pengetahuan pengetua dalam aspek perundangan sekolah
TRANSCRIPT
PENGETAHUAN PENGETUA DALAM ASPEK
PERUNDANGAN SEKOLAH
Para pendidik, pengetua, guru besar dan pegawai perkhidmatan pelajaran sentiasa
terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan dan
undang-undang pelajaran. Ini adalah kerana mereka tidak faham atau tidak tahu tentang
adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan. Kadang-kadang mereka
terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan undang-undang
pendidikan. Pentadbir pendidikan di sekolah khasnya pengetua/guru besar tidak peka
tentang peraturan-peraturan yang sedia ada dan tidak mengambil tindakan yang
sepatutnya ke atas kakitangan atau pelajar-pelajar. Pengetahuan pengetua/guru besar yang
terbatas dalam aspek perundangan pendidikan dikenal pasti sebagai punca yang
menyebabkan sekolah sering didakwa oleh ibu bapa. Oleh itu, Tie Fatt Hee (2002)
menyebut mentaliti sedia mengambil tindakan mahkamah ke ats guru-guru mahupun
pentadbir sekolah adalah suatu unsur yang sudah meresap masuk ke dalam bidang
pendidikan di Malaysia.
Dalam tugasan ini, beberapa aspek yang dikaji oleh Gordon H.R.D berkaitan
pengetahuan pengetua tentang perundangan di sekolah akan dibincangkan. Aspek-aspek
ini merangkumi 10 daripada 40 soalan kajian berkaitan pengetahuan pengetua yang
mempunyai kekerapan paling tinggi untuk dijawab dengan tepat oleh pengetua.
i. Adakah penting kebolehan untuk membezakan penyalahgunaan kuasa dengan
kecuaian?
5
Salah guna kuasa seperti mendapatkan bekalan daripada pembekal barangan
tertentu di mana pengetua mempunyai kepentingan peribadi, menggunakan
premis sekolah untuk tujuan kelas tambahan berbayar dan menggunakan
kemudahan/alatan sekolah untuk tujuan peribadi merupakan salah guna kuasa
yang sering berlaku di sekolah. Kecuaian pula lebih menjurus kepada
kegagalan pengetua untuk bertindak sebagaimana yang dikehendaki mengikut
garis panduan yang ditetapkan. Contohnya kecuaian pengetua dalam
memastikan keselamatan pelajar di sekolah sehingga berlakunya kecederaan
terhadap pelajar, kecuaian pengetua mengambil tindakan terhadap guru yang
tidak hadir bertugas tanpa kebenaran dan kecuaian dalam pembayaran gaji
kakitangan sehingga membawa kepada kerugian di pihak kerajaan. Implikasi
perundangan berbeza yang bakal dihadapi oleh pengetua jika disabit
kesalahan penyalahgunaan kuasa atau kecuaian perlu dihayati sepenuhnya
oleh pengetua bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan.
ii. Adakah pengadu yang membuat aduan dilindungi oleh undang-undang?
Dalam konteks pendidikan di Malaysia perkara ini tidak begitu jelas
dipraktikkan kerana masyarakat pada umumnya tidak mahu terlibat ataupun
takut untuk melibatkan diri dengan perkara-perkara yang membawa kepada
tindakan undang-undang. Namun begitu sebagai pengetua, perkara ini perlu
diberikan perhatian agar tindakan-tindakan yang bertentangan dengan
peraturan mahupun undang-undang dapat diperbetulkan. Seterusnya ini akan
membawa kepada wujudnya suasana yang kondusif di sekolah bagi mendidik
pelajar-pelajar menjadi insan yang berguna.
6
iii. Bolehkah faktor jantina menjadi asas dalam pemilihan kaunselor di sekolah?
Walaupun ‘gender bias’ merupakan agenda yang sering diperjuangkan oleh
pertubuhan-pertubuhan wanita seperti ‘Sister Of Islam’ namun dalam bidang
pendidikan di negara kita perkara ini tidak menampakkan kewujudan ‘bias’
yang ketara. Malah dalam pemilihan pemohon untuk menjawat jawatan guru,
peluang untuk wanita terpilih dalam profesion ini adalah tinggi sehingga
wujudnya kekurangan guru-guru lelaki di sekolah-sekolah tertentu. Bagi
pemilihan kaunselor sekolah pula, di Malaysia perkara ini bergantung kepada
pemilihan kursus yang dibuat oleh guru-guru semasa mengikuti latihan
perguruan. Jadi tidak wujud ‘gender bias’ dalam pemilihan kaunselor di
sekolah.
iv. Bolehkah sekolah menolak untuk menerima semula guru-guru yang disiasat
untuk sesuatu kesalahan ?
Sebenarnya isu penerimaan semula guru-guru yang disiasat mengenai sesuatu
kesalahan tidak timbul dalam kontek pendidikan di Malaysia. Pengetua tidak
mempunyai kuasa untuk menolak kemasukan seseorang guru di sesebuah
sekolah kerana bidang kuasa pengetua terbatas dalam kawasan sekolah sahaja.
Arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang lebih tinggi seperti arahan
pertukaran guru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri perlu
dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya. Kegagalan mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh pihak yang lebih tinggi akan membawa kepada dakwaan
ingkar perintah terhadap pengetua.
7
v. Bolehkah pihak sekolah menghalang hak guru-guru untuk menyiarkan
pandangan mereka ?
Hak guru-guru untuk menyiarkan pandangan mereka khususnya dalam bidang
penerbitan memerlukan kebenaran daripada kementerian/jabatan pelajaran.
Walaubagaimanapun bagi penerbitan yang berbaur isu-isu sensitif yang
bertentangan dengan dasar kerajaan seperti isu perkauman, politik, hasutan
dan lainnya adalah dilarang sama sekali. Malah penerbitan yang sebegini
boleh menyebabkan guru-guru berkenaan diambil tindakan oleh pihak
bertanggungjawab. Pengetua tidak dapat menghalang hak guru-guru
menerbitkan penerbitan yang bertentangan dengan dasar kerajaan tetapi
peranan pengetua melaporkan kejadian-kejadian sebegini akan dapat
memelihara martabat bidang perguruan.
vi. Jika ibu bapa mempunyai bantahan dari segi keagamaan terhadap sekolah,
bolehkah mereka mengelak daripada menghantar anak-anak mereka ke
sekolah ?
Pendidikan rendah di Malaysia wajib diberikan kepada kanak-kanak yang
telah mencapai umur genap enam tahun pada 1 Januari. Justeru itu adalah
menjadi tanggungjawab ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah apabila
mencapai umur tersebut. Kegagalan ibu bapa mematuhi akta yang
diperuntukkan ini akan membawa kepada hukuman denda tidak melebihi
RM 5 000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jadi di sini jelas sekali bahawa walaupun wujudnya bantahan daripada ibu
8
bapa terhadap sekolah dalam apa jua perkara namun tanggungjawab
menghantar anak ke sekolah rendah tidak akan terlepas.
vii. Bolehkah sekolah meminta pelajar melibatkan diri dalam khidmat
masyarakat?
Pihak sekolah melalui pengetua boleh meminta pelajar untuk melibatkan diri
dengan program khidmat masyarakat. Walaubagaimanapun pengetua perlulah
mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa terlebih dahulu untuk melibatkan
anak-anak mereka dalam sesuatu program yang ingin dijalankan khususnya
bagi aktiviti yang dijalankan diluar kawasan sekolah. Di samping itu pengetua
hendaklah memastikan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalankan
sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kegagalan pengetua melaksanakan
tanggungjawab mengenai keselamatan ini boleh mengakibatkan dakwaan
kecuaian dikenakan terhadapnya jika berlaku kecederaan atau kematian
terhadap pelajar.
viii. Bolehkah guru atau pelajar dianggap sebagai kakitangan awam ?
Guru memang merupakan kakitang awam yang dibayar gaji serta mempunyai
hak dan keistimewaan tertentu untuk menjalankan tugas yang diamanahkan
kepada mereka. Walaupun pelajar bukanlah kakitangan awam secara langsung
namun hak serta keistimewaan yang diperuntukkan kepada mereka
menjadikan mereka sebahagian daripada entiti dalam sistem pendidikan kita.
Oleh itu kewujudan mereka dalam sistem ini perlu diberikan perhatian oleh
pengetua agar hak serta keistimewaan mereka sentiasa dijaga.
9
ix. Adakah penerbitan itu dikritik jika ia mengandungi unsur-unsur yang
bertentangan dengan nilai masyarakat?
Penerbitan yang mengandungi unsur-unsur lucah, bahasa kesat dan lainnya
memanglah dikritik malah dalam keadaan tertentu perlu diharamkan. Dalam
kontek ini pengetua hendaklah memastikan penerbitan di sekolah seperti
buletin atau majalah sekolah tidak mempunyai unsur-unsur yang bertentangan
dengan nilai masyarakat. Kepekaan pengetua memantau penerbitan yang
dikeluarkan oleh pihak sekolah akan menghindarkan guru mahupun pelajar
menyiarkan bahan-bahan yang terlarang di dalam penulisan mereka.
x. Bolehkah golongan minoriti disingkirkan apabila penurunan dalam keperluan
berlaku ?
Penyingkiran golongan minoriti daripada sesebuah organisasi/sekolah adalah
tidak sah dari segi undang-undang. Sebenarnya pengetua tidak mempunyai
kuasa untuk menyingkirkan kakitangan di sekolah sebaliknya pengetua boleh
melaporkan kepada Lembaga Tatatertib jika kakitangan melakukan kesalahan.
Walaubagaimanapun pengetua mempunyai hak untuk menyingkirkan pelajar
daripada bersekolah di sekolah berkenaan jika pelajar melakukan kesalahan
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran
(Disiplin) Sekolah 1959. Namun begitu tidak wujud peruntukan yang
membolehkan pengetua menyingkirkan kakitangan atau pelajar berkaitan
golongan minoriti.
Sebagai kesimpulan daripada kajian oleh Gordon ini dapat dinyatakan bahawa
pengetua serta semua guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan perundangn
10
pendidikan bagi berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan semua warga sekolah
khusunya kes-kes disiplin pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri
dan pihak sekolah sendiri perlu mengadakan kursus-kursus untuk mendedahkan guru-
guru dengan aspek perundangan dalam pendidikan bagi mengelak daripada risiko
dikenakan tindakan mahkamah.
Rujukan:
1. Gordon,H.R.D (1997). Comparison Of The Legal Knowledge Of Secondary
Vocasional And Non-Vocasonal School Principlals. Chicago.
2. ___________ (2002). Akta Pendidikan 1996 (hingga 25 hb Jun 2007). Petaling
Jaya: International Law Book Services.
3. __________ (1991). Contoh Kes-Kes Tatatertib. Kuala Lumpur: Jabatan
Perkhidmatan Awam.
4. Mohd. Ismail Othman (2006). Undang-Undang Untuk Pengetua & Guru Besar.
Kuala Lumpur:PTS Professional.
5. Tie Fatt Hee (2002). Undang-Undang Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
11