pendekatan pendidikan holistik dalam mata · pdf filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran...

13
PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA PELAJARAN PERDAGANGAN KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) TINGKATAN 2 Rohana Hamzah¹,Noorhasliza Binti Senin² dan Sarimah Ismail³ Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia e-mail: [email protected] ABSTRAK : Pengajaran dan pembelajaran adalah proses terpenting dalam pendidikan. Pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkahlaku ke arah memenuhi tujuan dan matlamat pendidikan iaitu melahirkan insan berakhlak mulia. Hasrat ini bersesuaian dengan pendekatan pendidikan holistik yang mampu untuk merialisasikan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui pendekatan holistik, pembangunan potensi intelektual dilakukan seiring dengan pembangunan proses pembangunan potensi spiritual yang menjadi asas kepada rangsangan perubahan emosi dan tingkahlaku pelajar. Proses pendidikan holistikjuga bertujuan melatih transformasi minda pelajar supaya mampu berfikir secara bersepadu bukannya terpisah. Oleh itu kajian ini bertujuan membangunkan dan menilaikeberkesanan modul pendekatan pendidikan holistik bagi mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 2. Keberkesanan modul diukur berdasarkan faktor Kepercayaan kepada Pencipta, pembangunan kesedaran sifat bertanggungjawab kepada perubahan diri, masyarakat dan persekitaran. Rekabentuk kajian ialah kajian quasi eksperimental dengan mengunakan ujian pra dan post untuk menguji keberkesanan modul. Data terkumpul di analisa untuk mendapatkan peratusan dan min. Ujian perbandingan “independent sample t-test” digunakan untuk menganalisa perbezaan min. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 2 SMK Taman Universiti 2 yang mengambil mata pelajaran Perdagangan Keusahawanan dalam Kemahiran Hidup terlibat sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian post dan pra bagi ketiga-tiga pemboleh ubah yang diukur iaitu Kepercayaan kepada Pencipta, sikap bertanggungjawab kepada perubahan diri, tanggungjawab kepada orang lain dan persekitaran. Kata kunci: Pendidikan, Pendekatan Pendidikan Holistik, Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan Dan Keusahwanan. 1.0 PENGENALAN Usaha menerapkan nilai keusahawan di kalangan rakyat di Negara ini telah dilakukan oleh Kerajaan di peringkat sekolah lagi.Ia diterapkan melalui mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan yang merupakan salah satu komponen teras di dalam mata pelajaran KHB. Tujuan komponen ini diperkenalkan ialah mendedahkan para pelajar dengan bidang kerjaya dan maklumat perniagaan supaya para pelajar terdorong untukmenceburi bidang perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan.Komponen teras ini mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan perniagaan dan konsumerisme.Ia bertujuan untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, tidak berputus asa serta berkeupayaan mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab. Kemahiran dan nilai-nilai murni yang diterapkan adalah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Upload: lytuong

Post on 01-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA

PELAJARAN PERDAGANGAN KEUSAHAWANAN

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) TINGKATAN 2

Rohana Hamzah¹,Noorhasliza Binti Senin² dan Sarimah Ismail³

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

e-mail: [email protected]

ABSTRAK : Pengajaran dan pembelajaran adalah proses terpenting dalam pendidikan.

Pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar mengubah tingkahlaku

ke arah memenuhi tujuan dan matlamat pendidikan iaitu melahirkan insan berakhlak mulia.

Hasrat ini bersesuaian dengan pendekatan pendidikan holistik yang mampu untuk merialisasikan

apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melalui pendekatan

holistik, pembangunan potensi intelektual dilakukan seiring dengan pembangunan proses

pembangunan potensi spiritual yang menjadi asas kepada rangsangan perubahan emosi dan

tingkahlaku pelajar. Proses pendidikan holistikjuga bertujuan melatih transformasi minda pelajar

supaya mampu berfikir secara bersepadu bukannya terpisah. Oleh itu kajian ini bertujuan

membangunkan dan menilaikeberkesanan modul pendekatan pendidikan holistik bagi mata

pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 2.

Keberkesanan modul diukur berdasarkan faktor Kepercayaan kepada Pencipta, pembangunan

kesedaran sifat bertanggungjawab kepada perubahan diri, masyarakat dan persekitaran.

Rekabentuk kajian ialah kajian quasi eksperimental dengan mengunakan ujian pra dan post

untuk menguji keberkesanan modul. Data terkumpul di analisa untuk mendapatkan peratusan

dan min. Ujian perbandingan “independent sample t-test” digunakan untuk menganalisa

perbezaan min. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan 2 SMK Taman Universiti 2 yang mengambil

mata pelajaran Perdagangan Keusahawanan dalam Kemahiran Hidup terlibat sebagai sampel

kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian post dan

pra bagi ketiga-tiga pemboleh ubah yang diukur iaitu Kepercayaan kepada Pencipta, sikap

bertanggungjawab kepada perubahan diri, tanggungjawab kepada orang lain dan persekitaran.

Kata kunci: Pendidikan, Pendekatan Pendidikan Holistik, Kemahiran Hidup Bersepadu,

Perdagangan Dan Keusahwanan.

1.0 PENGENALAN

Usaha menerapkan nilai keusahawan di kalangan rakyat di Negara ini telah dilakukan

oleh Kerajaan di peringkat sekolah lagi.Ia diterapkan melalui mata pelajaran Perdagangan

dan Keusahawanan yang merupakan salah satu komponen teras di dalam mata pelajaran

KHB. Tujuan komponen ini diperkenalkan ialah mendedahkan para pelajar dengan bidang

kerjaya dan maklumat perniagaan supaya para pelajar terdorong untukmenceburi bidang

perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan.Komponen teras ini mendedahkan

pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang

menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan dan simpan kira, pengurusan

perniagaan dan konsumerisme.Ia bertujuan untuk memupuk sikap berdikari, yakin diri, tidak

berputus asa serta berkeupayaan mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang

perniagaan dengan bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang

bertanggungjawab.

Kemahiran dan nilai-nilai murni yang diterapkan adalah sejajar dengan hasrat

Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

Page 2: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberlandaskan prinsip keyakinan dan kepercayaan

kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Oleh itu proses pengajaran dan

pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam menterjemahkan dan menerap nilai

keusahawanan di dalam diri pelajar. Menurut Smith (1960) dan Cornell (1991) pengajaran

adalah satu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar. Manakala Battle dan Shannon (1987) pula

berpendapat pengajaran merupakan proses penyampaian idea yang membantu pelajar

mengubah tingkahlaku ke arah tujuan dan matlamat pendidikan.

Pada asasnya tujuan pendidikan ialah untuk perubahan sikap dan tingkah laku

manusia (Yahya Jusoh dan Azhar Muhammad, 2007). Namun proses perubahan sikap

memerlukan ilmu yang bermakna, ilmu yang diyakini kebenarannya oleh pelajar sehingga

akhirnya mampu menyentuh hati dan akal fikirannya dan seterusnya mengubah cara hidup

atau jalan kehidupannya (Syed Abul A’la Al-Maududi, 1987). Oleh itu, seandainya proses

pengajaran tertumpu kepada usaha untuk membangunkan kecerdasan intelek semata-mata, ia

tidak menjamin kejayaan hidup seseorang individu (Golemen, 1995). Malah dengan hanya

memberi tumpuan kepada kecerdasan intelektual kita tidak mampu melahirkan insan yang

matang, tabah, berani, kuat, teguh dan rendah diri yang menjadi asas kepada pembangunan

diri seorang usahawan berdaya maju (Muhammad Mahyudin Nafis, 2007).

Oleh itu, proses pendidikan memerlukan satu pendekatan yang lebih bermakna.Bukan

sekadar mampu menyentuh akal fikiran tetapi juga mampu menyentuh hati sehingga

kehadiran makna terhadap isi pelajaran yang dipelajari oleh pelajar mampu membangunkan

emosi dan tingkahlaku yang positif.

2.0 PROSESPENDIDIKAN YANG BERMAKNA

Proses pendidikan bukan sekadar bermaksud proses memasukkan ilmu atau

memindahkah ilmu ke minda manusia malah ia merupakan satu proses membimbing makna

terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar dengan lebih mendalam. Oleh itu proses P&P yang

hanya memberi fokus kepada pencapaian akademik berasaskan penguasaan kemahiran dan

pengetahuan yang terpisah daripada pembangunan kerohanian akan gagal melahirkan

manusia yang memahami makna dan hakikat kewujudan yang bersifat kerohanian ((Rohana,

2010).

Maka, proses pendidikan saharusnya bertujuan mendidik manusia agar mampu

memahami makna di sebalik apa yang dipelajari dan seterusnya mampu

memperkembangkan potensi dirinya sendiri, menerokai, menyintai ilmu,menyintai kebenaran

serta mampu berfikir dan bertindak secara adil dan bijaksana (Syed Naquib al-Attas, 2001).

Persoalanya apakah yang dimaksudkan sebagai membimbing makna yang mendalam

melalui proses pendidikan? Menurut Hasan Langgulung (2003) dan Rohana (2009a), proses

pendidikan seharusnya membawa manusia menyedari melalui penyaksiannya akan bukti dan

Page 3: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

tanda-tanda kewujudan Tuhan sebagai pemilik kuasa tertinggi (infinitif) melalui proses

pembelajaran dan penerokaan ilmu pengetahuan intelektual. Proses pembelajaran dan

pemerhatian melalui aktiviti pengajaran dan penbelajaran ilmu intelektual seharusnya

terbimbing oleh seorang pendidik yang mampu membawa pelajar mengerti tentang rahsia

disebalik kewujudan alam fizikal. Dalam erti kata lain, di dalam proses pendidikan, guru

sebagai pendidik perlu membimbing pemerhatian pelajar (pacaindra), pemikiran pelajar

(potensi intelektual dan logika) dan emosi pelajar untuk membangunkan keyakinan

(keimanan) kepada sifat-sifat kesempurnaan yang dimiliki oleh Pencipta (potensi spiritual).

Proses membimbing makna melalui prosesP&P boleh diringkaskan seperti di dalam rajah

berikut:

Rajah 1: Proses Bimbingan Makna Ilmu Intelektual Melalui Aktiviti P&P

Proses pendidikan juga dikenali sebagai proses transformasi potensi-potensi manusia

yang memerlukan manusia menemui jawapan kepada dua persoalan penting dalam

kehidupan iaitu tentang siapa diri saya dan apa tujuan hidup saya (Ahmad Sabri, 2003). Dua

persoalan penting ini akan membawa manusia menghayati konsep kebebasan diri

berdasarkan prinsip kebenaran universal. Penghayatan terhadap konsep kebebasan diri

bersandarkan kepada prinsip universal sangat penting kerana ia menentukan siapa manusia

apabila mereka di berikan kuasa dan tanggungjawab. Sekiranya manusia bertindak diatas

dasar ‟keakuan” dan kekuasaanku, mereka lebih cenderung untuk melakukan kezaliman dan

kerosakan. Oleh itu syarat utama pembangunan akhlak manusia ialah menyedari dengan

yakin akan kebenaran kekuasaan Pencipta yang memiliki segala sesuatu yang diperolehi

melalui pembelajaran ilmu intelektual. Oleh itu, sebagai makhluk bernama manusia mereka

tidak pernah memiliki apa-apapun melainkan dimiliki oleh Pencipta. Segala pangkat dan

harta hanyalah amanah atau kepercayaan yang dipinjamkan oleh Pencipta untuk

membolehkan manusia melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin dengan penuh

bertanggungjawab. Maka kesedaran ini adalah asas untuk melatih tingkah laku manusia yang

lebih adil dan bertanggungjawab.

Kepercayaan dan keyakinan kepada Pencipta pemilik segala sifat infinitif adalah

kesedaran asas yang perlu di miliki oleh setiap warganegara Malaysia seperti yang termaktub

Page 4: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

di dalam FPK. Kesedaran ini juga adalah asas pembangunannilai terbitan yang lain seperti

kejujuran, keikhlasan, kasih sayang dan lain-lain.Nilai kepercayaan kepada Tuhan juga

merupakan prasyarat untuk membolehkan pelajar di bimbing tentang hakikat dan tujuan

kehidupannya seperti yang termaktub dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak

menjadikan seorang khalifah di bumi."

(Surah al-Baqarah, ayat 30)

Sekiranya kita perhatikan, semua yang ada disekeliling kita sedang mengalami

perubahan ataupun lebih dikenali sebagai evolusi. Namun perubahan ini memerlukan

pimpinan agar ia berlaku atau dilakukan berdasarkan perintah Pencipta. Oleh itu Allah

(SWT) telah melantik manusia sebagai khalifah atau pemimpin perubahan di muka bumi ini.

Maka tujuan manusia diciptakan untuk memainkan peranan sosial sebagai khalifah perlu di

didik melalui proses pendidikan agar perubahan yang dilakukan tidak menyebabkan

kemusnahan atau kezaliman baik kepada dirinya sendiri, orang lain dan makhluk lain di alam

ini.

Keupayaan manusia menyedari tujuan dan tanggungjawab sebagai khalifahatau

pemimpin perubahan pula adalah asas untuk membolehkan pembangunan potensi intelektual

dan kemahiran pekerjaan dapat di lakukan oleh manusia secara berterusan sepanjang hayat

dengan lebih berkesan. Kesedaran ini juga membolehkan proses pendidikan mampu

melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada kehidupan sebagai pemimpin perubahan

diri, keluarga, masyarakat dan Negara.Oleh itu pendidikan bukan sekadar tentang latihan

kemahiran atau pemikiran tetapi turut mencakupi pembangunan jati diri pelajar (Wan Mohd.

Nor, 2005). Rajah berikut menunjukkan kesan yang akan berlaku di dalam proses

transformasi potensi diri pelajar selepas pendekatan proses bimbingan makna ilmu dilakukan

di dalam aktiviti P&P

Rajah 2: Kesan Proses Pendidikan Yang Bermakna Kepada Pelajar

Page 5: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

Nilai Amalan

Pendekatan pendidikan seperti mana yang digambarkan di dalam dua rajah di ataslah

yang dimaksudkan dengan pendekatan pendidikan integrasi holistik. Pendekatan pendidikan

integrasi holistik bertujuan melahirkan manusia yang mampu berfikir secara bersepadu

diantara matlamat kehidupan yang akhirat (visi kehambaan hanya kepada Pencipta) dengan

matlamat kehidupan sebagai pemimpin perubahan (khalifah). Apa yang berlaku semasa

proses pengajaran dan pembelajaran ialah penyepaduan diantara kebenaran yang diperolehi

melalui pengujian dan pemerhatian ilmu intelektual dengan mesej ilmu wahyu (bukti

kewujudan dan keesaan Pencipta) (Rohana,2010; Syed Naquib al-Attas, 2001).

Menurut Sidek Baba (2006) ilmu dalam Islam terbentuk dalam acuan yang

sepadu.Ilmu-ilmu seperti akidah, ibadah dan akhlak serta yang lainya menjadi tunjang

gandingan dengan ilmu seperti sains dan teknologi serta ilmu-ilmu kemanusiaan.Islam tidak

menentang usaha-usaha penyelidikan mendapatkan data dan fakta, menghasilkan hipotesis

dan teori. Tradisi menyepadukan ilmu mendorong umat manusia untuk mengetahui apa yang

mereka perhati dan saksikan dan menghubungkan fakta dan data sebagai sumber dan bukti

kebenaran kebesaran Allah S.W.T.

Menurut Tajul Ariffin (1998) pembangunan insan yang seimbang dari aspek jasmani,

emosi, rohani dan intelek dilihat perlu dibangunkan seiring dengan paradigma tauhid yang

dapat diintegrasikan dengan kurikulum pendidikan dan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar seperti mana yang terdapat dalam Rajah 3. Sekaligus apa yang

dinyatakan dalam Objektif pengajaran adalah selaras dengan apa yang dikehendaki oleh

FPK.

Nilai Tertinggi

(Spiritual)

(akhlak / praktikel dalam

hubungan dan

tanggungjawab

sosial)

Rajah3: Model pembangunan insan berasaskan paradigma Tauhid.

Sumber: Tajul Ariffin et.al (1998) hlm: 203.

Emosi Intelek Jasmani

TAUHID

Rohani

Akhlak Ibadah

Akidah

Manusia

a

Alam

Memimpin

Page 6: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah membangunkan modul pendekatan pengajaran integrasi

holistik bagi mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawan KHB Tingkatan 2 (tajuk Asas

Keusahawanan). Objektif seterusnya ialah menilai keberkesanan Modul Pendekatan

Pendidikan Integrasi Holistik berdasarkannilai universal kepercayaan dan keyakinan

kepada Tuhan sebagai asas membangunkan jati diri usahawan.

4.0 METODOLOGI

Dalam ini, gabungan kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif disatukan sebagai

satu ‘integrated approach’ Bryman (2002). Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan

bagi mengukur pelbagai aspek berkaitan kajian sebelum, semasa dan selepas penggunaan

modul pendidikan holistik.Data-data kualitatif digunakan sebagai data sokongan untuk

mengukuhkan lagi dapatan kajian dan juga kajian permulaan bagi kajian ini.

Kajian ini merupakan satu kajian quasi eksperimental.Responden terdiri daripada 40

orang pelajar Tingkatan 2 SMK Taman Universiti 2 yang mengambil mata pelajaran

Perdagangan Keusahawanan dalam Kemahiran Hidup.Pemilihan lokasi ini adalah

berdasarkan pencapaian prestasi pelajar yang mengalami masalah dalam pembelajaran KHB

yang telah dicadangkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru iaitu En Hj. Yusoff Bin

Adam selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru.

Data-data kajian terkumpul dianalisa menggunakan perisian ‘Statistical Package for

the Social Sciences version 16.0‘ (SPSS v20.0)dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan

dan perbandinga min dengan mengunakan 'Independent Sample T Test' bagi mengukur

perbezaan diantara ujian pra dan ujian pos.

5.0 PEMBANGUNAN MODUL PENDEKATAN PENDIDIKAN

INTEGRASI HOLISTIK

Sebelum membangunkan sesebuah modul pengajaran, adalah penting bagi penyelidik

untuk menentukan apakah model reka bentuk pengajaran yang sesuai.Ia dapat membantu

pembangun menjalankan kerja-kerja pembangunan dengan lebih sistematik.Terdapat

pelbagai model reka bentuk pengajaran untuk dijadikan rujukan oleh penyelidik di dalam

menentukan susur galur modul perisian yang ingin dibangunkan diantaranya ialah Model

ASSURE, Model Dick and Carey, Model ADDIE, dan lain-lain lagi.Dalam kajian ini,

penyelidik telah memilih rekabentuk pengajaran Dick & Carey dalam pembinaan modul

pengajaran.Pembangunan modul bermula dengan pembangunan perancangan pengajaran dan

pembelajaran seperti di tunjukkan di bawah:

Page 7: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

Rajah 3: Contoh Perancangan Pengajaran mengunakan Pendekatan

Pendidikan Integrasi Holistik

Berikut dilampirkan pula beberapa contoh slide yang di bangunkan sebagai bahan bantudi

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

Rajah 4 : Pengenalan Modul Pembangunan Pendidikan Holistik

Rajah 5 : Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Page 9: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

Rajah 6 : Mutiara kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

6.0 DAPATAN KAJIAN

Jadual berikut menunjukkan dapatan kajian ujian pra dan pos bagi menilai

keberkesanan modul yang telah dibangunkan dan diuji.

Jadual 1 : Nilai Min Bagi Setiap Item Dan Nilai Min Keseluruhan

Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pos Bil Item Min

Ujian Pra

Min

Ujian Pos

1 Salah satu syarat utama untuk menjadi usahawan berjaya ialah percaya dan

yakin kepada kewujudan Tuhan

2.35 4.23

2 Seorang usahawan berjaya sentiasa berusaha mendekatkan dirinya dengan

Tuhan

2.03 3.83

3 Seorang usahawan menyakini bahawa terdapat ilmu yang boleh dipelajari di

sebalik kegagalan, oleh itu kita tidak perlu berputus asa

1.95 4.00

4 Seorang Usahawan berjaya perlu berdoa, berusaha dan memohon

pertolongan Tuhan dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan

1.90 4.10

5 Seorang usahawan berjaya yakin dengan ketentuan Tuhan yang disukai

mahupun tidak

1.90 3.60

6 Dari masa ke semasa saya akan memperkasakan ilmu kerana ilmu adalah

amanah dari tuhan

2.00 3.80

7 Saya percaya bahawa Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui apa

yang tersimpan di hati saya

2.00 4.10

NILAI MIN KESELURUHAN 1.75 3.95

Dapatan menunjukkan nilai min keseluruhan bagi ujian pra ialah 1.75 dan bagi ujian

pos pula 3.95.Ini menunjukkan terdapat perubahan pemahaman responden (pelajar) selepas

mengikuti modul pendekatan pendidikan integrasi holistik bagi mata pelajaran tersebut.

Page 10: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

Nilai min tertinggi bagi ujian pra ialah 2.35 dan ujian pos 4.23.Kedua-dua nilai min

tertinggi ini mewakili item yang pertama iaitu salah satu syarat utama menjadi usahawan

berjaya ialah percayadan yakin kepada kewujudan Tuhan. Disini membuktikan dimana

selepas mengikuti modul, responden menyedari bahawa nilai terpenting yang dipegang oleh

seorang usahawan berjaya ialah nilai kepercayaan dan keyakinan dengan kewujudan

Tuhan.Jadual di bawah pula menunjukkan dapatan bagi ujian perbandingan min.

Jadual 2 :Perbandingan min bagi ujian pra dan jian pos

berdasarkan analisis ujian t (Paired T-Test) Bil Soalan Kajian Min

Ujian

Pra

Min

Ujian

Pos

Perbezaan

Min

Niai t Signifikan

1

Membangunkan Jati Diri Usahawan

Berdasarkan Kepercayaan Dan Keyakinan

Kepada Tuhan

1.75

3.95

2.2

27.64

.000

Signifikan

Keputusan menunjukkan nilai t 27.64 signifikan pada aras 0.0 iaitu lebih rendah

daripada 0.5. Oleh itu terdapat perbezaan yang disignifikan diantara ujian pos dan pra dimana

nilai min ujian pos (3.95) lebih tinggi daripada ujian pra(1.72). Dapatan ini menunjukkan

modul pendekatan pendidikan integrasi holistik telah berjaya menerapkan nilai kepercayaan

dan keyakinan kepada Pencipta melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

perdagagan dan keusahawanan.

Jadual berikut pula merupakan ringkasan daripada temubual yang dilakukan oleh penyelidik

dengan guru mata pelajaran.

Jadual : Respon guru mata pelajaran terhadap modul pendekatan pendidikan integrasi holistic

Apakah pendapat cikgu tentang modul

pendekatan pendidikan holistik dalam mata

pelajaran Asas Keusahawan secara

keseluruhan

Saya berpendapat modul pendekatan pendidikan holistik yang cuba

diterapkan di dalam mata pelajaran asas keusahawan merupakan satu

pilihan tajuk yang sangat tepat kerana diwaktu sekarang ini kerajaan juga

menggalakkan rakyat menceburi bidang usahawan. Walaupun kita

sebagai guru tidaklah mendidik pelajar secara langsung menjadi

usahawan, namun pendekatan nilai holistik yang cuba disampaikan

bersesuaian memberi pendedahaan kearah kebaikkan sama ada sebagai

usahawan ataupun tidak. Para pelajar juga tidak hanya didedahkan

semata-mata dengan pembelajaran yang berkaitan topik pembelajaran

malah pelajar di bawa keluar berfikir dari kebiasaannya dengan

merenung kaitan pembelajaran dengan Pencipta. Pengajaran dan

penerapan nilai holistik yang berterusan mampu membawa perubahan

tingkahlaku pelajar ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

Page 11: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

7.0 PERBINCANGAN

Guru memainkan peranan penting dalam dalam menterjemahkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam usaha membangunkan

diri individu atau pelajar secara menyeluruh, seimbangdan bersepadu. Dapatan kajian

menunjukkan modul pengajaran yang dibangunkan berdasarkan pendekatan pendidikan

integrasi holistik mampu menjadikan proses pembelajaran ilmu intelektual oleh pelajar

menjadi lebih bermakna.

Dapatan ini menunjukkan pendekatan pendidikanmemainkan peranan yang sangat

signifikan dalam melatih dan membangunkan potensi diri pelajar secara menyeluruh.Guru

seharusnya memainkan peranan sebagai murabbi (pendidik), tidak sekadar mualim

(pengajar). Hal ini kerana peranan mualim berfokuskan pengajaran manakala murabbi

berfokus pendidikan.Matlamat utama seorang mualim (pengajar) adalah agar ilmu yang

diberikan itu dapat difahami dan diaplikasikan semula semasa peperiksaan (Muhammad

Jihad 2008:21). Manakala, matlamat utama seorang murabbi (pendidik) ialah untuk mendidik

jiwa muridnya supaya mereka terkesan dengan ilmu yang diperolehi melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui bersama. Tegasnya, seorang murabbi

mendidik makna ilmu agar ia lebih dihayati sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan

tabiat pelajarnya yang mulia dan beradab. Jika tugas mualim banyak berlegar pada akal,

maka tugas murabbi pula adalah dari mata, ke akal dan sehingga meresap jauh dalam hati

pelajarnya.

Oleh itu pendekatan pendidikan integrasi holistik berkemampuan memenuhi tujuan

sebenar pendidikan iaitu membentuk perubahan sikap dan tingkah laku manusia (Yahya

Jusoh dan Azhar Muhammad, 2007). Respon yang positif daripada guru juga menunjukkan

pendekatan ini lebih berkesan untuk membangunkan akhlak pelajar. Malah ia mampu

menjadi asas yang kukuh kepada pembangunan jati diri seorang usahawan yang berpendirian

teguh berteraskan pegangan hidup di atas prinsip kebenaran universal iaitu kepercayaan dan

keyakinan kepada kewujudan Pencipta. Kesannya akan lahirlah insan yang matang, tabah,

berani, kuat, teguh tetapi sentiasa merendah diri yang akan mendorong pembangunan jati diri

seorang usahawan yang berdaya maju di sepanjang hayat kehidupannya (Muhammad

Mahyudin Nafis, 2007).

Meletakkan nilai pendidikan sebagai persediaan ke alam kerjaya bukanlah satu

kesilapan tetapi ia menjadi kurang sempurna tanpa matlamat pendidikanyang bertujuan

mendidik nilai spiritual dan sosial yang jelas. Matlamat pendidikan yang berakhir dengan

matlamat sosial atau kerjaya tanpa matlamat yang berteraskan nilai spiritual akan melahirkan

manusia yang keliru dan mudah dikawal oleh persekitaran kehidupannya yang sentiasa

berubah-ubah. Mereka akan menjadi pengikut kepada perubahan tetapi bukan pemimpin

kepada perubahan. Sedangkan, menurut Wan Mohd. Nor (2005), keupayaan manusia

menyedari tuju dan tanggungjawab sebagai pemimpin perubahan adalah asas untuk

membolehkan proses pembangunan kemahiran pekerjaan dengan lebih berkesan. Namun,

nilai kesedaran dan tanggungjawab sosial sebagai pemimpin perubahan adalah nilai-nilai

Page 12: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

yang hanya boleh diterbitkan dengan berkesan sekirannya nilai kepercayaan dan keyakinan

kepada Pencipta mampu diterapkan melalui proses pendidikan. Kepercayaan dan keyakinan

kepada Pencipta adalah nilai spiritual yang akan memandu perkembangan nilai sosial

manusia sebagai pemimpin perubahan diri, keluarga dan masyarakat. Nilai kepercayaan dan

keyakinan kepada Pencipta adalah nilai spiritual yang kekal abadi dan tidak akan dipengaruhi

oleh perubahan ruang dan waktu. Oleh itu dengan melahirkan manusia yang berpegang

kepada prinsip kebenaran universal yang kekal abadi akan membentuk jati diri seorang

usahawan dan mereka akan mampu menilai serta mencorak perubahan di persekitaran

kehidupan mereka.

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan didapati pendekatan pendidikan integrasi

holistik adalah suatu alternatif kepada pendekatan pendidikan yang lain seperti pembelajaran

berasaskan masalah, pembelajaran inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran

konstruktif dan lain-lain. Jika diperhalusi secara terperinci, kebanyakan pendekatan

pendidikan yang diasaskan oleh cendikiawan barat lebih tertumpu kepada matlamat

pendidikan untuk kejaya.Namun, matlamat pendekatan pendidikan integrasi holistik pula

lebih kepada untuk melahirkan insan yang memiliki jati diri atau berprinsip dan berakhlak

mulia serta mampu memainkan peranan mereka sebagai pemimpin perubahan di dalam

persekitaran pekerjaan yang bakal diceburi nanti. Dalam erti kata lain, pendekatan

pendidikan integrasi holistik memberi tumpuan kepada proses perkembangan ilmu yang

bermakna (epistemology of knowledge) di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Proses perkembangan ilmu yang bermakna pula memerlukan seorang guru yang mampu

memainkan peranannya sebagai sorang murabbi (pendidik) bukan sekadar seorang mualim

(pengajar).

8.0 RUJUKAN

Asmawati Suhid.Kerelevanan pendidikan nilai dan agama dalampembentukanmasyarakat

madani.Jurnal Pendidikan Islam, jilid 11, Bil.2, Mac 2005, hal.69-82.

Asmawati Suhid. Pemantapan Komponen akhlak dalam pendidikan Islam bagimenangani

Eraglobalisasi.Jurnal Kemanusiaan, Fakulti Pengurusan danPembangunan

Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Bil.6,Disember 2005, hal. 95-103.

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ.

New York: Bantam.

Hasan Langgulung (2003). Asas-Asas Pendidikan Islam. Jakarta: Penerbit Pustaka Husna

Baru.

Page 13: PENDEKATAN PENDIDIKAN HOLISTIK DALAM MATA · PDF filepelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan

Kementerian Pelajaran (1992). Pusat Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM), Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Muhamad Mahyudin Nafis (2007). Yakin Diri 9 Jalan Cerdas Emosi dan Cerdas Spiritual:

Selangor, PTS Millenia Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) Falsafah Pendidikan Negara. Kementerian

Pendidikan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). “ Laporan Pemantauan Pelaksanaan Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tahun 2005.” Kementerian Pelajaran Malaysia,

Putra Jaya.

Rohana Hamzah (2010). Mengenali Manusia Asas Pembangunan Pendidikan Berkualiti.

UTM Skudai: Penerbit UTM Press

Rohana Hamzah (2009a). Development And Evaluation Of The Holistic Self Developement

Modules: A Study Among Arts And Design Students.Universiti Teknologi Mara. Shah

Alam: Tesis Doktor Falsafah

Sidek Baba. 2006. Pendidikan Islam dan permasalahan epistimologi.Seminar Tajdid

Pemikiran Islam ke-2. Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), hlm 1-17.

Syed Muhammad NaquibAl-Attas. 1980. The concept of education in Islam.KualaLumpur:

ABIM

Tajul Ariffin bin Noordin dan Aini bte Dan (1992). Pendidikan Dan Wawasan 2020.

Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn bhd

Yahya Jusoh dan Ahar Muhammad (2007).PendidikanSains dan Al-quran. Skudai: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia.