pengertian biseksual

3
Pengertian Biseksual Menurut Krafft-Ebing, salah seorang seksologis Jerman mengistilahkanbiseksual sebagai psychosexual hermaphroditism iaitu kewujudan dua keinginan seksyang berbeza dalam satu jantina atau kejadian wujudnya ciri-ciri lelaki dan wanitadalam satu tubuh (Bowie dalam Storr, 1999). Ellis (dalam Storr, 1999).Dalam pengertian umumnya, biseksual adalah orientasi seksual yangmempunyai ciri-ciri berupa tarikan dari segi seksual, cinta mahupun keinginan hawanafsu terhadap lelaki dan perempuan. Menurut Masters (1992), biseksual adalah istilahuntuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki mahupun perempuan.Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi,emosional dan seksual kepada lelaki dan perempuan (Robin &Hammer, 2000 dalamMatlin, 2004).Dari beberapa pengertian di atas, dapat disimpulkan bahawa biseksual adalahistilah bagi seseorang yang mempunyai orientasi seksual yang memiliki ketertarikanterhadap kedua- dua jantina baik dari segi, psikologi,emosional dan seksual. Pengertian Transgender Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang cenderungmengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina biologimereka, dan biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan untukmenukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai

Upload: rasyidah-mohid

Post on 26-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BISEKSUAL DI MALAYSIA

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Biseksual

Pengertian Biseksual

Menurut Krafft-Ebing, salah seorang seksologis Jerman mengistilahkanbiseksual sebagai

psychosexual hermaphroditism iaitu kewujudan dua keinginan seksyang berbeza dalam

satu jantina atau kejadian wujudnya ciri-ciri lelaki dan wanitadalam satu tubuh (Bowie

dalam Storr, 1999). Ellis (dalam Storr, 1999).Dalam pengertian umumnya, biseksual

adalah orientasi seksual yangmempunyai ciri-ciri berupa tarikan dari segi seksual, cinta

mahupun keinginan hawanafsu terhadap lelaki dan perempuan. Menurut Masters (1992),

biseksual adalah istilahuntuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki

mahupun perempuan.Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki

ketertarikan secara psikologi,emosional dan seksual kepada lelaki dan perempuan (Robin

&Hammer, 2000 dalamMatlin, 2004).Dari beberapa pengertian di atas, dapat

disimpulkan bahawa biseksual adalahistilah bagi seseorang yang mempunyai orientasi

seksual yang memiliki ketertarikanterhadap kedua-dua jantina baik dari segi,

psikologi,emosional dan seksual.

Pengertian Transgender

Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang

cenderungmengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan jantina

biologimereka, dan biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan

untukmenukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlawanan.

Menurutbeberapa pengkaji, golongan transeksual mengalami kecelaruan gender iaitu

merasaidirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka berkeinginan

untukmemiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan kepada mereka sejak lahir

(IsmailTambi, 2007; Hamdan Abd. Kadir, 2007; Teh, 2001; Benjamin, 1999; Ekins dan

King, 1997; Wan Azmi Ramli, 1991). Kecelaruan gender yang dialami oleh mereka,

terutamadi kalangan lelaki, menjadi isu yang sering diperkatakan dalam perbincangan

umum dankajian akademik di Malaysia lantaran kewujudan mereka yang semakin

menonjol padahari ini (lihat umpamanya tulisan Hafizahril Hamid 2010; Hamdan Abdul

Kadir et al.,2007; Zulhizzam, 2005; Teh, 2002, 2001).Fenomena transeksualisme telah

dikesan dalam ketamadunan di seluruh duniatermasuklah di Malaysia sejak lama dahulu,

dengan pelbagai gelaran tempatandiberikan kepada golongan ini. Kepesatan globalisasi

Page 2: Pengertian Biseksual

budaya ekoran kemajuan dalamsistem teknologi komunikasi kini menjadi penyumbang

kepada sebaran budaya ini (lihatSuriati Ghazali, Azilah Mohamad Nor dan Jabil

Mapjabil, Narimah Samat dan Jas LaileSuzana Jaafar, 2010). Di samping itu,

persekitaran yang mempunyai infrastruktur komuniti serta sistem sokongan sosial baik,

telah menjadi penyumbang kepadapengukuhan identiti golongan ini (Nash, 2005; Ringo,

2002; Teh, 2002, 2001; Binnie danValentine, 1999; Bell dan Valentine, 1995; Nanda,

1999; Grimaldi dan Jacobs, 1996).Kini masyarakat di Malaysia seperti semakin

‘menerima’ fenomena transeksualisme,dan gaya hidup transeksual semakin menjadi

kelaziman kepada masyarakat.

Di Malaysia ianya merupakan satu cabaran jati diri, kecelaruan lelaki yang

inginberpenampilan seperti wanita kerap diperkatakan, dan fenomena ini seperti

mendapatsambutan dalam kalangan lelaki di Malaysia. Walaupun tiada pengiktirafan

diberikanoleh masyarakat, agama dan undang-undang terhadap golongan ini (lihat

umpamanyadalam Zulkifli al-Bakri, 2007; Teh, 2002, 2001; Wan Azmi Ramli, 1991),

namun landskapseharian menunjukkan identiti lelaki transeksual semakin kukuh dengan

keberanianmereka berpenampilan silang (cross dress) ketika berhadapan dengan

masyarakat umum.