi mereka, ia sebahagian daripada proses penuaan semula jadi, sedangkan ini tidak benar.

“Demensia bukan proses penuaan semula jadi.

“Ada juga yang menyangka tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan dan tiada yang dapat membantu. Itu juga tidak benar.

“Memang betul demensia tiada pe-nawarnya, tapi terdapat ubat bagi me-ngawal tingkah laku serta memperlahan-kan kemerosotannya.

“Terdapat juga sumber dalam masyarakat untuk membantu mengu-rangkan tekanan ke atas penjaga,” Dr Noorhazlina.

Kekuatan ikatan antara generasi dalam masyarakat Melayu aspek yang harus dimanfaatkan dalam menangani isu demensia, tambah beliau.

“Ini bermakna bukan penjaga pesak-it demensia sahaja terlibat, malah semua anggota keluarga. Yang muda boleh ikut menjaga. Mereka boleh bermain bersama pesakit, misalnya melalui iPad atau apa jua kegiatan yang dapat merangsang minda,” usul beliau, yang turut memberi amaran tentang peng-gunaan jamu dan suplemen bagi men-gatasi masalah kesihatan itu.

Dr Noorhazlina berkata terdapat pel-bagai jenis demensia, tetapi yang paling lumrah ialah demensia Alzheimer.

Jika seseorang itu disahkan meng-alami demensia Alzheimer pada usia le-bih 60 tahun, baka kurang menjadi pun-canya.

Menjelas apakah sebenarnya berlaku pada otak seseorang yang mengalami de-mensia, Dr Noorhazlina berkata:

“Apabila seseorang semakin tua, ter-dapat perubahan dalam otaknya. Saintis sendiri tidak tahu bagaimana demensia Alzheimer boleh terjadi, di mana terda-pat protein tidak normal yang mendap di dalam otak, yang dialami sebahagian orang.”

Demensia ialah sindrom di mana seseorang itu antara lain mengalami masalah lupa dan tidak lagi berupaya melakukan perkara yang pernah dilaku-kannya secara sempurna.

Masalah kognitif yang dihadapi itu boleh menjejas kehidupan harian.

“Sebagai contoh, masalah lupa ten-tang janji temu dan ia menjadi lebih ke-rap. Memang kita kadangkala terlupa ekoran stres. Tetapi kumpulan ini tidak berhadapan dengan tekanan, tapi tetap terlupa.

“Satu detik ke dapur, kemudian ke ruang tamu tapi lupa apa yang perlu dibuat. Ke pasar raya tapi lupa nak beli apa. Yang lebih teruk sampai lupa dah makan ke belum.

“Jika dulu boleh masak dengan baik, kini mengatur bahan pun tidak boleh di-lakukan. Seseorang itu mungkin meng-hadapi masalah menangani juadah ko-mpleks. Atau mungkin dulu tiada ma-salah menggunakan pengangkutan awam, sekarang kebingungan hingga ter-sesat.

“Ketepikan faktor tekanan, maka masalah lupa itu tidak normal,” ujar Dr Noorhazlina.

UNTUK meniti usia tua dengan jaya, seseorang itu harus membuat persiapan seawal mungkin.

Namun, apabila bercakap tentang persiapan menje-lang usia senja, ramai segera memikirkan tentang persia-pan dari segi kewangan bagi menjalani tempoh persa-raan serta bekalan akhirat.

Tidak ramai membuat persiapan dari segi kesihatan, yang melibatkan aspek fizikal, mental dan sosial, kata Konsultan Kanan, Pusat Perubatan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Noor Hafizah Ismail.

“Kita tidak sedar aspek pencegahan semasa kita ber-ada pada pertengahan umur. Ia sebenarnya amat pen-ting kerana ia akan menjadi penentu bagaimana keadaan kita apabila tua nanti,” kata beliau, yang akur golongan pertengahan usia lebih cenderung memburu kerjaya selain sibuk membesarkan anak-anak sehingga kadangkala terlupa menjaga diri sendiri.

Pakar daripada Klinik Jatuh dan Imbang itu menam-bah: “Biasanya pada usia 30 tahun, kita berada di ke-muncak. Kemudian, ia akan menurun.

“Apabila usia mencecah 40 tahun, kita lebih matang dan kita biasanya mula sedar adanya perubahan. Untuk membaca pada jarak dekat terasa sukar dan kita memer-lukan lensa progresif. Banyak pula ujian kesihatan seper-ti darah tinggi dan kencing manis dianjur agar dilakukan pada usia 40 tahun.

“Maka, pada usia inilah persiapan seharusnya sudah dimulakan.”

Dr Noor Hafizah menekankan peri pentingnya pema-kanan sihat, senaman yang disifatkan umpama ubat penawar bagi banyak penyakit, termasuk langkah mem-perkuat kaki agar tidak mudah jatuh, mencegah penya-kit kronik serta yang berkait pula dengan kesihatan men-tal bagi mengurangkan kemurungan.

Beliau, yang turut mengadakan ceramah bagi ma-syarakat, termasuk di masjid, berpendapat bahawa kegia-tan yang dianjurkan untuk warga senja yang biasanya bersifat berkala boleh diadakan secara berterusan.

Ini kerana ia platform yang baik bagi mengumpulkan warga tua secara tetap serta mendorong mereka men-jalani hidup sihat.

“Di sinilah pertubuhan Melayu/Islam (MMO), pertu-buhan kebajikan sukarela (VWO) dan masjid mungkin boleh memikirkannya.

“Biasanya ia boleh dilakukan melalui penglibatan. Cari apakah daya tarikan mereka secara sosial agar mere-ka terpaut dan berasa menjadi anggota sesebuah kumpu-lan. Mungkin ada yang suka ke Expo dan ada pula yang ke masjid. Dari situ, perkenalkan mereka dengan kegia-tan berkaitan kesihatan secara tetap,” usul Dr Noor Hafizah.

APABILA seseorang itu se-makin berusia, kulit bakal menja-di lebih kering.

Terdapat beberapa cara men-jaga kulit bagi mempersiap diri menjelang usia senja.

Elakkan daripada mengguna-kan sabun keras atau merengsa-kan (irritating).

Sebaliknya gunakan sabun lembut atau pengganti sabun, sa-ran Konsultan, Pusat Kulit Na-sional (NSC), di bawah naungan National Healthcare Group (NHG), Dr Ker Khor Jia.

Sebaik-baiknya, ujar Dr Ker, penggunaan pelembap harus menjadi amalan kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.

“Pelembap tidak menyebab-kan kulit menipis dan harus disa-pu secara liberal. Masa paling se-suai menyapu pelembap ialah sejurus selepas mandi,” usul be-liau.

Dr Ker juga menasihatkan agar seseorang itu mengelak da-ripada menggaru, menggosok dan mengupas kulit kerana ia akan memburukkan keadaan ke-banyakan penyakit kulit dan mungkin boleh menyebabkan bekas pigmentasi buruk, luka ter-buka dan parut.

Di samping itu, amalan me-lembapkan kulit harus terus di-praktikkan apabila berada da-

lam persekitaran kering atau di-ngin.

Ini termasuk semasa berada di dalam bilik berhawa dingin atau semasa melancong ke nega-ra lain ketika musim sejuk.

“Apabila kulit sihat dan tidak mudah pecah, masalah kulit ko-yak dapat dikurangkan. Pende-dahan pada cahaya matahari te-lah terbukti menjadi faktor risi-ko penting yang menyebabkan barah kulit.

“Elakkan daripada terlalu la-ma terdedah kepada cahaya ma-tahari yang terik. Ambil langkah berlindung daripada cahaya ma-tahari yang betul seperti menga-

malkan Faktor Pelindung Ma-tahari (SPF) 50 pada kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari, menggunakan payung atau topi boleh membantu me-ngurangkan risiko mendapat barah kulit,” ujar Dr Ker.

Pada masa yang sama juga be-liau menasihatkan agar mereka yang menjaga warga senja agar sentiasa memastikan tangan dan kaki golongan tua itu benar-be-nar kering selepas dibasuh atau mandi.

Ini dapat mengelakkan masa-lah jangkitan kulat pada kuku.

Di samping sudut kesihatan, kesejahteraan warga senja juga perlu diambil kira, kata Dr Ker.

Demensia bukan proses penuaan semula jadi

Usah lupa persiap fizikal

dan mentalbagi usia senja

Risiko serangan barah jika terlalu kena cahaya matahari

Foto KHALID BABA

DR NOOR HAFIZAH: Selain persiapan kewangan, seseorang itu perlu menjaga pemakanan dan bersenam, iaitu penawar bagi banyak penyakit. – Foto JOHARI RAHMAT

DR KER: Orang tua harus menggunakan pelembap sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Dua pakar Pusat Perubatan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH) – Konsultan Kanan Dr Noor Hafizah Ismail dari Klinik Jatuh dan Imbang, dan Konsultan Perkhidmatan Kognisi dan Gangguan Memori, Dr Noorhazlina Ali – serta Konsultan, Pusat Kulit

Nasional (NSC), Dr Ker Khor Jia, berkongsi pengamatan dan keprihatinan mereka mengenai persiapan bagi usia senja. Ikutilah laporan HASLEEN BACHIK ([email protected]).

Choose from various clubmemberships or sell yours

in CLASS 66To advertise, call the

Print Classified Hotline:1800-289 9988

Get your5th ‘C’

here

“Demensia tidak sama dengan nyanyuk memandangkan demensia melibatkan banyak komponen seperti lupa dan masalah kognitif intelektual lain yang telah menjejas kegiatan sehari-hari seseorang individu itu. Nyanyuk lebih berupa sifat pelupa disebabkan usia tetapi bukan merupakan demensia.”

– Dr Noorhazlina Ali, Konsultan, Perkhidmatan Kognisi dan Gangguan Memori, Pusat Perubatan Geriatrik, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), di bawah naungan Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG).

8 Berita Harian | Rabu, 17 Mei 2017

Berita SETEMPAT