penghuraian kerja perkhidmatan pembantu pegawai latihan ... · pdf filepelajar-pelajar ke...

17
1 PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL 1. SKIM PERKHIDMATAN Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17, J21/22. 2. PERINGKAT ORGANISASI Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan. 3. RINGKASAN TUGAS Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan kemahiran, mengenal pasti dan menghasilkan produk dan perkhidmatan, merancang dan menjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan, menjalankan penyelidikan (R&D) bagi pembangunan latihan kemahiran dan pembangunan produk/ perkhidmatan dan membantu melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan tugas mengajar, pengendalian latihan vokasional, pengendalian kemudahan latihan, tatacara dan program keselamatan dan kebersihan, pengendalian pelajar dan kemahiran penyeliaan. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Aspek Latihan dan Kemahiran a. Mengajar latihan kemahiran dan menyediakan bengkel serta ruang latihan yang selesa dan selamat. b. Menyediakan modul pembelajaran dan mengawal selia bahan guna habis latihan. c. Menyediakan dan memastikan mesin dan peralatan latihan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. d. Mengambil rekod dan membuat laporan kedatangan ke bengkel latihan. e. Memastikan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan diterapkan semasa latihan kemahiran dijalankan. f. Membantu dalam mengendalikan program sepenuh dan separuh masa.

Upload: dangnhu

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANPEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL

1. SKIM PERKHIDMATAN

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J17, J21/22.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan.

3. RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan kemahiran,mengenal pasti dan menghasilkan produk dan perkhidmatan, merancang danmenjalankan aktiviti promosi bagi meningkatkan jualan produk dan perkhidmatan,menjalankan penyelidikan (R&D) bagi pembangunan latihan kemahiran danpembangunan produk/ perkhidmatan dan membantu melaksanakan tugas-tugasyang berkaitan dengan tugas mengajar, pengendalian latihan vokasional,pengendalian kemudahan latihan, tatacara dan program keselamatan dankebersihan, pengendalian pelajar dan kemahiran penyeliaan.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Aspek Latihan dan Kemahiran

a. Mengajar latihan kemahiran dan menyediakan bengkel serta ruanglatihan yang selesa dan selamat.

b. Menyediakan modul pembelajaran dan mengawal selia bahan gunahabis latihan.

c. Menyediakan dan memastikan mesin dan peralatan latihan dalamkeadaan baik dan selamat digunakan.

d. Mengambil rekod dan membuat laporan kedatangan ke bengkel latihan.

e. Memastikan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan diterapkansemasa latihan kemahiran dijalankan.

f. Membantu dalam mengendalikan program sepenuh dan separuh masa.

Page 2: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

2

g Menyedia dan menjalankan ujian teori dan amali serta merekodkankeputusan mengikut sukatan latihan.

h. Mengawal disiplin dan keselamatan pelatih semasa latihan di bengkelatau di bilik kuliah.

i. Membantu mengenal pasti penempatan latihan sambil bekerja danurusan-urusan yang berkaitan.

j. Mengajar pelajaran teori dan amali ketukangan mengikut sukatan latihanyang telah ditetapkan berpandukan kepada kepiawaian persijilanJabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanjaya Tenaga danJabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.

k. Menyedia dan menggunakan bahan-bahan pembelajaran sebagai alatbantu mengajar.

l. Menentu dan menyediakan keperluan alat bahan latihan dan keperluanlatihan harian serta bertanggungjawab di atas penggunaan danpenjagaannya.

4.2 Aspek Penyeliaan dan Penyelidikan

a. Menentukan kebersihan, keselamatan dan susun atur di dalam dan luarbengkel/ bilik kuliah sempurna dan teratur serta selamat sebelum danselepas digunakan.

b. Mengemas kini dan menyimpan semua rekod-rekod latihan termasukrekod mengajar, rekod kedatangan, rekod kemajuan pelatih, rekod stokalat/ bahan latihan harian serta rekod lain yang berkaitan.

c. Membantu melaksanakan aktiviti pelupusan dan hapus kira.

d. Membantu menjalankan program motivasi, bimbingan dan kaunselingkepada pelajar dan menyelaras kegiatan kurikulum di institut.

e. Membantu membuat kajian dan laporan penilaian kemajuan,keberkesanan latihan dan cadangan-cadangan pengubahsuaian.

f. Menjalankan penyelidikan bagi kajian harga produk dan bahan latihandari semasa ke semasa.

Page 3: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

3

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Rakan sekerja di bahagian/ unit cawangan yang sama.

b. Anggota di bahagian lain di dalam organisasi yang sama.

Luaran

a. Pihak Industri.

b. Kesatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOS).

c. Jabatan-jabatan Kerajaan.

d. Agensi Pekerjaan Swasta.

e. Kerajaan Negeri.

f. Badan-badan Berkanun.

g. Pihak Berkuasa Tempatan.

h. Wakil Rakyat.

6. PERSEKITARAN KERJA

a. Dalam dan luar pejabat.

b. Dalam bengkel, bilik kuliah dan makmal yang melibatkan mengendalikanmesin, peralatan bengkel dan juga pengajaran latihan kemahiran.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

a. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang (multi skill).

b. Berpengetahuan asas dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik, paip danpenyelenggaraan.

Page 4: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

4

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Mempunyai keyakinan diri, kreatif, proaktif dan inovatif.

b. Bijak, berani dan tegas.

c. Bersopan santun dan berhemah tinggi.

d. Mesra, prihatin dan simpati terhadap pelanggan.

e. Adil, matang, integriti dan berpendirian.

f. Sabar dan tekun.

9. ANCAMAN/ BAHAYA

a. Dicederakan atau diugut oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

b. Terdedah kepada gejala rasuah dan ancaman keselamatan diri.

c. Terdedah kepada penyakit disebabkan oleh banduan.

d. Tekanan yang disebabkan oleh kerenah banduan.

e. Desakan daripada SUHAKAM supaya kerajaan memberikan kemudahan,keselesaan, kebebasan dan keutamaan kepada banduan.

f. Mengalami tekanan.

Page 5: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANPENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL

1. SKIM PERKHIDMATAN

Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred J29/30, J35/36, J37/38.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan.

3. RINGKASAN TUGAS

Mengajar teori dan amali kepada pelajar-pelajar mengikut standard dari JabatanPembangunan Kemahiran, Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Kesihatan danKeselamatan Pekerja dan bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yangberkaitan dengan pembangunan kurikulum latihan, pengurusan latihan vokasional,penyelenggaraan kemudahan latihan, hal ehwal pelajar dan kaunseling, panduankeselamatan dan kebersihan, kemahiran dan penyeliaan.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Aspek Pembangunan Belia

a. Menyelaras pentauliahan baru dan membaharui Pusat PentauliahanJabatan Pembangunan Kemahiran, Suruhanjaya Tenaga dan JabatanKeselamatan Kesihatan Pekerja.

b. Menyelaras urusan penggubalan soalan akhir untuk PentauliahanSuruhanjaya Tenaga, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan JabatanKeselamatan Kesihatan Pekerja serta memastikan soalan dicetak agarberjalan dengan lancar.

c. Menyelaras urusan peperiksaan akhir untuk Pentauliahan SuruhanjayaTenaga, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan KeselamatanKesihatan Pekerja, serta mengemukakan cadangan berkaitan keputusanujian dalam usaha memperbaiki kelemahan.

d. Menyelaras program naziran dan pemantauan ke seluruh Malaysia bagimenentukan pelaksanaan latihan berjalan dengan lancar berpandukankurikulum yang digubal.

Page 6: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

2

e. Membantu menyelaras kursus peningkatan tenaga pengajar danmembantu program pengambilan pelajar.

f. Menyelaras program pembangunan modul latihan Institut danmerancang/ melaksana program promosi dan publisiti.

g. Menganalisis laporan-laporan dan statistik tenaga kerja, kewangan,industri dan ekonomi bagi mengenal pasti keperluan latihan, penentuankumpulan sasaran serta bidang kemahiran dan tahap teknologi yangdigunakan.

h. Menyediakan dan melaksanakan program sepenuh dan separuh masa.

i. Membuat kajian dan laporan penilaian kemajuan, keberkesanan latihandan cadangan-cadangan pengubahsuaian.

j. Melaksanakan program pembangunan diri pelajar dan aktiviti kurikulum.

4.2 Aspek Latihan

a. Mengajar pelajaran teori dan amali ketukangan mengikut sukatan latihanyang telah ditetapkan berpandukan kepada kepiawaian persijilanJabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanjaya Tenaga danJabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.

b. Menjalankan tugas pengurusan dan penyeliaan di peringkat jurusantermasuk tugas latihan sambil belajar serta sokongan pencalonanpelajar-pelajar ke syarikat.

c. Menyedia, mengawal, merekod dan mengemas kini semua alat/ bahanlatihan di peringkat pengajian sebagaimana prosedur.

d. Membantu merangka, mengkaji struktur latihan sesuai mengikut sukatanlatihan yang telah ditetapkan.

e. Mengawal disiplin pelajar dan pegawai di bawah seliaan.

f. Menyedia bahan-bahan pembelajaran dan urusan menyediakan alatbantu mengajar.

g. Menentukan dan bertanggungjawab di atas keselamatan, kebersihandan susun atur di dalam kawasan/ bengkel agar sentiasa baik sebelumdan sesudah digunakan.

Page 7: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

3

h. Menyelaras dan menyokong permohonan cuti rehat dan keluarsementara pengajar serta membantu menyedia laporan prestasipengajar di peringkat jurusan.

i. Melaksanakan program pencegahan kebakaran dan latihan pencegahankebakaran.

j. Menyediakan prosedur dan peraturan pertolongan cemas, bantuan awalpemulihan nafas dan perubatan asas.

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Rakan sekerja di bahagian/ unit cawangan yang sama.

b. Anggota di bahagian lain di dalam organisasi yang sama.

Luaran

a. Warga Industri dan Kesatuan/ Persatuan.

b. Agensi Pekerjaan Swasta.

c. Kerajaan Negeri.

d. Badan-badan Berkanun.

e. Wakil Rakyat.

6. PERSEKITARAN KERJA

a. Dalam dan luar pejabat.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

a. Berpengetahuan di dalam bidang kemahiran yang berkaitan.

b. Berpengetahuan teknik mengajar.

c. Berpengetahuan dalam sistem pembelajaran.

d. Berpengetahuan tentang penggunaan peralatan/ mesin.

Page 8: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

4

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Bersikap jujur, amanah dan berintegriti.

b. Bersopan santun.

c. Tegas dan bertanggungjawab.

d. Mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan.

e. Mempunyai keyakinan diri, kreatif, proaktif dan inovatif.

f. Kesabaran dan ketekunan.

g. Mesra, prihatin dan simpati terhadap pelanggan.

h. Mampu menguasai di dalam pelbagai situasi.

9. ANCAMAN/ BAHAYA

a. Mengalami tekanan apabila menghadapi kerenah pelajar yang keterlaluan.

b. Penyalahgunaan kuasa.

g. Terdedah kepada persekitaran yang merbahaya.

Page 9: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

1

PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATANPEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL

1. SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai Latihan Vokasional Gred J41/42, J43/44, J47/48, J51/52, J54.

2. PERINGKAT ORGANISASI

Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan.

3. RINGKASAN TUGAS

Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan latihan pembangunan prasaranakemahiran, penyelidikan dan pembangunan, penilaian kekompetenan, khidmatnasihat dan perundingan, pembangunan kepakaran, pembangunan kurikulumlatihan kemahiran dan pengurusan.

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS

4.1 Pegawai Latihan Vokasional Gred J41/42

4.1.1 Aspek Pembangunan Belia

a. Membantu pelaksanaan projek fizikal dan peralatan tertaklukkepada peraturan, prosedur dan arahan yang dikeluarkan darisemasa ke semasa.

b. Melaksanakan aktiviti mengumpul dan menyedia maklumat dandata bagi tujuan penggubalan dasar dan keperluan latihan.

c. Mengumpul dan menyedia maklumat dan data bagi penggubalanprosedur, kaedah dan panduan Sistem Penilaian Latihan.

d. Membantu melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti, pemantauan,urusan peperiksaan dan pensijilan.

e. Melaksanakan program penandaarasan sistem penilaian diperingkat nasional dan antarabangsa.

Page 10: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

2

f. Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan dan PenilaianKompetenan Pembangunan Tenaga Pengajar sertaPembangunan Kurikulum Latihan dan Standard Kemahiran.

g. Mengumpul dan menyedia data Pembangunan Tahap KualitiPiawaian Latihan dan Pensijilan.

h. Menyediakan dan melaksanakan program sepenuh dan separuhmasa.

i. Membuat kajian dan laporan penilaian kemajuan, keberkesananlatihan dan cadangan-cadangan pengubahsuaian.

j. Menyelaras program Latihan Sambil Kerja (LSK) pelajar-pelajarInstitut Latihan.

4.1.2 Aspek Latihan

a. Menyedia/ mengumpul maklumat untuk keperluan latihan sepertibahan pembelajaran dan peralatan latihan.

b. Mengajar dan menilai latihan pelajar serta lain-lain aktiviti latihanberdasarkan kepada standard bagi pelaksanaan yang telahditetapkan.

c. Menilai dan membuat cadangan penambahbaikan programlatihan yang dilaksanakan.

d. Membantu membuat penyelarasan kursus dan aktiviti kurikulumpelajar.

e. Mengumpul dan menyedia maklumat keperluan pengurusaninfrastruktur dan peralatan serta penyelenggaraan.

f. Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan,hubungan industri dan khidmat pelanggan, sistem penyampaiandan maklumat serta pemasaran promosi latihan.

g. Membantu pelaksanaan aktiviti pengurusan keselamatan dankesihatan pekerjaan seperti kebersihan dan susun atur peralatanlatihan di dalam bengkel.

Page 11: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

3

4.2 Pegawai Latihan Vokasional Gred J43/44

4.2.1 Aspek Pembangunan Belia

a. Merancang dan melaksana pembangunan fizikal dan peralatantertakluk kepada peraturan, prosedur dan arahan yangdikeluarkan dari semasa ke semasa.

b. Merancang dan melaksana penyelenggaraan fizikal dan peralatantertakluk kepada peraturan, prosedur dan arahan yangdikeluarkan dari semasa ke semasa.

c. Menyedia draf awal bagi menggubal dasar latihan, sistem latihan,kurikulum, tenaga pengajar dan sistem penilaian.

d. Menyedia kertas cadangan kajian yang mengandungi metodologimengikut bidang yang telah ditetapkan.

e. Menyedia maklumat dan draf awal penggubalan prosedur,kaedah dan panduan Sistem Penilaian Latihan.

f. Melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti, pemantauan, urusanpeperiksaan dan pensijilan.

g. Melaksanakan dan menyelaras program penandaarasan sistempenilaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

h. Mengumpul maklumat/ data bagi menyediakan perancanganaktiviti berkaitan khidmat nasihat dan rundingan sama adadengan pihak industri atau penyedia latihan lain.

i. Menyediakan draf maklumat mengenai keperluan Pembangunandan Penilaian Kekompetenan Tenaga Pengajar sertaPembangunan Kurikulum Latihan.

j. Kebolehan merangka (dasar, strategi)/ merancang/ menguruspengurusan dan pembangunan prasarana latihan vokasional.

k. Menyelaras dan mengurus aktiviti pengambilan pelajar iaitumeliputi pengiklanan sehingga pendaftaran pelajar.

l. Membuat perancangan pengambilan pelajar mengikut keupayaaninstitut dan keperluan negara.

Page 12: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

4

4.2.2 Aspek Latihan

a. Melaksana tugas mengajar dan menyelaras program latihanberdasarkan kepakaran dan ketetapan syarat pensijilan.

b. Menyelaras dan memantau keperluan latihan seperti bahanpembelajaran dan peralatan latihan berdasarkan peraturan danprosedur yang ditetapkan.

c. Menyediakan draf keperluan hal ehwal latihan, pengurusaninfrastruktur dan peralatan serta pemasaran promosi latihan.

d. Merancang dan melaksanakan pengurusan keselamatan dankesihatan pekerjaan tertakluk kepada peraturan, prosedur danakta.

e. Melaksanakan program pembangunan diri pelajar dan aktivitikurikulum.

f. Mengawal dan memantau disiplin dan tatatertib pelajar.

g. Melaksanakan program kemajuan kerjaya, kebajikan pelajar danprogram motivasi.

4.3 Pegawai Latihan Vokasional Gred J47/48

4.3.1 Aspek Pembangunan Belia

a. Merancang, melaksana dan menyelia pembangunan fizikal danperalatan tertakluk kepada peraturan, prosedur dan arahan yangdikeluarkan dari semasa ke semasa.

b. Menyemak dan memantapkan kertas konsep atau dasar latihan,sistem latihan, kurikulum, tenaga pengajar, sistem penilaian.

c. Memperakukan dan mengurus pelaksanaan kajian yangmengandungi metodologi dan sebagainya.

d. Menyemak dan memantapkan draf awal penggubalan prosedur,kaedah dan panduan Sistem Penilaian Latihan.

e. Menyelia program penilaian latihan kepada tenaga pengajaruntuk menjalankan Sistem Penilaian Kekompetenan.

Page 13: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

5

f. Merancang program penandaarasan sistem penilaian di peringkatnasional dan antarabangsa.

g. Menyediakan perancangan aktiviti-aktiviti berkaitan khidmatnasihat dan rundingan sama ada dengan pihak industri ataupenyedia latihan lain.

h. Menyemak dan menyusun Pembangunan dan PenilaianKekompetenan Tenaga Pengajar serta Pembangunan KurikulumLatihan dan Standard Kemahiran.

i. Menyediakan perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktivitipromosi latihan termasuk penyediaan anggaran perbelanjaan danbahan-bahan promosi serta mengkaji keberkesanan promosi.

j. Merangka pelan pelaksanaan rancangan atau program latihan.

4.3.2 Aspek Latihan

a. Memperakukan dan meluluskan keperluan latihan seperti bahanlatihan dan peralatan latihan berdasarkan peraturan dan proseduryang ditetapkan.

b. Meluluskan pelaksanaan aktiviti penilaian berdasarkan prosedurdan standard yang ditetapkan dan cadangan penambahbaikan.

c. Menilai keperluan hal ehwal latihan, penyusunan infrastruktur danperalatan.

4.4 Pegawai Latihan Vokasional Gred J51/52

4.4.1 Aspek Pembangunan Belia

a. Merancang, melaksana dan memperakukan pembangunan fizikaldan peralatan berdasarkan peraturan dan arahan yang diberikan.

b. Memperakukan cadangan kertas dasar latihan, sistem latihan,kurikulum, tenaga pengajar dan sistem penilaian.

c. Menyemak dan memberi nilai tambah bagi penggubalanprosedur, kaedah dan panduan Sistem Penilaian Latihan.

d. Memantau program penilaian latihan kepada tenaga pengajaruntuk menjalankan Sistem Penilaian Kekompetenan.

Page 14: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

6

e. Memantau program penandaarasan sistem penilaian di peringkatantarabangsa.

f. Mengesahkan aktiviti-aktiviti berkaitan khidmat nasihat danrundingan sama ada dengan pihak industri atau penyedia latihanlain

g. Memperakukan, meluluskan dan memantau pelaksanaanprogram akademik dan kemahiran di kalangan pengajar dankakitangan.

h. Memantau pelaksanaan keperluan Standard KemahiranPembangunan Kurikulum Latihan, Kawalan Kualiti Latihan danPensijilan serta Pembangunan Kurikulum dan StandardKemahiran.

4.4.2 Aspek Latihan

a. Memperakukan dan meluluskan keperluan latihan seperti bahanlatihan dan peralatan latihan berdasarkan peraturan dan proseduryang ditetapkan.

b. Meluluskan pelaksanaan aktiviti penilaian berdasarkan prosedurdan standard yang ditetapkan dan cadangan penambahbaikan.

c. Memperakukan keperluan kursus dan aktiviti kurikulum pelajar,hal ehwal latihan, sistem penyampaian maklumat sertapemasaran promosi latihan.

4.5Pegawai Latihan Vokasional Gred J54

4.5.1 Aspek Pembangunan Belia

a. Memperakukan dan meluluskan pembangunan fizikal danperalatan berdasarkan peraturan dan arahan yang diberikan.

b. Meluluskan cadangan dasar latihan, sistem latihan, kurikulum,tenaga pengajar dan sistem penilaian.

c. Memperakukan program penilaian latihan kepada tenagapengajar untuk menjalankan Sistem Penilaian Latihan.

d. Memperakukan program penandaarasan sistem penilaian diperingkat antarabangsa.

Page 15: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

7

e. Memantau aktiviti-aktiviti berkaitan khidmat nasihat dan rundingansama ada dengan pihak industri atau penyedia latihan lain.

f. Memperaku dan meluluskan Pembangunan dan PenilaianKekompetenan Tenaga Pengajar, Pembangunan Kurikulum sertaLatihan Kawalan Kualiti Latihan dan Pensijilan.

g. Menganalisis laporan-laporan dan statistik tenaga kerja,kewangan industri dan ekonomi bagi mengenal pasti keperluanlatihan, penentuan kumpulan sasaran serta bidang kemahirandan tahap teknologi yang digunakan.

5. HUBUNGAN KERJA

Dalaman

a. Rakan sekerja di bahagian/ unit cawangan yang sama.

b. Anggota di bahagian lain di dalam organisasi yang sama.

Luaran

a. Warga industri dan Persatuan.

b. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOS).

c. Kerajaan Negeri.

d. Badan-badan berkanun.

e. Organisasi Antarabangsa.

f. Wakil rakyat.

6. PERSEKITARAN KERJA

a. Dalam dan luar pejabat.

7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)

a. Berpengetahuan di dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan denganpelaksanaan latihan kemahiran.

Page 16: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

8

b. Berkemahiran di dalam hal ehwal sistem latihan kemahiran.

c. Berkemahiran membuat rujukan berkaitan latihan kemahiran dengan AktaKemahiran Malaysia.

d. Berpengetahuan di dalam hal-hal pembangunan kurikulum.

e. Berkemampuan mengenal pasti kecenderungan belia dalam latihankemahiran.

f. Berkemahiran mengendalikan rundingan dengan pihak industri bagimendapatkan kerjasama dan sokongan.

g. Mempunyai pengetahuan asas di dalam bidang Teknologi Maklumat,Ekonomi dan Sosial.

h. Berkemahiran tinggi di dalam komunikasi.

8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN

a. Bersikap jujur dan amanah.

b. Bersopan-santun, bertanggungjawab dab berintegriti.

c. Mempunyai kematangan dalam membuat keputusan.

d. Mempunyai keyakinan diri, kreatif, proaktif dan inovatif.

e. Kesabaran dan ketekunan.

f. Mesra, prihatin dan tegas

g. Berkemahiran di dalam komunikasi.

h. Pendengar yang baik dan adil.

i. Mempunyai kematangan di dalam menilai body language seseorang danmempunyai pemikiran kritis.

j. Mampu bekerja dan menguasai dalam pelbagai situasi dan tekanan.

Page 17: PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN ... · PDF filepelajar-pelajar ke syarikat. ... Mengumpul dan menyedia data bagi keperluan hal ehwal latihan, hubungan industri

9

9. ANCAMAN/ BAHAYA

a. Terdedah kepada ancaman keselamatan diri semasa mengendalikan mesin,peralatan latihan dan bahan kimia.

b. Mengalami tekanan apabila menghadapi kerenah pelajar-pelajar yangberbagai-bagai semasa dalam latihan

c. Dicedera atau diugut oleh pelajar-pelajar yang tidak berpuas hati denganpenguatkuasaan peraturan dan penilaian latihan yang diberikan.

d. Mengalami tekanan untuk memenuhi ekspektasi Pengurusan dalammelaksanakan program latihan kemahiran yang terbaik.