roshaizat bin abdul kadir - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak...

25
PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN- PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 4 TOPIK PANDANGAN TAMBAHAN KETINGGIAN ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR Universiti Teknologi Malaysia

Upload: ngodang

Post on 13-Jul-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN-

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

TINGKATAN 4 TOPIK PANDANGAN TAMBAHAN KETINGGIAN

ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur
Page 3: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur
Page 4: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI PENGAJARAN-

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN

TINGKATAN 4 TOPIK PANDANGAN TAMBAHAN KETINGGIAN

ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR

BP 010029

700325-10-5335

Projek Sarjana Muda Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( KEJURUTERAAN AWAM )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEB 2004

Page 5: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

ii

Page 6: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

iii

DEDIKASI

Diabadikan teristimewa …………………….……… Untuk isteriku Fadzilah Bt Hasan yang tersayang,

Teima kasih di atas iringan doa dan segala pengorbananmu selama ini, Setelah mengharungi penat lelah, pahit getir ……………

Di samping segala macam dugaan dan rintangan ……………

Serta ……………

Anak-anakku Muhammad Firdaus dan Muhammad Faiz, Maafkan ayah kerana terpaksa mengajar kalian erti pengorbanan

dalam usia yang terlalu muda ,

Namun………………

Jadikanlah kejayaan ini sebagai pendorong bagi kalian untuk menimba sebanyak-banyak ilmu bagi manfaat

agama, bangsa dan negara

Buat Emak dan Abah, Yang telah banyak berkorban

Teima kasih kerana telah melahir dan membesarkanku dengan serba kepayahan

Yang telah mnjadikan aku sebagai ‘manusia’ Didikan dan asuhanmu akan ku jadikan azimat sepanjang hayatku

Buat Abi, Emak dan adik beradik yang tercinta

Kasih sayang dan kemesraan kalian mengiringi kejayaan ini

Kepada guru-guruku, terima kasih di atas segala ilmu yang telah kau curahkan kepada ku Tanpa ilmu dari kalian tak mungkin aku akan mencapai cita-citaku.

Buat teman-teman,

Terima kasih di atas bantuan dan keakraban kalian

Semoga hidup kita semua diberkati Allah s.w.t sentiasa Amin!.

Page 7: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah

rahmatNya telah memberikan saya kekuatan dan ketabahan dalam menyempurnakan

Projek Sarjana Muda (PSM) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dengan jayanya.

Persediaan dan perancangan yang rapi amat diperlukan dalam memastikan

kejayaan projek ini kerana kejayaan tidak akan datang secara kebetulan, sebaliknya

ia perlu dicari dan diterokai. Walau bagaimanapun kejayaan ini tidak akan dapat

dicapai tanpa bimbingan, bantuan, kerjasama, sokongan, galakan dan pengorbanan

pihak-pihak tertentu. Justeru itu pembina ingin mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof.

Madya Dr. Widad bt Othman selaku penyelia yang begitu banyak membimbing

dan membantu dengan curahan idea-idea yang bernas. Ucapan terima kasih juga

ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Shariffudin yang banyak memberi

komen dan pandangan tentang perisian yang dibina. Tidak ketinggalan juga buat

rakan-rakan seperjuangan serta semua pihak samada yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung yang banyak memberi sokongan dan dorongan semasa

menyiapkan projek ini.

Akhir sekali ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat isteri tercinta

Fadzilah bt. Hasan yang telah turut sama memberikan pandangan semasa proses

menyiapkan projek ini. Kepada semua yang terlibat semoga segala jasa kalian diberi

ganjaran kebaikan. Amin.

Page 8: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

v

ABSTRAK

Di zaman teknologi maklumat ini, multimedia dan pendidikan bagaikan aur

dengan tebing yang memerlukan antara satu sama lain. Proses pendidikan yang

langsung tidak menyelitkan unsur-unsur multimedia mungkin akan menjadi hambar

dan kurang keberkesanannya terhadap pelajar. Sehubungan dengan itu, projek ini

adalah bertujuan membina sebuah perisian Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK)

bagi satu kecil di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan iaitu Pandangan

Tambahan Ketinggian. Selain daripada latihan melukis di atas kertas lukisan di

dalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman

konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur multimedia.

Perisian PBK bagi tajuk Pandangan Tambahan Ketinggian ini dibina dengan perisian

Macromedia Flash MX dan sedikit penggunaan Adobe Photoshop 6.0 bagi

mendapatkan panel menu yang lebih menarik. Dengan kemudahan yang disediakan

oleh perisian Macromedia Flash MX gabungan komponen animasi dan grafik banyak

digunakan untuk membantu pelajar dalam memahami konsep dan kaedah pembinaan

lukisan Pandangan Tambahan Ketinggian. Perisian PBK Lukisan Kejuruteraan bagi

tajuk Pandangan Tambahan Ketinggian ini akan di hasilkan dalam bentuk cakera

padat (CD) dan dipakejkan bagi tujuan kemudahannya untuk digunakan pada mana-

mana komputer walaupun hanya mempunyai perkakasan yang paling asas. Semoga

perisian PBK ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar dalam

menjalani proses pembelajaran samada di dalam kelas atau secara individu.

Page 9: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

vi

ABSTRACT

In the era of the information technology, education and multimedia are two

components that can merged together. The lack of multimedia elements in the

learning process, will make it ineffective and students will be easily bored with

learning. Therefore, the purpose of this project is to develop a multimedia software

for the sub topic Auxiliary Elevation (height method) in Engineering Drawing

subject. Although students need to develop their own drawing skills manually,

however as an alternative, this software will enrich their understanding about the

drawing concept. This software used the Macromedia Flash MX and also the Adobe

Photoshop 6.0 for interface. The incorporation of interactive animation and graphic

in the software further enable students to understand auxiliary elevation (height

method) better. This multimedia software is written in a compact disc (CD) form for

convenience. It is hoped that this multimedia software will be useful to teachers as

well as students.

Page 10: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI LAMPIRAN xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xiii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk 5

1.5 Oblektif Pembinaan Perisian 6

1.6 Kepentingan Projek 6

1.7 Skop Projek 6

1.8 Definisi Terminologi 8

1.8.1 Perisian Komputer 8

Page 11: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

viii

1.8.2 Multimedia 8

1.8.3 Pengajaran Dan Pembelajaran 8

1.8.4 Lukisan Kejuruteraan 9

1.8.5 Pandangan Tambahan 9

BAB II DARI LITERATUR 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Teori Pembelajaran 11

2.3 Proses Pembelajaran 12

2.4 Lukisan Pandangan Tambahan 13

2.4.1 Pandangan Tambahan Ketinggian 13

2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer 14

2.6 Multimedia 15

2.6.1 Elemen-elemen dalam multimedia 15

2.6.1.1 Teks 15

2.6.1.2 Grafik 16

2.6.1.3 Audio 17

2.6.1.4 Animasi 17

2.6.1.5 Video 18

2.6.1.6 Interaktiviti 18

2.7 Pendidikan Melalui Multimedia 19

2.8 Keberkesanan Multimedia Dalam Pendidikan 20

2.9 Proses Membina Multimedia Pendidikan 21

2.9.1 Model Berorientasi Bilik Darjah 21

2.10 Reka Bentuk Visual 23

2.10.1 Paparan Skrin 23

2.10.2 Perwakilan Maklumat 24

2.10.3 Perwakilan Arahan 24

2.11 Kelebihan Multimedia Dalam Pembelajaran 25

Page 12: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

ix

BAB III REKABENTUK PERISIAN 27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Am 27

3.2.1 Struktur Perisian 28

3.2.2 Teks 28

3.2.3 Warna 29

3.3 Alat Pengarangan 29

3.4 Perkakasan 30

3.5 Carta Alir Perisian Pandangan Tambahan

Ketinggian 31

3.5.1 Carta Alir Pengenalan 32

3.5.2 Carta Alir Binaan 33

3.5.3 Carta Alir Aplikasi 34

3.5.4 Carta Alir Latihan 35

3.5.5 Carta Alir Bantuan 36

3.5.6 Carta Alir Keluar 37

BAB IV PERISIAN MULTIMEDIA PANDANGAN

TAMBAHAN KETINGGIAN 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Kaedah Penggunaan Perisian 38

4.3 Kandungan Perisian 39

4.3.1 Menu Utama 39

4.3.2 Pengenalan 41

4.3.3 Binaan 42

4.3.4 Aplikasi 44

4.3.5 Latihan 46

4.3.6 Bantuan 47

4.3.7 Keluar 48

4.3.8 Komponen Perisian 48

Page 13: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

x

4.3.8.1 Teks 49

4.3.8.2 Grafik 49

4.3.8.3 Audio 49

4.3.8.4 Animasi 50

4.4 Penilaian Perisian 50

4.4.1 Hasil Penilaian Perisian 51

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 54

5.3 Rumusan 55

5.4 Cadangan Lanjutan Pembinaan 57

5.5 Cadangan Am 57

5.6 Cadangan Susulan 58

BIBLIOGRAFI 59

LAMPIRAN

- Borang Penilaian Perisian

Page 14: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

1. Borang Penilaian Perisian -

Page 15: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

xii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir perisian Pandangan Tambahan

Ketinggian 31

3.2 Carta alir Pengenalan 32

3.3 Carta alir Binaan 33

3.4 Carta alir Aplikasi 34

3.5 Carta alir Latihan 35

3.6 Carta alir Bantuan 36

3.7 Carta alir Keluar 37

4.1 Paparan skrin Montaj 39

4.1a Paparan skrin Menu Utama 40

4.2a Paparan permulaan skrin Pengenalan 41

4.2b Paparan skrin Pengenalan 41

4.3a Paparan permulaan skrin Binaan 42

4.3b Paparan skrin Binaan 43

4.4a Paparan permulaan skrin Aplikasi 44

4.4b Paparan skrin Aplikasi 45

4.5a Paparan permulaan skrin Latihan 46

4.5b Paparan skrin Latihan 46

4.6 Paparan skrin Bantuan 47

4.7 Paparan skrin Keluar 48

Page 16: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

xiii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Pengalaman penilai 51

4.2 Penilaian Reka Bentuk Informasi 52

4.3 Penilaian Reka Bentuk Persembahan 52

4.4 Pendapat penilai 53

Page 17: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Secara umumnya, apabila membicarakan tentang pendidikan akan

tergambarkan tentang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam

kelas di antara guru dan anak-anak didiknya. Untuk memastikan kuantiti dan kualiti

penerimaan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran tidak terlalu jauh jurang

peratusannya, penumpuan terhadap apa yang cuba disampaikan oleh guru di dalam

kelas adalah sangat penting. Penumpuan dan perhatian di dalam kelas hanya akan

meningkat sekiranya pelajar-pelajar mempunyai minat terhadap sesuatu mata

pelajaran itu. Minat seseorang pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran boleh dibina

dan dipupuk dengan merangsang penglibatan pelajar-pelajar dan mengaplikasikan

sesuatu yang baru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara tradisional

adalah aktiviti di dalam kelas yang berpusatkan guru. Pelajar akan hanya mendengar

dan cuba memahami serta menyerap isi pengajaran yang cuba disampaikan.

Keadaan seperti ini akan menyebabkan pelajar-pelajar yang lemah akan terus pasif

dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Oleh sebab itu, pembaharuan dan

pengubahsuaian di dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu

difikirkan bagi meningkatkan motivasi pelajar dan menarik perhatian mereka agar

Page 18: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

2

dapat mengambil bahagian di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan.

Di zaman yang serba moden dan canggih ini, pelajar-pelajar telah banyak

terdedah dengan teknologi-teknologi yang terkini samada di rumah atau di

persekitaran luar. Ini adalah merupakan satu cabaran yang perlu dilihat secara

rasional dan cara-cara untuk mengatasinya perlu difikirkan dengan serius. Dalam

membangkit minat dan membangunkan motivasi pelajar bagi satu satu mata

pelajaran di dalam kelas, suasana yang dialami perlulah lebih baik atau

menyeronokkan berbanding dengan apa yang mereka alami di luar. Media-media

yang sesuai perlu digunakan dalam membantu menimbulkan suasana ini dan

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

Selain dari menjadikan sesuatu pengajaran itu berkesan, penggunaan

multimedia juga merupakan satu pendekatan untuk menyediakan pelajar-pelajar agar

menjadi warga yang celik IT dan mewujudkan generasi yang sentiasa kreatif dan

inovatif serta mampu menghadapi cabaran globalisasi. Ini adalah bertepatan dengan

Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan ke arah melahirkan rakyat

Malaysia yang bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kebahagiaan

pada tahap yang lebih tinggi serta boleh menyumbang kepada keharmonian dan

kemajuan keluarga, masyarakat dan negara.

Usaha yang berterusan dalam melahirkan generasi yang celik maklumat perlu

mendapat sokongan dari semua pihak dan ianya perlu disegerakan mulai sekarang.

Ini adalah bagi menyediakan generasi akan datang yang dapat merialisasikan

Wawasan 2020 dan menyahut cabarannya yang ke 6 iaitu memberi penekanan

terhadap sains dan teknologi untuk membolehkan Malaysia menjadi negara

perindustrian baru menjelang tahun 2020. Oleh itu pengetahuan mengenai komputer

adalah menjadi satu kemestian untuk membolehkan negara bergerak kehadapan.

Menurut Yusuf Al-Qardawi (1985), jika masyarakat hendak melihat generasi

yang bakal terbentuk pada masa hadapan, lihatlah generasi pada masa sekarang.

Page 19: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Bidang pendidikan adalah satu bidang yang dinamik. Perubahannya terlalu

pantas dan ia sepatutnya seiring dengan arus perkembangan sains dan teknologi yang

semakin pesat. Pengaplikasian teknologi-teknologi baru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran akan memberikan kesan yang positif dan dalam masa yang sama

dapat meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Bagi memastikan pendidikan di

dalam kelas terus relevan dalam dunia IT ( teknologi maklumat ) hari ini,

penggunaan komputer sebagai mana yang telah lama dipraktikkan oleh negara-

negara maju patut dilaksanakan.

Pengajaran dan pembelajaran secara tradisional yang bercorak sehala akan

mudah menimbulkan rasa bosan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran itu.

Kebosanan yang timbul pada diri pelajar itu akan menyebabkan penumpuan mereka

tidak sepenuhnya terhadap pengajaran yang sedang berjalan. Jika ini berlaku,

kehadiran mereka di dalam kelas akan dirasakan sia-sia dan ini akan mewujudkan

masalah-masalah disiplin yang lain. Menurut Mohamed Yunus Mohamed Noor

(1994), kebanyakan cara guru mengajar menimbulkan rasa kebosanan dan kurang

merangsangkan. Maka akibatnya pelajar akan kurang berpengetahuan dan sering

menimbulkan masalah kepada pelajar lain.

Menurut Ee Ah Meng (1996), guru-guru akan dapat menimbulkan minat

pelajar-pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan jika pengajaran mereka

menggunakan pelbagai ransangan seperti nada suara yang berubah-ubah, carta yang

menarik, pita rakaman, video dan permainan. Melalui aktiviti ini guru akan dapat

menimbulkan dan mengekalkan minat pelajar-pelajar terhadap pengajarannya. Guru

juga seharusnya pandai mengaitkan pelajaran dengan minat, perasaan ingin tahu dan

ingin meneroka pada pelajar. Para pelajar yang telah dimotivasi oleh guru biasanya

lebih berminat dan akan mempercepatkan pembinaan konsep dan seterusnya akan

membantu pencapaian objektif pembelajaran. Keadaan ini pastinya akan

mengekalkan minat pelajar serta memberi kesediaan kepada mereka untuk terus

belajar.

Page 20: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

4

Di dalam Lukisan Kejuruteraan bagi tajuk pandangan tambahan ketinggian,

kebanyakan pelajar sukar untuk memahami konsep dan langkah-langkah

pembinaannya apabila diterangkan di dalam kelas. Daya imaginasi yang baik sangat

diperlukan untuk memastikan konsep dan langkah-langkah pembinaannya dapat

diikuti. Pengajaran yang dijalankan secara lazim agak sukar untuk memberikan

kefahaman kepada pelajar. Keadaan ini ditakuti akan menimbulkan kebosanan

pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.

Oleh itu, penggunaan multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas adalah satu alternatif yang boleh digunakan bagi memperbaiki corak

pembelajaran yang lazim. Oleh itu, pembinaan perisian-perisian multimedia yang

berkaitan dengan pendidikan dan mengkhusus pada satu-satu tajuk haruslah

diperbanyakkan lagi supaya kesukaran bagi mendapatkannya bukanlah menjadi satu

kekangan yang boleh membantutkan proses pengajaran yang telah dirancang.

1.3 Pernyataan Masalah

Kekurangan atau ketiadaan perisian multimedia yang dibina sendiri oleh

guru-guru yang telah lama terlibat dalam mengajar mata pelajaran tertentu mungkin

menyebabkan sesuatu perisian yang terdapat di pasaran kini tidak menepati dengan

kesesuaian dan keperluan yang sepatutnya. Menurut kajian oleh Rio Sumarni

Shariffudin (1996), kesanggupan guru untuk membina perisian adalah tidak

menggalakkan. Ini mungkin menjadi salah satu faktor punca kekurangan perisian

tempatan.

Pendekatan pedagogi dan psikologi mungkin kurang di beri penekanan dalam

penyusunan idea-idea di dalam perisian tersebut. Selain dari itu, ianya mungkin

tidak menepati sukatan yang ditetapkan atau mungkin juga ia tidak dapat memberi

penekanan yang lebih terhadap bahagian-bahagian yang dirasakan sukar untuk

difahami oleh pelajar. Perkara ini mungkin dapat diatasi jika sesebuah perisian itu

Page 21: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

5

dibina oleh mereka yang paling rapat dengan pelajar di dalam kelas dan mereka yang

telah faham dengan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar.

Oleh itu, projek ini akan cuba mengaplikasikan satu perisian yang dibina

secara multimedia dalam usaha bagi menambah kebolehdapatan perisian multimedia

tempatan. Perisian ini dibina bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4

dan di bawah tajuk Pandangan Tambahan (kaedah ketinggian). Ia dapat menjadi satu

alternatif kepada guru dalam memberi kefahaman kepada pelajar tentang konsep

dalam tajuk tersebut dan semoga ianya dapat menarik minat pelajar dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.4 Rasional Pemilihan Tajuk

Dalam bidang kejuruteraan awam, Lukisan Pandangan Tambahan

(ketinggian) adalah satu sub tajuk di bawah tajuk Pandangan Bantuan dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kepentingan tajuk ini adalah bagi menerangkan

beberapa bentuk pandangan yang akan terhasil apabila sesuatu objek atau bungkah

dilihat dari arah yang berbeza selain dari pandangan dalam unjuran ortografik.

Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran yang jelas mengenai sesuatu objek

atau bungkah terutamanya yang mempunyai bentuk yang tidak sekata.

Bagi memahamkan pelajar tentang konsep dan bentuk-bentuk yang akan

terhasil apabila objek digerakkan atau arah pandangan di ubah, tentulah agak sukar

jika penerangan hanya dibuat secara lisan atau dengan melukis di papan hitam.

Oleh itu, tajuk Lukisan Bantuan, Pandangan Tambahan (ketinggian) yang

diambil dari sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4 ini dipilih untuk

membantu guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas dan ianya juga diharap menjadi asas dalam pembinaan perisian-perisian

multimedia lain dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Page 22: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

6

1.5 Objektif Pembinaan Perisian

Objektif membina perisian ini adalah untuk:

i. Merekabentuk perisian mengikut sukatan mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan 4 bagi tajuk Pandangan Tambahan Ketinggian.

ii. Menghasilkan satu perisian multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran

di dalam kelas atau secara individu oleh pelajar.

iii. Menilai keberkesanan perisian multimedia yang dibina.

1.6 Kepentingan Projek

Antara kepentingan projek ini adalah:

i. Menjadi asas atau panduan bagi membina perisian-perisian multimedia

yang lain.

ii. Boleh menjadi bahan bagi tujuan pengujian keberkesanan penggunaan

aplikasi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

iii. Sebagai satu usaha untuk menambah kebolehdapatan perisian multimedia

tempatan yang berunsurkan pendidikan.

1.7 Skop Projek

Perisian yang dibina ini adalah berdasarkan kepada tajuk “ Lukisan

Pandangan Tambahan Kaedah Ketinggian yang terkandung di dalam sukatan

pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan 4. Selain dari Sekolah-sekolah Menengah Teknik, pada

masa kini mata pelajaran ini juga telah ditawarkan di sekolah-sekolah menengah

harian biasa untuk pelajar-pelajar tingkatan 4.

Page 23: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

7

Isi kandungan perisian ini adalah meliputi penerangan tentang konsep

pandangan, kaedah mengunjur atau mengambil ukuran yang penting dan kaedah

pembinaan sesuatu objek tersebut dalam arah pandangan yang berbeza.

Oleh kerana ianya hanya mula ditawarkan bagi pelajar-pelajar tingkatan 4,

maka mata pelajaran ini merupakan satu mata pelajaran yang baru bagi pelajar-

pelajar tersebut. Skop projek ini tertumpu kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 supaya

ianya dapat merangsang minat pelajar dan memberikan satu gambaran yang jelas

tentang tajuk yang dipelajari ini. Semoga dengan kefahaman yang mendalam di

dalam tajuk ini pelajar-pelajar akan lebih mudah memahami tajuk-tajuk yang akan

datang terutamanya apabila mereka berada di tingkatan 5.

Page 24: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

8

1.8 Definasi Terminologi.

Berikut disenaraikan beberapa istilah yang digunakan dan tafsiran istilah

mengikut kajian ini.

1.8.1 Perisian Komputer

Kamus Dewan (1996) memberikan definasi terhadap perisian komputer

sebagai suatu program atau aturcara komputer yang dapat digunakan dengan sistem

komputer tertentu.

Perisian komputer dalam konteks perbincangan ini adalah segala bentuk

aturcara atau program komputer yang direkabentuk untuk kegunaan guru-guru atau

pelajar dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

1.8.2 Multimedia

Menurut Waterworth (1992), multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik,

animasi, teks, suara, video dan grafik yang dihasilkan berasaskan komputer.

Dalam projek pembinaan perisian ini, elemen-elemen yang digunakan ialah

bunyi, muzik, animasi, teks dan grafik.

1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Mok (1992), pengajaran didefinisikan sebagai satu proses

komunikasi, sains dan seni. Manakala pembelajaran pula sebagai perubahan tingkah

laku.

Dalam konteks projek ini pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu

proses dan strategi yang dapat memperlihatkan ciri-ciri pendidikan yang terkini

dalam penggunaan komputer di dalam bilik darjah.

Page 25: ROSHAIZAT BIN ABDUL KADIR - fp.utm.my filedalam kelas, mata pelajaran yang memerlukan banyak imaginasi dan pemahaman konsep ini sangat sesuai dibantu dengan penggunaan unsur-unsur

9

1.8.4 Lukisan Kejuruteraan (LK).

Lukisan Kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk

menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas. Mempunyai konvensyen,

simbol, dan kepiawaian tersendiri untuk memupuk penafsiran yang seragam. Mata

pelajaran ini memerlukan kerja yang bersih dan tepat, dan nilai-nilai itu harus

sentiasa dipupuk serta diberi penekanan oleh setiap pelajar (Kementerian Pendidikan

Malaysia).

1.8.5 Pandangan Tambahan.

Pandangan Tambahan adalah lanjutan konsep pandangan ortografik. Ia

adalah satu tajuk di bawah tajuk utama Pandangan Bantuan di dalam mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Tingkatan 4.