panduan penghargaan

22
Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus Sejarah Contoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Puan Mardziah binti Che Abdullah kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih dengan guru Sejarah saya iaitu .............................................. kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu .............................................. .dan .................................kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................ yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan pada penduduk setempat. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat- sahabat saya

Upload: melissa-ying

Post on 19-Jan-2016

58 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

How to write a penghargaan

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Penghargaan

Panduan Penghargaan, Objektif ,Kaedah ,dan Rumusan Kajian Kerja Kursus SejarahContoh Penghargaan Kerja Kursus Sejarah

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah

Menengah Imtiaz Kuala Terengganu, Puan Mardziah binti Che

Abdullah kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya

ketika menjalankan kajian ini. Saya juga turut ingin berterima kasih

dengan guru Sejarah saya iaitu ..............................................kerana telah

banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi

menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu

bapa saya

iaitu ...............................................dan .................................kerana telah

memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus

ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ............................................

yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya

membuat kajian tentang produk yang telah diusahakan dan dipasarkan

pada penduduk setempat.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya

iaitu .............................dan ......................................yang banyak membantu

dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini. Tunjuk ajar,

kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak

membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus sejarah dengan

jayanya.

Page 2: Panduan Penghargaan

Contoh Objektif Kajian :

Melalui kajian ini, saya dapat :

1. Mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar.

Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan

melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.

2. Mengukuhkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Ini

disebabkan ketika menjalankan kajian ini, saya akan berhubung dengan

masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak

langsung, hubungan dalam masyarakat dapat dieratkan dan semangat

kerjasama akan wujud.

3. Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri saya

dan generasi muda yang lain. Dengan kajian ini, akan masyarakat akan

lebih menghargai produk tempatan yang terdapat di negara ini.

Contoh Kaedah Kajian :

1. Kaedah temu bual

Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu

bual ................................dari ............................................untuk

mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.

2. Kaedah lawatan dan pemerhatian

Saya telah melawat .................................... untuk mengkaji bagaimana

pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan

tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan

pemerhatian saya di sini.

Page 3: Panduan Penghargaan

3. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari .................................. untuk

memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian

saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

4. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ...............................untuk

menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan

penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar,

majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

5. Muat turun internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara

kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut

memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

6. Kaedah Audio visual

Saya juga turut menggunakan kaedah audio visual dengan melihat

rancangan .................................... Dengan maklumat yang diperolehi

akan memantapkan lagi kajian yang saya lakukan ini.

Contoh Rumusan

Setelah menjalankan kajian ini, saya dapat memahami lebih dalam

tentang perusahaan menghasilkan produk tempatan yang terdapat di

tempat saya khasnya dan di negara kita amnya. Hasilnya, saya lebih

Page 4: Panduan Penghargaan

peka dan menghargai barang buatan tempatan ini dalam membantu ke

arah kemajuan ekonomi tempatan dan negara.

Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menonjolkan

masyarakat yang saling tolong menolong, bekerjasama dan bertoleransi.

Ini secara tidak langsung akan dapat memupuk semangat kekitaan

dalam masyarakat.

Akhir sekali, kemajuan ekonomi negara bergantung kepada rakyat yang

produktif, kreatif dan berinovasi. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah

berbangga produk tempatan dengan kebanggaan inilah yang akan

menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita. 

KULIAH 4 & 5: METODOLOGI PENYELIDIKAN

Page 5: Panduan Penghargaan

PENGENALANMetodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpul.Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masaMetodologi penyelidikan terbahagi kepada dua;Metode kualitatifMetode KuantitatifMetode KualitatifInduktif, deduktif dan komparatifAnalisis teks/ analisis kandunganKajian perpustakaan

ANALISIS KANDUNGANAnalisis kandungan merupakan metode penyelidikan yang membuat tumpuan terhadap media.Pengamatan atau ulasan diberikan terhadap apa yang diperkatakan, dibaca, didengar, dilihat, ditonton dll.Penyelidik membina pendapat terhadap sesuatu isu apabila didedahkan oleh media seperti akhbar, majalah, TV, radio, buku, novel, puisi, cerpen, ucapan dll.

Ciri-ciri analisis kandungan;Objektif – pemecahan kategori yang jelas dan mengikut tatacara yang digunakan/ teoriSistematik – analisis dilakukan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan persoalan kajianKualitatif – analisis yang dilakukan dikemukakan secara deskriptif dengan kaedah induktif, deduktif dan komparatif

Kegunaan Analisis KandunganMenguji hipotesisMemahami isu semasaMengkaji persoalan sejarahMengkaji pemikiran tokohMengetahui trend masyarakatMembuat penilaian terhadap penyampai

Metode analisis kandunganPersampelan – perincikan bidang, satu alat media (akhbar shj), tentukan masa (2004) dan pemilihan saiz sampel yang munasabah – secara rawak nombor.Kategori – tepat dengan tujuan kajian, berfungsi dan mudah dikendalikan;- Unit catatan: himpunan dokumen tertentu dan kategori tertentu untuk memberi pengertian subjek secara perkataan- Unit konteks –memberi pengertian terhadap subjek kajian secara pengertian luas, tafsiran kualitatif- Sistem perhitungan- cara mengira atau menjumlahkan data : pengekodan binari (mempastikan kategori data ada), kekerapan kategori dokumen menyebut, kekuatan

Page 6: Panduan Penghargaan

kategori, jumlah ruang (liputan)- Skor penonjolan – isu menjadi perhatian besar, perbandingan antara media, antara bahasa 

Faedah kaedah analisis kandunganMenjimatkan masa dan perbelanjaan – seorang penyelidik dan hanya dokumen yang terlibatKeselamatan – data direkodkan dan dokumen boleh diperolehi bila dikehendakiKajian sejarah – rujukan mudah dalam buku di perpustakaanTidak menonjol - tiada kesan terhadap subjek kerana teks sudah sedia siap.Saiz sampel - saiz sampel besar dan tiada masalah untuk dapatkan hasilBerkualiti tinggi – dokumen mempunyai nilai intelek berbanding soal selidikAnalisis jangka panjang – menyelidiki arah aliran – perubahan sikap, pemikiran sehingga tempoh 50 th.

Kelemahan kaedah analisis kandunganMenekankan aspek lahiriah bukan pengisian atau makna tersirat dalam teksTerbatas kepada tingkah laku lisan dan tidak dapat menilai tingkah laku pengkarya (tanpa lisan)Kaedah pengukuran - sukar mengukur kandunganKategori dan pengekodan –sukar mentakrif kategori yang pelbagaiPersampelan – media yang tidak sempurna dan tidak dapat dikesanDari segi kualitatif dan kuantitatif – dokumen kualitatif diukur secara kuantitatif – pengukuran tidak objektif Metode KuantitatifKajian lapanganBorang selidikWawancaraObservasi

KAJIAN KESKajian pendekatan yang menyiasat secara mendalam sesuatu kejadian untuk mendapatkan data atau maklumat penuh melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik ke atas satu unit kajian.Ia boleh melibatkan kajian ke atas suatu unit kecil seperti kumpulan kecil atau unit besar seperti keseluruhan komuniti.Contoh: kes pembayaran biasiswa yang lambat.

Pengkaji mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber – laporan, minit mesyuarat, fail peribadi pelajar, dokumen berkaitan, menemubual kakitangan terlibat.Kebaikan kajian kes;Liputan dibuat secara mendalamMaklumat dapat dikumpul dengan cepatBoleh bawa pakar terhadap kes kajian

Kelemahan kajian kes;Kajian terhadap kes tidak boleh mewakili kes yang lain.Pengkaji tidak dapat menentukan pembolehubah yang mempengaruhi keputusanSeseorang pengkaji perlu fleksibel dalam memberi konsepsi kerana tanggapan awal

Page 7: Panduan Penghargaan

mungkin tidak sama dengan penemuan.Jika melibatkan pakar, melambatkan penyelidikan- dari perspektif disiplin masing-masing

PEMERHATIANPengkaji memerhatikan satu bidang yang menjadi bahan permasalahannya. Pengkaji akan menjelaskan kedudukan sebenar realiti masyarakat yang dikaji.Pengkaji cuba membina teori dengan melihat perspektif dalaman respondenPengkaji bersifat objektif kerana beberapa perkara yang berlaku dalam masyarakat dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Becker (1958) 4 tahap kaedah pemerhatian;Pemilihan dan definisi masalah/ konsepMemastikan kekerapan dan taburan fenomena berkenaanMemasuki setiap kajian dalam satu bentuk modelPersembahan kesimpulan

Penyelidikan pemerhatian – penyelidikan kualitatif – kaji cara hidup sesuatu kumpulan atau perjalanan sesebuah organisasi melalui penglibatannya secara langsung4 jenis pemerhatian;Pemerhatian mengambil bahagian dalam urutan tingkah laku kumpulan dikaji – menyelami sesuatu peranan dalam jangka masa tertentu dan dikawal oleh jadual yang menentukan apa yang akan diperhatikan.1. Berdasarkan jadual pemerhatian, tetapi sekadar memerhatikan tanpa melibatkan diri secara langsung dalam urutan tingkah laku kumpulan2. Pemerhatian tidak terkawal – tiada jadual yang tetap kerana kajian terlalu besar – hanya sebahagian dalam kajian3. Pemerhatian harian yang tidak sengaja dilakukan tanpa jadual dirancang.4. Pemerhatian Ikut serta – kaedah pemerhati mengikut bersama-sama dalam kehidupan seharian komuniti dikaji sama ada secara terbuka atau tertutup (senyap2).Kajian penerokaan – pengkaji tiada sebarang malumat atau mempunyai taksiran prasangka tentang bidang kajianData bersifat deskriptif – melihat, mendengar, menyoal dan membuat rakaman

Tahap melakukan pemerhatian ikut serta;Memilih tempat kajian yang baik – dapat maklumat mudah, wujudkan hubungan baik dan rapat dan dapat menghubungkaitkan dengan tumpuan kajianMewujudkan perhubungan yang baik dgn pihak atasan atau pentadbiran di tempat kajian – ambil hati dan kepercayaan ahli masyarakat sasaran 

Masalah dan konsep dalam pemerhatian ikut serta Pengkaji menghabiskan masa dengan sekadar mendengar dan memerhati keadaan masyarakat. Merangka soalan-soalan yang sesuai hendak dikemukakan – pengkaji menampakkan pola interaksi dan makna yang dapat diperolehi: siapa yang memegang kuasa, siapa berwibawa dalam tugas tertentu, label2 dan perkataan yang sering digunakan

Setiap kajian menampakkan masalah yang terasing tetapi dari penemuan beberapa perkara menjadi sama.

Page 8: Panduan Penghargaan

Pengkaji rapat dengan pihak atasan – peluang memerhatikan kawasan larangan dan mendapatkan maklumat yang lebih.Bila mengenal masyarakat – wujudkan keseimbangan antara kajian dgn penyertaan bersama penyampai maklumat.

Pengkaji boleh aktif dalam aktiviti masyarakat tetapi mengetahui batasannya. Elakkan dari penglibatan jenayah atau yang ditegah atau memihak mana-mana puak – tidak jejaskan kajian/ masalah dalam mengumpul dataDapatkan ‘key informants’ – satu atau dua penyampai maklumat berpengetahuan tinggi, terutama untuk awal kajian.

Peranan Sumber Maklumat ;Dapat memperkenalkan pengkaji kepada ahli masyarakatMemberi keyakinan kepada masyarakat utk beri kerjasamaMenterjemah simbol atau perkara yang signifikan bagi kajian- nilai dan norma masyarakat.

Pemerhati bersifat fleksibel – kebebasan memilih jenis peranan yang sesuai dan berkesan. Antara soalan;Sejauhmana beliau mempengaruhi tempat kajianSejauhmana persepsi dan analisis tentang persekitaran dipengaruhi oleh hubungan peribadi pengkaji dengan subjekSejauhmana kerja penyelidikan harus dirahsiakan

Persekitaran semulajadi – pemilihan peristia berdasarkan pengamatan – kehadiran pemerhati yang tidak dikenali atau kesilapan memerhati manusia dan mencatat data – berlaku bias. 

Kekuatan pemerhatian ikut sertaKlukhonn (1975) – dapat maklumat dgn berhubung secara langsung dgn responden, maklumat dari ramai orang, maklumat lebih dipercayai (kerjasama sumber)Kumpul data utama sendiri – tangkap seluruh kejadian pada masa itu juga.Memperolehi jenis komunikasi masyarakat kajian – pemimpin kpd ahliTempoh kajian yang sesuai menerangkan perbezaan kejadian kebetulan dengan kebiasaan

PERSAMPELANPERSAMPELAN – maklumat diperolehi dari sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar. Kumpulan besar ini dikenali sebagai populasi.Prinsip persampelan berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap elemen yang dipilih mempunyai peluang yang sama dan mewakili populasi.Jika mengkaji semua populasi disebut banci.

Tujuan Persampelan;Mentaksirkan parameter populasi. Parameter ialah ciri-ciri populasi yang diminati oleh pengkaji spt. umur, pekerjaan, kelulusan, sebab-sebab, sambutan dll. Sampel yang baik mempunyai ciri-ciri persamaan dengan populasi.Statistik digunakan untuk mentaksir parameter populasi.

Page 9: Panduan Penghargaan

Untuk menguji hipotesis statistikal tentang populasi. Contohnya, hipotesis: 85% lelaki menonton TV. Dari sampel 77% lelaki menonton TV.Saiz Sampel – bergantung kepada 4 faktor;1. Darjah ralat persampelan yang dapat diterima. Ralat persampelan ialah perbezaan maklumat antara sampel (statistik) dengan populasi (parameter). Lebih besar saiz sampel, statistik sampel lebih mirip parameter populasi.2. Jenis populasi – Jika populasi yang dikaji adalah sama ciri-cirinya (homogenan) maka saiz sampel tidak terlalu besar. Tetapi jika populasi heterogenan (pelbagai) saiz sampel hendaklah besar agar dapat mewakili populasi. 3. Rekabentuk kajian – untuk sampel berlapis, setiap lapis tidak perlu saiz besar kerana populasinya homogenan. Sampel berkelompok pula memerlukan saiz sampel yang besar kerana terdapat lebih dari satu kelompoh akan dipilih, kelompok 1, kelompok 2, kelompok 3 dll.4. Jenis analisis – teknik statistik tertentu menentukan jumlah yang besar seperti analisis faktor – memerlukan minimum 300 kes.

Faedah Persampelan – Menjimatkan perbelanjaan dan data cepat diperolehi.Had persampelan – persampelan tidak sesuai jika perlukan maklumat semua populasiJika persampelan tidak sistematik, sampel tidak mewakili populasiRalat persampelan – perbezaan antara statistik (sampel) dengan parameter (populasi)

Jenis persampelan;Persampelan kebarangkalian – setiap unsur mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel, saiz sampel khusus dan tahu saiz populasi.Persampelan bukan kebarangkalian - Tiada sebarang asas untuk mentaksir ciri-ciri sampel menyerupai populasi, sampel yang mudah didekati, bias, yang sudi bekerjasama shj – pengkaji tidak dapat mengatakan sampel mewakili populasi.

Prinsip Kebarangkalian: setiap satu elemen mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.Jenis persampelan kebarangkalian – Persampelan Rawak Mudah, Persampelan Berlapis, Persampelan kelompok dan persampelan sistematik,

Persampelan Rawak Mudah – 5 tahap;Memperolehi satu rangka persampelan yag lengkapMemberikan setiap ahli satu nombor khasMenentukan saiz persampelanMemilih ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor rawakMemilih ahli daripada angka rawak tersebut.Elemen persampelan diperolehi melalui cabutan nombor sama ada persampelan berganti atau tanpa ganti.

Faedah PRM;Setiap unsur populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih – elak biasAnggaran ralat persampelan dapat dikesanKaedah PRM menjadi asas semua jenis persampelan rawak.Kelemahan PRM:Tidak sesuai untuk semua keadaan 

Page 10: Panduan Penghargaan

Senarai lengkap semua elemen populasi tidak diperolehi – tidak praktikal untuk kajianKaedah cabutan – tidak semua helaian nombor berpeluang untuk dipilih.

PERSAMPELAN RAWAK BERLAPIS – unsur-unsur asas dalam populasi diasingkan terlebih dahulu kepada kumpulan, setiap kumpulan dikenali sebagai lapisan. Drpd setiap lapisan, sampel dipilih dalam PRM – sampel lebih besarCth: 2 lapisan, lapisan perempuan dan lapisan lelaki.

Faedah Persampelan Berlapis;Penemuan lebih tepatMemudahkan pentadbiran – boleh dibahagikan kepada PRB berkadar dan tiada berkadar.PRB Berkadar – saiz sampel lapisan menurut saiz populasi, 30, 30, 40PRB Tidak Berkadar – jumlah kadar yang sama dalam setiap lapisan, 50%/50% setiap lapisan

PERSAMPELAN KELOMPOK - kajian untuk kawasan yang luas;Bahagikan kawasan dan beri nomborPilih elemen setiap bahagian secara rawak selepas membuat senarai elemen yang dipilih.Cth: satu kawasan 50,000 org. Sampel hanya 200 org – bahagikan bandar dlm peta. Andai satu kawasan 500 keluarga, pilih secara rawak 200 org dgn memilih 50 org bagi setiap 4 kawasan yang ditandakan.

Kebaikan Persampelan Kelompok;Sesuai utk populasi besar dan kawasan luas.Tumpuan kajian di kawsan tertentuHanya perlukan sebarai nama kawasan untuk dipilih sahaja dengan kadar elemen yang mencukupi.Utk negara membangun yang tidak memerlukan rangka persampelan.

PERSAMPELAN SISTEMATIK – pengkaji menentukan jarak langkau atau jarak jauh apabila memilih sampel bermula sampel pertama (dipilih secara rawak) dan sampel seterusnya mengikut kaedah kiraan langkau 5, 10, 100 dll. 

Kebaikan Persampelan Sistematik;Praktikal dan mudahTidak perlu rangka persampelanKelemahan;Bukan bentuk kebarangkalian – mengetepikan orang yang berada di antara elemen yang dipilih.Komposisi bangsa yang berbeza- wujud ketidakseimbangan data.

PERSAMPELAN TAK RAWAK – apabila persampelan secara rawak tidak dapat dilakukan;Persampelan Kuota – Tentukan saiz sampel dan ciri-ciri sampel, pilih sampel. Cth: 18 perempuan dan 22 lelaki dari orang cina, Melayu dan India. Persampelan berlapis, tetapi tiada kebarangkalian – kaedah ini dianggap tidak kuat- perlukan kawalan.Persampelan Bertujuan – Untuk tujuan tertentu seperti menguji bentuk soal selidik atau mendapatkan maklum balas yang cepat. Ia hanya gambaran permulaan kajian

Page 11: Panduan Penghargaan

Rujukan: Syed Arabi Idid (2002), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: DBP

TINJAUAN

Kuliah 5

Kaedah penyelidikan yg dijalankan utuk mengumpul data daripada satu populasi. Semasa menjalankan tinjauan, perhatian utama ialah bagaimana mendapat jawapan yang memuaskan daripada responden.Data dikumpul melalui temubual bersemuka, pos atau telefon. Data diteliti dari dokumen dan pemerhatian sendiri.TINJAUANTemubual semuka – soalan dikemukakan antara penemubual dan responden menggunakan soalan2 tertentu.Syarat penemubual;Keupayaan mendapatkan maklumat: responden berahsia, jawapan tidak spt yang diharapkan dan terlupa.Kefahaman responden – kemesraan.Motivasi rsponden utk menjawab dgn benar – penyelidik menjelaskan tujuan dan bagaimana responden dipilih utk ditemubual.

Dorongan mendapatkan maklumat;Penemubual memastikan maklumat dan pendapat responden dihormati – kerahsiaan.Masa responden digunakan sebaiknya. Soalan pendek dan tidak berulang – tumpukan isu pokok shj.Gangguan dalam menentukan masa utk menemuramahSuasana menyeronokkan bukan ancaman respondenResponden tidak dianggap satu punca maklumat tetapi individu yang berperasaan.Hormati pendirian respondenMinat responden utk menjawab dikekalkan.

Peranan penemubual;Mengenalpasti responden berdasarkan tujuan kajianPenemubual mengatur masa dan tempat sesuai utk menemuramahMendapat maklumat lengkap dan betul dari respondenBerpakaian kemasMengetahui adat resamBertanya soalan dgn betul + jaga tingkahlaku

Mencatat jwpn dgn betul – catat spt yg dikatakan oleh responden, jgn dipendek2kan.Kebaikan menemubual:Pengawalan ke atas sampel – tentukan responden dan kawasan kajian- halang biasKadar respon yang tinggi – sukar elak jawab soalanTindak balas responden dikaji – jemu, tidak faham soalan, minatKeadaan responden tepat dgn kajian- siuman

Page 12: Panduan Penghargaan

Responden digalak bercakap – pujukan dan jelaskan soalan jika tidak faham soalan.

Kelemahan menemubual;Perbelanjaan tinggiSistem kemas perlu diwujudkan – penyediaan soalan dan soal selidik.Penemubual mempengaruhi responden utk menjawab terutama berbentuk pandangan da sikap.Sifat penemubual spt jantina, bangsa dan umur – perlu jaminan khusus agar maklumat dirahsiakan.Penemubual letih dan tidak amanah dgn tugas yg diberikan.Masa yg lama – temujanjiTemubual tidak menjamin kerahsiaan.

Temubual melalui telefon – maklumat diperolehi melalui telefon.Kebaikan menggunakan telefon;Data cepat diperolehi, perjalanan tidak diperlukanPerbelanjaan lebih rendah – responden lebih ramai dan jumlah penemubual rendah.Borang soalselidik yang mengandungi soal selidik yg sensitif lebih tinggi gerak balasnya.Responden tidak terasa terancam sbb tidak dtg ke rumah.

Sampel dapat dihadkan dgn menentukan kawasan spt pengambilan kod kawasan (03 dan 04 shj dll) dan memilih responden secara rawak.Maklumat segera apabila tertinggal soalan semasa bersemuka.Teknik penyiasatan boleh dijalankan.Jumlah responden lebih tinggi

Kelemahan menggunakan telefon;Terhad kepada yg memiliki telefon shj.Proses menemubual tidak boleh lamaGuna soalan mudah shjGerak geri responden tidak dpt dilihatresponden sebenar tidak dapat dikesan – penyamaranTidak dpt mengesan keikhlasan penemubualSukar mewujudkan kemesraanTidak beri kesempatan kpd responden utk berfikirKualiti data kurang

Tinjauan melalui pos – mengirim borang soal selidik melalui pos. Responden diminta mengisi dan mengirim semula kepada pengkaji melalui sampul surat yang disediakan. Faktor pos;Faktor geografi - Ia digunakan apabila responden berselerak Sistem pos baikKesudian menjawabPerbelanjaan rendah tetapi kadar pulangan rendahTarikh perlu sesuai dgn responden – tidak bercuti dll.Surat susulan diperlukan

Page 13: Panduan Penghargaan

Tahap persediaan soal selidik;Surat Pengenalan beralamat dan bernombor telefonSampul surat beralamat dan bersetem utk pengembalianSoalan jelas dan mudah difahamiAndai tidak dijawab, buat surat susulan.

Bekaikan melalui pos;Tempat terpencil dpt ditinjau]Perbelanjaan rendahTiada biasResponden ada masa utk berfikirMengatasi responden yang segan berhadapanSurat sampai tinggi

Kelemahan melalui pos;Penyiasatan tidak dapat dilakukan & tiada galakan utk menjawabResponden dpt membaca keseluruhan soalan dahului dan akan mempengaruhi jawapanResponden meminta org lain menjawabkanJawapan tidak lengkapResponden tidak kembalikan borangSoalan mudah sahaja, jawapan muktamad dan penjelasan tidak diperolehi.Sukar mendapatkan alamat dan nama lengkap responden.

SOAL SELIDIKSoalan diatur secara tersusun untuk ditadbir oleh penemubual.Kualiti dan mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan. Jika soalan kabur, jawapan yang diperolehi juga kaburPerhatian yang teliti perlu dilakukan semasa membina soalan.Setiap soalan berkaitan dgn objektif bg mengukur hipotesis- maklumat tepat dan lengkap dan mencapai tujuan kajian dgn perbelanjaan sederhana.

Cara menggubal soalan;Tentukan masalah kajian- elak soalan terlalu banyakSoalan sesuai untuk dijawab – kebolehan responden menjawab, responden hendak jawab dan responden buat-buat menjawabSoalan memudahkan semua pihakbahasa sesuai

Jenis soalan;Soalan fakta – memerlukan jawapan salah dan betulSoalan pendapat – pemikiran dan tidak ditentukanSusunan soal selidik; pengenalan organisasi dan tujuan kajian, susun soalan mudah (tertutup) dan terbukaPenbentukan soalan – soalan khusus, soalan mudah, soalan tertutup (jelas), soalan pendek, soalan mendorong utk dijawab, sesuai dgn statistik yg digunakan utk analisis

Page 14: Panduan Penghargaan

PERSAMPELANSAMPEL

Sampel ialah kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Contohnya, jika sebuah sekolah mempunyai 1200 orang pelajar Sains, maka kumpulan tersebut dikenali sebagai populasi dan 240 orang pelajardaripada kumpulan itu yang dipilih untuk suatu penyelidikan, maka 240 orang pelajar tadi dikenali sebagai sampel.

Realitinya, keinginan pengkaji adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan. Tetapi, faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan pengkaji untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi semua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang demikian, pengkaji terpaksa memilih sampel untuk diselidiki.

POPULASI

Page 15: Panduan Penghargaan

Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada dapatan yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel.

POPULASI SASARAN

Populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh pengkaji serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal (Fraenkel dan Wallen, 2006).

POPULASI CAPAIAN 

Populasi capaian dikatakan sebagai populasi pilihan realistik kerana kebanyakan pengkaji dapat menjadikannya sebagai asas untuk membuat generalisasi dapatan kajian.

Contoh untuk memahami konsep populasi sasaran, populasi capaian dan sampel adalah seperti berikut:

Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Kesan Pembelajaran Berbantukan Komputer terhadap Pencapaian Sains Murid Tahun Lima di Selangor.Populasi sasaran: semua murid tahun lima di SelangorPopulasi capaian: semua murid tahun lima di daerah Hulu langat, SelangorSampel: 10 % murid tahun lima di daerah Hulu Langat, Selangor.

PERSAMPELAN Persampelan bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji. 

Persampelan merupakan proses memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau fenomena) yang dipilih.

Tujuan persampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena).

Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut.

Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

PROSEDUR PERSAMPELAN

Terdapat dua jenis prosedur persampelan iaitu: Persampelan kebarangkalian (secara rawak)

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Persampelan Kebarangkalian (secara rawak)

Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.  Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai

Page 16: Panduan Penghargaan

semua ciri-ciri yang terdapat dalam populasi kajian.

Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi. Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.

Persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak)

Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti pendapat guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 orang guru daripada populasi guru seramai 180 orang yang telah mengajar di sekolahnya. Guru-guru berkenaan dipilih  berdasarkan ciri-ciri berikut; (a) pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, (b) ahli koperasi guru, (c) pernah menjadi ahli jawatankuasa penggubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua.

Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan persampelan bukan kebarangkalian.

Memandangkan perbincangan penulis lebih menjurus kepada penyelidikan kualitatif, maka hanya jenis persampelan bukan kebarangkalian yang dibincangkan  dalam konteks persampelan ini.

(1) Persampelan Mudah (Convenience Sampling)

Page 17: Panduan Penghargaan

Persampelan mudah dikenali juga sebagai persampelan secara kebetulan atau presampelan kesediaan. Di bawah persampelan mudah / Convenience Sampling, pengkaji memilih mana-mana subjek yang ditemuinya, yang paling dekat dengannya. Persampelan jenis ini biasanya digunakan dalam temu bual. 

Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian untuk mengetahui pendapat peserta seminar tentang keberkesanan program seminar yang dihadiri oleh mereka. pengkaji menemu bual 10 orang peserta, iaitu peserta-peserta yang paling dekat dengannya yang ditemuinya. Dalam kes ini, pengkaji menemui 10 orang peserta yang berada di bahagian hadapan dewan seminar secara kebetulan. Peserta-peserta lain terutamanya peserta yang berada di bahagian belakang dewan tidak mempunyai peluang untuk ditemu bual. Kebarangkalian peserta-peserta yang dipilih adalah berbeza, walaupun pengkaji tidak mempunyai apa-apa kriteria pemilihan responden, dan pemilihan tidak dibuat secara sengaja, pengkaji tidak dapat menganggarkan ralat persampelan kerana prosedur persampelan mudah bukan merupakan persampelan rawak.

(2) Persampelan Tujuan (Purposive Sampling)

Persampelan tujuan atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

Sebagai contoh, jika pengkaji ingin mengenal pasti kesedaran pelajar-pelajar sekolah tentang akibat buruk merokok, dan hanya subjek-subjek kajian yang merokok sahaja yang dipilih sebagai responden. Maka, pengkaji telahh memilih subjek kajian berdasarkan tujuan atau kehendaknya. Dalam kes ini, responden-responden kajian  adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang merokok, yang tidak mewakili seluruh populasi pelajar di sekolah. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak dan hasil kajiannya tidak dapat digeneralisasi kepada seluruh populasi pelajar di sekolah kerana sampel tersebut tidak mewakili semua pelajar dalam populasi berkenaan. Keputusan kajian hanya mewakili kumpulan subjek kajian yang dipilih sahaja.

(3) Persampelan Kuota (Quota Sampling)

Persampelan kuota (Quota Sampling) dikenali juga sebagai persampelan rawak berlapis yang bukan kebarangkalian. Dalam prosedur persampelan ini, pengkaji memilih subjek berdasarkan kategori-kategori yang dianggap wujud dalam populasi. Ia adalah berbeza dengan persampelan rawak berlapis kerana dalam persampelan rawak berlapis, subjek dipilih secara rawak dalam kumpulan-kumpulan berlapis. Persampelan kuota sebaliknya dilakukan ke atas  kumpulan subjek tertentu (persampelan bertujuan), oleh itu, responden kajian merupakan subjek-subjek berlapis yang dipilih

Page 18: Panduan Penghargaan

secara kebetulan. Dengan erti kata lain, pemilihan sampel adalah berdasarkan kuota-kuota yang dikategori oleh pengkaji. Dalam prosedur ini, subjek dipilih secara kebetulan sehingga bilangan bagi satu kategori yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipenuhi, dan prosedur ini diteruskan untuk memilih subjek-subjek lain dalam kategori-kategori lain sehingga semua kategori dipenuhi.

Sebagai contoh, pengkaji ingin mengenal pasti pendapat pelajar kursus komputer tentang keberkesanan program komputer di sekolah. Pengkaji membahagikan pelajar-pelajar kepada dua kategori iaitu kategori pelajar yang sering menggunakan komputer sekolah (tiga atau lebih daripada tiga kali seminggu) dan kategori pelajar yang kurang menggunakan komputer di sekolah (kurang daripada tiga kali seminggu). Pengkaji memilih 30 orang pelajar untuk setiap kategori berdasarkan kepada kriteria "siapa yang ditemui dahulu dipilih, sehingga kedua-dua kategori dipenuhi". Dalam kes ini, walaupun pengkaji memilih satu peratusan tertentu subjek dalam setiap kategori, pemilihan tidak dibuat secara rawak atau ralat persampelan tidak dapat dianggarkan. Oleh itu, keputusan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi kajian di bawah prosedur persampelan kajian ini.

(4)  Persampelan Dimensional

Persampelan dimensional (Dimensional Sampling) biasanya digunakan dalam kajian kes. Hanya sebilangan kecil subjek mempunyai ciri-ciri khas yang diminati pengkaji, dijadikan sebagai responden kajian. Persampelan dimensional digunakan untuk mengurangkan masalah saiz sampel dalam prosedur persampelan  kuota. Di bawah persampelan ini, pengkaji mengenal pasti ciri-ciri (faktor-faktor atau variabel bebas) yang diminati dalam populasi dan memilih sekumpulan kecil (sekurang-kurangnya seorang) responden yang mempunyai semua ciri tersebut. 

Sebagai contoh, dalam kajian kes, pengkaji ingin mengetahui pandangan pegawai-pegawai lelaki dan perempuan sebuah organisasi yang bertaraf pekerjaan yang tetap, sementara dan kontrak. Jadual di bawah menunjukkan subjek yang dipilih dengan prosedur persampelan dimensional.

Berdasarkan jadual di atas, subjek bagi setiap kumpulan responden dipilih berdasarkan pemilihan secara kebetulan, iaitu subjek yang mempunyai ciri-ciri tersebut yang ditemui dahulu dipilih sebagai responden kajian.

(5) Persampelan Kes Kritikal

Prosedur persampelan kes kritikal (Critical case sampling) digunakan apabila kajian dilakukan ke atas kes-kes yang spesifik, yang melibatkan tingkah laku yang aneh, luar biasa atau jarang dijumpai. Persampelan kes kritikal ini biasanya digunakan untuk kajian kulitatif atau kajian kes yang bertujuan menyelidik individu atau kumpulan yang unik. Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengkaji kes-kes berikut; seorang kanak-kanak tadika mengalami kecederaan di sebuah tadika

beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang didiami mereka mengalami tanah runtuh

cara seorang korporat mencapai kejayaan walaupun merupakan individu yang kurang upaya

Prosedur persampelan ini digunakan dalam kajian bertujuan untuk memahami dan mempelajari secara mendalam tentang sesuatu yang berlaku secara serius, yang mendatangkan kesan kepada masyarakat. Sampel kes kritikal yang digunakan juga dikenali sebagai sampel kes ekstrim.

(6) Persampelan Variasi maksimum

Dalam persampelan variasi maksimum (Maximum variation sampling), individu-individu atau kumpulan individu dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi dalam sesuatu variabel (atau ciri) yang mempunyai nilai selanjar.

Sebagai contoh, kumpulan pekerja tahap IQ tertinggi dan kumpulan pekerja  tahap IQ terendah dalam sesebuah organisasi dipilih sebagai sampel variasi maksiimum dalam kajian yang bertujuan untuk menyelidik perhubungan antara tahap IQ dan produktiviti pekerja-pekerja.

Page 19: Panduan Penghargaan

(7) Persampelan Bola Salji (Snow ball sampling)

Persampelan bola sajli atau snow ball sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu, responden kajian diminta untuk mencadangkan subjek lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk kajian. Prosedur persampelan ini digunakan terutamanya apabila pengkaji tidak dapat memperoleh senarai nama subjek dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Dalam prosedur ini, pengkaji akan mengenal pasti sebilangan kecil subjek yang mempunyai ciri-ciri yang hendak dikaji. Setelah subjek ditemu bual atau diberi soal selidik untuk dijawab, dia diminta untuk menamakan subjek-subjek lain dalam populasi yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Kaedah persampelan ini akan dilakukan berterusan sehingga pengkaji memperoleh semua responden yang dikehendaki. Persampelan bola salji ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek kajian tidak diperoleh, terutamanya kes-kes yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif, atau tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, kajian yang dilakukan ke atas pegawai-pegawai sesebuah organisasi yang terlibat dengan kes jenayah tertentu atau kajian yang dilakukan ke atas guru-guru yang terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), atau kajian ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat secara aktif dalam politik. Walaupun prosedur persampelan ini tidak melibatkan pemilihan rawak, ia sesuai digunakan pada keadaan-keadaan di mana prosedur persampelan lain tidak sesuai digunakan.

SAMPEL PENYELIDIKAN KUALITATIF

KAJIAN TINDAKANPomizi Resources.Com

http://pomizi-research.blogspot.com/p/persampelan.html