shafinaz bt kamaruddin - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul...

27
TAHAP AMALAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU. SHAFINAZ BT KAMARUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2008

Upload: lyque

Post on 09-Apr-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

TAHAP AMALAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR

BAHRU.

SHAFINAZ BT KAMARUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 2: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP AMALAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH, JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya SHAFINAZ BINTI KAMARUDDIN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap:

Tarikh: APRIL 2008 Tarikh: APRIL 2008

LOT 12308, LORONG BERLIAN 5, PEKAN BARU, 36000 TELUK INTAN, PERAK.

TUAN HAJI HASSAN HUSHIN Nama Penyelia

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : SHAFINAZ BINTI KAMARUDDIN

Tarikh : APRIL 2008

Page 4: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

iii

DEDIKASI

Buat Ayah dan Mak

Tanpa mu, maka tiadalah aku didunia ini

Syukur dan terima kasih atas segala penat lelah dan

Doa yang tidak pernah mengenal erti jemu demi kejayaan ku,

Akan ku kenang sehingga ke akhir hayatku

Buat Kakak dan Adikku

Dengan dorongan, bantuan dan juga semangat yang kalian berikan kepada ku

Akhirnya ku dapat membawa pulang segulung ijazah yang selama ini dinanti-nantikan

Buat yang Teristimewa

Terima kasih atas bantuan dan semangat yang dicurahkan

Sesungguhnya, tidak terbalas jasamu buat selamanya

Buat Rakan-rakan Seperjuangan

Jasa kalian amat ku hargai

Terima kasih atas segalanya

Akan ku kenang hingga akhir hayat ini

Hanya Dapat Kudoakan, Semoga ALLAH Memberkati Kalian Semua......

Page 5: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek sarjana muda, Tn Hj Hassan bin Hushin di atas bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak

terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang

sangat besar ini.

Kerjasama daripada pihak pentadbir dan guru-guru Sekolah Menengah Islam

Hidayah (SMIH) sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik serta membantu

dalam menyediakan penulisan ilmiah ini amatlah dihargai.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan

dirahmati Allah S.W.T.

Page 6: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti

tahap amalan pengurusan peperiksaan dan pengurusan kokurikulum di Sekolah

Menengah Islam Hidayah, Johor Bahru. Seramai 49 orang guru dari Sekolah

Menengah Islam Hidayah telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini

dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden yang

mempunyai 59 item. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan

menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 for

Windows. Tahap kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperolehi melalui kajian

rintis ialah 0.832. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

amalan pengurusan peperiksaan dan kokurikulum di SMIH berada pada tahap tinggi.

Cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan.

Page 7: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the level of exam management and

co-curriculum management practices at Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor

Bahru. 49 teachers from the school were selected as the respondents. This research

was conducted by giving a set of questionnaire to the respondents that consist of 59

items. The data gathered were analyzed using Statistical Package for Social Science

(SPSS) 13.0 for Windows. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.832.

The findings of the research showed that the level of exam management and co-

curriculum management practices in Sekolah Menengah Islam Hidayah was high.

Ideas for further research have been proposed for continuous improvement

Page 8: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan. 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Pengurusan Peperiksaan 4

1.2.2 Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh 5

1.2.3 Pengurusan Kokurikulum 6

1.2.4 Pergerakan Syabab Fatayat Malaysia 8

1.3 Pernyataan Masalah 9

Page 9: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

viii

1.4. Objektif Kajian 9

1.5. Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian. 10

1.7 Batasan Kajian. 11

1.8 Definisi Operasional 12

1.8.1 Kualiti 12

1.8.2 Pengurusan 12

1.8.3 Pihak Pentadbir 12

1.8.4 Pihak Sekolah 12

1.8.5 Kokurikulum 13

1.8.6 Peperiksaan 13

1.8.7 Sekolah Menengah Islam Hidayah 13

1.9 Kesimpulan 14

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pengurusan 15

2.3 Pendekatan Pengurusan 16

2.3.1 Teori Pengurusan Klasik 17

2.3.2 Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan ISO 18

2.3.3 Asas utama pelaksanaan ISO di sekolah 19

2.3.4 Total Quality Management (TQM) 22

2.3.5 Management by Objective (MBO) 24

2.3.6 Pengurusan Strategik 26

2.4 Kualiti dan Pendidikan 28

2.4.1 Pengelolaan Sekolah Berkesan 28

2.4.2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 30

2.5 Peperiksaan 33

2.6 Kokurikulum 33

2.7 Kajian di Malaysia 35

Page 10: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kesedaran masyarakat tentang pentingnya pendidikan dapat dilihat melalui

keperihatinan ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka sama ada sekolah rendah atau

menengah. Jelasnya ibu bapa akan memilih sekolah yang berkesan kerana beranggapan

jika anaknya belajar di sekolah yang baik maka adalah mungkin anak mereka mendapat

keputusan yang cemerlang. Blau dan Scot (1962) berpendapat sebagai sebuah

organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem sosial yang amat peka dengan hasrat

dan cita-cita masyarakat.

Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah kebelakangan ini. Segala

perubahan dan pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk

meningkatkan keupayaan dan keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam

pendidikan bagi mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar

yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagai asas kepada insan

kamil.

Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi

memastikan segala aset yang ada di sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber, PIBG

dan masyarakat dapat mencapai matlamat kecemerlangan melalui pengurusan dan

Page 11: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

2

strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada

pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang

berkesan.

Sistem pengurusan ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya sesebuah

agensi yang dapat menjamin secara berterusan setiap produk sama ada dalam bentuk

barangan ataupun perkhidmatan menepati ataupun melebihi mutu yang digariskan.

Melalui sistem ini setiap individu mestilah memahami apa yang diharapkan, bagaimana

untuk mencapainya di samping memilih yang mencukupi untuk mencapainya. (Omardin

Ashaari, 2002)

Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah untuk menguruskan

polisi kualiti, pembelajaran, manusia dan sumber. Kefahaman tentang tujuan

pengurusan dalam konteks sekolah merupakan satu asas penting. Sekarang, secara

amnya, pemimpin sekolah mengembangkan penyataan visi dan misi (matlamat dan

objektif sekolah) yang mengenal pasti tujuan dan hala tujuan sekolah itu. Spinks (1990)

mengenalpasti pengurangan bidang kuasa dan penyeliaan prosedur sekolah telah

menekankan keberkesanan persekolahan dan dengan itu menentukan kejayaan dan

kegagalan sekolah.

Dalam usaha mencapai dasar dan wawasan pendidikan, sesebuah sekolah perlu

mengatur dan mengawal faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatannya

seperti pentadbiran dan kemanusiaan. Kawalan ini perlu berorientasikan pengurangan,

pembasmian dan pencegahan kecacatan yang akan wujud iaitu ’zero defect’.

Page 12: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam

mengubah kehidupan masyarakat. Sekolah juga memainkan peranan untuk mengubah

minda dan sekolah juga merupakan penunjuk arah kepada budaya dan pembangunan

sahsiah sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini jugalah tempat

kita membina bangsa kita. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika isu pendidikan tetap

menjadi buah mulut masyarakat, walau apa bentuk dan taraf sesuatu masyarkat itu

berbeza. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang efektif. Jika sistem dan

carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya yang tidak cekap, maka

cita-cita negara dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang

begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hanya tinggal

hiasan di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-

mata. Oleh yang demikian demi merealisasikan wawasan pendidikan negara, setiap

pihak perlulah memikul tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas.

Terutama sekali sebagai seorang pengetua yang bertanggung jawab untuk memastikan

sistem pengurusan di sekolahnya berjalan dengan lancar tanpa ada cacat celanya.

Pengurusan merupakan komponen terpenting bagi menjayakan sesebuah sekolah

selain daripada teknik pengajaran-pembelajaran yang berkesan ialah stail dan strategi

pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen supaya tercapai matlamat sekolah.

(Kamaruddin Hj Kachar, 1999).

Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) adalah satu dokumen

yang menyatakan pengurusan kualiti yang perlu ada pada setiap sekolah swasta di

Malaysia. Dalam SKIPS terdapat enam elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan

pentadbiran umum, pengurusan kurikulum, pengurusan penilaian peperiksaan,

pengurusan kesihatan dan keselamatan sekolah, pengurusan disiplin dan pengurusan ko-

kurikulum. Dalam kajian ini, institusi pendidikan swasta yang akan dikaji ialah Sekolah

Menengah Islam Hidayah

Page 13: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

4

1.2.1 Pengurusan Peperiksaan

Dalam proses pengurusan, sesebuah organisasi akan mengagih-agihkan input

sumber tenaga manusia dan peralatan. Pengagihan ini dilakukan melalui aktiviti

perancangan yang teliti, kawalan dan penilaian untuk tujuan mengeluarkan hasil. Secara

umumnya pengurusan merupakan suatu usaha untuk mencapai produk yang berkualiti

tinggi.

Di sekolah-sekolah sama ada peringkat rendah atau menengah, terdapat dua kategori

peperiksaan iaitu peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam. Peperiksaan dalaman

merupakan peperiksaan di peringkat sekolah. Pihak sekolah menyediakan soalan-

soalan, pemeriksa-pemeriksa, menentukan tarikh, waktu dan jenis peperiksaan yang

hendak dijalankan itu.

Manakala peperiksaan awam, adalah peperiksaan yang dijalankan di peringkat

kebangsaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah

(PMR) bagi sekolah menengah. Bagaimanapun calon-calon bagi peperiksaan awam ini

adalah terdiri daripada semua pelajar yang mengikuti tahap pengajian peperiksaan itu.

Peperiksaan ini juga dijalankan serentak dalam waktu yang sama di seluruh negara. Ini

adalah dikenali sebagai perperiksaan tertutup dan bermakna segala maklumat soalan

adalah sulit sehingga selepas peperiksaan.

Peperiksaan dapat mengukur kebolehan, bakat dan tahap pencapaian dan kemajuan

pelajar dalam bidang akademik pada sesuatu peringkat pengajian berasaskan kurikulum

yang disediakan itu. Jika perlu, rancangan pengajaran pemulihan dapat disusun untuk

mengatasi kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam menuju ke arah

kecemerlangan dalam bidang akademik.

Page 14: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

5

Peperiksaan dalaman merupakan perintis jalan dan menjurus kepada peperiksaan

awam, penyelenggaraanya juga hendaklah teratur dengan kemas dan teliti untuk

memastikan kelancaran pengurusannya.

Di dalam elemen pengurusan peperiksaan di Sekolah Menengah Islam Hidayah

(SMIH), terdapat beberapa aspek yang akan dikaji iaitu:

i. Perancangan

ii. Pengurusan peperiksaan dalaman

iii. Pengurusan peperiksaan luar

Elemen pengurusan peperiksaan adalah di bawah pecahan organisasi kurikulum

SMIH yang dikenali sebagai Unit Penilaian dan Peperiksaan (PEP). Unit ini diketuai

Pn. Nafizah Khairiah Bt. Kamaruddin dan Pn. Rafidah Bt. Mad Jusah. Unit ini adalah

penggerak utama dalam mengelola sesuatu peperiksaan. Menurut Morphet, John dan

Reller (1982), matlamat sesebuah organisasi itu bukan untuk mengadakan keadaan yang

memperingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan

yang dapat mempertingkatkan kecekapan organisasi bagi mencapai matlamat.

1.2.2 Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh (SPPM)

Sistem Pentaksiran Murid Musleh ialah pendekatan pentaksiran yang

mengambil kira manusia secara keseluruhan. SPMM mengintegrasikan penilaian

kognitif dengan pentaksiran aspek-aspek penghayatan Islam. Murid ditaksirkan

mengenai aspek ilmu, iman, akhlak , kemampuan dan ibadat khusus yang dihayati

dalam kehidupan seharian. Pentaksiran dibuat dengan menggunakan pelbagai instrumen

yang merangkumi senarai semak, amali dan perbincangan. Proses menghasilkan

perlbagai instrumen itu melibatkan murid, guru dan pentadbir. Keberkesanan

Page 15: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

6

pentaksiaran holistik seperti ini sudah tentu memerlukan pemantauaan dan pembaikan

dari masa ke semasa dan memerlukan komitmen yang tinggi serta keikhlasan guru ,

ibubapa dan murid.

Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa , akal

dan peribadi. Matlamatnya adalah untuk mengihsankan qalbu insan,

memperkembangkan mindanya. Memuliakan akhlaknya dan tahan lasak jasadnya.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala

potensi yang sedia ada mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling

bermanfaat kepada agama , negara dan ummat sejagat.

1.2.3 Pengurusan Kokurikulum

Gerak kerja kokurikulum dianggap sebagai salah satu komponen yang penting

dalam proses pembentukan pelajar sama ada di peringkat rendah ataupun di tahap yang

lebih tinggi dalam konteks pendidikan kebangsaan berlandaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK). FPK yang dibentuk bertujuan menentukan hala tuju, asas dan

sumber inspirasi kepada semuausaha dan rancangan dalam bidang pendidikan pada

masa hadapan (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), 1988).

Program kokurikulum pada dasarnya bukanlah satu konsep yang terpisah daripada

kurikulum kerana program ini merupakan lanjutan kepada matapelajaran yang diajar

dalam kelas. Apa yang membezakan konsep kokurikulum dan kurikulum ini sebenarnya

ialah tanggapan masyarakat sekeliling yang melibatkan pelajar, guru, institusi

pendidikan dan komuniti masyarakat. Menurut Sharifah Alwiah Alsagof (1986),

”Kurikulum difahamkan sebagai rancangan yang merangkumi aktiviti akademik seperti

matapelajaran ataupun kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan,

unit pakaian seragam serta sukan dan permainan. Kurikulum hendaklah mengandungi

Page 16: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

7

aktiviti-aktiviti sama ada akademik ataupun bukan akademik yang dapat membantu

murid-murid mencapai perkembangan daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Pengalaman-pengalaman itu hendaklah secocok dengan umur, kebolehan, minat dan

kematangan.” Oleh yang demikian, pelbagai pelaksanaan telah dijalankan oleh pihak-

pihak tertentu agar aktiviti kokurikulum tidak dipandang remeh atau dijalankan secara

sambil lewa oleh sekolah. Pelaksanaan ini menekankan tujuan dan kepentingan aktiviti

serta usaha dalam mempertingkatkan penglibatan pelajar dan guru selain cara-cara

mengatasi masalah yang berkaitan dengannya.

Bagi memastikan sesuatu program kokurikulum berjalan dengan baik dan lancar,

pihak pentadbir sekolah mesti memberi penekanan terhadap konsep yang diutarakan

oleh beberapa ahli pengurusan. Antara empat aktiviti pengurusan utama yang

ditekankan dalam amalan pentadbiran adalah perancangan, pengelolaan dan penyeliaan

program, arahan dan pelaporan dalam pengurusan.

Gerak kerja kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman melalui pembelajaran

yang bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, berasaskan

dan lanjutan daripada pembelajaran di dalam bilik darjah. Ia bertujuan untuk

pengukuhan dan pengkayaan pembelajaran, penerapan Rohani Islam, sifat-sifat

mahmudah, sifat-sifat kepimpinan, sifat-sifat bekerjasama, berkhidmat dan lain-lain

sifat yang mulia.

Matlamat gerak kerja kokurikulum adalah bagi mempersiapkan murid-murid dengan

kefahaman Islam yang mantap, mendidik mereka dengan kecintaan kepada Deen,

meningkatkan daya pemikiran, ketrampilan dan kecergasan fizikal dan menyediakan

diri mereka tubuh badan yang sihat. Semua ini bertujuan bagi melahirkan generasi

pelajar yang akan mampu membina menyumbang dan memimpin ummah pada masa

hadapan

Page 17: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

8

1.2.4 Pergerakan Syabab & Fatayat Malaysia

Pergerakan Syabab & Fatayat Malaysia (PSFM) bermula dengan gabungan

aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan secara berasingan seperti kawad,

pertolongan cemas, ikhtiar hidup, pengurusan diri, dan sebagainya. Pada ketika itu,

nama program ini adalah Syabab Lil Bina dan Fatatul Muslimah.

Pada tahun 1995, Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGB SIM)

menganjurkan hari Syabab Semalaysia. Semua sekolah yang mendaftar dengan MGB

SIM menghantar wakiil dalam pertemuan ini. Hasil pertemuan ini beberapa resolusi

telah dibuat. Antaranya termasuklah pertukaran nama persatuan ini menjadi Pergerakan

Syabab Fatayat Malaysia (PSFM).

Selain itu, semua pelajar di tahap 2 Sekolah Rendah Islam (SRI) dan pelajar

Sekolah Menengah Islam (SMI) diwajibkan mengikuti semua aktiviti PSFM sebagai

salah satu sukatan pelajaran dalam kurikulum MGB SIM. Kurikulum MGB SIM

dibahagikan kepada 3 bidang utama iaitu pakaian seragam, persatuan, kelab dan sukan

permainan. PSFM di letakkan dalam bidang pakai seragam.

Semua guru yang mengajar di SRI dan SMI adalah pemimpin Syabab manakala

Guru Besar dan Pengetua adalah Ahli Kehormat Syabab Fatayat. Bagi mereka yang

telah meninggalkan bangku persekolahan, adalah digalakkan terlibat dalam

perlaksanaan aktiviti PSFM di SRI dan SMI. Mereka yang berkelayakan akan dilantik

sebagai Ahli Bersekutu Syabab Fatayat Malaysia.

Pada tahun 2000, satu pasukan khas telah ditubuhkan dibawah Lujnah Tarbiyah

MGB SIM atas nama E-Team yang bertanggungjawab untuk merancang, memantau dan

melaksanakan aktiviti-aktiviti dan latihan kemahiran, pengurusan, pemeringkatan ahli

Syabab Fatayat termasuklah pelajar dan guru pada peringkat pusat. Didalam Pergerakan

Page 18: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

9

Syabab & Fatayat, terdapat 3 peringkat yang dikenali sebagai peringkat Muayyid, Amil

dan Mujahid.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah yang dihadapi di sekolah swasta ialah tiada suatu standard piawaian

yang dikhaskan kepada sekolah-sekolah ini untuk digunapakai sebagai garis panduan

dalam penilaian tahap pengurusan sekolah berkaitan dengan pengurusan peperiksaan

dan pengurusan kokurikulum. Penyelidik ingin menjalankan satu kajian untuk

mengenalpasti tahap amalan pihak sekolah bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan

peperiksaan dan elemen pengurusan kokurikulum di Sekolah Menengah Islam Hidayah,

Johor Bahru.

1.4 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap amalan pengurusan di

Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) dalam pengurusan peperiksaan dan

kokurikulum. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen

pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

2) Mengenalpasti aspek yang mana diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam

elemen pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

3) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen

pengurusan kokurikulum Sekolah Menengah Islam Hidayah.

4) Mengenalpasti aspek yang mana diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam

elemen pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Page 19: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

10

1.5 Persoalan Kajian

1) Apakah tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan

peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah?

2) Apakah aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen

pengurusan peperiksaan Sekolah Menengah Islam Hidayah?

3) Apakah tahap amalan pengurusan bagi setiap aspek dalam elemen pengurusan

kokurikulum Sekolah Menengah Islam Hidayah?

4) Apakah aspek yang diberi penekanan oleh pihak sekolah dalam elemen

pengurusan kokurikulum Sekolah Menengah Islam Hidayah?

Page 20: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

ix

2.8 Kajian Luar Negara 37

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN.

3.1 Pengenalan. 38

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 39

3.4 Tempat Kajian 40

3.5 Kaedah Pengumpulan Data 40

3.5.1 Data Primer 41

3.5.2 Data Sekunder 41

3.6 Instrumen Kajian 42

3.6.1 Bahagian A 43

3.6.2 Bahagian B 43

3.6.3 Bahagian C 44

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Kesahan Instrumen Kajian 47

3.9 Prosedur Kajian 48

3.10 Kaedah Menganalisis Data 49

3.11 Kesimpulan 51

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Dapatan Kajian 52

4.3 Analisis Bahagian A 53

4.2.1 Jantina 54

4.2.2 Umur 54

4.2.3 Taraf Pendidikan 54

4.2.4 Tempoh Perkhidmatan 55

Page 21: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

x

4.4 Analisis Bahagian B: Pengurusan Peperiksaan 56

4.4.1 Perancangan 57

4.4.2 Pengurusan Peperiksaan Dalaman 60

4.4.3 Pengurusan Peperiksaan Luar 62

4.5 Ringkasan Dapatan Kajian 64

4.6 Analisis Bahagian C: Pengurusan Kokurikulum 65

4.6.1 Perancangan 66

4.6.2 Pemantauan dan Penyeliaan Aktiviti 71

4.6.3 Pengurusan Kawalan Khas 74

4.7 Ringkasan Dapatan Kajian 78

4.8 Kesimpulan 79

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 80

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 80

5.3 Rumusan 81

5.3.1 Bahagian A 82

5.3.2 Bahagian B 82

5.3.3 Bahagian C 83

5.4 Perbincangan Kajian 84

5.4.1 Persoalan Kajian 1 85

5.4.2 Persoalan Kajian 2 87

5.4.3 Persoalan Kajian 3 87

5.4.4 Persoalan Kajian 4 88

5.5 Cadangan Tindakan 89

5.5.1 Pihak MUSLEH 90

5.5.2 Pihak Sekolah 90

5.5.3 Pihak Guru 91

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.7 Penutup 93

Page 22: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

xi

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN

Page 23: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Fasa perlaksanaan Management By Objective 25

3.1 Panduan Penentuan Skor Item 44

3.2 Pecahan Item Soal Selidik 45

3.3 Alpha Cronbach 47

3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 50

4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

jantina

53

4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

umur

54

4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

taraf pendidikan

54

4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

tempoh perkhidmatan

55

4.5 Kekerapan, peratusan dan min responden

mengenai aspek perancangan

57

4.6 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek

pengurusan peperiksaan dalaman.

60

4.7 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek

pengurusan peperiksaan luar.

62

Page 24: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

xiii

4.8 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 64

4.9 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek

perancangan

66

4.10 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek

pemantauan dan penyeliaan aktiviti.

71

4.11 Kekerapan, peratusan dan min mengenai aspek

pengurusan kawalan khas.

74

4.12 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Aspek Kajian 78

Page 25: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Konsep ISO 9000 19

Page 26: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

xv

SENARAI SINGKATAN

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ISO - International Organization for Standardization

JNS - Jemaah Nazir Sekolah

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual

MBO - Management by Objective

MGB SIM - Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia

SIH - Sekolah Islam Hidayah

SKIPS - Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

PSFM - Persatuan Syabab Fatayat Malaysia

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SMIH - Sekolah Menengah Islam Hidayah

PEP - Penilaian dan Peperiksaan

SPPM - Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh

SRI - Sekolah Rendah Islam

SMI - Sekolah Menengah Islam

SPSS - Statistical Package for Social Science

TQM - Total Quality Management

Page 27: SHAFINAZ BT KAMARUDDIN - fp.utm.my · pengesahan status tesis . pengesahan penyelia . halaman judul i . halaman pengakuan ii . dedikasi iii . penghargaan iv ... (pep). unit ini diketuai

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

B Pengesahan Soal Selidik

C Soal Selidik

D Surat Pengesahan Pelajar Menjalankan Kajian di Sekolah

Menengah Islam Hidayah (SMIH)