amalan tradisional melayu bagi penjagaan ibu ......2.5.10 penjagaan ibu bersalin secara pembedahan...

90
AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU-IBU SELEPAS BERSALIN DI NEGERI KELANTAN

Upload: others

Post on 12-Aug-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU-IBU

SELEPAS BERSALIN DI NEGERI

KELANTAN

Page 2: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

Kementerian Kesihatan Malaysia

AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL

MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU-IBU

SELEPAS BERSALIN DI NEGERI

KELANTAN

2017

Penerbitan Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Page 3: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

©Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, 2017 Semua hak cipta terpelihara.

Tiada mana-mana bahagian jua boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cetakan Pertama 2017

ISBN 978-983-44782-9-2

Diterbitkan oleh: Cawangan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan Malaysia Blok E, Jalan Cenderasari 50590 Kuala Lumpur Malaysia Tel: 03-2279 8100 Faks: 03-2691 1259 Emel: [email protected] Laman web: http://tcm.moh.gov.my

Page 4: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

PENAFIAN

Semua maklumat berkaitan amalan perubatan tradisional Melayu dalam penjagaan ibu-ibu selepas bersalin yang terkandung dalam buku ini merupakan satu usaha

dokumentasi pengetahuan dan amalan pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu bertujuan untuk memelihara ilmu yang menjadi warisan turun-temurun.

Sehubungan itu, pembaca disarankan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada pegawai perubatan yang bertauliah sebelum mendapatkan

rawatan daripada pengamal perubatan tradisional atau mengamalkan petua-petua yang dinyatakan. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini. Pihak penerbit tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesan

sampingan yang mungkin dialami oleh pembaca.

Page 5: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

Penghargaan vi

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang 8

1.2 Kajian Keratan Rentas Eksploratori Untuk Mengkaji Amalan Perubatan Tradisional Melayu dalam Penjagaan Ibu-ibu Selepas Bersalin

9

2.0 Hasil Dapatan Kajian

2.1 Sosiodemografi 11

2.2 Konsep Perbidanan 14

2.3 Perubahan Fizikal Ibu Selepas Bersalin 16

2.4 Amalan Berpantang 17

2.5 Prosedur Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 18

2.5.1 Urutan Selepas Bersalin 19

2.5.2 Bertungku 25

2.5.3 Mandi Teresak 30

2.5.4 Barut 34

2.5.5 Berdiang dan Bersalai 39

2.5.6 Pemakaian Param, Pilis dan Bedak Sejuk 43

2.5.7 Angkat Peranakan 45

2.5.8 Mati Peranakan 46

2.5.9 Upacara Pelepas 47

2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50

2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51

2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51

2.6.2 Penjagaan Payudara 53

2.7 Petua dan Pantang Larang 55

2.7.1 Pemakanan 55

2.7.2 Aktiviti Harian 58

2.7.3 Hubungan Suami Isteri 59

2.8 Masalah Lazim Yang Dihadapi Ibu Selepas Bersalin 60

2.8.1 Rengat 60

2.8.2 Bentan 64

2.8.3 Tersepak Ibu Jari Kaki 65

2.8.4 Meroyan 67

2.9 Penjagaan Khusus Ketika Tempoh Mengandung 71

2.9.1 Jamah Perut 71

2.10 Peranan-Peranan Lain Bidan dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 74

2.10.1 Pengurusan Uri 74

2.10.2 Penjagaan Bayi 76

2.11 Amalan Khusus Pengamal Sebelum Pergi Merawat 80

3.0 Penutup

3.1 Kesimpulan 82

Glosari Dialek Kelantan 84

Senarai Informan Kajian 86

Rujukan dan Bibliografi 89

Sidang Pengarang 90

ISI K

ANDU

NGAN

Page 6: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

vi

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia di atas keizinan untuk menerbitkan laporan kajian ini dan Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia atas nasihat dan sokongan berterusan sepanjang kajian ini dijalankan sehingga penerbitan laporan.

Di samping itu, pihak kami turut merakamkan ribuan terima kasih di atas penyertaan, bantuan dan sokongan pihak-pihak berikut dan kerjasama yang diberikan dalam kajian ini:

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan;

Warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan serta Pejabat Kesihatan Daerah (melibatkan 10 daerah di Kelantan); dan

Informan kajian yang terdiri daripada pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu yang terlibat dalam penjagaan ibu selepas bersalin di Kelantan.

Juga kepada individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kajian ini.

Page 7: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

vi

1.0 PENGENALAN

Page 8: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

8

1.1 LATAR BELAKANG

Pengalaman menjadi ibu adalah sangat istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Proses penjagaan bermula seawal seseorang ibu disahkan hamil hinggalah selepas kelahiran bayi. Fasa pemulihan fizikal dan mental akan berlaku selepas bersalin di mana semasa proses pemulihan ini, ibu tersebut berada dalam keadaan lemah dan memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengembalikan kesihatannya ke tahap optimum seperti sebelum mengandung dan melahirkan anak1. Perkembangan dan pembangunan perubatan moden telah menyumbang kepada penurunan kadar mortaliti perinatal dan ibu bersalin yang ketara. Penjagaan ibu selepas bersalin mengikut kaedah masyarakat di barat adalah lebih cenderung kepada konsep ‘technocentric’ dan penjagaan hanya berfokus kepada beberapa hari setelah kelahiran dengan bantuan teknologi perubatan moden, berbanding dengan penjagaan ibu selepas bersalin di negara-negara Asia Tenggara dan Timur Tengah yang berteraskan konsep ‘ethno-kinship’ yang lebih menitikberatkan sokongan sosial semasa tempoh berpantang2. Amalan Berpantang

Dalam kebanyakan budaya, ibu yang telah melalui proses kelahiran digalakkan untuk menjalani tempoh berpantang. Semasa dalam tempoh berpantang tersebut, golongan ibu digalakkan untuk mendapat rehat secukupnya, mematuhi rutin pemakanan yang disarankan dan menjaga kebersihan diri3. Kebiasaannya, tempoh amalan berpantang mengambil masa di antara 10 hingga 45 hari3. Tujuan utama amalan berpantang adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan fizikal selepas bersalin dan menghindari masalah kesihatan yang berkaitan pada masa hadapan. Kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India serta pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai amalan berpantang selepas kelahiran yang berbeza dan dipengaruhi oleh agama dan adat resam masing-masing4. Wanita Melayu sering dillihat sebagai tulang belakang dalam sesebuah keluarga. Kepentingan seseorang wanita dalam institusi kekeluargaan Melayu dapat dilihat dari aspek penjagaan rapi dan istimewa yang diterima semasa beliau menjalani tempoh berpantang. Berdasarkan kepercayaan tradisi masyarakat Melayu, sekiranya seseorang ibu tidak menitikberatkan penjagaan selepas bersalin terutamanya dari aspek jasmani, rohani dan mental, tahap kesihatan akan terjejas sekaligus memberi kesan yang buruk dalam institusi kekeluargaan.

Page 9: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

9

1.2 KAJIAN KERATAN RENTAS EKSPLORATORI UNTUK MENGKAJI AMALAN

PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU-IBU SELEPAS

BERSALIN

Satu kajian keratan rentas eksploratori telah dilaksanakan di Kelantan, Malaysia dari Mac sehingga Mei 2016. Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan memahami amalan berpantang secara tradisional oleh pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu di Negeri Kelantan. Sepanjang tempoh kajian dilaksanakan, seramai 42 informan yang terdiri daripada pengamal-pengamal perubatan tradisional Malayu yang berpengalaman lebih dari 10 tahun telah ditemu ramah berpandukan satu garis panduan yang merangkumi aspek:

A. Sosiodemografi;

B. Amalan bercirikan lapan tema utama iaitu: i. urutan tradisional Melayu, ii. bertungku, iii. mandi herba (mandi teresak), iv. pemakaian bengkung atau barut, v. penggunaan param, vi. pemakaian pilis, vii. rawatan haba (berdiang/bersalai), dan viii. bertangas;

C. Petua dan pantang larang bagi penjagaan luka bersalin, pemakanan dan aktiviti

harian; dan

D. Penjagaan bayi baru lahir. Kajian ini telah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Etika dan Penyelidikan Perubatan (JEPP) dengan nombor geran NMRR-15-907-25818. Persetujuan termaklum bertulis (written informed consent) telah diperolehi daripada responden sebelum setiap sesi temu ramah dimulakan.

Page 10: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

10

2.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Page 11: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

11

2.1 SOSIODEMOGRAFI

Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri di timur laut Semenanjung Malaysia yang mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km². Negeri Kelantan terletak berhadapan dengan Laut China Selatan di bahagian timur, bersempadan dengan negara Thailand di bahagian barat laut, negeri Terengganu di bahagian timur, negeri Pahang di bahagian selatan dan negeri Perak di bahagian barat. Penduduk di negeri Kelantan pada tahun 2016 dianggarkan seramai 1.79 juta orang5. Negeri yang turut dikenali sebagai negeri Cik Siti Wan Kembang ini terdiri daripada 10 jajahan (daerah) iaitu Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, dan Gua Musang.

Rajah 1: Peta Negeri Kelantan

Page 12: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

12

Jadual 1: Profil Responden Kajian

Pembolehubah N = 42

Kekerapan (Peratus,%)

Daerah

Kota Bharu 13 31.0

Tumpat 5 12.0

Bachok 4 9.5

Jeli 4 9.5

Pasir Mas 3 7.1

Machang 3 7.1

Tanah Merah 3 7.1

Gua Musang 3 7.1

Pasir Putih 2 4.8

Kuala Krai 2 4.8

Umur

60 – 69 Tahun 16 38.1

50 – 59 tahun 8 19.0

70 – 79 tahun 8 19.0

80 – 89 tahun 6 14.3

40 – 49 Tahun 2 4.8

30 – 39 Tahun 1 2.4

90 Tahun ke atas 1 2.4

Tahap Pendidikan

Sekolah Rendah 18 42.9

Tiada pendidikan formal 16 38.1

Sekolah Menengah 8 19.0

Pekerjaan

Bidang Urutan 18 42.9

Pekerjaan Luar Bandar 16 38.0

Surirumah 7 16.7

Sektor awam/ kerajaan 1 2.4

Pengalaman

10 – 19 Tahun 12 28.6

20 – 29 tahun 10 23.8

30 – 39 tahun 10 23.8

40 – 49 tahun 6 14.3

50 – 59 Tahun 3 7.1

60 Tahun ke atas 1 2.4

Kaedah Perolehan Ilmu

Keturunan (belajar) 25 59.5

Keturunan (belajar dan mimpi) 11 26.2

Mimpi 5 11.9

Pembelajaran Formal 1 2.4

Page 13: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

13

Jadual 1 menunjukkan profil responden kaijan. Semua informan bagi kajian ini adalah wanita berbangsa Melayu yang berasal dari Kelantan. Sebahagian besar daripada mereka berada di dalam lingkungan umur 60 hingga 69 tahun (38.1%). Median umur adalah 66.5 tahun. Tahap pendidikan kebanyakan informan adalah pada peringkat sekolah rendah (42.9%) manakala sejumlah 38.1% tidak pernah mengikuti pendidikan formal. Bidang urutan merupakan pekerjaan utama kebanyakan informan (42.9%). Ini diikuti dengan mereka yang terlibat dalam pekerjaan di luar bandar (38.1%) seperti menoreh getah, bertani, menganyam tikar, berniaga dan mengajar Al-Quran. Kesemua informan dalam kajian ini berpengalaman lebih daripada 10 tahun sebagai pengamal perubatan tradisional Melayu dalam bidang penjagaan ibu selepas bersalin. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada informan, terdapat beberapa kaedah perolehan ilmu dalam penjagaan ibu selepas bersalin seperti diwariskan secara berguru dengan bidan terdahulu, ilmu perbidanan yang diturunkan melalui mimipi dan terdapat juga informan yang menerima pendidikan formal dalam bidang amalan tersebut.

Page 14: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

14

2.2 KONSEP PERBIDANAN

Ilmu perbidanan dalam perubatan tradisional Melayu merangkumi penjagaan dan perawatan wanita sebelum mengandung, sewaktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Penjagaan bayi baru lahir juga terkandung dalam konsep perbidanan ini. Pengamal ilmu perbidanan dalam perubatan tradisional Melayu biasanya dikenali sebagai tok bidan atau bidan kampung. Bidan kampung (pengamal) juga berperanan untuk memberikan pendidikan kepada ibu-ibu selepas bersalin mengenai penjagaan diri dan bayi. Kaedah penerimaan ilmu perbidanan di Kelantan adalah berbeza-beza antara pengamal. Ilmu perbidanan lazimnya diwarisi secara turun-temurun. Terdapat pengamal yang mewarisi ilmu perbidanan melalui pembelajaran secara berguru yang mana ilmu diturunkan daripada seorang ibu atau nenek kepada anak, cucu atau saudara perempuan yang terpilih. Pembelajaran ini adalah secara pemerhatian dan pengalaman. Terdapat juga kaedah ilmu perbidanan yang diturunkan secara ghaib iaitu melalui mimpi atau lebih dikenali sebagai ilmu Bidan Tujuh. Individu yang terpilih untuk menerima ilmu secara ghaib biasanya akan bermimpi seorang nenek tua yang mengajarnya cara-cara untuk menguruskan ibu bersalin. Individu tersebut perlu menerima ilmu itu ketika di dalam mimpi. Keengganan menerima ilmu tersebut dipercayai akan menyebabkan individu tersebut menghadapi gangguan kesihatan sehinggalah beliau menerima ilmu itu. Di samping itu, ada juga pengamal yang menerima pendidikan formal dalam bidang perbidanan melalui kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan oleh beberapa pihak di Malaysia. Di Kelantan, amalan-amalan dalam penjagaan ibu selepas bersalin termasuklah urut; bertungku; mandi teresak (mandi herba); pemakaian barut; berdiang atau bersalai; upacara pelepas; angkat atau mati peranakan; penjagaan pemakanan dan pergerakan semasa tempoh berpantang; pengurusan uri; dan pengurusan bayi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

Page 15: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

15

Rajah 2: Amalan dalam Penjagaan Ibu Mengandung dan Selepas Bersalin Di Kelantan

Page 16: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

16

2.3 PERUBAHAN FIZIKAL IBU SELEPAS BERSALIN

Secara amnya, seorang wanita akan mengalami perubahan yang jelas pada tubuh badan sewaktu mengandung dan selepas melahirkan anak. Perubahan-perubahan utama yang dialami oleh ibu selepas bersalin seperti yang diterangkan oleh pengamal adalah:

i. Perut yang besar dan tegang semasa mengandung akan menjadi kendur dan menggeleber;

ii. Muka menjadi sembab; iii. Bahagian punggung menjadi leper dan lebar; iv. Payudara menjadi kendur; v. ‘Urat’ badan akan menjadi sakit; vi. Peranakan senang ‘masuk angin’; dan vii. Kurang bertenaga.

“...payudara kita jadi lanjut sikit kan, pastu macam punggung kita kan lebar::” M25

“Sakit urat la selepas bersalin, sakit urat.” M25

“...letih la, beraso la tenaga kito tu key, haa... sero lembik letih tu la.” KK40

“...muka a.. sembab, jadi sembab... hmm ado jugok tapi gak keno pantang ahh, pantang makan, pantang kedudukan.” B05

“...lepas budok tubik tu jadi supo ado sorang lagi, dio masuk angin. Masuk angin ikut peranakan, haa ado jugok lagu tu.” TM27

Page 17: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

17

2.4 AMALAN BERPANTANG

Keunikan penjagaan ibu selepas bersalin di kalangan masyarakat Melayu terletak pada amalan-amalan sewaktu berpantang yang terdiri daripada rawatan penjagaan diri serta amalan penjagaan pemakanan dan aktiviti harian. Amalan berpantang dipercayai membawa banyak kebaikan untuk kesihatan seorang wanita secara luaran dan dalaman. Menurut kepercayaan pengamal perubatan tradisional Melayu, amalan berpantang dapat mengembalikan bentuk badan seperti sebelum bersalin; memelihara awet muda; menyihatkan tubuh; melancarkan peredaran darah; serta merapatkan dan memulihkan peranakan. Sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan pantang, masalah yang mungkin dihadapi pada masa hadapan adalah sakit pinggang dan peranakan jatuh.

“Ore yang berpantang mengikut betul-betul berpantang ni yang memey cepat sihat. Cepat sihat, cepat err.. pengaliran darah, cepat err.. elok.. ape ni, memperelokkan perjalanan darah. Err.. rahim dia cepat kecut. Dia ape ni.. wajah pun berseri. Kulit pun nampok err ade macam .. apa orang panggil sihat la. Kulit tu nampok nampok macam lembap..” GM44

Rata-rata pengamal yang ditemu ramah menyatakan bahawa tempoh berpantang yang paling ideal bagi ibu selepas bersalin adalah selama 100 hari manakala tempoh pantang paling minima pula adalah selama 40 hari. Kebanyakan ibu zaman sekarang mengamalkan tempoh berpantang selama 40 hari.

“Kalau baso hok orang kampung dulu-dulu gak dia pantang sungguh la, kalau orang loni sekak empat puluh hari je la...” PP33 “Orang-orang seratus hari, orang-orang empat puluh hari. Hok molek seratus hari la.” TM28

Page 18: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

18

2.5 PROSEDUR PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN

Prosedur penjagaan ibu selepas bersalin di Kelantan selalunya bermula dengan urutan, diikuti dengan bertungku, mandi teresak dan pemakaian barut. Ramai pengamal menyatakan bahawa amalan berdiang atau bersalai amat jarang dilaksanakan pada masa kini. Penggunaan param, pilis dan bedak sejuk pula didapati tidak termasuk dalam amalan tradisional penjagaan ibu selepas bersalin di Kelantan dan hanya diamalkan oleh segelintir pengamal di daerah Gua Musang. Amalan tangas didapati tidak diamalkan oleh pengamal-pengamal yang ditemu ramah. Bahagian ini akan membincangkan tema urut, tungku, mandi teresak, barut, dan berdiang atau bersalai dalam penjagaan ibu selepas bersalin di Kelantan berdasarkan skop berikut:

i. tempoh dan masa yang sesuai; ii. teknik amalan; iii. tatacara amalan; iv. bahan-bahan yang digunakan; v. kebaikan amalan; dan vi. petua-petua yang disyorkan bagi amalan tersebut.

Page 19: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

19

2.5.1 URUTAN SELEPAS BERSALIN

Urut merupakan salah satu elemen penting dalam amalan perubatan tradisional Melayu bagi penjagaan ibu selepas bersalin. Amalan urut tradisional Melayu bagi ibu selepas bersalin terdiri daripada urutan seluruh badan beserta urutan khas di bahagian payudara dan perut (peranakan).

a. Tempoh dan masa bagi menjalankan urutan

Majoriti pengamal di Kelantan mengamalkan urutan bermula pada hari ketiga selepas bersalin. Tempoh urutan adalah berbeza-beza mengikut kehendak ibu atau atas nasihat pengamal. Lazimnya, tempoh ini adalah selama tiga hari dan boleh juga dilanjutkan sehingga hari ke-40 selepas bersalin.

“..tigo, hari ketigo saya start. Aa.. sebenarnya sampai empat puluh hari, tapi depend pada.. tu, kalau saya, anak saya memang sampai empat puluh hari, empat puluh hari saya buat benda yang sama, hari-hari, tiap-tiap pagi, benda yang sama.” KB11

“Tiga hari, tiga hari berturut-turut. Lepas tu tak dok doh la, demo sakit demo mari ngurut pulok.” M24

Kekerapan urutan adalah pelbagai, ada pengamal yang mengamalkan secara berturutan setiap hari dan ada juga yang mengamalkannya secara berselang-seli hari dengan amalan bertungku. Menurut informan dari Tumpat:

“...kito ngurut, ngurut, ngurut, ngurut deh. Demo la.. nak dok, empat lima hari ngurut, lima hari tungku, buat suku dah ni, ni gak ngurut lagi, tungku lagi, tok leh bangun, ko tok leh bangun sebab, dio tok leh, orang lo ni kan, dia ngurut, tungku lah lu.. dio tok leh sekali kalu kita gi ngurut, ngurut sampai ni aa.. kalu kato kito nak duo hari, dok, makna, kalu dua hari, kita kena ambik sehari, sehari ngurut, sehari tungku doh, dio nak dua hari key a.. kalu kata nak limo hari, kena ambik sepuluh aa.. gitu.” T22

Bagi kelahiran secara normal tanpa luka di salur peranakan (episiotomi), urutan akan dimulakan pada hari ketiga selepas bersalin. Pengamal di Kota Bharu menyatakan:

“...kalu ore lepas beranok, ore tok beloh, maso tigo hari, lepas tigo hari.” KB06

Bagi kelahiran secara normal dengan luka episiotomi, majoriti pengamal mengesyorkan urutan dimulakan selepas luka tersebut sembuh. Kebiasaannya dalam lingkungan tujuh hingga sepuluh hari:

Page 20: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

20

“…ha.. keleh la, kalau orang tak luka, boleh urut cepat sikit, kalau dia luka dalam tak boleh urut, jadi luka. Sepuluh hari ke, tu je. Kalau orang luka banyak la, luka bawah ni, kalau luka sini (luka pembedahan) tak boleh urut nah. Nanti dia sihat molek kita jepuk gitu, boleh jepuk aa, boleh ngurut. Kalau tak boleh jepuk gak, tak boleh lagi la tak sembuh lagi.” J38

Aktiviti mengurut sebaiknya dilaksanakan pada waktu pagi atau petang dan tidak digalakkan pada waktu tengahari kerana dipercayai urat akan menjadi keras pada waktu tersebut: “Pagi la... pagi urat lembut.” GM46

“...tengah hari keras, tak digalakkan, tapi orang lo ni, kadang-kadang tak dok masa, tengah hari ada masa, tengah hari pegi nya. Orang zaman dulu, tak dok kerja mano... ehm.” GM46

“Tengahari tak boleh pergi. Sebab dia panas, kita ngurut panas tak tahan.. orang hok sakit pun tak tahan. Kena petang la, petang dengan malam la, pagi.” KK42

Menurut sebilangan besar pengamal, sesi berurut secara amnya mengambil masa selama 30 minit hingga satu jam.

b. Teknik

Pengamal biasanya menggunakan jari dan tapak tangan untuk mengurut. Sebilangan

kecil pengamal menggunakan bahagian siku untuk mengurut anggota badan di bahagian bawah seperti peha terutamanya bagi ibu-ibu yang mempunyai saiz tubuh yang besar. Majoriti pengamal tidak menggunakan kaki untuk mengurut kerana di dalam kepercayaan masyarakat Melayu, penggunaan kaki dipercayai boleh mempengaruhi proses penyembuhan: “...mok cik tak buat siku. Kaki, tangan sajo.” KB14

“Kaki tak baik kita pijak rumput atas tanah mati. Arwah mak kita pesan, jangan berurut dengan kaki, tak baik, panas, kita tak lama mati urat hok misalan kita ngurut orang, acap-acap ngurut lagutu tak lama jadi itu urat dia. Tapak kaki kan, kaki kita ni dia panas.” KK40

Page 21: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

21

c. Tatacara

Turutan mengurut yang kerap kali digunakan oleh pengamal bermula dari perut dan seterusnya bahagian peha; betis; tapak kaki; punggung; belakang; payudara; bahu dan lengan; dan diakhiri di bahagian kepala:

Walau bagaimanapun, terdapat juga pengamal yang melakukan urutan bermula dari bahagian kaki, kemudian diteruskan ke bahagian atas anggota badan dan berakhir di bahagian perut.

“Aa.. kak urut kaki dulu. Haa.. naik ke atas, kak main ni.. peha ni gapo peha semmo lah. Peha belakang gapo. Perut aa.. nak habis la, belakang pastu baru kak jamah perut. Kalau kita jamah perut slaluh peranakan, dia mendap lagi. Aa.. dia kena urut belakang dulu, urat belakang timbul timbul timbul semua sekali baru kita angkat.” T23

“Perut dulu, pastu naik dada semua ni, lepas tu kiri ni (menunjukkan urutan di bahagian tangan kiri), sebelah ni lepas tu turun kut ni (menunjukkan di bahagian kaki kiri) lepas tu naik ikut ni (bahagian kaki kanan dan diikuti tangan kanan) pastu kak suruh dia nerak belakang pulok. Emm last skali, aa.. urut-urut ni tubuh-tubuh dulu lepas tu urut la kepala semua.” J39

“Perut dulu, pas tu tangan, bahu kepala, pas tu alik ni pulak (menunjukkan bahagian kaki).” B04

TURUTAN URUTAN BAGI IBU

SELEPAS BERSALIN

Page 22: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

22

d. Bahan yang digunakan sewaktu urutan

Medium yang selalu digunakan untuk mengurut adalah minyak. Berdasarkan dapatan maklumat daripada informan, minyak yang paling kerap digunakan adalah minyak masak atau minyak kelapa. Ada kalanya minyak tersebut turut dicampur dengan

rempah ratus, daun herba atau minyak urut panas.

“Minyak tu kak buat dengan daun kayu. Minyak masak jugak, kak rebus dengan daun kayu tu sampai masak.Tapi minyak kak tak blemin dia menyerap di badan.” T23

“Minyak, minyak. Minyak panas sikit, minyak masak, minyak untuk urat, minyak burung buk buk tu. Buat sendiri ada belako buat sendiri blako, ho ada blako. Guna minyak masak. Tak tanak minyak kelapa, tak tanak.” PM30

e. Kebaikan

Jadual 2 menunjukkan beberapa kebaikan amalan mengurut bagi ibu-ibu selepas bersalin.

Jadual 2: Kebaikan Amalan Mengurut

Kebaikan Pernyataan

Melembutkan urat “...kena ngurut dulu, sebab nak lembut urat dulu,” B04

Mengangkat peranakan “Paha ni kito urut, celoh paha ni urut nga kaki, Peranakan naik... sebeloh lain pulok kito urut nga kaki jugok, urut gah-gah naik, urut gah-gah naik.” B05

Menghilangkan rengat “Pertamo gi, kalau dio tok jahit, dio nok bui tu, kito urut bui tubik daroh selalu lah, daroh hok tokol-tokol beku-beku tu, hilang la rengat nyo, sakit” KB07

Melancarkan pengaliran

darah

“Nak melancarkan darah, angin gapo dalam tubuh badan, kalau hok mana sumbat-sumbat tu dia lancar blako.” KB16

Menghilangkan lenguh “Memey.. kalau tak ngurut dia lenguh::” PP35

Meringankan tubuh “Untuk ringan urat kita. Kita betul urat kita hok brehi nyetok, brehi gapo tuh. Aa.. lepas kita ngurut tu kita jadi ringan tubuh.” PM31

Page 23: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

23

f. Petua yang disyorkan untuk amalan urut

Pengamal-pengamal yang diditemu ramah menyarankan beberapa petua sewaktu mengurut ibu selepas bersalin seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Petua Amalan Urut Tradisional Melayu

Petua Pernyataan

Sesi urutan diiringi dengan bacaan bismillah dan ayat-ayat Quran dan

menyandarkan kesembuhan kepada Allah

“Aa.. mok cik baca lah lebih kurang, baca al-Fatihah, baca al-Ikhlas baca lebih kurang. Mugo tidak kerana kita, kerana Allah.” KB08

Campuran minyak urut panas dan minyak kelapa digunakan untuk

urutan

“Capur ah, tokleh minyok panas, kalu minyok panas dio jadik sakit kulit dio tuh, keno campur minyak bena slow-slow capur, kito urut lah, kalu panas benar pom tokleh, sejuk benar pun orang tok sero, haa gitu ah.” KB10

Urut di bahagian muka dan ikat rambut ke atas untuk meninggikan

peranakan

“Kita urut ikut ni, urut ikut ni, muka urut urut urut urut kemas urat, urat urat ikut nih urat ikut ni, nih ikut ni , turun turun, urut pah ni nih! Buat gini, gini, takut mudah kendur, kendur dey tua dia kendur sini dulu, betul ke tak? Lepas nih urut tarik, pah ambil rambut jujuk, jujuk uh jujuk biar habis. Jujuk, tarik tarik tarik, tarik tu pulas sanggul cotek sini. Ha.. sanggul sini. Untuk apa? Tinggi peranakan. Peranakan kita tinggi,” KB15

Page 24: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

24

Rajah 4 menunjukkan kaedah urutan muka yang didemonstrasi oleh seorang pengamal sewaktu temu ramah. Urutan bermula dari bahagian dagu naik ke bawah bibir (1); dari dagu diurut ke atas dan di sisi muka sehingga ke telinga (2); bahagian bawah pipi diurut ke arah atas hingga ke hujung luar mata (3); kawasan hidung diurut ke arah atas menuju ke pangkal hidung (4); dan akhirnya, bahagian atas kening dan dahi diurut dari tengah muka ke sisi kiri dan kanan (5). Bagi urutan kepala, urutan dilakukan dari pangkal leher sehingga ke atas kepala dan kemudian rambut ibu disanggul tinggi.

Rajah 4: Kaedah Urutan Muka

Page 25: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

25

2.5.2 BERTUNGKU

Bertungku merupakan sejenis urutan (point massage) yang menggunakan batu panas.

a. Tempoh dan masa bertungku

Di Kelantan, majoriti pengamal mengamalkan rawatan tungku bermula pada hari ketiga selepas bersalin. Sama seperti mengurut, tempoh bertungku juga berbeza-beza mengikut kehendak ibu atau atas nasihat pengamal. Tempoh bertungku secara kebiasaannya adalah selama tiga hari dan boleh dilakukan setiap hari sehingga hari ke-40 selepas bersalin:

“…tungku dalam 40 jah, pastu tak tungku doh. Sebab dia nak kecut urat ha.. Tungku molek-molek demo rajin 40 hari, kita nak kecut urat kan.” T23

Bagi kelahiran secara normal dengan luka episiotomi, majoriti pengamal

mengesyorkan rawatan bertungku dibuat selepas luka tersebut sembuh, iaitu dalam lingkungan tujuh hingga sepuluh hari selepas bersalin. Menurut pengamal di Kota

Bharu:

“…ho loni tak boleh kerana dia luka. Kalau luka, lepah seminggu. Kalau tak dok luka, selaluh.” KB15

Aktiviti bertungku sebaik-baiknya dilaksanakan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Bertungku selalunya dilakukan selepas rawatan urut. Menurut sebilangan

besar pengamal, sesi bertungku secara amnya mengambil masa di antara satu jam sehingga saju jam setengah.

“Biasanya sejam lah, biasanya satu jam, sejam setengah gitu lah.” M25

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil pengamal yang menjalankan proses bertungku selama dua jam hingga tiga jam mengikut saiz badan ibu:

“...dua jam ke, dua jam setengah ke... orang gemuk tiga jam.” KB14

Page 26: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

26

b. Teknik, alatan dan bahan yang digunakan

Majoriti pengamal menggunakan batu sungai yang biasanya didapatkan sendiri dari

hulu sungai di kawasan bukit. Batu yang terpilih akan dikeringkan selama beberapa hari sebelum digunakan. Ada pengamal menggunakan istilah ‘tungku tiga beradik’ bagi merujuk kepada penggunaan tiga biji batu yang berlainan saiz semasa bertungku.

Rajah 5: Batu Sungai Rajah 6: Tungku Tiga Beradik

Batu tungku akan dipanaskan di atas api selama 30 minit dan kemudian dilapik dengan daun-daun herba seperti yang tersenarai dalam Jadual 4. Sebahagian pengamal menggunakan pelbagai jenis daun untuk melapik tungku dan sebahagian lagi hanya menggunakan satu jenis daun sebagai lapik tungku:

“Lapik-lapik dengan daun-daun kemudu, daun kapal terbang pun boleh, tak dok kemudu gak daun kapal terbang, daun kemoyan macam-macam lah. Daun kunyit, lengkuas pun boleh. Kunyit, lengkuas daun pandan kita lapik-lapik tu gak letak tungku atas, bau sedap lah daun pandan kunyit tuh.” TM28

“Ha.. daun macam pucuk kudu (mengkudu), daun lengkuas, daun kunyit, kalau payah daun mengkudu, daun kuah (lengkuas) dengan daun kunyit gitu, ikut la. Suku-suku. Kalau misalan tiga hari dok, hari ni kita wak gi daun mengkudu, pastu kalau esok daun kuah (lengkuas) ko, daun kunyit kita bawak, kita tengok la.” J39

Page 27: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

27

Jadual 4: Senarai Daun Yang Digunakan Untuk Membalut Tungku

Daun yang kerap digunakan Daun-daun lain yang boleh digunakan

Daun mengkudu

Daun pandan

Daun lengkuas

Daun kunyit

Daun kemoyang

Daun kapal terbang

Daun serai

Daun nilam

Daun betik

Daun sireh

Daun beka/bonglai

Daun pulai

Daun sungkai

Daun napan

Daun semeru gajah

Daun keladi

Daun jarak

Daun kari

Daun gelenggang

Daun balik angin

Balutan tungku:

Lapisan paling luar terdiri daripada dua atau tiga lapis keratan kain batik dan diikuti lapisan seterusnya iaitu beberapa helaian surat khabar. Lapisan paling dalam terdiri daripada dedaun herba. Batu tungku yang panas akan diletakkan di atas balutan dan seterusnya diikat seperti bunjut. Sewaktu bertungku, lapisan kain akan dibuka sehelai demi sehelai untuk mengekalkan kehangatan tungku tersebut:

“Lepas tu dio, pahtu napok mok cik urut key, mok cik pun bukok kain pah selai-selai…” B06

c. Tatacara

Aturan bertungku yang kerap kali digunakan oleh pengamal bermula dari kawasan perut. Bahagian peranakan perlu dipegang dengan sebelah tangan ketika bertungku di bahagian perut. Seterusnya, pengamal akan menungku bahagian peha, punggung, belakang, diikuti dengan betis dan tapak kaki. Bertungku di kawasan tapak kaki amat digalakkan kerana dipercayai melancarkan urat peranakan. Aturan ini diterangkan oleh seorang pengamal di Kota Bharu:

“Tungku start perut, perut hok dio masa panas wap banyak tu, perut. Lepas perut tu peha, sini ha... dia tido netey pah perut sini angkat-angkat sini sini sini (menunjukkan tangan kanan memegang peranakan di kawasan ari-ari dan tangan kiri memegang tungku dan ditungku dari sisi kawasan perut ke tengah, di mana dikatakan angkat-angkat seperti mencungkil, dilakukan kiri dan kanan kawasan perut) peha sini, habis peha sini sini sini (menunjukkan kawasan dalam peha) buat habis, senggeng pulok, pusing-pusing duk nyenggeng, atas nih, atas nih, atas nih, tungku atas nih (menunjukkan kawasan luar, tepi dan belakang peha kanan), sini, sini, sini, sini, sini, sini, pah alik ni pulok. Leknih pulok (bertungku di kawasan luar tepi dan belakang peha kiri), sini sini pah leknih, pah habis nerak pulok. Nerak atas punggung nih, atas punggung, atas punggung, atas punggung, tapak kaki... tapak kaki nih.” KB10

Page 28: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

28

d. Kebaikan

Jadual 5 menunjukkan beberapa kebaikan amalan bertungku bagi ibu-ibu selepas bersalin.

Jadual 5: Kebaikan Amalan Bertungku

Kebaikan Pernyataan

Mengecutkan peranakan “Dia gini, untuk kita peranakan untuk mengecutkan, satu lagi untuk urat perut kita ni hok yang bengkak-bengkak tu jadi lembut.” T21

Melancarkan pengeluaran darah dan lendir kotor

“Kebaikan bertungku ni dia boleh mengeluarkan darah kotor dalam rahim lah.. lendir-lendir yang kotor.” GM44

Melancarkan pengeluaran darah nifas

“Ha.. darah pun mudah keluar, kalau kita angkat.. saja tu dia tubik dah sikit, pastu kita tungku tungku tungku pulak tu dia tubik banyak.” KB10

Memelihara awet muda “Oh, awet mudo awet mudo, kecutkan peranakan, darah keluar betul, dio ada hok ketul-ketul lagi, hok tertinggal dok, dia akan keluar.” GM46

Mengelakkan perut buncit

“Tungku atah belakang, betis, tapak kaki, demo duk takut-takut sampai duo tigo bulan pah perut esok-esok jadik bucit, pah beranok semuo buncit perut, betul demo takut main nga takut. ” KB07

Mengecutkan ‘urat’

“...tungku kecut dia punya apa, urat-urat dia semua. Sekarang urat dia key mengembang semmo, lepas tu kita tungku, tungku, kecut la, dia kecut, hmm apa, buang angin.” KB11

Mengelakkan sakit rengat dan merapatkan peranakan

“...macam sakit-sakit rengat tu, dio tak dok la, aa.. kito jalan pun, tak dok la, kasor, benda tu, kembang key, kito nak bangun pagi, rasa rapat, sedak a...” GM46

Mengeluarkan angin dan meringankan badan

“Dari ni urat saraf kita gapo nih. Keluar angin gapo la. Ringan la, sedap la, tidak kata sakit badan doh la.” T23

Page 29: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

29

e. Petua yang disyorkan dalam amalan bertungku adalah seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6: Petua Amalan Bertungku

Petua Pernyataan

Elakkan bertungku di kawasan tulang kerana dipercayai akan mengurangkan lendir sendi.

Amalkan berselawat dan berzikir sewaktu bertungku

“Pahtu kita start lah, dengan selawat juga lah, aa… Atas tulang jangan, dia takut mengeringkan lendir-lendir ni kan, minyak-minyak panas kita cakap jangan letaklah, aa… sebabnya dia akan mengering lendir haa… gitu.” T21

Penggunaan daun pandan “Hok yang sedap sekali daun pandan. Macam kuih bbau.” B04

Elakkan bertungku pada waktu tengah hari

“Pagi-pagi, malam-malam boleh, tengah hari tokleh panas, tokleh, tungku tokleh jugok, pagi-pagi, pagi jah nok, nok, nok wak tungku, wak tungku, tengoh hari tokleh doh panas, malam boleh.” KB10

Berurut dahulu sebelum bertungku “Ha:: ngurut dulu dia baru naik peranakan urat kita tidak terik. Kalau tungku slaluh, dia sakit la mek.” PM30

Bertungku di bahagian kanan dahulu

“Kanan dulu sebab jantung kita sebelah kiri, dia tak nak bagi tekanan mengejut darah ke jantung kae. Mengurut kanan dulu dan bertungku pun kanan dulu.” GM44

Page 30: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

30

2.5.3 MANDI TERESAK

Mandi teresak atau mandi air rebusan herba merupakan amalan yang telah diamalkan sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu. Mandi teresak adalah salah satu rawatan yang amat disyorkan kepada ibu selepas bersalin.

a. Tempoh dan masa bagi mandi teresak

Secara amnya, mandi teresak boleh dilakukan seawal hari pertama selepas bersalin.

Pernyataan ini dipetik daripada transkrip temu ramah salah seorang pengamal dari daerah Kota Bharu:

“Emm mandi teresak, eh kalau...kalau kehendak gak dok, kito beranak hari ni, kito mandi teresak slaluh pun takpo.” KB08

Kekerapan mandi teresak adalah sekali atau dua kali sehari dan selalunya dilakukan selepas berurut dan bertungku. Lazimnya, mandi teresak dilakukan selama tiga hari dan amalan ini boleh diteruskan sepanjang tempoh berpantang. Pengamal biasanya

akan menyediakan air rebusan herba untuk mandi teresak pada tiga hari pertama sahaja: “Start daripada dia balik tu, kalau mak ayah, mak dia buat mandi teresak lah sampai berapa hari pun. Atas orang, kalau kak dulu dekat 40 hari.” KB09

“Air suam! Air teresak sekak tigo ari. Boleh jugok nok teresak pon cuma kito tok leh doh nok wak gi kalu dio nok cari sdiri takpo.” KB13 “Tiga hari jah hok edah mok ciknya... tiga hari. Kalau orang nak mandi lagi dia nak sedap, ha ikut demo doh tu. Edah mok cik tiga hari jah.” T19

“...mandi ikut kita nak mandi, tujuh hari boleh, kalau rajin dua puluh hari boleh” KB16

b. Bahan-bahan yang digunakan

Bahan yang selalu digunakan untuk mandi teresak adalah air rebusan daun herba yang dijadikan sebagai air mandian adalah seperti dalam Jadual 7 dan Rajah 7.

Page 31: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

31

Jadual 7: Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Mandi Teresak

Daun yang kerap digunakan Daun-daun lain yang boleh digunakan

Daun pandan Daun serai wangi Daun lengkuas Daun kunyit Daun nilam Daun mengkudu Daun semeru Daun limau purut Daun napan

Daun halia Daun cekur Daun jambu Halba Daun kadok Daun beka/bonglai Daun tembusu Daun seringan Daun dukung anak

Daun inai Daun sireh Daun belimbing tanah

Rajah 7: Daun-Daun Yang Digunakan Untuk Mandi Teresak

Page 32: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

32

c. Tatacara Mandi Teresak

Kebiasaannya, air rebusan daun herba yang telah suam akan ditapis dahulu sebelum digunakan untuk mandi. Sebahagian besar pengamal mengesyorkan agar daun herba digunakan untuk sekali rebusan sahaja.

“Lepas tu habis kena rebus hok lain pulok la.”J38

“Skali gus je. Pastu tohok aa..” PP35

“...buang hok tu dah rebus hok lain pulak esok. Habis pewangi dia tu nya.” KK40

Walaupun begitu, terdapat juga pengamal yang menyatakan bahawa daun herba boleh digunakan lebih dari sekali rebusan:

“Ha tiga kali rebus, wak rebus ambil air dulu hok ni hok mula-mula ni rebus tubik air bau dia tu, ha dia kira kuat sikit mugo dia hok baru lagi. Pastu yang kedua tu, itu sikit, yang ketiga tu sampai gelegok lama lah ambil tu.” PM31

Daun herba yang direbus itu boleh digunakan untuk melapik tempat duduk sewaktu mandi.

“Daun lapik bawah punggung, buat mandi.” KK42

“Kalau zaman dulu, kalau kita nak mandi kita buat lapik punggung.” B47

“Daun dia tu orang zaman dulu gak dia ikat-ikat gak, letak bawah punggung.” B04

Menurut majoriti pengamal, mandi teresak dimulakan dengan menjirus air rebusan herba di bahagian kaki dahulu, seterusnya diikuti dengan bahagian badan dan akhirnya bahagian kepala.

Page 33: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

33

d. Kebaikan

Jadual 8 menunjukkan beberapa kebaikan amalan mandi teresak.

Jadual 8: Kebaikan Amalan Mandi Teresak

Kebaikan Pernyataan

Mengharumkan dan menghilangkan bau hanyir pada

badan orang selepas bersalin

“Untuk nok bui segar, nok suruh bau sedap, toksey bui busuk. Orang beranak ni busuk, bau darah gapo. Mandi gotu dia tak busuk, dia bau sedap.” T19

Menaikkan peranakan “Dio wak lapik punggung la doh panas letok atah punggung, bawah punggung dio, dio mandi la, baru Peranakan dio naik tinggi, dio panas-panas.” KB07

Menyegarkan badan “Pahtu gak dia mandi tu gak dia berasa segar lah. Air tu key baso bau wangi-wangi dok.” KB16

Mengeluarkan darah kotor “Untuk keluar darah-darah kotor kan, hawa-hawa dalam tubuh badan kita la. Darah kotor nak suruh segar a:: segar badan tubuh badan kita.” M25

Membaiki urat-urat dalam badan “Dia boleh keluar wap-wap itu la kita sakit, betul urat-urat kita. Dey kita mandi teresak segar berasa urat kita ni.” TM28

Mencantikkan tubuh badan

“Molek-molek aa.. sebulan mandi, kalu rajin gak, badan pun jadi comel la... dok? Pegang pun jadi keras, comel la, serupa ikan tu, bubuh garam, keras, jadi, orang pun lagu tu ee..” GM46

e. Petua yang disyorkan dalam amalan mandi teresak

Terdapat pengamal yang menyatakan bahawa daun-daun yang direbus untuk mandi teresak tidak boleh dibuang merata-rata kerana ini akan menyebabkan bayi terkena penyakit kurap. Beliau menyarankan agar daun-daun itu dikeringkan dan kemudian dibakar:

“...pastu hok nak tohok dia tak bagi tohok-tohok gitu. Dia suruh aa.. letak tempat kering gak pastu ambil bakar pulak, takut kudis anak, orang tua dulu nak royak bui.” PP35

Selain itu, ada juga pengamal yang menyatakan bahawa air teresak boleh diminum:

“Orang dulu gak, lepas tu dia tapis dia minum pulak ni air ni bubuh dalam gelas ni, emm.. air teresak ni. Mula-mula masak, gelegok tu.” TM27

“...minum tiga teguk air. Ha, jadi ubat, zaman dulu.” KB15

“...pah air tresak tu, kito ambik setengah cawan suruh dia minum, pah mandi gak minum.” B05

Page 34: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

34

2.5.4 BARUT Amalan pemakaian barut atau bengkung amat disyorkan untuk mengembalikan kelangsingan badan seperti sebelum mengandung dan bersalin. Dalam amalan barut, sehelai kain sepanjang tiga hingga lima ela atau bengkung diikat kemas dari bahagian pinggul ke bahagian bawah payudara. a. Tempoh dan masa memakai barut

Kebiasaanya barut dipakai oleh ibu sejurus selepas bersalin atau pada hari kedua sehingga hari ke-40. Untuk kesan yang optimum, sebaiknya barut dipakai selama 100

hari. Majoriti pengamal menasihatkan agar barut dipakai selama beberapa jam pada waktu pagi dan malam. Disyorkan pemakaian barut dilakukan selepas mandi dan

sebelum menjamah makanan.

“Malam ha.. malam lagi lama. Lepas kita mandi, orang-orang kan barut perut dulu baru makan. Haa.. pagi. Malam sampai pagi.” B04

“Hmm lepas-lepas mandi ah,” KB07

“Paling moleknya zame dulu 100 hari lah pakai.” GM44

b. Bahan-bahan yang digunakan

Sebelum memakai barut, terdapat ramuan herba yang disapu pada bahagian perut ibu. Bahan sapuan ini dipercayai dapat mengempiskan perut, menegangkan kulit dan seterusnya mempercepatkan proses pelangsingan badan. Untuk beberapa hari pertama selepas bersalin secara normal, ibu digalakkan menyapu campuran garam dan kunyit sebelum memakai barut. Selepas itu, ibu boleh menyapu campuran perahan limau nipis atau campuran ragi dengan kapur. Perkara ini dinyatakan oleh pengamal di Kota Bharu:

“Emm pakai barut. Perut ni ikut suka kita lah, asam limau nipis dengan kapur pun boleh, dengan ragi dengan kapur pun boleh, nok suruh kecut peranakan kita ni. Garam kunyit ni dalam masa dua hari tiga hari tu boleh la barut, tu hok mula-mula beranak tu, hoo lepas tu takpo lah benda lain pun.” KB08

Page 35: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

35

Selain itu, terdapat juga daun herba yang digunakan untuk melapik perut sebelum dibarut seperti daun kapal terbang dan daun seringan:

“Barut? Kalu kak, mula-mula start, nuh, buh garam kunyit mula-mula start... tujuh hari haa... garam kunyit, tujuh hari lepas dari garam kunyit, daun kapal terbang, a:: daun kapal terbang, pahtu kito tok sey dah goh gey tubey dok. Ikut kita la dok, suka hati dok nok kapal terbang pahtu, lepas kapal terbang, daun serenyeh (seringan).” T22

Bahan-bahan lain yang boleh dijadikan ramuan untuk disapu sebelum memakai barut termasuklah kulit mangga, kulit pokok gemunggal, kulit pokok leban, kunyit, dan lada hitam:

“Kulit pauh, kulit pohon gemunggal, kulit...kulit lebey, sek sek kulit lah. Pastu gak kita bubuh lada hitam, bubuh itu kunyit, pastu akar kunyit hok bukit tu, kita cincang-cincang gak kita mesin la, pastu kita buat barut perut la. kita bancuh dengan air panas sikit, sikit-sikit lah.” PP33

Pada zaman dahulu, kain barut yang digunakan biasanya adalah sepanjang tiga hingga lima ela. Kini, terdapat banyak pilihan barut atau bengkung moden seperti yang bertali, bercangkuk, berzip atau berpelekat Velcro seperti dalam Rajah 8.

Rajah 8: Jenis-jenis Barut

Page 36: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

36

c. Tatacara pemakaian barut

Sebahagian besar pengamal akan mengikat barut dari bawah ke atas iaitu dari bahagian pinggul ke bahagian bawah payudara. Segelintir pengamal pula mengikat barut dari atas ke bawah. Ada juga pengamal yang memulakan ikatan tali barut dari bahagian tengah ke bawah dan kemudian ke atas. Ikatan barut haruslah kemas dan tidak longgar.

Berikut merupakan beberapa pernyataan pengamal mengenai pemakaian barut:

“...pakai sekat ni jah (menunjukkan dari paras bawah dada sehingga ke paras pinggul), atah ni key, kalu kito beli gak dio panjang, sampai kat ni dih, buleh jugok, kemas sikit. Kalu kito dulu, hok tu takdok lagi hok ni jah, pah tu serabut bawah gitu key, hok ni kiro kemas la kito pakai sini.” T20 “Ni dio atah ni (sambil menunjukkan pergerakan di pangkal peha hingga ke bawah payudara). Jange barut atah perut takut luruh key, takut luruh gak. Ha..” B03

SAPUAN DI PERUT SEBELUM MEMAKAI

BARUT

Garam dan kunyit (pada tiga hingga tujuh

hari pertama selepas bersalin)

Campuran perahan limau nipis dan kapur

Campuran ragi dan kapur

Page 37: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

37

d. Kebaikan memakai barut

Jadual 9 menunjukkan beberapa kebaikan pemakaian barut bagi ibu selepas bersalin.

Jadual 9: Kebaikan Memakai Barut

Kebaikan Pernyataan

Menegangkan kulit “Comor, comor perut ore panggil kejak kulit, tidok berlendir kulit kito mugo, kito jamoh gak berlendir tabe.” B03

Mengeluarkan angin

“Keno barut dengan daun kemoyan, daun kudu, loni payoh daun kudu jah la, dio keluarkan angin, kalu orang bucit-bucit perut angin ni.” KB07

Mengecutkan peranakan “Perut ni jah nak suruh kecut peranakan kita ni jah la. Emm macam lemak-lemak tu.” KB16

Mengelakkan perut daripada menjadi buncit dan menggeleber

“Barut, kalau tak barut dia jadi tebal itu la. Kulit perut ni tebal, setengah orang glebuh glebuh dia tak barut la tuh. Loni buncit-buncit perut.” T21

Menetapkan kedudukan punggung dan peranakan

“Menda ni, tak gerok ni. Punggung kito ni, sebab kita barut. Peranakan kito duk betul, kemas, molek... gitu.” GM46

e. Petua yang disyorkan untuk pemakaian barut

Rata-rata pengamal mengesyorkan agar barut dipakai sebelum waktu makan:

“Biasanya sebelum makan lah, kita barut perut tu, jangan makan dulu baru barut... barut key, sebelum makan barut-barut perut barulah perut kita kempis kan. Kalau makan-makan lepas tu baru barut perut, jadi buncit la perut nya.” M25

Ada juga pengamal yang menggalakkan agar barut dipakai setiap hari walaupun selepas pantang untuk mengekalkan kecantikan bentuk badan.

“Kalau kita nak barut sokmo pun tak apa, baru comey.” KB08

Page 38: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

38

Rajah 9: Kebaikan berbarut

Page 39: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

39

2.5.5 BERDIANG DAN BERSALAI

Amalan berdiang dan bersalai merupakan amalan menggunakan haba dari bara api untuk memanaskan badan ibu selepas bersalin. Perbezaan di antara dua amalan ini adalah posisi ibu. Untuk amalan berdiang ibu baring mengiring membelakangi bara api, manakala amalan bersalai pula ibu baring secara terlentang di atas katil kecil yang di

bawahnya terletak bara api. Ketika berdiang atau bersalai, badan ibu biasanya akan dilumur dengan minyak panas, kunyit dan lada hitam. Berdiang atau bersalai sebaik-baiknya dilakukan sebelum urutan dijalankan.

“...dio api duduk luar, kito duduk nyenggeng, eh! Sala api duk bawoh, diye api duk luar.” KB13

“Comor minyak panas, minyak lada benar (lada hitam) tu gak comor-comor. Eh, sedap!” T19

a. Tempoh dan masa sesuai

Amalan ini secara amnya dilakukan sejurus selepas bersalin sehingga hari ke-40 atau 45. Waktu yang sesuai untuk amalan ini adalah pada awal pagi. Durasi untuk berdiang atau bersalai bergantung kepada ketahanan badan ibu terhadap haba panas - selalunya sekitar dua hingga tiga jam.

“Pagi ke tengah hari masa mana pun api tak mapuh. Duk ada sokmo belakang.” KK40

“Diye pagi aa.. dia tak panas, kalau dey tengah hari, panas.” T19

“…hoo ado lah dua jam, tigo jam tunggu diang.” KB07

b. Bahan – bahan yang digunakan

Sebuah katil kecil atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai gerey akan dibuat untuk ibu selepas bersalin. Gerey perlu berada di tempat tinggi sedikit dari dapur penyediaan bara api. Dapur ini digunakan khusus untuk aktiviti berdiang atau bersalai.

Kayu digunakan sebagai arang untuk menghasilkan bara api dan diletakkan dalam satu bekas kosong yang tidak bertutup. Selalunya bara api tersebut dihidupkan sebelum ibu bersalin dan dibiarkan menyala sehingga tamat tempoh berpantang. Setelah tempoh berpantang tamat, bara itu akan dipadamkan. Aktiviti tradisional ini dipanggil ‘rombak dapur’. Mengikut kepercayaan tempatan, rombak dapur dijalankan pada hari-hari ganjil selepas tempoh berpantang seperti hari ke-39, ke-41 atau ke-43.

“Kito buat gerey, gitu, kito wak letok gotu nyiur empat butir, pahtu wak la ni dio buat beloh-beloh buluh gak, tambun tanoh.” KB07

“Alah bubuh dalam tin arang, loni tin pun payah. Loni dapur ni boleh, dapur arang kan hok kita buat tu.” KK40

Page 40: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

40

Rombak dapur:

“Dio rombok dapur ni dio tokleh genap, tiga puluh tujuh, tigo puluh sembilan, ha, empat puluh satu, empat puluh dua tokleh, empat puluh tigo, haa dio keno ganjil, ganjil, ganjil.” KB07

c. Tatacara berdiang atau bersalai

Berdiang: Bahagian belakang ibu akan disapu dengan sapuan campuran minyak, garam, kunyit dan lada hitam. Kemudian ibu akan baring mengiring membelakangi api. Posisi mengiring perlu diubah setiap selang dua ke tiga hari. Dapur atau bekas bara api akan diletak di sebelah gerey tersebut (kawasan pinggul ibu).

“Duduk gini la serupo kito duduk berlunjur, haa duk berlunjur gitu, kito diang la kuk ni api lur, lur, lur, lur, lur ni, comor garam kunyit, eh garam hoo, lada bena, kunyit, nga minyok, haa atah belakang sini, pah keno tido nyenggeng, kito pusing lah, duk dua tigo hari alik ni, dua tigo hari palo alik ni nok suruh peranakan kito betul ni, tigo hari alik ni, tigo hari alik ni, dio duk berlunjur gitu lah api tu meroh buuu, keno ado sokmo jangan bui mapuh.” KB07

“Diye bubuh kayu api alik punggung, bubuh dapur alik punggung.” T19

Bersalai: Ibu akan berbaring menelentang di atas gerey dan bara api akan diletakkan di bawah gerey tersebut. Bahagian belakang ibu akan disapu sapuan yang sama seperti berdiang.

“Kita buat macam, gerey macam tu, kita taruk api kat bawoh, aa.. kita tidur aa..” GM46

Page 41: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

41

d. Kebaikan

Kebaikan amalan berdiang atau bersalai adalah seperti yang dinyatakan oleh informan dalam Jadual 10.

Jadual 10: Kebaikan Amalan Berdiang

Kebaikan Penyataan

Mengeluarkan peluh daripada badan

“...diang tu untuk sembuh, segar urat-urat kita lah, urat kito jadi pulih la, diang, tu untuk keluarkan peluh-peluh, peluh-peluh kito lah. Segar tubuh kita diang dih.” M25

Menyihatkan badan,

mengecutkan urat yang

bengkak dan meringankan

tubuh badan

“...untuk bui sihat badan kito, untuk urat kito ni kalu hok bengkak-bengkak, dio jadi kecut, ringan tubuh badan pahtu gak jadi berat tu dok lah.” KB08

Menyegarkan badan ibu yang

bersalin “Rasa segar, sini.” KB13

Mengecutkan peranakan “Diye tu untuk kecut peranakan kita lah, untuk sedap urat kita lah. Ha.. sabit orang diye zaman dulu tak ada duk nyakit tu, tak ada duk nyakit ni.” PM30

Mengelakkan sakit pinggang “Kalu amal lagu tu, anak sepuluh, tak sakit pinggang, buat la kerja, gapo pun, steady jah.” GM46

Memanaskan badan “Kebaikan dio, kebaikan dio, owh kebaikan dio, tubuh badan kita pun, takkan sejuk, panas sokmo.” GM46

Page 42: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

42

e. Langkah berhati-hati

Para pengamal telah berkongsi beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika menjalankan aktiviti berdiang dan bersalai seperti berikut:

i. Bayi tidak boleh baring bersama ibu di atas gerey kerana haba panas dari bara atau dapur untuk berdiang/bersalai tidak sesuai untuk bayi;

ii. Ibu perlu berhati-hati agar kulit di bahagian belakang badan tidak melecur; dan

iii. Sapuan campuran minyak yang disediakan adalah untuk ibu bertahan dengan kepanasan bara api berdiang/bersalai.

“Atah kito lah, panah kito lari, orang-orang sapa ninggal ado lagi nih, dio nepuh!” KB07

“Tapi anak tak boleh letak la.. panas.” KK40

“Orang sapu, minyok masok tu key, sapu, dok dekat ni pun, tak beraso iyo, dia punya goh ni, kito, menahan rasa dari panas, minyok masak tu. Bubuh minyak masak campur lada bena minyok dekat punggung tu... lada bena. Kita duk gini kan, tak raso, habis tu, jadi hitam punggung ore, tapi hodoh la orang tengok.” GM46

Amalan berdiang dan bersalai sangat jarang dipraktikkan di kalangan ibu-ibu selepas bersalin zaman sekarang. Ibu selepas bersalin biasanya hanya mengambil suplemen yang didapati di fasiliti kesihatan bagi penjagaan kesihatan. Perkara ini dinyatakan oleh informan dari Kota Bharu, Tanah Merah, dan Tumpat.

“...takdok doh diang semmo orang tok diang doh belako, tiko nih.” KB10

“...tak ada dah, tak ada dah diang, salai, tak ada dah.” KB15

“Jarang orang buat loni tak dok! Dulu ada.” TM27

“Zame haritu mugo takdok ubat. Loni... uhm! Tok diye doh, tok diye, makan ubat, makan ubat jah loni.” T19

Page 43: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

43

2.5.6 PEMAKAIAN PARAM, PILIS DAN BEDAK SEJUK

Param adalah sejenis campuran herba yang bertujuan untuk memanaskan dan mengekalkan kehangatan badan ibu selepas bersalin. Kebiasaannya param disapu pada seluruh badan terutamanya bahagian perut. Pilis merupakan campuran herba yang ditampal pada dahi ibu selepas bersalin. Fungsi pilis adalah untuk mengurangkan sakit kepala dan pening, mengelakkan masuk angin serta melancarkan peredaran darah. Menurut majoriti pengamal yang ditemu ramah, pemakaian param, pilis dan bedak sejuk bukanlah sebahagian daripada amalan tradisional penjagaan ibu selepas bersalin di Kelantan. Namun begitu, pemakaian param ada diamalkan oleh seorang pengamal di Gua Musang. Ramuan yang digunakan untuk menghasilkan param adalah seperti dalam Rajah 10. Beliau telah berkongsi kaedah menghasilkan param yang dimasak:

“Hoo, behe tu guno asam gelugor..asam gelugor, asam limau ni, apa.. limau nipis err.. halia, lengkuas, rempah ratus, rempah ratus campuran semua rempah ratus. Semua campuran rempah ratus lah. Serai, serai wangi. Di zame dahulu diracik-racik la. Racik-racik halus kemudian dimasak dalam periuk tanah ni. Sampai lah benda tu hancur. Biasa makan masa dua minggu (merujuk kepada tempoh masa penghasilan param).” GM44

Rajah 13: Ramuan-ramuan Param

Page 44: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

44

Di Kelantan, amalan penjagaan kulit bagi ibu dalam pantang adalah dengan menggunakan bedak kulit rambai yang dijadikan sebagai lulur. Petua ini dikongsi oleh beberapa orang pengamal:

“Dia, dia panggil bedak... bedak apa... bedak angin. Bedak angin la. Hok ado key kuning tu kedai ada duk jual tu. Ha, sapu badan... bedak kulit rambai.” KB08

“Aa.. bedak sejuk tak apa, kulit rambai boleh tahan pakai, loni kalau nak.” KK40

“Ho.. ho.. kulit rambai, orang-orang tua dia buat lah. Tau... dia pakai nak bui segar. Segar orang beranak.” KB15

Rajah 11: Bedak Kulit Rambai

Page 45: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

45

2.5.7 ANGKAT PERANAKAN Menurut ilmu perbidanan tradisional Melayu, peranakan wanita akan menurun ke bawah selepas bersalin. Justeru, terdapat satu amalan yang dilaksanakan oleh bidan agar peranakan kembali ke tempat asalnya iaitu amalan angkat peranakan. Amalan ini juga dikenali sebagai ‘simpan peranakan’, ‘masuk sarang’, ‘masuk peranakan’ atau ‘sengkak peranakan’. a. Waktu yang sesuai

Amalan ini kebiasaannya dilaksanakan pada hari ke-20 kerana adalah dipercayai bahawa peranakan akan masuk ke dalam ‘sarang’ pada hari ke-20.

“...dia kecut dia masuk lah. Dua puluh hari... dia masuk tempat dia lah.” TM28

“Cukup duo puluh, masuk sendiri aa... erm, Bismillah gitu.” KB14

b. Teknik

Angkat peranakan dilakukan sewaktu pengamal mengurut di bahagian perut. Lazimnya, pengamal akan membaca doa kemudian mula mengurut lembut di bahagian ari-ari dan seterusnya menolak peranakan naik ke atas (ke arah pusat).

“...kito urut gitu la, kito urut-urut cokeh naik gak dio duduk molek sini takdok doh la dio tok turun doh la, dio duduk dekat pusat ni, haa habis dah la, kalau selagi dio tok duduk dekat pusat, dio gi duduk sini pulok, kito nok urut tokleh tu dio turun la.” KB07

c. Kebaikan

Selain mengembalikan peranakan ke tempat asal, amalan angkat peranakan juga dipercayai mempunyai kebaikan seperti melembutkan otot-otot peranakan.

“Kita bagi otot-otot... dia punya otot-otot peranake, otot-otot peranake tu bagi lembut.” GM44

Page 46: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

46

2.5.8 MATI PERANAKAN

Mati peranakan adalah satu tatacara berurut beserta doa yang dijalankan sebagai perancang keluarga. Hanya sebilangan kecil pengamal (7.1%) yang mengetahui berkaitan amalan ini dan hanya melakukannya jika diminta oleh pelanggan. Amalan ini kebiasaannya dilakukan pada hari ke-20 selepas bersalin.

Tujuan utama amalan ini adalah untuk menjarakkan tempoh masa untuk kehamilan seterusnya.

“...kalau mati peranakae tu ke dio untuk jarakkan kito beranok lambat atas-atas kalau Tuhan izin. Alhamdulillah. Kalau tak izin gak kalau peranakae tu rendah dio beranok selalu, kalau jauh tu lambat sikit baru ado.” GM45

Pada zaman dahulu, terdapat pengamal yang dapat ‘mengunci’ peranakan seseorang ibu daripada mengandung. Jika berkeinginan mengandung semula, wanita tersebut perlu bertemu semula dengan pengamal yang sama untuk membuka ‘kunci’ tersebut. Pada masa ini, dipercayai bahawa amalan ‘kunci peranakan’ amat jarang dilakukan.

“Ari duo puluh. Tak pandai. Gosok gosok gitu tanyo dio, nak mati peranakae ko tok se ko, ikut la. Dio kecut key, di wat-wat gitu, hok dok sini maghi dok sini. Kalau kena izin, Alhamdulillah lambat sikit. Kalau mati peranakae tu key, dio untuk jarakkan kito beranok lambat. Atas atas kalau Tuhan izin Alhamdulillah, kalau tak izin gak. Kalau peranakae tu rendah dio beranok slalu. Kalau jauh tu, lambat sikit baru ado perance make perance tu berkat.” GM45

“Ada juga, bidan aa... kita buat lama lah, macam ada sekat, sekat dak. Tok sey bagi mengandung lagi. Lambatkan lagi. Kalau main ayat bangkitan sampai, kalau kita nak beranak kena pergi buka dengan dia balik lah. Ha, dia kena jumpa juga hok bidan ni. Kalau bidan ni tak ada, ada setengah sampai bila-bila lah kalau tak ada orang pandai nak buka kunci tu kan. Hok tu bidan lama, hmm kalu hok lo ni tak reti dah.” KB09

Page 47: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

47

2.5.9 UPACARA PELEPAS

Upacara pelepas merupakan amalan ritual yang menandakan pengakhiran tempoh berpantang. Sesetengah pengamal percaya bahawa upacara pelepas adalah bertujuan untuk menjauhkan ibu daripada ‘angin meroyan’ serta mengelakkan gangguan makhluk halus dan perkara-perkara buruk daripada berlaku.

“...untuk buang barang-barang ni hok ado key supo kito duk dalam empat puluh ni, ngiye la, setan gapo duduk dalam badan kito, doh kito darah cemar key, empat puluh hari tu cemar key, haa. Haa, buang benda dalam... dalam tubuh la, haa.” T23

“Tau.. kalau orang-orang tua zaman dulu dia kata gak toksey bui ni lah macam sial-sial, kuong-kuong apa nih kalau kita pergi berjalan ke apa ke, macam mana nak cakap eh... takut sabit lah, oh mu kes beranak la ni tak pelepas. Em.. kalau apa-apa ni kes beranak la nih tak pelepas, kalau budak jerik ke, ha ni, jerik ni, tok bidan tak pelepas nih, tak pelepas, tak lepas. Jadi pelepas, pelepas tapi tak lepas, ada jugak aa.. Kalau tak lepas, kena pelepas semula.” B47

Terdapat beberapa orang pengamal yang berpendapat bahawa amalan ini adalah syirik dan tidak wajar dilakukan:

“Haa.. tak buat la, syirik! Ha... tok payah cayo la, syirik. Kito keno yakin diri.” T21

a. Waktu yang sesuai untuk melaksanakan upacara pelepas

Upacara ini dilakukan pada hari yang ganjil pada minggu-minggu terakhir tempoh berpantang. Sering kali pelepas dilaksanakan sesudah darah nifas kering, maka pada hari pelepas tersebut ibu juga perlu mandi hadas.

“Pelepas aa.. lepas dua puluh tujuh hari, kadey empat puluh satu hari. Tokleh... tokleh empat puluh hari cukup. Haa hari ganjil.” T23

“...tiga puluh lima, empat puluh satu. Dia hari ganjil, hmm, hmm, kalu orang dulu.” PM30

b. Bahan-bahan yang digunakan

Bahan yang selalunya digunakan dalam upacara pelepas adalah benang mentah, beras, bedak sejuk, lada hitam, daun kelapa dan duit syiling (lihat Rajah 12).

“Aa... guna apa ni, piring dua kan, bedak satu, pastu beras, duit skeleng dua plesen, pastu benang keras la.” M26

“Hoo... ado la buat caro dio tu. Benang, daun nyo, haa bedok sejuk, haa gitu laa, beras sikit, haa gitu jah la.” PM31

Page 48: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

48

c. Tatacara

Upacara ini lazimnya dimulakan dengan mandi bunga. Setelah selesai mandi, ibu akan diminta berdiri sambil memegang bayi menghadap ke pintu. Pengamal akan melalukan benang mentah atau daun kelapa yang dianyam dalam bentuk gelung ke atas ibu dan bayi sambil membaca ayat-ayat jampi atau doa selamat. Sesudah itu, benang mentah tersebut akan dibuang ke luar untuk menandakan ibu dan anak sudah ‘dilepaskan’.

“...kito pelepas, kito sauk lah, sauk benang sapa kaki, sauk sini tigo kali sauk nih, haa. Sauk-sauk dok dio lepar sini gak, kito itulah, kito bacolah ayat-ayat untuk nok buang nih. Misalan hok ado dalam diri dih, kito buang lah. dio kato beraso pening ko beraso gano, ringan lepas tu gak, ado la jugok sampingan dio tu, ado la dok.” KB16

“...pah tu adalah caro-caro dio, dio kalau zaman dulu tu, dio guno benang mentah, beras kunyit, dio masuk daripada kaki ni sampai ke atas. Benang tu dio angkat, angkat, angkat, dio pelepah dengan beras kunyit, aa.. macam tu caro dio, zaman dulu.” KB11

Terdapat sebilangan pengamal yang turut menyediakan air jampi untuk upacara pelepas:

“...dengan air sejag. Bila siap kita baca Fatihah, tiga Qul, ayat Kursi tu, kita mintalah dengan Allah, kalau ada benda-benda hok menumpang tubuh badan dia dak, nak pelepas hok ada dalam tubuh badan dia tu, makna hok air tu bagi dia minum.” KB09

Ada pengamal pula tidak menggunakan bahan-bahan khas tetapi hanya membacakan ayat-ayat Al-Quran.

“...takdok gapo, baco ayat-ayat gitu lah, ayat Quran gitu jah.” TM28

Page 49: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

49

Rajah 12: Bahan-bahan Yang Digunakan Untuk Pelepas

Page 50: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

50

2.5.10 PENJAGAAN IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN Ibu yang bersalin secara pembedahan mempunyai cara penjagaan yang berbeza dengan ibu yang bersalin secara normal. Kebanyakan pengamal berpendapat bahawa amalan tungku, barut dan urut tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya ke atas ibu yang bersalin secara pembedahan kerana dikhuatiri luka jahitan akan terbuka semula. Sehubungan itu, lumuran ramuan herba pada perut tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka jahitan.

“Hmm jago beranok beloh ni sekso adik wei. Nok boleh dio bangun, nok lap goni (menunjukkan jahitan di perut) dio, tubuh, nok jago itu dio, hak wi hak gini tungku diang ngurut gak takdok ah,” KB07

“Perut sakni aa... demo kato sakit lagi ko kito jamoh, sakit tokleh kosek lah takut putuh jahit, mok kato. ” M24

“Perut pon tok leh nok barut. Kalu kito comor ubat kapal terbang tak po, tapi takut, takut keno kat ni, takut jangkitan kuman. Sebab barang kito barang mentah key, a.. tu yang mok cik tok sey bui ore balut. Takut jangkitan kuman, kalu nok comor boleh jugok sekak-sekak ni jah, hok semolek-moleknyo la tok soh.” KB13

Amalan urut dan bertungku boleh dilakukan secara lembut selepas seminggu pada bahagian badan selain daripada perut dan ia bertujuan untuk menghilangkan lenguh pada badan ibu yang bersalin.

“Dalam seminggu gak, boleh, boleh ngurut la, hilang lengoh-lengoh, kalu baru-baru tokleh, tok berani.” J37

Urutan pada bahagian perut disyorkan untuk dilakukan selepas luka benar-benar sembuh, biasanya selepas sebulan. Malah, seorang pengamal dari Kuala Krai menyatakan bahawa beliau hanya melakukan urutan selepas setahun:

“...tokleh urut masa setahun. Sini (kawasan perut) tokleh main.” KK42

Mandi teresak boleh dilakukan namun ibu perlu berbaring semasa mandi dan bahagian jahitan hendaklah ditutup terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada terkena air. “...dia mandi boleh mandi, tapi keno tidur. Kalu tidok keno balut la sini (kawasan perut), balut dengan plastik haa tok sey bui keno.” KK42

Page 51: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

51

2.6 PENJAGAAN DIRI IBU SELEPAS BERSALIN

2.6.1 PENJAGAAN LUKA BERSALIN

Sebahagian besar pengamal-pengamal perubatan tradisional Melayu yang menjalankan penjagaan ibu selepas bersalin di Kelantan akan memeriksa keadaan di kawasan luka bersalin. Namun begitu, terdapat juga sebilangan pengamal yang tidak memeriksa luka tersebut. Hal ini berlaku kerana tugas ini telah diambil alih oleh jururawat masyarakat yang akan datang ke rumah untuk membuat pemeriksaan berkala ke atas ibu dan bayi selepas mereka pulang dari hospital. Luka bersalin dianggap sembuh sekiranya ibu tidak berasa sakit, benang jahitan telah hilang dan luka tidak terbuka atau pecah. Sebaliknya, sekiranya luka bersalin belum sembuh, luka tersebut kelihatan masih bengkak, berdarah atau bernanah. Berikut merupakan beberapa petikan pernyataan pengamal mengenai keadaan luka bersalin: “Comey la, gotu dio tak dok lah. Benang dio tak dok tu siya doh tu.” B03

“...siya dio tok, tok pecoh, tok terbuka.” T19

“...bila dia raso tok sakit, bilo dio gerok, dio kencing, dio gapo beraso dio tok sakit, bermakno dio siya la tu,” KB11

“Dio ado daroh lagi la, nanoh, tok siya la tu.” B03

“Tok siya tu, dia jadi bengkak la, dia bengkak dih,” PM30

Secara amnya, penjagaan luka bersalin secara tradisional di Kelantan adalah berasaskan penggunaan herba dan haba. Sebagai contoh, serbuk buah manjakani yang diasah atau minyak gamat boleh diletakkan di kawasan luka bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu, air teresak turut boleh digunakan untuk mencuci kawasan luka bersalin. Terdapat pengamal yang mengesyorkan amalan berdiang kerana dipercayai bahawa luka yang terdedah kepada haba panas akan lebih cepat kering dan sembuh.

“...kalu luko kito boh buah cherani pom siya, asah buah cherani, bubuh... siya.” T19

“Minyak gamat pun siya, kalu bo sikit, sikit, haaa.” T19

“...cucur air tu air teresak tu, jadi ubat jugak.” KB15

“Kalau kito beloh itu luko bawah mano, dio kering cepat, hoo cepat kering sebab dio panah key, dio panas, kito duk diang cepat kering.” KB07

Page 52: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

52

Terdapat segelintir pengamal menggunakan jampi untuk membantu penyembuhan luka. Ada yang menyatakan sebahagian daripada acara jampi tersebut adalah meludah di tempat luka dengan bacaan tertentu.

“...kito mitok kejak, mampat kulit manis tu, mok cik ado jampi la situ nyo, hoo gitulah.” PM30

Namun begitu, sekiranya luka tidak dapat disembuhkan dengan kaedah-kaedah tradisional, pengamal akan menasihatkan ibu untuk mendapatkan rawatan di hospital. “Kalu beraso tok itu gak, keno gi spital la pulok, nasihat demo gitu, haaa.” M26

Page 53: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

53

2.6.2 PENJAGAAN PAYUDARA Penjagaan payudara merupakan salah satu elemen penting dalam pengurusan ibu selepas bersalin. Ibu-ibu amat digalakkan untuk menyusukan bayi sewaktu dalam pantang. Dalam amalan perubatan tradisional Melayu, terdapat beberapa petua yang digunapakai bagi mengatasi masalah payudara yang bengkak dan petua bagi menambahkan penghasilan susu ibu. Masalah bengkak payudara sering dialami oleh ibu selepas bersalin. Menurut beberapa orang pengamal, salah satu petua untuk mengurangkan bengkak adalah dengan menampal daun kubis di kawasan payudara. Ini seperti diterangkan oleh pengamal dari Bachok:

“Hmm boleh jugok nok tampal pun. Kubis ko, kelopok kubis...” B05

Selain itu, daun betik, daun senduduk atau ragi juga boleh ditampal di kawasan payudara yang bengkak:

“Ada la, mak cik mulo kalu kopek mok cik bengkak, mok cik bubuh pucuk betik jah, hmm orang kampung, pucuk betik nga pohon keduduk.” KB08 “Petua dia kalau ada daun betik ko, daun... gapo ni kubis ko, bubuh dalam ni.” T23

“Comor dengan ragi lah, comor ragi, comor, comor, comor, comor dio mudoh sejuk. Kalu orang tu gak demey bengkak susu.” T19

Ada juga pengamal yang mengesyorkan supaya kawasan payudara yang bengkak dituam (demah) dengan ais. Terdapat juga pengamal yang memberi petua penggunaan mata sikat1 yang boleh dilurutkan di kawasan puting dan kemudian payudara diurut. Ini dipercayai dapat melancarkan pengaliran susu dan mengurangkan bengkak. Kenyataan ini disokong oleh pernyataan pengamal dari Kota Bharu dan Jeli:

“...kalu baso air susu kito tu bengkak dok, kita-kita beraso air susu kito tu. Kita ambil sisir, sisir nok royak. Palo kopek kito ni doh bengkak tok tubik air, kito keno gi kikis nga mata sisir, biar takut dio masuk sampah dalam kopek kito ni, air tutup, tutup jalan air susu, kokok, kokok, susu, habis kikis, kikis palo kopek. Sabit dio tok kering.” J37

1 Penggunaan alat yang keras/tajam untuk mengurut, mengikis atau mengokot (untuk membuang kekotoran) payudara terutama

bahagian puting adalah sangat berbahaya jika dibuat dengan cara yang boleh melukakan kerana boleh meningkatkan risiko

jangkitan.

Page 54: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

54

“Ambil sisir gak kito buat lagu ni... mato, letok. Kalu mok lah ngurut tok payoh itu dok, kito cuci mato dio ni key, kito cuci, cuci, cuci takdok air susu dok, kito ngurut cuci, cuci, cuci picit-picit pahtu cuci pulok, ambil kain tuala, cuci cuci, picit-picit, pah dio tubik-tubik tu gak dengan tujuh butir mato choh tubik habis licin, takdok la bengkak sumbat nyo.” KB16

Kebanyakan pengamal menyatakan bahawa salah satu kaedah untuk menambahkan penghasilan susu ibu adalah dengan mengurut kawasan payudara. Ibu turut disaran untuk sentiasa menggalakkan bayi menghisap susu secara terus. Selain itu, ibu dinasihatkan untuk minum air secukupnya dan makan makanan yang berzat. Terdapat beberapa petua pemakanan yang diamalkan oleh pengamal-pengamal di Kelantan bagi menambahkan penghasilan susu ibu antaranya amalan minum sup lobak putih dan air rebusan kacang hijau.

“...makan, makan nok bui banyok susu bui makan lobok isi panjang tuh, buat sup, adakan hok putih tu, pah kalau, kerat sikit-sikit mesin dengan blender dengan air susu, pagi tu buat air panas minum segelas, banyak air susu, lobak nih, ikut lah kito nok bubuh susu, dok eh bubuh susu ni, susu pekat manis jah la, hoo mesin. Kito mesin mugo gotu dio pah gak tapis, tapis bubuh susu tu jangan bubuh lagi maso mesin, hok panas, minum la segelas pagi, dua kali sehari pagi sekali, malam sekali, jangan hok sejuk.” KB07

“...kita suruh dia minum air, air kacang hijau tu, rebus minum air dia, memang banyak susu. Kalau hok demo kurang-kurang kan kita suruh, bubuh garam dalam sikit... air kacang hijau. Memang kak buat tu, ha... jadi. ” T20

Terdapat juga pengamal yang menyatakan bahawa daun pokok susu kambing yang dijadikan ulam juga boleh membantu untuk meningkatkan penghasilan susu ibu:

“...pah tu ado daun-daun kayu, kito boleh bui dio makan kalu dio nok, nok air susu. Daun kayu tu.. aa.. kita panggil gapo eh, susu kambing. Rebus, biasa kalu orang supo kalu kak dah biasa dengan ulam key, boleh makan gitu jah. Kita basuh basuh, rendam air garam sikit gak boleh bui makan ulam gitu. Tapi bagi orang tokleh makan, kito rebus jah lah.” KK43

Page 55: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

55

2.7 PETUA DAN PANTANG LARANG Kehidupan seharian masyarakat Melayu banyak bersandarkan kepada petua tradisional dan pantang larang. Amalan perubatan tradisional Melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin mempunyai pantang larang yang agak ketat. Petua dan pantang larang tersebut secara umumnya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu dari segi pemakanan, aktiviti harian dan hubungan suami isteri. 2.7.1 PEMAKANAN Kepatuhan terhadap pantang larang pemakanan sewaktu dalam tempoh berpantang adalah penting demi memastikan proses pemulihan berjalan lancar. Menurut amalan perubatan tradisional Melayu, ibu selepas bersalin hendaklah sentiasa berada dalam keadaan ‘panas’. Justeru, ibu dinasihatkan untuk memilih makanan yang berunsur panas seperti masakan berunsur halia dan lada hitam dan mengelakkan makanan yang berunsur sejuk seperti timun dan tembikai. Pada zaman dahulu, ibu-ibu selepas bersalin hanya dibenarkan untuk makan nasi bersama ikan bakar atau ikan kering dan lada hitam. Namun pada masa kini, ibu-ibu selepas bersalin digalakkan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kebanyakkan pengamal masih berpegang kepada kepercayaan bahawa sesetengah jenis makanan perlu dielakkan sewaktu dalam pantang. Jenis-jenis makanan yang boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang ada dinyatakan dalam Jadual 11. Lauk untuk ibu selepas bersalin lazimnya dimasak dengan cara merebus, menumis atau bakar serta banyak menggunakan halia, lada hitam dan bawang putih. Masakan yang terlalu pedas, bersantan dan berminyak perlu dielakkan. Pengamal-pengamal yang ditemu ramah juga menggalakkan ibu untuk minum air secukupnya. Keadaan ini berbeza dengan zaman dahulu yang mana ibu selepas bersalin tidak dibenarkan untuk minum air dengan banyak. Di samping itu, air rebusan herba seperti serai dan pucuk pinang serta air rebusan akar kayu seperti sepang kederang juga digalakkan kerana dipercayai boleh membantu untuk mengurangkan angin dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang berpantang haruslah mengelak daripada minum minuman berais, air kelapa, air tebu dan teh.

Page 56: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

56

Berikut merupakan beberapa pernyataan pengamal mengenai minuman dalam masa berpantang: “Teh tu dio bengkak, dio daun key, dio jadi kembang, orang tok makan. Susu boleh milo-milo tu takpo.” J37

“Tok leh pisang, pisang tok leh, anggur tok leh, air tebu, dio sejuk, sejuk.” KB13

“Pahtu air batu setahun, nyor pon setahun, sayur-sayur sejuk-sejuk setahun, mok cik memey mok cik patey.” KB13

“...kalu zame dulu mek eh, minum air sepey kederey, sedak jugok, kemah. Sepey kederey sedak mek eh.” B03

Rajah 13: Sepang Kederang

Page 57: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

57

Jadual 11: Pemakanan Sewaktu Dalam Pantang

JENIS MAKANAN BOLEH DIMAKAN HARUS DIELAKKAN

Ikan

Ikan selar

Ikan gelama

Ikan haruan

Ikan selayang

Ikan lolong

Ikan kering

Belut

Ikan yang bersengat atau berduri:

Ikan keli

Ikan patin

Ikan puyu

Ikan yang gatal:

Ikan kembung

Ikan tenggiri

Ikan tongkol

Ikan bawal

Ikan tamban

Makanan Laut Harus dielakkan kerana dipercayai gatal

Sayur

Sawi (lobak) Ulam-ulaman seperti

pucuk beko dan pucuk beruas

Sayur yang sejuk:

Bayam

Kubis

Kacang panjang

Pucuk paku

Rebung

Timun

Terung

Kulat (cendawan)

Petola

Labu

Buah

Buah limau ‘Sunkist’

Pisang

O Berangan

O Abu

O Kebatu

O Kelat lego

O Awak

Epal

Buah yang sejuk:

Pisang

O Kapas

O Nangka

O Jelai

O Lemak manis

Nangka

Tembikai

Anggur

Buah yang tajam:

Nenas

Daging dan ayam Boleh dimakan selepas luka sembuh atau selepas dua minggu

Bihun/laksa/mi/kuey

teow/mi segera Harus dielakkan kerana merupakan makanan yang diproses

Page 58: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

58

2.7.2 AKTIVITI HARIAN Umumnya, ibu-ibu selepas bersalin dilarang untuk melakukan aktiviti lasak atau kerja-kerja rumah waima menyapu kerana sewaktu berpantang, ibu perlu berehat secukupnya. Pada zaman dahulu, ibu dalam pantang juga dilarang untuk keluar dari rumah. Ini dinyatakan oleh salah seorang pengamal dari Tanah Merah:

“...nok royak zaman dulu key, tokleh nok tubik luar, jalan-jalan supo loni, tokleh, tokleh. Loni naik keto rata-rata gi.” TM28

Cara berjalan sewaktu dalam pantang juga amat dititikberatkan. Ibu dikehendaki berjalan secara perlahan-lahan dan setiap langkah perlu diatur dengan teliti agar tidak tersadung atau tersepak ibu jari kaki. Secara amnya, ibu-ibu dalam pantang tidak digalakkan untuk selalu menaiki atau menuruni tangga. Sekiranya berkeperluan, ibu disyorkan untuk duduk sambil turun satu persatu anak tangga secara mengesot.

“Kalu demo aritu gak, kalu anok tanggo sebutir tanggo keno duduk, kalu orang loni pakai langkah gitu. Jalan slow-slow la, orang tua panggil atur tapak.” B47 “Orang zaman dulu kan dia ada jalan itik. Tok sey buka luas. Aa... jalan itik, jalan itik la orang tua panggil. Tak boleh buka luas. Naik tangga turun tangga tak boleh, macam sama tak apa. Turun tangga dia suruh letak punggung dulu, baru hulur kaki. Baru bangun. Koho-koho.” B04

“Hoo nok gerok, nok gerok tempat rata gini takpo, dio tok bui turun tanggo, tok bui langkah bendul gitu la baru-baru ni, hoo, hoo.” M26

Page 59: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

59

2.7.3 HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Majoriti pengamal di Kelantan mengesyorkan bahawa tempoh berpantang bagi hubungan suami isteri adalah selama seratus hari. Tujuan berpantang hubungan suami isteri adalah untuk memastikan luka dalaman sembuh sepenuhnya, memastikan urat berada dalam keadaan elok seperti sedia kala, menjarakkan kehamilan dan mengelakkan terjadinya meroyan. Kenyataan ini disokong oleh pernyataan beberapa orang pengamal yang ditemu ramah:

“Seratus hari tu urat kito takuk semua molek belako, tegap doh urat kito, dio dey maso esok-esok kito tuo, urat tok punoh...” KB07

“Hok paling sedap, seratus. 40 hari ni ibarat tak ini lagi dalaman. Kalau kalau hok berjahit lagi lah. Kalau hok belah lagi lah doktor dak. hok biasa pun kita kata jahit sikit pun, haii main hok dalam tu doktor, berona. Sebab kita nak peranakan kita tu gagah, kemas, molek. Kita tak sey, sebab tu setengah tu doktor dak datang, “Kenapa berair, kenapa jadi bau?”. Lepas tu kita tanyalah, “Dalam pantang?”, “Tak pantang”. Lepas tu kalau cara tradisional hok lama memang dia tak bagi bersama ni sebab salah satu kalau dalam pantang, dia naik angin meroyan. Hok tu yang sebenar-benarnya.” KB09

“Seratus hari kalu boleh. Dio kiro seratus hari urat kito bengkak lagi key, sihat molek urat takpo.” TM28

“Orang dulu-dulu suruh pantang seratus hari, paling-paling, paling-paling tu pom enam puluh hari, kalu kato enam puluh satu hari tokleh, enam puluh hari, enam puluh hari la paling-paling, paling-paling dekat la. Nok suruh gotu, Peranakan kito kecut, masuk, betul-betul masuk, gitulah haa.” T20

Page 60: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

60

2.8 MASALAH LAZIM YANG DIHADAPI IBU SELEPAS BERSALIN

Ibu selepas bersalin terdedah kepada beberapa masalah yang kebanyakannya berkait rapat dengan penjagaan kesihatan serta petua dan pantang larang yang diamalkan. Pengamal-pengamal berpengalaman yang ditemu ramah telah berkongsi pengetahuan dan kaedah penyelesaian secara tradisional bagi empat masalah lazim yang dialami oleh ibu selepas bersalin iaitu rengat, bentan, tersepak ibu jari kaki, dan meroyan.

2.8.1 RENGAT

a. Deskripsi

Rengat digambarkan sebagai rasa sakit yang memulas-mulas pada bahagian ari-ari. Sesetengah pengamal menyatakan bahawa sakit rengat adalah hampir sama dengan kesakitan ketika melahirkan anak. Menurut orang dahulu, rengat berlaku akibat kurang penjagaan semasa tempoh berpantang.

“Rengat tu, rengat tu, gano eh hmm kalau hospital dio panggil apo rengat, kalau kito rengat ni dio, dio pulas, dio pulas macam nak keluar darah. Haa bawah. Pulas dio macam kito nok beranok, sakit dio tu balik. Dekat ari-ari tu, dia pulas sebab kita boleh rasa sebab kita pernah kena.” KB11

“Rengat tu key, rengat ni memey lah payoh. Rengat tu lepas bersalin dio sakit, macey nok bersalin.” KB13

“Kalau mengikut orang-orang tua dulu gak, dio tok cukup, tok cukup penjagaan la kut.” KB11

Menurut kebanyakkan pengamal, rengat dipercayai berpunca daripada darah beku yang terkumpul di dalam salur peranakan. Sebilangan kecil pengamal pula menyatakan rengat disebabkan urat yang mengembang.

“Darah dio tu darah, darah kito beranak dengan darah haid key dio tok samo, darah tu macam tok leh nok tubik habis, tu yang dia jadi rengat tu.” KB13

“...dia daroh nok tubik tokleh dok, sekak di peranakan.” J39

“Rengat tu orang kato daroh nok tubik tok leh key. Daroh kito, daroh tu key, orang panggil daroh bantal hok tongkol-tongkol, kalu orang kampung panggil darah bantal, hoo dio nok tubik tokleh, tu dio duk puah bawah tu baru tubik.” T20

“Rengat tu urat jugak, kalau orang beranak kan, orang beranak biasa dia duk itu orang beranak dey jadi nyakit rengat tu kalau dia tak urut tak buat apa, tak boleh. Dia kena urut la, baru dia tahan rengat. Dia urat kita bengkak kan beranak ni.” PM32

“…kalu kito tungku-tungku tok dey rengat mano, dio urat kembang jah rengat ni urat tok itu. Dia kemas dio rengat lah.” J38

Page 61: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

61

Pada zaman dahulu, darah beku ini dipercayai merupakan ‘bantal’ tidur bagi bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, darah beku tersebut turut dikenali sebagai istilah ‘darah bantal’ di kalangan pengamal di Kelantan.

“Sebab darah tongkol dia tak tubik. Jadi kalau orang tua zaman dulu kata bantal budak tidur dalam perut. Darah tongkol-tongkol besar-besar ni mek.” TM27

b. Tatacara dan fungsi rawatan tradisional yang diberikan

Secara tradisional, rawatan rengat adalah dengan bertungku. Haba dari tungku yang panas dapat membantu mencairkan dan mengeluarkan darah beku; melancarkan pengaliran darah; serta mengecutkan peranakan. Bertungku dilakukan di bahagian perut dan ari-ari sahaja.

“Kalu dio tok itu gak, yo wat gitu tungku tungku tiga ari, berape ari tu buat tungku tungku tu tubik daroh tehe la. Tehe la perut dio. Urut sini, betis peho peho dio, dio tubik tubik darah key. Sebenarnyo nak tubik daroh. ” KB17

“Hok tu biasanya kita tungku lah biar keluar darah, darah ketul-ketul key. Kito tungku tungku, kita makan ubat lah. Haa dia keluar darah-darah kotor lah kalu tungku biasa darah-darah beku lah. Jadi rengat tu darah beku.” M25

Ramai di kalangan pengamal yang mengamalkan urutan bersama amalan bertungku. Fungsi urutan adalah untuk melancarkan pengaliran darah beku keluar dari saluran peranakan dan mengangkat peranakan.

“Rengat tu mugo... apo daroh dalam peranakan tuh. Kalu kito urut, kito tungku gak dio tubik darah ketul-ketul ni hilang selalu. Kalu urut, tungku tu gak, mugo dio tubik darah ni, darah bantal, darah hok tongkol-tongkol besar ni dalam peranakan tu takdoh doh la.” PP33

“Rengat tu dia sakit, dio kena angkat peranakan tu, dio urat kito, daroh kito tu beku, duduk dalam peranakan ni. Dia apabila kita urut pah gak daroh tu tubik kurang la rengat nyo.” KB07

Selain dari urutan dan bertungku, terdapat beberapa petua rawatan lain yang diamalkan oleh pengamal-pengamal ini seperti dalam Jadual 12.

Page 62: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

62

Jadual 12: Rawatan-Rawatan Lain Untuk Rengat

Petua Pernyataan

Menyapu serbuk rempah yang dicampur dengan air suam pada

kawasan ari-ari

“Pakai debu (serbuk), ambil bancuh dengan air suam, comor, panas, setakat rempah, rempah-rempah ratus, buat.” T19

Menggosok daun sireh yang dicampur bersama minyak tanah pada kawasan

yang sakit

“Ore zame gitu gak amik minyok gas, daun sireh umpal, umpal, minyak gas (minyak tanah), urut, urut, gosok, gosok. Lepas gosok dio tubek daroh ko guano, hiley pulas.” GM45

Melumurkan ragi di kawasan yang sakit “Ragi, kito pun kalu rengat gak, comor dengan ragi lah.” J38

Makan jagung kering (yang digunakan sebagai benih tanaman) yang dibakar sehingga menjadi arang apabila terasa

sakit rengat

“…jagung hok kering, hok nok wak benih doh. Rengat sakit, ambil jagung koyok-koyok buh dalam api, bakar dengan sebatang gitu, jadi arang, jadi arang makan la. Kekoh makan. Ubat rengat hok zame dulu.” KB15

Minum air yang diperbuat daripada jagung yang digoreng garing dan

ditumbuk

“Zaman dulu gak dia goreng jagung, jagung kan, goreng garing gak, tumbuk-tumbuk, minum air.” M26

Minum air halia “…minum air, suruh minum hok, hok kato halio.” KB18

Minum air akar kayu sepang kederang (sekiranya bayi tidak mempunyai

masalah jaundis)

“…hok air hok minum nak suruh tubik tu, kederey.”

“…kalu anak tak kuning. Anak kuning tok ley tukoh jadi kuning.” KB18

Minum air rebusan daun ketumbit “Ada daun jenis daun, daun ketumbit orang panggil. Kita ambil hok muda tu ikat segenggam ikat gak rebus, minum air.” M26

Minum air rebusan pokok terung manggul (bahagian pucuk muda dan

akar sahaja)

“Ambil pohon.. pohon dara tu kan, kita basuh-basuh cuci kita rebus dalam puyok. Air dia kuning huduh-huduh gitu je, sedap air dia. Minum. Daun terung manggo. Hok butir bulat-bulat orang bubuh dalam gulai. Kecil-kecil, ambil nak hok dara la.”

“Ambil daun skali dengan akar, buang daun hok tua ni ambil pucuk tu biar gi cuci gak kita tidak umpal, rebus blako satu periuk.” PP35

Minum air yang dibuat dengan daun serai, kunyit, dan beras yang ditumbuk

lumat selama 3 pagi berturut-turut

“Dio suruh bui makan daun serai, daun serai batang la, serai hok kito buat nasi kerabu. Dio suruh ambil daun serai, boh kunyit sikit, boh beras sikit, tumbuk-tumbuk biar le’ik, perah ambil penapis teh, buat ubat rengat. Suruh dio minum, tigo pagi.” J37

Minum air daun machang yang dibakar sehingga menjadi abu selama 3 pagi

berturut-turut

“Daun machang, bakar, dio bakar jadi abu, bui minum air, haa setengoh tu ado jugok. Turut tigo hari, minum tigo pagi.” J39

Page 63: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

63

Petua Pernyataan

Minum air campuran pucuk lengkuas, daun pucuk pinang atau daun kesum

yang ditumbuk

“Mek bui makan pucuk lengkuas dengan daun gotu lah, daun... daun pinang, pucuk pinang, pucuk pinang hok ambil lengkuas gitu gak, tumbuk tumbuk tumbuk boh air. Bubuh... tapis gak bui minum la. Kalu nok pedas gak daun kesum, daun kesum pedas gelepar.” KK42

Minum air yang diperbuat daripada kulit durian yang telah dikeringkan dan dibakar sehingga menjadi arang

sebanyak dua kali sehari (pagi dan petang) sehingga rengat hilang

“…kulit durian tu dikeringkan kita bakar, lepas tu, yang dah jadi arang tu kita campur dalam air. Kita jernihkan, ape ni, minum air jernihlah. Tapi daripada rendaman kulit durian tu. Petua ore zaman dahulu. Kan dulu dia tak ada ubat-ubatan kae untuk melancarkan selain daripada tungku, dengan tu je lah.” GM44

Selari dengan pendedahan pengamal kepada sistem kesihatan kebangsaan, kebanyakan mereka akan menasihatkan ibu bersalin yang menghadapai masalah

rengat untuk mendapat rawatan di fasiliti kesihatan atau mengambil ‘Panadol’2 dan ubat yang dibekalkan oleh pihak fasiliti kesihatan.

c. Dari sudut perubatan

Para pengamal berpandangan pada zaman sekarang sudah kurang masalah rengat kerana darah-darah beku telah dibersihkan oleh doktor selepas proses bersalin.

“Tapi sekarang ni tak dok lah mano sebab lepas bersalin doktor buang slaluh. Doktor buang slaluh darah beku.” KB13

d. Langkah Berhati-hati

Amalan bertungku untuk rengat hanya dijalankan jika ibu tidak mempunyai luka jahitan.

“Hok jahit payoh nyo, nok tuku tok leh.” KB13

2 Panadol adalah panggilan lazim yang digunakan oleh pengamal-pengamal bagi ubat paracetamol (acetaminophen) yang

dibekalkan oleh fasiliti kesihatan.

Page 64: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

64

2.8.2 BENTAN

a. Deskripsi

Bentan dipercayai berlaku sewaktu dalam tempoh berpantang kerana ibu melanggar pantang seperti tersepak ibu jari kaki atau tersilap makan. Bentan juga boleh disebabkan oleh luka jahitan episiotomi yang terbuka. Simptom yang dihadapi adalah demam, rasa menggigil sebab kesejukan, dan/atau kekejangan otot.

“…terlanggar sikit bucu ke dak, ibu jari. Ada setengah dia tak jadi gapo. Dia cuma urat je lah, ada setengah, dia tubik darah balik. Sebab dia terus ibu kaki ni dia terus ke urat peranakan kita ni. Hok tu orang kata lepas tu bentan. Kalau dia pening kepala silap makan pun, dia jadi berona juga, hanyut, hanyut, hanyut, jatuh.” KB09

“Jahit, kalu luko jahit, dio putus tali tu key, dio itu semula, bekoh semula.” KB08

“Bentan ni orang panggil, kalu orang tua kita panggil, teruh darah, demey dalam pantang. Aa.. gitu, kalu bahaso key, kito juh... biasonya tu kan, demey, orang panggil bentan la tu. Salah makan ko gano ko.” GM46

“Macam supo nyetok, maso dalam pantang nyetok ko, ni ado la ni tok keno makan. Jadi bentan dio jadi tu, hoo sejuk, jadi nyetok ko hoo orang kato bentan la tuh.” B47

b. Tatacara dan fungsi rawatan tradisional yang diberikan

Rawatan tradisional untuk merawat bentan adalah dengan bersalai seperti yang dinyatakan dalam bab 2.5.5. Kelebihan bersalai adalah untuk melancarkan peredaran darah dan mengeluarkan peluh ibu yang terkena bentan.

“Bentan ni dia kalu kita mudah faham macam tak sihat lah berasa demam nok rasa menggigil sejuk eh, haa itu dipanggil bentan lah tu. Sebab tu kita lebih baik menyalai. Nyalai ni kita buleh keluarkan peluh. Peredaran darah OK, keluar darah daripada peranakae darah yang kotor pun banyak keluar. Cepat sihatkan ibu yang bersalin.” GM44

c. Petua yang disyorkan

Menurut seorang pengamal, ibu yang terkena bentan tidak boleh memotong kuku, memotong rambut dan keluar dari rumah kerana dikhuatiri sakit tersebut akan lambat sembuh. “Bentan tu kalu dio sakit, jangan tubik lah. Orang mulo pantang, orang loni tok pantang doh, kalu kito kalu misalan kito demey ko, sakit pun tokleh kerat rambut, tokleh kerat kuku, tokleh keluar, kalu misalan orang nok ajok pun tokleh gi. Tu bentan kalu bentan nyakit tu takut lambat siya, loni takdok doh.” KB10

Page 65: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

65

2.8.3 TERSEPAK IBU JARI KAKI

a. Deskripsi

Salah satu petua yang kerap disampaikan oleh pengamal-pengamal berpengalaman ini kepada ibu selepas bersalin ialah supaya berhati-hati agar tidak tersepak ibu jari kaki ketika tempoh berpantang. Penjagaan khusus ini adalah pada ibu jari kaki sahaja. Tempoh berjaga-jaga ini dinyatakan adalah sehingga 20 ke 40 hari selepas bersalin.

“Tokleh sepak takut rendah peranakan la, turun peranakan ni doh sepak key. Tu keno beringat benar dalam pantang.” (Penyelidik: Dalam berapa hari keno jago tuh tok sey bui sepak?) Dua puluh hari takpo doh la.” J38

“Kalau sepak dia turun darah. Pasal dia jalur di ibu kaki, sampai ke peranakan urat urat kita nih. Peranakan kita nih, sebab tu orang tua dulu dia tok bui jalan baru-baru, dia takut sepak turun darah lah kalau darah hok kurang koho kuat turun, tubik. Sampai ke empat puluh la kena beringat.” TM27

Menurut kepercayaan tradisi masyarakat tempatan, kawasan ibu jari kaki dipercayai merupakan ‘punca peranakan’ yang mana terdapat urat peranakan. Jika ibu tersepak ibu jari kaki dalam tempoh ini, dikhuatiri bahagian peranakan akan sakit dan jatuh serta ada kemungkinan boleh berlaku pendarahan dari saluran peranakan.

“Orang kato punca peranakan, hoo. Dio sekali dengan urat perut sakit, sakit di urat perut.” B47

“Sepak, jadi hugoh peranakan, sakit urat perut jijok nih sini (menunjukkan ibu jari kaki), dio gi ko urat peranakan hugoh, sebab dio tok bui jijok-jijok.” B05

“Dio sakit ni, celah ni dekat e tempat cik mek, jatuh tempat cik mek ni.” KB14

“Sepak hujung kaki ni orang tok bui takut dio jatuh peranakan, dio turun peranakan ni, ibu kaki kito ni peranakan. Sepak gapo ni tok bui sebab tu dio suruh jalan beralus, tok sey bui naik tanggo. Turun-turun tu takut orang tuo dulu, orang loni tok kiro doh, hoo turun daroh bok, bok turun daroh tok keno gak.” KB07

“Dio punca nih, punca urat peranakan. Kito ni jadi tok sedak duduk lah. Dia jadi sakit ah, dia jadi sakit. Kadey-kadey dio turun darah.” PM31

b. Tatacara dan fungsi rawatan tradisional yang diberikan

Pengamal tradisional Melayu akan mengurut untuk memasukkan semula peranakan yang terkeluar dari tempat asalnya untuk mengurangkan kesakitan dan menggunakan rawatan tungku untuk mengawal penurunan darah.

Page 66: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

66

“Sepak ibu kaki pun tokleh, jadinyo peranakan kito ni, tubik peranakan lah, tubik peranakan. Urut-urut tolok masuk, kalu tok, tokleh masuk, tok masuk urut pun. Dio tok gi doh habis mok cik ambil masuk-masuk sakni, prok dia bunyi masuk dalam sarang dia tuh.” M24

“Ibu kaki la, urat tu tapi dey kito reboh, keno la belako. (Penyelidik: Bakpo keno jago sangat ibu kaki tuh?) Sebab dio urat peranakan key. (Penyelidik: Kalu sepak dio jadi lagumano?) Macam nga turun ko peranakan kito lah. (Penyelidik: Kalu turun tu, ada rawatan lagi dok?) Takdok, tungku, tungku gitu jah, tungku ah.” J39

c. Langkah berhati-hati

Menurut seorang pengamal di Jeli, dalam tempoh berpantang, ibu perlu sentiasa berhati-hati supaya tidak terlanggar atau tersepak sebarang objek dengan kuat kerana sekiranya berlaku, peranakan akan jatuh dan tidak lagi boleh diurut atau diangkat semula.

“Ha.. urut saja lah, hari empat puluh tu dia masuk dah dalam kandi kita ni. Setaro mana, dia kemas doh situ. Ha hari ke dua puluh dia kena mati. Ha mati peranakan, orang panggil ‘peranakan ngerey’. Dia duk perapat dekat tulang belakang. Dia tak boleh nak cokeh dah, dia tak boleh nak angkat dah. Hari ke empat puluh dia tak bagi nah kita jalan. Ikut tu alik ni takut sepak barang, sepak goni turun darah semula. Turun darah ni jadi ugoh kita urat peranakan. Dia suruh jaga nih dua putung. Dua putung, hok ni urat pinggang hok ni maaf la hok kita royak ni, urat peranakan. Pinggang kita naik rak ikut ni. Kalau sepak derah oyak tuh, kalau peh tak apa. Ha hari empat puluh kita kena beringat. Jangan lah sepak. (Penyelidik: Kalau tersepak nak buat macam mana?) Sepak gak jadi rosak lah kita. Nak urut tak boleh dah mugo dia masuk doh. Ha kita boleh royak gitu jah.” J37

Page 67: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

67

2.8.4 MEROYAN

a. Deskripsi Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan meroyan sebagai menderita sakit sesudah bersalin dan gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain. b. Punca meroyan Berdasarkan dapatan kajian ini, pengamal mempercayai bahawa dua sebab utama berlaku meroyan adalah gangguan emosi (60%) dan gangguan oleh makhluk halus (28%). Gangguan emosi yang berkaitan anak, kurang sokongan dan perhatian daripada suami dan keluarga dan masalah kewangan turut menjadi punca penyebab emosi menjadi tidak stabil. Selain itu juga, faktor lain yang turut menjadi punca meroyan adalah masalah rengat, pengabaian penjagaan fizikal semasa pantang, kedudukan peranakan yang rendah dan faktor keturunan. Ibu yang meroyan dikatakan akan mula berdiam diri, kemurungan, dan ada ketikanya hilang kawalan diri. “Meroyan ni kes gini dik, kito duk dapur api, tok laki kito tok caro kito dih, tok caro kito gak, kito jadik serabut la fikir anok lagi, fikir makey minum kito lagi. Tok laki tok caro tu jadi otok kito tok comey, tak dok mari ilmu gapo-gapo dik, dio mari atah diri kito sediri jah. Kito duk, duk, dapur api nih, kalu mok tok caro tu lain doh hati kito, kalu kito duduk nga mok dih, tok soh ko suami. Suami sediri tok kelik ko suami kijo, telefon pulok gini-gini, hok tu jadi meroyan kito fikir tok comeylah, hmm gitu. Dio tidok sebab kato gini-gini, saka gapo tak dok dik, gotu tok mari gitu, tok mari gitu. Dio mari sebab atah diri kito, jadik kito nie kito fikir mugo barang tok comey gak hoo gitulah jadi. Kito fikir comey-comey tak dok lah.” KB06

“Meroyan ni dia jenis-jenis orang ada serabut-serabut dia dalam empat puluh tu dia mikey gapo-gapo gak jadi lah, masalah laki bini ko, masalah anak ko, dia mikey-mikey tu jadi a benda tu.” M26

“…dia mula hilang pertimbangan di situ dia biasonya dia jadi kemurunge pun ada, eh kemurungan ni dia tak suka bergaul key, dia senyap. Suka menyendiri. Anok pun dia tok kesah. Dia hilang pertimbange. Dia tak buleh nak berfikir.” GM44

Mereka turut mempercayai terdapat pengaruh gangguan daripada makhluk halus terhadap ibu selepas bersalin. Faktor kepercayaan ini adalah berasaskan kepada keadaan diri ibu yang masih lemah secara fizikal, mental dan spiritual. Oleh yang demikian, ibu selepas bersalin perlu mempunyai kekuatan semangat dan spiritual bagi mengelakkan meroyan.

Page 68: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

68

“…sabit tubuh lemah gak. Senang nah kelih, hok bayang, hok bayangkanlah. Dio lemah, orang beranak tu, lemah.” KB18 “Sebab kito nak yakin diri, sebab kito ni dalam pantang, tubuh tok suci. Tapi kito nok semangat tu gagah, kuat. Kito boleh yakin kito ni ado dalam diri kito key, ha hok tu so jah. Sebab zaman zaman aritu, bidan zaman ritu dia kato hoo deh, dio kosek kaki la key, dakak susu, bayang kito jah. Sebenar takdok mek, toksoh cayo lah takdok. Kalu kito kukuh situ, ado tempat di hati kito tak akan takut sebab cik mah sebelas orang takdok gapo, takdok, kito nok situ so jah, takdok, gitu. Ha kuat diri kito walaupun kito tu tubuh kotor ko kito kuat juga, haa. Dia bendo ni bendo iblis jah sebenar, dia mari hinggap pah tubuh kito. Ha’ah, mano-mano pun gitu lah.” T21

Terdapat juga pengamal yang mempercayai bahawa ibu-ibu yang tidak mengamalkan ritual pelepas berkemungkinan tinggi mengalami meroyan. “Hantu, hantu ngiye dio panggil. Dio nok kena gak dio buat lah haa gitu. Pah kalu orang tok jupo tok bomor gak, jadi gilo, jadi gapo lah. Kalu jupo tok bomor gak, tok bomor siup, tok bomor pelepas gapo gak, berhenti takdok gapo-gapo doh lah.” J37 “40 hari tu kito pelepas pelepas die tak do la, dalam 40 tu dio itulah…” KB17

Menurut pengamal-pengamal yang ditemu ramah, meroyan dikatakan selalunya berlaku dalam tempoh berpantang selepas hari ke-20. Walau bagaimanapun, ada juga yang berlaku selepas hari ke-40, ke-100 atau selepas setahun melahirkan bayi. Oleh yang demikian, amalan penjagaan ibu selepas bersalin amat dititikberatkan – ibu tersebut akan dilayan ibarat ‘raja’ dan diberikan perhatian dan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

“…kalu beranok key, kito jadi rajo laa.” KB17

c. Rawatan tradisional untuk meroyan Tiada rawatan spesifik yang dinyatakan untuk merawat meroyan. Namun, berikut merupakan beberapa cadangan yang dinyatakan oleh pengamal:

1. Menasihati ibu untuk membanyakkan bacaan zikir ketika dalam pantang. 2. Menasihati ibu untuk menjalani sesi kaunseling di fasiliti kesihatan. 3. Menjalankan urutan kepada ibu selepas bersalin.

Page 69: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

69

d. Petua yang disyorkan

Seorang pengamal di Jeli telah berkongsi beberapa petua untuk mengelakkan meroyan seperti berikut:

1. Mandi teresak – untuk menyegarkan dan memberi bauan badan yang menyenangkan. “…air teresak kan, ngiye kita ni dia bau. Dia bau sedap-sedap mandi air teresak, dia tak

pergi la. Dia benci ko suami, ngiye la tu. Dia sebenarnya air teresak, sabit kena mandi daun serai wangi, daun pandan, daun nilam, ha ubat dia la tuh. Nak suruh bau sedap

slaluh tiga pagi.” J38

2. Ibu selepas bersalin perlu mengelak daripada keadaan marah atau banyak berfikir. Sokongan secara emosi perlu diberikan oleh suami serta ahli keluarga terutama dalam tempoh 40 hari semasa berpantang. “Ngiye, tu orang tok sey bui maroh orang dalam empat puluh tu, tok sey bui. Kalu dio

gapo-gapo hmm, tok sey bui serabut dalam empat puluh hok tu la orang kato nya, sabit

tu, tok tahulah.” J38

3. Membuang air kecil dan air besar mengikut keperluan. Elakkan dari menahan diri

ke tandas. “…nok kencing tok tubik, dio ork tokleh, tokgi tandas, jangan la. Royak la ko puak-puak

pesakit orang beranok. Kalu beraso nok kencing, gi la kencing, jangan ork. Ork gak dey ork gak dio, dio tutup pundi air kencing kito dengan, dengan sok tepuh dua tu, dio tok

tubik mudoh-mudoh.” J38

Seorang pengamal di Kota Bharu mengaitkan masalah rengat yang tidak dirawat sebagai punca meroyan. Beliau mempercayai bahawa darah yang terkumpul di saluran peranakan akan menyebabkan angin kesakitan ‘naik’ ke kepala dan menggangu fikiran. Seterusnya, ini akan menyebabkan sakit kepala, pening dan kabur pandangan.

Beliau merawat masalah ini dengan mengurut dari bahagian pinggang, belakang dan kepala untuk mengeluarkan angin. Diakhiri dengan mengikat rambut di atas kepala dengan kemas untuk mengelakkan meroyan serta gangguan dari makhluk halus.

Page 70: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

70

“Kalau kita cakap sebab gapo, gitu juga, ikat hok ni (sambil memegang atas kepala seperti menyanggul rambut) nak elak angin meroyan. Aa... hok tu kita urut-urut sampai ke tengah, daripada urat pinggang, ke belakang ni, memang naik atas ni, lepas tu kita kena urut juga ni, semua ni, urat-urat ni, sebab nak mengelakkan angin meroyan. Nak tubik anginlah kita kata kan, ha. Lepas tu kita sanggul, lepas siap mengurut kita sanggul tu kita kena tarik kemas ni, (sambil menunjukkan cara seperti mengikat rambut) ha, untuk mengelakkan angin meroyan, pastu mengelakkan pening, sakit kepala ataupun pinar-pinar mata, ha. Tapi kalau lo ni jarang dah orang nak buat. (Penyelidik: Dia kena tinggi mana kak?) Aras-aras ni betul (sambil menunjukkan arah atas kepala) atau tengah-tengah kepala bubuh pun boleh, sini pun boleh. Tapi kena kemaslah kita pulas rambut panjang kan, ha pastu kita lilit-lilit gini. Ha gangguan iblis pun tok sey. Kalau cara tradisional hok lama lah, bidan kampung.” KB09

Page 71: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

71

2.9 PENJAGAAN KHUSUS KETIKA TEMPOH MENGANDUNG

Penjagaan seorang wanita semasa tempoh mengandung turut dipentingkan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu. Ibu-ibu mengandung akan dinasihatkan untuk menjaga pemakanan dan pergerakan dalam aktiviti seharian. Beberapa penjagaan khusus dijalankan oleh pengamal untuk membantu keselesaan wanita ketika tempoh mengandung dan persediaan untuk bersalin. Penjagaan khusus yang unik ini telah didokumentasikan dalam bahagian ini.

2.9.1 JAMAH PERUT

a. Deskripsi

Jamah perut adalah istilah yang digunakan oleh pengamal untuk menyentuh atau memeriksa perut ibu yang mengandung. Pengamal akan menjamah perut ibu beberapa kali sepanjang tempoh kehamilan untuk mengetahui kedudukan bayi dalam kandungan dan boleh mengubah posisi bayi sebagai persediaan awal bagi melancarkan proses kelahiran kelak. Urutan badan turut dilakukan selepas pengamal menjamah perut.

b. Masa

Secara umumnya, jamah perut boleh dilakukan selepas kandungan melebihi lima bulan. Kebanyakan pengamal menggalakkan amalan jamah perut dilakukan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Apabila kandungan mencapai usia 9 bulan, amalan mengubah posisi bayi tidak digalakkan kerana saiz bayi yang besar dan ruang kedudukan bayi di dalam kandungan ibu semakin sempit.

c. Tatacara / teknik

Pengamal akan menyentuh perut ibu dengan tangan bagi mengetahui posisi bayi dalam kandungan. Seterusnya, urutan akan dilakukan bagi memudahkan proses bersalin. Urutan ini dilakukan di bahagian belakang, tapak kaki dan betis dan paling utama di urat peha, beserta dengan bacaan doa supaya bayi sihat di dalam kandungan. Urutan tidak dilakukan di bahagian perut kerana dikhuatiri akan menyebabkan lebam kepada bayi.

“Hoo jamoh pun tokleh jamoh kuat, keno urut sini-sini jah, keno urut belakang, urut kaki, urut betis jah tokleh nok gi perut, habis begho tubuh budok tu, kalu hok tapey, tapey, tapey tu gak demo kuat la tuh ngurut tuh. Key budok key tubik begho... atas belakang dok, kadey hitam, tu kuat demo ngurut demo pusing tuh, tokleh pusing main, dio keno pusing, kalu nok pusing keno main tapak kaki ni lah.” KK42 “…dio kito keno betul duduk samo betul ari-ari, haa palo budok tu duk samo betul ari-ari, apabila kito remat dio mudoh tubik, haa dio tu kito keno pusing. Saya duk pusing sekalo gak, tujuh, masuk sembilan. Kalau sebelum pada ni tokleh dio apabila kito pusing pun naik balik, kito pusing dio jadik balik, dio sembilan tu dio ketat doh budok tuh. Hoo kito jamoh perut la, hoo jamoh perut, keno pusing, urat paha ni doh memang kito keno urut.” KB07

Page 72: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

72

“Dio jamoh perut sebenarnyo kalu mokcik, mokcik tok jamoh perut sajo lah, berurut nok suruh lembut. Kalu kito lembut urat ni (menunjukkan di bahagian peha) InshaAllah Tuhan bagi mudah bersalin. Urut sokmo urat-urat ni lah. Pelembut urat peranakan kan, baru mudoh buko jaley.” KB13

Jika didapati kedudukan bayi adalah songsang, pengamal akan membetulkan kedudukan bayi dengan cara mengurut dan bacaan doa.

“Jamoh jamoh nih, hoo betul anok mung, kalu tok betul sini gak, kita baco doa, tekey-tekey gak duk sini, kalu izin tuhey. Caro dio, buke nok kewal stereng keto, jange! Baco-baco doa gapo. Boleh kadang-kadang sarat pun boleh dengan izin Allah Taala, boleh tapi jange, jange pusing mace, tu la, doa la keno doa dulu.” B03

d. Tujuan / Kebaikan

Tujuan utama amalan menjamah perut dan urutan sewaktu mengandung adalah untuk memberi keselesaan kepada ibu. Urutan yang dilakukan akan melancarkan peredaran darah dan melembutkan otot-otot badan sebagai persediaan bagi memudahkan proses bersalin kelak.

Pengamal turut mempercayai bahawa sekiranya fizikal seseorang ibu berada dalam keadaan yang selesa, maka kedudukan dan posisi bayi akan berada pada kedudukan yang normal. Tujuan utama amalan menjamah perut bukan bertujuan untuk mengalih kedudukan bayi secara manipulasi terus pada perut ibu tetapi lebih memberi tumpuan kepada keselesaan ibu dan bayi di dalam kandungan di samping mengamalkan doa agar bayi berada pada posisi yang betul. Posisi terbaik yang dimaksudkan adalah bahagian kepala bayi berada di bahagian ari-ari ibu. “…nok betul, nok, urat kito nok bui kendur.” KB15

“Lepas lima bulan demo nok jamoh boleh la demo nok tahu betul, tok betul. Baby besar ko dok butir, buat la kalu itu gak. Tapi tidok duk kosek la, kito jamah jah, kito nih urat paha nok suruh dia kendur sikit key, biar sedak la duduk.” PM31

Mengurut ketika jamah perut dapat melegakan sakit-sakit sendi dan lenguh yang dialami oleh ibu mengandung.

“Demo tokleh kiro, beraso tok sedak dio kato nok bangun duduk gak, kito beraso sumbat jah, hoo kato dio budok duk tumbuk sendi paha key, leroh, leroh sendi paha gak, kato tunja supo sakni sendi paha tu gak, lego gak bo lah, hoo. (Penyelidik: biasa berapa bulan orang mari gitu?) Aih demo lima bulan, enam bulan baru mari.” TM27

Page 73: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

73

Pengamal juga akan mengalihkan bayi yang menindih pundi kencing jika ibu mengadu sakit dan kerap membuang air kecil.

“Doh sakit. Kalu tok sakit, mok cik tok jamoh. Hoo kalu beraso sakit sini mok cik, sakit sini. Gak raso duk rendah sini, nok terkencing, gak mok cik angkat lah.” M24

e. Langkah berjaga-jaga

1. Jamah perut tidak dijalankan pada kandungan kurang dari tiga bulan kerana dikhuatiri akan menyebabkan keguguran atau turun darah.

“Haa jamoh... kalu baso demo tiga bulan, kato tokleh nok wak kasar, kuat sangat tiga bulan ni, jadi anok tok sifat lagi. Jadi empat bulan dia sifat dok mek, empat bulan dia sifat pah tu masuk lima bulan dia pecah habis jari nih. Enam bulan, lima bulan gok, ado la gerok gapo nyo, boleh nok jamoh. Budok cukup itu lah,cukup sifatlah.” M24

“Mok cik kalu sekat dua bulan, tiga bulan mok cik tok jamoh. Mok cik takut sabit ado gapo gugur gapo dok, haa. Lima bulan, enam bulan tu boleh.” M26

“Kalu sebelum pada lima bulan tok jamoh, sebab mugo dio kecil kito takut sabit tangan key, haa, doh kito kosek tu gini takut turun daroh ko gapo.” PM31

2. Bayi songsang

Pengamal dapat mengenal pasti bayi yang berada dalam kedudukan tidak normal seperti posisi songsang. Pengamal-pengamal yang ditemui tidak menjalankan manipulasi terus pada perut ibu mengandung. Amalan yang dijalankan adalah urutan di badan ibu terutama urat peha dan bacaan doa.

Kesemua pengamal akan meminta ibu mengandung pergi ke fasiliti kesihatan bagi mendapatkan rawatan dan nasihat lanjut bagi bayi songsang.

“Songsang... ore mari kalu oyak songsang, mok cik kato keno gi hospital. Tok buat, suruh dio gi hospital, hospital dio ado alat, dio boleh tengok. Mu jange gi tok bomoh kampong, takut belit tali pusat. Ha:: mok cik cakap gitu aa.. cuma kalu nok urut, kito urut jugok lah. Kadey-kadey tu kalu hok eney bulan kan, kalu lepas kito urut dio pusing. Tapi urut ni jah la urat ni aa.. pah jamoh perut, jamoh gini jah la, takut, tok sey.” KB13

“Dey kito urut betis dio lembut la urat atas perut, jadi kito jamoh pun lembut urut belako ni key jadi dio musing dengan sendiri jah la, budok tu. Bukan kato kito pusing takdok, takdok.” TM27

Hok songsang. Hooo urut urat, terik urat key, kito urut-urut urat dio mudoh musing sendiri lah, dio terik urat dio songsang, dio payoh nok pusing. Kalu dio mari pusing, dok tok kosek mano budok, kito urut habis urat-urat paha, betul semmo tubuh ni, boleh slow-slow. TM28

Page 74: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

74

2.10 PERANAN-PERANAN LAIN PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DALAM PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN

Selain daripada menguruskan ibu selepas bersalin, pengamal juga berperanan dalam menguruskan uri dan juga bayi yang baru dilahirkan.

2.10.1 PENGURUSAN URI

Masyarakat Melayu lama mempercayai bahawa pengurusan uri yang sempurna akan memberi kesan yang baik kepada perkembangan seseorang anak. Sebaliknya, sekiranya uri tidak diuruskan dengan betul, anak tersebut akan mudah diserang penyakit serta menjadi nakal dan degil. Sesetengah pengamal yang ditemu ramah mempercayai bahawa uri itu sebahagian daripada bayi dan ada juga yang menganggapnya sebagai pendamping atau ‘saudara’ kepada bayi sewaktu di dalam kandungan. Justeru, uri harus diuruskan dengan baik. Ini telah dinyatakan oleh seorang pengamal di Tumpat: “...sok-sok ni saing baby kito, kito tokleh nok tanam supo ayam mapuh, dia oyak, supo itik mapuh, kito ado niat la jugok key, pesanan dio tu duduk lah molek-molek kato haa, haa sampai akhir hayat dio baby tu, haa jangan buat perangai, haa gitulah.” T21

Lazimnya, uri ibu selepas bersalin di Kelantan akan diuruskan oleh bidan kampung (pengamal). Proses pengurusan uri secara tradisional dimulakan dengan proses mencuci. Uri dibersihkan dahulu daripada darah atau ketulan darah. Ada pengamal menggunakan sabun atau syampu untuk mencuci uri dan ada juga pengamal yang hanya menggunakan air sahaja. Sambil mencuci pengamal akan biasanya membaca selawat.

“...basuh, basuh tu alik luar, boh sabun gapo dulu kut alik luar ni dih, basuh-basuh, sabun tali pusat, gotel tali pusat tu, picit-picit mano tempat ada daroh dih, pahtu kito pun basuh-basuh...” PM30

Sekiranya uri tidak dibersihkan dengan sempurna, kulit bayi akan menjadi tidak licin dan mengelupas. Ini diceritakan oleh seorang pengamal di Kota Bharu:

“...basuh, basuh cuci ah, basuh, cucur gak, tangan pulok, sabit takdok sarung tangan pah peroh, peroh, peroh pulok, buke nok basuh hudoh-hudoh. Kesian basuh hudoh kerapu anok demo, haa setaro tu.” KB15

Selepas dicuci, garam dan asam keping akan dilumurkan ke atas uri tersebut sebelum ianya dibungkus dengan lapisan surat khabar dan kain bersih dan ditanam. Terdapat beberapa orang pengamal yang juga meletakkan hirisan lengkuas, kunyit dan juga lada hitam pada uri. Selain itu, ada pengamal yang menyatakan bahawa terdapat beberapa bahan lain perlu diletakkan bersama uri sebelum ditanam iaitu duit syling dan paku. Ini

Page 75: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

75

dipercayai akan membantu untuk memurahkan rezeki bayi dan mengelakkan gangguan makhluk halus.

“Dia kira barang besi, murah rezeki sikit, pitih.” B47

“... orang kata iblis-iblis takut ko benda besi. Orang tua kata.” B47

Tempat untuk menanam uri juga memainkan peranan penting dalam kepercayaan amalan perubatan tradisional Melayu. Uri yang telah dicuci dan dibungkus rapi seelok-eloknya ditanam di tempat yang kering, bersih, dan jauh dari kawasan laluan binatang liar. Antara tempat-tempat yang sesuai untuk menanam uri adalah kawasan masjid, tanah perkuburan, sekitar kawasan rumah dan di simpang tiga jalan.

“...jadi nok suruh la budok-budok tu, kito kato mugo ngasuh dio key. Hoo ngasuh budok tu gak, nok suruh dengar orang azan la, hoo, nok suruh comey, molek la.” PP33

“...tanam tempat cuci, kubur la hok molek. Tokleh tanam koksir, zaman ritu dio tanam kuk tepi tembok, apo tok tanam. Jijok jijok gi mari key, lalu binatang-binatang anjing ko babi ko gapo.” KK40

Menurut seorang pengamal dari Kota Bharu, uri sebaik-baiknya ditanam di kawasan rumah kerana ini dipercayai akan menyebabkan anak sentiasa mengingati orang tuanya.

“Tapi sebenarnyo, sok-sok ni baik kito tanam dekat rumoh kito, seksok anok, sabit orang zaman loni, tok ingat ko rumah, anok, petua besar tu mek, jangan pakai barang hok, hok, hok kedian nih. Anok dey gi, tok ingat ko rumoh tok sey kelik, guano sok duk mano, mano, mano, mano. Orang tanam kat rumoh, bilo dio gi sejauh mano dio tokleh duduk, nok kelik, tua doh. Mari royak setengoh, royak, setengoh orang baik tanam rumoh lah tapi demo tok ambil kito tanam, kijo kito. Takut demo, anok demo nok suruh ingat ko rumoh seksok. Tu petua tuh, petua, hmm keno ingatan, tanam dekat rumoh kito.” KB15

Page 76: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

76

2.10.2 PENJAGAAN BAYI

Pengamal juga memainkan peranan penting dalam penjagaan bayi baru lahir. Sewaktu dalam tempoh berpantang, selain daripada penjagaan umum seperti memandikan bayi, pengamal turut mensunatkan bayi serta merawat masalah kembung atau sarak dan kuning yang merupakan masalah yang lazim dihadapi oleh bayi baru lahir.

a. Pantang larang bayi secara umum

Secara amnya, bayi yang baru dilahirkan tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah terutamanya pada waktu Maghrib sekurang-kurangnya sehingga hari ke-40. Menurut kepercayaan masyarakat Melayu tradisional, ini kerana dikhuatiri bayi akan diganggu oleh makhluk halus. Sekiranya bayi perlu dibawa keluar rumah, orang zaman dahulu akan membawa bersama parang, pisau atau kacip, membaca ayat-ayat pelindung serta menaburkan garam sebelum keluar rumah. Hal ini diterangkan oleh beberapa orang pengamal seperti berikut:

“Ore dulu-dulu tok lepas empat puluh hari, tok leh. Kalu wak turun anok, dengan kacipnya, dengan garamnya, zaman dulu, dengan parangnya dio tohok-tohok gak dio wak turun. Tok tahu lah, mok cik ayat Qursi, ayat seribu dinar, tigo Qul, pah ‘Bismillahi tawakkal tualallah’, turun. Ajar gitu semmo.” KB13

“Biasonya tak digalakkan keluarlah. Dibawak keluar. Bila dah habis tempoh pantang 40 ha..41 hari buleh. Dia dah.. dia dah OK dah besar sikit dah. Biasanya tu la ore zame dahulu kata gangguan la mudoh la bila baby ni dia keluar gak dia suka menangis, dia mudah kembung.” GM44

b. Penjagaan bayi kembung atau sarak

Masalah kembung berlaku akibat angin yang memasuki perut bayi manakala sarak berlaku kerana urat perut bayi menjadi tegang dan menyebabkan najis bayi menjadi cair dan hijau. Kebanyakan pengamal menyatakan bahawa kembung dan sarak berlaku kerana ibu tidak menjaga pemakanan sewaktu dalam pantang. Menurut majoriti pengamal yang ditemu ramah, bayi kembung dan sarak biasanya akan dirawat dengan kaedah urutan atau tuam (demah). Pengamal akan mengurut lembut kawasan perut, belakang dan kaki bayi untuk membantu mengeluarkan angin. Minyak urut turut digunakan semasa urutan. Untuk kaedah tuaman pula, sesetengah pengamal menggunakan abu dari api berdiang atau pasir halus yang digoreng kering bersama-sama dengan rempah seperti lada hitam, jintan manis, kulit kayu manis dan bawang putih. Kemudian, campuran ini dibungkus ke dalam kain kecil dan dijadikan bunjut untuk didemah pada kawasan perut, kemaluan sehingga tapak kaki bayi. Ada juga pengamal yang mengesyorkan untuk menyapu pada perut bayi pes campuran daun ketumbit, daun kapal terbang dan daun pucuk ubi yang dicampur dengan sedikit

Page 77: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

77

kapur atau pes campuran bayam, daun ketumbit dan daun mengkudu. Bawang putih yang dibakar sehingga menjadi arang juga boleh dilumurkan pada perut bayi untuk merawat masalah kembung dan sarak. Ibu pula disarankan untuk minum air rebusan akar bayam praksi. Majoriti pengamal juga mengesyorkan penggunaan barut bayi sehingga hari ke-40. “...haa, kak urut belakang dia, urut belakang, labu betis, tapak kaki. Haa, baby. Apa atas belakang dulu, belakang, perut aa.. perut, betis, pah baru kak jamoh perut dia. Dia tokleh nok jamoh perut selalu. Kalu orang lelah pun samo, keno jamoh betis, belakang dulu. Dio tokleh nok jamoh perut, ni key dia doh dio ni key tegang-tegang la, orang kato tegang la, terik. Haa baby pun dia angin, masuk angin haa. Baby kembung urut, kalu dia tok tehey, kak demoh pulok. Bahan tu lada hitam, lada hitam kak bubuh aa... jeput, tu, jeput la, cemok nih aa... kak bubuh, bakar tungku, kak bakar tungku . Kak letok di tungku panas, kak tuam. Haa, satu badan, haa tokleh perut saja, semua ahh.” T23

“...daun tumbit, tumbit, ado alik nih, busuk-busuk tuh, busuk-busuk tuh, daun tumbit, daun kapal terbang, haa,kenal kapal terbang, ambil daun tumbit, daun kapal terbang, daun pucuk ubi:: kayu, pucuk ubi kayu, nok hok, hok, luruh doh, hok meroh, ambil oyak nok wak ubat kembung perut budok, ambil hok luruh, gaul hok tu, bubuh kapur, umpal, umpal, umpal, umpal, umpal comor, comor pah belakang , comor perut, habis atah belakang, barut. Tu ubat zaman dulu.” KB15

“...budok panggil sarak, ado air dio minum kito rebus akar kayu, bayam praksi tu, kenal bayam praksi? Ni bayam praksi, hoo bayam praksi hok orang makan sayur-sayur, ado jual kedai pun ado, hoo akar dio tu. Ambil akar dio rebus bui minum. Ambil akar dio rebus, daun dio kito buat ulam, takpo orang beranok kecil takpo lah, pah hisap susu anok pulok makan turun dio, takpo.” TM28

c. Penjagaan bayi kuning Menurut pengamal perubatan tradisional Melayu di Kelantan, pada zaman dahulu, bayi baru lahir amat jarang mengalami masalah kuning berbanding dengan masa kini. Hal ini dipercayai berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan ibu sewaktu mengandung seperti kurang pengambilan sayur dan buah serta pengambilan makanan berjeruk dan makanan diproses yang kebanyakannya mengandungi bahan pengawet dan pewarna.

“Zaman dulu tak dok nyakit mano zaman dulu. Dulu takdok kuning, tak dok gapo.” KB06

“...dia atah pemakanan, makanan macam cokedih gapo tu tokleh. Haa, mok dio lah, maso ngandung, maso ngandung dio makan goni, hmm cokedih gapo ni.” KB08

Antara petua-petua yang diamalkan oleh pengamal-pengamal yang ditemu ramah bagi merawat masalah bayi kuning adalah seperti dalam Jadual 13.

Page 78: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

78

Jadual 13: Petua Merawat Masalah Bayi Kuning

Petua Penyataan

Mandikan bayi dengan air herba: i. pokok dukung anak ii. daun pinang iii. daun beko iv. daun inai v. daun kapal terbang vi. mandian teresak (seperti

yang digunakan oleh ibu)

vii. teh Cina

“Pah kalu nok mandi... mandi-mandi kadang-kadang buat air apa nama ni dukung anok, pokok dukung anok kito rebus, biar masok, tapis pah mandi budok.” KB13 “...daun kapal terbang, ado kenal daun kapal terbang, hoo daun kapal terbang tu, rebus-rebus air, mandi dio. Mandi budok tuh.” M24 “...biaso gak oyak daun inai, hmm wak mandi. Hoo, ehh kadang-kadang tu boleh tiga hari dio berubah la, hmm, tigo hari tigo kali mandi gak nyo tehey la. Hoo ah, mandi-mandi pagi-pagi.” M26 “...anok kuning nyoo, loni daun pinang, daun beko, rebus, mandi.” T23 “Baby kuning tu biasanya kita ambil teh, kita buat teh cina ko buat mandi key.” M25 “...kak rebus air teresak mandi, hmm air hok mok dio key untuk kuning.” B47

Beri kepada bayi3 sebagai minuman (dalam kuantiti sedikit):

i. air pegaga ii. air tebu hitam iii. air rebusan pohon dukung

anak iv. susu kambing

v. anggur hitam

“Haa, pah tu tebu key, tebu hitam, ketuk-ketuk bui minum sikit. Hoo hok hitam betul la, supo zabit hitam tu key, Insha Allah la. Hok orang duk buat tuh la, atah-atah budok keno kuning kuat, tok jadi jugok. Daun pegaga, daun pegaga, daun pegaga rebus, ambil minum ko anok sikit, Insha Allah lah. Untuk kuning la tu oyak tu.” T23 “Lepas kak bui minum pohon dukung anok, dio memang tok kuning.” B47 “...orang kampung dulu bui susu kambing. Pah tu setengoh-setengoh demo tu aa.. buah zabit hitam tuh bui, haa anggur hitam tuh bui makan anggur hitam” KK41

Selain petua-petua tersebut, ibu juga digalakkan untuk menyusukan bayi sebanyak mungkin untuk mengelakkan masalah bayi kuning. Sewaktu mengandung, ibu digalakkan mengambil buah-buahan seperti anggur, mangga, kurma dan epal hijau.

3 Pemberian makanan atau minuman lain selain susu ibu sebagai rawatan untuk masalah kuning bayi adalah sangat tidak digalakkan kerana bayi hanya memerlukan susu ibu secara ekslusif. Sesetengah persediaan herba mungkin mengandungi bahan-

bahan yang berbahaya terutamanya untuk bayi yang mempunyai masalah kekurangan G6PD.

Page 79: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

79

d. Sunat bayi (khitan)

Bersunat merupakan amalan yang disyariatkan oleh agama Islam untuk dilakukan kepada setiap bayi yang dilahirkan. Di Kelantan, pengamal perubatan tradisional Melayu atau bidan kampung menjalankan upacara bersunat bagi bayi perempuan. Amalan ini dilakukan dengan melukakan sedikit bahagian hujung kemaluan bayi (labia minora) menggunakan alatan yang tajam seperti pisau atau gunting. Perbuatan ini lazimnya disertai dengan jampi dan doa.

Kebanyakan pengamal mengesyorkan agar amalan bersunat dilakukan dalam tempoh berpantang kerana pada waktu tersebut kulit bayi masih lembut dan bayi tidak akan terlalu sakit.

Amalan bersunat selalunya dilakukan bersama-sama dengan upacara pelepas untuk ibu. Hal ini diterangkan oleh beberapa orang pengamal seperti berikut:

“...wak tepung tawar, pelepas dulu, hari ke hari takpo hari gapo-gapo pun budok gok, hari. Yo la, sebulan ho la. Ni hujung dio, mok kecek hudoh la deh, hujung, hujung, kito kerat lah, hoo. Tubik daroh dio, tubik daroh jah takpo lah, sikit jah ambil, tekk sikit, jerik la budok tu nyo, jerik lah. ” M24

“...baca sikit gak, ambil pisau tu, cokeh selalu sikit hujung, di hujung, hujung gotu dio tuh. Bukan payoh, baco Fatihah, tiga kali selawat, cokeh gak takdok gapo satu.” KK42

“Biasanya:: hari ganjil lah, tiga hari, tujuh hari, tujuh hari lah. Kalu empat puluh satu hari tu, keras lah gotu dio, keras, hujung gotu dio. Haa sebelum empat puluh satu hari. Dua tiga bulan tu susah sikit lah, keras sikit lah.” M25

Page 80: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

80

2.11 AMALAN KHUSUS PENGAMAL SEBELUM PERGI MERAWAT Majoriti pengamal di Kelantan mempunyai amalan khusus yang tersendiri sebelum pergi merawat pesakit. Amalan tersebut dilakukan sebagai pendinding diri dan juga untuk menjaga keselamatan pesakit yang dirawat.

“Hoo tu mok cik belajar dengan tok guru-tok guru lah, pagar, pagar diri kito. Hmm gituh.” KB06

“Haa mitok doa nga tuhan la tok sey bui gapo-gapo, hoo kito mitok doa mitok jauh hok perkara mungkar-mungkar tu. Zaman dulu, bidan kampung rumit mek, rumit. Banyak cubaan, banyak, jadi gotu jadi goni jadi, zaman dulu tapi.” KB15

“Mitok nga tuhan bui selamat orang beranak tu jah la.” T19

Majoriti pengamal mengamalkan doa dan sembahyang sunat, ada pengamal yang mengamalkan mandi bunga dan ada juga yang melaksanakan amalan seperti tidur di atas kain kuning. Pernyataan-pernyataan berikut menggambarkan amalan-amalan khusus yang diamalkan oleh pengamal-pengamal di Kelantan.

“Hoo, gi rumoh dio kito baco doa, rumoh dio baru baco doa.” B03 “...baco Bismillah, ‘bismillahi tawakal tualallah’ jah la.” TM28 “Ho mandi bunga, ha:: bunga-bunga hok bau sedap jah, bunga-bunga hok tok sedap tokse, angin kito. Bunga cempaka putih, cempaka merah, bunga melur, bunga kerak jenis-jenis bunga-bunga, bunga kenanga.” KB08 “...mek tido atah kain kuning key, kalu kito tok tido atah kain kuning key, mari selaluh bendo-bendo hok tok molek, tido atah takpo, takdo gapo dio, teney, gitulah.” KB10

Page 81: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

81

3.0 PENUTUP

Page 82: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

82

3.1 KESIMPULAN

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, objektif kajian telah tercapai bagi menerokai, mengenalpasti dan meneliti ciri-ciri dan tatacara amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin di kalangan pengamal perubatan tradisional Melayu di Kelantan termasuk petua dan pantang larang dalam amalan penjagaan ibu-ibu selepas bersalin. Dokumentasi kajian ini merupakan satu usaha untuk memastikan pengetahuan tradisional Melayu dalam penjagaan ibu-ibu selepas bersalin tidak hilang ditelan zaman. Berdasarkan temu ramah dan pemerhatian oleh penyelidik, penjagaan ibu selepas bersalin yang masih diamalkan di negeri ini mempunyai kebaikan dan manfaat tertentu. Namun begitu, terdapat juga amalan yang bercanggah dan tidak praktikal untuk diamalkan oleh masyarakat masa kini dan memerlukan penambahbaikan serta pendedahan tentang penjagaan ibu dan bayi yang betul. Diharap agar dokumentasi amalan tradisi ini dapat diaplikasikan serta dijadikan panduan bagi menambahbaik dokumentasi sedia ada di samping menjadi rujukan bagi kajian-kajian seterusnya dalam menilai keberkesanaan amalan tradisional ini.

Page 83: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

83

GLOSARI DIALEK KELANTAN

Page 84: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

84

GLOSARI

1. asam gelugur: asam keping 2. baso: kebiasaan 3. becoh: selulit 4. begho: lebam 5. behe: bahan 6. bekoh: terbuka 7. bekok: bengkak 8. belako: semua 9. beloh: pembedahan 10. benar: terlalu 11. beralus: lemah lembut 12. berona: meragam 13. blemin: melekit 14. boh: letak 15. brehi: suka 16. beronar: bermasalah 17. bui: bagi 18. buleh: boleh 19. bui: beri 20. capur: campur 21. cayo: percaya 22. cebok: ceduk 23. cemar: kotor 24. cemok: kuantiti 25. cokedih: snek 26. cokeh: cungkil 27. comor: sapu 28. dakak: dakap 29. demey: demam 30. demo: mereka 31. deras: kuat 32. dey: sudah 33. diye: berdiang 34. edah: tempoh 35. eney: enam 36. etek: juga 37. gah-gah: tekan-tekan 38. gapo: apa 39. gelepar: menggelepar 40. geligoh: simpul 41. gerey: pangkin/katil kecil 42. gleh-gleh: sangat-sangat 43. gotu: itu

44. hawa-hawa: haba-haba 45. hok: yang 46. hiley: hilang 47. jaley: jalan 48. jambu nawar: jambu air 49. zame: zaman 50. jangey: jangan 51. jatey: lelaki 52. jebok: buih 53. jepuk: perbuatan seolah

mencubit sejemput 54. jerik: menangis 55. jijok: pijak 56. jujuk: berkumpul banyak/

mengikut turutan 57. kadey: kadangkala 58. kakah kasar: rempah ratus 59. kecek: cakap 60. kedian: zaman sekarang/

kemudian 61. kejak: rapat 62. kekoh: gigit 63. kelih: tengok 64. kelik: balik 65. kenyek: penyet 66. ketar: menggigil 67. ketik: gigit 68. kewal: pusing 69. kijo: kerja 70. koho: semakin 71. koksir: sembarangan 72. kopek: payudara 73. kosek: kacau 74. le’ik: hancur lumat 75. lendik: lembut 76. leroh: urut 77. lepar: lempar 78. lokoh: tanggal kulit 79. loni: sekarang ini 80. mapuh: mati 81. memey: memang 82. mikey: berfikir

Page 85: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

85

83. minyak bena: minyak kelapa yang dimasak

84. molek: elok/cantik 85. mugo: sebab 86. nak-nak: tiap-tiap 87. napok: nampak 88. nepuh: melepuh 89. nerak: meniarap 90. netey: menelentang 91. nga: dengan 92. ngerey: menahan 93. ngiye: meroyan 94. ngoti: betul-betul 95. nyenggeng: mengiring 96. nyetok: kejang 97. nyor: kelapa 98. orang mulo: orang dulu-dulu 99. ore: orang 100. ork: tahan 101. pah ko: sampai ke 102. palo: kepala 103. patey: pantang 104. payoh: susah 105. puah: lama/bosan 106. punoh: rosak 107. reboh: jatuh 108. remat: pegang 109. riyal: ringgit 110. rombok: rombak 111. royak: bagi tahu 112. sabit: sebab itu 113. saing: teman 114. sakni: tadi 115. sapa: sampai 116. segar: sihat 117. sekak/sekat: setakat 118. seksok: kemudian hari

119. selaluh: terus 120. semeta: sekejap 121. senggeng: mengiring 122. sero: rasa 123. siup: tiup 124. siya: sembuh 125. sisir: sikat 126. skalo: kebiasaan 127. skeleng: syiling 128. slaluh: terus 129. smace: selalu 130. so: satu 131. sok: uri 132. srupo: seperti 133. suku: asing 134. tapey: berbekas 135. tahe: tahan 136. tok sey: tak mahu 137. tebeng: berani 138. tekey: tekan 139. tepek: lekat 140. teney: tenang 141. tepuh: bertempuh 142. terik: tegang 143. tiko: ketika 144. tohok: buang 145. tok caro: tak kisah 146. tok laki: suami 147. tokol-tokol: ketul-ketul 148. tubey: terbang 149. tubik: keluar 150. tunja: tendang 151. ugoh: berisiko 152. umpal: hancurkan 153. zabit: anggur 154. zame:zaman

Page 86: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

86

SENARAI INFORMAN KAJIAN

Hasmah Binti Salleh

Fatimah Binti Mat Jusof

Sabariah Binti Deraman

Bidah Binti Omar

Che Muji Binti Che Hussin

Hasmah Binti Hussin

Raja Roslizah Binti Raja Zainal

Khalijah@ Khatijah Binti Jaafar

Zuniha Binti Omar

Rokiah Binti Ibrahim

Wan Mek @Wan Zainab Binti Wan

Abdullah

Che Som Binti Che Samat

Che Yam Binti Yusoff

Jamilah Binti Talib

Membunga Binti Teh

Rahmah Binti Awang

Embong Binti Hussin

Zaiton Binti Abdullah

Zaharah Binti Seman

Patimah Binti Che Mat

Kalthum Binti Ibrahim

Rogayah Binti Daud

Nor Hasliza Binti Sapiah

Rokiah Binti Abdul Rahman

Fatimah Noriah Binti Haji Mokhtar

Samsiah Binti Ali

Sharipah Binti Ismail

Zauyah Binti Che Dollah

Siti Aminah Binti Dollah

Siti Khalijah Binti Mat Taib

Nik Zaharah Binti Yusoff

Miss Siti Patimoh

Kelesom Binti Yaacob

Kalsom Binti Hashim

Habshah Binti Jenal

Halimah Binti Hamat

Sharifah Binti Rahman

Jaharah Binti Ab Majid

Rohana Binti Isa

Siti Gayah Binti Jusoh

Che Faridah Binti Che Said

Sakinah Binti Mohamad

Mek Jah Binti Jusoh

Wan Manisah Binti Wan Dir

Nek Hasni Binti Mamat

Page 87: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

87

AHLI PENYELIDIK

Dr. Aidatul Azura Binti Abdul Rani Dr. Ariyani Binti Amin

Dr. Maznah Binti Wazir

PEMBANTU PENYELIDIK

Cik Nur Ayuni Binti Mohammad Sobri Cik Nur Ezzatie Binti Mazlan

Cik Rozeeda Binti Kadri

ANGGOTA KUMPULAN KAJIAN

Dr. Anees Binti Abdul Hamid Pn. Apuzah Binti Ahmad Dr. Noran Binti Hashim Pn. Azieta Binti Yusof

Dr. Noor Aini Binti Ibrahim Pn. Chan Siew Bee

Dr. Azran Azmar Bin Ismail Pn. Wan Nora Binti Wan Salleh

Dr. Hasmalaili Binti Husin Pn. Fatimah Binti Saleh

Dr. Wan Nazariah Binti Wan Hassan Dr Adilla Nur Binti Halim

Pn. Lydiawati Binti Arzeni Pn. Noor Aini Binti Abdul Rahman

Dr. Tuan Jah Binti Tuan Soh Pn. Hassmah Binti Yussoff

Dr. Ahmad Syaarani Bin Yasin Pn. Shalifah Binti Ibrahim Dr. Azilawati Binti Dollah Pn. Suriana Binti Yajid

Dr. Latifah Binti Dahalan Pn. Ramlah Binti Yahya

Dr. Nurul Adhiyah Binti Wan Ishak Pn. Zuraini Binti Yasin

Page 88: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

88

ANGGOTA KKM YANG TERLIBAT DI LAPANGAN

Bachok KD Perupok KD Pauh 9

JK Norma Binti Mat Rafin JM Sapura Binti Mohamad JK Rosliza Binti Yaacob JM Noorziram Binti Che Ismail

Kota Bharu

KD Pengkalan Ferry KK Bandar KD Mentuan KK Peringat KD Mulong

JM Mazzura Binti Mohamad JM Rosnawati Binti Daud JM Nor Eliaty Binti Ilias JM Suhada Binti Ismail JM Anis Farita Binti Mohamed @ Ibrahim

Tumpat

KK Sg. Pinang KD Palekbang KD Pasir Pekan Hilir KD Kutan KK Wakaf Bharu

JK Atikah Binti Salleh JM Suzinurdita Binti Nor JM Nasiyah Binti Mohamed JM Marina Binti Mamat JK Hamizan Binti Yaacob

Machang

KK Batu 30 KD Wakaf Bata

JK Hafizah Binti Mohd Salleh JKA Azizah Binti Dollah

Tanah Merah

KD Batang Merbau KK Batu Bunga

JM Shariza Binti Sulaiman JM Zubaidah Binti Che Mood

Pasir Mas

KD Jejawi KD Pohon Tanjung

JM Narimah Binti Mat JM Sarah Binti Ramli

Pasir Puteh

KD Permatang Sungkai KK Pasir Puteh KK Gaal

JM Haslinda Binti Hassan JM Zaleha Binti Ramli JM Kamariah Binti Abdul Ghani

Jeli

KK Lubok Bongar KD Pasir Dusun KD Kalai

PJK Shalifah Binti Ibrahim KJK Nor Asiah Binti Abdul Aziz JM Sarimah Binti Zakaria PJK Shalifah Binti Ibrahim KJK Nor Asiah Binti Abdul Aziz JM Siti Rohaya Binti Abdullah KJK Nor Asiah Binti Abdul Aziz JM Nor Azima Binti Mohamad Nor

Kuala Krai

KD Kuala Nal KD Keroh KK Bandar Kuala Krai

JM Bibi Zuraida Binti Ismail JM Siti Hajarul Aswad Binti Mat Kar PJ Zaleha Binti Mohamad

Gua Musang

KD RPT Sg. Terah

JM Zainorita Binti Ismail

Page 89: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

89

RUJUKAN

1. Sarkar J., Konwar G., Das LK. Assessment of Knowledge and Practice Regarding Postnatal Exercises Among Mothers Admitted in Postnatal Ward in Gauhati Medical College and Hospital. Journal of Obstetrics & Gynaecology Barpeta. 2014; 1(1):52-56

2. Posmontier, B., Horowitz, JA. Postnatal Practices and Depression Prevalences:

Technocentric and Ethnokinship Cultural Perspectives. Journal of Transcultural Nursing, 2004. 15(1): p. 34-43.

3. Dennis C-L, Fung K, Grigoriadis S, Robinson GE, Romans S, Ross L. Traditional Postnatal Practices and Rituals: A Qualitative Systematic Review. Women's Health (London, England). 2007; 3(4):487–502

4. Fadzil F, Shamsuddin K, Wan Puteh SE. Traditional Postpartum Practices Among Malaysian Mothers: A Review. Journal of Alternative and Complementary Medicine (New York, NY). 2015 Jul 13. Epub 2015/07/15. Eng.

5. Jabatan Statistik Malaysia, Anggaran Penduduk Semasa 2016.

6. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005.

BIBLIOGRAFI

1. World Health Organization. WHO Traditional Medicine Strategy 2014-2023.

http://www.who.int/medicines/publications/traditional/trm_strategy14_23/en/ Diakses pada 10 Julai 2017.

2. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Traditional and Complementary Medicine Practice Guidelines on Malay Postnatal Care. 2009.

3. Hassan, Z. Beauty is Beyond Skin Deep: Traditional Treatments for Women. 2007

4. Hassan, Z., Mazlan, NA., Yaacob, M. Tumbuhan Ubatan Untuk Kesejahteraan Wanita. 2005

5. Kasimin, A. Penjagaan Bayi dan Ibu dalam Pantang. 1995

Page 90: AMALAN TRADISIONAL MELAYU BAGI PENJAGAAN IBU ......2.5.10 Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan 50 2.6 Penjagaan Diri Ibu Selepas Bersalin 51 2.6.1 Penjagaan Luka Bersalin 51 2.6.2

90

SIDANG PENGARANG

Pengarang

Dr. Adilla Nur Binti Halim Dr. Aidatul Azura Binti Abdul Rani

Pengarang Bersama

Cik Rozeeda Binti Kadri Dr. Farhana Binti Abdul Aziz Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan

Dr. Ali Noor Bin Hassan Dr. Maznah Binti Wazir

Pn. Lydiawati Binti Arzeni

Pengulas Dalaman

Dr. Ariyani Binti Amin Pn. Suraya Hani Binti Sharon

Pengulas Luaran

Dr. Nor Asmah Binti Hasan

Pakar Perubatan Keluarga

Klinik Kesihatan Meranti

Pasir Mas, Kelantan

Dr. Maizira Binti Abdul Majid

Pensyarah Kanan

Jabatan Sosio Budaya/Kesenian Melayu

Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Penasihat Teknikal

En. Mohamad Zaidan Bin Zulkepli Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia