penggunaan sumber matematik tersebut matematik resos

Upload: muhamad-khairi-abdul-rahman

Post on 06-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

cvb

TRANSCRIPT

iv ) Penggunaan Sumber Matematik (Rancangan Aktiviti Pembelajaran).

Sumber yang telah dikenalpasti oleh kumpulan kami ialah makmal matematik. Makmal matematik atau lebih tepat lagi bilik sumber matematik yang terdapat di sekolah ini adalah sebuah kelas yang telah dikosongkan. Makmal ini berkeluasan seluas 3 Bay iaitu menyamai keluasan sebuah kelas arus perdana biasa. Terletak di Blok B banggunan lama sekolah ini. Pada asalnya ianya adalah sebuah bilik yang dikhaskan untuk menyimpan ABM semua matapelajaran. Menyedari betapa pentingnya cara penyimpanan ABM, kaedah pengurusan ABM, penggunaan ABM di tahap maksimum, dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ABM tertentu, lalu pihak panitia telah memohon kebenaran pihak sekolah untuk mengubahsuai bilik tersebut menjadi mini makmal matematik.

pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat di makmal matematik ini. Aktiviti-aktiviti yang memerlukan para guru menjalankan beberapa kajian penerokaan tentang hasil pembelajaran boleh diaplikasikan di sini. Ianya dapat membantu memudahkan pemahaman murid tentang sesuatu teori atau kaedah penyelesaian masalah.

Untuk menjawab soalan bahagian iv ini, kami telah merancangkan satu aktiviti yang sesuai dijalankan di dalam makmal matematik ini. Sebagaimana yang diketahui, dalam matapelajaran matematik, terdapat pelbagai sukatan pelajaran yang memerlukan guru menunjukkan kepada pelajar tentang ukuran dan sukatan. Untuk tajuk 1, kami memilih tajuk ukuran panjang.

Murid dibahagikan kepada 6 buah kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 4 orang murid. Setiap kumpulan akan dibahagikan mengikut meja amali masing-masing. Meja amali ini mampu memuatkan sehinggga 4 hingga 5 orang murid dalam satu satu masa. Guru menunjukkan terlebih dahulu beberapa alatan ukuran panjang yang biasa digunakan untuk sistem SI. Penggunaan pembaris dan pita ukur ditunjukkan oleh guru. 5 objek yang boleh disukat panjangnya di berikan. Ada diantara kumpulan-kumpulan ini diberikan objek yang berbeza dari segi bentuk dan saiznya.

Guru membuat demonstrasi kepada murid tentang cara yang betul untuk mengukur panjang. Murid kemudian diberi masa 5 10 minit untuk mendapatkan alat dan objek untuk diukur. Murid memilih sendiri onjek yang hendak diukur. Selepas masa tamat, setiap kumpulan akan tampil membentangkan hasil kajian mereka dihadapan kelas. Guru akhirnya membuat rumusan.

Untuk satu lagi topik, kami memilih untuk menggunakan topik bentuk 3-dimensi. Antara bentuk 3-D untuk sukatan tahun 6 yang diajar ialah kubus, kuboid, silinder, pyramid. Untuk aktiviti ini, murid dibahagikan kepada 4 buah kumpulan kecil. Untuk aktiviti ini, guru hanya memberikan contoh bentuk yang telah siap. Murid dibekalkan dengan kad manila, gunting, pembaris dan gam. Murid diberikan masa 20-30 minit untuk menyiapkan sendiri bentuk yang telah diundi. Selepas masa tamat, setiap kumpulan akan keluar kehadapan dan membentangkannya kepada kelas. Guru membuat ulasan. Andainya keputusan yang diperolehi dari setiap kumpulan tidak memuaskan, guru akan melakukan semula bongkah tersebut. Murid pada kali ini akan bertindak sebagai pemerhati dan pencatat. Selepas itu. Murid diberikan peluang sekali lagi untuk mencuba.

Untuk teknik-teknik pengajaran seperti ini memang memerlukan ruang, bahan dan keselesaan untuk melakukan aktiviti amali ini. Makmal matematik yang tersimpan pelbagai bahan dan alatan membantu guru dan murid untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang optimum.