sistem carian tesis - ir.unimas.my carian tesis (24 pages).pdfii penghargaan bersyukur ke hadrat...

24
SISTEM CARIAN TESIS MOHD FAIZAL BIN JAAFAR Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Kejuruteraan Perisian) Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2006

Upload: ngoduong

Post on 13-Aug-2019

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SISTEM CARIAN TESIS

MOHD FAIZAL BIN JAAFAR

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian

(Kejuruteraan Perisian)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

ii

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, berjaya juga saya

menyiapkan Projek Tahun Akhir saya ini. Tidak lupa kepada keluarga saya yang banyak

memberi dorongan dan semangat dalam memikul tugas sebagai seorang pelajar di Universiti

Malaysia Sarawak. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penyelia projek tahun akhir

saya iaitu Puan Eaqerzilla Phang yang banyak membantu dan mencetuskan idea sehinggakan

projek tahun akhir ini berjaya di siapkan dengan jayanya. Selain itu, tidak lupa juga ribuan

terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Gloria Jennis Tan dan kakitangan Pusat

Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak yang banyak membantu selama

projek ini dijalankan. Jutaan terima kasih juga pada pensyarah-pensyarah Fakulti Sains

Komputer dan Teknologi Maklumat yang banyak membantu dalam mengharungi projek tahun

akhir yang penuh mencabar ini. Akhir sekali, tidak lupa kepada rakan-rakan yang banyak

memberi bantuan dan kata-kata semangat sehinggakan projek ini berjaya disiapkan pada masa

yang telah ditetapkan.

iii

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

PENGHARGAAN .............................................................................................................II

ISI KANDUNGAN ..........................................................................................................III

SENARAI JADUAL ......................................................................................................VII

SENARAI RAJAH........................................................................................................VIII

ABSTRAK..........................................................................................................................X

BAB 1: PENGENALAN 1.0 Pengenalan……………………………….………………………………………………. 1

1.1 Keterangan Masalah…………………….………………………………………………. 2

1.2 Metodologi……………………………….………………………………………………. 3

1.3 Objektif Projek… ……………………….………………………………………………. 5

1.4 Skop Projek…..………………………….………………………………………………. 5

1.5 Hasil Jangkaan.………………………….………………………………………………. 6

1.6 Kepentingan Kajian.…………………….………………………………………………. 6

1.7 Pelan Projek…..………………………….………………………………………………. 7

1.8 Garis Kasar Laporan Projek…...……….………………………………………………. 7

BAB 2: LATAR BELAKANG 2.0 Pengenalan……………………………….………………………………………..……. 9

2.1 Pengenalan Sistem Carian Tesis (SCT)....…………………...…………………..……. 10

2.2 Bagaimana SCT Beroperasi?..………….…………………………………………..…. 10

2.3 Sasaran Pengguna SCT………………….…………………………………………..…. 11

2.3.1 Pelajar Dengan SCT…….…………...………………………………………..…. 11

2.3.2 Pekerja Dengan SCT…….………….…….…………………………………..…. 11

2.4 Pengenalan Kepada Perisian …..………………………….……..……………………. 12

2.5 Kajian Literasi… ………………………….……………………………………………. 12

iv

2.6 Kajian Sistem Sedia Ada...…………….………………………………………………. 13

2.6.1 Online Virtual Technology Library System (VTLS)………………………..…. 13

2.6.2 Virtual Technology Library System (VTLS EasyPAC)...…………………..…. 15

2.7 Perbezaan VTLS dengan VTLS EasyPAC…...………………………………………. 16

2.7.1 Antaramuka Sistem………………………………….………………………..…. 16

2.7.2 Ciri-Ciri Sistem……………………………………… ………………………..…. 17

2.7.3 Sistem Perisian……………………………………….………………………..…. 17

2.8 Kelebihan dan Kekurangan VTLS dengan VTLS EasyPAC …...……….…………. 18

2.8.1 Kelebihan dan Kekurangan VTLS…...…………….………………………..…. 18

2.8.2 Kelebihan dan Kekurangan VTLS EasyPAC…...…………………………..…. 19

2.9 Perbezaan SCT dengan VTLS dan VTLS EasyPAC …...……………….…………. 19

2.10 Kesimpulan………………………………………………………...……….…………. 20

BAB 3: KEPERLUAN ANALISIS DAN REKABENTUK 3.0 Pengenalan……………………………….………………………………………..……. 21

3.1 Kitaran Pembangunan Perisian Berorientasikan Objek (OOSDLC)…..……..……. 22

3.1.1 Pelan dan Kenalpasti Masalah……...………………………………………..…. 22

3.1.2 Analisis……………...…….………….…….…………………………………..…. 23

3.1.3 Rekabentuk………..…….…………...………………………………………..…. 23

3.1.4 Pembangunan Sistem…....………….…….…………………………………..…. 24

3.1.5 Penilaian dan Percubaan..………….…….…………………………………..…. 24

3.2 Analisis Keperluan Sistem.……………….……………………………………………. 24

3.2.1 Sistem Sedia Ada……………..……...………………………………………..…. 25

3.2.2 Sasaran Pengguna.....…….………….…….…………………………………..…. 25

3.2.3 Borang Kaji Selidik….….…………...………………………………………..…. 26

3.3 Rekabentuk Sistem……………………………………….....……………….…………. 28

3.3.1 Kenalpasti Pengguna (ACTOR)...…...………………………………………..…. 28

3.3.2 Gambarajah Use-Case………...…….…….…………………………………..…. 29

3.3.3 Gambarajah Activity……. ………..…….…………...………………………..…. 31

3.3.4 Gambarajah Sequence …....………….…….………………..………………..…. 34

3.3.5 Gambarajah Class…….....………….…….…………………………………..…. 39

3.4 Kesimpulan……………………………………………….....……………….…………. 40

v

BAB 4: PEMBANGUNAN & PERCUBAAN 4.0 Pengenalan……………………………….………………………………………..……. 41

4.1 Keperluan Pembangunan………………………………………………….……..……. 42

4.1.1 Keperluan Perisian…........………….…….…………………………………..…. 42

4.1.2 Keperluan Perkakasan......………….…….…………………………………..…. 42

4.2 Paparan Antaramuka...………………………………….....……………….…………. 43

4.2.1 Paparan Antaramuka Pelajar..…….…….…………………………………..…. 44

4.2.1.1 Halaman Utama Pelajar....……….…………………………………..…. 44

4.2.1.2 Halaman Pelajar Mencari Tesis....…………..…………………………. 45

4.2.1.3 Halaman Senarai Tesis Pelajar......…………………………………..…. 46

4.2.1.4 Halaman Pelajar Meminjam Tesis…………………………………..…. 49

4.2.1.5 Halaman Informasi Pinjaman Tesis……..…………………………..…. 50

4.2.2 Paparan Antaramuka Pekerja.…….…….…………………………………..…. 51

4.2.2.1 Halaman Utama Pekerja...……….…………………………………..…. 51

4.2.2.2 Halaman Menu Pekerja………......…………..…………………………. 52

4.2.2.3 Halaman Senarai Tesis Pekerja.....…………………………………..…. 53

4.2.2.4 Halaman Simpanan Tesis………...…………………………………..…. 54

4.2.2.5 Halaman Senarai Pelajar Menempah Tesis….……………………..…. 56

4.2.2.6 Halaman Senarai Peminjam Tesis.…………………………………..…. 57

4.3 Percubaan……………….………………………………………………….……..……. 59

4.3.1 Percubaan Sistem..…........………….…….…………………………………..…. 59

4.3.2 Percubaan Ke Atas Sasaran Pengguna….…………………………………..…. 60

4.4 Penilaian Sistem………..………………………………………………….……..……. 62

4.4.1 Penilaian dari Sasaran Pengguna….…….…………………………………..…. 62

4.4.2 Penilaian dari Pakar…......………….…….…………………………………..…. 62

4.5 Analisis Keputusan Percubaan...………………………………………….……..……. 63

4.6 Kesimpulan..…………….………………………………………………….……..……. 63

vi

BAB 5: KESIMPULAN 5.0 Pengenalan……………………………….………………………………………..……. 64

5.1 Kesimpulan Keseluruhan SCT………………………………………..…..……..……. 64

5.2 Kejayaan SCT……………,……………….……………………………………………. 66

5.3 Kesimpulan……………………………………………….....……………….…………. 67

RUJUKAN ....................................................................................................................... 68

LAMPIRAN..................................................................................................................... 69

vii

SENARAI JADUAL

Jadual Keterangan Mukasurat

1.1 Jadual Projek

4

2.1 Ciri-Ciri Sistem Sedia Ada

17

2.2 Perisian Sistem Sedia Ada

17

2.3 Kelebihan & Kekurangan VTLS

18

2.4 Kelebihan & Kekurangan VTLS EasyPAC

19

3.1 Keperluan Pelajar Terhadap SCT

29

3.2 Keperluan Pekerja Terhadap SCT

30

3.3 Kelas, Data & Kaedah Dalam SCT

39

4.1 Keperluan Perkakasan SCT

42

4.2 Objektif Awal SCT

58

4.3 Borang Kepuasan Hati Pengguna

60

viii

SENARAI RAJAH

Rajah Keterangan Mukasurat

2.1 Paparan Skrin Online VTLS

13

2.2 Paparan Skrin Online VTLS EasyPAC

15

3.1 Lima Fasa Di Dalam OOSDLC

22

3.2 Graf Hasil Soal Selidik Ke Atas Sasaran Pengguna SCT

27

3.3 Gambarajah Use-Case Untuk Pelajar

30

3.4 Gambarajah Use-Case Untuk Pekerja

31

3.5 Gambarajah Activity Pelajar Menggunakan SCT

32

3.6 Gambarajah Activity Pekerja Menggunakan SCT

34

3.7 Gambarajah Sequence Pelajar Mencari Tesis

35

3.8 Gambarajah Sequence Pelajar Membaca Panduan SCT

35

3.9 Gambarajah Sequence Pekerja Mencari & Membuang Tesis

36

3.10 Gambarajah Sequence Pekerja Membaca Panduan SCT

37

3.11 Gambarajah Sequence Pekerja Menyimpan & Membuang Data Peminjam

37

3.12 Gambarajah Sequence Pekerja Kira Denda & Membuang Data Peminjam

38

3.13 Gambarajah Sequence Pekerja Menyimpan Tesis

38

3.14 Gambarajah Class SCT

40

4.1 Laman Utama Antaramuka Pelajar

44

4.2 Laman Pelajar Mencari Tesis

45

4.3 Mencari Tesis Di Dalam Pengkalan Data SCT

46

4.4 Senarai Carian Dipapar

47

ix

4.5 Baca Ulasan Tesis (.pdf)

48

4.6 Pelajar Pinjam Tesis

49

4.7 Informasi Peminjaman Tesis

50

4.8 Laman Utama Antaramuka Pekerja

51

4.9 Sistem Keselamatan SCT

52

4.10 Laman Menu Pekerja

52

4.11 Senarai Carian Oleh Pekerja

53

4.12 Simpanan Tesis oleh Pekerja

54

4.13 Semak ID Tesis dan Simpan Tesis

55

4.14 Senarai Peminjam yang Menempah Tesis

56

4.15 Senarai Peminjam yang telah Meminjam Tesis

57

4.16 Kira Denda 58

x

ABSTRAK

Arus permodenan dunia telah membawa setiap perubahan dari semasa ke semasa.

Kemunculan teknologi sistem atas talian telah membawa era baru dalam gaya hidup seharian

penduduk dunia. Kini, teknologi sistem atas talian telah menular ke setiap sudut kawasan

tidak kira peringkat umur. Dengan adanya sistem atas talian, ia banyak membantu pengguna

dalam menyelesaikan tugas seharian mereka. Kerja-kerja mencari buku, majalah, tesis dan

sebagainya di perpustakaan merupakan perkara yang paling rumit untuk dilakukan. Pengguna

terpaksa mencari bahan yang mereka perlukan di setiap rak buku yang terdapat di situ. Ini

memerlukan masa yang agak lama untuk pengguna mencari sesebuah bahan yang mereka

perlukan. Oleh yang demikian, sebuah sistem khas haruslah dibangunkan bagi membantu

kerja-kerja mencari buku mahupun tesis di perpustakaan. Sistem Carian Tesis merupakan

salah satu sistem atas talian yang bakal wujud. Sistem ini akan memudahkan penggunanya

mencari tesis yang mereka ingini dengan pantas dan mudah. Berlainan dengan sistem carian

yang lain, sistem ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Tinjauan ke atas sistem carian buku

yang telah wujud haruslah dilakukan bagi memastikan sistem yang bakal dibangunkan ini

mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding sistem sedia ada.

xi

ABSTRACT

Modernization has brought changes to almost every aspect of human lives from time to time.

The on-line technology or better known as internet has brought a new era to how people

communicate and live their lives. Nowadays, this on-line technology can be reached and used

by all level of society. With on-line technology, it will significantly help the users to solve the

problems they have to tackle when doing their works. Tasks of finding books, magazines,

thesis and etc. in a library are the most complicated thing to be done by a librarian when he is

being asked by a student. Usually, the librarian will only direct the student to go find the

material at a specific section; that is assuming the librarian knows the location. From there,

the student will have to search rack by rack for the desired material. This whole process of

just finding the material takes a lot of time and resources. That is why we need a special

system just to help the users (librarians, students, lecturers) to find these materials. The Thesis

Finder System is one of the on-line systems which will be developed to help to solve the

problem stated before. This system will simplify the steps in finding specific thesis in a fast

and easy way. To be compared with other similar systems, this system has its own

uniqueness. Research on past system which has similar purposes must be analyzed in order to

create a new or improved system which will serve a specific community with more efficiency.

1

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Zaman sekarang merupakan zaman teknologi maklumat (IT). Setiap penduduk di

dunia memerlukan teknologi maklumat dalam membantu kehidupan seharian mereka.

Teknologi maklumat boleh didefinasikan sebagai karektor yang membantu penggunanya

dalam menyelesaikan tugas. Kemunculan teknologi sistem atas talian telah membawa era baru

dalam gaya hidup seharian penduduk dunia. Telah banyak sistem atas talian yang

dibangunkan untuk memudahkan pengguna, antaranya Sistem Maklumat Pelajar, Sistem

Penggera Kenderaan, Sistem Maklumat Pesakit dan sebagainya. Sistem-sistem yang telah

sedia ada ini telah mengubah persepsi masyarakat terhadap teknologi sistem atas talian.

Kaedah-kaedah lama seperti penyimpanan data pesakit melalui fail, maklumat pelajar melalui

kad pelajar dan sebagainya tidak digunakan lagi. Kemunculan teknologi ini telah

menggantikan semua kaedah lama tersebut.

Sistem Carian Tesis (SCT) dibangunkan adalah sebagai menyokong kewujudan

teknologi maklumat. Pusat Khidmat Maklumat Akademik (PKMA), Universiti Malaysia

Sarawak (UNIMAS) adalah tempat kajian utama bagi sistem ini. SCT adalah sebuah sistem

yang menyediakan kemudahan dalam mencari dan menyemak senarai tesis. Pelbagai

kelebihan akan dimuatkan dalam sistem ini, di mana ia bakal membantu pelajar dan pekerja

dalam menyemak dan mencari tesis dengan mudah. Mencari tesis melalui katalog manual

seperti yang dilakukan sekarang akan digantikan dengan SCT yang pantas dan efisyen.

2

1.1 Keterangan Masalah

Buat masa sekarang, PKMA sudah mempunyai sistem atas talian menyemak senarai

buku, jurnal dan majalah mereka sendiri iaitu Online Public Access Catalogue (OPAC).

OPAC adalah sistem atas talian yang boleh digunakan sekitar kawasan UNIMAS sahaja

(intranet). Dari analisis yang dilakukan, sistem ini adalah serupa dengan sistem carian buku

yang sudah sedia ada. Terdapat beberapa masalah yang timbul selagi sebuah sistem yang khas

untuk menyemak senarai tesis tidak dibangunkan. Antaranya:

• Pelajar harus meneliti segala tajuk tesis yang ada melalui katalog.

• Tiada kemudahan mencari tesis melalui nombor identiti tesis, tajuk, tahun dikeluarkan,

fakulti atau universiti dan sebagainya.

• Pekerja PKMA pula akan mencari tesis yang diminta pelajar, sedangkan mereka tidak

tahu tesis berikut masih ada ataupun tidak.

• Data peminjam tesis dan masa peminjaman tesis selama 2 jam juga tidak dicatat

dengan sempurna.

Jika aspek-aspek berikut tidak dititikberatkan, maka pasti masalah yang besar akan timbul

tidak kira pada pelajar mahupun pekerja itu sendiri.

Dalam menyelesaikan masalah ini, saya harus memperbanyakkan kajian dan

melakukan temubual ke atas pelajar dan pekerja. Temubual harus dilakukan bagi

mengenalpasti segala masalah. Metodologi yang saya gunakan dalam membangunkan projek

ini ialah kitaran pembangunan perisian yang berorientasikan objek (OOSDLC). Setiap fasa

dalam metodologi ini harus dipelajari dan diteliti sebaik mungkin agar projek ini dapat

dijalankan dengan teratur dan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.

3

1.2 Metodologi

Object Oriented System Development Lifecycle (OOSDLC) atau kitaran pembangunan

perisian yang berorientasikan objek adalah metodologi yang saya gunakan dalam menjayakan

projek ini. OOSDLC dan System Development Lifecycle (SDLC) adalah hampir serupa. Tetapi

OOSDLC mempunyai kriteria penting yang saya perlukan dalam membangunkan sistem ini.

“In the traditional relational SDLC, transitions are made from the ERD to table

design which generates the relational database. There is no awareness of OO analysis or

design in the relatively limited ERD vocabulary. The OO SDLC provides a very rich analysis

and design environment with a myriad of modelers and diagrammers.” [1]

Jika dianalisis petikan di atas, metodologi OOSDLC:

• amat mementingkan analisis dan rekabentuk di mana, model diagram menjadi elemen

penting dalam menggunakannya.

• menggunakan model diagram seperti use-case, activity, sequence, collaboration dan

sebagainya.

• menjurus pada diagram kelas (class diagram) dalam menghasilkan pengkalan data.

Oleh kerana sistem penyemakan tesis ini mempunyai sistem pengkalan data yang besar, maka

pemilihan metodologi jenis OOSDLC adalah sangat bertepatan.

4

Terdapat lima elemen penting di dalam OOSDLC. Elemen-elemen tersebut adalah:

i. Pelan dan kenalpasti masalah

ii. Analisis

iii. Rekabentuk

iv. Pembangunan sistem

v. Penilaian dan percubaan

Projek ini memerlukan 7 bulan untuk disiapkan. Oleh itu, kitaran OOSDLC ini amat penting

agar projek ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Di dalam bulan:

Bulan Aktiviti

1 & 2

• Pelan dan kenalpasti masalah serta analisis dilakukan.

• Objektif dan sumber projek dikenalpasti.

• Analisis projek dimulakan.

Temubual sasaran pengguna, analisis masalah dihadapi dan analisis

sistem sedia ada.

3

• Rekabentuk dan analisis keperluan sistem.

• Merekabentuk sistem dan membangunkan model.

use-case diagram, sequence diagram, activity diagram dan lain-lain lagi.

• Kenalpasti keperluan perkakasan dan perisian.

4,5 & 6 • Pembangunan sistem dilakukan.

7

• Penilaian dan percubaan dilakukan.

menganalisis hasil sistem, mengenalpasti kekurangan sistem dan melatih

pengguna menggunakan SCT

Jadual 1.1 - Jadual projek

5

1.3 Objektif Projek

Projek SCT dibangunkan adalah untuk memenuhi syarat Projek Tahun Akhir (TMP

3034) dan mempelajari cara-cara menulis laporan projek. Selain itu, segala apa yang

dipelajari di dalam kuliah sebelum ini, akan digunakan semasa membangunkan projek SCT.

Objektif utama projek ini ialah:

• Pencarian senarai tesis yang ada di PKMA pada kadar segera.

(nombor identiti tesis, tajuk, tahun dikeluarkan, fakulti atau universiti)

• Memudahkan pekerja PKMA menyimpan rekod tesis.

• Merekod data peminjam tesis.

• Mengira denda secara automatik setelah melebihi had masa peminjaman tesis.

• Memberi keterangan keseluruhan mengenai tesis di dalam fail berbentuk Adobe

Portable Document Format (PDF).

1.4 Skop Projek

Skop utama projek ini ialah:

• Membangunkan sistem yang mencari senarai tesis melalui pelbagai aspek.

• Memudahkan sasaran pengguna iaitu pelajar dan pekerja dalam mencari tesis yang

mereka ingini.

• Menyiapkan sistem dan laporan projek selama 7 bulan yang bermula dari minggu

pertama semester 3/2004-2005 hingga minggu ke-12 semester 2/2005-2006.

6

1.5 Hasil Jangkaan

Di akhir projek ini, SCT yang bakal dibangunkan akan memudahkan pelajar dan

pekerja PKMA di UNIMAS dalam menyemak dan mencari rekod tesis yang ada dengan

mudah. SCT merupakan sistem yang ringkas, di mana pengguna mudah untuk memahami dan

berinteraksi dengan sistem ini. Senarai tesis yang dikeluarkan dari sistem sangat jelas dan

memenuhi segala permintan pengguna. Pelajar tidak perlu menunggu giliran untuk membaca

senarai tesis yang disenaraikan di katalog. SCT yang akan dibangunkan ini bakal menjadi

sebuah sistem terbaik berbanding sistem yang telah sedia ada iaitu OPAC.

1.6 Kepentingan Kajian

Semasa membangunkan sistem ini, saya harus memperbanyakan kajian tentang

metodologi pembangunan aplikasi. Segala kriteria-kriteria yang terdapat di dalamnya harus

dititikberatkan agar projek ini berjalan dengan lancar dan teratur. Analisis terhadap sistem

sedia ada harus dilakukan dengan terperinci. Hasil temubual terhadap sasaran pengguna akan

memudahkan dalam mengenal pasti masalah yang mereka hadapi. Selain itu, temujanji

dengan penyelia mahupun pensyarah FSKTM haruslah kerap dilakukan agar segala masalah

yang timbul dapat diatasi dengan jayanya.

7

1.7 Pelan Projek

Jangkamasa yang diperlukan dalam menyiapkan projek ini adalah selama 7 bulan

yang bermula dari minggu pertama semester 3/2004-2005 hingga minggu ke-12 semester

2/2005-2006. Laporan projek serta sistem yang hendak dibangunkan harus disiapkan dalam

jangka masa ini. Lampiran 1a menunjukkan jangkamasa menyiapkan projek ini dengan jelas.

1.8 Garis Kasar Laporan Projek

Laporan ini mempunyai informasi yang lengkap mengenai projek SCT dan boleh

menjadi sumber rujukan pada pengguna dalam mengenali sistem ini dengan lebih dekat.

Dalam laporan ini mempunyai beberapa bab yang memberi informasi dalam membangunkan

projek ini:

BAB 1: PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan mengenai keseluruhan projek yang hendak dibangunkan.

Selain itu, bab ini juga membincangkan mengenai objektif dan skop projek, masalah sistem

terdahulu, hasil jangkaan projek dan keseluruhan pelan projek.

BAB 2: LATAR BELAKANG

Bab 2 lebih tertumpu pada perbandingan sistem yang hendak dibangunkan ini dengan

sistem yang sedia ada(Literature Review). Selain itu, bab ini juga menerangkan mengenai

perbandingan dari segi teknologi, paparan antaramuka, pengkalan data dan perisian yang

digunakan.

8

BAB 3: KEPERLUAN ANALISIS DAN REKABENTUK

Di dalam bab ini banyak menerangkan mengenai metodologi yang hendak digunakan.

Kajian terhadap masalah pengguna, perisian dan perkakasan akan dilakukan dalam bab ini.

Model diagram mengenai sistem yang hendak dibangunkan juga akan turut dilakukan dalam

bab ini. Selain itu, proses rekabentuk paparan antaramuka sistem juga akan dilakukan dalam

bab ini.

BAB 4: PEMBANGUNAN & PERCUBAAN

Bab 4 merupakan kriteria terpenting dalam membangunkan projek ini(critical path).

Bab ini akan menerangkan proses pembangunan sistem dengan lebih terperinci. Selain

daripada itu, hasil rumusan mengenai percubaan sistem yang telah lengkap juga terdapat di

dalam bab ini.

BAB 5: KESIMPULAN

Kesimpulan merupakan bab yang akan menerangkan mengenai pencapaian projek ini

dan cadangan mengenai membaik pulih rekabentuk sistem. Keseluruhan cadangan atau

rumusan mengenai projek turut disediakan dalam bab ini.

9

BAB 2: LATAR BELAKANG

2.0 Pengenalan

Terdapat banyak sistem yang digunakan di perpustakaan seluruh Malaysia bagi

memudahkan pengguna. Di PKMA terdapat sebuah sistem utama dalam mencari tesis, buku,

jurnal dan sebagainya. Sistem tersebut adalah Online Public Access Catalogue (OPAC). SCT

yang akan dibangunkan ini mempunyai kriteria yang hampir sama dengan OPAC, tetapi

terdapat beberapa kelebihan SCT berbanding sistem tersebut.

Dalam menambah kelebihan sistem ini, pelbagai aspek perlu diteliti dengan baik.

Penggunaan perisian terpilih diharap dapat menambah kelebihan pada sistem ini. Ciri-ciri

penting yang ada pada perisian tersebut akan menjadikan sistem ini lain dari yang lain. Selain

itu, kajian literasi yang dilakukan dalam bab ini akan memberikan idea terbaik di samping

mengenalpasti kekurangan yang ada pada sistem yang lama.

Kajian ke atas sistem sedia ada memberi banyak informasi yang akan membantu

dalam membangunkan sistem ini. Setiap kelebihan atau kekurangan di dalam sistem tersebut

akan diperhatikan secara terperinci bagi menjadikan SCT berada dalam keadaan terbaik untuk

kegunaan pengguna. Perbandingan dari segi antaramuka sistem, ciri-ciri sistem, pengkalan

data dan bahasa pengaturcaraan yang digunakan dapat memberi idea agar ia dapat digunakan

di dalam SCT. Kesimpulan mengenai hasil dari kajian kes yang dilakukan juga terdapat di

dalam bab ini.

10

2.1 Pengenalan Sistem Carian Tesis (SCT)

Sistem Carian Tesis (SCT) adalah sebuah sistem khas dalam mencari tesis. Sistem ini

adalah penghubung bagi pelajar dan pekerja di PKMA dalam mencari senarai tesis. SCT

dibangunkan adalah bagi menggantikan kaedah lama seperti katalog manual. Idea dalam

membangunkan SCT adalah terhasil dari pengalaman penulis sendiri. Untuk mencari senarai

tesis di PKMA, penulis terpaksa meneliti senarai tajuk tesis dari buku katalog yang

disediakan. Tidak terdapat sebuah sistem khas bagi pengguna dalam mencari dan menyemak

senarai tesis. Oleh sebab itu, tercetus lah idea dalam membangunkan sistem ini bagi

kemudahan penggunanya.

2.2 Bagaimana SCT Beroperasi?

SCT merupakan sistem atas talian (online) dimana ia berfungsi di sekitar kawasan

UNIMAS sahaja (intranet). SCT menggunakan kaedah 2-tier iaitu memerlukan pengguna dan

pelayan. Segala data tesis yang ada akan disimpan dalam pengkalan data (MySQL).

Pengkalan data tersebut akan dikawal oleh pelayan sepenuhnya. Jika SCT berjaya

dibangunkan, pengguna boleh mencari senarai tesis bukan sahaja di bilik penyimpanan tesis,

malahan di kawasan sekitar kampus UNIMAS.

Pelajar boleh menyemak senarai tesis melalui beberapa kaedah iaitu nombor tesis,

tajuk, penulis, tahun dikeluarkan, fakulti atau universiti dan sebagainya. Mereka juga boleh

melihat rumusan sesebuah tesis melalui fail berbentuk PDF. Pekerja pula menggunakan

sistem ini sama seperti pelajar, tetapi mereka boleh memanipulasi pengkalan data SCT.

11

2.3 Sasaran Pengguna SCT

Dalam Bab 1 telah disenaraikan sasaran pengguna SCT ialah pelajar Unimas dan

pekerja PKMA. Tetapi cara bagi pelajar dan pekerja dalam menggunakan sistem ini tidak

diterangkan sepenuhnya. Terdapat sedikit perbezaan cara penggunaan sistem ini antara pelajar

dan pekerja.

2.3.1 Pelajar dengan SCT

Untuk meminjam tesis di PKMA, seseorang pelajar itu mestilah mempunyai

nombor identiti pelajar Unimas. Jika pelajar ingin meminjam tesis yang diingini,

mereka perlu mengisi borang yang disediakan di dalam SCT. Segala maklumat

peribadi pelajar haruslah diisi sebaik mungkin. Selepas itu, pelajar boleh ke kaunter

untuk mengambil tesis yang disediakan.

2.3.2 Pekerja dengan SCT

Pekerja menggunakan sistem ini sedikit berbeza dengan pelajar. Jika seseorang

pelajar ingin meminjam sesebuah tesis, pekerja akan menyemak senarai tesis yang

diminta. Jika tesis yang diminta sedang dipinjam oleh pelajar lain, maka sistem tidak

akan menyenaraikan tesis tersebut. Selain itu, peruntukan masa selama dua jam bagi

peminjaman tesis akan dikawal oleh pekerja melalui sistem. Jika pelajar melebihi

masa yang ditetapkan, sistem yang dikawal oleh pekerja akan mengira jumlah denda

secara automatik. Segala pertukaran di dalam pengkalan data hanya boleh dilakukan

oleh pentadbir sistem sahaja.

12

2.4 Pengenalan Kepada Perisian

Perisian yang digunakan dalam membangunkan SCT ialah Macromedia Dreamweaver

8. Perisian yang dipilih ini mempunyai keseluruhan kriteria penting yang diperlukan.

“Macromedia Dreamweaver 8 is a professional HTML editor for designing, coding,

and developing websites, web pages, and web applications. Dreamweaver is fully

customizable. You can create your own objects and commands, modify keyboard shortcuts,

and even write JavaScript code to extend Dreamweaver capabilities with new behaviors,

Property inspectors, and site reports. Dreamweaver also enables you to build dynamic

database-backed web applications using server technologies such as CFML, ASP.NET, ASP,

JSP, and PHP.” [2]

Hasil kajian yang dilakukan, perisian ini dapat memberi paparan antaramuka yang menarik.

Dengan adanya bahasa pengaturcaraan yang berorientasikan objek dalam perisian ini akan

dapat menjadikan SCT sebuah sistem yang terbaik tanpa sebarang masalah.

2.5 Kajian Literasi

Di dalam kajian literasi ini, ia akan merujuk pada pelbagai aspek. Antaranya ialah

perbandingan, mengenalpasti perkakasan dan perisian serta kelebihan dan kekurangan sistem

yang telah sedia ada. Dari kajian literasi ini, ia dapat memberi idea dalam membangunkan

SCT agar ia menjadi sistem yang terbaik tanpa sebarang masalah.

13

2.6 Kajian Sistem Sediaada

Di dalam projek ini, kajian ke atas sistem sedia ada adalah amat penting. Dari kajian

ini, ia dapat membantu untuk mengenalpasti sumber yang diperlukan ke atas sistem yang

hendak dibangunkan. Dari kajian yang dilakukan, terdapat dua sistem yang sudah sedia ada

iaitu Online Virtual Technology Library System (VTLS) dan VTLS EasyPAC. Maklumat

keseluruhan sistem tersebut boleh dilihat di bawah:

2.6.1 Online Virtual Technology Library System (VTLS)

Rajah 2.1 - Paparan Skrin Online VTLS