stres di kalangan guru pendidikan khas di

40
BAB 1 - PENGENALAN 1 Stres Pensyarah di Kolej Vokasional ____________________________________________________________Berdasarkan Model Tekanan Kerja Guru STRES PENSYARAH DI KOLEJ VOKASIONAL BERDASARKAN MODEL TEKANAN KERJA GURU 1.1 PENGENALAN Profesion perguruan merupakan profesion yang semakin mencabar pada masa kini. Pembaharuan, penambahbaikan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia menuntut komitmen tinggi daripada guru. Tugas guru hari ini bukan sekadar di dalam sekolah malah merangkumi di luar waktu persekolahan. Guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, menguruskan karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan (Lemaire, 2009). Sayeedah (2005), menyatakan stres di kalangan guru telah mula dikaji semenjak awal tahun 1962 oleh Rudd dan Wiseman. Hasil kajian mereka merumuskan wujud perbezaan ketara dari segi stres di kalangan guru-guru sekolah rendah dengan menengah, pra sekolah dengan sekolah rendah serta guru lelaki dengan guru perempuan. Mereka merumuskan sembilan faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru termasuklah gaji dan imbuhan, kelemahan hubungan sesama staf, kekurangan peralatan dan kemudahan, beban tugas, latihan perguruan, keadaan bilik darjah, rasa serba kekurangan, masa dan status profesionalisme perguruan dalam masyarakat. Selain itu, beban tugas seorang guru hari ini bertambah kepada 130 peratus iaitu meliputi 70 peratus tugas pengajaran dan pembelajaran dan 60 peratus tugas pentadbiran (Marzita Abdullah, 2004). Presiden Kesatuan

Upload: fara-hairani-sahar

Post on 06-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

Stres Pensyarah di Kolej Vokasional ____________________________________________________________Berdasarkan Model Tekanan Kerja Guru

STRES PENSYARAH DI KOLEJ VOKASIONAL BERDASARKAN MODEL TEKANAN KERJA GURU

BAB 1 - PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Profesion perguruan merupakan profesion yang semakin mencabar pada masa kini. Pembaharuan, penambahbaikan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia menuntut komitmen tinggi daripada guru. Tugas guru hari ini bukan sekadar di dalam sekolah malah merangkumi di luar waktu persekolahan. Guru-guru terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program pelajar, menguruskan karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan (Lemaire, 2009).

Sayeedah (2005), menyatakan stres di kalangan guru telah mula dikaji semenjak awal tahun 1962 oleh Rudd dan Wiseman. Hasil kajian mereka merumuskan wujud perbezaan ketara dari segi stres di kalangan guru-guru sekolah rendah dengan menengah, pra sekolah dengan sekolah rendah serta guru lelaki dengan guru perempuan. Mereka merumuskan sembilan faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru termasuklah gaji dan imbuhan, kelemahan hubungan sesama staf, kekurangan peralatan dan kemudahan, beban tugas, latihan perguruan, keadaan bilik darjah, rasa serba kekurangan, masa dan status profesionalisme perguruan dalam masyarakat.

Selain itu, beban tugas seorang guru hari ini bertambah kepada 130 peratus iaitu meliputi 70 peratus tugas pengajaran dan pembelajaran dan 60 peratus tugas pentadbiran (Marzita Abdullah, 2004). Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Ismail Nihat dalam Marzita Abdullah (2004) juga telah menyatakan pertambahan beban tugas tersebut mungkin menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru semakin menurun. Ini kerana guru yang tertekan dengan situasi tersebut bekerja sekadar memenuhi tugas yang diarahkan. Pada dasarnya, seorang guru ialah 70 peratus melaksanakan P&P manakala 30 peratus adalah tugas-tugas sampingan di sekolah. Namun begitu pada masa ini guru-guru terpaksa membuat tugas tambahan termasuk tugas perkeranian dan tugasan-tugasan luar yang boleh menjejaskan fokus terhadap core business mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah menjalankan kajian pada tahun 2006 kepada 9328 kakitangan perguruan di seluruh negara. Kajian tersebut mendapati 69 peratus responden bersetuju bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres ( Utusan Malaysia , 29 Mac 2006). Antara faktor-faktor penyebab stres yang didapati dari hasil kajian ialah tekanan daripada ibu bapa/pelajar, beban tugas, kenaikan pangkat dan laluan kerjaya, ketidakadilan penilaian prestasi, kekurangan infrastruktur dan lokasi sekolah.

Di samping itu, satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh Faridah et. al (2001). Kajian berkenaan dijalankan untuk mengkaji tekanan dalam kalangan guru sains, pendidikan khas dan vokasional. 180 orang guru telah terlibat sebagai responden. Kajian ini mendapati bahawa mereka mengalami tekanan yang lebih tinggi berbanding guru sains. Keadaan ini disebabkan guru pendidikan khas menghadapi kumpulan pelajar yang pelbagai dan masalah tingkahlaku yang mencabar di dalam kelas. Guru vokasional juga didapati kurang yakin dan kerap gelisah kerana mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Terdapat banyak kajian telah dijalankan untuk mengkaji tahap dan faktor stres di kalangan guru di kalangan guru sekolah rendah, menengah, mubaligh dan vokasional. Terdapat juga kajian yang mengkaji faktor yang menyebabkan tekanan perasaan kepada guru. Antaranya ialah kajian Tang dan Yuen (1999) terhadap 259 guru sekolah di Hong Kong yang menyatakan bebanan tugas boleh mengundang stres hingga ke peringkat burn out. Begitu juga hasil dapatan kajian oleh Van Dick dan Wagner (2001) terhadap 557 orang guru di mana beban tugas juga menjadi faktornya. Malah, kajian mereka juga mendapati stres juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada fisiologi seperti tekanan darah tinggi dan perubahan tingkah laku guru.

Antara bebanan tugas yang dimaksudkan di sini ialah kerja-kerja perkeranian yang mengambil banyak masa guru dan mengalih tumpuan terhadap tugas-tugas mengajar. Pihak NUTP pernah mencadangkan supaya jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah diwujudkan bagi mengurangkan kerja perkeranian seperti mengisi markah prestasi murid secara atas talian, merekodkan kedatangan, menaip surat-surat rasmi dan sebagainya (Utusan Malaysia, 2009). Tugasan-tugasan luar dari pengajaran yang terlampau banyak seperti menyiapkan pelbagai kertas kerja, menghadiri pelbagai mesyuarat (Center dan Steventon, 2001) menjadi punca stres guru.

Bukan setakat bebanan tugas yang menjadi punca stres guru. Faktor-faktor lain ialah seperti kerenah pelajar dan ibu bapa serta pentadbir sekolah. Kerenah atau tingkahlaku setiap pelajar adalah unik. Namun tingkahlaku negatif pelajar seperti masalah disiplin dan enggan membuat kerja sekolah menyebabkan guru rasa tertekan setiap kali memasuki kelas (Tang dan Yeung, 1999). Begitu juga kerenah dari ibubapa pelajar sendiri. Sudah tentu ibubapa meletakkan harapan yang menggunung kepada pihak guru supaya dapat mendidik anak mereka. Namun, kadangkala ianya tidak realistik hingga menyebabkan guru menjadi stres (Center dan Steventon, 2001).

Selain itu, pihak pentadbir juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap stres guru. Sokongan pentadbir sekolah kepada guru perlu meliputi emosi, pengajaran, informasi dan penghargaan (Littrell, Billingsley dan Cross, 1994). Kebanyakan tugas yang diagihkan kepada guru adalah berpunca kuasa daripada guru besar atau pengetua. Dari sini, pentadbir sekolah perlu mengagihkan tugas yang sama rata dan jelas bagi mengelakkan kesamaran tugas. Kesamaran tugas bermaksud pembahagian tugas yang kurang jelas, bertindan dan tidak adil. Ada guru yang mendapat beban tugas yang banyak manakala yang lain pula masih sempat berurusniaga dek masa lapang yang banyak di sekolah. Kajian ke atas 165 pensyarah politeknik di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan berkenaan punca stres mendapati kesamaran peranan merupakan salah satu punca stres (Wan Mohamad Nasir,2002). Penghargaan dan sokongan atas kerja-kerja yang dilakukan guru juga perlu diamalkan oleh pentadbir bagi meningkatkan motivasi guru-guru sekaligus mengelakkan stres. Kajian terhadap guru-guru di sekolah rendah swasta (Weidner, 2002) menunjukkan guru-guru yang mendapat sokongan daripada pihak pentadbir didapati kurang berasa stres dalam melaksanakan tugasnya. Bahan bantu mengajar (BBM) juga mampu menyumbang ke arah tekanan perasaan guru. Apabila guru kekurangan BBM yang dibekalkan oleh pihak sekolah, mereka terpaksa menyediakan sendiri BBM tersebut. Hal yang sedemikian, sudah tentu akan memakan masa dan membebankan guru yang sudah sedia dibebani dengan lambakan sekolah. Ini dibuktikan oleh banyak kajian yang menyatakan kekurangan sumber sama ada sumber untuk bahan pengajaran mahupun sumber rujukan yang diperlukan oleh guru telah menyebabkan stres (Burchielli dan Bartram, 2006).

1.3 Penyataan Masalah

Disebabkan guru merupakan penggerak utama sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, maka tahap dan faktor yang menyebabkan golongan ini berasa stres perlu diberi perhatian dan dikaji. Melalui latar belakang masalah yang dikemukakan sebelum ini, terdapat lima faktor utama punca stres guru iaitu beban kerja, kerenah pelajar, hubungan antara personal yang lemah, sumber/masa pengajaran dan penghargaan profesional.

Banyak kajian telah dijalankan ke atas guru-guru sekolah rendah dan menengah. Tidak ketinggalan juga kajian yang dijalankan ke atas sekolah menengah teknik dan vokasional. Namun untuk kajian ini, fokus kajian adalah kepada pensyarah-pensyarah di Kolej Vokasional. Seperti mana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Transformasi Pendidikan Vokasional pada 6 Januari 2012, Sekolah Menengah Vokasional telah dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional. Ini tentu saja melibatkan beban kerja yang bertambah,keperluan yang lebih kepada masa dan sumber pengajaran dan sebagainya berbanding waktu sebelum dinaiktaraf. Kajian ini akan berkisar di sekitar faktor-faktor yang menyebabkan stres dan tahap stres tersebut kepada pensyarah. Model Tekanan Guru oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni akan digunakan dalam kajian ini. Lima faktor yang akan diberi tumpuan ialah bebanan tugas, kerenah pelajar, pengiktirafan profesional, kesukaran sumber/masa pengajaran dan perhubungan antara personal yang lemah.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Objek am kajian ialah untuk mengenalpasti tekanan kerja yang dialami oleh pensyarah di kolej vokasional semasa mereka menjalankan tugas di kolej.

1.4.2 Objektif khusus kajian: 1. Mengenalpasti tahap stres di kalangan pensyarah di kolej vokasional berdasarkan Model Tekanan Guru oleh Boyle.2. Mengenalpasti faktor yang paling menyebabkan pensyarah di kolej vokasional berasa stres.

1.5 Kepentingan Kajian

Sememangnya kajian terhadap stres guru sekolah atau kolej vokasional telah banyak dilakukan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Namun, kajian yang dilakukan adalah ke atas guru-guru sekolah menengah vokasional berbanding kini iaitu setelah dinaiktaraf kepada kolej vokasional masih sedikit. Kajian dijalankan untuk mengetahui faktor penyebab stres dan tahapnya kepada para pensyarah ini berbanding hasil kajian terdahulu. Hasil dapatan kajian ini dapat memberi input yang berguna kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tentang tahap stres dalam kalangan pensyarah kolej vokasional. Ini memudahkan kedua-dua pihak untuk merangka program-program atau aktiviti-aktiviti yang melibatkan pensyarah tanpa menambahkan stres kepada mereka.

Di samping itu, hasil dapatan kajian juga diharap dapat membuka mata pihak pentadbir kolej tentang punca pensyarah berasa stres. Oleh itu, pentadbir dapat memulakan langkah-langkah penambahbaikan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan mereka untuk meringankan stres pensyarah sekaligus mengelakkan aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang menyebabkan mereka menjadi stres. Ini dapat membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih lancar tanpa tekanan seterusnya menghasilkan hasil kerja yang berkualiti, berasa lebih selesa apabila berurusan dengan pihak pentadbir dan dapat menumpukan tugas-tugas yang diamanahkan.

Hasil dapatan kajian ini juga diharap dapat menjadi panduan para pensyarah dalam menilai tahap stres yang mereka alami. Mereka boleh mengenalpasti faktor yang paling memberi kesan kepada stres mereka sekaligus menanganinya dahulu berbanding faktor yang lain. Dengan itu, perancangan awal dapat dibuat bagi mengelak stres yang boleh menyebabkan mereka terganggu fizikal dan mental. Selain itu, bagi para pensyarah yang baru bertugas pula dapat menggunakan dapatan ini untuk lebih bersedia dalam mengharungi cabaran yang bakal dihadapi yang boleh mendatangkan tekanan perasaan.

1.6 Batasan Kajian

Di dalam kajian ini hanya menumpukan kepada lima pembolehubah tak bersandar iaitu bebanan tugas, kerenah pelajar, pengiktirafan profesional, sumber pengajaran dan perhubungan antara personal yang lemah. Namun begitu, pada hakikatnya, terdapat banyak faktor-faktor lain menimbulkan stres guru-guru yang tidak dibincangkan dalam kajian ini. Kesemua faktor stres dalam kajian ini bukanlah mewakili keseluruhan faktor. Banyak lagi penyebab stres yang tidak termasuk dalam Model Tekanan Guru Boyle ini. Antaranya ialah persekitaran fizikal yang tidak kondusif. Menurut Otto (1986), sekolah-sekolah boleh hampir musnah kerana bunyi bising dari kilang-kilang berdekatan.

Di samping itu, kajian ini hanya melibatkan tenaga pengajar di beberapa Kolej Vokasional sekitar negeri Johor. Responden kajian tidak melibatkan pensyarah di semua kolej konvensional di seluruh Malaysia akibat kekangan masa dan sumber. Maka, dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan bagi semua pensarah di kolej konvensional seluruh Malaysia memandangkan perbezaan tempat dan persekitaran yang berbeza. Dapatan kajian pula bergantung kepada sejauh mana kejujuran dan keikhlasan responden menjawab soalan yang dikemukakan dalam menjawab soal selidik dengan andaian responden memberi maklumat yang tepat secara jujur dan ikhlas.

1.7 Definasi Operasional

Dalam konteks kajian ini, beberapa istilah yang membawa makna khusus ditakrifkan seperti berikut: bebanan tugas, kerenah pelajar, pengiktirafan profesional, sumber/masa pengajaran dan perhubungan kurang baik dengan rakan sekerja.

StresTekanan didefinisikan sebagai perbuatan menekan, keadaan menekan atau keadaan tertekan, keadaan menanggung beban yang sukar ditanggung (Kamus Dewan Edisi Keempat,2005). Dalam kajian ini, stres merujuk kepada sebarang gangguan dari segi fisiologi dan psikologi kesan dari menjalankan tugas sebagai seorang guru sekolah rendah. Gangguan fisiologi bermaksud gangguan yang boleh memberi kesan ke atas kesihatan diri seseorang contohnya keletihan, sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Bagi gangguan psikologi pula ia melibatkan gangguan perasaan seperti perasaan marah, kecewa, murung, resah dan rasa tidak puas hati. Gangguan-gangguan ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan guru memenuhi kehendak atau permintaan ke atas dirinya dalam menjalankan tugas-tugas di sekolah.

PensyarahDalam kajian ini, ia ditakrifkan sebagai seorang yang terlatih dalam bidang perguruan yang mempunyai kelayakan akademik berbeza termasuklah tenaga pengajar di Kolej Vokasional . Mereka yang terlibat merupakan para pensyarah yang mengajar di Kolej Vokasional yang mana mereka terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bertanggungjawab menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum dan ko-kurikulum di situ.

Kolej VokasionalDahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Tujuan penubuhannya adalah menyediakan murid-murid untuk memasuki bidang pekerjaan bagi satu langkah mempergiatkan lagi usaha kerajaan untuk memajukan bidang ekonomi dalam perindustrian. Pada masa kini, seiring dengan Transformasi Pendidikan Vokasionl yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, Sekolah Menengah Vokasional dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional dengan fungsi yang lebih meluas dengan menawarkan program diploma untuk para pelajarnya.

Bebanan TugasMerujuk kepada semua tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh guru sama ada yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ataupun di luar pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah seperti membuat rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar, menghabiskan silibus, mengemaskini jadual kedatangan pelajar, mengganti guru yang tidak hadir, mengendalikan aktiviti ko-kurikulum, menggubal soalan dan pelbagai tugas lain.

Kerenah PelajarKerenah pelajar merujuk kepada pelbagai tingkah laku dan salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar. Antaranya adalah, pelajar yang kurang sopan, membuat bising, bersikap negatif terhadap pelajaran dan tidak bermotivasi.

Kekurangan Masa/Sumber PengajaranDalam kajian ini, kekurangan sumber melibatkan sumber pengajaran seperti kekurangan peralatan dan kemudahan pembelajaran selain melibatkan keperluan harian guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah (kertas dan mesin pencetak). Kemudahan bilik guru yang tidak selesa dan sempit juga turut dikategorikan sebagai kekurangan sumber.

Pengiktirafan ProfesionalPenghargaan adalah perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan dan penyanjungan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Manakala, sokongan adalah merujuk kepada sokongan yang berupa bantuan kebendaan dan juga sokongan yang dapat memberi perangsang dan mengukuhkan semangat. Kajian ini memfokuskan kepada penghargaan dan sokongan yang ditunjuk dan diberi oleh pihak pentadbir kepada guru-guru.

Perhubungan Antara Personal Yang LemahPerhubungan ini melibatkan sikap teman sekerja, tekanan daripada guru besar, pengetua atau pegawai pendidikan yang lain serta ibu bapa.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 sorotan penulisan

Mutakhir ini, isu tentang bebanan tugas guru banyak diperkatakan ramai. Memetik kata-kata Allahyarham Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir, mantan Timbalan Menteri Pelajaran berkata, Guru di sekolah selain daripada mengajar, juga bertindak sebagai tukang kebun/tukang sapu, kastam, polis, pemandu, doktor/jururawat, jurulatih, pendaftar, pegawai kebajikan, pasukan penyelamat dan penderma. Melalui kenyataan ini dapat dilihat begitu banyak tugasan yang perlu dipikul oleh guru. Terdapat laporan seramai 600 orang guru dari sejumlah 280 000 orang guru seluruh Malaysia mengalami tekanan perasaan atau masalah sakit jiwa yang serius (Utusan Malaysia, 27 & 28 Februari 1999).

Banyak punca atau faktor yang menyumbang kepada stress atau tekanan kepada profesion perguruan. Menurut Gold & Roth (1993) menyatakan salah satu punca tekanan guru ialah tekanan. Guru perlu menyesuaikan diri dengan dengan dunia pendidikan yang sentiasa berubah dan beradaptasi mengikut persekitaran dan zaman namun secara tidak langsung boleh mendatangkan tekanan kepada guru.

2.2 tekanan

Pelbagai definisi tekanan dikemukakan oleh para penyelidik dan penulis buku terdahulu. Antaranya ialah daripada Marshall dan Cooper (1979) mengatakan perkataan tekanan berasal daripada perkataan Latin yang sangat popular dalam kurun ke-17. Ia bermaksud kerja kuat, kesukaran, kesusahan atau kesedihan. Pada kurun ke-18 dan ke-19, tekanan didapati menandakan daya tekanan atau usaha yang kuat merujuk kepada objek dan manusia. Selye (1976) mendapati ketegangan yang wujud dalam diri terdiri daripada eustress dan distress.Eustress bermaksud ketegangan yang berbentuk peneguhan positif dan mendorong indidvidu meningkatkan prestasi kerja yang membawa kepada kebaikan individu seperti perasaan pencapaian, kejayaan dan keriangan. Manakala distress pula membawa maksud peneguhan negatif yang membawa kesan kemusnahan seperti rasa tidak dibantu, putus harapan dan kekecewaan. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan ketegangan adalah sesuatu yang penting dan perlu dalam hidup seseorang terutama ketegangan yang positif.

Konsep tekanan juga didefinisikan oleh Lefton (1994) sebagai tindak balas yang spesifik oleh organisma terhadap desakan sama ada desakan sebenar atau yang dikhayalkan, iaitu tindak balas emosi di mana tekanan yang dialami oleh seseorang tidak akan menjadi tekanan kepada orang lain. Di samping itu, tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental diertikan sebagai:Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehandalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatandan kebolehan untukmenyumbang khidmat kepada masyarakat

(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)

Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagiandaripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa. Tambahan lagi, Mitchell (1982) dalam bukunya People in Organizations menyatakan tekanan sebagai tindak balas kepada keadaan yang berlaku di sekeliling atau pun keadaan di mana tuntutan psikologi dan fizikal yang berlebihan.

2.3 TEKANAN GURU

Stres yang ditanggung oleh guru telah menarik minat banyak pengkaji untuk membuat kajian terhadap permasalahan ini. Kyriacou dan Sutcliffe (1978) mendefinisikan tekanan tekanan kerja guru sebagai tidak menyenangkan, mengalami emosi yang negatif dan kemurungan (distress). Kebanyakan guru melaporkan tekanan dalam pekerjaan mereka dan mengalami burn-out pada peringkat tertentu dalam pengalaman perkerjaan mereka (Cormaks, 2000).

Stres atau tekanan yang dialami para guru boleh membawa pelbagai implikasi baik dari segi mental mahu pun fizikal. Stres guru sebenarnya adalah masalah serius yang selalunya memerlukan campurtangan terapeutik (Cox, Boot & Harrison, 1988; Hall, Woodhouse & Wooster, 1986). Di dalam buku The Emotions of Teacher Stress, Carlyle dan Woods (2004) telah menjalankan kajian untuk meninjau faktor dan kesan stres dalam kalangan guru. Seramai 11 guru lelaki dan 10 guru perempuan dari 21 sekolah menengah di United Kingdom telah mengambil bahagian sebagai responden. Hasil kajian menggambarkan guru di United Kingdom telah mengalami stres yang agak tinggi atau burn out di sekolah. Antara faktor stres yang dapat dikenalpasti ialah sistem kepimpinan dan komunikasi yang teruk, gaya kepimpinan yang bersifat pembulian dan mengamalkan autokratik. Mereka mengalami gangguan dari segi mental dan fizikal seperti pening, sakit kepala, sakit badan, sakit mata, badan bergoncang, tidak berupaya berfikir serta membuat keputusan dan sebagainya.

Selain itu, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Fletcher & Payne (1982) mendapati tanda masalah fizikal dan mental yang dialami oleh guru yang tertekan ialah merokok dan meminum arak berlebihan, kadar guru yang mengalami penyakit jantung bertambah, kadar ketidakhadiran yang tinggi, keletihan dan mudah dijangkiti penyakit.Tanda-tanda lain yang boleh dilihat ialah seperti tidak boleh betenang, mudah meradang, kelupaan, hilang konsentrasi, tidak boleh tidur, selalu dijangkiti selesema, hilang motivasi untuk bekerja dan bermain, kebimbangan yang berlebihan, menggigit kuku, mudah terkejut, tekanan darah tinggi dan gerak nadi yang laju.

Menurut Farber (1991), antara punca ketegangan kepada guru ialah masalah dan sumber untuk mengajar. Bukan itu sahaja, masalah tekanan guru ini juga boleh dikaitkan dengan faktor ketidakcukupan masa untuk menyempurnakan kerja mereka di sekolah, sikap pelajar, tuntutan kurikulum, penghargaan profesional yang rendah, persekitaran sekolah serta sikap dan pandangan masyarakat terhadap tugas dan kerjaya guru ( Otta, 1986; Martin Cole & Stephen Walken, 1989).

Menurut kajian Pierce & Moly (1990) punca-punca tekanan guru disebabkan terlalu banyak kerja, tekanan masa, masalah dengan pelajar, konflik antara rakan sekerja, tahap bising yang tinggi, kesesakkan bilik darjah dan bilik guru, kurang penghargaan dan sikap negatif terhadap iktisas penghargaan. Manakala mengikut kajian Brown & Ralph (1991) punca tekanan yang dihadapi adalah pengenalan kurikulum yang baru, kelas yang tidak berdisiplin, keganasan pelajar, tekanan ibu bapa dan banyak kerja, pengurusan sekolah yang tidak baik.

Seterusnya, Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni (1995) juga telah menyatakan terdapat lima faktor utama yang telah menyumbang kepada tekanan guru iaitu: salah laku pelajar, kekangan masa dan sumber, keperluan penghargaan, hubungan antarapersonal yang kurang baik dan bebanan tugas.

Pengkaji-pengkaji dalam negara kita juga banyak menjalankan penyelidikan tentang stres atau tekanan yang dialami oleh guru dewasa ini. Antaranya ialah kajian oleh Siti Rohani Md. Sharif (1991), beliau mendapati guru mengalami tekanan berhubung dengan empat perkara iaitu: faktor murid, bebanan tugas, tekanan masa, keadaan kerja dan suasana sekolah. Menurut beliau, tekanan yang paling tinggi adalah disebabkan oleh faktor-faktor murid. Di antara sebabnya ialah sikap, minat dan kerja murid yang tidak memuaskan. Guru juga didapati mengalami tekanan apabila keadaan kerjaya melibatkan bilangan murid yang ramai dan kekurangan kemudahan mengajar, masalah disiplin dan hukuman yang boleh dikenakan kepada pelajar serta peraturan yang terdapat di sekolah juga menjadi faktor menyumbang tekanan kepada guru.

Kajian oleh Tan Huat Chye (1996) dalam kajiannya telah menyenaraikan sepuluh punca utama yang paling mendatangkan tekanan kepada guru di SJK(C) iaitu terpaksa mengajar kelas yang besar, gaji yang kurang, sikap buruk pelajar, kurang peluang untuk maju dalam profesion, terpaksa mengajar kelas yang berbeza kebolehan dan terpaksa tangani pelajar yang berkelakuan buruk.

Shahabuddin Hashim & Rohizani Ismail (2003) menyatakan bahawa rangsangan dari luar diri adalah faktor penyumbang yang terbesar dalam merangsang tekanan, manakala faktor-faktor lain yang telah dikenalpasti ialah kebangkitan tanpa kawal emosi individu dan tahap kebimbangan yang tinggi.

Tidak ketinggalan juga kajian yang dilakukan oleh Mohd. Hasidin (1995) menjalankan kajian terhadap 64 orang guru di Pusat Sumber Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di negeri Johor mengalami stres mengikut pesepsi mereka iaitu 1/3 atau 29.7 peratus tahap tinggi iaitu beban tugas, 26.6 peratus amat tinggi dan 43.8 peratus tahap sederhana.

Selain daripada faktor-faktor yang sudah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi penyebab stress para guru masa ini. Antaranya ialah kajian daripada Shahabuddin Hashim & Rohizani Ismail (2003) menyatakan bahawa rangsangan dari luar diri adalah faktor penyumbang yang terbesar dalam merangsang tekanan, manakala faktor-faktor lain yang telah dikenalpasti ialah kebangkitan tanpa kawal emosi individu dan tahap kebimbangan yang tinggi.

Abdul Wahid dalam Mohd Sazali Nordin (1997) tiada perbezaan yang signifikan antara starus perkahwinan dengan tahap stres yang dialami oleh guru-guru. Walaubagaimanapun dari segi min sintom stres, didapati guru-guru yang berpisahmengalami stres yang lebih berbanding dengan guru yang bujang dan berkahwin. Guru-guru yang masih bujang didapati min sintom stres yang kurang sekali.

Kajian oleh Siti Raziah (1982) terhadap seramai 71 orang guru yang mengajar di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan mengambil kira faktor stres dilihat dari segi jantina, pengalaman mengajar, umur dan kelulusan akademik. Dapatan kajiannya mendapati guru-guru tersebut hanya mengalami stres yang rendah dan sederhana. Faktor-faktor yang dominan dengan stres adalah seperti bebanan kerja,waktu mengajar yang terlalu banyak, menggantikan guru-guru yang tidak hadir dan pengalaman mengajar lebih daripada tiga tahun akan lebih mengalami stres daripada mereka yang berpengalaman lebih daripada tiga tahun.

Faktor gender atau jantina juga menjadi subjek kajian oleh Rohani (1991) yang mendapati guru-guru perempuan lebih mengalami stress daripada guru-guru lelaki dalam aspek tingkahlaku pelajar dan beban tugas. Manakala guru-guru lelaki pula mengatakan mereka lebih tertekan dengan keadaan kerja dan suasana sekolah berbanding guru-guru perempuan. Kiwamuddin (1996) menyatakan bahawa 84.4 peratus guru lelaki sedang menyambung pelajaran di UTM mempunyai tahap stres yang tinggi berbanding 5.4 peratus guru-guru perempuan.

2.4 MODEL-MODEL TEKANAN (STRES)Terdapat beberapa model tekanan yang direka oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Antaranya ialah:

2.4.1 Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)Dibentuk oleh Jaafar Muhamad (2003). Model ini digunakan untuk mengenalpasti tiga kumpulan faktor yang berpotensi untuk mewujudkan tekanan iaitu factor persekitaran, faktor organisasi danfaktor individu.

Rajah 1: Model Punca Tekanan Kerja (Jaafar Muhamad, 2003)(Sumber : Jaafar Muhammad, 2003. Kelakuan Organisasi)2.4.1.1 Faktor PersekitaranKetidaktentuan persekitaran akan memberi kesan terhadap rekabentuk struktur organisasi yang mana ia turut memberi kesan terhadap tingkat tekanan di kalangan pekerja di dalam organisasi tersebut.Ketidakpastian ekonomi, ketidakpastian politik dan ketidakpastian teknologi merupakan antara contoh penyebab tekanan berasaskan faktor persekitaran.

i. Ketidakpastian EkonomiPerubahan di dalam ekonomi mewujudkan ketidakpastian ekonomi. Kemerosoton atau kemelesetan yang kecil sahaja boleh meningkat tahap tekanan yang boleh membawa kepada pembuangan tekanan kerja, ataupun sekurang kurangnya berlaku penurunan gaji dan ganjaran.

ii. Ketidakpastian Politik politik tidak berkecenderungan untuk mewujudkan tekanan di kalangan pekerja di Malaysia berbanding di negara-negara lain seperti di Iran dan India kerana negara mempunyai sistem politik yang stabil. Namun begitu, ancaman dalam sistem politik dan perubahan dalam struktur pemerintahan negara boleh menjadi rangsangan kepada tekanan. Keadaan politik yang tidak menentu akan menyebabkan pekerja berasa bimbang dan tidak selamat.

iii. Ketidakpastian TeknologiInovasi yang baru menjadikan kaedah dan pengalaman para pekerja ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunakan lagi bagi waktu itu. Perkembangan sistem komputer, robotik, automasi dan sistem maklumat dan telekomunikasi mempercepatkan inovasi. Ini menjadi ancaman kepada pekerja seterusnya boleh meningkatkan tekanan pada diri mereka apabila mereka berasakan peranan mereka akan digantikan oleh robot-robot tersebut.

2.4.1.2 Faktor OrganisasiAntara faktor-faktor dalam organisasi yang menjadi punca tekanan ialah struktur organisasi, perubahan organisasi, politik organisasi, kekaburan peranan, berlebihan beban kerja, kebosanan kerja dan kekurangan sokongan kumpulan.

i. Struktur Organisasi kepada penyusunan dan perhubungan yang sistematik antara jabatan dan kedudukan seseorang dalam organisasi. Individu pada peringkat pengurusan mungkin akan tertekan dengan persaingan yang hebat, perebutan syer pasaran baru dan sebagainya. Bagi individu peringkat pertengahan mungkin tertekan oleh arahan dan pihak atasan, aduan- aduan peringkat bawahan, mempunyai kakitangan yang kurang mahir dan cekap. Manakala individu berada di peringkatbawahan pula mungkin tertekan oleh dasar dan peraturan organisasi yang terlalu banyak dan mengelirukan.

ii. Perubahan OrganisasiPerubahan organisasi dari segi kebudayaan, tekanan dan dasar organisasi boleh memecah belahkan aliran kerja dan perhubungan antara pekerja. Tekanan akan timbul akibat sesuatu perubahan kerana setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza.

iii. Politik OrganisasiKebolehan seseorang memainkan politik akan menentukan kedudukan di hieraki pengurusan. Tindakan ini mungkin bercanggah dengan moral dan pegangan individu dan sekiranya keadaan ini berlanjutan, individu berkenaan akan menghadapi tekanan dari semasa ke semasa.

iv. Kekaburan PerananKekaburan peranan dalam organisasi didefinisikan sebagai objektif yang tidak jelas dan tanggungjawab kerja. Beech (1982) berpendapat kekaburan peranan wujud apabila seseorang itu lambat dan tidak menerima sebarang maklum balas tentang prestasi kerjanya atau tidak pasti akan ganjaran yang diterima terhadap prestasi kerjanya atau tidak pasti akan ganjaran yang diterimanya..

v. Berlebihan Beban KerjaMenyebabkan pekerja menjadi resah dan bingung kerana mereka khuatir atau ragu sekiranya kerja yang diarahkan tidak dapat disiapkan mengikut masa atau kualiti yang diharapkan ataupun membawa kepada kesilapan. Jika ini juga berlaku dan berlarutan, pekerja berkenaan akan merasa tertekan dan mudah marah.

vi. Kebosanan KerjaTanda-tanda kelakuan kerja yang ditunjukkan ialah peningkatan diri dari segi kebimbangan, kemurungan dan ketidakselesaan. Besar kemungkinan mereka akan merasakan bahawa kemahuan dan keupayaan mereka tidak digunakan dengan sepenuhnya dan menganggap kerja mereka sebagai kurang kompleks atau rutin yang tidak mencabar.

vii. Kurang Sokongan KumpulanSokongan sosial wujud apabila seseorang itu mempunyai perhubungan dengan satu atau lebih orang lain. Perhubungan ini merupakan satu interaksi berperasaan positif, saling memahami dan sering menasihat dan menggalakkan antara satu sama lain. Ini menandakan sokongan orang lain terhadapnya sama ada secara individu ataupun kumpulan. Tanpa sokongan dari kawan-kawan atau kumpulan seseorang itu merasa terasing dan rendah hati dan seterusnya boleh membawa kepada kekecewaan dan tekanan dalam diri mereka..2.4.1.3 Faktor PersonalKebanyakan individu hanya bekerja 45 jam seminggu. Masa selebihnya (123 jam) dihabiskan untuk berhubungan dengan masyarakat sekitar. Segala masalah yang dialami pada waktu ini berkemungkinan akan dibawa ke tempat kerja. Antara faktor individu utama yang dianggap personal meliputi faktor bentuk kelakuan, perubahan dalam kehidupan dan konflik peranan.

i. Bentuk KelakuanTerdapat dua jenis bentuk kelakuan individu iaitu kelakuan jenis bentuk A dan kelakuan bentuk jenis B.Kelakuan individu jenis A adalah seperti berikut:- Cuba dilakukan dalam masa secepat yang boleh terutamanya bagi kerja yang rutin.- Tidak sabar untuk menunggu sesuatu kerja hingga selesai.- Biasanya ia akan bertanya dari masa ke masa sama ada kerja itu sudah selesai atau tidak.- Sentiasa berfikir atau cuba menyelesaikan dua atau lebih perkara serentak.- Tidak dapat memanfaatkan masa lapang.- Menilai sesuatu kerjayaan dari segi kualiti.Berlawanan dengan kelakuan jenis A ialah kelakuan jenis B. Kelakuan individu jenis B:- Tidak tergopah gapah menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah.- Tidak berasa perlu menonjolkan pencapaian yang diperolehi kecuali benar-benar perlu.- Suka bersukan dan bersantai untuk merehatkan badan.- Boleh berehat tanpa rasa bersalah.Dari kajian yang terbaru, penyelidik mendapati bahawa kelakuan orang dari jenis A lebih cenderung untuk mengalami tekanan semasa dan di luar waktu kerja. Mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung atau darah tinggi.

ii. Perubahan Dalam KehidupanPeristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang mungkin membawa tekanan kerja. Keadaan ini mempengaruhi prestasi dalam kerja dan selanjutnya menjejaskan prestasi organisasi. Hatta Sidi dan Ruzanna Zam Zam (2003) menyatakan bahawa semakin seseorang itu meningkat usia, kemampuannya untuk bertindak balas terhadap stres akan lebih sukar. Proses ketuaan boleh melemahkan sistem otak yang bertindak balas terhadap stres dan menjadi kurang berkesan.

iii. Konflik PerananKonflik peranan timbul apabila seseorang pekerja diberi arahan yang bertentangan dengan pihak atasan atau apabila norma kumpulan yang tidak rasmi bercanggah dengan kehendak rasmi organisasi. Keadaan ini boleh menjadi satu tekanan kepada individu kerana berhadapan dengan situasi yang mengelirukan.

2.4.2 Model Stres Atkinson (1988)

Rajah 2 : Model Stres Atkinson (1988).

(Sumber:Atkinson J.M.(1988).Coping With Stress At Work.England:Thorsons Publishers Limited.)

Atkinson (1988), stres didefinisikan sebagai permintaan berlebihan yang melampaui kebolehan seseorang individu. Mempunyai kerja yang banyak dan ketidakcukupan masa adalah masalah yang biasa. Permintaan daripada pelbagai sumber akan mendatangkan tekanan. Tekanan dikategorikan kepada dua iaitu tekanan luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luaran iaitu persekitaran fizikal (seperti piawai yang terlalu tinggi) dan emosi (seperti tidak mahu meminta bantuan).

2.4.3 Model Tekanan Kerja Guru (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)

Model ini dibentuk oleh Kyriacou dan Sutcliffe(1978), dengan berpegang kepada konsep tekanan kerja guru sebagai satu sindrom gerak balas terhadap kesan negatif seperti kemarahan atau kemurungan guru yang biasanya disertai oleh potensi perubahan pathogenic psychological dan biochemical yang berpunca daripada aspek pekerja guru dan perantara yang dipersepsikan sebagai mendatangkan ancaman terhadap harga diri atau kesempurnaan diri guru dan gaya tindak untuk mengawal atau menangani ancaman akan digiatkan untuk mengurangkan sesuatu ancaman yang dipersepsikan (Mokhtar,1998).

Model ini telah membezakan punca tekanan kerja berpotensi (1) daripada punca tekanan kerja sebenar (3). Punca tekanan kerja berpotensi adalah aspek-aspek objektif kerja guru seperti beban tugas yang banyak dan keadaan bising yang memungkinkan tekanan berlaku (5). Punca tekanan kerja berpotensi hanya akan menyebabkan tekanan guru jika ia dianggap oleh guru sebagai ancaman kepada harga diri dan kesejahteraan dirinya (2). Taksiran oleh guru tentang permintaan atau tuntutan yang dibuat kepada dirinya bergantung kepada interaksi antara ciri-ciri individu guru (7) dan tanggapan guru itu terhadap tuntutan kepada dirinya. Punca tekanan kerja berpotensi yang telah ditaksir sebagai mempunyai ancaman dipanggil punca tekanan kerja sebenar (3). Punca tekanan kerja sebenar merupakan satu subset punca tekanan kerja berpotensi. Dengan kata lain, punca tekanan kerja sebenar masih wujud dalam persekitaran guru tetapi ditanggap secara berlainan dari lebihan set punca tekanan kerja berpotensi yang lain.

Mekanisme daya tindak (4) diperkenalkan untuk menangani punca tekanan kerja sebenarnya oleh individu. Sebahagian daripadanya ditentukan oleh ciri-cir individu guru. Tekanan guru juga adalah berkaitan secara langsung dengan tahap ketidakupayaan mekanisme daya tindak (4) menangani punca tekanan sebenar (3) dan tahap guru mentaksir ancaman (2). Di sini, tekanan guru dilihat sebagai respon terhadap pengaruh negatif seperti kemarahan dan kemurungan yang biasanya diikuti oleh keadaan lain yang dianggapkan sebagai respon berkaitan dengan tekanan guru(5). Respon-respon ini boleh berupa perubahan psikologi seperti ketidakpuasan kerja, perubahan fisiologi seperti tekanan darah tinggi atau perubahan tingkah laku seperti tidak hadir bekerja.

Rajah 3 : Model Tekanan Kerja Guru oleh Kyriacou dan Sutcliffe.(Sumber : Kyriacou dan Sutcliffe, 1978)

Model tekanan guru ini secara tidak langsung menjejaskan bahawa tekanan guru adalah hasil daripada tanggapan atau taksiran guru terhadap tuntutan-tuntutan yang dibuat terhadap dirinya, ketidakupayaan atau kesukaran memenuhi tuntutan-tuntutan tersebut dan kegagalan memenuhinya merupakan atau ancaman kepada kesejahteraan mental dan fizikalnya.

2.4.4 Model Tekanan Guru ( Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)

Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru. Lima sumber yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik.

BEBAN KERJA(WORKLOAD)

KERENAH PELAJAR(STUDENT BEHAVIOUR)

TEKANANGURU

PENGIKTIRAFAN PROFESIONAL(PROFESSIONAL RECOGNITION )

SUMBER PENGAJARAN(CLASSROOM RESOURCES)

PERHUBUNGAN ANTARA PERSONAL YANG LEMAH (POOR INTERPERSONAL RELATIONSHIPS)

Rajah 4: Menunjukkan Model Tekanan Guru (Boyle, Borg, Falzon & Baglioni,1995).

(Sumber : Boyle, Borg, Falzon & Baglioni , 1995)

Berdasarkan Model Tekanan Guru, kelima-lima faktor: bebanan kerja (Workload), kerenah pelajar (Student Misbehavior), pengiktiafan professional (Professional Recognition), sumber pengajaran (Classroom Resources), perhubungan antara personal yang lemah (Poor Interpersonal Relationships) yang merupakan faktor utama yang menyebabkan tekanan kepada guru.

i. Beban TugasMerujuk kepada semua tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh guru sama ada yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran ataupun di luar pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah seperti membuat rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar, menghabiskan silibus, mengemaskini jadual kedatangan pelajar, mengganti guru yang tidak hadir, mengendalikan aktiviti ko-kurikulum, menggubal soalan dan pelbagai tugas lain. Menurut Stouffer (1992), bebanan kerja ialah apabila pekerja terlalu banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

ii. Kerenah PelajarKerenah pelajar merujuk kepada pelbagai tingkah laku dan salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar. Antaranya ialah merokok dalam tandas, tidak mahu membuat kerja rumah, bercakap semasa guru mengajar, bergaduh di padang atau di kelas, mengugut guru, lambat datang ke sekolah, ponteng sekolah atau kelas dan merosakkan harta benda sekolah (Prick, 1989).

iii. Kekurangan Sumber PengajaranDalam kajian ini, kekurangan sumber melibatkan sumber pengajaran seperti kekurangan peralatan dan kemudahan pembelajaran selain melibatkan keperluan harian guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah (kertas dan mesin pencetak). Ini termasuklah juga kekurangan masa untuk mengajar. Cox (1978), Fletcher & Payne (1982) dan Capel (1987) menyatakan persepsi kekurangan masa sebagai punca tekanan.Kemudahan bilik guru yang tidak selesa dan sempit juga turut dikategorikan sebagai kekurangan sumber.

iv. Penghargaan dan SokonganIa melibatkan persepsi terhadap struktur karier yang lemah dengan peluang naik pangkat yang sedikit, gaji yang tidak cukup dan kekurangan penghargaan atas pengajaran yang bagus (Boyle, 1995). Penghargaan adalah perihal atau perbuatan menghargai, penghormatan dan penyanjungan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Manakala, sokongan adalah merujuk kepada sokongan yang berupa bantuan kebendaan dan juga sokongan yang dapat memberi perangsang dan mengukuhkan semangat.

v. Hubungan Antara Personal Yang LemahIni berkenaan dengan sikap rakan sekerja, tekanan dari pengetua atau guru besar serta pegawai lain di pejabat pendidikan serta tekanan daripada ibu bapa (Boyle, 1995). Dalam kajian ini, hubungan antara personal adalah ikatan perhubungan antara guru, murid, ibu bapa, rakan dan pihak pentadbiran. Faktor hubungan antara personal kerap terjadi antara guru-guru biasa dengan pihak pentadbir sekolah seperti pihak pentadbir sekolah termasuklah ketua-ketua panitia, guru penolong kanan dan pengetua sekolah.

Walau bagaimanapun, dalam kajian yang mereka lakukan berpendapat bahawa di antara lima faktor utama ini, bebanan kerja dan salah laku pelajar menjadi penyumbang utama terhadap tekanan yang dialami oleh guru berkenaan dan diikuti oleh faktor-faktor lain. Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, didapati bahawa wujudnya pelbagai faktor yang menjadi faktor penyumbang kepada tekanan di tempat kerja.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian. Ia dibahagikan kepada reka bentuk kajian, kerangka konseptual kajian, tempat kajian, subjek kajian, instrumentasi, kaedah pulangan soal selidik, kajian rintis dan analisis data.

3.2 Reka Bentuk KajianSyed Arabi Idid (1993) menjelaskan bahawa reka bentuk kajian amat penting bagi sesuatu kajian kerana reka bentuk kajian menjadi panduan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian. Menurut Gajendra (1981) kajian deskriptif membekalkan data-data yang penting untuk penyelidikan dan membolehkan penerangan dilakukan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisis data-data yang diperolehi dari soal selidik. Penyelidik menggunakan prosedur soal selidik untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan penyelidikan.

3.3 Kerangka Konseptual KajianBagi kerangka konseptual kajian ini, pembolehubah tak bersandar dalam kajian ini ialah faktor demografi guru dan faktor-faktor yang mungkin akan menyebabkan tekanan. Faktor demografi guru di sini adalah berdasarkan ciri sosial-demografi terpilih iaitu jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Manakala faktor-faktor tekanan yang akan dikaji adalah kerenah pelajar, bebanan tugas, kekangan masa, hubungan antara personal yang lemah dan penghargaan. Dalam kajian ini pembolehubah bersandar pula adalah paras tekanan kerja guru.

Pembolehubah Tak Bersandar Pembolehubah Bersandar

CIRI DEMOGRAFIJantinaUmurStatus PerkahwinanKelulusan AkademikPengalaman Mengajar

TEKANANKERJA GURU

Kerenah Pelajar

Bebanan Tugas

Kekurangan Sumber

Penghargaan

Perhubungan Antara Personal Yang Lemah

Rajah 5: Kerangka Konseptual Kajian

3.4 Populasi Kajian

Populasi kajian merujuk kepada kelompok sasaran aktiviti kajian dijalankan. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992) populasi ialah sekumpulan benda (sama ada bernyawa atau tidak) yang menjadi subjek pada kajian.Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada para pensyarah di lapan Kolej Vokasional di negeri Johor iaitu Kolej Vokasional Batu Pahat, Kolej Vokasional Segamat, Kolej Vokasional Muar, Kolej Vokasional Kluang, Kolej Vokasional Tanjung Puteri, Kolej Vokasional (perd) Johor Bahru, Kolej Vokasional Kota Tinggi dan Kolej Vokasional (ERT) Azizah.3.5 Tempat KajianKajian ini dijalankan di negeri Johor. Lapan buah kolej vokasional terlibat dalam kajian ini.

3.6 Sampel Kajian

Pemilihan sampel dijalankan secara persampelan rawak kepada para pensyarah di kolej-kolej tersebut iaitu 10 responden bagi setiap kolej untuk diberi borang kaji selidik.

3.7 Instrumentasi

Alat kajian yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat ialah dengan cara borang soal selidik. Satu set borang soal selidik diberikan kepada responden kajian untuk mendapat maklumat atau data yang diperlukan bagi menjawab persoalan kajian. Satu set borang asal selidik dibentuk bagi mendapatkan maklumat untuk mencapai objektif dalam bentuk kuantitatif. Data kualitatif yang dikumpul pula akan ditadbir menggunakan perisian SPSS.

Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian yang mesti dijawab oleh responden. Alat kajian yang akan digunakan adalah soal selidik yang terbahagi kepada bahagian A, B dan C.

3.7.1 Bahagian A: Latar Belakang RespondenBahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang responden faktor demografi guru iaitu jantina, umur, status perkahwinan, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Para responden dikehendaki menandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

3.7.2 Bahagian B: Tahap Tekanan Kerja Bahagian ini terdiri daripada soalan-soalan untuk menentukan paras tekanan kerja yang dialami oleh responden. Terdapat 15 item soal selidik dalam bahagian ini. Responden diminta menandakan dan membulatkan nombor yang mewakili maklumbalas bagi setiap pernyataan yang dikemukan berdasarkan skala Likert lima mata.

Rajah 5: Soalan item berkaitan dengan faktor-faktor berikutKENYATAANRINGKASANSKOR

Tidak PernahTP1

JarangJ2

KadangkalaKK3

Agak KerapAK4

KerapK5

3.7.3 Bahagian C: Faktor-faktor Tekanan Kerja Guru

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik berdasarkan instrumen Teacher Stress Inventory yang digunakan oleh Boyle et al. (1995) dan ia telah diubahsuai oleh Mokhtar (1998) untuk digunakan di dalam konteks guru-guru di Malaysia.

SUMBER TEKANAN KERJANO ITEM

Bebanan Kerja1-5

Kerenah Pelajar6-10

Perhubungan Antara Personal Yang Lemah11-15

Penghargaan Profesional16-20

Kekurangan Sumber / Masa21-25

Rajah 6: Taburan Item Soal Selidik

Rajah 7: Soalan Item Berkaitan dengan Faktor-faktor Berikut:KENYATAANRINGKASANSKOR

Tiada StresT1

Stres RendahSR2

Stres SederhanaSS3

Stres TinggiST4

Stres Sangat TinggiSST5

3.8 Kajian RintisKajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian dijalankan. Selain itu juga, kajian rintis ini berguna untuk mengkaji masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik berjalan.Selepas item-item soal selidik disahkan oleh pensyarah yang berkenaan, maka kajian rintis dijalankan ke atas pensyarah yang mengajar di Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor iaitu populasi yang bukan terdiri daripada sampel kajian untuk menentukan ketekalan alat ukur yang digunakan.

3.9 Kaedah Pengumpulan DataData dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang akan diedarkan kepada guru-guru untuk diisi oleh mereka sendiri. Borang soal selidik akan diedarkan sama ada melalui serahan tangan mahu pun mel elektronik bagi mendapatkan responden yang jauh daripada tempat tinggal penyelidik.

3.10 Analisis DataData kuantitatif yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Pakej ini dipilih kerana ia lebih fleksibel iaitu penyelidik boleh membuat berbagai-bagai tranformasi terhadap data asal di samping terdapatnya prosedur statistik yang boleh digunakan.

30