megajar di luar bidang pengkhususan

Upload: dyanatahar

Post on 30-May-2018

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    1/15

    Mengajar di Luar Bidang 149

    MENGAJAR DI LUAR BIDANG PENGKHUSUSAN: SEJAUH

    MANAKAH SERIUSNYA MASALAH INI DI MALAYSIA?

    Aini Hassan Wan Hasmah

    Wan Mamat

    Fakulti

    Pendidikan

    LJniversiti Malaya

    The phenomenon of out-of-field teaching is not a new problem in the

    local and international education scene. In view of recent discussions and

    research findings which linked the problem to the issue of teacher qualityand the effectiveness of teaching and learning, this article will highlight

    the incidence of out-of-field teaching in Malaysia. For this purpose,a set

    of data collected under the Intensified Research in Priority Areas (IRPA)

    research project conducted in 2003-2005 will be analyzed to illustrate

    the extent of out-of-field teaching in this country. Subsequently, another

    set of more recent data collected from a group of students undergoing

    the Post Graduate Diploma in Education program in one institution of

    higher learning is used to demonstrate that out-of-field teaching is still

    prevalent today. Finally, a number of implications and suggestions are

    discussed.

    Di Malaysia, sejak kebelakangan ini, bilangan yang memohon untuk memasuki profesion

    perguruan sangat ramai. Pada satu ketika pernah dilaporkan hampir 65,000 siswazah

    telah memohon untuk mengikuti kursus perguruan lepas ijazah sedangkan tempat yang

    ada hanya 5,000 (Teacher colleges now institutes, 2005). Sementara itu, kira-kira 82,000

    guru bukan-siswazah telah memohon untuk mendapatkan 2,000 tempat dalam program

    ijazah pertama dalam pendidikan di universiti-universiti. Di samping itu, bilangan guru

    siswazah yang diperlukan sentiasa ramai, iaitu 7,000 bagi sekolah menengah dan 16,000

    bagi sekolah rendah diperlukan setiap tahun sehingga 2010 (Teacher colleges, 2005).

    Dalam keadaan terdapat permintaan yang tinggi terhadap program persediaan guru

    seperti ini, mereka yang memohon datang daripada latar belakang disiplin yang sangat

    pelbagai dan sesetengahnya tidak mempunyai kaitan langsung dengan mata-mata pelajarandi sekolah. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika terdapat ramai mereka yang akhimya

    dipilih untuk mengikuti program dan seterusnya menjadi guru sebenarnya tidak menjalani

    pengajian dalam mata pelajaran yang mereka akhirnya mengajar di sekolah. Ringkasnya,

    mereka mengajar di luar bidang pengkhususan mereka {out-of-field teaching).

    Fenomena Pengajaran di Luar Bidang Pengkhususan

    Di Amerika Syarikat, Ingersoll (1996, 2000, 2001) telah membawa perhatian pendidik

    terhadap fenomena ini sejak satu dekad lalu. Seperti yang beliau definisikan, fenomena

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    2/15

    150 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

    ini bermakna guru "assigned to teach subjects for which they have little education or

    training" (him. 21). Satu kajian U.S. Department of Education juga mendefinisikan

    "teachers as out-of-field if they did not hold an undergraduate major or minor in the field

    in which they taught most courses" (Zumwalt & Craig, 2005, him. 174).

    Seperti yang Ingersoll (2001) tekankan, masalah ini merupakan satu masalah

    penting yang telah sekian lama tidak diakui {unrecognized) kerana tiadanya maklumat

    tepat tentangnya. Ingersoll menjelaskan, andaian penting yang mendasari penyelidikan

    tentang pengajaran di luar bidang pengkhususan ini adalah bahawa guru, temtamanya

    yang mengajar di sekolah menengah, hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan

    dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar. Oleh itu, beliau dan beberapa

    penyelidik lain telah menjalankan kajian tentangnya. Jerald (2002), misalnya, telah

    menggunakan data daripada School and Staffing Survey tahun 1999-2000 dari U.S.

    Department of Education untuk meneliti isu ini di sekolah menengah. Beliau mendapatibahawa sekolah menengah di negara itu mempunyai kadar yang tinggi pengajaran di luar

    bidang pengkhususan dalam mata-mata pelajaran akademik asas. Tambah beliau lagi, apa

    yang membimbangkan adalah bukan sahaja masalah ini tidak dapat dikurangkan antara

    1993-94 dengan 1999-2000, malah "the problem actually got somewhat worse, a change

    largely driven by higher rates of out-of-field teaching in the nation's lowest-income and

    highest-minority schools, the very schools where students need good teaching the most

    desperately" (him. 1).

    Seastrom, Gruber, Henke, McGrath, dan Cohen (2002) pula mengkaji isu ini daripada

    perspektif murid, iaitu peratusan murid yang diajar oleh guru yang mengajar di luar bidang

    pengkhususan mereka. Apabila ini diukur berdasarkan sama ada guru mempunyai major,

    minor, atau sijil dalam mata pelajaran yang mereka ajar, mereka mendapati, di peringkat

    middle school dalam tahun 1999-2000,11 hingga 14 peratus murid yang mengambil matapelajaran sains sosial, sejarah, dan bahasa asing; dan 14 hingga 22 peratus yang mengambil

    Bahasa Inggeris, matematik, dan sains diajar oleh guru "di luar bidang" {out-of-field). Di

    peringkat sekolah tinggi, antara 5 hingga 10 peratus murid dalam mata pelajaran Bahasa

    Inggeris, matematik, sains, sains sosial termasuk sejarah, seni, muzik, dan pendidikan

    jasmani mendapat guru yang sedemikian. Apabila definisi "di luar bidang" ditakrif sebagai

    guru yang tidak mempunyai sijil dan major dalam mata pelajaran yang diajar, peratusan

    pengajaran di luar bidang pengkhususan didapati meningkat.

    Beberapa pengkaji lain telah melihat isu ini secara spesinknya dalam mata pelajaran

    mereka. Shimon dan Brawdy (2001) berhujah menentang pengajaran di luar bidang

    pengkhususan bagi mata pelajaran pendidikan jasmani. Brown (2003) pula menggunakan

    data U.S. Department of Education untuk melihat pengajaran di luar bidang pengkhususandalam mata pelajaran Sejarah. Bagi tahun 1999-2000, Brown mendapati 71% guru

    Sejarah middle school tidak membuat pengkhususan major atau menerima pensijilan

    dalam sejarah, sementara 11.5% tiada pengkhususan major atau minor atau menerima

    pensijilan dalam mata pelajaran itu. Di peringkat sekolah tinggi, beliau mendapati 62.5%

    tidak mempunyai major atau pensijilan dalam sejarah, sementara 8.4% tidak mempunyai

    major, minor, atau sijil dalam mata pelajaran itu.

    Kewujudan fenomena ini di Malaysia juga telah sekian lama tidak diberi perhatian

    serius. Misalnya, data tahun 1991 bagi mata pelajaran Sejarah sahaja menunjukkan

    hampir separuh (46.3%) daripada guru yang mengajar Sejarah di sekolah menengah tidak

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    3/15

    Mengajar di Luar Bidang 151

    mempunyai latihan khusus dalam mata pelajaran itu (Kementerian Pendidikan Malaysia,

    1991). Terkini, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuatkenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di

    negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan

    guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca

    daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch): kawasan bandar

    rnempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru

    yang mencukupi. Misalnya, terdapat terlalu ramai guru Bahasa Malaysia.

    Untuk meninjau tahap pengajaran di luar bidang pengkhususan di negara ini, data

    daripada satu penyelidikan di bawah peruntukan program Intensification of Research

    in Priority Areas (IRPA) dianalisis dan dibincangkan. Di samping itu, satu set data

    tentang latar belakang pengkhususan sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti satu

    program terkini, iaitu program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (DPLI) dianalisis dandibincangkan juga untuk melihat sejauh mana fenomena ini masih berterusan.

    Data dari Kajian IRPA

    Data yang dibincangkan di sini diambil daripada satu penyelidikan yang dijalankan di

    bawah peruntukan IRPA RMK8 dalam tahun 2003-2005. Secara khususnya, data ini

    diambil daripada maklumat latar belakang responden yang memberi respon kepada soal

    selidik yang bertujuan meninjau persepsi guru berhubung dengan asas pengetahuan yang

    diperlukan bagi pengajaran berkesan dan persediaan yang mereka telah terima baginya

    dalam program pendidikan guru yang telah mereka lalui. Kajian melibatkan 900 orang guru

    yang berada dalam tiga tahun pertama pengalaman mengajar di bilik darjah setelah tamat

    program pendidikan guru. Kaedah persampelan strata (stratified sampling) digunakan,

    iaitu pembahagian kepada enam zon: Selatan (Johor), Utara (Pulau Pinang), Timur

    (Kelantan), Tengali (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Sabah dan Sarawak. Seramai

    150 orang guru telah dipilih setiap negeri/zon. Soal selidik berserta dengan sampul surat

    bersetem dan beralamat sendiri telah dihantar pada bulan Jun 2004. Sebanyak 401 soal

    selidik yang telah diisikan (kadar pulangan 44.5%) telah diterima.

    Data yang dibincangkan di sini diperoleh daripada bahagian pertama soal selidik

    itu yang bertujuan mendapatkan maklumat latar belakang responden seperti jantina,

    umur, bilangan tahun mengajar, kelayakan responden seperti peringkat kelayakan dan

    pengkhususan pertama serta kedua. Juga diperoleh, maklumat tentang kerjaya sebagai guru

    khususnya dari segi mata pelajaran yang diajar dan tugas yang dipegang selain mengajar.

    Dalam bahagian yang berikut dibincangkan dapatan kajian berhubung dengan latar

    belakang pengkhususan dan mata pelajaran yang diajar oleh guru responden. Analisisini bertujuan memperlihatkan sejauh mana pengajaran di luar bidang pengkhususan

    wujud di Malaysia.

    Hubungan antara Latar Belakang Pengkhususan dan Mata Pelajaran yang Diajar

    Bahagian ini membincangkan dapatan kajian tentang pengkhususan guru dan kaitannya

    dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah. Perbincangan akan dibahagikan kepada dua

    bahagian iaitu pengkhususan guru dan kesepadanan antara bidang pengkhususan dengan

    mata pelajaran yang diajar di sekolah.

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    4/15

    152 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1)

    Pengkhususan guru, Dapatan kajian menunjukkan pengkhususan yang sangat pelbagai

    telah diambil oleh guru semasa mereka di peringkat ijazah pertama, iaitu 55 bidangpengajian telah dikenal pasti menjadi pengkhususan mereka seperti yang ditunjukkan

    dalam Jadual 1 (17 orang responden tidak menyatakan bidang pengkhususan mereka).

    Jadual l

    Pengkhususan Pertama/Major di Universiti

    Bi! Bidang Pengkhususan Bilangan Guru

    1. Perakaunan 32

    2. Matematik 30

    3. Bahasa Melayu 29

    4.Bimbingan dan Kaunseling

    28

    5. Kimia 26

    6. Biologi 20

    7. TESL 20

    8. Pengurusan 13

    9. Ekonomi 13

    10. Sejarah 12

    11. Teknologi Maklumat 12

    12. Fizik 11

    13. Bahasa Arab 10

    14. Geografi 10

    15. Sastera 9

    16. Pendidikan Sains 8

    17. Sains Komputer 7

    18. Sains Sukan 6

    19. Pendidikan Seni 6

    20. Perdagangan 5

    21. Kejuruteraan Mekanikal 5

    22. Kejuruteraan Elektrik 5

    23. Statistik 5

    Selain bidang-bidang pengkhususan di atas, terdapat empat bidang, iaitu Seni Reka

    Perindustrian, Pentadbiran, Bahasa Cina, dan Pendidikan Islam yang setiap satunya

    empat orang guru. Lima bidang lain, iaitu Hortikultur, Sains Pemakanan, Bangunan,

    Perniagaan, dan Kemahiran Hidup, setiap satunya terdapat tiga orang guru. Enam lagi

    bidang terdapat dua orang guru setiap satunya: Sains Bahan, Pengurusan Pelancongan,

    Kejuruteraan Awam, Pemasaran, Usuluddin, dan Perundangan Islam. Sementara itu,

    terdapat 17 lagi bidang yang masing-masing menjadi pengkhususan seorang guru, iaitu:

    Biokimia, Bioperubatan, Pengajian Asia Tenggara, Perancangan Bandar, InternationalMengajar di Luar Bidang 153

    Business, Genetik, Kejuruteraan Gas, Comparative Religion, Lukisan Kejuruteraan,

    Psikologi, Sains Politik, Perikanan, Ukur, Komunikasi, Bioindustri, Kawalan, PendidikanJasmani dan Kesihatan, Geologi, dan Multimedia,

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    5/15

    Mata pelajaran yang diajar. Merujuk kepada mata pelajaran yang diajar di sekolah,

    dapatan menunjukkan pelbagai mata pelajaran diajar oleh guru-guru yang terlibat dalam

    kajian ini.Terdapat 35.mata pelajaran pertamayang disenaraikan oleh guru (lihat Jadual 2).

    Jadual2

    Mata Pelajaran Pertama yang Diajar di Sekolah

    Bil Mata Pelajaran Bilangan Guru

    1. Sains 43

    2 Matematik 42

    3. Bahasa Melayu 39

    4. Bahasa Inggeris 30

    5. Kemahiran Hidup 24

    6.Pendidikan Islam

    20

    7. Sejarah 17

    8. Pendidikan Seni 15

    9. Fizik 14

    10. Pengajian Am 13

    11. Kirnia 13

    Bagi dua mata pelajaran, iaitu Perdagangan dan Reka Cipta, terdapat 10 orang guru,

    sementara empat mata pelajaran yang berikut, terdapat sembilan orang guru: Biologi,

    Geografi, Bahasa Arab, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dua mata pelajaran

    berikut pula terdapat lapan orang guru: Perakaunan dan Bimbingan dan Kaunseling, dan

    dua lagi mata pelajaran, iaitu Bahasa Cina dan Sains Pertanian, masing-masing terdapat

    enam orang guru. Bagi mata-mata pelajaran Ekonomi Asas pula terdapat lima orang;

    empat orang bagi mata pelajaran Komputer, sementara dua mata pelajaran lain, iaitu

    Matematik Tambahan dan Pendidikan Moral, masing-masing terdapat tiga orang guru.

    Seterusnya, tiga mata pelajaran, iaitu Lukisan Kejuruteraan, Bahasa Iban dan Multimedia,

    masing-masing terdapat dua orang guru, dan empat mata pelajaran lain masing-masing

    terdapat seorang guru: Malaysian University English Test (MUET), Tasawwur Islam,

    Syariah Islamiah, dan Sastera Melayu.

    Kesepadanan pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar. Dapatan kajian ini

    jelas menunjukkan berlakunya ketidaksepadanan antara pengkhususan guru denganmata pelajaran yang diajar, iaitu sangat ramai guru didapati mengajar di luar bidang

    pengkhususan mereka. Data daripada tujuh mata pelajaran yang paling ramai bilangan

    guru yang mengajarnya, menunjukkan ketidaksepadanan ini agak kritikal. Tujuh mata

    pelajaran tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Kemahiran

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    6/15

    154 Jumal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1)

    Hidup, Pendidikan Islam, dan Sejarah. Mata-mata pelajaran lain juga menunjukkan aliran

    yang sama. Bagaimanapun hanya lima mata pelajaran teras sahaja yang akan dibincangkansecara terperinci di sini, iaitu: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan

    Sejarah.

    (i) Mata pelajaran Bahasa Melayu

    Bagi mata pelajaran ini, dapatan menunjukkan guru yang mengajar terdiri daripada mereka

    yang mengikuti pelbagai pengkhususan. Rajah 1 menunjukkan 51%, iaitu 20 daripada 39

    orang guru yang mengajar mata pelajaran ini tidak membuat pengkhususan dalam bidang

    bahasa tetapi membuat pengkhususan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling (10%,

    4), Geografi (5%, 2), Pengurusan Pendidikan (6%, 3), Kejuruteraan Mekanikal (6%, 3),

    manakala Biologi, Perakaunan, Sastera Inggeris, Sains Komputer, Sejarah, Sains Sukan,

    Pentadbiran dan Sastera Melayu masing-masing seorang.

    Pengkhususan Guru Yang Mengajar Bahasa Melayu (%)

    1 Bahasa Melayu

    13 Bim.&Kaun

    12 Geografi

    11 Peng dgn Pend

    10 Kej.Mekanikal

    9 Biologi

    8 Perakaunan

    7 Sastera

    6 Sains Komputer

    s Sejarah

    4 Sains Sukan

    3 Pentadbiran

    2 Sastera Melayu

    Rajah 1. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

    (ii) Mata pelajaran Bahasa Inggeris

    Peratusan yang sama juga, iaitu 51% (16) daripada 30 orang guru yang mengajar mata

    pelajaran Bahasa Inggeris tidak membuat pengkhususan dalam bidang yang berkaitan

    dengan mata pelajaran ini. Dapatan menunjukkan 49% (14) daripada guru Bahasa

    Inggeris mempunyai pengkhususan dalam bidang berkaitan manakala 7% (2) lagi

    mempunyai pengkhususan dalam bidang Sastera Inggeris. Selebihnya terdiri daripada

    guru yang membuat pengkhususan dalam bidang Perakaunan (15%, 5), Ekonomi (11%,

    5%

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    7/15

    Mengajar di Luar Bidang 155

    3), dan raasing-masing seorang dalam Bimbingan dan Kaunseling, Pengurusan dengan

    Pendidikan, Sains Komputer, Kejuruteraan Elektrik, Comparative Religion, dan Psikologi.(RujukRajah2).

    PengMiususanGuru YangMongajar Bahasa Inageris(%)15%

    Rajah 2. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris

    (iii) Mata pelajaran Sains

    Bagi mata pelajaran Sains pula, dapatan menunjukkan bahawa bukan hanya guru-guru

    yang mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang sains mengajar mata pelajaran

    ini, tetapi ada juga dalam kalangan mereka yang datang daripada latar belakang bukan

    sains. Rajah 3 menunjukkan ada daripada mereka membuat pengkhususan dalam bidang

    Perakaunan (7%, 3), Bimbingan dan Kaunseling (5%, 2), Geografi (5%, 2), Sastera Inggeris

    (2%, 1), dan Pengurusan dengan Pendidikan (2%, 1). Peratusan selebihnya adalah terdiri

    daripada guru yang membuat pengkhususan dalam pelbagai bidang sains, seperti Kimia(26%, 12), Biologi (17%, 8), Matematik (5%, 2), Fizik (5% 2), manakala Sains Komputer,

    Genetik, Sains Pemakanan dan Kesihatan, Kejuruteraan Awam, Statistik, Sains Aktuari,

    Perikanan, dan Geologi masing-masing seorang.

    Sastera

    5 Bim.& Kaun

    6 Peng dgn Pend

    Sains

    Komputer

    s Kej. Eletrik

    9 CompReligion

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    8/15

    156 Jurnal Pendidikan 2007. Jilid 27(1)

    Rajah 3. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Sains

    (iv) Mata pelajaran Matematik

    Mata pelajaran ini yang menjadi mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah

    menengah juga diajar oleh guru daripada pelbagai bidang pengkhususan. Analisis

    data menunjukkan 41% (18) daripada 42 orang guru yang mengajar mata pelajaran ini

    berpengkhususan Matematik dan yang selebihnya, iaitu 59% (24), terdiri daripada guru-

    guru yang pengkhususan utamanya bukan Matematik. Mereka terdiri daripada guru yang

    berpengkhususan Kimia (8%, 4),Teknologi Maklumat (8%, 4), Perakaunan (5%, 2), Sains

    Komputer (5%, 2), Statistik (5%, 2), TESL (5%, 2), Ekonomi (5%, 2), manakala Fizik,

    Pengurusan dengan Pendidikan, Perdagangan, International Business, Kejuruteraan Gas,dan Kawalan masing-masing seorang (3%) (rujuk Rajah 4). Bagaimanapun, kebanyakan

    daripada pengkhususan ini ada kaitannya dengan matematik dan sains melainkan bagi

    guru yang membuat pengkhususan TESL dan Pengurusan dengan Pendidikan.

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    9/15

    Mengajar di Luar Bidang 157

    Pengkhususan Guru Yang Mengajar Matematik (%)

    1 Matematik

    2 Kimia3 Tek. Maklumat4 Perakaunan5 Sains Komputer6 Statistik7 TESL8 Ekonomi

    9 Fizik10 Peng dgn Pend

    11 Perdagangan12 Int. Business13 Kej. Gas14 Kawalan

    Rajah 4. Pengkhususan guru yang mengajar mata pelajaran Matematik

    (v) Mata pelajaran SejarahSebagai salah satu daripada mata pelajaran teras di sekolah menengah, mata pelajaran

    Sejarah sepatutnya diajar oleh guru yang berpengkhususan Sejarah. Bagaimanapun,

    dapatan kajian menunjukkan hanya 27% (5) daripada 17 orang guru yang didapati

    mengajar mata pelajaran ini membuat pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12)

    lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka merangkumi pelbagai

    bidang yang tidak berkaitan. Rajah 5 menunjukkan 10% (2) daripada mereka terdiri

    daripada guru yang membuat pengkhususan dalam bidang Geografi, masing-masing 11%

    (2) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala

    masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi, Bahasa Melayu,

    Sains Sukan dan Sains Politik.

    3%

    41%

    5%

    5%

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    10/15

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    11/15

    Mengajar di Luar Bidang 159

    Data daripada Program Terkini

    Untuk melihat sama ada aliran ketidaksepadanan yang sama dan seterusnya pengajaran

    di luar bidang pengkhususan masih berterusan hingga kini, satu tinjauan telah dilakukan

    terhadap sekumpulan pelajar yang sedang mengikuti Program Diploma Pendidikan Lepas

    Ijazah (DPLI) di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA). Satu borang soal

    selidik ringkas yang menanyakan maklumat demografi dan latar belakang pengkhususan

    mereka semasa di institusi pengajian tinggi (IPT) telah diedarkan kepada mereka. Pelajar

    juga ditanya tentang sama ada mereka telah menduduki peperiksaan yang dikehendaki,

    sama ada mereka lulus atau tidak, dan juga sama ada mereka telah ditemu duga atau tidak

    sebelum diterima mengikuti program berkenaan.

    Program DPLI. Seperti yang dinyatakan dalam penguruuman yang dibuat oleh

    Kementenan Felajaran Malaysia (KPM) dalam laman webnya pada 11 Jamian 2007,

    program DPLI di IPTA merupakan program khas kerjasama KPM dan Kementerian

    Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk menyediakan keperluan guru di sekolah

    menengah bagi tahun 2008. Mengikut penguruuman itu lagi, calon program khas ini telah

    dipilih daripada mereka yang lulus Malaysian Teacher Selection Test (MTeST) yang

    dikendalikan oleh KPM, dan "calon akan ditemu duga untuk memastikan mereka benar-

    benar berminat, layak dan sesuai menjadi guru" (lihat www.moe.gov.my).

    Dapatan tinjauan, Bagi kumpulan pelajar yang dibincangkan di sini, mata

    pelajaran yang terlibat ialah Matematik dan Teaching of English as a Second Language

    (TESL). Data menunjukkan, bagi mata pelajaran Matematik kesemua 19 (100%) orangpelajar yang mengikuti program DPLI untuk mengajar mata pelajaran ini memperoleh

    ijazah dalam aliran sains dari IPT tempatan, iaitu sama ada Sarjana Muda Sains (Fizik,

    Komputer, Matematik, Statistik) atau SarjanaMudaKejuruteraan (Aero Angkasa,Elektrik/

    Elektronik, Mekanikal, Perisian, Sistem Maklumat). Keadaan di sebaliknya didapati bagi

    pelajar yang mengikuti program TESL, iaitu kesemua 21 (100%) orang pelajar didapati

    tidak membuat pengkhususan berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Hanya

    seorang pelajar yang telah memperoleh ijazahnya dari negara yang bahasa pengantarnya

    Bahasa Inggeris, iaitu di Scotland, sementara yang lainnya semua merupakan graduan

    institusi pengajian tinggi tempatan. Jadual 3 memaparkan pelbagai jenis ijazah yang

    mereka peroleh.

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    12/15

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    13/15

    Mengajar di Luar Bidang 161

    graduan yang lulus daripada universiti tempatan pada tahun 2006 lalu mempunyai tahap

    kecekapan bahasa Inggeris yang sangat rendah (English proficiency, 2007),Keseriusan perkara ini semakin terserlah apabila kandungan program Sarjana

    Muda TESL dianalisis; dapat dikenal pasti kira-kira 42% daripada kandungan kurikulum

    mengkhusus kepada aspek pengetahuan isi kandungan. Selain daripada kecekapan Bahasa

    Inggeris, pelajar mempelajari tentang pelbagai komponen bahasa dan pengajarannya seperti

    tatabahasa, linguistik, bacaan, penulisan dan kesusasteraan. Oleh itu, timbul persoalan

    yang berikut: Bolehkah pelajar program DPLI pengkhususan TESL yang sangat kurang

    asas pengetahuan isi kandungan mereka menjadi guru mata pelajaran Bahasa Inggeris

    yang berkualiti?

    Penulisan dan kajian di Amerika Syarikat juga mengaitkan pengajaran di luar

    bidang pengkhususan ini dengan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, Zumwalt

    dan Craig (2005) merujuk kepada data daripada U.S. Department of Education, yang

    menunjukkan pengajaran di luar bidang pengkhususan "is one of the least recognized

    causes of underqualified teachers" (him. 174). Walaupun seperti yang dirumuskan oleh

    Floden dan Meniketti (2001), bukti tentang kesan kerja kursus di peringkat ijazah dasar/

    pertama adalah "extremely thin, with the exception of studies about the connections

    between secondary-school pupils' mathematics achievement and the amount of college

    mathematics taken by those pupils' teachers" (him. 287), ini tidak bermakna fenomena

    pengajaran di luar bidang pengkhususan tidak patut ditangani. Floden dan Meniketti juga

    menegaskan perkara ini dengan pernyataan ini:

    The intuitive sense that teachers should know their subject and understand

    how people learn is powerful, perhaps as powerful as the sense that doctors

    should know anatomy and understand how medicines work. (him. 287)

    Sehubungan itu, konsepsi tentang skop pendidikan guru perlu diperluaskan:

    "pendidikan guru" tidak boleh ditakrifkan sebagai merangkumi hanya kursus-kursus

    kaedah dan pengalaman praktikum yang berorientasikan amali, tetapi merangkumi juga

    kerja kursus di peringkat ijazah pertama. Seperti kata seorang tokoh terkenal pendidikan

    guru di Amerika Syarikat, pendidikan guru "extends well beyond experiences in the

    professional component to include subject matter and general education courses offered

    by faculty in the arts and sciences" (Grossman, 2005, him. 426).

    Dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang ditekankan dalam Pelan

    Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang diumumkan baru-baru ini, isu pengajaran

    di luar bidang pengkhususan perlulah diberi perhatian yang lebih serius. Jika seperti yang

    ditekankan oleh Ingersoll (2000), data menunjukkan sumber pengajaran di luar bidang

    pengkhususan terletak pada "a lack of fit between teachers' fields of training and their

    teaching assignments" (him. 3), perlu difikirkan dan dilaksanakan mekanisme untuk

    memastikan guru diberi tugasan mengajar mata pelajaran yang menjadi pengkhususan

    mereka. Di samping itu, dan mungkin lebih penting lagi, adalah memastikan calon yang

    diterima untuk mengikuti program pendidikan guru lepas ijazah bagi sesuatu mata pelajaran

    telah membuat pengkhususan dalam mata pelajaran itu ataupun sekurang-kurangnya

    dalam bidang yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan. Perkara ini dijangka

    tidaklah begitu sukar dilaksanakan dalam situasi permintaan terhadap tempat dalam

    program sedemikian tersangat tinggi seperti yang disebut pada awal perbincangan.

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    14/15

    162 Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27(1)

    Penutup

    Seperti yang cuba dilakukan oleh Ingersoll (1996,2000,2001) di Amerika Syarikat, artikel

    ini telah cuba menarik perhatian semua pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan,

    khususnya pendidikan guru di Malaysia, terhadap fenomena pengajaran di luar bidang

    pengkhususan. Perkara ini adalah kerana, sama seperti di negara itu, walaupun masalah

    ini telah sekian lama wujud, ia seperti tidak diakui keseriusannya seperti yang jelas

    tergambar daripada situasi semasa yang tidak menunjukkan pengurangannya. Sikap ini

    juga tergambar daripada amalan pemilihan calon bagi mengikuti program pendidikan

    guru lepas ijazah yang seolah-olah tidak mengambil kira langsung pengkhususan calon

    pada peringkat ijazah pertama. Oleh sebab jangka masa program pendidikan guru lepasan

    ijazah yang singkat, iaitu kira-kira 10 bulan sahaja, tumpuan terhadap aspek pengetahuan

    isi kandungan adalah sangat cetek dan ini dikhuatiri akan memberi kesan negatif terhadapkualiti pengetahuan isi kandungan yang akan guru sampaikan kepada pelajar.

    Ringkasnya, dalam konteks usaha meningkatkan kualiti guru seperti yang

    digariskan dalam PIPP, dan pada masa yang sama bertambahnya bukti empirikal akan

    kepentingan pengetahuan isi kandungan dalam asas pengetahuan bagi pengajaran, semua

    pihak yang terlibat perlulah mengambil langkah untuk mengurangkan pengajaran di luar

    bidang pengkhususan. Perkara ini adalah kerana latar belakang pengkhususan guru boleh

    mempunyai kesan langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku

    di bilik darjah.

  • 8/14/2019 Megajar Di Luar Bidang Pengkhususan

    15/15

    Mengajar di Luar Bidang 163

    Rujukan

    Brown, S, D. (2003). State certification requirements for History teachers. ERIC Digest

    (ERIC Document Reproduction Service No ED482210).

    English proficiency still low at local universities. (2007, 23 Januari), The New Straits

    Times. Dimuat turun pada 10 April 2007, daripada http://www.nst.com.my

    Floden, R. E., & Meniketti, M. (2005). Research on the effects of coursework in the arts

    and sciences and in the Foundations of Education. Dalam M. Cochran-Smith & K.

    M. Zeichner (Sid, Ed.), Studying teacher education: The Report of the AERA Panel

    on Research and Teacher Education (him. 261-308). Washington, DC: American

    Educational Research Association.

    Grossman, P. (2005). Research on pedagogical approaches in teacher education. Dalam

    M. Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Sid. Ed.),Studying teacher education: The

    Repoil of trie AERA ru/idl on Research ciiiti TeacTiei Education (Will. 425-470).

    Washington, DC: American Educational Research Association.

    Ingersoll, R. (1996). Are high school teachers teaching core subjects without college

    majors or minors in those subjects? (ERIC Document Reproduction Service No.

    ED395720).

    Ingersoll, R. M. (2000). Out-of-field teaching. ERIC Digest(ERIC Document Reproduction

    ServiceNo.ED449119).

    Ingersoll, R. M. (2001). Rejoinder: Misunderstanding the problem of out-of-fi eld teaching.

    Educational Researcher, 30(1), 21-22.

    Jerald, C. D. (2002). All talk, no action: Putting an end to out-of-field teaching. (ERIC

    Document Reproduction Service No. ED46874).

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Laporan kajian kedudukan pengajaran danpembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah, Kuala Lumpur: Penulis. Murray,

    F. B. (Ed.) (1996). The teacher educator's handbook: Building a knowledge base

    for the preparation of teachers. San Francisco: Jossey-Bass.

    Penempatan guru tidak seimbang. (2006, 27 Januari). Utusan Malaysia, Dimuat turun

    pada 20 Mei 2007, daripada http://www.utusan.com.my Seastrom, M. M., Gruber,

    K. J., Henke, R., McGrath, D. J., & Cohen, B. A. (2002).

    Qualifications of the public school teacher workforce: Prevalence of out-of-field

    teaching, 1987-88 to 1999-2000. Statistical analysis report. (ERIC Document

    Reproduction Service No. ED468740)

    Shimon, J. M., & Brawdy, P. (2001). A good teacher can teach anything? (ERIC Document

    Reproduction Service No. ED462382)

    Shulman, L. S. (1986). Those who understand: Knowledge growth in teaching. Educational

    Researcher, 75(2), 4-14.

    Shulman, L. S. (1997). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard

    Educational Review, 57(1), 1-22.

    Teacher colleges now institutes. (2005, Julai 15). The New Straits Times. Dimuat turun

    pada 8 April, 2007, daripada http://www.nst.com.my

    Zumwalt, K., & Craig, E. (2005). Teachers' characteristics: Research on the indicators of

    quality. Dalam M. Cochran-Smith & K. M. Zeichner (Sid. Ed.), Studying teacher

    education: The Report of the AERA Panel on Research and Teacher Education

    (him. 157-260). Washington, DC: American Educational Research Association.