universiti pendidikan sultan idris - ezaidin norman · pdf filepelajar tingkatan empat adil,...

29
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KPR 5063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN ‘KONSEP AB.LEH’ DALAM MENGENALPASTI KEDUDUKAN ITEM-ITEM PADA BAHAGIAN DEBIT DAN KREDIT DALAM MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, KUANTAN PAHANG. KUMPULAN: E DEVAKI A/P KANAGA RETNAM L20101005982 CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN L20101006001 DISEDIAKAN UNTUK: DR.HJ ABD LATIF HJ GAPOR

Upload: lenga

Post on 03-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPR 5063

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN:

PENGGUNAAN ‘KONSEP AB.LEH’ DALAM

MENGENALPASTI KEDUDUKAN ITEM-ITEM PADA

BAHAGIAN DEBIT DAN KREDIT DALAM MATA

PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN DI KALANGAN

PELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN PAYA BESAR, KUANTAN

PAHANG.

KUMPULAN: E

DEVAKI A/P KANAGA RETNAM L20101005982

CHITRA DEVI A/P RAJA KRISHNAN L20101006001

DISEDIAKAN UNTUK: DR.HJ

ABD LATIF HJ GAPOR

Page 2: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

ISI KANDUNGAN

Perkara Mukasurat 1.0 Tajuk Kajian 1

2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji 1

3.0 Latar Belakang Kajian 1 4.0 Pernyataan Masalah 2

5.0 Objektif Kajian 3

6.0 Metodologi Kajian 4

6.1 Ulasan Karya 4-5

6.2 Reka Bentuk Kajian 6-7

6.3 Sasaran Kajian 7

6.4 Instrumen Kajian 7-8

6.5 Metod Analisis 8

7.0 Kesignifikanan Kajian 9-11

8.0 Kesimpulan 12

9.0 Anggaran Perbelanjaan 13

10.0 Jadual Kerja 13

Lampiran

Rujukan

Page 3: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

1.0 Tajuk Kajian

Penggunaan „Konsep AB.LEH‟ Dalam Mengenalpasti Kedudukan Item-Item Pada Bahagian

Debit dan Kredit Dalam Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Di Kalangan Pelajar Tingkatan

Empat Adil, Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang.

2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nama-nama

guru dalam Jawatankuasa adalah:

1. Cik. Devaki A/P Kanaga Retnam

2. Cik. Chitra Devi A/P Raja Krishnan

3.0 Latar Belakang Kajian

Prinsip Perakaunan merupakan satu pengajian asas perakaunan yang bertujuan untuk melahirkan

individu yang mempunyai kemahiran perakaunan, berakauntabiliti, berfikiran kritikal dan

reflektif, mengamalkan budaya kerja yang beretika, berkemahiran dalam teknologi maklumat,

membudayakan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik

melalui pendekatan pembelajaran bermakna dan kesepaduan teori dan amalan perakaunan seperti

yang dinyatakan dalam objektif pembelajaran. Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah

berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu

peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

nilai-nilai murni, adab dan etika perakaunan disepadukan secara langsung dan tidak langsung.

Pendekatan yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai

kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara

kritis dan reflektif.

Dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan didedahkan tentang konsep dan prinsip

asas perakaunan, proses lengkap penyediaan penyata kewangan, perancangan kewangan dan

pengurusan pengrekodan. Pendekatan kontekstual yang digunakan dalam proses pengajaran dan

Page 4: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan

penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan

kontekstual. Gabungan kedua-dua pendekatan ini akan mendorong naluri ingin tahu murid dan

menjadikan pembelajaran suatu aktiviti yang bermakna kepada mereka. Aspek teori yang

memerlukan kemahiran berfikir (minds-on) dan kemahiran melakukan (hands-on) disepadukan

untuk mencapai objektif kurikulum dan memenuhi keperluan murid dalam pendidikan

perakaunan.

Konsep yang amat penting dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan adalah debit dan kredit.

Pelajar perlu mahir dalam menentukan item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam

bahagian debit dan kredit dalam lejar. Dalam peperiksaan, format menjawab soalan adalah dalam

bentuk perekodan dan huraian penting amat diperlukan untuk memantapkan jawapan pelajar.

Dalam proses membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran mata pelajaran Prinsip

Perakaunan, pelajar perlu menguasai kemahiran penyelesaian masalah akaun melalui perekodan

dan pelajar perlu mengingati item atau urusniaga yang sesuai untuk diatur dalam bahagian debit

dan kredit. Oleh itu, melalui konsep AB.LEH pelajar dapat mencari penyelesaian dan seterusnya

mempraktikkan konsep tersebut dengan berkesan.

4.0 Pernyataan Masalah

Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Lima merupakan kesinambungan daripada pembelajaran

Tingkatan Empat. Hal ini bermakna segala konsep dan kaedah perakaunan yang dipelajari di

Tingkatan Empat merupakan asas yang digunakan dalam sesi pembelajaran Tingkatan Lima. Jika

pelajar gagal memahami konsep dalam sukatan mata pelajaran Tingkatan Empat, hal ini akan

membawa kesan buruk terhadap pembelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan Lima kerana mata

pelajaran ini merupakan lanjutan di Tingkatan Lima. Kemahiran yang pelajar belajar di

Tingkatan Empat akan digunakan dalam pembelajaran Tingkatan Lima dengan lebih mendalam.

Hal ini menjadi sukar apabila pelajar gagal memahami konsep urusniaga dan gagal mengingati

kedudukan urusniaga tersebut sama ada dalam lejar debit dan kredit. Pelajar juga gagal

mengembangkan konsep urusniaga tersebut ke peringkat yang lebih mendalam dan kesukaran

Page 5: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

pelajar dalam mengaitkan satu urusniaga dengan urusniaga yang lain. Oleh itu, melalui konsep

AB.LEH pelajar dapat mengingati konsep urusniaga dan kedudukan urusniaga tersebut dalam

lejar debit dan kredit. Keadaan ini akan memudahkan pelajar berfikir dan membuat keputusan

dengan cepat kerana pelajar akan berpegang pada satu konsep iaitu AB.LEH. Konsep ini akan

menerangkan lima konsep dan membantu pelajar menyusun setiap urusniaga dengan tepat jika

pelajar tersebut dapat memahami konsep AB.LEH dan latih diri dengan pelbagai soalan latihan.

Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberi sumbangan kepada

kesukaran pelajar memahami konsep urusniaga perakaunan dan mengingati kedudukan

urusniaga di bahagian debit dan kredit. Pertama, tiadanya satu cara yang baik untuk pelajar

mengingati kedudukan urusniaga di bahagian debit dan kredit dan memahami setiap urusniaga

perakaunan serta mengembangkan konsep tersebut. Kedua, disebabkan oleh kegagalan

penggunaan Alatan Bantuan Mengajar (ABM) dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

5.0 Objektif Kajian

Objektif Am

Menggunakan konsep „AB.LEH‟ dalam pengajaran Prinsip Perakaunan supaya pelajar

dapat mengelaskan item-item mengikut debit dan kredit.

Objektif Khusus

Mengenalpasti proses asas dalam pengajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Memudahkan pelajar untuk menyediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira yang

menjadi asas dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik asas dalam mata pelajaran

Prinsip Perakaunan.

Menggunakan konsep „AB.LEH‟ dalam penyelesaian pengrekodan dokumen perniagaan.

Memperbaiki amalan pengajaran guru agar proses pengajaran dan pembelajaran

dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan.

Page 6: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

6.0 Metodologi Kajian

6.1 Ulasan Karya

Kesukaran untuk memahami bahasa perakaunan dan mengingati konsep-konsep urusniaga

perakaunan menjadi masalah bagi pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan

di Tingkatan Empat. Abdul Rahman Bin Zainal (2007) menjalankan kajian berkaitan

meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah berkenaan topik dokumen perniagaan mata

pelajaran prinsip perakaunan melalui kaedah „magik huruf‟. Kajian ini dijalankan bertujuan

untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapai oleh pelajar Tingkatan 5 di

dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang mengambil elektif Prinsip Perakaunan

dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan merupakan topik penting dan sentiasa

ditanya dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar yang menguasai topik ini bukan sahaja

sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan

sebenar. Kajian ini dijalankan ke atas 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun

Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan

12 orang pelajar perempuan serta melibatkan seorang guru.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.

Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang

diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan

difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80

minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah

menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen

Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh

diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata

pelajaran yang lain.

Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat

rekod daripada dokumen perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal

mengenalpasti buku catatan pertama yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku

Page 7: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan.

Pengkaji yakin beliau dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan

pembelajaran, sikap negatif dan pencapaian pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan

dapat diperbaiki. Menurut Gardner (1991), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil

kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap

sesuatu subjek.

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Pengkaji telah memperuntukan

2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar telah menjalankan

ujian pos 1, Lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2, sebulan selepas

itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhi borang kaji selidik untuk mendapatkan

pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soal selidik ialah supaya

pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar

meningkatkan pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba

menjawab soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik

semasa menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara.

Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual-ruang dan

secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar Tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai

kecerdasan dominant di dalam Visual-Ruang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan

kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan

diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana

pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.

Page 8: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

6.2 Reka Bentuk Kajian Model Kajian Tindakan Kemmis (1983)

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut:-

Langkah 1 – Diagnosis

Kenalpasti masalah.

- Pelajar mengalami kesukaran dalam mengkategorikan item-item perakaunan dalam

bahagian debit dan kredit.

- Kegagalan guru dalam penggunaan ABM.

Langkah 2 – Perancangan tindakan

Pencarian penyelesaian alternatif bagi menyelesaikan masalah.

- Menggunakan ujian pra dan ujian pos serta kaedah pemerhatian.

Page 9: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Langkah 3 – Mengambil tindakan

Memilih tindakan yang sesuai.

- Penggunaan konsep “AB.LEH” dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos serta

membuat kaedah pemerhatian.

Langkah 4 – Menilai

Mengkaji dengan menilai kajian tindakan yang sesuai.

- Mengenalpasti tahap kefahaman murid-murid dalam mengkategorikan item-item

perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit.

Langkah 5 – Tindakan spesifik

Kenalpasti tindakan penyelesaian.

- Penggunaan konsep “AB.LEH” dalam menyelesaikan masalah mengkategorikan

item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit.

6.3 Sasaran Kajian

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian kami ialah daripada kumpulan guru dan juga

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Kuantan Pahang. Seramai dua orang guru

yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan untuk Tingkatan Empat dan 21 orang pelajar

Tingkatan Empat Adil terlibat dalam kajian kami.

6.4 Instrumen Kajian

Kami akan menggunakan dua kaedah penggumpulan data yang mana ia terdiri daripada:

1) Soalan-soalan ujian.

Kami akan menyediakan dua set soalan iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos yang terdiri daripada

soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk kajian kami iaitu penggunaan konsep “AB.LEH”

dalam mengenalpasti item-item dalam bahagian debit dan kredit bagi mata pelajaran Prinsip

Perakaunan Tingkatan Empat. Tujuan ujian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kecekapan

Page 10: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

penguasaan topik Prinsip Perakaunan sebelum dan selepas penggunaan konsep yang ingin kami

kaji. Berdasarkan keputusan yang diterima, ia akan membantu kami dalam membuat analisis

sama ada konsep yang kami akan gunakan memberi manfaat atau sebaliknya dalam pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat.

2) Pemerhatian

Kedua-dua guru yang mengajar mata pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat akan

memerhati kelas Empat Adil semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan

utama ialah untuk mengenalpasti tindak balas, reaksi dan tindakan pelajar terhadap pengajaran

guru. Hal ini dapat diperhatikan melalui latihan perbincangan, mengemukakan soalan dan juga

melalui cara menjawab soalan-soalan objektif dan esei untuk mata pelajaran berkenaan dengan

menggunakan konsep „AB.LEH‟. Guru-guru juga dapat memerhati bahawa sejauh mana

penggunaan konsep ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam mengkategorikan

item-item mengikut bahagian debit dan kredit yang betul.

6.5 Metod Analisis

(a) Ujian pra dan ujian pos: Analisis pencapaian markah pelajar.

(b) Pemerhatian : Analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar-pelajar semasa

penjaran dan pembelajaran.

Page 11: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Jenis Akaun Debit Kredit

Aset Bertambah Berkurang

Belanja Bertambah Berkurang

Liabiliti Berkurang Bertambah

Ekuiti

Pemilik

Berkurang

Bertambah

Hasil Berkurang Bertambah

7.0 Kesignifikanan Kajian

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Kami mengenalpasti masalah melalui perbualan dalam telefon dengan guru yang mengajar mata

pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat di sekolah berkenaan iaitu Encik Moses Paul

Muthusamy. Daripada perbualan tersebut, kami mendapati bahawa pelajar Tingkatan Empat Adil

memang lemah dalam mengkategorikan item-item perakaunan di bahagian debit dan kredit.

Untuk mengetahui masalah tersebut dengan lebih lanjut, kami telah memberi borang soal selidik

kepada Encik Moses.

Langkah 2: Perancangan Tindakan

Setelah mengetahui masalah yang dihadapi, kami mencari jalan penyelesaian alternatif bagi

menyelesaikan masalah tersebut iaitu merancang untuk membuat ujian pra dan ujian pos serta

pemerhatian. Perancangan-perancangan yang dinyatakan akan menjadi alternatif antara satu

sama lain dalam melaksanakan kajian tindakan kami yang akan menggunakan konsep

„AB.LEH‟

.

Langkah 3: Mengambil Tindakan

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Empat Adil sekolah tersebut,

kami mencadangkan langkah penyelesaian yang sesuai iaitu menjalankan ujian pra dan ujian pos

serta membuat pemerhatian berkaitan penggunaan konsep „AB.LEH‟. Penjelasan konsep

„AB.LEH‟ adalah seperti berikut:

Bahagian Debit Bahagian Kredit

A = Aset L = Liabiliti

B = Belanja E = Ekuiti

H = Hasil

Page 12: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Pelajar perlu mengandaikan bahawa semua urusniaga yang terlibat dalam sesuatu soalan itu

adalah berkaitan dengan Ab Leh. Pelajar perlu menggunakan jadual dan T-lejar di atas untuk

mengaplikasikan konsep „AB.LEH‟ dalam menyelesaikan sesuatu soalan perakaunan. Misalnya:

Soalan: Ab Leh memulakan perniagaan dengan Modal sebanyak RM 20,000

Penerangan: Soalan ini melibatkan 2 urusniaga untuk direkod iaitu akaun Modal dan

akaun Tunai sebanyak RM 20,000.

Persoalan pelajar: Pelajar memahami kewujudan 2 urusniaga untuk direkod tetapi pelajar

tidak dapat mengkategorikan urusniaga tersebut di bahagian debit atau

kredit.

Jawapan: Sila rujuk jadual di atas. Ab Leh mempunyai tunai di tangan sebanyak

RM 20,000 iaitu ASET BERTAMBAH (DEBIT). Manakala, modal

untuk memulakan perniagaan iaitu EKUITI MILIK Ab Leh

BERTAMBAH (KREDIT).

Langkah 4 : Menilai

Dalam langkah ini, guru perlu mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam mengkategorikan

item-item perakaunan mengikut bahagian debit dan kredit yang betul. Kami membuat penilaian

berdasarkan markah ujian pra yang dilakukan oleh Encik Moses terhadap pelajar kelas Tingkatan

Empat Adil. Ujian pra tersebut terdiri daripada satu soalan yang merangkumi 20 markah. Pada

masa yang sama, semasa ujian itu diberi kepada pelajar kami memohon agar Encik Moses

mengisi borang pemerhatian yang disediakan oleh kami. Borang itu adalah bertujuan agar kita

mendapat gambaran tentang reaksi dan pemahaman pelajar terhadap soalan yang derikan kepada

mereka. Hasil ujian pra dapat ditunjukkan dalam jadual berikut:

Page 13: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Keputusan Ujian Pra

Nama Pelajar Keputusan Markah Ujian Pra ( per 20 % )

Nurul Amanina bt Ali Budin 10

Nur Rahsyma bt Yunan 9

Massitah bt Ahmad 6

Suzila bt Desa 11

Mohamad Nazrul Hafiz b Ismail 4

Muhammad Hazizi b Abdul Halim 6

Nur liyana bt Zainal 7

Zafirah bt Elias 5

Muhamad Azrin b. Sajahan 5

Sakinah bt Abdul Kadir 2

Muhammad Sufi b. Saharudin 8

Nurul Aishah bt Ahmad 13

Junainah Nur bt Abd Halim 4

Mohamad Amir Ahmad Khairi 12.5

Mohamad Zuhairi b. Mohd Yu 11

Mumtaju Begam b Ibunu Suhood 6

Mohamad Saiful Azri b Mohd 6

Norlela bt Saari 4

Saufi b. Sukardi 8

Iffah Izzana bt Wahyah 7

Mohamad Hanis b.Mohd Rahim 6

Langkah 5 – Tindakan Spesifik

Kami mengenalpasti tindakan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

pelajar Tingkatan Empat yang mengambil matapelajaran Prinsip Perakaunan di sekolah

berkenaan. Penggunaan konsep „AB.LEH‟ memberi manfaat yang cukup berangsangkan kepada

pihak guru ataupun kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat Adil Sekolah Menengah

Kebangsaan Paya Besar. Melalui penggunaan konsep „AB.LEH‟ akan memberi impak yang

berkesan kepada pelajar berkenaan dalam mengatasi masalah mengkategorikan item-item

perakaunan di dalam bahagian debit dan kredit.

Page 14: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

8.0 Kesimpulan

Melalui pengaplikasian konsep „AB.LEH‟ dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

mata pelajaran Prinsip Perakaunan, pelajar akan mencapai objektif pembelajaran dan dapat

mencapai keputusan yang baik dalam ujian. Konsep ini memudahkan pembelajaran pelajar dan

menjimatkan masa pengajaran oleh guru. Guru juga perlu mempelbagaikan ABM dengan lebih

kreatif dan menarik minat pelajar serta meringankan beban pelajar. ABM boleh diinovasikan

dengan lebih canggih walaupun mengajar mata pelajaran berkaitan nombor dan kiraan. Antara

ABM yang boleh digunakan adalah „Courseware‟, ‘Flash’, ‘Powerpoint’, menggunakan web

seperti Wikispace, Gmail dan lain-lain. Faktor penyediaan ABM bergantung kepada seseorang

guru iaitu kesanggupan guru tersebut dalam menyediakan ABM dengan mengorbankan masa,

tenaga dan wang.

Page 15: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

9.0 Anggaran Perbelanjaan

Perkara Jumlah (RM)

Bahan dan alatan bantuan mengajar 30

Percetakan laporan kajian (3 Jilid) 20

Perbelanjaan Mesyuarat 10

Cenderahati (21 pelajar dan 2 guru) 40

Jumlah 100

10.0 Jadual Kerja

Perkara Tarikh

Mesyuarat Jawatankuasa 08 September 2010

Penulisan kertas cadangan 09 September 2010

Mesyuarat perancangan 09 September 2010

Mesyuarat Pembinaan ujian pra/pos 18 September 2010

Pelaksanaan ujian pra 24 September 2010

Memproses data ujian pra 24 September 2010

Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 24 September 2010

Analisis data ujian pra, dan pemerhatian 15 Oktober 2010

Pelaksanaan ujian pos 24 Oktober 2010

Refleksi dan Penilaian 30 Oktober 2010

Penulisan laporan kajian 01 November 2010

Page 16: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Rujukan

Othman bin Lebar. 2009 . Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. Tanjung

Malim: Quantum Books.

Abdul Rahman Bin Zainal. . Meningkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah Berkenaan Topik

Dokumen Perniagaan Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Melalui Kaedah „Magik

Huruf‟. http://www.scribd.com/doc/12778633/Meningkatkan-Kemahiran-ian-Masalah-

Berkenaan-Topik-Dokumen-Perniagaan-Mata-Pelajaran-Prinsip-Perakaunan-Melalui-

Kaedah-magik-Huruf. (akses 10 Sept 2010).

Page 17: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

LAMPIRAN

Page 18: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK

DOKUMEN PERNIAGAAN MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN MELALUI

KAEDAH „MAGIK HURUF‟.

Oleh

ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL

ABSTRAK

SMK Benut

82200 Benut, Pontian

Johor

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang

dihadapai oleh pelajar tingkatan 5 di dalam topik Dokumen Perniagaan. Bagi pelajar yang

mengambil elektif Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan SPM, topik Dokumen Perniagaan

merupakan topik penting dan sentiasa keluar dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna pelajar

yang menguasai topik ini bukan sahaja sudah pasti lulus malah mampu memperolehi keputusan

yang lebih baik dalam peperiksaan sebenar. Seramai 20 orang pelajar melayu tingkatan 5 Ibnu

Khaldun, Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Pontian dan seorang guru terlibat dalam kajian

ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan pertama dan ujian pra.

Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak dapat menentukan setiap dokumen perniagaan yang

diberi perlu direkod di dalam buku catatan pertama yang mana satu. Perancangan tindakan

difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati pelajar selama 80

minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 minggu. Keputusan ujian pos telah

menunjukan pelajar lebih mengingati, memahami dan seronok membuat soalan-soalan Dokumen

Perniagaan dengan menggunakan kaedah Magik Huruf. Guru merasakan bahawa kaedah boleh

diperluaskan kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan atau mata

pelajaran yang lain.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU. Analisa keputusan Peperiksaan pertama Tahun 2007 bagi matapelajaran Prinsip Perakaunan

tingkatan 5 Ibnu Khaldun saya tetap dengan perasaan ada yang berbaur rasa kecewa, marah,

sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Tiada seorang

pun pelajar melayu yang lulus berbanding pelajar cina, rata-rata lulus dengan baik. Walaupun

saya hanya mengambil alih kelas ini untuk tingkatan 5 sahaja, tetapi saya telah banyak berusaha

untuk meningkatkan prestasi mereka. Apabila saya nyatakan kekecewaan saya kepada rakan-

rakan, maklum balas yang diterima tidak banyak membantu.

Page 19: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Antaranya : -“Mereka memang lemah, tidak layak untuk kelas itu”.

-“Aku ajar si X masa form 3, memang lemah, pelik macam mana boleh masuk kelas itu”.

-“Jangan „tension‟kan diri, nanti darah tinggi kau naik”.

Saya tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini. Saya telah marah,

mendenda dan meminta pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun menulis sebab-sebab kegagalan

mereka. Saya juga meminta pandangan semua guru yang mengajar kelas ini. Kesemua guru

menyatakan bahawa pelajar kelas ini tiada masalah disiplin, cuma kurang bermotivasi kan diri,

tidak serius terhadap pelajaran, banyak bercakap daripada membuat kerja dan sebagainya. Antara

sebab-sebab yang dinyatakan pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun ialah:

-Tidak membaca buku / tidak membuat ulangkaji -Tidak ingat format

-Tidak faham soalan

Maklum balas yang diberitahu oleh pelajar dan guru serta keazaman untuk mencapai kelulusan

100% telah mendorong saya untuk menjalankan kajian tindakan.

2.0 ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati

bahawa item mengenai Dokumen Perniagaan merupakan item wajib bagi kertas 1 dan 2 yang

menyumbang antara 28 ke 30 markah. Jika pelajar dapat menguasai topik Dokumen Perniagaan

ini dengan baik, peluang untuk mereke lulus adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapi

oleh pelajar dalam topik Dokumen Perniagaan ini ialah membuat rekod daripada dokumen

perniagaan ke dalam buku catatan pertama. Mereka gagal mengenalpasti buku catatan pertama

yang sesuai dengan dokumen yang diberi sama ada buku tunai, jurnal am, jurnal jualan, jurnal

belian, jurnal pulangan belian dan jurnal pulangan jualan.

Saya yakin saya dapat mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran,

sikap negatif dan pencapaian pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun yang rendah akan dapat

diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil

kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap

sesuatu subjek.

Page 20: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am

Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar terhadap Dokumen Perniagaan

Prinsip Perakaunan menggunakan kaedah „Magik

Huruf‟. 3.2 Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menempatkan dokumen perniagaan ke dalam buku

catatan pertama yang tepat.

2. Menggunakan kaedah Magik Huruf dalam penyelesaian dokumen perniagaan.

3. Membantu pelajar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan SPM kerana

topik dokumen membawa markah yang banyak.

4. Mengubah cara pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pembelajaran adalah

menyeronokkan,

4.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar Melayu Tingkatan 5 Ibnu Khaldun Sekolah

Menengah Kebangsaan Benut, Pontian iaitu terdiri daripada 8 orang pelajar lelaki dan 12 orang

pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Pemerhatian dibuat ke atas tingkah laku

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebelum kaedah Magik Huruf diperkenalkan

dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dengan kaedah Magik Huruf sedang diperkenalkan.

5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan

ingatan mereka mengenai topik Dokumen Perniagaan, item ujian pra merupakan item kertas 2

Prinsip perakaunan soalan SPM tahun 1995. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya tidak

Page 21: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan jawapannya, sebaliknya saya

Page 22: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

telah memperkenalkan kaedah Magik Huruf dan seminggu kemudian saya memberikan ujian pos

1 menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Lebih kurang empat minggu kemudian

saya lakukan ujian pos 2 dengan soalan SPM tahun 1997.

5.1.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum

balas pelajar berkenaan dokumen perniagaan sebelum dan selepas kaedah Magik Huruf

diperkenalkan.

5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisa Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati :

1. Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh guru secara lisan.

2. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi menunduk muka apabila guru

menyoal.

3. Pelajar berjaya mengesan dan membetulkan kesalahan yang sengaja dibuat guru untuk

menguji kefahaman dan ingatan pelajar.

4. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih memberangsangkan.

5.2.2 Analisa ujian pra dan pos. Jadual 1 : Perbandingan pencapaian murid dalam ujian pra dan pos seperti berikut:

Bilangan Pelajar

Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

22 – 24 0 0 6

19 – 21 0 3 9

16 – 18 0 11 4

13 – 15 1 4 1

10 – 12 0 2 0

7 – 9 3 0 0

4 – 6 9 0 0

0 – 3 7 0 0

Page 23: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.

Walaupun masih terdapat murid yang gagal tetapi tidak ada seorang pun yang mendapat markah

sifar.

5.2.3 Analisa soal selidik

Pelajar telah memberikan respon positif. Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab

oleh pelajar.

Skala Likert:

1. Sangat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Kurang setuju

4. Setuju

5. Sangat setuju

SKALA 1 2 3 4 5

ITEM BILANGAN PELAJAR

1 Prinsip Perakunan subjek yang mudah 1 3 9 5 2

2 Saya lebih suka teknik sendiri 9 5 4 2 0

3 Dokumen adalah tajuk yang mudah 1 3 9 5 2

4

Dokumen menjadi lebih mudah dengan

kaedah Magik Huruf

0

1

4

7

8

5

Saya dapat mengklafikasikan dokumen

dengan mudah menggunakan kaedah Magik Huruf

0

1

4

7

8

6

Saya berasa sangat seronok belajar tajuk

dokumen dengan mudah menggunakan

kaedah Magik Huruf

0

0

3

9

8

7

Saya akan menggunakan kaedah Magik Huruf untuk tajuk lain

0

1

2

8

9

8

Kaedah Magik Huruf membantu

meningkatkan daya kreativiti saya

0

1

3

8

8

5.3 Tindakan yang dijalankan

Selepas pelajar menjalankan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan penerangan

serba sedikit tentang struktur, fungsi dan cara otak manusia bekerja.

1. Saya kemudian memperkenalkan kaedah Magik Huruf berdasarkan pengetahuan sedia ada

Page 24: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

dan pengalaman harian mereka.

2. Saya menekankan kepada pelajar tentang konsep penting dalam perakaunan iaitu debit,

kredit, jual dan beli.

3. Pelajar membina perkataan yang mudah diingati berdasarkan huruf yang diberi.

4. Pelajar juga diminta mengasingkan dokumen, potong nama sendiri dan labelkan huruf

berkenaan, kemudian rekod ke dalam buku yang sesuai.

5. Pelajar menjalani Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2, selepas ujian pos 1 dan pos 2, saya dan

pelajar akan membincangkan jawapan sebagai langkah pengukuhan.

6. Setiap kali kelas Prinsip Perakaunan, saya mengingatkan pelajar dengan kaedah Magik

Huruf.

5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian.

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa saya menjalankan kajian

ini saya telah menyempurnakan sukatan matapelajaran prinsip perakaunan. Saya telah

memperuntukan 2 waktu untuk membimbing pelajar membina kaedah Magik Huruf. Pelajar

telah menjalankan ujian pos 1, lima hari selepas membina kaedah Magik Huruf dan ujian pos 2,

sebulan selepas itu. Selepas ujian pos 2 pelajar di minta memenuhkan borang kaji selidik untuk

mendapatkan pandangan mereka tentang kaedah Magik Huruf. Tujuan mengedarkan soalselidik

ialah supaya pelajar lebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara

temubual.

Berdasarkan pemerhatian saya kaedah Magik Huruf berjaya membantu pelajar meningkatkan

pencapaian di dalam sub topik prinsip perakaunan. Pelajar mula berlumba-lumba menjawab

soalan yang diberikan. Pelajar lebih berkeyakinan dan mendapat keputusan yang baik semasa

menjawab koleksi soalan-soalan percubaan dari negeri-negeri lain.

Pelaksanaan „Magik Huruf‟ adalah seperti berikut:

1. Pelajar diberi lembaran kerja mengandungi soalan dokumen perniagaan.

2. Pelajar diminta terus membuka bahagian lampiran yang mengandungi senarai dokumen

perniagaan.

3. Pelajar hendaklah menandakan dengan huruf J bagi dokumen Nota Debit dan Invois, huruf JP

bagi Nota Kredit sementara yang lain ditandakan dengan huruf BT. Pengecualian kepada memo,

tuliskan „X‟.

Page 25: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

4. J bermaksud jurnal, JP bermaksud jurnal pulangan dan BT bermaksud Buku Tunai.

5. Pelajar seterusnya diminta mengenalpasti dokumen yang mempunyai dua nama peniaga.

6. Pelajar hendaklah menandakan di hujung nama peniaga yang di atas dengan huruf J manakala

nama peniaga yang di bawah dengan huruf B, pengecualian untuk baucer pembayaran.

7. Dokumen selebihnya ditandakan dengan huruf B

7. Kemudian, barulah pelajar diminta membaca soalan yang berkaitan dengan menentukan

nama perniagaan yang tertera dalam soalan tersebut.

9. Pelajar perlu menganggap bahawa nama perniagaan tersebut sebagai diri mereka, seterusnya

pelajar perlulah kembali kepada dokumen perniagaan tadi

10. Potongkan semua „nama kita‟ dalam setiap dokumen dan bulatkan huruf di hujung nama yang telah

ditandakan tadi.

11. Akhirnya, pelajar merekodkannya kedalam buku catatan pertama yang berkaitan. Jika

dihujung dokumen berhuruf J dan huruf dibulat B bermakna dokumen perlu dicatatkan di dalam

Page 26: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Jurnal Belian. Buku tunai pula telah diletakkan di sebelah kiri (debit) dengan huruf J dan di

sebelah kanan (kredit) dengan huruf B. Sekiranya hujung dokumen berhuruf BT dan huruf

dibulat J, maka perlu dicatatkan di dalam buku tunai di sebelah kiri.

5.5 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar dalam ujian pra, pos 1 dan pos 2 menunjukkan peningkatan yang ketara.

Kebolehan membina kaedah Magik Huruf merupakan salah satu kemahiran visual – ruang dan

secara kebetulan. 10 daripada 20 orang pelajar tingkatan 5 Ibnu Khaldun mempunyai kecerdasan

dominant di dalam Visual- Ruang.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa adunan kaedah Magik Huruf dan teori kecerdasan

pelbagai banyak membantu meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap

apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan

menyeronokkan. Masih terdapat pelajar yang gagal dalam ujian pos 1 dan pos 2, kerana sewaktu

saya memperkenalkan kaedah Magik Huruf terdapat seramai 3 pelajar tidak hadir ke sekolah

kerana sakit, selain daripada itu ada 1 orang pelajar 5 Ibnu Khaldun yang kerap tidak hadir

kesekolah dan mereka yang tidak hadir inilah yang gagal dalam ujian pos. saya sepatutnya

menerang dan memastikan mereka faham dan membuat kaedah Magik Huruf bukan hanya

sekadar mengarah untuk mereka menyalin dari rakan-rakan. Saya sepatut harus bersikap lebih

tegas terhadap segelintir pelajar yang malas dan yang bersikap sambil lewa.

Saya berasa tersentuh dan terharu apabila seorang pelajar 5 Ibnu Rusyd menghantar SMS

meminta saya mengajar mereka kaedah Magik Huruf dan ada yang menyalin dari murid 5 Ibnu

Khaldun sebelum di suruh. Saya yakin bahawa kaedah ini dapat meningkatkan pencapaian

mereka dalam subjek prinsip perakaunan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:

1. Mengguna pakai kaedah Magik Huruf sebaik sahaja mengajar topik Dokumen Perniagaan

2. Guru boleh menyediakan satu modul penggunaan kaedah Magik Huruf dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih terancang dan teratur.

3. Para pelajar sentiasa dibekalkan dengan soalan-soalan yang berkaitan selepas

memperkenalkan kaedah Magik Huruf.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

Page 27: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

RUJUKAN

Ang Boon Hing (2000). Koleksi Kertas Peperiksaan SPM Prisip Akaun . Pulau Pinang : Mahir

Publications Sdn. Bhd.

Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn. Bhd.

Brown, T (1987). Language Interaction Pattens in Lesson Featuring Mathematical Investigations

. PhD thesis, University of Southampton

Page 28: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Borang Pemerhatian

Bil. Aspek Faham Kurang Faham Tidak Faham

1 Pelajar berbincang

2 Pelajar cuba memahami soalan

3 Pelajar menyenaraikan item

4 Pelajar cuba menyelesaikan soalan

Page 29: UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS - Ezaidin Norman · PDF filePELAJAR TINGKATAN EMPAT ADIL, SEKOLAH ... pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, ... Analisis pencapaian markah

Ujian Pra

Ab Leh menjalankan perniagaan perabot. Sila rekodkan urusniaga berikut:

1) Ab Leh memulakan perniagaan dengan modal di tangan sebanyak RM 20,000.

2) Ab Leh membeli alatan pejabat berharga RM 500 secara tunai untuk kegunaan pejabat.

3) Ab Leh membayar pemiutang secara tunai sebanyak RM 10,000.

4) Menerima tunai daripada penghutang sebanyak RM 5,000.

5) Syarikat ABC membuat belian perabot secara kredit sebanyak RM 55,000.