esei tahap ict di luar bandar.docx

25
GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 2 2012/2013 TUGASAN BERKUMPULAN TAJUK KAJIAN: TAHAP KEMUDAHAN ICT DI KAWASAN LUAR BANDAR DISEDIAKAN OLEH: Aida Syamimi Bt Azlie (A137993) Nur Amirah Bt Sheikh Abdul Rahim (A136691) Anis Suraya Bt Mohamad Tajuddin (A137891) NAMA PENSYARAH : Dr. Mohd Jasmy Bin Abd Rahman

Upload: yazidfirdhaus

Post on 09-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKANSEMESTER 2 2012/2013TUGASAN BERKUMPULANTAJUK KAJIAN:TAHAP KEMUDAHAN ICT DI KAWASAN LUAR BANDAR

DISEDIAKAN OLEH:Aida Syamimi Bt Azlie (A137993)Nur Amirah Bt Sheikh Abdul Rahim (A136691)Anis Suraya Bt Mohamad Tajuddin (A137891)

NAMA PENSYARAH :Dr. Mohd Jasmy Bin Abd Rahman

Tahap Kemudahan ICT di Kawasan Luar Bandar1.0 PENGENALAN

ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat merupakan sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa. ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi maklumat bukan sahaja tertumpu kepada internet dan komputer , tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan system satelit dalam menyampaikan maklumat. Hasil kajian menunjukkan peratusan pemilikan komputer dan penggunaan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) adalah rendah sementara kemahiran asas TMK pula berada pada tahap yang sederhana. Penemuan ini menunjukkan jurang digital merupakan isu yang berterusan di kawasan luar bandar. Kajian ini dapat membantu pembuat dasar dan pihak berkuasa yang lain dalam merangka dasar dan mengenal pasti strategi merapat jurang digital di Malaysia (Hazura Mohamed et al., 2012)

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. (Robiah Sidin & Norsakinah Mohamad, 2007)

Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (p&p) bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p. Dalam konteks penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu cara pun boleh dikata sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran (guru mengguna ICT), dan aspek pembelajaran (murid mengguna ICT).Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategori sebagai:

Tutorial, Penerokaan (eksploratori), Aplikasi, dan Komunikasi.

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi. (Sharifah Maimunah bt Syed Zin, Julai 2001)

2.0 PERMASALAHANPerubahan peranan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dielakkan dengan pengenalan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan. Maklumat bertukar dalam mod digital, dan kurikulum pendidikan telah berkembang dengan menggabungkan elemen multimedia dan interaktif untuk membentuk satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Menggabungkan multimedia dalam kelas telah menjadi satu trend yang global, sokongan kuat dari pihak kerajaan Malaysia dalam menggabungkan teknologi di bilik darjah (Mat, 2000). Seperti kenyataan Ketua Setiausaha di Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Johari bin Mat, di satu persidangan e-pembelajaran pada Mei 2000 di Kuala Lumpur, Teknologi telah dan akan menjadi satu komponen penting pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan negara kita.

Pendekatan dalam pengajaran, menyediakan pengisian dan penyampaian bahan pembelajaran perlu diubahsuai mengikut kewujudan teknologi. Guru sepatutnya dapat mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dari kenyataan tersebut, tanggungjawab dan cabaran guru adalah lebih besar. Adakah guru guru bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran teknologi khususnya teknologi komputer untuk menghadapinya? Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menangani dengan segera penyenggaraan komputer dari segi kemudahan peralatan dan integrasi sistem, aplikasi, dan maklumat.

Dalam era globalisasi ini, penggunaan ICT adalah suatu keperluan yang amat penting dalam segala urusan. Ada sesetengah guru yang dibekalkan dengan komputer riba (laptop), dan ada juga guru yang tidak dibekalkan dengan komputer riba. Adakah ini menjadi punca sebenar mengapa guru tidak mengaplikasikan penggunaan komputer dan ICT di dalam bilik darjah? Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lepas, faktor-faktor seperti umur, jantina, latihan, galakan pentadbir dan kemudahan komputer yang dibekalkan di sekolah telah dikenalpasti menjadi halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru-guru di sekolah. Dari itu,kami ingin mengenalpasti halangan-halangan baru yang timbul dan halangan utama yang menjadi penyumbang terbesar terhadap penggunaan komputer di kalangan guru-guru dan pelajar, terutama sekali di kawasan luar Bandar.

3.0 PERSOALAN

1. Bagaimanakah tahap kemudahan prasaran ICT yang disediakan di SMK Bandar Tasik Kesuma?2. Apakah tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan?3. Apakah halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran?4. Berapa banyakkah bilangan kafe siber di kawasan kajian?

4.0 OBJEKTIFKajian ini dijalankan untuk :

1. Mengenalpasti tahap kemudahan prasarana ICT yang disediakan di SMK Bandar Tasik Kesuma.2. Mengenalpasti halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.3. Mengenalpasti tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.4. Mengenalpasti bilangan kafe siber di kawasan kajian.

5.0 METODOLOGIKaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik yang baik akan dapat mencapai objektif yang disasarkan, memperolehi maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat mencapai tujuan sebenar kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Kami menggunakan kaedah soal selidik ke atas 20 responden, iaitu pelajar di SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Sebanyak 10 soalan tentang hal yang berkaitan dengan kemudahan ICT dimuatkan dalam 20 set borang soal selidik telah diedarkan.

6.0 SKOP KAJIANLatar tempat kajian kami ialah di SMK Bandar Tasik Kesuma yang terletak di Beranang, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesumaatau nama ringkasnyaSMK Bandar Tasik Kesuma, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kesuma 7/1, Bandar Tasik Kesuma.Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma memiliki 657 pelajar lelaki dan 619 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1276 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.

7.0 ANALISIS SOAL SELIDIKBahagian A

Seramai 20 orang responden kami iaitu pelajar-pelajar dari SMK Bandar Tasik Kesuma terdiri daripada 5 orang lelaki iaitu 25% manakala 15 orang perempuan iaitu 75%.

Sebanyak 17 orang pelajar berumur 15 tahun iaitu 85% manakala 3 orang pelajar berumur 17 tahun iaitu 85%.

Bahagian B Soalan 1Adakah sekolah anda mempunyai prasarana dan kemudahan ICT yang lengkap?

Seramai 15 orang pelajar iaitu 75% menyatakan bahawa sekolah mereka tidak mempunyai kemudahan ICT yang lengkap. Manakala sebanyak 5 orang pelajar sahaja menyatakan ya.Hal ini kerana menurut pelajar-pelajar sekolah tersebut, kemudahan ICT seperti komputer, jaringan internet, dan sebagainya tidak mencukupi. Pelajar-pelajar perlu ke bilik makmal komputer dan hanya denga keizinan guru-guru sahaja. Malahan komputer yang disediakan tidak mencukupi. Kemudahan akses jaringan internet seperti wifi juga tidak disediakan. Pelajar-pelajar perlu ke kafe siber untuk mendapatkan internet yang mana hanya terdapat tiga buah kafe siber sahaja di kawasan yang berdekatan sekolah mereka.

Soalan 2Adakah sekolah anda mempunyai matapelajaran yang menggunakan kemudahan komputer di sekolah?

Sebanyak 17 orang pelajar iaitu 85% menyatakan bahawa sekolah mereka tidak mempunyai matapelajaran yang menggunakan kemudahan komputer di sekolah. Manakala seramai 3 orang pelajar sahaja menyatakan ya.Hal ini kerana pelajar yang menyatakan ya itu adalah pelajar yang berumur 17 tahun iaitu pelajar tingkatan 5. Menurut mereka terdapat satu subjek iaitu Bahasa Melayu yang menggunakan kemudahan komputer yang mana mereka dikehendaki menaip karangan menggunakan Microsoft words.

Soalan 4Adakah anda seorang yang mahir menggunakan aplikasi computer seperti Microsoft Wordd, Microsoft Power Point dan laman sesawang (Google)?

Sebanyak 8 orang pelajar iaitu 20% pelajar yang mahir menggunakan aplikasi computer seperti Microsoft Wordd, Microsoft Power Point dan laman sesawang (Google). Manakala sebanyak 12 orang tidak mahir iaitu sebanyak 80%.Jika kita lihat peratus yang tidak mahir sangat tinggi. Ini kerana mereka tidak didedahkan kepada penggunaan komputer di sekolah mereka. Guru-guru di sekolah tersebut juga tidak menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan komputer.

Soalan 5 Adakah pihak sekolah mengadakan kelas pembelajaran komputer selepas tamat waktu sekolah? Berdasarkan graf di atas kesemua pelajar menyatakan tidak iaitu sekolah mereka tidak mengadakan kelas pembelajaran komputer selepas tamat waktu sekolah.Hal ini kerana menurut pelajar-pelajar tersebut hanya mengadakan aktiviti kokurikulum sahaja selepas waktu sekolah. Mereka tidak berpeluang untuk belajar komputer disekolah dan hanya belajar sendiri sama ada di rumah atau di pusat kafe siber.

Soalan 9Adakah pihak sekolah menyediakan sistem pembelajaran secara maya yang memerlukan pelajar mengakses ke sistem tersebut untuk melakukan latihan?

Graf di atas juga menunjukkan kesemua pelajar menyatakan tidak iaitu pihak sekolah tidak menyediakan sistem pembelajaran secara maya yang memerlukan pelajar mengakses ke sistem tersebut untuk melakukan latihan.Menurut responden mereka tidak didedahkan kepada latihan dalam yang terdapat di dalam internet. Mereka hanya membuat latihan yang terdapat dalam buku latihan atau yang disedikan oleh guru-guru mereka sahaja. Terdapat seorang pelajar yang menyatakan bahawa pernah melakukan latihan yang terdapat di internet hanya di rumah iaitu sebagai latihan tambahan dan ulangkaji.

Soalan 10Adakah sistem pembelajaran di sekolah anda mewajibkan pelajar menggunakan kemudahan ICT?

Berdasarkan graf di atas kesemua pelajar menyatakan tidak iaitu di sekolah mereka tidak mewajibkan pelajar menggunakan kemudahan ICT.Menurut pelajar-pelajar tersebut sekolah mereka 100% menggunakan buku teks dan buku latihan di sekolah. Malah mereka juga masih menggunakan papan hitam di bilik darjah. Hanya ketika di makmal sains guru-guru mereka menggunakan projector.

7.1 DAPATAN KAJIANBerdasarkan objektif kajian pertama kami, iaitu mengenai tahap kemudahan prasarana ICT yang disediakan di SMK Bandar Tasik Kesuma, kami dapati tahap kemudahan ICT di sekolah tersebut masih tidak mencukupi. Ini kerana berdasarkan graf yang telah kami kaji, jawapan kepada kebanyakkan soalan kami adalah negatif di mana kesemua pelajar menyatakan prasarana dan kemudahan ICT masih tidak lengkap. Sekolah mereka juga tidak mewajibkan pelajar-pelajar mereka menggunakan kemudahan ICT dalam pembelajaran. Malahan tiada satu pun matapelajaran di sekolah tersebut yang menggunakan ICT sebagai medium pembelajaran seperti subjek Teknologi dan Maklumat.

Selain itu, objektif kajian kedua kami ialah mengenalpasti halangan-halangan yang timbul terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sekolah. Berdasarkan objektif ini, pihak sekolah tidak mengadakan kelas pembelajaran komputer selepas waktu sekolah. Ini menunjukkan sekolah tesebut tidak mengambil serius terhadap pembelajaran komputer. Jika kita lihat sekolah-sekolah harian sekarang sudah mewajibkan pelajar-pelajar untuk menyertai kelas komputer yang mana ianya sangat perlu untuk kemahiran seseorang pelajar dalam menguasai komputer. Menurut salah seorang responden yang telah kami temubual, pelajar tersebut memberitahu mereka hanya dibenarkan menggunakan komputer di dalam makmal komputer sahaja apabila diberi kebenaran pada hari tertentu dan bukan diwajibkan setiap minggu.

Objektif kajian kami yang ketiga adalah untuk mengenalpasti tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Berdasarkan penilaian kami, pembelajaran di dalam kelas hanya 100% menggunakan buku teks dan buku latihan sahaja. Malah apabila ditanya ketika sesi pembentangan dalam kelas bahan apakah yang digunakan, pelajar tersebut menjawab mereka hanya menulis di papan putih sahaja. Guru-guru mereka juga tidak menggalakkan pelajar-pelajar untuk lebih kreatif dengan menggunakan komputer seperti Microsoft Power Point semasa sesi pembentangan di dalam kelas. Tambahan lagi, para pelajar masih tidak mahir menggunakan komputer dan perisian dalam komputer seperti Microsoft Word dan Microsoft Excel.

Kami juga turut mengkaji berapa banyakkah bilangan kafe siber yang terdapat di kawasan Bandar Tasik Kesuma untuk objektif kajian yang keempat. Kami mendapati terdapat hanya 3 buah kafe siber dan terletak agak jauh dengan sekolah mereka. Kami turut menemubual pekerja kafe siber tersebut berkaitan pelanggan yang datang ke kafe siber mereka. Menurut pekerja tersebut majoriti pelanggan mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Bandar Tasik Kesuma yang mana sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah di kawasan tersebut. Menurut pekerja itu lagi, pelajar-pelajar berkunjung ke kafe siber semata-mata untuk bermain permainan komputer (games). Ini menunjukkan pelajar-pelajar hanya menggunakan komputer sebagai alat untuk bermain games. Kafe siber yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam itu hanya menyediakan sebanyak 20 buah komputer. Bayaran yang ditetapkan adalah RM2 per jam untuk mengakses internet.

8.0 KESIMPULANTahap kemudahan ICT di kawasan luar bandar masih lagi tidak mencukupi. Pendidikan dan pendapatan pengguna luar bandar menyumbang kepada keupayaan penggunaan ICT. Oleh kerana faktor sosial dan ekonomi lebih penting dalam menentu peluang akses dan penggunaan ICT, strategi menangani kedua-dua faktor ini harus dikenal pasti. Cadangan meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah sebahagian daripada proses meningkatkan kualiti pendidikan. Selain daripada itu penglibatan masyarakat dalam pendidikan berterusan yang diamal selama enam abad di Malaysia, perlu dimantap dan diberi suntikan baharu (Abdul Razaq, 2009). Penyelesaian jangka panjang perlu dikenal pasti, dalam usaha meningkatkan kemudahan ICT di kawasan luar bandar. Bagi mengatasi keadaan ini, kerajaan perlu memainkan peranan penting termasuk membentuk jawatankuasa perlaksanaan dasar ICT. Jawatankuasa ini perlu dibiayai dan diberi kuasa oleh kerajaan bagi menyedia kemudahan ICT di sekolah dan memantau kegunaannya. Kementerian pendidikan boleh memain peranan dengan memastikan sekolah menengah, terutama di kawasan luar bandar, menerima faedah daripada projek ICT. Pendidikan Komputer atau ICT harus tertanam dalam kurikulum dan diwajibkan kepada semua pelajar sekolah menengah. Usaha juga harus dibuat oleh Kementerian Pendidikan bagi memperuntukkan guru berkemahiran ICT dalam setiap sekolah menengah, bagi memberi kemahiran ICT kepada pelajar. Pasaran pekerjaan semasa memerlukan kakitangan yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan komputer. Begitu juga, pelajar yang mempunyai pengetahuan komputer dijangka dapat menyumbang lebih baik kepada masyarakat serta dapat berkhidmat sebagai warganegara yang baik serta mampu memahami isu etika dan manusia dalam era maklumat. Kekurangan kemahiran menyebabkan kumpulan ini menghadapi banyak cabaran terutamanya apabila pasaran kerja mengutama pemilikan literasi komputer.

8.0 RUJUKANAbdul Razaq, A., Norhasni, Z.A., Jamaludin B. and Pang S. W. 2009. Computer Usage AndAchievement Among Adults In Rural Area Malaysia, Journal of Social Sciences, 5(1):1-18Hazura Mohamed, Hairulliza Mohamad Judi, Siti Fadzilah M. Noor dan Zawiyah M. Yusof.2012. Jurang Digital Da Pendidikan Di Luar Bandar: Tahap Literasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Pelajar. Jurnal Teknologi Maklumat Dan Multimedia Asia-Pasifik. 1(2):1-13Johari Bin Hassan & Siti Norazlina Binti Kamisan. 2008. Halangan Terhadap PenggunaanKomputer dan ICT Di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Kalangan GuruSekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar Di Daerah Kulai Jaya, Johor, Universiti Teknologi Malaysia.Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad, 2007, ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Sharifah Maimunah bt Syed Zin, Julai 2001, Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran .Zalika Adam, Faridah Kassim, Mohamad Johdi Salleh. 2009. Memperkasakan Pendidikan LuarBandar. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009. 1-11

http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf\http://www.cikgukaunseling.com/2011/08/definisi-ict.html Malaysia SchoolNet http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ ( 14/12/2012)

Jaringan Pendidikan http://kdp.ppk.kpm.my/ ( 14/12/2012)

Pendidik Net http://www.teletre.com/pnm/ (14/12/2012)

9.0 LAMPIRAN

GGGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKANBorang soal selidik berkenaan Tahap Kemudahan ICT di Kawasan Luar Bandar.

Umur : _________________________Jantina : ___________________________Nama sekolah : ______________________________________________________________

Arahan : Sila tandakan () pada kotak yang berkenaan.

1. Adakah sekolah anda mempunyai prasarana dan kemudahan ICT yang lengkap?YaTidak

YaTidak

1. Adakah anda mempunyai matapelajaran yang menggunakan kemudahan komputer di sekolah?YaTidak

YaTidak

YaTidak

1. Berapa kerapkah anda mengunjungi pusat kemudahan ICT di sekolah dalam seminggu? _______________1. Adakah anda seorang yang mahir menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan laman sesawang (Google) ?YaTidak

YaTidak

YaTidak

1. Adakah pihak sekolah mengadakan kelas pembelajaran komputer selepas tamat waktu sekolah?YaTidak

YaTidak

YaTidak

1. Adakah pihak sekolah menggalakkan pelajar untuk mengakses laman sesawang di bilik ICT untuk tujuan pembelajaran semasa di sekolah?YaTidak

YaTidak

YaTidak

1. Pada pendapat anda, adakah kemahiran komputer amat penting bermula di bangku sekolah?YaTidak

YaTidak

YaTidak

1. Adakah kawan-kawan menggalakkan anda untuk berkunjung ke pusat ICT di sekolah?

YaTidakYaTidak

YaTidak

1. Adakah pihak sekolah menyediakan sistem pembelajaran secara maya yang memerlukan pelajar mengakses ke sistem tersebut untuk melakukan latihan?YaTidak

YaTidak

YaTidak

1. Adakah sistem pembelajaran di sekolah anda mewajibkan pelajar menggunakan kemudahan ICT?YaTidak

YaTidak

YaTidak