pengesahan status tesis - pdfmachine from broadgun ... · pengesahan status pengesahan penyelia ......

21

Upload: dangtruc

Post on 12-May-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

id6699421 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 2: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

id6785234 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 3: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

i

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERTAJUK GARAM BAGI

SUBJEK KIMIA TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEORI

KONSTRUKTIVISME

MOHD MUSLIM BIN ABD JALIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

id6814468 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 4: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

ii

�Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya�.

Tandatangan :

Nama Penulis : MOHD MUSLIM BIN ABD JALIL

Tarikh : 24 APRIL 2008

id6848765 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 5: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

iii

DEDIKASI

Untuk abah dan mak tersayang,

HJ ABD JALIL BIN HJ SULAIMAN dan HJH ZAINAB BT HJ MOHD DIN

Doa, jasa, dan pengorbanan kalian sentiasa dalam ingatan kini dan selamanya

Tiada kasih yang lebih luhur selain kasihmu

Terima kasih abah dan mak

Adik-adik yang dikasihi,

HJH MUSLIHAH BT HJ ABD JALIL

HJH MUSFIRAH BT HJ ABD JALIL

Terima kasih atas doa dan perhatian kalian

Dan

Buat sahabat-sahabatku,

Sekalung budi di atas segala galakan, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan.

id6890906 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 6: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan izin-

Nya dapat pembangun menyiapkan projek sarjana muda sebagai syarat untuk

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas tidak terhingga

kepada En. Mohd Nihra Haruzuan bin Mohd Said, selaku penyelia Projek Sarjana Muda

di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu bagi

menyiapkan projek ini terutama kepada pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

yang terlibat dalam memberi pandangan dan nasihat. Tidak lupa kepada rakan-rakan

seperjuangan serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha

menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih kepada kalian semua.

id6927109 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 7: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

v

ABSTRAK

Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk membina sebuah laman web

pendidikan yang bertajuk Salts (Garam) bagi matapelajaran Kimia Tingkatan Empat.

Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran

sains tulen khasnya dan guru Kimia amnya. Laman web ini dibina dalam Bahasa

Inggeris memandangkan ia digunakan sebagai bahasa pengantaraan dalam

matapelajaran Sains dan Matematik. Rekabentuk pengajaran bagi laman web ini dibina

berlandaskan kepada model Hannafin & Peck sebagai garis panduan. Nota, latihan dan

aktiviti dalam perisian ini pula menerapkan prinsip teori konstruktivisme. Perisian ini

dibina dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian

utama dan disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash MX 2004 dan

AdobePhotoshop CS2. Diharapkan laman web ini dapat membantu para pelajar

memahami dan menguasai konsep Garam dengan lebih baik.

id6949484 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 8: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to build an educational website which entitled Salts

for Chemistry Form Four subject. The target user for this project is Form Four

Chemistry students. The medium of this website is English. The design of this

courseware is based on Hannafin & Peck model as the guide-lines and the principal of

constructivism theory. Macromedia Dreamweaver 8 used as the web authoring tool and

supported by other software such as Macromedia Flash MX 2004 and Adobe Photoshop

CS2. Hopefully, this website will be useful for students to understand and mastering the

concepts of salts.

Page 9: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA MUKA SURAT

1

PENGESAHAN STATUS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Pembangunan

1.5 Rasional Pembangunan

1.6 Kepentingan Pembangunan

1.6.1 Pelajar

1.6.2 Guru

1.6.3 Pihak Sekolah

1.6.4 Kementerian Pelajaran Malaysia

1.7 Skop Pembangunan

1.8 Batasan Pembangunan

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

1

3

6

6

6

7

7

7

8

8

8

9

id6979781 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 10: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

viii

2

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Laman Web

1.9.2 Interaktif

1.9.3 Pembelajaran Maya

1.9.4 Multimedia

1.9.5 Konstruktivisme

1.9.6 World Wide Web

1.9.7 Internet

1.10 Penutup

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Masalah Pembelajaran Kimia

2.3 Komputer dalam Pendidikan

2.3.1 Media-media dalam Pendidikan

2.3.2 Pembelajaran Berasaskan Komputer

2.3.3 Pembelajaran Melalui Internet

2.3.4 Pembelajaran Melalui Web

2.3.5 Pembelajaran Melalui Animasi

2.3.6 Multimedia dalam Pendidikan

2.3.7 Multimedia dalam Laman web

2.3.7.1 Teks

2.3.7.2 Grafik

2.3.7.3 Animasi

2.3.7.4 Audio

2.3.7.5 Video

2.3.7.6 Interaktiviti: Hiperteks dan Hipermedia

2.4 Pendekatan Pembelajaran

2.4.1 Pendekatan Individual (Self Directed)

2.4.2 Pendekatan Koperatif

9

9

10

10

11

11

12

12

12

14

15

17

17

18

18

19

19

20

21

21

21

22

22

23

23

24

24

24

Page 11: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

ix

3

2.5 Teori Pembelajaran

2.5.1 Teori Konstruktivisme

2.6 Model Rekabentuk Laman Web

2.6.1 Model Rekabentuk Hannafin dan Peck

2.7 Penutup

REKABENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan

3.2 Model Rekabentuk Laman Web yang Digunakan

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

3.2.1.1 Analisis Kumpulan Sasaran

3.2.1.2 Analisis Maklumat dan Isi Pelajaran

3.2.1.3 Analisis Keperluan Perkakasan

3.2.1.4 Analisis Keperluan Perisian

3.2.2 Fasa Rekabentuk

3.2.2.1 Carta Alir Pembangunan

3.2.2.2 Perisian yang Digunakan

3.2.2.2.1 Microsoft Office Word 2003

3.2.2.2.2 Notepad

3.2.2.2.3 Internet Explorer

3.2.2.2.4 Macromedia Flash MX 2004

3.2.2.2.5 Adobe Photoshop CS2

3.2.2.2.6 Macromedia Dreamweaver 8

3.2.2.2.7 Adobe Acrobat 7.0

3.2.2.3 Perkakasan yang Digunakan

3.2.2.3.1 Perkakasan Pembangun

3.2.2.3.2 Perkakasan Main Balik atau

Paparan Laman Web

3.2.2.4 Ciri-ciri Konsep Rekabentuk Laman Web

yang Baik

25

25

26

26

27

28

28

29

29

29

30

30

30

31

31

31

31

32

32

32

32

32

33

33

34

34

Page 12: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

x

4

3.2.2.4.1 Konsep Rekabentuk Informasi

(Information Design Concept)

3.2.2.4.2 Rekabentuk Antara Muka

Pengguna (User Interface Design)

3.2.2.4.3 Rekabentuk Interaksi

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan

3.2.4 Penilaian dan Pengulangan

3.3 Rasional Pemilihan Model Rekabentuk Laman Web

3.4 Spesifikasi Keperluan

3.4.1 Pengetahuan Sedia Ada

3.4.2 Kumpulan Pelajar

3.5 Penutup

HASIL REKABENTUK LAMAN WEB

4.1 Pengenalan

4.2 Perbincangan Persembahan Laman Web

4.2.1 Bahagian Permulaan

4.2.2 Bahagian Notes

4.2.3 Bahagian Practices

4.2.3.1 Soalan Objektif

4.2.3.2 Soalan Subjektif

4.2.3.3 Soalan Silang Kata (Crossword)

4.2.4 Bahagian Forum

4.2.5 Bahagian Info

4.2.6 Bahagian Help

4.2.6.1 Bahagian Glossary

4.2.6.2 Bahagian Click & Link

4.2.6.3 Bahagian Contacts

4.3 Penyebaran dan Penggunaan Laman Web

4.4 Penutup

34

35

35

36

36

37

38

38

38

39

40

40

41

43

46

48

48

49

50

51

53

55

56

57

58

58

Page 13: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

xi

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan

5.3 Kelebihan Laman Web

5.4 Kekurangan Laman Web

5.5 Cadangan

5.6 Penutup

RUJUKAN

LAMPIRAN

Carta Alir A

59

59

62

63

63

65

66

71

Page 14: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

xii

NO

2.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

4.17

4.18

SENARAI RAJAH

PERKARA

Model Rekabentuk Hannafin dan Peck

Paparan Home

Paparan Objectives

Paparan Pop-up

Paparan Permulaan Notes

Paparan Think!

Paparan Spice Up!

Paparan Notes

Paparan Practices

Paparan soalan objektif

Paparan soalan subjektif

Paparan crossword

Paparan forum

Paparan Info

Contoh paparan Info (CTS)

Paparan Help

Paparan Glossary

Paparan click & link

Paparan contacts

MUKA

SURAT

27

41

42

43

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

Page 15: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

xiii

NO

A

SENARAI LAMPIRAN

Carta Alir

MUKA

SURAT

71

Page 16: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Era perkembangan teknologi masa kini telah banyak mempengaruhi manusia

dalam aspek kehidupan termasuklah gaya hidup dan cara manusia berkomunikasi antara

satu sama lain. Antara alat ciptaan manusia yang telah membawa perubahan yang besar

dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

pada pertengahan abad ke-20 sehingga ke hari ini.

Komputer menjadi satu alat yang amat penting pada masa kini dan komputer

juga adalah sebagai alat perantaraan dalam setiap urusan. Komputer mula diterapkan di

dalam bidang pendidikan bagi memudahkan urusan guru mahupun staf dalam bidang

tersebut. Komputer bukan sahaja sebagai alat untuk kemudahan kita malah ianya juga

sebagai tutor kepada pelajar-pelajar dan ini sependapat dengan Renu (2003).

Sehubungan dengan ini, secara tidak langsung ia boleh meringankan bebanan yang

ditanggung oleh guru.

Teknologi multimedia banyak digabungkan di dalam bidang pendidikan dan ini

akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik berbanding

dengan pembelajaran dan pengajaran tradisional. Dengan ini, multimedia boleh

digunakan dengan pelbagai cara penyampaian agar mendatangkan kesan yang

id7017890 pdfMachine by Broadgun Software - a great PDF writer! - a great PDF creator! - http://www.pdfmachine.com http://www.broadgun.com

Page 17: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

2

mendalam pada proses pembelajaran dan ia juga dijadikan sebagai media pendidikan

yang berkesan dipetik dari Ismail (2002) dalam Kamariuddin (2003).

Kurikulum sekolah yang telah digubal oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia telah digabungkan dengan aspek teknologi sebagai satu daya usaha ke arah

untuk menyemai dan memupuk serta menarik minat pelajar dan sekali gus membentuk

sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi masa kini (Tengku Zawawi, 1999).

Menurut Baharuddin dan Mohd (1995) dalam Zawawi (1999) yang menyatakan

bahawa multimedia merupakan teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi

dan manipulasi teks, grafik, animasi, audio dan video. Secara amnya, multimedia boleh

didefinisikan sebagai suatu proses komunikasi interaktif berasaskan komputer yang

merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan

animasi (Jamalludin dan Zaidatun, 2000).

Dengan adanya elemen-elemen multimedia ini, maka sesuatu perubahan akan

menjadi lebih menarik dan berlakunya proses komunikasi interaktif. Manakala dalam

konteks pendidikan pula, jika teknologi maklumat terkini diaplikasikan di dalam bidang

pendidikan, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi suatu pengalaman

yang menyeronokkan dan membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan lebih

cepat dan mudah (Zawawi, 1999).

Menurut bekas Menteri Pendidikan pada tahun 1974 yang juga bekas Perdana

Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad berpandangan bahawa hanya pendidikan

yang dapat mengubah pemikiran dan meningkatkan taraf hidup seseorang dan

pandangan ini telah menjadikan bidang pendidikan sebagai agenda yang utama negara

dipetik dalam Tamrin (2003). Kredibiliti pendidikan menjadi tumpuan dalam

perancangan pembangunan negara kerana pendidikan bertindak sebagai pemangkin

kepada pembangunan lestari.

Page 18: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan komputer pada tahun 70-an dan 80-an dikatakan tidak begitu

berjaya kerana masyarakat pada ketika itu beranggapan bahawa sebuah komputer

mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah adalah suatu perkara yang tidak

berasas (Norul Safarinie, 2004). Penggunaan komputer peribadi pada ketika itu hanyalah

sekadar alat pandang dengar dan bukan untuk diaplikasikan dalam dunia pendidikan.

Berikutan dengan hasil ledakan IT yang berlaku di seluruh dunia, satu kesedaran telah

timbul. Ini menyebabkan penggunaan komputer mula diperkenalkan dalam pelbagai

bidang khususnya pendidikan. Bersesuaian dengan kata-kata Perdana Menteri Malaysia

yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis Hari Guru Peringkat

Kebangsaan 2006, �Penggunaan komputer mampu meningkatkan minat pelajar terhadap

pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris� (Utusan Malaysia; 17 Mei

2006).

Kini penggunaan komputer berada di tahap maksimum di mana penggunaan

komputer mula diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan

untuk membantu pelajar dalam mempelajari dan lebih memahami akan konsep-konsep

abstrak dan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran terutamanya Kimia. Menurut

Whitnell, et al (1994), kebanyakan bidang ini adalah berbentuk tiga dimensi dan

dinamik di mana ia memerlukan kefahaman yang abstrak. Kedua-dua ciri ini

menyebabkan matapelajaran Kimia agak sukar untuk dipersembahkan dalam buku teks

atau pengajaran guru secara tradisional.

Pengajaran secara tradisional sukar dijalankan bagi matapelajaran yang

mempunyai konsep-konsep yang abstrak. Kajian yang telah dilakukan oleh Kulik,

Bergert, William (1983) terhadap 48 orang pelajar yang menggunakan kaedah

tradisional. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan PBK (Pembelajaran

Berbantukan Komputer) dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi

Page 19: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

4

kesan yang positif terhadap pembelajaran berbanding dengan kaedah pembelajaran

tradisional.

Menurut Sulaiman (1996), Internet akan menjadi sebahagian dari program

Sekolah Bestari menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua

sekolah menengah akan mendapat talian ke Internet menjelang tahun 2000. Kementerian

Pendidikan Malaysia pada ketika itu dengan kerjasama serta bantuan kepakaran MIMOS,

telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan. Melalui projek ini, pihak kementerian

telah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan

pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada para guru.

Ini menunjukkan pihak kerajaan telah mula memandang serius penggunaan laman web

dalam pendidikan.

Nolan & Martin (1994) dalam Wan Mohd Shukri (2003), menyatakan bahawa

pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan Internet di sekolah telah

membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat

kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun, jurang perbezaan sosial

ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer

dan Internet diberikan (Bier et al, 1996).

Matapelajaran Kimia merupakan salah satu cabang sains. Bagi pelajar yang

mengikuti aliran sains tulen, mereka diwajibkan mengambil matapelajaran elektif ini

yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matapelajaran yang

sentiasa dianggap sebagai �killer subject� memerlukan pelajar berfikir secara kreatif,

memahami konsep serta dapat membayangkan proses yang terjadi di samping

mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari bidang ini.

Walau bagaimanapun, didapati ramai pelajar yang kurang berminat dalam

matapelajaran ini berbanding matapelajaran elektif sains yang lain seperti Fizik dan

Biologi. Mereka beranggapan bahawa matapelajaran Kimia merupakan satu

Page 20: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

5

matapelajaran yang sukar difahami dan dipelajari. Mereka merasakan matapelajaran ini

sangat kompleks dan daya penghafalan yang tinggi. Ini disokong dengan kajian yang

dilakukan oleh Gussarsky & Gorodetsky (1999). Kajian yang dilakukan menunjukkan

kebanyakan pelajar tidak dapat memahami tajuk Garam dalam matapelajaran Kimia.

Briner M (1999) melihat teori konstruktivisme sebagai menguji pendekatan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan

mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang

sedia wujud. Pembelajaran menggunakan teori ini mempunyai pelbagai kelebihan. Di

antaranya pelajar lebih berfikir, lebih faham, lebih seronok, lebih berkemahiran sosial,

lebih yakin dan lebih ingat.

Atas kesedaran ini, pembangun memilih pembelajaran konstruktivisme sebagai

satu pembelajaran dalam laman web yang dihasilkan ini. Dalam pembangunan laman

web yang akan dibangunkan, pembangun menekankan ciri-ciri pembelajaran secara

konstruktivisme iaitu menggalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan pelajar dan

guru, menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil

pembelajaran dan menyokong pembelajaran secara koperatif. Pembangun berpendapat

bahawa teori pembelajaran konstruktivisme sesuai dipraktikkan di dalam penghasilan

laman web ini kerana teori ini memberi penekanan kepada kegiatan pelajar. Teori ini

juga kurang memberi penekanan kepada tingkahlaku pelajar tetapi lebih menekankan

aktiviti mental pelajar. Mengikut pandangan teori konstruktivisme, pelajar telah

mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian sesuatu fenomena sebelum memasuki

bilik darjah. Melalui laman web yang dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat

dibentuk di mana pelajar akan belajar dengan sendirinya yang melibatkan interaksi

antara pelajar dengan komputer.

Page 21: PENGESAHAN STATUS TESIS - pdfMachine from Broadgun ... · PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PENYELIA ... dan memberi kesan yang meluas dalam kehidupan manusia sejak ianya mula diciptakan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Penggunaan laman web dalam sistem pendidikan Malaysia dikatakan sedang

rancak bermula. Walau bagaimanapun, laman web yang sedia ada terutama bagi

matapelajaran Kimia khususnya adalah sedikit bilangannya berbanding laman web yang

lain. Selepas menjalani sesi latihan mengajar, pembangun telah melihat kesukaran

pelajar- pelajar dalam memahami konsep dalam tajuk �Garam�. Sehubungan dengan itu,

kesukaran pelajar dalam memahami topik tersebut telah menimbulkan minat kepada

pembangun untuk membantu para pelajar terutama pelajar tingkatan empat yang

pertama kalinya diperkenalkan topik garam. Secara tidak langsung, pembinaan laman

web ini dapat membantu pelajar sedikit sebanyak memahami konsep dalam Garam

dengan lebih mendalam. Ini kerana komputer dapat memberi pembelajaran secara

berulang-ulang. Pembelajaran secara berulang akan memberikan kesan atau ingatan

yang lebih baik dari sebelumnya (Clement, 1994).

1.4 Objektif Pembangunan

Antara objektif pembangunan yang ingin dicapai oleh pembangun ialah

i. merekabentuk sebuah pembangunan multimedia berasaskan laman web bagi

subjek Kimia Tingkatan Empat bertajuk �Garam�.

ii. membangunkan laman web berlandaskan kepada teori pembelajaran

konstruktivisme.