penggunaan unsur

20
PENGGUNAAN UNSUR – UNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN TEMPATAN (Satu Kajian Kes Di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang) Supprimaniam Nadeson Ibrahim bin Mat Saat Nadarajan Marimuthu Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru – guru pelatih KDPM ambilan Januari 2001, opsyen Kajian Tempatan tentang penggunaan unsur – unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) semasa menjalani sesi praktikum fasa 1 pada Semester IV 2002 di sekolah – sekolah. Penggunaan unsur – unsur KBKK dilakukan menerusi proses p&p Kajian Tempatan. Semua pelatih disaran untuk mengaplikasikan komponen KBKK dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam semua subjek pengkhususan di maktab. Latihan ini sebagai usaha untuk meningkatkan kemahiran di kalangan pelatih dan seterusnya membantu mereka melaksanakan unsur – unsur KBKK dalam proses p & p melalui mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengupas idea – idea awal tentang penggunaan komponen

Upload: khairunnisa-mahat

Post on 31-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bagus

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN UNSUR

PENGGUNAAN UNSUR – UNSUR KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN

KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KAJIAN

TEMPATAN

(Satu Kajian Kes Di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang)

Supprimaniam Nadeson

Ibrahim bin Mat Saat

Nadarajan Marimuthu

Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru – guru pelatih KDPM ambilan Januari 2001,

opsyen Kajian Tempatan tentang penggunaan unsur – unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK) semasa menjalani sesi praktikum fasa 1 pada Semester IV 2002 di sekolah

– sekolah. Penggunaan unsur – unsur KBKK dilakukan menerusi proses p&p Kajian Tempatan.

Semua pelatih disaran untuk mengaplikasikan komponen KBKK dalam penyediaan Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) dalam semua subjek pengkhususan di maktab. Latihan ini sebagai

usaha untuk meningkatkan kemahiran di kalangan pelatih dan seterusnya membantu mereka

melaksanakan unsur – unsur KBKK dalam proses p & p melalui mata pelajaran Kajian Tempatan

di sekolah. Kertas penyelidikan ini bertujuan untuk mengupas idea – idea awal tentang

penggunaan komponen tersebut di kalangan pelatih serta keberkesanannya dalam p & p Kajian

Tempatan. Dapatan kajian digunakan untuk membincangkan kebolehan dan kemampuan pelatih,

penggunaan KBKK dan permasalahan yang dihadapi oleh pelatih dalam menjalankan tugas p &

p mata pelajaran Kajian Tempatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan dan

penguasaan pelatih dalam bidang ini rendah. Mereka tidak dapat menggunakan unsur – unsur

KBKK secara menyeluruh semasa sesi praktikum di sekolah serta mengahadapi masalah –

masalah berkaitan dengan pelaksanaannya dala proses p & p Kajian Tempatan.

Pengenalan

Page 2: PENGGUNAAN UNSUR

Kemahiran berfikir adalah penting dalam proses meninggikan keupayaan belajar individu.

Kemahiran ini menjadi alat pengukur bagi mengawal, memandu, dan menilai kemajuan

pembelajaran diri. Dala proses pembentukan guru yang berkebolehan, kemahiran berfikir dapat

memainkan peranan penting ke arah merealisasikannya. Pihak guru perlu menguasai komponen

ini dalam usaha memelihara profesion perguruan dan memantapkan institusi latihan pendidikan

guru di negara ini.

Latar belakang

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan

komponen interaksi kuliah bagi pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

(KBKK) bagi ambilan pertama guru – guru pelatih Diploma Perguruan Malaysia 1996. KBKK

diperkenalkan mulai Semester 1 dan merupakan salah satu bidang Asas Dinamika Guru yang

diwajibkan untuk semua guru pelatih. Sebanyak 2 kredit (30 jam kuliah) diperuntukkan untuk

bidang ini. Kurikulum KBKK bertujuan untuk menerap dan melaksana unsur – unsur KBKK

dalam proses pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR).

Pada umumnya sukatan pelajaran KBKK di maktab-maktab perguruan mencakupi konsep am

KBKK, jenis-jenis kemahiran berfikir, alat-alat berfikir, proses menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan.

Di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis,Pahang para pelatih telah mendapat

pendedahan dan pengetahuan tentang komponen KBKK sejak Semester 1 pada tahun

1996.Mengikut model KBKK yang dihasilkan oleh BPG,terdapat 5 unit utama dalam rangka isi

kandungan komponen KBKK.Modul ini menjadi sumber rujukan utama bagi golongan

pensyarah untuk menyampaikan kuliah KBKK.

Pernyataan Masalah

Dalam perkembangan dunia pendidikan,golongan guru harus menguasai kemahiran

pedagogi,ilmu pengetahuan yang luas serta kemahiran profesionalisme perguruan itu

sendiri.Guru-guru pelatih KDPM diberi pendedahan dalam aspek-aspek teori pendidikan,input

kuliah dalam bidang pengkhususan serta latihan mengajar bagi memantapkan kebolehan

mereka.Dengan kesedaran ini,maka pengenalan kurikulum KBKK diharap dapat menyediakan

kumpulan guru-guru pelatih maktab yang terlatih dalam bidang KBKK.

Page 3: PENGGUNAAN UNSUR

Kajian ini meninjau sejauh mana guru pelatih di Maktab Perguruan Tengku Ampuan

Afzan,Kuala Lipis,Pahang menguasai kemahiran dan teknik untuk mengaplikasikan elemen-

elemen KBKK dalam proses p & p Kajian Tempatan di sekolah.Tinjauan awal ini cuba

mengesan penggunaan kemahiran ini di kalangan guru pelatih semasa menjalani latihan

mengajar selama enam minggu di sekolah pada sesi Semester IV 2002(Julai hingga

September).Guru-guru pelatih ini juga mendekati  masalah yang dihadapi dalam

mempelajari,memahami serta menggunakan kemahiran-kemahiran KBKK di sekolah-sekolah.

Persoalan Kajian

Fokus kajian ini tertumpu kepada penggunaan unsur-unsur KBKK dalam proses penyampaian

mata pelajaran Kajian Tempatan di bilik darjah.Kajian ini dijalankan untuk menjawab soalan-

soalan yang merangkumi aspek-aspek berikut:

         i.            Apakah persepsi guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan terhadap

pembelajaran KBKK di maktab?

       ii.            Bagaimanakah guru-guru pelatih mendalami ilmu pengetahuan tentang komponen-

komponen KBKK di maktab?

      iii.            Adakah guru-guru memahami dan menguasai konsep-konsep penting berkaitan

komponen KBKK yang telah dipelajari?

     iv.            Adakah guru-guru pelatih menggunakan kemahiran-kemahiran KBKK dalam

proses pengajaran Kajian Tempatan di bilik darjah?

       v.            Adakah para pensyarah memainkan peranan dalam cara-cara penggunaan unsur-

unsur KBKK semasa sesi bimbingan praktikum?

     vi.            Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih semasa penerapan

unsur KBKK dalam aktiviti p & p Kajian Tempatan?

Kepentingan Kajian

Kajian ini merupakan tinjauan umum yang menjadi maklum balas kepada pihak Maktab

Perguruan Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis.Maklumat yang dikumpulkan

akan digunakan bagi menilai perkembangan dan penguasaan dalam pengajaran komponen

kurikulum KBKK di maktab serta penggunaan unsur-unsur KBKK dalam proses p&p Kajian

Tempatan di sekolah.

Page 4: PENGGUNAAN UNSUR

Adalah diharapkan agar kajian ini juga dapat digunakan sebagai satu panduan oleh maktab-

maktab perguruan yang lain. Pada umumnya kajian ini berfokus kepada penerapan unsur-unsur

KBKK yang boleh digunakan oleh pihak maktab untuk menilai keupayaan para pelatih

mengembangkan kemahiran diri dalam bidang KBKK. Kajian ini menjadi satu penilaian bagi

pihak guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan khasnya dan golongan pensyarah amnya untuk

meningkatkan aplikasi kemahiran-kemahiran KBKK dalam proses p&p Kajian Tempatan.

Hasil kajian juga boleh digunakan untuk memantapkan lagi perlaksaan serta meningkatkan

keberkesanan kurikulum KBKK di maktab ini. Pelbagai masalah dalaman boleh dikenalpasti

dalam proses penggunaan unsur-unsur KBKK di kalangan guru pelatih dan langkah ini akan

melahirkan idea-idea baru yang lebih praktikal.

Akhir sekali, rumusan kajian ini diharap akan memberi satu sumbangan idea kepada Bahagian

Pendidikan Guru ke arah pencapaian objektif latihan pendidikan guru.

Batasan kajian

Kajian ini tertumpu kepada sekumpulan124 orang guru pelatih semester IV, KDPM ambilan

januari 2011 di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Kajian ini hanya

dihadkan kepada konsep umum dalam kurikulum KBKK serta penggunaan unsur-unsur dalam

proses p&p Kajian Tempatan semasa sesi praktikum di sekolah.

Tinjauan Literatur

Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan menilai kemunasabahan idea manakala

kemahiran berfikir secara kreatif pula adalah kebolehan untuk mencerna dan mengahsilkan idea-

idea asli. Menurut Beyer (1984), berfikir ialah kebolehan manusia membentuk konsep, meberi

sebab atau membuat penentuan. Mayer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir melibatkan

pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda manusia atau sistem kognitif

seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah.

Sementara itu, Edward De Bono (1976), menyatakan pemikiran sebagai satu proses

menyelesaikan masalah atau daya usaha untuk mencapai sesuatu tujuan. Dewey(1933),

mendefinisikannya sebagai perilaku menyelesaikan maslaah. Daripada aspek fosiologi, proses

berfikir secara kritris dikatakaan melibatkan hemisfera otak di sebelah kiri sementara pemikiran

Page 5: PENGGUNAAN UNSUR

kreatif melibatkan sel-sel otak kanak. Maka kedua-dua bahagian otak ini perlu digunakan secara

aktif bagi mencapai matlamat dalam proses pemikiran individu.

Metodologi kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjaun yang menggunakan statistik diskriptif dengan mengambil kira

kiraan frekuensi dan peratusan. Kajian ini dilakasanakn melalui kaedah soal selidik dan berfokus

kepada penggunaan unsur-unsur KBKK menerusi proses p&p Kajian Tempatan di sekolah. Di

samping itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti masalah-masalah dalaman yang dihadapi oleh

para pelatih dalam bidang ini.

Seterusnya kajian ini juga merumus kebolehan guru-guru pelatih opsyen kajian tempatan dalam

mengaplikasikan unsur-unsur KBKK semasa sesi praktikum Fasa 1 di sekolah.

Sampel Kajian

Seramai 124 orang guru pelatih iaitu daripada 4 unit opsyen kajian tempatan iaitu kumpulan

Matematik / Kajian Tempatan, Pengajian Tamil / Kajian Tempatan, Muzik / Kajian Tempatan

dan Sains / Kajian Tempatan. Mereka sekumpulan guru pelatih semester IV 2002 KDPM

ambilan Januari 2011, Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis dipilih sebagai

sampel kajian. Kumpulan pelatih ini telah menjalani sesi praktikum pada semester IV ( Julai

hingga September 2002 ).

Instrument kajian

Pengumpulan data bagi kajian ini didapati daripada satu set soal selidik yang diedarkan kepada

semua pelatih opsyen Kajian Tempatan. Bahagian 1 adalah tentang maklumat latar belakang

responden dan bahagian 11 adalah tentang pengetahuan isi kanduangan kurikulum KBKK dalam

proses p&p kajian tempatan. Terdapat sebanyak 25 item dalam soal selidik tersebut yang

meliputi aspek pengetahuan terhadap KBKK, kefahaman dan penggunaan unsur-unsur KBKK,

peranan pensyarah dalam penggunaan unsur-unsur KBKK dalam sesi praktikum serta masalah-

masalah yang dihadapi dalam penerapan unsur-unsur KBKK.

Page 6: PENGGUNAAN UNSUR

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

Setelah data dipungut, analisa data dijalankan berdasarkan aspek-aspek penting dan persoalan

kajian :

1.0 Latar Belakang Responden

Berdasarkan data yang telah dikumpul, jumlah responden adalah seramai 124 orang pelatih

semester 4 Sampel mengikut pecahan kaum dan jantina seperti dalam jadual 1

2.0 Analisis persepsi guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan terhadap pembelajaran

pengetahuan kurikulum isi kandungan KBKK.

Jadual 1

Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 53 42.7

Perempuan 71 57.3

Jumlah 124 100.0

Jadual 2

Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Bidang Pengkhususan

Opsyen Bilangan Peratus

Pengajian tamil /K.Tempatan 29 23.3

Matematik /K.Tempatan 28 22.6

Muzik /K.Tempatan 34 27.4

Sains /K.Tempatan 33 26.7

Jumlah 124 100.0

Page 7: PENGGUNAAN UNSUR

Dalam bahagian 1 tentang tujuan utama penerapan unsur-unsur KBKK di kalangan guru-guru

pelatih, 76.8% pelatih tidak mengetahui dan tidak memahami secara mendalam tujuan utama

penerapan unsur-unsur KBKK dalam sesi interaksi kuliah dan pembelajaran KBKK dalam kelas.

Mereka hanya menyatakan tujuan dan kepentingan komponen KBKK secara umum.

Di samping itu sebnyak77.4% pelatih tidak tahu tentang bidang atau komponen-komponen yang

wujud dalam struktur kurikulum KBKK yang telah dipelajari oleh mereka di maktab. Hanya

22.6% guru pelatih menjelaskan beberapa komponen KBKK dengan baik.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hampir 65.6% pelatih pernah membaca nota-nota

dan bahan-bahan rujukan berkaitan KBKK semasa sesi praktikum Semester VI/2002.

Maklumat yang dikumpul menggambarkan hanya kumpulan pelatih dari opsyen

Matematik/Kajian Tempatan dan Sains/Kajian Tempatan membuat rujukan berkaitan KBKK

untuk disesuaikan dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi topik-topik tertentu dalam

Kajian Tempatan.

3.0 Analisis Responden terhadap pengetahuan isi kandungan kurikulum KBKK

Jadual 3

Skor Min bagi Pengetahuan isi kandungan KBKK

Bil Elemen Pengetahuan isi kandungan KBKK Min Sisihan

Piawai

1 Mengetahui dan memahami matlamat dan objektif

isi kandungan dan komponen KBKK.

2.10 0.56

2 Mendapat input dan menguasai isi kandungan dan

komponen KBKK dengan baik.

2.13 0.62

3 Kurikulum bagi komponen KBKK mudah difahami

dan diikuti.

2.76 0.65

4 Mendapat latihan dan pendedahan yang mencukupi

tentang cara-cara penyampaian KBKK dalam kelas.

3.22 1.25

5 Menguasai konsep-konsep dan teori-teori dalam 2.52 0.64

Page 8: PENGGUNAAN UNSUR

bidang KBKK dengan baik.

6 Memahami penggunaan KBKK dalam RPH Kajian

Tempatan semasa p&p di dalam kelas.

2.84 0.69

7 Sentiasa menggunakan KBKK dalam penyampaian

tajuk-tajuk Kajian Tempatan.

2.11 0.86

8 Menggunakan banyak aktiviti dan latihan yang

menguji kebolehan berfikir murid-murid dalam p&p

Kajian Tempatan.

2.66 0.75

9 Penggunaan KBKK dalam kelas membantu murid

memahami dan menguasai KBKK dalam

pembelajaran Kajian Tempatan.

2.45 0.67

10 Membuat refleksi ke atas penggunaan KBKK dalam

proses p&p Kajian Tempatan.

3.30 0.72

Dalam Jadual 3 di atas, menunjukkan keputusan bagi pengetahuan isi kandungan kurikulum

KBKK dalam kalangan guru-guru pelatih. Pada umumnya, persepsi responden menggambarkan

min skor yang rendah bagi setiap item yang berkaitan dengan aspek pengetahuan isi kandungan

KBKK.

Analisis menunjukkan bahawa guru-guru pelatih mempunyai tahap kefahaman yang rendah ke

atas isi kandungan KBKK yang diajar di maktab (min di antara 2.10 hingga 3.30). Keadaan ini

menyebabkan guru-guru pelatih menghadapi masalah dalam mengaplikasi unsure-unsur

berkaitan KBKK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan.

4.0 Analisis Responden Ke Atas Penguasaan dan Aplikasi KBKK dalam proses p&p Kajian

Tempatan.

Jadual 4

Peratusan bagi Penguasaan dan Aplikasi KBKK dalam proses p&p Kajian Tempatan

Page 9: PENGGUNAAN UNSUR

Bil Item Kekerapan %

1 Jumlah jam interaksi Kuliah KBKK cukup

sesuai dengan pengagihan topik KBKK.

34 27.4

2 Pensyarah menggunakan pelbagai teknik dan

kaedah p&p.

37 29.8

3 Pensyarah mempunyai kemahiran dan ilmu

pengetahuan tinggi dalam bidang KBKK.

45 36.3

4 Pensyarah menunjukkan cara-cara penggunaan

unsure-unsur KBKK dalam sesi praktikum di

sekolah.

38 30.6

5 Pensyarah membuat refleksi tentang penerapan

KBKK dalam p&p Kajian Tempatan.

42 33.9

Analisis secara tinjauan yang menggunakan statistik diskriptif telah menunjukkan keputusan

Kajian seperti dalam jadual 4. Seramai 34 orang pelatih (27.4%) tidak bersetuju dengan jumlah

jam interaksi kuliah KBKK yang digunakan untuk menyampaikan kuliah dan input berkaitan

topik KBKK.

Sementara 72.6% pelatih bersetuju dengan sistem pengajian pengagihan jumlah jam interaksi

kuliah KBKK. Sejumlah 37 orang pelatih (29.8%) menyatakan golongan pensyarah

menggunakan pelbagai teknik dan kaedah p&p dalam pengajaran KBKK. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa 38 (30.6%) orang guru pelatih sahaja menyatakan para pensyarah

menunjukkan cara-cara penggunaan unsur-unsur KBKK semasa sesi praktikum di sekolah.

Seterusnya 42 responden (33.9%) menyatakan bahawa para pensyarah membuat refleksi tentang

penerapan KBKK dalam p&p Kajian Tempatan.

Perbincangan

Pada umumnya persepsi guru-guru pelatih opsyen Kajian Tempatan ke atas pembelajaran

kurikulum KBKK adalah negatif. Sejumlah besar iaitu 76.8% daripada guru pelatih menyatakan

Page 10: PENGGUNAAN UNSUR

mereka tidak tahu tujuan utama penerapan unsur-unsur KBKK dalam komponen Asas Dinamika

Guru yang diperkenalkan pada Semester 1. Keadaan ini membawa kepada ketidakjelasan dalam

kesan-kesan positif melalui pembelajaran kurikulum KBKK itu sendiri. Dalam pada itu

kebanyakan guru pelatih iaitu 77.4% tidak mengetahui bidang-bidang utama dalam isi

kandungan kurikulum KBKK yang telah dipelajari. Faktor kekurangan bahan (resos) dan

sumber-sumber rujukan serta minat pelatih ke atas bidang ini menjadi batu penghalang dalam

aspek ini.

Walaupun semua pelatih mendapat input dan pendedahan yang sama dalam bidang KBKK di

maktab tetapi penguasaan mereka adalah rendah dalam bidang ini. Dengan ini tahap pemahaman

dan pengetahuan tentang tujuan sebenar pembelajaran KBKK di kalangan pelatih masih rendah

dan samar-samar.

Sistem pengajaran dan input dalam bidang KBKK di maktab ini adalah kurang berkesan

sehingga menjejaskan pencapaian matlamat pengajaran KBKK bagi golongan pelatih. Faktor

perancangan kuliah dan kekangan masa telah mempengaruhi kesediaan pelatih mendalami

bidang ini. Penggunaan kaedah dan teknik pengajaran KBKK oleh para pensyarah menimbulkan

beberapa masalah sampingan. Para pensyarah tidak diberikan latihan dalaman yang khas dan

mencukupi dalam bidang berkaitan KBKK. Justeru itu percambahan idea pensyarah tentang

KBKK terhad sehingga menjejaskan objektif pengajaran KBKK di maktab. Seterusnya

pendedahan para pelatih kepada ilmu pengetahuan KBKK terbantut.

Berdasarkan perkembangan awal ini, penguasaan tentang konsep-konsep penting dalam struktur

KBKK di kalangan guru pelatih semakin pudar. Adalah dipercayai bahawa sebahagian besar

pelatih hanya menguasai konsep-konsep KBKK yang terhad dan bersifat teori. Ini dapat dilihat

apabila mereka hanya diberikan latihan ringkas atau mudah semasa sesi interaksi KBKK. Oleh

itu tidak berlaku pembelajaran dan pengalaman sebenar tentang KBKK dalam diri pelatih.

Lantaran ini, dapatan kajian membuktikan kurangnya penggunaan unsur-unsur KBKK dalam

penyediaan RPH Kajian Tempatan bagi tujuan p&p semasa sesi praktikum. Skor min yang

rendah (2.84) bagi pemahaman penggunaan KBKK dalam RPH Kajian Tempatan semasa p&p di

bilik darjah membuktikan keadaan tersebut. Faktor utamanya adalah latihan dan pendedahan

yang tidak berterusan di kalangan pelatih.

Page 11: PENGGUNAAN UNSUR

Dalam pada itu kami berpendapat bahawa para pelatih ini terikat dengan sistem praktikum yang

kurang memberi penekanan kepada pengajaran unsur-unsur KBKK di bilik darjah. KBKK hanya

dipraktikkan dalam keadaan tertentu dan bergantung kepada faktor-faktor seperti mana pelajaran,

topik, minat dan persediaan pelatih, kehendak guru

Pembimbing dan perana pensyarah. Walaupun ada usaha ke arah penerapan unsur – unsur

KBKK tetapi bukanlah menyeluruh

Pelaksanaan unsur – unsur KBKK dalam Kajian Tempatan amat bergantung kepada peranan

pensyarah dan guru pembimbing. Malangnya hasil dapatan menunjukkan fungsi kedua – dua

pihak ini terhad. Pensyarah sebagai fasilitator tidak dapat menunjukkan cara kepada pelatih

dengan berkesan. Mereka menghadapi masalah berkenaan bilangan dan kehendak penyeliaan

semasa praktikum yang menghalang pencapaian matlamat penerapan KBKK di bilik darjah.

Skor min yang rendah (2.11) dalam penggunaan KBKK dalam penyampaian tajuk Kajian

Tempatan semasa sesi praktikum membuktikan kegagalan para pelatih dalam penguasaan bidang

ini. Mereka mungkin menghadapi masalah tersebut keran kurangnya kebolehan dan keterampilan

diri, factor kebolehan murid – murid, ketiadaan bahan (resos) sokongan, situasi sebenar bilik

darjah serta kurangnya usaha dan minat pelatih dalam bidang ini.

Implikasi dapatan kajian

Berasaskan dapatan kajian yang dibincangkan di atas,beberapa implikasi dapat diutarakan.

i. Para pelatih menghadapi masalah memahami kehendak dan tujuan sebenar pengajaran

unsur – unsur KBKK melalui mata pelajaran Kajian Tempatan

ii. Pengetahuan komponen KBKK di kalangan pelatih opsyen Kajian Tempatan rendah dan

samar – samar

iii. Para pelatih tidak dapat menguasai konsep – konsep penting KBKK secara menyeluruh

dan tidak dapat menggunakannya dalam proses p & p Kajian Tempatan di bilik darjah

iv. Kurangnya pendedahan dan pengalaman pelatih ke atas aspek – aspek penggunaan

konsep dan alat – alat berfikir yang berkaitan untuk diterap dan diguna dalam p & p

Kajian Tempatan

Cadangan – cadangan

Page 12: PENGGUNAAN UNSUR

Cadangan – cadangan berikut dikemukakan berdasarkan dapatan kajian dan implikasinya :

i. Sturktur dan input bagi kurikulum KBKK perlu disusun dan digubal semula bagi

meningkatkan matlamat pengajaran bidang KBKK kepada para pelatih di maktab

perguruan

ii. Meningkatkan latihan dan pendedahan tentang isi kandungan dan konsep – konsep utama

KBKK kepada para pelatih

iii. Menekankan aspek kekerapan penggunaan unsur – unsur KBKK semasa sesi p & p di

maktab bagi membina pengalaman kendiri yang lebih praktikal untuk memantapkan

pengajaran bidang KBKK di bilik darjah

iv. Menyediakan satu sistem penyeliaan dan pemantauan bagi aspek penggunaan unsur –

unsur KBKK semasa sesi praktikum yang menjadi garis panduan untuk pensyarah dan

guru pembimbing

v. Merancang dan melaksanakan kursus “ in – house” yang berbentuk bengkel, latihan dan

seminar secara berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ke atas

bidang KBKK oleh pihak maktab

Kesimpulan

Penggunaan unsur – unsur KBKK dalam proses p & p mata pelajaran Kajian Tempatan

memerlukan banyak latihan dan kemahiran secara berterusan. Pengalaman dan refleksi di

kalangan pelatih opsyen Kajian Tempatan menunjukkan bahawa komponen ini harus

dimantapkan dari segi penggubalan kurikulum dan prosedur pelaksanaan di maktab serta strategi

penggunaannya dalam proses p & p Kajian Tempatan selaras dengan kebolehan dan kemahiran

guru – guru pelatih maktab perguruan. Dalam perkara ini, penggubal kurikulum dan para

pensyarah maktab bertanggungjawab untuk mencorakkan proses penerapan bidang KBKK di

kalangan pelatih maktab. Dapatan – dapatan kajian boleh digunakan sebagai landasan untuk

mengukuhkan proses penerapan dan penggunaan unsur – unsur KBKK dalam pembelajaran

Kajian Tempatan pada masa hadapan. Sesungguhnya pemantapan kurikulum dan prosedur

pelaksanaan bidang KBKK yang lebih inovatif akan menjamin keberkesanan proses p & p mata

pelajaran Kajian Tempatan.

Rujukan

Page 13: PENGGUNAAN UNSUR

Abd. Rahim Abd. Rasid. (1999) Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam:

Fajar Bakti

Ainon & Abdullah. (1995) Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Fatah Hasan. (1995) Kecemerlangan Minda. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1993) Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan. Kuala

Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Poh Swee Hiang. (1997) KBKK Kemahiran Befikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Rajendran Nagappan. Teaching of Higher Order Thinking Skills In Language Classroom:

The Need For Transformation of Teaching Practice. Thesis Doctrate

Savage, Tom V & Amstrong David G. (1992) Effective Teaching In Elementary Social

Services Studies. New York: Macmilan

Sufean Hussin. (1989) Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Petaling Jaya : Bakti