pengumpulan data

Upload: muniswari-nyanassegren

Post on 18-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengumulan data dan analisis data

TRANSCRIPT

BAB V

PAGE 40

BAB IVPEMGUMPULAN DATA DAN KAEDAH ANALISIS

4.1 Pendahuluan

Perbincangan tentang masalah penggunaan loji kaedah kawalan loji dan polisi penyenggaraan loji telah diterangkan dalam Bab II dan III. Perbincangan tersebut dibuat berdasarkan kajian literatur yang diperolehi dari pelbagai sumber seperti buku-buku rujukan, majalah-majalah, jurnal-jurnal, tesis-tesis yang lepas, internet dan bahan-bahan penulisan yang berkaitan. Kajian literatur ini telah mendalamkan lagi pengetahuan tentang penyelidikan yang dibuat. Segala pemahaman dan keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan teori sahaja.

Dalamm bab ini, perbincangan yang akan diteruskan adalah berkisarkan tentang kaedah-kaedah yang digunakan semasa menjalankan kajian iaitu proses pengumpulan data yang telah dibuat sebelum ini. Kajian yang dibuat adalah melibatkan pihak syarikat ataupun kontraktor yang terlibat secara langsung dalam penggunaan loji semasa pembinaan berjalan. Kaji selidik ini dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu melalui pengedaran borang selidik dan temuramah kepada pihak syarikat atau kontraktor. Kaedah kajian ini akan dibincangkan dalam bab ini, manakala analisis

terhadap data yang diperolehi akan dibincangkan dalam bab yang seterusnya iaitu Bab V.

4.2 Rekabentuk Borang Soal Selidik

Bagi melaksanakan penyelidikan ini, satu set borang soal selidik yang lengkap perlu disedakan terlebih dahulu. Tujuan borang soal selidik ini dibuat adalah untuk membuat pengumpulan data yang diperlukan. Borang ini direkabentuk berdasarkan isu-isu penyelidikan yang diperolehi daripada kajian literature dan juga berdasarkan kepada objektif kajian. Sebelum mnyiapkan soalan soal selidik ini iaitu semasa proses membuat borang selidik, pandangan daripada pelbagai pihak adalah sangat penting terutamanya penyelia supaya data dan maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam memfokus bidang kajian dibuat. Selain itu, pandangan yang diberikan juga akan dapat mengurangkan kesilapan yang mungkin berlaku dalam borang soal selidik.

Secara umumnya, jenis soalan yang dibuat adalah berbentuk objektif sahaja. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak respondan untuk menjawap semua soalan dengan tepat dan baik. Terdapat dua belas soalan kesemuanya dan soalan-soalan ini dibahagikan kepada empat bahagian. Tujuan untuk kajian ini dibuat juga turut disertakan dalam borang soal selidik tersebut bagi memudahkan pihak respondan mandapat gambaran kasar tentang jawapan yang hendak ditanda berdasarkan soalan-soalan yang telah disediakan. Soalan-soalan tersebut telah dibahagikan kepada empat bahagian seperti berikut :

4.2.1 Bahagian A

Dalam bahagian ini, respondan ditanya soalan berkenaan masalah-masalah dalam penggunaan loji yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pembinaan dibuat. Ia bertujuan untuk mengetahui dan mengkaji tahap atau paras keseriusan dan kekerapan masalah-masalah tersebut terhadap pihak syarikat atau kontraktor yang terlibat.Selain itu, pihak respondan ditanya lagi soalan tentang jenis kerosakan loji dan tempoh penangguhan projek pembinaan sekiranya loji tersebut mengalami kerosakan.

4.2.2 Bahagian B

Bahagian ini pula, soalan-soalan yang terlibat ialah kaedah atau langkah kawalan loji bagi memastikan keberkesanan dan mengelakkan loji daripada mengalami kerosakan. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti cara atau kaedah kawalan yang digunapakai oleh pihak syarikat atau kontraktor yang terlibat dalam mengatasi masalah kerosakan yang berlaku.

4.2.3 Bahagian C

Bahagian ini bertanyakan soalan-soalan mengenai polisi penyenggaraan loji, kaedah penyenggaraan yang digunakan dan lain-lain lagi. Soalan ini diperlukan untuk mengetahui jenis polisi serta kaedah yang digunapakai oleh pihak syarikat atau kontraktor dalam sistem penyenggaraan loji. 4.2.4 Bahagian D

Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir sekali dalam borang soal selidik. Bahagian ini dibuat untuk mendapatkan pandangan daripada pihak responden tentang masalah yang berkaitan dengan kerosakan loji dalam sektor pembinaan pada masa kini. Selain itu, soalan berkaitan dengan cadangan untuk mengatasi masalah-masalah kerosakan tersebut juga ditanya kepada respondan dalam bahagian ini.4.3 Pengumpulan Data

Pengumpulan data merupakan peringkat yang perlu dilaksanakan oleh penyelidik dalam memastikan kajian yang dibuat dapat disiapkan dengan sempurna dan berkesan. Maklumat yang diperolehi daripada pengumpulan data dianalisis untuk mendapatkan gambaran tentang kajian yang dibuat. Pelbagai masalah yang timbul semasa proses pengumpulan data dibuat. Oleh itu, pelbagai kaedah dan cara digunakan untuk memastikan data yang dikehendaki diperolehi. Selain itu, cara yang digunakan ini dapat memberikan data-data yang berkualiti dan mencukupi.

Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan dua kaedah iaitu dengan kaedah soal selidik dan kaedah temuramah. Semasa kajin ini dibuat terdapat pelbagai maklum balas yang diterima daripada pihak responden. Maklum balas yang diberikan adalah sangat bermakna untuk penyelidik mengumpul data bagi tujuan analisis dan seterusnya menyiapkan kajin ini.

4.3.1 Kaedah Soal Selidik

Proses pengedaran borang soal selidik dilakukan setelah ianya lengkap dan disemak oleh penyelia. Pengedaran dibuat di sekitar negeri Johor yang melibatkan pihak syarikat ataupun kontraktor yang menggunakan loji. Pihak syarikat atau kontraktor yang terlibat dipilih secara rawak melalui alamat-alamat yang diperolehi daripada surat khabar dan buku alamat syarikat di Fakulti Kejuruteraan Awam. Pemilihan responden pula ialah daripada golongan professional seperti pengurus projek, jurutera, penyelia tapak dan pihak pengurusan yang berpengalaman dalam bidangan kajian ini.

Penyelidik telah menghantar borang soal selidik melalui kiriman pos ke alamat syarikat atau kontraktor yang dipilih tadi. Selain itu, untuk memastikan kaedah ini lebih berjaya, penyelidik juga menghantar borang tersebut dengan kaedah serahan tangan bagi memastikan borang itu betul-betul sampai ke pihak syarikat atau kontraktor. Melalui kaedah serahan tangan, penyelidik terpaksa menunggu selama seminggu untuk mendapatkan semula borang tersebut. Manakala melalui kaedah kiriman pos, penyelidik terpaksa menunggu selama berminggu-minggu. Perkara sedemikian berlaku mungkin kerana pihak respondan mempunyai urusan lain yang lebih penting dan agak sibuk.

Penyelidik berasa puas hati dengan kaedah ini kerana pihak respondan memberi kerjasama dan maklum balas seperti yang diharapkan. Sebanyak dua puluh empat borang soal selidik yang telah diperolehi semula daripada tiga puluh borang soal selidik yang diedarkan. Walaupun sedemikian, borang soal selidik yang telah diperolehi sudah mencukupi untuk penyelidik membuat analisi terhadap data-data tersebut.4.3.2 Kaedah Temuramah

Melalui kaedah temuramah ini, penyelidik telah melakukannya semasa menyerahkan borang soal selidik kepada pihak respondan atau semasa mengambil semula borang soal selidik. Ini dilakukan bagi mengelak penyelidik terpaksa berulang-alik ke syarikat sekiranya pihak respondan yang ingin ditemuramah tidak berada di pejabat pada ketika itu. Selain itu, kaedah ini juga dilakukan mengikut kelapangan pihak respondan. Penyelidik telah menetapkan satu tarikh terlebih dahulu yang dipersetujui oleh pihak responden untuk melakukan sesi temuramah. Ini disebabkan pihak respondan sibuk dengan tugas-tugas sewaktu penyelidik datang buat kali pertama untuk menghantar borang soal selidik tersebut.

Sebelum sesi temuramah dilakukan, penyelidik telah menyediakan beberapa soalan untuk diajukan kepada pihak respondan. Soalan-soalan yang disediakan bertujuan untuk menambahkan lagi pemahaman tentang permasalahan yang dikaji. Kaedah ini memberi maklumat secara langsung dan jelas tentang masalah penggunaan loji di tapak pembinaan. 4.4 Masalah Yang Dihadapi

Dalam menyiapkan kajian ini, banyak pengalaman yang dilalui oleh penyelidik dari mula hingg ke akhir kajian. Ini memberi satu pengalaman yang baru kepada penyelidik. Terdapat banyak rintangan yang telah ditempuhi terutama sekali semasa dalam proses pengumpulan data dibuat. Penyelidik terpaksa bersabar menunggu untuk mendapatkan data-data yang diperlukan dalam kajian. Walaupun perancangan telah dibuat namun masih terdapat beberapa masalah yang timbul. Antara masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut:4.4.1 Pemahaman respondan terhadap borang soal selidik

Masalah ini adalah satu perkara yang kerap berlaku sekiranya ingin membuat penyelidikan. Pihak respondan kurang memahami beberapa soalan yang telah disediakan dalam borang soal selidik. Meraka mengosongkan dan tidak menanda jawapan yang sepatutnya ditanda. Ini berkemungkinan pihak respondan tidak memahami betul-betul kehendak penyelidik dalam borang soal selidik yang telah diberikan.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini pihak penyelidik terpaksa bertemu dengan pihak respondan berkenaan dan duduk semeja untuk menerangkan beberapa soalan yang mereka tidak faham. Dengan cara sedemikian barulah masalah ini dapat diatasi dan ianya baik kerana penyelidik memperolehi maklumat atau jawapan yang lebih tepat.

4.4.2 Penerimaan borang soal selidik

Borang soal selidik yang diedarkan kepada pihak respondan lambat dikembalikan semula kepada penyelidik. Masalah ini mungkin disebabkan pihak respondan terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengisi borang tersebut kerana sibuk dengan tugas-tugas lain yang lebih penting. Selain itu, masalah penghantaran borang soal selidik melalui kiriman pos diketahui mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke pihak respondan. Oleh itu, ini melewatkan lagi proses penerimaan semula borang tersebut sekiranya pihak respondan turut menghantar borang yang telah dipenuhkan dangan cara kiriman pos.

Masalah ini juga berlaku apabila borang soal selidik tersebut terpaksa melalui beberapa peringkat atau tangan pihak tertentu sebelum ianya betul-betul sampai ke pihak respondan yang akan mengisi borang tersebut. Maslah-masalah ini memberi kesan kepada penyelidik bagi meneruskan kerja penganalisaan soalan dengan cepat. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik telah melakukan beberapa langkah iaitu dengan menelefon pihak respondan yang berkenaan dengan mengingatkan mereka untuk mengisi dan menhantar semula borang tersebut secepat mungkin. Selain itu, penyelidik juga membuat temujanji dengan pihak respondan untuk mengambil semula borang tersebut.4.4.3 Kerjasama daripada respondan

Bagi menyiapkan kajian ini dengan berkesan kerjasama daripada kedua-dua belah pihak adalah sangat penting. Semasa proses pengumpulan data dibuat penyelidik telah berdepan dengan situasi di mana segelintir pihak respondan yang enggan memberi kerjasama kepada penyelidik. Walaubagaimanapun bilangan mereka adalah sedikit. Mereka telah memberi pelbagai alasan untuk tidak bekerjasama dengan penyelidik.4.5 Kaedah Analisis Data

Untuk meneruskan kajian ini, penyelidik telah menganalisis data yang diperolehi dengan menggunakan kaedah purata nilai mata.. Purata nilai mata ini digunakan adalah untuk memberikan ketepatan dan maklumat dengan lebih berkesan. Kaedah ini akan digunakan untuk meneliti punca-punca kerosakan loji dan langkah kawalan loji pembinaan. Penggunaan 5 skil untuk menggambarkan keutamaan dalam soalan-soalan yang dibuat memudahkan lagi analisis kekerapan dan kaedah Ranking. Kaedah Ranking ini diperolehi dengan mengambil kira purata indeks bagi setiap punca kerosakan loji yang dibuat. Kategori skil yang dijelaskan adalah seperti berikut :

Punca Kerosakan Loji PembinaanSangat Serius1

Serius2

Sederhana3

Tidak Serius4

Sangat Tidak serius5

Purata indeks boleh dianalisis dengan formula

Purata indeks = aixi

xi

Di mana :

ai = konstant yang melambangkan pemberat bagi i

xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan respondan

bagi i

i = 0,1,2,3 .X1 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Sangat Serius untuk a1X2 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Serius untuk a2X3 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Sederhana untuk a3X4 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Tidak Serius untuk a4X5 = untuk frekuensi bagi maklumbalas Sangat Tidak Serius untuk a5

Klasifikasi untuk skil purata indek dinyatakan oleh Mc Caffer dan Muhd. Zaimi Abd. Majid (1997) adalah seperti berikut :

i. Sangat Serius

0.00 < Purata Nilai Mata < 1.50

ii. Serius

1.50 < Purata Nilai Mata < 2.50

iii. Sederhana

2.50 < Purata Nilai Mata < 3.50

iv. Tidak Serius

3.50 < Purata Nilai Mata < 4.50

v. Sangat Tidak Serius

4.50 < Purata Nilai Mata < 5.00

Kaedah yang digunakan ini hanya untuk soalan tertentu sahaja. Contohnya soalan tentang polisi penyenggaraan loji tidak menggunakan kaedah ini untuk dianalisis kerana soalan tersebut tidak menggunakan skil seperti yang telah dinyatakan. Justeru itu, penggunaan kaedah ini hanya terhad kepada soalan-soalan yang bersesuaian sahaja.

4.6 Kesimpulan

Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan sumber utama iaitu borang soal selidik yang diedarkan kepada pihak syarikat atau kontraktor yang berkenaan. Walaupun terdapat beberapa masalah semasa dalam proses pengumpulan data kajian, namun segala masalah tersebut dapat diatasi dengan baik tanpa mengganggu kelancaran penyelidik dalam menyiapkan kajian ini.

Dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini, penyelidik telah memilih pihak responden daripada pelbagai kelas syarikat atau kontraktor. Ini adalah bertujuan untuk mengetahui secara rawak dan menyeluruh tentang masalah penggunaan loji, langkah kawalan loji, dan polisi penyenggaraan yang digunapakai oleh pihak syarikat atau kontraktor di Johor amnya. Segala maklumat mengenai latarbelakang respondan akan dirahsiakan.

Semua data yang diperolehi dari borang soal selidik dan temuramah dianalisis secara terperinci dalam bab seterusnya iaitu Bab V. Analisis tersebut merangkumi perkara-perkara yang akan membincangkan objektif utama kajian iaitu masalah penggunaan loji, langkah kawalan dan juga polisi penyenggaraan loji.