pengenalan warisan budaya kadazandusun

19
Pengenalan WARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN Halaman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" ini menonjolkan tentang keunikan dan keaslian budaya kaum Kadazandusun di negeri Sabah, Negeri Di bawah Bayu. Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.

Upload: aihvee

Post on 25-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan etnik serta kaya dengan berbagai-bagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah menonjolkan keunikan negara ini lebih daripada negara lain. Perbezaan dan kepelbagaian sosio budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan India yang menjadi majoriti terbesar manakala kaum peribumi Sabah dan Sarawak, orang asli dan kaum-kaum lain merupakan kaum minoriti. Setiap etnik memperlihatkan sosio budaya yang berlainan yang diwarisi dari nenek moyang terdahulu.

TRANSCRIPT

Pengenalan

WARISAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN

Halaman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" ini menonjolkan tentang keunikan dan keaslian budaya kaum Kadazandusun di negeri Sabah, Negeri Di bawah Bayu.

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.

Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama.

Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik.

Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang.

Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut;

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau pada hari ini.

LAGENDA NUNUK RAGANG

Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.

TEORI SAINS SOSIAL

Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun.

Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965);

Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965).

Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220

Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".

KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG

Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.

Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhup-uhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo.

Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll).

Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).

http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm

Adat Resam kaum Kadazandusun Asal usul makanan Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun. Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya. Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot. Upacara Momohizan Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'. Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah. Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas gendang. Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera 'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad). Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun.Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat). Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'. Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada mereka akan tidur atau makan. Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan', 'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan' (mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah). Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau. Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan sedikit tapai ke tanah. Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya korban-korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan menyanyikan mantera 'sumamboi'. Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit. Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi. Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada 'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong . Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka. Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi saja.Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).HumabotUpacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal. Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka. Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu. Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah. Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang. Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak (memangkis) . Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban). Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan (potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=494575

Pakaian

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.[sunting]AksesoriPada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri,mutiara,butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.[sunting]Hiasan KepalaTutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.[sunting]Kraftangan

Kraftangan di kalangan masyarakat asli Sabah bermula dalam usaha mereka untuk berteduh/berlindung, menutup tubuh dan mencari makanan dengan cara yang terbaik sekali. Mereka menghasilkan berbagai-bagai barang yang banyak dengan menumpukan kepada fungsi bahan yang dihasilkan dan kurang perhatian pada hiasan. Benda-benda yang dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, pertanian dan pemburuan di samping benda untuk kegunaan ritual dan upacara keagamaan. Penghasilan kraftangan mereka bergantung pada sumber alam sekitar dan keperluan dari segi budaya.Kaum lelaki dan wanita secara tradisi membuat berbagai-bagai jenis kraftangan. Di pedalaman Sabah, sebilangan besar kaum wanita membuat terendak, anyaman tikar, tenunan kain, sulaman, bakul-bakul kecil, nyiru dan benda-benda kecil untuk kegunaan seharian. Kaum lelaki pula membuat bakul yang lebih besar, parang, alat-alat membajak dan memburu, jala dan alat menangkap ikan yang lain dan senjata. Dikalangan masyarakat nelayan tepi pantai, kaum lelaki membuat perahu, ukiran kayu, alat penangkap ikan dan wanitanya menenun dan menyulam kain, mengayam tikar dan lain-lain.[sunting]VariasiKraf yang dihasilkan oleh penduduk dari berbagai-bagai budaya dalam berbilang daerah mempunyai variasi yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisiran pantai yang penghidupannya bergantung pada laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk pedalaman yang masih mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu serta menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan kebendaan penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja terdapat pada alat-alat utilitarian tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat muzik dan ciri-ciri kebudayaan kebendaan yang lain.[sunting]BahanKeadaan tentang adanya bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan. Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakas rumah, bakul, rumah (termasuk atap) dan pagar sangat luas di kalangan masyarakat Dusun/Kadazan Tambunan. Dalam pada itu, labu pahit yang terdapat di Tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan kumpulan Dusun, walaupun ia juga ada dibuat di tempat-tempat lain. Rotan yang merupakan satu lagi bahan yang tahan digunakan dengan luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan untuk membuat pakaian tradisional juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit kayu, kapas atau gentian tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.[sunting]KomersialBenda-benda yang dibuat pada masa lalu adalah hanya untuk kegunaan rumah sahaja dan corak asas benda-benda tersebut mencerminkan fungsi asalnya. Hasil yang lebih kadang kala dijual di tamu untuk komoditi lain. Dengan cara ini, barang-barang dagangan yang diimport seperti tempayan, manik, benda tembaga, gong tembaga dan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk pesisiran pantai dibawa masuk ke kawasan pedalaman pulau Borneo. Dengan perhubungan dengan dunia luar yang semakin meningkat, bahan-bahan yang jarang terjumpa diganti dengan benda-benda yang diimport dan lebih murah dalam usaha menghasilkan kraftangan tradisional. Dengan itu, manik-manik kaca yang jarang ditemui telah diganti dengan manik plastik yang murah dalam penghasilan manik dan hiasan pakaian. Benang kapas import yang murah kini diguna dalam sulaman dan tenunan. Kain kapas dan baldu hitam yang diimport telah digunakan sebagai pengganti kepada kain buatan sendiri secara tradisional dalam penghasilan pakaian.Salah satu kraftangan yang sangat banyak dibuat di Sabah ialah bakul oleh kerana benda ini dipakai oleh hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis bakul bergantung kepada fungsi dan tradisi penduduk yang membuat benda-benda ini. Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan dihasilkan untuk memenuhi selera pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih dibuat dalam bentuk yang asal.[sunting]Tarian & muzik

Muzik tempatan sering berkait rapat dengan tarian. Ia juga berfungsi sebagai muzik latar dalam sesuatu majlis upacara. Sesetengah alat lazimnya digunakan oleh orang perseorangan untuk hiburan diri sendiri. Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai adalah tarian Sumazau, tarian Limbai, tarian Igal Igal, tarian Magunatip, tarian Adai-adai dan tarian Daling-daling.[sunting]UpacaraMuzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak bertahun-tahun. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain.[sunting]Notasi & Alat MuzikMuzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja.Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton, gabang dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.KelasAlat MuzikKordofonTongkungon, Gambus, Sundatang/GagayanErofonSuling, Turali/Tuahi, Bungkau, SompotonIdofonTogunggak, Gong, KulintanganMembranofonKompang, Gendang/TontogXylophoneGabang, Salunhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_di_Sabahhttp://sinthu1987.wordpress.com/2010/11/25/alat-muzik-kaum-melayu/http://tarianmalaysia29.blogspot.com/http://bobezani.tripod.com/budaya.htmhttp://vaneesri-pendidikansenivisual.blogspot.com/http://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-melayu/http://blogsanasini.blogspot.com/2012/01/makanan-tradisi-kaum-kadazandusun-di.html