pengertian tarbiyyah

7
PENGERTIAN TARBIYYAH  Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan  pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan b erasaskan sumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini adalah sumber- sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi sahaba t dididik oleh Rasulullah SAW sehingga  berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah seperti yang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim : “Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.” (Ali ‘Imran: 110) Peranan Tarbiyah Islamiyah. Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada maju atau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam  perancangan pembangunan sesuatu masyarakat. Sejarah Rasulullah SAW sendiri menjelaskan  bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk membangunkan manusia yang mampu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah. Di dalam ‘Tarbiyah ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik tolak didikan Islam adalah iman. Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam ‘Usul ad-Dakwah’ menghuraikan dengan panjang lebar mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat Islam. Katanya, asas pembentukan masyarakat dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid Rububiyatillah dan tauhid Uluhiyatillah. "Setiap manusia dituntut meyakini aqidah ini supaya ia mengetahui hakikat diri dan letak 

Upload: azmi-bahari

Post on 14-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGERTIAN TARBIYYAH

7/27/2019 PENGERTIAN TARBIYYAH

http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-tarbiyyah 1/7

PENGERTIAN TARBIYYAH

 

Tarbiyah berasal daripada perkataan Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan dan

 pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula ialah penjagaan, pengasuhan dan pendidikan berasaskansumber al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW. Sumber-sumber ini adalah sumber-

sumber rabbani. Dengan sumber inilah generasi sahabat dididik oleh Rasulullah SAW sehingga

 berjaya melahirkan generasi rabbani yang mendapat jolokan dan pujian daripada Allah sepertiyang disebutkan di dalam al-Quran al-Karim :

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyuruh berbuat

kebaikan, melarang berbuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.”

(Ali ‘Imran: 110)

Peranan Tarbiyah Islamiyah.

Tarbiyah memainkan peranan penting dan berkesan dalam kebangkitan, pembangunan dan

kemajuan sesuatu masyarakat. Maju atau mundur sesuatu masyarakat bergantung kepada majuatau mundur tarbiyah masyarakat tersebut. Oleh itu tarbiyah perlu diberi keutamaan dalam

 perancangan pembangunan sesuatu masyarakat. Sejarah Rasulullah SAW sendiri menjelaskan bahawa tarbiyah menjadi faktor utama untuk membangunkan manusia yang mampumenyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Titik Tolak Tarbiyah Islamiyah.

Di dalam ‘Tarbiyah ar-Ruhiyah’, Said Hawa menjelaskan bahawa asas dan titik tolak didikan

Islam adalah iman.

Dr Abdul Karim Zaidan pula di dalam ‘Usul ad-Dakwah’ menghuraikan dengan panjang lebar 

mengenai peraturan asas pembentukan masyarakat Islam. Katanya, asas pembentukan

masyarakat dalam Islam ialah aqidah Islam yakni tauhid Rububiyatillah dan tauhid Uluhiyatillah.

"Setiap manusia dituntut meyakini aqidah ini supaya ia mengetahui hakikat diri dan letak 

Page 2: PENGERTIAN TARBIYYAH

7/27/2019 PENGERTIAN TARBIYYAH

http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-tarbiyyah 2/7

duduknya manusia itu dalam hidup supaya faham mengapa manusia itu dijadikan, memahami

hubungan dan pimpinan akal fikiran manusia, tindak lakunya dan segala aktivitinya dihubungkan

dengan Allah swt,” tulis beliau.

Sehubungan itu, Muhammad Shadid dalam ‘Manhaj al-Quran fi-tarbiyah’ telah menyingkap

kembali sejarah dengan menjelaskan bahawa Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT.

Baginda adalah contoh utama dan qudwah hasanah serta pelaksana manhaj al-Quran.

Baginda adalah pendakwah yang amat faham tentang dakwahnya dan murabbi (pendidik) yangdianugerahkan segala sifat sebagai murabbi. Baginda mengajak sahabatnya dan orang ramai

 beriman kepada Allah, menghubungkan mereka dengan al-Quran dan memberi kefahaman

 bahawa al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT untuk dilaksanakan. Arahan itu hanya akanditerima oleh hati yang beriman. Oleh itu, menurut Said Hawa, pemusatan perlu diberi kepada

 proses pendidikan untuk memastikan lahir titik tolak yang betul.

Tarbiyah Imaniyah Dalam Semua Aspek.

Iman tidak boleh dipisahkan daripada sebarang kegiatan hidup manusia. Setiap pekerjaan yang

dilakukan hendaklah dibina dan didorong oleh iman kepada Allah SWT. Dengan itu, barulah

 pekerjaan itu dikira sebagai ‘ubudiyah (ibadah) kepada Allah SWT.

Menurut Mustafa Masyhur, ibadah yang sahih (betul) lahir daripada aqidah yang baik. Perkataan

ibadah itu mempunyai sifat kesyumulannya dan merangkumi segala urusan hidup, tidak terbatas

kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas manusia dalam hidupini ialah beribadah kepada Allah. Hidup seluruhnya ialah ibadah kepada Allah.

Page 3: PENGERTIAN TARBIYYAH

7/27/2019 PENGERTIAN TARBIYYAH

http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-tarbiyyah 3/7

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku.”

(Al-Zariyat: 56)

Oleh itu setiap muslim mestilah bersungguh-sungguh merealisasikan pengertian ini dengan niat

yang betul dalam setiap pekerjaan mereka. Dengan itu, barulah makan minum, ilmu dan amalan,

riadah dan perkahwinan menjadi wasilah (jalan) mentaati Allah. Rumah menjadi mihrab (tempat beribadah kepada Allah). Begitu juga sekolah, kolej, kilang, tempat perniagaan, kebun, ladang,

sawah, padang permainan, malah dunia seluruhnya menjadi tempat beribadah kepada Allah

SWT. Dengan perkataan lain, segala usaha dan perkataan yang terbit daripada seorang muslim

merupakan ibadah kepada Allah.

Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan Penciptanya dalam semua

aspek kehidupan. Semua urusan dirujuk kepada syariat Allah SWT. Hubungan hati manusiadengan Allah pada setiap masa adalah asas utama bagi melaksanakan tarbiyah Islamiyah dengan

 berkesan.

Aspek rabbani dalam tarbiyah Islamiyah adalah aspek yang paling penting kerana matlamat

 pendidikan Islam ialah melahirkan insan mukmin dalam pengertian sebenar iaitu insan yangmemiliki iman yang menguasai hati dan fikiran, lahir dalam bentuk amalan dan tindakan, seperti

yang disebutkan dalam al-athar:

“...Ia sebati dalam jiwa dan dibenarkan dalam bentuk amalan.” Allah berfirman :

“Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya,kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan

Allah.” (Al-Hujurat: 15)

Tunggak tarbiyah rabbaniyah ialah hati yang subur, sentiasa berhubung dengan Allah SWT,yakin akan menemui-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Jiwa yang hidup

inilah yang menjadi tumpuan Allah swt untuk dicampakkan nur kepadanya. Sabda Rasulullah

SAW yang bermaksud:

Page 4: PENGERTIAN TARBIYYAH

7/27/2019 PENGERTIAN TARBIYYAH

http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-tarbiyyah 4/7

 

“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat kepada hati danamalanmu.”

“Pada hari di mana tidak berguna harta dan anak pinak kecuali mereka yang balik kepada Allah

dengan hati yang (sejahtera).”

Tarbiyah Islamiyah berusaha menghidupkan jiwa supaya tidak mati, memakmurkannya supayatidak binasa dan melembutkannya supaya tidak keras kerana hati yang keras dan akal yang beku

merupakan satu kemungkaran yang perlu diminta perlindungan Allah SWT daripadanya.

“Adapun Nabi SAW meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada ilmu yang

tidak bermanfaat dan daripada hati yang tidak khusyu’.”

Hati Yang Soleh.

Baik buruk seseorang itu berpunca daripada hatinya. Tepat seperti yang telah disabdakan olehRasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:

“Ketahuilah di dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik ketulan itu maka baiklah

seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.”

Oleh itu membaiki dan merawat hati daripada sebarang penyakit perlu diberi keutamaan. Jiwa perlu dibersihkan daripada sebarang syirik dan sifat yang tercela seperti hasad, ‘ujub, takkabur,

 bakhil, cintakan dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.

Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah yang

menciptanya, nama-Nya, sifat-Nya, perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati yang sihat akan

Page 5: PENGERTIAN TARBIYYAH

7/27/2019 PENGERTIAN TARBIYYAH

http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-tarbiyyah 5/7

mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang disukai Allah serta menjauhi segala

tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.

Realiti Masyarakat Islam Kini.

Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik 

dengan didikan Islam. Bagaimanapun perkara semudah ini tidak difahami oleh umat Islam hariini atau kabur bagi mereka.

Umat Islam hari ini rata-rata kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat pilihan, hilang

kekuatan dan terumbang-ambing menjadi buih, tidak digeruni atau disegani lagi seperti yang

disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar 

menghadapi hidangan makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai

Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi kamu laksana buih air bah.”

Dasar Penyelesaian Islam.

Masalah manusia hari ini tidak akan dapat dirungkaikan kecuali kembali kepada Islam. Islam

 pula tidak dapat memainkan fungsinya melainkan wujud para pendokong (‘amilinnya).

Meneliti sejarah Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses melalui Tarbiyah

Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada Allah; ‘ubudiyah yang merangkumi

Page 6: PENGERTIAN TARBIYYAH

7/27/2019 PENGERTIAN TARBIYYAH

http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-tarbiyyah 6/7

i’tiqad, ibadah dan peraturan yang benar-benar berjalan dalam amalan hidup mereka. Proses

‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang lain dan

mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada Allah semata-mata.

Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyah dapat dibentuk. Ummah ini akan menjadi dasar 

 penyelesaian Islam. Ummah yang dianggotai oleh mereka yang melalui proses pembentukan

yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggotanya iaitu ‘La ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah’.

Selagi ikrar ini tidak lahir dalam bentuk amalan individu mahupun masyarakat sebagai natijah

 proses pembentukan itu, mereka belum layak untuk menganggotai ummah muslimah dalam

 pengertian sebenar. Konsep yang tegas dan jelas ini perlu difahami oleh setiap muslim yang telah

 bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan jahiliah dan mengikrarkan ‘ubudiyahnyahanya bagi Allah SWT.

Kefahaman yang jelas ini penting supaya amalan hidup setiap muslim adalah benar-benar merupakan ibadah yang diredhai Allah SWT. Dengan perkataan lain ikrar itu menjadi kaedah

atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan praktik. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah

 benar-benar diasas dan dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain.

Allah berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 :

“Keputusan hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”

Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah berfirman :

“Siapa yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.”

Page 7: PENGERTIAN TARBIYYAH

7/27/2019 PENGERTIAN TARBIYYAH

http://slidepdf.com/reader/full/pengertian-tarbiyyah 7/7

 

Berdasarkan kepada proses pembentukan dan pembangunan itu, maka langkah pertama ialahmembersihkan jiwa anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain daripada Allah swt sama ada

dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati

dan jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat Islam.

Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid tidak dapat diwujudkan kecuali setelah tencapai

suatu tingkat kekuatan yang mampu menghadapi cabaran dan tekanan masyarakat jahiliyah.

Kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan aqidah, kekuatan syariah, kekuatan ahklak, kekuatan

organisasi, kekuatan ilmu dan pelbagai jenis kekuatan yang diperlukan bagi menentang sistem jahiliyah atau sekurang-kurangnya mampu mempertahankan diri daripada dikuasai jahiliyah.