pengurusan

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEM2403 PENGURUSAN KONFLIK DALAM HAL EHWAL PELAJAR NAMA : ARDIANAH BINTI AMRAN NOMBOR MATRIK : 811107125276002 NO KAD PENGENALAN : 811107-12-5276 E-MAIL : [email protected] NO. TELEFON : 016-441 1577 PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU MEI 2015 1

Upload: milly-hafizah-mohd-kanafia

Post on 19-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengurusan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEM2403

PENGURUSAN KONFLIK DALAM HAL EHWAL PELAJAR

NAMA : ARDIANAH BINTI AMRAN

NOMBOR MATRIK : 811107125276002

NO KAD PENGENALAN : 811107-12-5276

E-MAIL : [email protected]

NO. TELEFON : 016-441 1577

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

MEI 2015

1

Page 2: Pengurusan

ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT

01 PENGENALAN 3

02 KAEDAH PENGUMPULAN DATA 5

03 TUGAS DAN PERANAN SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR

7

04 SENARAI TUGAS GURU PKHEM DALAM MODUL 1 KURSUS DAN TUGAS GURU PKHEM SEBENAR

9

05 PENILAIAN TERHADAP PRESTASI GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR

9

06 KESIMPULAN 12

07 RUJUKAN 12

2

Page 3: Pengurusan

1.0 PENGENALAN

Di negara barat seperti Amerika dan Syarikat, pengurusan personalia pelajar yang lebih

dikenali sebagai Perkhidmatan Bantuan (student services) atau Perkhidmatan Personelia

Pelajar (student personnel services) pada awal 1920-an yang bermula di instituti pengajian

tinggi dan kemudiannya berkembang pula sehingga ke peringkat sekolah. Dengan berpegang

kepada pendapat bahawa sedangkan mahasiswa di pengajian tinggi yang lebih dewasa pun

memerlukan perhatian dalam aspek peribadi, kanak-kanak di sekolah tentulah lebih

memerlukan perhatian dalam aspek-aspek yang disebutkan.

Nordin (1993:17) memetik kandungan buku Sturtevant dan Hayes (1930) yang menyatakan

bahawa aspek perkhidmatan yang disediakan oleh pekerja personelia murid di barat pada

peringkat awal meliputi bimbingan pelajaran dan pekerjaan, pelanggaran disiplin, moral, hal-

hal sosial, masalah kesihatan tubuh badan dan faktor ekonomi yang menganggu kehidupan

sebagai pelajar. Nama-nama jawatan yang pernah dicatatkan dalam Education Research

Bulletin pada awal sejarah perkhidmatan ini termasuklah pegawai penjaga kedatangan murid,

guru pelawat, ahli psikologi sekolah, ahli psikitri sekolah, penyelia dan pegawai kesihatan

sekolah.

Seperti juga di negara-negara barat, di Malaysia, perkhidmatan hal ehwal pelajar secara rasmi

juga dimulakan di peringkat universiti iaitu pada penghujung tahun 1960-an dan awal 70-an

ekoran gerakan agresif para mahasiswa universiti dan kemudiannya kerajaan mewujudkan

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mewujudkan jawatan Timbalan Naib

Canselor Disiplin buat pertama kalinya yang kemudiannya diubah kepada Timbalan Naib

Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Di peringkat sekolah, perkhidmatan yang secara konsepnya termasuk di bawah ruang lingkup

personalia murid telah lama wujud. Tugas menjaga disiplin pelajar sebenarnya telah wujud

menyamai sejarah pendidikan formal pendidikan di Malaysia itu sendiri. Perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling pula wujud pada awal tahun 1960-an. Bagaimanapun

perkhidmatan `hal ehwal murid’ secara formal adalah fenomena awal tahun 1980-an. Jawatan

Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) hanya diisi dan diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran

pada awal tahun tersebut. Ini meliputi semua sekolah menengah hingga ke sekolah rendah.

Pengurusan Hal Ehwal Murid atau personalia pelajar dalam konteks negara Malaysia pula

pada asasnya mestilah bertunjangkan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Dasar

3

Page 4: Pengurusan

Pendidikan Kebangsaan (DPK). Dengan kata-kata lain, pengurusan HEM yang dikendalikan

dalam semua instituti pendidikan termasuklah di sekolah hendaklah dilaksanakan

berpandukan falsafah, dasar, aspirasi dan sistem pendidikan di negara ini. Berdasarkan

pegangan falsafah ini, maka segala urusan berkaitan perkhidmatan dan pengurusan Hal

Ehwal Murid bukan sahaja bertepatan dengan matlamat sekolah, tetapi juga matlamat negara.

Prinsip dan strategi dalam pengurusan HEM di sekolah amatlah mustahak demi mencapai

keberkesanan sesuatu program khususnya untuk membina sahsiah pelajar. Prinsip yang tepat

dan praktikal pasti akan dapat menentukan halatuju pengurusan sesuatu program. Kawalselia

dan penyelarasan juga akan dapat mengurangkan masalah. Jadi beberapa prinsip yang sesuai

untuk menentukan pengurusan HEM berasaskan kepada satu sistem yang terancang dan

teratur.

Salah seorang kakitangan di sekolah yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal

pelajar ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dalam tugasan ini, peranan seorang

guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) akan dibincangkan, setereusnya, peraman

sebear seoramg PKHEM akan dibandingkan dengan apa yang dinyatakan dalam Modul 1

Kursus. Akhir sekalii penilaian terhadap prestasi PKHEM.

2.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Bagi mendapatkan informasi yang terperinci, terdapat 2 kaedah yang telah di lakukan untuk

mendapatkan maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab guru PKHEM. Antaranya

ialah kaedah temubual dan juga penelitian terhadap dokumen dan rekod.

Kaedah Temubual

Kaedah yang pertama di gunakan ialah melalui kaedah temubual terhadap Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang telah dipilih dan juga 2 orang kakitangan sekolah.

Guru yang dipilih ini telah berpengalaman mengajar selama lebih 10 tahun. Selain itu, dua

orang kakitangan sekolah juga akan ditemubual berkaitan prestasi guru tersebut dan mereka

merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid.

Pertama sekali, temubual dijalankan dengan merancang temujanji terhadap guru dan juga 2

orang kakitangan sekolah yang telah dipilih. Bagi memastikan jawapan kepada temubual

tidak dipengaruhi oleh jawapan yang lain, temubual akan dijalankan secara berasingan.

4

Page 5: Pengurusan

Seterusnya, masa, tarikh dan tempat perjumpaan akan diserahkan kepada responden bagi

menentukan mengikut kesediaan mereka.

Sebelum memulakan temubual, objektif dan tujuan temubual haruslah diketahui dengan jelas.

Untuk tujuan menyiapkan tugasan ini, temubual bersama guru tersebut adalah untuk

mengetahui apakah peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Guru Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid di sekolah dipilih. Manakala dua orang kakitangan sekolah yang dipilih pula

akan di tanya berkaitan dengan prestasi guru ini kerana mereka adalah orang yang bekerja

dan bekerjasama bersama guru tersebut.

Selepas itu, soalan-soalan akan dirangka bersesuaian dengan objektif kajian serta tidak

menyentuh mana-mana sensitivity responden. Berikut merupakan antara soalan yang akan di

tanya kepada responden:

Soalan kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

1. Sudah berapa lamakah tuan/puan berkhidmat sebagai guru PKHEM?

2. Apakah tanggungjawab dan peranan utama tuan/puan sebagai seorang guru PKHEM?

3. Adakah tuan/puan pernah merasa tidak mampu dalam melaksanakan tugasan yang

diberi?

4. Sejauh manakah pencapaian tuan/puan dalam bidang ini?

Soalan kepada kakitangan sekolaah

1. Berapa lamakah anda telah berkhidmat dan bekerjasama dengan guru PKHEM di

Sekolah ini?

2. Adakah guru PKHEM anda seorang yang mudah dibawa berbincang?

3. Apakah pendapat anda tentang guru PKHEM dari segi cara kerja dan tanggungjawab

beliau?

4. Daripada 1 hingga 10 dimana 10 adalah terbaik dan 1 adalah terburuk, apakah markah

yang anda berikan kepada beliau?

Sesi temubual berjalan dengan baik dan lancer. Ini kerana, responden tidak ditanyakan

soalan-soalan yang boleh menyinggung perasaan dan sensitivity mereka. Temunual yang

dijalankan bermula dan berakhir pada masa yang telah ditetapkan.

5

Page 6: Pengurusan

2.2 Kaedah penyelidikan / penelitian

Seterusnya, kaedah kedua pula yang di lakukan untuk mendapatkan maklumat adalah dengan

cara menggunakan kaedah penyelidikan melalui penelitian terhadap dokumen dan rekod.

Rekod dan dokumen yang di teliti ialah rekod dan dokumen berkaitan Hal Ehwal Pelajar

selama guru tersebut berkhidmat. Dokumen dan rekod ini disediakan oleh guru dan

kakitangan sekolah yang dipilih.

3.0 TUGAS DAN PERANAN SEORANG GURU PENOLONG KANAN HAL

EHWAL MURID

Berikut merupakan senarai tugas dan bidang tugas seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid.

A. Bidang Tugas:

1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru

Besar dan GPK Pentadbiran.

2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan

mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin,

bimbingan dan kaunseling.

4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut

prosedur dan peraturan.

5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan

kewangan berjalan dengan lancar.

6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan

kantin sekolah berjalan dengan baik.

7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan

kakitangan bukan guru.

8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar

perjalanannya menjadi lebih berkesan.

6

Page 7: Pengurusan

Senarai Tugas:

Pentadbiran

1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.

2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa

butirannya adalah kemas kini.

3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan

kerjasama guru-guru kelas berkaitan.

4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan

borang-borang yang tertentu.

5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke

sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.

6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti

sekolah.

7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru

Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.

8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan

pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

Disiplin:

1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah

dilaksanakan dengan sempurna.

2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru,

kakitangan dan para pelajar.

3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab

terhadap perlantikan pengawas.

4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan

tatatertib dan salah laku.

5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai

pelajar terlibat.

7

Page 8: Pengurusan

Bimbingan dan Disiplin:

1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.

2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang

menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.

4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.

5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-

pelajar baru.

Program Perlindungan:

1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya

agar berjalan dengan baik.

2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti

menguruskan kad 001 dan kad 002.

3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk

menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.

4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan

pelajar.

Skim Pinjaman Buku Teks:

1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang

bakal menerima buku teks.

2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan

hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.

3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.

4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

8

Page 9: Pengurusan

Biasiswa Dan Bantuan:

1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar

yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.

2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di

sekolah.

3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang

layak menerimanya.

Ko-kurikulum:

Sukan Dan Permainan:

1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua

peringkat.

Persatuan Dan Kelab:

1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak

akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:

1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian

seragam.

2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di

sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar:

1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat

sekolah.

2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional

atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:

1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.

2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam

bidang itu.

9

Page 10: Pengurusan

3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para

pelajar.

Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke

semasa.

4.0 SENARAI TUGAS GURU PKHEM DALAM MODUL 1 KURSUS DAN

TUGAS GURU PKHEM SEBENAR

Dalam modul 1 bagi kursus ini, beberapa senarai tugasan dan peranan seorang guru PKHEM

telah dinyatakan. Tugas dan tanggungjawab pertama seorang guru PKHEM ialah

bertanggungjawab dalam melaksanakan semua keputusan yang telah dibuat dalam usaha

menjaga kebajikan pelajar. Seterusnya, guru PKHEM juga terlibat dalam merancang,

melaksanakan, menyediakan kakitangan, mengawasi dan memantau arahan daripada badan

pentadbir, dan menilai setiap program yang di jalankan.

Selain itu, seorang PKHEM akan bertindak sebagai pengetua atau guru besar sekiranya

pengetua atau guru besar tidak hadir di sekolah. Selain itu, beliau bertanggungjawab dalam

bidang kaunseling, kesihatan, biasiswa, pinjaman buku teks, hostel, disiplin pelajar, kantin

dan kebajikan pelajar.

Tambahan lagi, seorang guru PKHEM juga bertanggungjawab untuk berkomunikasi dan

bekerjasama dengan agensi luar sama ada kerajaan atau bukan kerajaan berkaitan

pelaksanaan projek, program dan aktiviti yang melibatkan pelajar. Selain itu, guru PKHEM

juga mesti merancang dan memberikan latihan dalaman untuk meningkatkan kemahiran dan

kebertanggungjawaban guru. Akhir sekali, guru PKHEM haruslah menasihati guru-guru

supaya sentiasa menjaga kebajikan pelajar.

Informasi ini diperolehi daripada temubual bersama guru PKHEM sekolah yang terpilih,

beliau menyatakan bahawa tugas beliau merangkumi semua yang berkaitan dengan hal ehwal

murid seperti disiplin, kokurikulum dan sebagainya. Oleh yang demikian, semua yang telah

disenaraikan sebagai tugasan dan peranan beliau haruslah dilaksanakan dengan baik dan

cemerlang. Bagi melihat perbezaan antara tugas yang disenaraikan dalam Modul 1 Kursus

dan tugas sebenar seorang guru PKHEM, sila rujuk jadual di bawah.

10

Page 11: Pengurusan

PERANAN DAN TUGAS SEBENAR

GURU PKHEM

MODUL 1

KAUNSELING √ √

KESIHATAN √ √

BIASISWA √ √

PINJAMAN BUKU TEKS √ √

HOSTEL √ X

DISIPLIN √ √

KANTIN X √

KEBAJIKAN PELAJAR √ √

KOKURIKULUM √ X

WAKTU MENGAJAR √ X

5.0 PENILAIAN TERHADAP PRESTASI GURU PENOLONG KANAN HAL

EHWAL PELAJAR

Siapakah yang memainkan peranan sehingga organisasi mencapai tahap yang gemilang dan

cemerlang itu kalau bukan para pentadbir dan guru-gurunya? Organisasi yang tersohor

tentulah dianggotai oleh orang-orang yang juga tersohor. Kejayaan orang-orang inilah yang

membawa organisasi mereka mencapai matlamat dan objektif dengan berkesan.

Kecemerlangan pengurusan sering diukur menerusi kecekapan dan keberkesanan para

pengurusnya dalam mencapai objektif organisasinya.

Kecemerlangan pengurusan ini hendaklah dilihat sebagai kecemerlangan dan kejayaan semua

ahli organisasi terutama di kalangan 'pengurusan' iaitu para penolong kanan terutamanya

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam konteks kertas ini. Sebagai 'ketua' di bidang hal

ehwal murid ini bererti Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga adalah seorang 'pemimpin'.

Berdasaarkan penilitian dokumen berkaitan, antara ciri-ciri pemimpin yang berkesan adalah:

Unit atau organisasinya berfungsi dengan lancar.

Dapat jadikan orang-orang lain lakukan apa yang dikehendakinya.

Dihormati dan dikagumi oleh orang-orang lain.

Pihak lain sebulat suara menganggapnya seorang pemimpin yang berkesan.

11

Page 12: Pengurusan

Kepemimpinan yang berkesan ialah kebolehan mencapai sebahagian atau semua ciri di atas.

Oleh itu setiap dari kita wajar mengetahui dan menghayati beberapa ciri dan aspek yang

bersangkutan dalam membentuk dan mewujudkan pengurusan Hal Ehwal Murid yang 'tip-

top' di sekolah masing-masing berdasarkan objektif-objektif kertas ini seperti berikut:

Mengetahui, memahami "pengurusan" bidang tugas dengan lebih komprehensif.

Meningkatkan kesedaran peranan yang dimainkan oleh GPK HEM.

Mampu menterjemahkannya kepada 'kerja-buat' dan produktiviti berkualiti.

Meningkatkan kewibawaan dan ketrampilna personel.

Menggarap Kualiti Menyeluruh (TQM) dalam pengurusan amnya dan pengurusan

Hal Ehwal Murid khasnya.

Sedia menghadapi bidang tugas dan peranan yang lebih berat dalam hubungan

prestasi dan kemajuan serta peningkatan kerjaya.

Berdasarkan temubual bersama dua orang kakitangan sekolah, mereka berpendapat guru

PKHEM adalah seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Sentiasa menjaga

kebajikan mereka dan juga para pelajar. Masing-masing telah memberikan 10 skor kepada

guru PKHEM sekolah tersebut atas prestasi yang sangat baik.

6.0 KESIMPULAN

Setiap guru rnernpunyai berbagai keperluan dan juga rnasalah kerjayang berbezabeza yang

memerlukan kaedah penyelesaian yang berlainan. Pelbagai keperluan dan rnasalah kerja ini

dilihat berkait rapat dengan teori klasik iaitu Teori Pendekatan Dua Faktor Herzberg yang

dikemukakan oleh Herzberg et at (1959). Teori Pendekatan Dua Faktor Herzberg menyatakan

aspek pendorongmeningkatkan kepuasan bekerja sekiranya nilai aspek tersebut bertambah

tinggi tetapi tidak menyebabkan ketidakpuasan bekerja sekiranya aspek itu tidak wujud.

Sebaliknya, aspek persekitaran kerja pula meningkatkan ketidakpuasan bekerja sekiranya

nilai aspek itu rendah, tetapi ia tidak akan meningkatkan kepuasan bekerja sekiranya aspek

tersebut wujud. Kenyataan ini dijelaskan dalam kajian yang dilakukan oleh MazIan

Abdullah (1992) dan Vasanta Kumari (1999).

12

Page 13: Pengurusan

(2545 patah perkataan)

7.0 RUJUKAN

Asiah Hassan. (2005). Peranan Ketua Bidang dalam Merialisasikan Visi Sekolah di Daerah

Klang, Selangor. Universiti Malaya.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). DASAR PENDIDIKAN

NEGARA.

ANey, R. D. (1972). “ Task Performance as a Function of Perceived Effort - Performance and

Performance – Reward Contingencies.” Organizational Behavior and Human

Performance. 8 (3) : 424 -433.

Bakhtiar bin Mansor, (1993). “ Perguruan: Satu Perspektif Perkembangan Kerjaya.“Jurna/

Pengurusan Pendidikan. lnstitut Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jilid 3 (2) : 15 - 22.

Brandit, R. (1992). On Rethinking Leadership : A Conversation with Sergiovanni.

Educational Leadership.

Dwyer, D. C. (1984). The Search for Instructional Leadership: Routines and Subtleties in the

Principal’s Role. Educational Leadership, 41(5), 32–37.

13