pengenalan tugasan 1.docx

13
1.0 PENGENALAN Pemikiran Sejarah merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pendidikan Sejarah. Melalui kemahiran pemikiran Sejarah, pelajar- pelajar dirangsang untuk lebih berfikir secara kritis dan analitis. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian intelek para pelajar dan menjadikan Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang hidup dan tidak lagi membosankan. Seterusnya, pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pelajar berfikir. Menurut Maharom ( 1998 ), hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar. Walau bagaimanapun, pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim, 2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang kaku dan membosankan. Malah ini dapat mendedahkan kepada para pelajar cara seseorang ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti- aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka (Isabel et all. 1997). 2.0 KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH 1

Upload: rosyiaty-cutegirlz

Post on 25-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN tugasan 1.docx

1.0 PENGENALAN

Pemikiran Sejarah merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pendidikan Sejarah.

Melalui kemahiran pemikiran Sejarah, pelajar-pelajar dirangsang untuk lebih berfikir secara

kritis dan analitis. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian intelek para

pelajar dan menjadikan Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang hidup dan tidak lagi

membosankan.

Seterusnya, pendidikan Sejarah adalah satu mata pelajaran yang dapat merangsang

pemikiran dan proses pemikiran secara kritis dan analitis semasa mempelajari mata pelajaran

Sejarah. Oleh itu guru-guru Sejarah memain peranan yang penting untuk menerapkan

pemikiran Sejarah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan

pelajar berfikir. Menurut Maharom ( 1998 ), hanya proses pengajaran dan pembelajaran yang

bermakna sahaja yang boleh merangsang pemikiran pelajar.

Walau bagaimanapun, pendidikan Sejarah hendaklah dilakukan sebagai satu kuasa

yang hidup yang boleh mengaitkan peristiwa masa lalu dengan hakikat semasa (Abd Rahim,

2000). Para pelajar perlu diterapkan dengan dengan konsep pemikiran Sejarah agar dapat

memberi satu persepsi baru kepada minda pelajar bahawa Sejarah bukanlah satu subjek yang

kaku dan membosankan. Malah ini dapat mendedahkan kepada para pelajar cara seseorang

ahli Sejarah itu bekerja melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dibimbing oleh guru mereka

(Isabel et all. 1997).

2.0 KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH

Menurut Marzano et all. (1998) menjelaskan bahawa pemikiran sejarah melibatkan satu set

operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep,

pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan

dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di

peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir

ianya lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu.

Seterusnya, peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan

penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu

beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua

sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Yusof Ibrahim ( 1985 ) menyatakan bahawa sejarah tidak

dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam

1

Page 2: PENGENALAN tugasan 1.docx

akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawa

berkenaan.

Pada pandangan Furet (1983) pula menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu

bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu

lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka

pemikiran sejarah era ‘new history’ ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar

secara kritikal dan analitikal (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami

oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan.

Dengan itu, pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid-

murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari

dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir

yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling

mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. Beliau turut

menyatakan pemikiran Sejarah ialah “goes against the grain of how we ordinally think..”

Manakala pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada

usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan

pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi

penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).

3.0 KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu proses berfikir bagi membolehkan murid-

murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. KPS merangkumi :

3.1 Memahami Kronologi

Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang

mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Selain itu, memahami konsep

masa dan juga memahami konversi masa. Sebagai contoh, murid tahun 4 yang telah

belajar tentang zaman air batu, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan

zaman air batu sejarah seperti perubahan yang berlaku pada zaman air batu. Melalui

pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu

dengan masa kini.

2

Page 3: PENGENALAN tugasan 1.docx

3.2 Meneroka Bukti

Meneroka bukti merupakan kemahiran mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta

membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut. Selain itu, menentukan

signifikan, tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta bagaimana peristiwa itu berlaku di

samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh

guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan murid

berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan awal wujud di tepi

pantai.

3.3 Membuat Interpretasi

Membuat interpretasi bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan

memberi ulasan dan kupasan, membezakan antara tafsiran dengan perspektif dan juga

membuat perbezaan antara fakta sejarah dengan tafsiran sejarah. Dengan itu pelajar

akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik.

Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami

melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup

dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Sebagai contoh murid

dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan

Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini murid telah membuat tafsiran

dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan

Islam.

3.4 Membuat Imaginasi

Membuat imaginasi pula merupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Iaitu dengan

melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa sejarah, membuat imaginasi secara visual dan

juga membuat imaginasi secara empati. Selain itu, ia merupakan satu usaha melibatkan

pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran

imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang

yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat,

contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan

Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada

ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada

kita mengapa tindakan itu diambil.

3

Page 4: PENGENALAN tugasan 1.docx

3.5 Membuat Rasionalisasi

Membuat rasionalisasi melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan

yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, memerlukan

kemahiran mengumpul data, hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat

inferens. Akhir sekali, membuat rasionalisasi melalui kajian sumber sejarah secara kritis.

Contohya, murid-murid perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat

hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang

dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting

daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan

yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Contoh yang boleh diambil

untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan murid-murid untuk membuat penilaian

maklumat tentang kerajaan-kerajaan Melayu awal dan dihubungkaitkan dengan

kehidupan masa kini.

Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan

proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan

membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis,

menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis, memahami dan memberi

penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para

guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu,

secara tidak langsung para pelajar akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan

(Zahara & Nik Azleena, 2007).

Penerapan KPS boleh dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah. KPS juga sesuai

digunakan dalam hampir semua peristiwa sejarah. KPS sesuai digunakan semasa set induksi

bagi merangsang minda murid. Selain itu, KPS juga boleh diterapkan secara sisipan semasa

P&P dan semasa membuat ulangkaji. Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti

enam elemen spesifik dalam disiplin Sejarah bagi membentuk satu rangka kerja tentang

pemikiran Sejarah yang perlu diterapkan kepada para pelajar.

4.0 DISIPLIN SEJARAH UNTUK MEMBENTUK RANGKA KERJA TENTANG PEMIKIRAN

SEJARAH.

4

Page 5: PENGENALAN tugasan 1.docx

4.1 Kepentingan (Significance)

Demi untuk kepentingan sejarah ini, murid-murid perlu mempunyai kemahiran

membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan

kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam

masyarakat tersebut.

Dengan itu, murid-murid disarankan untuk mengkaji sejarah tentang masyarakat,

kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada mereka.

Contohnya dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik (2004) dan oleh

Yeager, Foster dan Greer (2002) mendapati murid amat dipengaruhi oleh identiti

nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting.

4.2 Epistemologi Dan Bukti (Epistemology And Evidence)

Epistemology dan bukti ini melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa

lampau. Apakah bukti yang kita ada ? Sejauhmana bukti tersebut boleh dipercayai?

Bagaimana kita boleh menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza

dan bertentangan.

Misalnya, kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa

hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya

sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai

tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu.

4.3 Kesinambungan Dan Perubahan (Continuity And Change)

Kesinambungan dan perubahan ini menekankan pemahaman tentang perubahan masa

lalu yang merupakan pusat pemikiran Sejarah. Oelh itu, umur merupakan faktor untuk

memahami keadaan ini, iaitu seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami

perubahan yang berlaku pada masa lalu misalnya perubahan dari segi teknologi dan

nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pengkaji yang menolak pendapat ini.

Menurut mereka umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami perubahan masa

lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini pengalaman hidup turut menjadi faktor iaitu golongan

muda yang mengalami pengalaman perang, pelarian, imigran dan mereka yang

5

Page 6: PENGENALAN tugasan 1.docx

kehilangan ibu bapa atau yang berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain

mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang perubahan Sejarah berbanding dengan

mereka yang hidup dalam suasana yang aman.

4.4 Perkembangan Dan Kemerosotan (Progress And Decline)

Unsur ini murid perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami peringkat

perkembangan dan kemerosotan. Dengan itu, dalam peringkat perkembangan hidup

seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan mereka mengalami satu

keadaan yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran Sejarah mereka seharusnya

dapat mengenalpasti atau membezakan kewujudan dua keadaan ini. Ini adalah penting

agar mereka dapat memahami proses yang berlaku dalam peristiwa Sejarah.

4.5 Empati Dan Penilaian Moral (Empathy And Moral Judgement)

Empati dan penilaian moral diperlukan dalam pemikiran sejarah. Tujuannya agar murid-

murid tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa lalu. Malah mereka

seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin tahu tentang peristiwa-

peristiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher Portal(1987), menegaskan bahawa

empati merupakan satu cara pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif

untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah.

4.6 Historical Agency

Elemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa sesuatu

perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai Sejarah dan

memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan kepada rakyat

pada masa kini.

Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka

pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Mempunyai

pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang masa lampau , malah ia

melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa lampau dan sebagai pelaku

pada masa kini.

6

Page 7: PENGENALAN tugasan 1.docx

5.0 PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEJARAH.

Orang ramai berpendapat bahawa, mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau “just tell

stories”. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu cerita jika

diceritakan dengan baik boleh menarik minat murid untuk belajar sejarah. Para sejarawan

sependapat bahawa fakta tidak boleh ‘bercakap’, jadi menjadi tugas sejarawan untuk

membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian sekiranya perlu dan membuat

kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree et all., 1993).

Dengan itu, pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran

pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah peringkat Sekolah

Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran

sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan murid -

murid bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang

paling sukar untuk diajar di sekolah menengah (Sizer, 1984). Hal ini dapat dibuktikan dengan

kaedah pengajaran guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak

mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai (Howard &

Mendenhall, 1982).

Selain itu juga, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992), mendapati

antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar ialah, guru

Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta menggunakan pelbagai teknik dan

kaedah seperti debat, main peranan, demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran

yang aktif ini berkesan kerana ia menyebabkan murid - murid ‘berkomunikasi’ dengan mata

pelajaran tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat murid.

Walau bagaimanapun, untuk menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik

darjah, proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran murid. Ini

boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti,

membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan guru.

Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai

kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka.

Dengan itu, bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan,

pengajaran Sejarah dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif.

7

Page 8: PENGENALAN tugasan 1.docx

Menurutnya lagi Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber

sekunder . Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti mengapa dan

bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut menggunakan kaedah

menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru Sejarah berbeza dengan seorang

sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal adalah untuk memberi makna kepada fakta-

fakta yang diperolehi. Manakala guru Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar

berfikir mengikut pendekatan Sejarah.

Dengan yang demikian, salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah

ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber (bukti)

sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar untuk melakukan

proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar

untuk berhjah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008)

Seterusnya, untuk membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah,

ia memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga perlu

mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Justeru

itu, murid – murid perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bagi menyokong hipotesis

serta sebab dan akibat.

Oleh yang demikian, pemikiran sejarah sebenarnya memerlukan persoalan, yang mana

jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar

atau salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari hipotesis-

hipotesis yang sesuai. Murid perlu menyusun bukti-bukti untuk menyokong hipotesis mereka.

Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt,

1990). Keadaan ini juga memerlukan murid dapat membezakan anatara sebab segara dan

sebab panjang sesuatu peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan

bahawa pemikiran sejarah dapat melatih murid berfikir secara kritis.

6.0 PENUTUP

Olehh itu, berdasarkan apa yang diterangkan tentang pemikiran sejarah, jelas menunjukkan

kemahiran ini perlu dipraktikkan oleh para guru dan pelajar, terutama semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran sejarah. Dengan penerapan kemahiran pemikiran sejarah ini proses

pengajaran dan pembelajaran sejarah menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna.

8

Page 9: PENGENALAN tugasan 1.docx

Sesuai dengan pandangan yang diberikan oleh John Dewey (1966) yang menyatakan

pembelajaran merupakan satu proses yang bermakna (meaningful learning) dan ini bermaksud

pembelajaran bermakna ialah “learning by doing” yang dapat membantu pelajar berfikir dan

membentuk kefahaman tentang sesuatu permasalahan. Kenyataan John Dewey ini bertepatan

dengan konsep pemikiran sejarah yang memerlukan pelajar untuk meneroka, membuat

inferens, interpretasi, dan sebagainya.

Dengan itu, bagi memenuhi objektif pemikiran sejarah, guru sebenarnya memainkan

peranan yang penting untuk menjayakan hasrat ini. Guru seharusnya terlebih dahulu

mempunyai pengetahuan yang tinggi dan mendalam sama ada tentang isi kandungan pelajaran

sejarah atau kemahiran pemikiran sejarah agar guru dapat menerapkan pemikiran ini dalam

kalangan pelajar pula. Menurut Zahara & Nurliah (2009) sekiranya guru mementingkan

pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar

meninggalkan alam persekolahan dan menjejak alaf baru, mereka akan lebih rasa yakin dan

berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran kritis dan kreatif. Sekiranya konsep

pemikiran sejarah ini dapat difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan pelajar ia seterusnya

dapat melahirkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia.

9