penghargaan tesis

8
PENGHARGAAN Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya penulis dapat menyiapkan kajian ini sebagai melengkapkan keperluan kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian (B.A Hons), dengan pengkhususan dalam bidang sejarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pada dasarnya kajian ini dibuat untuk melihat latar belakang dan beberapa aspek tentang Kota Che Long Jaafar, yang suatu ketika dahulu merupakan kota yang melambangkan kejayaan seorang tokoh korporat Melayu yang terulung. Memang penulis akui bahawa dari segi sumber untuk melengkapkan kajian ini agak mudah diperoleh, namun untuk mendapatkan sumber pertama agak sukar. Justeru tugasan ini banyak kelemahan dan kekurangan lantaran keterbatasan sumber dan waktu lebih-lebih lagi sebagai pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yang terpaksa membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan pelajaran. Namun begitu, kekurangan dan kelemahan ini tidaklah mengurangkan rasa hormat dan i

Upload: khairuljamilah

Post on 09-Nov-2015

2.345 views

Category:

Documents


49 download

DESCRIPTION

tesis

TRANSCRIPT

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya penulis dapat menyiapkan kajian ini sebagai melengkapkan keperluan kursus Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian (B.A Hons), dengan pengkhususan dalam bidang sejarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Pada dasarnya kajian ini dibuat untuk melihat latar belakang dan beberapa aspek tentang Kota Che Long Jaafar, yang suatu ketika dahulu merupakan kota yang melambangkan kejayaan seorang tokoh korporat Melayu yang terulung.

Memang penulis akui bahawa dari segi sumber untuk melengkapkan kajian ini agak mudah diperoleh, namun untuk mendapatkan sumber pertama agak sukar. Justeru tugasan ini banyak kelemahan dan kekurangan lantaran keterbatasan sumber dan waktu lebih-lebih lagi sebagai pelajar Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh yang terpaksa membahagikan masa antara keluarga, kerjaya dan pelajaran. Namun begitu, kekurangan dan kelemahan ini tidaklah mengurangkan rasa hormat dan terima kasih penulis kepada pihak-pihak yang telah membantu dan mendorong penulis untuk menyelesaikan kajian ini.

Sehubungan itu, pada kesempatan ini penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Professor Madya Dr Haji Ahmad Jelani bin Halimi, selaku pensyarah pembimbing kerana dengan sabar membimbing penulis dan banyak meluangkan waktu daripada penyediaan kertas cadangan hinggalah kajian selesai disiapkan. Juga terima kasih kepada Dr Nazarudin bin Zainun atas tunjuk ajar yang diberikan khusus dalam penyediaan bibliografi.Terima kasih penulis juga kepada keluarga tercinta yang telah memberikan komitmen yang tinggi dan amat memahami tugas penulis sebagai seorang pelajar pengajian jarak jauh. Penghargaan terhadap pengertian dan pengorbanan isteri, Puan Zanariah Hj. Kamarul Zaman, anak-anak, Ayu Humaira, Amirul Muizz, Nur Maisarah dan Muhammad Hazman dan tidak dilupakan juga Allahyarham Amirul Luqman, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain. Tanpa komitmen semua mungkin penulis tidak sampai ke tahap ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan sepengajian yang telah sama-sama mengharungi pahit manis dalam meneruskan pengajian, iaitu Rosli, Khalili, Megat Manawar , Hazimin serta Zulkifli yang banyak membantu penulis dalam pembelajaran dan memberikan buah fikiran sepanjang tempoh pengajian khususnya dalam melaksanakan kajian ini. Sesungguhnya dengan berkat usaha kita bersama, maka kejayaaan telah menjadi milik kita semua.

Kerjasama yang begitu baik juga penulis peroleh daripada Encik Azhar, pembantu Muzium Arkeologi Lenggong yang banyak memberikan buku-buku rujukan yang berkaitan dengan kajian. Sekalung penghargaan kepada Pembantu Muzium di Kompleks Sejarah Matang, iaitu Encik Sazali bin Mat Sabu, dan Penolong Pegawai Perpustakaan Awam Ipoh, En Johari bin Ismail atas segala kerjasama yang diberikan serta tidak ketinggalan kepada Encik Abdullah bin Che Din, Pembantu Perpustakaan Muzium Taiping. Penghargaan juga diberikan kepada rakan sekerja, Encik Mohd Noor bin Junid kerana sudi menyemak dan membetulkan penggunaan bahasa dalam kajian ini. Seterusnya penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung.

Sebagai menutup ruangan ini, penulis menyedari bahawa tugasan ini masih jauh daripada kesempurnaan dan segala kekurangan yang wujud merupakan tanggungjawab penulis sepenuhnya. Kajian ini semata-mata didekasikan untuk memperkaya khazanah sejarah yang bermakna dan bererti bagi peminat sejarah dan masyarakat sejarawan seluruhnya. Biar betapa kecilnya sumbangan ini, penulis dengan segala kerendahan hati berharap agar kajian ini akan dapat memberi manfaat dan menambah koleksi penulisan karya sejarah tanah air.Altaruddin bin Zainun,Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh,Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.

2010.ISI KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN

i

ISI KANDUNGAN

ivDAFTAR LAMPIRAN

vBABI PENDAHULUAN

11.1 Latar Belakang Kajian

11.2 Sejarah Tokoh Pengasas Kota

5BABIILATAR BELAKANG KOTA

11

2.1Sejarah Awal Pembinaan Kota

112.2Tarikh Pembinaan

132.3 Lokasi Kota Long Jaafar

152.4Spesifikasi Binaan Kota

182.5Rumah Long Jaafar

22BABIIIPERANAN KOTA, BIJIH TIMAH DAN PENJAJAHAN ASING

253.1 Peranan Kota

253.2 Perusahaan Bijih Timah dan Kaitan Dengan Kota

283.3 Kota Long Jaafar Era British dan Jepun

32BAB IVKESIMPULAN

34BIBLIOGRAFI

39LAMPIRAN

42DAFTAR LAMPIRAN

SalasilahSalasilah Keturunan Long Jaafar...........................................................................42PetaTapak-tapak kota di Negeri Perak..........................................................................43

Kedudukan Kota Long Jaafar. ....44Bahan Muzium Sejarah MatangSurat Carian Rasmi Hak Milik Kawasan Kota.. ....45Pelan Keseluruhan Kawasan Tapak Kota.............................................................49Pelan Tapak Kota................................................................................... ........... ..52Lakaran rumah dan pelan..................................................................... ................53Gambar

Lakaran Potret Long Jaafar...................................................................................55Beberapa Gambar Sekitar Kota . .56Gambar Meriam Che Long Jaafar ..63Gambar Senjata ..64Gambar yang Berkaitan Makam Long Jaafar 65Gambar Pemandangan Kota Dari Udara ...66Gambar Berkaitan Perlombongan Bijih Timah ..67PAGE v