maklumat dan syarat penyertaan - sidma.edu.my · lampiran 1 popogirot koubasanan kadazandusun maya...

5
POPOGIROT KOUBASANAN KADAZANDUSUN MAYA TEKNOLOGI “PEMANTAPAN BUDAYA KADAZANDUSUN MELALUI TEKNOLOGI” MAKLUMAT DAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKACIPTA “KADAZANDUSUN MOBILE APPS” 2019 Anjuran KELAB BAHASA KADAZANDUSUN SIDMA COLLEGE Penyertaan Pertandingan Merekacipta “KADAZANDUSUN MOBILE APPS” 2019 adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah :- 1.1 Pertandingan ini terbuka kepada umum. 1.2 Peserta boleh menghantar seberapa banyak aplikasi. 2.1 Yuran penyertaan adalah RM50 bagi setiap aplikasi. 2.2 Yuran boleh dibayar melalui perbankan atas talian menerusi nombor akaun: CIMB 8008103954 (KELAB BAHASA KADAZANDUSUN SIDMA COLLEGE) 2.3 Setiap penyertaan dan yuran yang telah dibayar TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN. 3.1 Aplikasi boleh dicipta dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Kadazandusun. 3.2 Aplikasi yang dihasilkan mestilah ASLI dan tidak diambil dari mana-mana sumber. 3.3 Aplikasi mestilah mengandungi NAMA PENCIPTA ASAL. 3.4 Aplikasi boleh merangkumi aspek-aspek bahasa, budaya, ekonomi dan sosial serta mengandungi nilai-nilai yang menggambarkan kehidupan komuniti KadazanDusun seperti portal untuk pencarian lokasi kedai Kadazandusun, tradisi kaum Kadazandusun, gamifikasi dan lain-lain lagi. 3.5 Peserta dilarang mencipta aplikasi yang mempunyai unsur-unsur sensitif seperti politik, keagamaan dan gender. 3.6 Peserta diminta untuk berpakaian sopan (formal atau tradisional) semasa membentangkan aplikasi di Kolej SIDMA mengikut jadual yang akan ditentukan. 3.7 Peserta wajib hadir pada hari pembentangan mengikut masa yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan peserta dibatalkan KECUALI peserta mempunyai alasan yang munasabah dan kukuh dengan memaklumkan kepada pihak penganjur lebih awal. 1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PESERTA 2. YURAN PENYERTAAN 3. SYARAT PERTANDINGAN

Upload: nguyentuyen

Post on 17-Jun-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

POPOGIROT KOUBASANAN KADAZANDUSUN MAYA TEKNOLOGI “PEMANTAPAN BUDAYA KADAZANDUSUN MELALUI TEKNOLOGI”

MAKLUMAT DAN SYARAT PENYERTAAN

PERTANDINGAN MEREKACIPTA “KADAZANDUSUN MOBILE APPS” 2019

Anjuran KELAB BAHASA KADAZANDUSUN SIDMA COLLEGE

Penyertaan Pertandingan Merekacipta “KADAZANDUSUN MOBILE APPS” 2019 adalah

tertakluk kepada syarat-syarat di bawah :-

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada umum.

1.2 Peserta boleh menghantar seberapa banyak aplikasi.

2.1 Yuran penyertaan adalah RM50 bagi setiap aplikasi.

2.2 Yuran boleh dibayar melalui perbankan atas talian menerusi nombor akaun:

CIMB 8008103954 (KELAB BAHASA KADAZANDUSUN SIDMA COLLEGE)

2.3 Setiap penyertaan dan yuran yang telah dibayar TIDAK BOLEH DIKEMBALIKAN.

3.1 Aplikasi boleh dicipta dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Kadazandusun.

3.2 Aplikasi yang dihasilkan mestilah ASLI dan tidak diambil dari mana-mana

sumber.

3.3 Aplikasi mestilah mengandungi NAMA PENCIPTA ASAL.

3.4 Aplikasi boleh merangkumi aspek-aspek bahasa, budaya, ekonomi dan sosial

serta mengandungi nilai-nilai yang menggambarkan kehidupan komuniti

KadazanDusun seperti portal untuk pencarian lokasi kedai Kadazandusun,

tradisi kaum Kadazandusun, gamifikasi dan lain-lain lagi.

3.5 Peserta dilarang mencipta aplikasi yang mempunyai unsur-unsur sensitif

seperti politik, keagamaan dan gender.

3.6 Peserta diminta untuk berpakaian sopan (formal atau tradisional) semasa

membentangkan aplikasi di Kolej SIDMA mengikut jadual yang akan

ditentukan.

3.7 Peserta wajib hadir pada hari pembentangan mengikut masa yang ditetapkan.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan peserta

dibatalkan KECUALI peserta mempunyai alasan yang munasabah dan kukuh

dengan memaklumkan kepada pihak penganjur lebih awal.

1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PESERTA

2. YURAN PENYERTAAN

3. SYARAT PERTANDINGAN

POPOGIROT KOUBASANAN KADAZANDUSUN MAYA TEKNOLOGI “PEMANTAPAN BUDAYA KADAZANDUSUN MELALUI TEKNOLOGI”

4.1 Jadual Rubrik pemarkahan boleh dirujuk di Lampiran 1.

4.2 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan secara lisan atau

bertulis tidak akan dilayan.

5.1 Hadiah-hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan akan disediakan oleh pihak

penganjur seperti berikut :

JOHAN : WANG TUNAI RM2000 + Sijil Penyertaan

NAIB JOHAN : WANG TUNAI RM1500 + Sijil Penyertaan

KETIGA : WANG TUNAI RM1000 + Sijil Penyertaan

SAGUHATI : Sijil Penyertaan

6.1 Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah mana-mana syarat ini mengikut

kesesuaian.

6.2 Perlantikan pengadil serta kaedah penilaian peserta adalah ditetapkan oleh pihak

penganjur.

6.3 Penganjur berhak untuk membatalkan/menggugurkan peserta yang tidak mematuhi

mana-mana syarat di atas.

6.4 Aplikasi bagi para pemenang (Johan, Naib Johan dan Ketiga) akan menjadi hakmilik

Kolej SIDMA.

7.1 Borang boleh dimuat turun melalui https://www.facebook.com/kbkdsc.

7.2 Borang juga dilampirkan bersama maklumat dan syarat penyertaan ini.

7.3 Borang yang lengkap mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 31HB JANUARI 2019

berserta dengan yuran penyertaan RM50.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

Daria J. (012-8282565), Valerie C. (012-3770992) atau Nelsie M. (016-8349049)

4. PENGADILAN

5. HADIAH

6. HAK PENGANJUR

7. BORANG PENYERTAAN

PERTANYAAN

LAMPIRAN 1

POPOGIROT KOUBASANAN KADAZANDUSUN MAYA TEKNOLOGI “PEMANTAPAN BUDAYA KADAZANDUSUN MELALUI TEKNOLOGI”

FU

NG

SI D

AN

KEU

PA

YA

AN

Perkara Huraian

KANDUNGAN (20%) Kandungan aplikasi mempunyai ciri-ciri, berinteraksi serta menarik dengan kualiti yang tinggi.

KEASLIAN DAN INOVASI

(25%) Idea tersendiri yang menarik dan unik.

PRESTASI DAN KESTABILAN

(15%) Pemprosesan dengan cepat, dengan prestasi yang lancar dan responsif.

PENGGUNAAN (15%) Mudah untuk digunakan tanpa arahan yang panjang lebar.

CIRI-CIRI PADA PERANTI

YANG DIGUNAKAN (10%) Penggunaan pada ciri-ciri peranti seperti GPS, NFC, microphone, sensor dan kamera.

TUTORIAL (5%) Membantu pengguna dengan cepat memahami dan mula menggunakan aplikasi dalam

masa yang singkat.

BAHASA (5%) Penggunaan tatabahasa yang jelas, dan mudah difahami.

IMPAK VISUAL (5%) Kesan visual dan imejan yang berkualiti tinggi.

PERSEMBAHAN (25%) Sila Rujuk Jadual 2 : Rubrik Pemarkahan Persembahan “KadazanDusun Mobile Apps” 2019

JUMLAH = 100%

Jadual 1 : Rubrik Pemarkahan Keseluruhan Pertandingan Merekacipta “KADAZANDUSUN MOBILE APPS” 2019

LAMPIRAN 1

POPOGIROT KOUBASANAN KADAZANDUSUN MAYA TEKNOLOGI “PEMANTAPAN BUDAYA KADAZANDUSUN MELALUI TEKNOLOGI”

Jadual 2 : Rubrik Pemarkahan Persembahan “KADAZANDUSUN MOBILE APPS” 2019

PER

SEM

BA

HA

N

Perkara Huraian

PENGENALAN

(10%) Penghormatan protokol, preview, dan kreativiti yang menarik dan ringkas.

GAYA BAHASA

(20%) Mudah difahami, sebutan jelas, nada suara, kelancaran, hentian/jeda dan gramatis.

PENYAMPAIAN

(20%) Mimik muka, kontak mata, pergerakan, cara tersendiri, keyakinan diri dan interaksi dengan audien.

ISI (30%) Idea yang menarik, teratur, jelas, kesinambungan, padat dan sumber rujukan.

PENUTUP (20%) Ulasan jelas, Tumpuan audien, Menarik, Ringkas, Berkesan dan Kreatif.

JUMLAH = 100%

Di hari pembentangan aplikasi, jumlah pembentangan akan diambil kira seperti pemarkahan di Jadual ini.

Jika peserta mendapat jumlah markah 100% untuk Pembentangan, maka peserta akan memperolehi 25%

markah dalam Pemarkahan Keseluruhan seperti dikemukakan dalam Jadual 1.

LAMPIRAN 1

POPOGIROT KOUBASANAN KADAZANDUSUN MAYA TEKNOLOGI “PEMANTAPAN BUDAYA KADAZANDUSUN MELALUI TEKNOLOGI”

SIDMA COLLEGE

NAMA NO. KAD PENGENALAN

NO.TELEFON E-MEL

NAMA APLIKASI

KATEGORI APLIKASI

PENERANGAN APLIKASI

HARI PEMBENTANGAN

BORANG PENYERTAAN

Pertandingan Merekacipta “KADAZANDUSUN MOBILE APPS” 2019

Anjuran KELAB BAHASA KADAZANDUSUN SIDMA COLLEGE

Buku & Rujukan Hiburan Perayaan / Upacara

Pendidikan Perniagaan Permainan Tradisional

Lain-lain (Sila Nyatakan):

Pengakuan Peserta:

Saya mengaku bahawa aplikasi ini memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya juga mengaku bahawa aplikasi ini

merupakan ciptaan saya yang asli dan tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan. Sekiranya terdapat butiran di atas yang meragukan dan

tidak benar, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan ini.

Tandatangan: __________________________ Tarikh: ____________________

*Pembayaran yuran penyertaan (RM50) boleh dibayar kepada KELAB BAHASA KADAZANDUSUN SIDMA COLLEGE melalui perbankan atas talian menerusi nombor akaun CIMB 8008103954

25 MAC 2019 26 MAC2019 27 MAC 2019 28 MAC 2019 29 MAC 2019