pengertian stilistik.docx

9
Pengertian stilistik Ilmu linguistik terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan disiplin yang berhubungan dan menjadi tumpuan penyelidikan dan pengkajian tertentu terhadap bahasa yang dikaji dan diselidiki itu. Salah satu jenis yang disenaraikan adalah stilistik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stilistik, kita perlu memahami terlebih dahulu pengertian yang dikemukakan mengenai stilistik. Stylistics in its most general sense refers to the application of linguistic techniques to the study of particular kinds of language current within a given speech community, such as the language of science, of law, of religion, of debate, or of literature, or the language of different social classes. David Crystal (1985) Berdasarkan maksud yang dinyatakan oleh David Crystal (1985), dapatlah disimpulkan bahawa stilistik merupakan gaya bahasa yang merujuk kepada jenis teknik kajian linguistik tertentu semasa bahasa digunakan dalam ucapan masyarakat, seperti bahasa sains, undang- undang, agama, debat, atau sastera, atau bahasa kelas sosial yang berbeza. Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan,pertautan dan pertentangan. Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Stilistik Stilistik Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang dihubungkan dengan pemakaian

Upload: asus

Post on 04-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian stilistik.docx

Pengertian stilistik

Ilmu linguistik terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan disiplin yang berhubungan dan menjadi tumpuan penyelidikan dan pengkajian tertentu terhadap bahasa yang dikaji dan diselidiki itu. Salah satu jenis yang disenaraikan adalah stilistik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stilistik, kita perlu memahami terlebih dahulu pengertian yang dikemukakan mengenai stilistik.

Stylistics in its most general sense refers to the application of linguistic techniques to the study of particular kinds of language current within a given speech community, such as the language of science, of law, of religion, of debate, or of literature, or the language of different social classes.                                                                                                     David Crystal (1985)

Berdasarkan maksud yang dinyatakan oleh David Crystal (1985), dapatlah disimpulkan bahawa stilistik merupakan gaya bahasa yang merujuk kepada jenis teknik kajian linguistik tertentu semasa bahasa digunakan dalam ucapan masyarakat, seperti bahasa sains, undang-undang, agama, debat, atau sastera, atau bahasa kelas sosial yang berbeza.

Stilistik atau kajian bentuk boleh dibahagikan kepada dua perkara. Pertama, kajian tentang kelainan bahasa yang mengandungi bentuk gaya bahasa pengulangan, penyirnaan, perbandingan,pertautan dan pertentangan. Kelainan bahasa juga termasuk peribahasa, sindiran dan gaya retorik. Ciri yang keduanya ialah pemakaian bahasa yang termasuk segala yang tercakup dalam linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

StilistikStilistik

Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. stilistik memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya yakni gaya sastera dan gaya bukan sastera. dengan lain perkataan, ilmu stilistik adalah ilmu linguistik yang kemudiannya diperluas dalam bidang sastera dengan menekankan kajian tentang bahasa.

Page 2: Pengertian stilistik.docx

Fokus stilistikfokus utama ilmu stilistik adalah menjawab kepada apa gaya bahasa yang digunakan? gaya bahasa merujuk terus kepada gaya unik seseorang penulis dalam menyampaikan idea kepada pembaca mengikut pandangannya. selain itu, tupuan stilistik melingkupi kenapa gaya bahasa sedemikian digunakan (tujuan) penulis menggunakan gaya bahasa tersebut yang terbahagi kepada dua unsur iaitu gaya menurut sistem bahasa dan gaya menurut seni bahasa.

Ciri-ciri stilistik bahasaciri utama stilistik bahasa adalah indah dan menarik. ciri tersebut merupakan gambaran kepada keunikan penulis dalam mencetuskan sesuatu karya sastera menurut gaya dan stailnya yang tersendiri. selain itu, stilistik bahasa juga bersifat menyenangkan dan memiliki nilai estatika.

Stilistik dari sudut sasterastilistik mengkaji secara keseluruhan karya dengan menerapkan kajian ilmu linguistik dalam penggunaan bahasa. karya sastera berbeza antara satu sama lain kerana penggunaan gaya bahasa digunakan untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren 1966 menyatakan bahawa stilistik bertujuan untuk meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan barusaha menemukan nilai estatik. 

Prinsip Stilistik1 - mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugrah dan bakat seseorang penulis. karya sastera adalah huraian tentang kebolehan mengarang bagi seseorang penulis.

2 - menerangkan aspek tema yakni pendekatan struktural. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

Page 3: Pengertian stilistik.docx

3 - memperlihatkan gaya keperibadian seseorang pengarang. Murry J.M (1967), mengatakan bahawa kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diks serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. perbezaan stail dalam kalangan penulis disebabkan oleh beberapa aspek iaitu, pendidikan, keperibadian, pengalaman dan sikap penulis.

4 - menghuraian terhadap pemilihan diksi, pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. pendekatan kajian morfologi dan sintaksis mampu menghuraikan pelbagai genre dan jenis perkataan dan ayat yang digunakan. oleh kerana itu, seseorang pengkaji perlu mengusai aspek sosiologi dan dialektologi.

5 - membantu pembaca memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. misalnya penggunaan kata dan diksi dari bahasa daerah dan tempatan dapat memperkaya perbendeharaan kata di samping merupakan satu gaya dan stail pengarang.

6 - menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya kerana semasa berkarya seseorang didorong oleh pelbagai keadaan dan ransangan yang berlaku di sekelilingnya. hasilnya pengkaji dapat menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang untuk berkreatif. 

7 - digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak ramai terhadap sesebuah karya. oleh itu, stilistik dapat menjelaskan kesan penggunaan bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan, kesedihan, kemarahan, semangat terhadap penggunaan penanda dan petanda bahasa yang yang digunakan untuk mengungkapakan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

Hubungan bahasa dan sasteradisiplin ilmu linguistik yang digunakan ialah Fonologi,Morfologi, Sintaksis dan Semantik yang diguna pakai dalam menganalisis kesusteraan tradisional dan moden, prosa dan puisi serta aliran dan pemikiran.

Kedudukan bahasa dalam sasterabahasa merupakan suatu seni yang bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. susastera bermaksud seni bahasa yang indah.

Penulis dan bahasa

Page 4: Pengertian stilistik.docx

penulis merupakan pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk dalam masyarakat. selain itu, penulis merupakan pentafsir kepada sesuatu isu yang berlaku di sekeliling masyarakatnya. 

Bahasa dalam teks sasterapenulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka dengan menerapkan unsur emotif, suspen, ketegangan dan peleraian. penerapan unsur sedemikian ditandai dengan pemilihan kata dan diksi.

Ayat Tunggal sering digunakan dalam karya sastera kerana pengucapannya cepat, aliran pemikirannya selari dan sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas dan interaksi bersemuka.

Hubungan bahasa dan kajian sastera1. pendekatan stilistik2. pendekatan analisis wacana3. teori semiotik

Bahasa dan batas Maknabahasa digunakan untuk1. menyatakan maksud2. menjelaskan sesuatu3. mewujudkan kemesraan4. mendapatkan kepastian dan membuat keputusan.

Penentuan maknaidea yang disampaikan berdasarkan kefahaman dan stail penulis tidak lari daripada kelainan penerimaan daripada khalayak pembaca kerana sesuatu perkara sering kali cendrung dilihat berdasarkan kepada budaya setempat. selain itu, faktor perbezaan kerana perbezaan lambang bahasa yang dimiliki oleh anggota masyarakat setempat. oleh itu, makna sesuatu ayat dan diksi seharusnya dilihat melalui isyarat bahasa. 

Faktor pemahamansetiap pembaca mempunyai tahap pemahaman yang berbeza disebabkan oleh beberpa perkara iaitu intonasi, aliran pemikiran, pemilihan diksi, presepsi dan tanggapan serta hubungan pembaca dangan penulis. 

Page 5: Pengertian stilistik.docx

GAYA BAHASA DEFINISI DAN CIRI-CIRI

MetaforaMetafora bermaksud “perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain secara langsung tanpa menggunakan kata bandingan iaitu seperti, bak, umpama dan sebagainya”.

Contohnya:       Rambut puteri itu mayang mengurai dan cantik

sekali.       Suaranya lantang guruh sambut menyambut.       Merah darah mengalir di tubuhku.       samudera hampa, lautan fikiran

Perlambangan/ imejan merujuk makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penutur atau pendengar.  Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat visual kerana ia tidak dapat menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang telah sedia ada.

Contohnya:       Dia masih hijau ketika tanah airnya diserang

penjajah. (muda)       Dia tahu, dirinya sudah menghampiri senja. (tua)       Adakah merpati akan menjenguk daerahku yang

penuh kesengsaraan ini. (kedamaian/ kemerdekaan)

Page 6: Pengertian stilistik.docx

Personifikasi Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup , gaya bahasa ini berfungsi untuk  Menggerakkan imaginasi pembaca terhadap penulisan

       Bulan tiada lagi mendatangkan wajah, Pungguk tersendu pilu.

       matahari   pagi   bangkit   daripada   selimut   gunung,    benaknya mendandan sejuta persoalan

Simile Membandingkan sesuatu keadaan, suasana atau benda lain. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti, bak, bagai, laksana, umpama. Ia berfungsi untuk Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama

Contohnya :       kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara

Afrika       bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan

waktu.

Inversi Inversi ialah “pembinaan struktur frasa ayat atau ayat yang terbalik”.

Contohnya :       Semalam petang dia datang menjengukku.

(sepatutnya “petang semalam”)       Panas cuaca petang itu melelahkan tubuhnya.

(sepatutnya “cuaca panas”)       iii. Kopi secawan diteguknya puas-puas.

(sepatutnya “secawan kopi”)

Paradoks Pertentangan dalam dua keadaan atau perkara yang berlainan :

Contohnya :       Merenung masa dulu dan menilai masa kini       Antara hidup dan mati

Page 7: Pengertian stilistik.docx

Hiperbola Satu ungkapan terhadap suatu peristiwa atau keadaan secara berlebihan atau melampau dan ungkapan itu tidak dapat diterima di alam realiti

Contohnya :       sayap seekor burung merpati bertaburan di muka

bumi       serihu lautan sanggup diharungi

Anafora Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak. Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.

Contohnya:Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD !Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !

Epifora: Pengulangan perkataan pada akhir baris atau ayat”.

Contohnya:       Hatinya mengimbas luka lama. Perasaannya masih

terpilu olehluka lama.       Biarlah Dila menangis. Atau Shafik juga

akan menangis.       Abang membesar dengan lampu minyak tanah.

Aku Berjaya juga dengan lampu minyak tanah.

Aliterasi Bermaksud "pengulangan konsonan dalam sesuatu ayat".

Contohnya:       Gadis gigih itu menggigil gementar.

Pengulangan konsonan "g" sebanyak 7 kali.       kakak masih kaku ketika kita kembali.

Pengulangan konsonan "k" sebanyak 8 kali

Page 8: Pengertian stilistik.docx

Perlambangan merupakan   kata-kata   yang   digunakan   untuk   menerangkan   sesuatu   benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam

contohnya:       senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan

usia muda

Singkop: Singkop bermaksud “singkatan perkataan”.

Contoh:       “Dia dah datang semalam, Pak Abu” kata Ariff

perlahan.       “Biarlah kubawa diri yang terluka ini”, balas Wan

Kamariah.       iii. “Cerita tu mungkin benar”, jelas Inspektor Zamri

ringkas.

PleonasmeMerupakan satu gaya yang cuba memberi

penegasan kepada kata-kata sebelumnya dengan

berasaskan kepada sifat-sifat kata itu sendiri,

meskipun kata-kata tersebut tidak perlu atatu tak

mustahak diulang sebut lagi. Gaya ini juga disebut

sebagai gaya bahasa berlebihan.

Contohnya:

·        “ Ia turun ke bawah” (dalam ayat ini,

perkataan turun sudah menggambarkan ke bawah)