hn - unimas institutional repository masyarakat luar bandar di... · uviversitt malaysia sarawak...

24
HN 15 R987 1997

Upload: vonguyet

Post on 09-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

HN 15 R987 1997

Page 2: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

Pusat Khidmat 1Vfaklumat Akademik UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK

PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN

TERHADAP MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA P, KNIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

111111111 i l1I III II1 Iil 1000246043

RUZITHA BINTI MUSTAFA

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian

(Kajian Khidmat Sosial)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNNERSTTI MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

SENARAI JADUAL

BABI: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1.2 Latar belakang kajian 1.3 Kenyataan masalah 1.4 Objektif kajian 1.5 Kepentingan kajian 1.6 Defmisi operasional 1.7 Had-had kajian

BAB DUA : SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 2.2 Definisi konsep 2.3 Kajian lepas 2.4 Teori penyimpangan 2.5 Hipotesis kajian

BAB TIGA : METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 3.2 Rekabentuk kajian 3.3 Tempat kajian 3.4 Populasi dan pensampelan 3.5 Alat ukuran 3.6 Analisis dokumen lain 3.7 Tatacara kajian 3.8 Cara pemarkatan 3.9 Analisis data

11

111

V

1 1 17 19 19 20 21

23 23 28 32 34

35 35 35 36 36 39 39 41 43

Page 4: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

BAB EMPAT : KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 45 4.2 Keputusan kajian 45 4.3 Perbincangan 62

BAB LIMA : PENUTUP

5.1 Pengenalan 73 5.2 Rumusan kajian 73 5.3 Saranan-saranan kajian 75

LAMPIRAN 76

BIBLIOGRAFI 86

Page 5: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya mengucapkan berbanyak-banyak syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya sahaja dapat saya menyiapkan tesis ini walapun menghadapi berbagai cabaran dan dugaan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

yang dikasihi ayahanda Mustafa Muhamad dan bonda Siti Minah Ali yang telah banyak berkorban dalam membesar dan mendidik saya. Tanpa galakkan dan sokongan kalian berdua tidak mungkin anakanda menjejakkan kaki hingga ke menara gading. Kepada

adinda Muhammad Azhar, fahamilah bahawa ihnu pengetahuan itu amat penting bagi

mengharungi kehidupan di hari muka.

Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada yang dihormati Dr Spencer Empading Sanggin selaku ketua Program Khidmat Sosial dan sekaligus menjadi penyelia tesis yang begitu mengambil berat serta banyak membantu dalam proses menyiapkan tesis ini. Juga diucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pensyarah dan tutor yang banyak membantu sepanjang pengajian empat tahun di UNIMAS.

Buat sahabat-sahabat yang diingati iaitu Amalina, Bani, Hasnah, Noraini, Rasimah, Saidah, Selina, Siti Hawa, dan Zulazlina, terima kasih atas segala nasihat, teguran dan

sokongan yang kalian berikan sepanjang menyiapkan tesis ini serta sepanjang persahabatan kita. Semoga hubungan yang telah terjalin erat ini akan kekal buat selama-lamanya.

Kepada masyarakat di Daerah Kota Samarahan diucapkan berbanyak terima kasih

atas kerjasama dan kesudian anda menjadi responden kajian ini. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segala pertolongan yang anda berikan.

ii

Page 6: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

ABSTRAK

Kajian ini cuba melihat persepsi masyarakat yang tinggal di Daerah Kota

Samarahan terhadap masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja. Kajian juga

bertujuan untuk melihat hubungan antara tahap pendidikan masyarakat dengan persepsi

mereka terhadap masalah sosial di kalangan remaja. Alat ukuran yang digunakan ialah

satu set soalselidik. Responden kajian ini terdiri daripada 120 orang dewasa yang dipilih

secara rawak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 100 borang sahaja yang lengkap diisi

dan yang berjaya dipungut balik oleh pengkaji. Data yang diperolehi dianalisis

menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Sciences). Dua kaedah telah

digunakan iaitu teknik frekuensi dan khi kuasa dua (chi-square). Dapatan kajian

mendapati pada amnya masyarakat di Daerah Kota Samarahan sedar dan prihatin terhadap

masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja sekarang. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa masalah lepak, ponteng sekolah dan mengbidu gam merupakan tingkah laku

lencongan yang paling dominan berlaku di kalangan remaja di Daerah Kota Samarahan.

Di samping itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat di Daerah Kota

Samarahan adalah mengamalkan sikap tegas dalam mendidik anak-anak mereka

terutamanya golongan renaja. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan

antara tahap pendidikan dengan persepsi masyarakat terhadap masalah sosial di kalangan

remaja.

111

Page 7: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

ABSTRACT

This research was undertaken to investigate the perception of society whom living

at Kota Samarahan District towards juvenile delinquents. The study also aim to identify

the relationship between society' education level and their perception towards social

problems among the juveniles. A total of 120 adults were selected randomly. Data were

collected using questionnaire but only 100 questionnaires were jkendy complet4 and

returned back to researcher successfully. Data were analysed using SPSS (statistical

package for Social sciences) computer programmes especially frequency analysis and chi-

square. From the findings, it showed that generally the society at Kota Samarahan were

aware and concern towards social problems that always occur among the juveniles. The

results showed that the gruelling problem, school's truancy and shifting the glue became

the dominant of deviant behaviour that done by youths at Kota Samarahan. Besides that,

the research finding also showed that Kota Samarahan's society have been practised the

authoritarian attitude in disciplinary their child especially the youths. There also showed

that the educational level not associated significantly with society's perception toward

social problem among the juveniles.

iv

Page 8: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

SENARAI JADUAL

Jadual 1 Jenis salah laku pelajar sekolah

Jadual 2 Jumlah kes keganasan juvana (1983-1995)

Jadual 3 Kesalahan jenayah juvana di Sarawak

Jadual 4 Bahagian-bahagian soal-selidik

Jadual 5 Pemarkatan item bahagian B

Jadual 6 Pemarkatan bahagian C&E

Jadual 7 Pemarkatan bahagian D

Jadual 8 Ciri-ciri demografi

Jadual 9 Pengetahuan masyarakat terhadap tingkahlaku lencongan

Jadual 10 Faktor-faktor remaja terlibat dengan masalah sosial

Jadual 11 Senarai masalah sosial yang berlaku di kampung responden

Jadual 12 Kekerapan berlakunya masalah sosial dalam keluarga responden

Jadual 13 Keprihatinan masyarakat terhadap masalah sosial remaja

Jadual 14 Bentuk-bentuk pendidikan terhadap anak-anak

Jadual 15 Hubungan persepsi dengan pendidikan

Page 9: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan mengenai latar belakang kajian, kenyataan masalah,

objektif kajian, kepentingan kajian, definisi operasional, dan had-had kajian. Oleh itu,

bab ini membincangkan mengenai keadaan remaja sekarang serta hal-hal yang berkaitan

dengannya. Di samping itu, dibincangkan juga mengenai tajuk kajian, kepentingan

kajian kepada orang ramai serta had-had yang terdapat dalam kajian yang telah

dilakukan.

1.2 Latar belakang kajian

Kaum remaja adalah merupakan aset negara yang paling pentmg bagi pelaburan

pada masa hadapan. Golongan remaja merupakan teras kepada pembangunan negara

pada masa depan, di mana mereka merupakan aset yang bernilai untuk mencapai

matlamat tersebut (Mohd. Tajudin, 1995). Peratusan golongan remaja adalah tinggi

berbanding dengan golongan lain di negara kita. Golongan remaja menyumbangkan

sebanyak 42.7% atau 7.57 juta orang daripada jumlah penduduk negara (Mohd.

Tajudin, 1995).

Zaman remaja ialah satu peringkat perkembangan manusia yang mesti dilalui

oleh setiap individu yang normal. Peringkat remaja adalah satu tempoh masa di mana

seseorang individu berada di persimpangan antara zaman kanak-kanak dan zaman

dewasa. Pada masa ini mereka berada dalam dilema samada untuk bertingkahlaku

secara kanak-kanak atau pun secara dewasa.

I

Page 10: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

2

Sebaliknya, untuk bertingkahlaku secara dewasa juga tidak sesuai kerana

mereka masih lagi belum matang sepenuhnya. Mahmood Nazar (1992) mengatakan

bahawa zaman remaja bermula dengan proses penyesuaian pada bentuk dan perasaan

yang ada pada tubuh baru, kemudian penyesuaian dengan manusia dan situasi yang

berlainan.

Mahmood Nazar (1992) juga mengatakan bahawa zaman remaja bermula

ketika seseorang individu itu mula baligh. Baligh ertinya apabila berlaku pertumbuhan

fizikal, fisiologikal dan psikologikal yang membuka kepada alam barn dari zaman

kanak-kanak kepada zaman remaja. Dengan itu, kanak-kanak lelaki atau pun wanita

akan menjadi anak lelaki muda atau mempunyai sifat-sifat kewanitaan. Seseorang

individu itu akan menghadapi pertumbuhan yang pantas dari aspek saiz badan,

ketinggian dan sebagainya. Di samping berlakunya perkembangan sikap, peribadi dan

personaliti. Contohnya, bagi lelaki, mereka akan mengalami perubahan suara yang

menjadi ̀ pecah' (besar dan kasar), tumbuhnya bulu di bahagian muka, badan, kemaluan

dan sebagainya. Bagi perempuan pula, akan berlakunya akumulasi sel-sel lemak di

bahagian dada (berlakunya pertumbuhan buah dada), bertambahnya lemak di bahagian

punggung, datangnya haid dan sebagainya (Mahmood Nazar, 1992).

Oleh sebab itulah pada masa ini seseorang individu itu sedang dalam proses

mencari identiti diri bagi menyesuaikan diri dengan perubahan diri yang berlaku.

Erikson (1968) berpendapat bahawa identiti `bergantung kepada sokongan yang

diterima oleh kelompok masyarakatnya'. Beliau mengatakan bahawa remaja yang telah

dilatih dengan peranan-peranan yang sesuai dengannya dan masyarakat, tidak akan

terlibat dengan masalah-masalah. Sebaliknya, bagi remaja yang merasa bahawa

persekitaran telah menyekat mereka untuk membina identiti sendiri, mereka ini akan

Page 11: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

3

mengalami masalah dalam proses mencari identiti remaja. Dalam erti kata lain,

masyarakat yang tidak berjaya memberi identiti yang positif kepada remaja akan

menyebabkan remaja berkenaan mencari sesuatu identiti yang negatif yang tidak

diterima oleh masyarakatnya (White, 1987). Para remaja yang tidak mempunyai model

yang baik untuk ditiru akan menyebabkan mereka mudah terikut dan terpengaruh

dengan sesuatu perkara seperti personaliti terkenal, contohnya artis, ahli sukan dan

sebagainya. Tindakan mereka adalah berdasarkan kepada fikiran yang belum matang.

Remaja banyak bertindak mengikut emosi mereka tanpa membuat pertimbangan yang

sewajarnya. Contohnya, terdapat ramai remaja yang mengikut gaya remaja barat

seperti gaya hidup secara bebas, terikut dengan gaya artis, menganggotai kumpulan

samseng dan sebagainya. Kebanyakkan remaja hanya mementingkan keseronokan

semata-mata. Sehinggakan nasihat serta teguran ibu bapa dan keluarga, mereka

anggap sebagai mengongkong kebebasan mereka. Ekoran terlalu inginkan kepada

kebebasan, mungkin menyebabkan ramai remaja sekarang lari dari rumah.

Pada peringkat remaja ini juga, mereka lebih senang bergaul dan bersama

dengan rakan sebaya. Mereka berkongsi masalah dan melakukan aktiviti secara

bersama-sama. Kekurangan masa ibu bapa yang bekerja untuk bersama-sama dengan

anak-anak, memberikan peluang yang lebih kepada anak-anak untuk berada di luar

rumah dan terlibat dengan aktiviti anti sosial. Kenyataan ini di sokong oleh

Montemayor (1982) yang telah membuat kajian di mana hasilnya beliau mendapati

bahawa remaja menghabiskan 449 minit bersama rakan sebaya, 248 minit bersama

keluarga dan 241 mint bersendirian dalam satu hari. Kajian yang telah dilakukan oleh

Antony (1993) pula mendapati bahawa 83% remaja lebih senang bersama rakan

sebaya, 15% bersama keluarga dan 9% bersendirian. Ini menunjukkan bahawa para

Page 12: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

4

remaja lebih suka bersama dengan rakan sebaya mereka. Remaja yang salah memilih

rakan sebaya akan menyebabkan mereka turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang

tidak sihat.

Perkembangan dan masalah-masalah yang berlaku dalam tahap perkembangan

remaja ini perlu diambil perhatian oleh orang sekeliling mereka terutama sekali para ibu

bapa dan keluarga. Jika kurang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada orang-

orang dewasa, para remaja tidak akan dapat mencapai potensi perkembangan yang

sepenuhnya. Mereka juga akan menghadapi keraguan dalam pembentukan identiti

mereka, seterusnya menyebabkan mereka terdorong untuk memilih identiti yang negatif

dan bertentangan dengan norma-norma masyarakat. Oleh sebab itulah wujudnya

banyak masalah sosial di kalangan mereka.

Masalah sosial dikalangan remaja sememangnya telah lama wujud. Cuma yang

berbezanya ialah dari aspek tahap keseriusannya dan juga bentuk masalah yang timbul

antara zaman sekarang dan dahulu. Kalau dahuhi, perbuatan mengambil buah jambu

jiran tanpa pengetahuan sudah dianggap jenayah dan boleh memalukan keluarga.

Remaja tersebut juga akan distigma oleh masyarakat sebagai `budak jahat' dan

sebagainya. Akan tetapi, tingkahlaku lencongan di kalangan remaja kita hari ini jauh

berbeza dengan zaman datuk nenek kita puluhan tahun dahulu. Bentuk-bentuk

antisosial yang wujud adalah lebih kompleks seiring dengan perkembangan sains dan

teknologi yang canggih. Contohnya berpeleseran di kompleks membeli belah, menjadi

pengunjung karaoke, penagih dadah, penggunaan pil khayal, bergaul secara bebas

antara lelaki dan perempuan, menonton video lucah dan banyak lagi.

Dewasa ini, terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak isu-isu

yang berkaitan dengan remaja telah didedahkan oleh media cetak dan elektronik.

Page 13: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSPIT MALAYSIA SARAWAK

Lebih-lebih lagi sejak Rangka Rancangan Nasional yang telah dilancarkan pada 17 Jun

1991. Salah satu daripada strategi yang dititikberatkan ialah memberi kesedaran

kepada masyarakat mengenai perihal pentingnya mengamalkan ̀ budaya penyayang'.

Ekoran dari ini, masyarakat menjadi lebffi prihatin terhadap masalah-masalah yang

berlaku di sekeliling mereka termasuklah masalah remaja (Mohamad, 1994). Media

massa memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran tentang masalah

sosial kepada masyarakat umum. Media massa membantu memberi pengetahuan

kepada masyarakat tentang kewujudan masalah sosial di kalangan remaja.

Masalah remaja yang berlaku sekarang ini telah meresahkan banyak piliak. Ini

adalah kerana ia menunjukkan bahawa wujudnya keadaan yang tidak sempurna serta

tidak seimbang dalam pembangunan remaja tersebut. Apabila membicarakan tentang

ketidakaturan pembangunan remaja ini, kita tidak boleh menyalahkan sesetengah pihak

sahaja seperti menyalahkan ibu bapa yang gagal memberikan pendidikan yang

sempurna kepada anak-anak mereka. Tetapi, pihak-pihak lain dalam masyarakat juga

bertanggungjawab dalam berlakunya peningkatan masalah sosial di kalangan remaja,

kerana faktor-faktor berlakunya masalah remaja adalah berkait antara satu sama lain.

Walau bagaimana pun, perkara utama yang perlu dilihat ialah dalam keluarga

itu sendiri. Ini kerana sistem keluarga adalah merupakan agen sosialisasi yang paling

utama dan mula-mula sekali bagi seseorang individu itu mempelajari kehidupan.

Melalui keluargalah seseorang individu itu belajar mengenal norma-norma masyarakat

dan cara-cara untuk bertingkahlaku sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat.

Noran Fauziah (1991) mengatakan bahawa ibu bapa mempunyai peranan penting bagi

mengajar anak-anak memegang peranan sosial yang wajar dalam sesebuah masyarakat

jika dibandingkan dengan agen-agen sosialisasi yang lain. Terdapat sesetengah

Page 14: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

6

golongan sains sosial yang berpendapat bahawa kanak-kanak semasa dilahirkan adalah

seperti kain putih atau papan tulis yang bersih (tabula rasa), iaitu tidak jahat atau baik.

Faktor persekitaran yang memainkan peranan dalam pembentukan personaliti

seseorang individu. Keluarga, terutamanya ibu bapa memainkan peranan penting

dalam pembentukan personaliti individu berkenaan (Noran Fauziah, 1991). Jika

sesebuah keluarga itu gagal berfungsi sebagai agen sosialisasi yang baik akan

mendorong seseorang itu untuk bertingkahlaku lencongan dan sebagainya.

Jika kita lihat kepada sistem kekeluargaan di negara kita sekarang telah

berubah. Shamsul Amry (1994) mengatakan bahawa institusi keluarga merupakan

salah satu daripada institusi sosial yang menerima tamparan hebat daripada proses

modenisasi. Antaranya ialah sistem keluarga Was (extended family) telah bertukar

kepada keluarga asas (nuclear family). Kalau dahulu sistem keluarga lebih kepada

sistem keluarga luas, di mana sesebuah keluarga mempunyai jumlah ahli yang ramai

yang tinggal dalam satu rumah atau berdekatan serta mempunyai hubungan

kekeluargaan yang kuat. Secara tidak langsung dapat mengurangkan berlakunya

perkara yang tidak diingini dalam keluarga tersebut kerana semua ahli keluarga

masing-masing mengambil berat terhadap satu sama lain. Noran Fauziah (1991) ada

mengatakan bahawa struktur keluarga asas adalah kurang kukuh. Contohnya, para

ibu bapa dalam keluarga asas kurang memberi perhatian serta kasih sayang kepada

anak-anak disebabkan mereka kurang mempunyai masa akibat sibuk bekerja. Mereka

lebih menyediakan keperluan-keperluan fizikal dan material semata-mata kepada anak-

anak mereka dengan mengabaikan didikan kerohanian dan kejiwaan. Dalam keluarga

asas ini sesebuah keluarga itu tinggal berjauhan dan bersendirian daripada saudara

maranya menyebabkan tidak ada orang yang mengambil berat terhadap masalah yang

Page 15: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

7

berlaku. Hafazah Abdul Karim (1994) ada mengatakan dalam kehidupan moden

berlaku senario masalah sosial antaranya salah laku remaja sekolah, pergaulan dengan

rakan yang bermasalah dan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab di rumah.

Ini menunjukkan bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam

memberikan sosialisasi yang sempurna kepada individu. Kepincangan yang wujud

dalam keluarga akan mendorong remaja terlibat dengan masalah sosial.

Jika kita lihat sekarang ini sistem pendidikan amnya dan pfliak sekolah

khususnya, juga gagal untuk mendisiplinkan pelajar, di mana kita telah dikejutkan

dengan bermacam-macam masalah sosial di kalangan pelajar sekolah oleh media massa.

Kenyataan ini di sokong oleh Noran Fauziah (1991) yang mengatakan bahawa sekolah

tidak begitu kuat memainkan peranan sebagai agen sosialisasi. Beliau seterusnya

mengatakan, walaupun sekolah cuba mengajar norma-norma seperti jujur, patuh

kepada autoriti dan sebagainya kepada pelajar, tetapi masih banyak terdapat pelajar

yang ponteng, kurang disiplin, keganasan dan sebagainya. Masalah sosial di kalangan

pelajar sekolah sekarang ini begitu membimbangkan. Pelajar-pelajar ini sepatutnya

menumpukan perhatian kepada pelajaran dan bukannya terlibat dengan aktiviti-aktiviti

yang tidak sihat. Terdapat sesetengah pelajar sekarang yang tidak lagi menghormati

guru-guru mereka malah ada yang berani melawan guru mereka. Paling menyeddºkan

lagi ada pelajar-pelajar yang berani mencederakan guru mereka sendiri apabila guru

tersebut menegur dan memberi nasihat kepada mereka. Contohnya ada kes seorang

pelajar sekolah menengah di Ipoh yang menghentak kepala gurunya dengan pasu

apabila guru tersebut memberi nasihat kepadanya yang selalu datang lewat ke sekolah.

Gara-gara perbuatan tersebut guru tersebut mendapat kecederaan yang agak teruk dan

terpaksa menerima beberapa jahitan luka. Kes-kes pelajar yang terlibat dengan

Page 16: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

8

masalah penyalah gunaan dadah juga begitu membimbangkan, sehinggakan ada pelajar

yang masih lagi berada di sekolah rendah yang sudah terlibat dengan masalah dadah.

Ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan yang ada gagal memberikan pendidikan

yang seimbang antara pendidikan rohani dan material kepada para pelajar.

Dalam usaha menangani masalah-masalah ini, Menteri Pendidikan Dato Seri

Najib Tun Razak telah membuat kenyataan bahawa dasar pendidikan negara akan

digubal yang mana akan memasukkan lebih banyak pendidikan keagamaan.

Hakikat wujudnya pelanggaran disiplin di kalangan pelajar terutamanya yang

melibatkan peraturan sekolah memang tidak dinafikan. Mereka ini terlibat dengan

pelanggaran disiplin dari yang ringan hingga kepada yang serius (Dewan Masyarakat,

1995). Data yang dianalisis oleh Unit Disiplin, Bahagian Sekolah Kementerian

Pendidikan Malaysia menunjukkan peratusan salah laku di kalangan pelajar sekolah

seperti dalam jadual (1).

Jadual (1) Jenis salah laku uelaiar sekolah

Kenyataan Jumlah

Ponteng sekolah 0.67

Ponteng kelas 0.48

Lewat ke sekolah 0.38

Pakaian sekolah tidak mengikut peraturan 0.20

Mengganggu pengajaran 0.15

Berambut panjang 0.13

Sumber: Dewan Masyarakat, April, 1995.

Page 17: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

9

Keputusannya menunjukkan bahawa kesalahan salah laku yang paling banyak

sekali berlaku ialah ponteng sekolah (0.67), diikuti dengan ponteng kelas (0.48), lewat

ke sekolah (0.38), pakaian yang tidak mengikut peraturan (0.20), mengganggu

pengajaran (0.15) dan berambut panjang (0.13). Sepanjang tahun 1993, sebanyak

2,708 kes salah laku di kalangan pelajar telah dilaporkan berlaku di kalangan pelajar

sekolah rendah. Manakala sebanyak 1,499 kes salah laku dilaporkan di kalangan

pelajar sekolah menengah (Mohd. Tajudin, 1995).

Ini menunjukkan bahawa masalah salah laku di kalangan pelajar sekolah banyak

berlaku sekarang ini. Pelajar sekolah juga tergolong dalam kategori remaja yang

berada dalam tahap kritikal dalam proses perkembangan seseorang individu. Pelajar

yang terlibat dengan masalah pelanggaran disiplin di sekolah akan membawa mereka

melakukan juga masalah-masalah sosial di luar sekolah. Contohnya, ada juga segelintir

pelajar yang menganggotai kegiatan kongsi gelap (Mohd. Tajudin, 1995). Remaja

yang terlibat dengan masalah sosial juga ramai terdiri daripada para pelajar sekolah

kerana kebanyakan remaja yang berumur bawah 18 tahun adalah terdiri daripada

remaja yang masih berada dalam alam persekolahan. Oleh itu, pihak sekolah dan

pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan perlu mewujudkan sistem pendidikan yang

lebih berkesan. Institusi pendidikan mestilah menyediakan pendidikan yang seimbang

dari aspek rohani dan material kepada remaja.

Pengaruh media massa juga adalah merupakan salah satu faktor yang

mendorong remaja terlibat dengan masalah sosial. Kenyataan ini di sokong oleh

pendapat yang dikemukakan oleh Noran Fauziah (1991), yang mengatakan bahawa

media massa memberi kesan yang kuat dalam proses sosialisasi. Beliau juga

mengatakan bahawa media massa terutama televisyen memberi kesan positif dan

Page 18: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

10

negatif kepada perkembangan kanak-kanak termasuklah remaja. Antara kesan negatif

ialah memberikan model-model yang buruk untuk dicontoh. Perkembangan sains dan

teknologi yang canggih sekarang ini menyebabkan segala makhamat dari seluruh dunia

dapat diperolehi dengan mudah. Sesetengah maklumat adalah kurang sesuai dengan

budaya kita tetapi telah tersebar dengan meluas di kalangan remaja. Seterusnya

golongan remaja yang belum matang fikirannya ini cuba untuk hidup seperti gaya hidup

remaja barat dan sebagainya. Contohnya pergaulan bebas, homoseksual, mengunjungi

disko dan sebagainya.

Faktor-faktor seperti keruntuhan institusi keluarga, sistem pendidikan yang

kurang berkesan dan pengaruh media massa yang negatif adalah disebabkan oleh

proses perindustrian dan pembangunan yang tidak seimbang. la lebil mementingkan

aspek material tanpa mementingkan aspek pembangunan rohani manusia (Shareem

Amry, 1996).

Dari segi kejantinaan, terdapat perbezaan pola-pola tingkah laku lencongan

antara remaja lelaki dan perempuan. Remaja lelaki adalah lebih berkecenderungan

untuk terlibat dalam masalah jenayah. Tingkah laku lencongan seperti penyalahgunaan

dadah, mencuri, merompak, membunuh dan sebagainya adalah melibatkan ramai

remaja lelaki berbanding dengan perempuan.

Remaja lelaki adalah lebih ramai terlibat dengan masalah sosial memandangkan

mereka lebih banyak bergaul dengan rakan sebaya dan banyak menghabiskan masa

bersama rakan sebaya di luar rumah. Faktor pengaruh rakan sebaya (peer group)

adalah merupakan antara faktor penting yang menyumbang kepada tingkah laku

lencongan di kalangan remaja (Shoemaker, 1994).

Page 19: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

11

Manakala remaja perempuan adalah lebih terikat dengan peraturan tertentu

yang mesti dipatuhi. Misalnya, dalam kebanyakan masyarakat di Malaysia, remaja

perempuan adalah agak dikongkong oleh ibu bapa dari aspek pergaulannya berbanding

dengan lelaki yang agak bebas bergaul dan berada di luar rumah. Remaja perempuan

adalah tidak dibenarkan selalu keluar rumah atau pun berada di luar rumah dalam

jangka waktu yang panjang, terutamanya pada waktu malam. Bagi masyarakat

kampung pula, seseorang gadis tidak akan dibenarkan keluar rumah pada waktu mala. m

tanpa ada orang dewasa menemankannya. Remaja perempuan dikehendaki sentiasa

berada di rumah memandangkan tenaga mereka diperlukan untuk membantu

menguruskan hal-hal rumahtangga dan juga sebagai persediaan kepada mereka untuk

berumahtangga kelak. Di samping itu, ibu bapa tidak suka membenarkan anak

perempuan mereka kerap keluar rumah demi untuk menjaga kehormatan anak mereka.

Keadaan ini membuatkan masa untuk remaja perempuan berpoya-poya di luar rumah

bersama dengan rakan sebaya adalah kurang berbanding dengan remaja lelaki.

Oleh itu, remaja perempuan adalah kurang terlibat dengan masalah sosial atau

menganggotai kumpulan lencongan (delinquent group) menyebabkan kadar kes yang

dilaporkan dari golongan mereka adalah kurang berbanding dengan remaja lelaki.

Kenyataan ini di sokong oleh kajian yang di lakukan oleh Shoemaker (1994), yang

mendapati antara remaja lelaki dengan perempuan yang terlibat dengan masalah sosial

adalah nisbah 2: 1. Morash (1986) mengatakan bahawa salah satu sebab golongan

remaja perempuan kurang terlibat dengan masalah sosial kerana mereka kurang

mewakili kumpulan yang terlibat dengan masalah (delinquent group) atau pun kurang

dorongan untuk mereka mewakili sesuatu kumpulan (Shoemaker).

Page 20: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

12

Walau bagaimanapun, dalamjenis-jenis masalah sosial yang tertentu, banyak

melibatkan golongan remaja perempuan. Antara kes yang banyak dilaporkan

melibatkan golongan remaja perempuan ialah masalah lari dari rumah dan terlibat

dengan aktiviti-aktiviti maksiat seperti pelacuran, pegawai perhubungan pelanggan

(GRO) dan sebagainya. Dalam tahun 1990,1578 orang remaja telah dilaporkan hilang.

Dari jumlah tersebut, seramai 1035 orang adalah terdiri dari remaja perempuan.

Jumlah ini telah meningkat kepada 1981 orang pada tahun 1991 dan 2221 orang pada

tahun 1992 ( Mohamad Zaman, 1993).

Antara punca yang menyebabkan remaja perempuan ini lari dari rumah adalah

kerana ingin terlibat secara bebas dalam aktiviti jenayah dan aktiviti anti-sosial yang

lain termasuklah maksiat. Dalam tahun 1990 seramai 302 orang gadis bawah umur

telah ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan aktiviti yang berbentuk maksiat.

Dalam tahun 1991 pula, sebanyak 13,372 daripada pemeriksaan yang telah dibuat oleh

pihak polis, seramai 398 orang gadis bawah umur yang terlibat dengan keruntuhan

moral telah diselamatkan oleh pihak berkuasa (Mohamad Zaman, 1993).

Masalah-masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja adalah pelbagai,

daripada tingkahlaku lencongan yang ringan hingga kepada yang serius. Pada amnya,

masalah sosial di kalangan remaja boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu perbuatan

jenayah dan bukan jenayah. Perbuatan yang dianggap sebagai bukan jenayah seperti

masalah lepak, terikut-ikut dengan budaya punk, rock dan sebagainya. Perbuatan yang

dikategorikan kepada jenayah pula bolehlah diklasifikasikan kepada tiga aspek seperti

yang dikeluarkan oleh pihak ibu pejabat polis Bukit Aman (seperti ditunjukkan dalam

jadual (2)). Kategori-kategori tersebut ialah jenayah serius, jenayah harta benda dan

jenayah yang selain daripada kedua-dua kategori tersebut.

Page 21: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

13

Jenayah serius meliputi bunuh, rogol, rompakan dan yang sejenis dengannya.

Jenayah harta benda seperti curi kereta, rompakan dan yang sama dengannya.

Kategori yang ketiga ialah jenayah yang selain daripada kategori di atas. la meliputi

penyalah gunaan dadah, mengganggu ketenteraman awam, memiliki senjata berbahaya

dan sebagainya (Shareem Amry, 1996).

Jadual (2)

Jumlah kes keganasan juvana (1993 sehingga 1995)

STATISTIK KEGANASAN JUVANA

Tahun 1993 1994 1995 Jena ah serius Bunuh 12 11 6

Cubaan Membunuh 4 1 1 Anggota Kumpulan Rompakan Bersenjata 2 5 7 Anggota Kumpulan Rompakan 15 7 18 Rompakan Bersenjata 4 1 3 Rompak 40 38 30 Rogol 53 66 70

Men eran 111 103 154 Jena ah Harta Benda Pecah Rumah Siang Hari 207 141 148 Pecah Rumah Malam Hari 341 289 324 Curi Kereta 345 325 406 Lain-lain kecurian 480 286 728

Jena ah-jena ah Lain Penyalah Gunaan Dadah 139 114 126 Peras Ugut 7 8 5 Memiliki senjata berbahaya 15 15 11 Mengganggu Ketenteraman 10 26 28 Judi 29 35 61 Lain-lain 476 286 396 Peringkat umur 10 - 12 Tahun 200 168 271 13 - 15 Tahun 1,214 983 1,329 16 - 18 Tahun 2,188 2,096 2,592 Jumlah Yang Ditangkap 3,602 3,247 4,192 Sumber: Thu Pejabat Polis Bukit Aman

Page 22: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

14

Jumlah penagih yang dilaporkan yang terdiri daripada remaja sekitar tahun

1990 hingga 1992 adalah juga serius dan meningkat. Pada tahun 1990 sebanyak

11.01% meningkat kepada 13.14% pada tahun 1991 dan seterusnya kepada 13.16%

pada tahun 1992. Daripada sejumlah 22,912 orang penagih dadah yang dilaporkan

seluruh negara pada tahun 1990 sehingga 1992, sebanyak 2,856 orang atau pun

12.46% adalah terdiri daripada golongan remaja (Ramlan, 1994).

Para remaja yang terlibat dengan masalah-masalah ini boleh dibahagikan kepada

tiga peringkat umur (seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas). Peringkat umur

pertama ialah remaja yang beru. mur 10-12 tahun. Dimana terdapat seramai 271 orang

yang telah ditangkap oleh pihak polis sepanjang tahun 1995. Yang kedua ialah remaja

yang berumur 13-15 tahun. Sepanjang tahun 1995, terdapat 1,329 orang remaja telah

ditangkap. Kumpulan yang ketiga ialah remaja yang berumur 16-18 tahun. Golongan

ini yang paling banyak ditangkap oleh pihak polis sekitar ahun 1995 iaitu seramai 2,592

orang (Shareem Amry, 1996). Ini menunjukkan bahawa remaja yang masih lagi berada

pada peringkat umur persekolahan termasuklah kanak-kanak yang masih lagi menuntut

di sekolah rendah sudah terlibat dengan masalah sosial.

Peningkatan remaja yang terlibat dalam masalah sosial ini begitu

membimbangkan. Misalnya, pada tahun 1993 hanya terdapat 3,602 orang sahaja

remaja yang telah ditangkap oleh pihak polis atas kesalahan-kesalahan seperti yang

dinyatakan diatas. Jumlah ini kemudiannya telah meningkat kepada 4,192 orang pada

tahun 1995 (Shareem Amry, 1995). Daripada statistik tersebut, menunjukkan bahawa

jumlah remaja yang terlibat dengan masalah sosial semakin meningkat.

Page 23: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

15

Jumlah kes kesalahan juvana yang telah dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat juga menunjukkan statistik yang membimbangkan. Misalnya, Jabatan

Kebajikan Masyarakat pula telah mengendalikan sebanyak 11,540 kes kesalahan juvana

seluruh Malaysia sepanjang tahun 1990-1993, iaitu sebanyak 3,876 kes pada tahun

1990,3,763 kes pada tahun 1991 dan sebanyak 3,901 kes pada tahun 1992 (Ramlan,

1994).

Jumlah kes-kes remaja tersebut hanya terdiri daripada remaja yang ditangkap

oleh pihak berkuasa dan juga yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

sahaja, sedangkan masih terdapat ramai lagi remaja yang terlibat dengan masalah sosial

yang tidak di tangkap dan dilaporkan.

Masalah sosial di kalangan remaja di Sarawak juga semakin meningkat sejak

kebelakangan ini (Cecil, 1993). Walau bagaimanapun, masalah remaja serta keganasan

remaja di Sarawak dan Sabah amnya adalah terkawal jika dibandingkan dengan

masalah sosial di Semenanjung Malaysia (Tay, 1994). Mengikut penyata jumlah

remaja yang terlibat dengan masalah sosial yang di keluarkan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat Negeri Sarawak, remaja lelaki adalah lebih ramai terlibat dengan masalah

sosial berbanding dengan lelaki. Contohnya, pada tahun 1996 (sehingga bulan

September 1996) seramai 280 orang daripadanya adalah lelaki dan hanya 10 orang

sahaja wanita. Begitu juga pada tahun 1994 keseluruhan remaja yang terlibat dengan

kesalahan juvana ialah lelaki, iaitu seramai 436 orang adalah lelaki dan hanya 17 orang

sahaja adalah perempuan.

Page 24: HN - UNIMAS Institutional Repository masyarakat luar bandar di... · UvIVERSITT MALAYSIA SARAWAK PERSEPSI MASYARAKAT LUAR BANDAR DI DAERAH KOTA SAMARAHAN TERHADAP MASALAH SOSIAL DI

16

Jadual (3)

Kesalahan jenayah juvana di Sarawak Tahun 1993-1996 (Mengikut junolah kes)

Jenis kesalahan

Bersabit dengan harta benda

Bersabit dengan orang

Kesalahan jantina (rogol)

Melanggar Ordinan Tahanan

Melanggar Ordinan Kastam dan Eksais

Judi

Melanggar Undang-undang Kecil Perbandaran

Lalulintas

Lain-lain

Jumlah

Tahun 1996 hanya sehingga Bulan Sptember.

1996 1995 1994 1993

221 329 280 284

13 17 17 17

4832

1

6345

15

11 28 26 19

30 55 53 29

290 436 374 362

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (Penyata Perangkaan Mengenai Juvana Bersalah)

Jadual (3) menunjukkan jumlah remaja yang terlibat dengan kesalahan juvana

yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Sarawak mengikut jenis-

jenis kesalahan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun

1993 hanya terdapat sebanyak 362 kes sahaja dan kemudiannya telah meningkat

kepada 374 kes dan 476 kes pada tahun 1994 dan 1995. Manakala sehingga bulan

September 1996, sebanyak 290 kes telah dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat Negeri Sarawak. Juvana yang terlibat dengan kesalahan tersebut adalah