bh pilih l9 18 emel kegiatan dbp di sana sini akademi ... · dalam penulisan cerpen’ men ......

1
BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 Halaman Sembilan KEGIATAN DBP DI SANA SINI Oleh Rusdi Abd. Rahman ”K ita mesti berani meng- hantar karya ke pener- bitan yang besar dan media arus perdana.” Demikianlah pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh Mohd Kasim Mahmud dalam program Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 6/06 anjuran DBP Wilayah Selatan pada 4 November 2006 bertempat di Balai Seminar, DBP Wilayah Selatan. Dalam kertas kerja beliau yang berjudul ‘Mengutip dan Menitip Bara dan Mutiara Pengalaman dalam Penulisan Cerpen’ men- jelaskan bahawa, “pada peringkat” awal pelibatannya dalam dunia penulisan, beliau hanya meng- hantar karya ke penerbitan kecil sahaja. Karya puisinya yang perta- ma diterbitkan pada tahun 1979 dan hanya menerima bayaran RM15 manakala karya cerpen beliau yang pertama berjudul ‘Protes’ ter- siar dalam akhbar Berita Minggu pada Januari 1992. Sejak tersiarnya karya tersebut, beliau mula meng- hantar karya ke penerbitan yang besar termasuklah ke majalah terbitan DBP. Sehingga kini, seba- nyak 57 buah cerpen beliau per- nah tersiar dalam akhbar harian utama dan majalah seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat serta majalah lain. Dua antologi cerpen beliau, iaitu Suara (2003) dan Simpang (2006) telah diterbitkan oleh DBP Wilayah Selatan.” Menurut beliau, tema serta mesej dalam cerpen beliau, sebahagian- nya berkisar tentang perasaan kecewa dan tidak puas hati ten- tang perkara yang dilihat, dibaca dan dirasainya dalam kehidupan seharian. Hal ini terungkap dalam cerpen beliau seperti ‘Protes’, ‘Dendam Tanah, Air dan Angin’ dan ‘Episod Lain Sidang Rio’ serta banyak lagi. Beliau juga turut menulis cerpen bertemakan unsur lucu antaranya ‘Raya Oh Raya’, ‘Mek Masuk Pertandingan Ratu Cantik’ dan ‘Culas’. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kasim merupa- kan anak jati Kota Tinggi, Johor yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan sastera. Beliau banyak menghasilkan karya sastera yang mencakupi genre cerpen, puisi dan novel, namun cerpen beliau lebih banyak mendapat pengikti- rafan. Antara hadiah utama yang pernah diterimanya ialah Hadiah Ketiga Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia 2000 yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM25 000, Hadiah Sagu Hati Sayembara Cerpen Perpaduan Kaum 1995, Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002, dan Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 dan 2005. Beliau juga pernah meraih hadiah penulisan untuk karya puisi dan novel pada peringkat negeri dan kebangsaan. Program yang dipengerusikan oleh penulis prolifik, Nisah Haron ini bukan sahaja memberikan panduan penulisan malahan mem- berikan motivasi kepada khalayak dalam penghasilan karya sastera. Ceritera Bersama-sama Mohd Kasim Mahmud BH PILIH L9 18 emel DBP SETENGAH ABAD Oleh Rokiah Nordin “E ditor perlu benar-benar memahami aspek hak cipta semasa men- jalankan aktiviti perniagaan dan menghormati hak cipta tersebut.” Demikian intipati yang diberi perhatian oleh editor dalam Seminar Isu-isu Hak Cipta dalam Penerbitan Buku di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 12 September lalu. Seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) itu me- nyarankan agar “kakitangan syarikat penerbitan buku khu- susnya pengurus, penulis, edi- tor, pereka bentuk dan ilustrator mempunyai pengetahuan yang luas tentang aspek perundangan dan hak cipta buku-buku yang diterbitkan syarikat mereka. Di samping turut menggesa war- ganya sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan yang baharu serta mengikuti perkem- bangan semasa dalam hal-hal yang berkaitan dengan hak cipta sama ada yang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIA), Prof. Dr. Ida Madieha Azmi membicara- kan Aspek Hak Cipta dalam Penerbitan Buku : Apa yang Anda Mesti Tahu? mendedahkan para peserta mengenai perkara-perka- ra asas hak cipta dalam pener- bitan buku, soal perundangan dalam dan luar negara berkaitan aspek tersebut dan perbuatan yang boleh dianggap melanggar hak cipta serta langkah-langkah yang boleh diambil bagi melin- dunginya serta perkembangan terkini dalam bidang terbabit. Seminar Isu-Isu Hak Cipta dalam Penerbitan Buku Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin A kademi Retorika yang dian- jurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama tiga buah sekolah ter- pilih berjaya mencungkil bakat pemidato muda dalam kalangan pelajar sekolah menengah mela- lui kegiatan pengucapan awam. Program berkonsepkan ala-Aka- demi Fantasia ini bertujuan me- ngasah bakat pelajar berhujah dan mengungkapkan buah fikiran di hadapan khalayak dengan meng- utarakan isu-isu positif berteraskan perpaduan. Seramai 36 orang pelajar dari SMK Victoria, SMK St. John dan SM (P) Kuen Cheng menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua minggu bertempat di sekolah tersebut dan Dewan Kuliah DBP bermula 31 Oktober hingga 10 November lalu. Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, dalam ucapan- nya berkata “Akademi Retorika ini merupakan projek rintis yang bertujuan untuk meningkatkan toleransi dan persefahaman antara kaum. Idea ini dahulunya dirancang untuk melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam kegiat- an menjurus ke arah perpaduan kaum. “Namun, untuk kali pertama Akademi Retorika memberi peluang kepada tiga buah sekolah yang ber- dekatan dengan DBP dan sekali gus mengisytiharkan sekolah ber- kenaan sebagai sekolah angkat DBP. Pemilihan juga dibuat berdasarkan kepada pelajar yang berbilang kaum di sekolah terbabit. “Akademi ini menggalakkan penyertaan pelajar pelbagai kaum bertanding secara positif dengan konsep ‘Melihat yang Positif pada yang Lain (LYPPYL),” tambah beliau semasa menyampaikan ucapan dalam majlis pertandingan akhir yang turut dihadiri oleh ketua-ketua bahagian, pegawai kanan dan pega- wai serta guru pengiring. Kefasihan berbahasa Melayu dan kemampuan memetik hadis Nabi Muhammad s.a.w. memberi kelebihan kepada Avinash Nair a/l Atchu dari SMK Victoria untuk dinobatkan sebagai pemidato ter- baik dengan hujahnya ‘Muafakat Membawa Berkat’. Avinash yang kelihatan sopan dan tampan ber- baju Melayu biru menerima sebuah trofi berserta wang tunai berjum- lah RM200 sekali gus menewaskan lapan peserta lain yang turut sama bertanding di peringkat akhir 10 November lalu. Kumpulan Avinash yang diang- gotai dua orang lagi pelajar, iaitu Lim Boon Jim dari SMK St. John yang berhujah tentang ‘Perpaduan Kaum’ dan Muhamad Aqram dari SMK Victoria yang memperka- takan ‘Indahnya Kesenian Bangsa, Indah Lagi Jika Dikongsi Bersama’ telah dipilih oleh panel hakim sebagai Johan Berkumpulan. Mereka menerima sebuah trofi berserta wang tunai RM200 setiap seorang. Naib Johan berkumpulan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM150 setiap seorang. Hadiah tempat ketiga pula ialah sebuah trofi dan wang tunai RM100 setiap seorang. Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Datuk Noh Omar diiringi Ketua Pengarah DBP. Tiga orang hakim yang mengadili pertandingan ialah Pengarah Jabatan Bahasa, Puan Hajah Noresah Baharom, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong dan Pegawai Kanan DBP, Puan Hajah Ratna Inzah Datuk Mohd Asri. Dalam Akademi Retorika ini, peserta dikehendaki berkampung di DBP selama lima hari. Mereka diberi panduan dan pendedahan oleh pakar yang diundang khas dalam beberapa sesi yang dianjurkan. Antara pakar yang diundang ialah Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia yang membincangkan tentang ‘Retorik’ dan panduan pengucapan awam. Peserta juga dibimbing dengan pelbagai keperluan dan kemahiran berkaitan serta diberi ruang untuk mencari maklumat yang lengkap dan positif tentang masyarakat pelbagai kaum. Pada minggu kedua pertandingan, peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan (setiap kum- pulan terdiri daripada tiga orang pelajar) dan sebanyak 12 kumpulan bertanding. Markah diberi berdasar- kan persembahan individu dan peserta yang menunjukkan pres- tasi kurang memberangsangkan di- singkirkan. Penyingkiran ini dibuat pada setiap pertandingan sehingga tinggal tiga kumpulan sahaja yang layak ke peringkat akhir. Akademi Retorika: Melihat yang Positif pada yang Lain PEMIDATO terbaik... Avinash menerima hadiah daripada Datuk Noh Omar disaksikan oleh Datuk Dr. Firdaus Abdullah. KIRI: Puan Nisah Haron (Pengerusi) dan Encik Mohd Kasim Mahmud sedang membentang kertas kerja beliau.

Upload: hahuong

Post on 03-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BERITA HARIAN Rabu, 22 November 2006 Halaman Sembilan

KEGIATAN DBP DI SANA SINI

Oleh Rusdi Abd. Rahman

”Kita mesti berani meng­hantar karya ke pener­bitan yang besar dan

media arus perdana.” Demikianlah pandangan dan saranan yang dikemukakan oleh Mohd Kasim Mahmud dalam program Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 6/06 anjuran DBP Wilayah Selatan pada 4 November 2006 bertempat di Balai Seminar, DBP Wilayah Selatan.

Dalam kertas kerja beliau yang berjudul ‘Mengutip dan Menitip Bara dan Mutiara Pengalaman dalam Penulisan Cerpen’ men­jelaskan bahawa, “pada peringkat” awal pelibatannya dalam dunia penulisan, beliau hanya meng­hantar karya ke penerbitan kecil sahaja. Karya puisinya yang perta­

ma diterbitkan pada tahun 1979 dan hanya menerima bayaran RM15 manakala karya cerpen beliau yang pertama berjudul ‘Protes’ ter­siar dalam akhbar Berita Minggu pada Januari 1992. Sejak tersiarnya karya tersebut, beliau mula meng­hantar karya ke penerbitan yang besar termasuklah ke majalah terbitan DBP. Sehingga kini, seba­nyak 57 buah cerpen beliau per­nah tersiar dalam akhbar harian utama dan majalah seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat serta majalah lain. Dua antologi cerpen beliau, iaitu Suara (2003) dan Simpang (2006) telah diterbitkan oleh DBP Wilayah Selatan.”

Menurut beliau, tema serta mesej dalam cerpen beliau, sebahagian­nya berkisar tentang perasaan

kecewa dan tidak puas hati ten­tang perkara yang dilihat, dibaca dan dirasainya dalam kehidupan seharian. Hal ini terungkap dalam cerpen beliau seperti ‘Protes’, ‘Dendam Tanah, Air dan Angin’ dan ‘Episod Lain Sidang Rio’ serta banyak lagi. Beliau juga turut menulis cerpen bertemakan unsur lucu antaranya ‘Raya Oh Raya’, ‘Mek Masuk Pertandingan Ratu Cantik’ dan ‘Culas’.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Kasim merupa­kan anak jati Kota Tinggi, Johor yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan sastera. Beliau banyak menghasilkan karya sastera yang mencakupi genre cerpen, puisi dan novel, namun cerpen beliau lebih banyak mendapat pengikti­rafan. Antara hadiah utama yang pernah diterimanya ialah Hadiah

Ketiga Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia 2000 yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM25 000, Hadiah Sagu Hati Sayembara Cerpen Perpaduan Kaum 1995, Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002, dan Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 dan 2005. Beliau juga

pernah meraih hadiah penulisan untuk karya puisi dan novel pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Program yang dipengerusikan oleh penulis prolifik, Nisah Haron ini bukan sahaja memberikan panduan penulisan malahan mem­berikan motivasi kepada khalayak dalam penghasilan karya sastera.

Ceritera Bersama-sama Mohd Kasim Mahmud

BH PILIH L9 18 emel

DBP SETENGAH ABAD

Oleh Rokiah Nordin

“Editor perlu benar­benar memahami aspek hak cipta semasa men­

jalankan aktiviti perniagaan dan menghormati hak cipta tersebut.” Demikian intipati yang diberi perhatian oleh editor dalam Seminar Isu­isu Hak Cipta dalam Penerbitan Buku di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 12 September lalu. Seminar yang dianjurkan oleh Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) itu me­nyarankan agar “kakitangan syarikat penerbitan buku khu­susnya pengurus, penulis, edi­tor, pereka bentuk dan ilustrator mempunyai pengetahuan yang luas tentang aspek perundangan dan hak cipta buku­buku yang diterbitkan syarikat mereka. Di samping turut menggesa war­ganya sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan yang baharu serta mengikuti perkem­bangan semasa dalam hal­hal yang berkaitan dengan hak cipta sama ada yang berlaku di dalam mahupun di luar negara.

Profesor Undang­Undang di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIA), Prof. Dr. Ida Madieha Azmi membicara­kan Aspek Hak Cipta dalam Penerbitan Buku : Apa yang Anda Mesti Tahu? mendedahkan para peserta mengenai perkara­perka­ra asas hak cipta dalam pener­bitan buku, soal perundangan dalam dan luar negara berkaitan aspek tersebut dan perbuatan yang boleh dianggap melanggar hak cipta serta langkah­langkah yang boleh diambil bagi melin­dunginya serta perkembangan terkini dalam bidang terbabit.

Seminar Isu-Isu Hak Cipta dalam Penerbitan BukuOleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

Akademi Retorika yang dian­jurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan

kerjasama tiga buah sekolah ter­pilih berjaya mencungkil bakat pemidato muda dalam kalangan pelajar sekolah menengah mela­lui kegiatan pengucapan awam. Program berkonsepkan ala­Aka­demi Fantasia ini bertujuan me­ ngasah bakat pelajar berhujah dan mengungkapkan buah fikiran di hadapan khalayak dengan meng­utarakan isu­isu positif berteraskan perpaduan.

Seramai 36 orang pelajar dari SMK Victoria, SMK St. John dan SM (P) Kuen Cheng menyertai pertandingan yang berlangsung selama dua minggu bertempat di sekolah tersebut dan Dewan Kuliah DBP bermula 31 Oktober hingga 10 November lalu.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, dalam ucapan­nya berkata “Akademi Retorika ini merupakan projek rintis yang bertujuan untuk meningkatkan toleransi dan persefahaman antara kaum. Idea ini dahulunya dirancang untuk melibatkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam kegiat­an menjurus ke arah perpaduan kaum.

“Namun, untuk kali pertama Akademi Retorika memberi peluang kepada tiga buah sekolah yang ber­dekatan dengan DBP dan sekali gus mengisytiharkan sekolah ber­kenaan sebagai sekolah angkat DBP. Pemilihan juga dibuat berdasarkan kepada pelajar yang berbilang kaum di sekolah terbabit.

“Akademi ini menggalakkan penyertaan pelajar pelbagai kaum bertanding secara positif dengan konsep ‘Melihat yang Positif pada yang Lain (LYPPYL),” tambah beliau semasa menyampaikan ucapan dalam majlis pertandingan akhir yang turut dihadiri oleh ketua­ketua

bahagian, pegawai kanan dan pega­wai serta guru pengiring.

Kefasihan berbahasa Melayu dan kemampuan memetik hadis Nabi Muhammad s.a.w. memberi kelebihan kepada Avinash Nair a/l Atchu dari SMK Victoria untuk dinobatkan sebagai pemidato ter­baik dengan hujahnya ‘Muafakat Membawa Berkat’. Avinash yang kelihatan sopan dan tampan ber­baju Melayu biru menerima sebuah trofi berserta wang tunai berjum­lah RM200 sekali gus menewaskan lapan peserta lain yang turut sama bertanding di peringkat akhir 10 November lalu.

Kumpulan Avinash yang diang­gotai dua orang lagi pelajar, iaitu Lim Boon Jim dari SMK St. John yang berhujah tentang ‘Perpaduan Kaum’ dan Muhamad Aqram dari SMK Victoria yang memperka­takan ‘Indahnya Kesenian Bangsa, Indah Lagi Jika Dikongsi Bersama’ telah dipilih oleh panel hakim

sebagai Johan Berkumpulan. Mereka menerima sebuah trofi berserta wang tunai RM200 setiap seorang. Naib Johan berkumpulan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM150 setiap seorang. Hadiah tempat ketiga pula ialah sebuah trofi dan wang tunai RM100 setiap seorang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Datuk Noh Omar diiringi Ketua Pengarah DBP. Tiga orang hakim yang mengadili pertandingan ialah Pengarah Jabatan Bahasa, Puan Hajah Noresah Baharom, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong dan Pegawai Kanan DBP, Puan Hajah Ratna Inzah Datuk Mohd Asri.

Dalam Akademi Retorika ini, peserta dikehendaki berkampung di DBP selama lima hari. Mereka diberi panduan dan pendedahan oleh

pakar yang diundang khas dalam beberapa sesi yang dianjurkan. Antara pakar yang diundang ialah Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia yang membincangkan tentang ‘Retorik’ dan panduan pengucapan awam.

Peserta juga dibimbing dengan pelbagai keperluan dan kemahiran berkaitan serta diberi ruang untuk mencari maklumat yang lengkap dan positif tentang masyarakat pelbagai kaum. Pada minggu kedua pertandingan, peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan (setiap kum­pulan terdiri daripada tiga orang pelajar) dan sebanyak 12 kumpulan bertanding. Markah diberi berdasar­kan persembahan individu dan peserta yang menunjukkan pres­tasi kurang memberangsangkan di­singkirkan. Penyingkiran ini dibuat pada setiap pertandingan sehingga tinggal tiga kumpulan sahaja yang layak ke peringkat akhir.

Akademi Retorika: Melihat yang Positif pada yang Lain

PEMIDATO terbaik... Avinash menerima hadiah daripada Datuk Noh Omar disaksikan oleh Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

KIRI: Puan Nisah Haron (Pengerusi) dan Encik Mohd Kasim Mahmud sedang membentang kertas kerja beliau.