pengenalan sukatan

Upload: suzuki6888

Post on 07-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pengenalan Sukatan Pelajaran

TRANSCRIPT

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 1Pengenalan Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Sekolah Rendah

Sipnosis Tajuk pertama ini memberi tumpuan kepada tiga tajuk kecil iaitu Sejarah dan Kepentingan Pendidikan Moral di Malaysia; tajuk kedua ialah Pengenalan kepada Sukatan Pelajaran Pendikan Moral KBSR dan tajuk ketiga ialah Perincian Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR. Dalam tajuk pertama akan dibincangkan tentang mengapa Pendidikan Moral penting dan sejarahnya, manakala tajuk kedua akan dibincangkan tentang matlamat dan objektif Pendidikan Moral, rangka konsep dan organisasi kandungan sukatan pelajaran dan akhirnya dalam tajuk ketiga akan dijelaskan isi kandung salam Sukatan secara terperinci, dengan hasil pembelajaran dan cadangan aktiviti bagi setiap topik pembelajaran.Hasil Pembelajaran1. Mengetahui sejarah dan kepentingan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Moral di sekolah 2. Memahami isi kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR (dan KSSR sebagai isi kandungan tambahan)3. Mengkaji secara terperinci rangka huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral Kerangka konsep tajuk

1.0Sejarah dan Kepentingan Pendidikan Moral di MalaysiaDi Malaysia, pembangunan dan kemajuan Ilmu pengetahuan dan kemahiran diolah dengan baik melalui satu sistem pendidikan yang menyeimbangkan pembangunan dan kemajuan ilmu dengan pembangunan dan kemajuan nilai murni insan. Ini dapat dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bagi mencapai hasrat yang mulia ini, maka sistem pendidikan di negara ini dibentuk bagi melahirkan insan yang berilmu dan beramal dengan nilai-nilai murni mengikut acuannya sendiri. Pembinaan insan yang harmonis boleh direalisasikan melalui pengamalan dan penghayatan nilai-nilai murni. Oleh yang demikian, matapelajaran Pendidikan Moral diperkenalkan kepada pelajar-pelajar bukan Islam dan Pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Islam.Tujuan pendidikan moral adalah untuk membentuk individu yang berperibadi mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai murni masyarakat Malaysia Rakyat. Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang ingin mahu maju dalam semua bidang. Dalam mencapai hasrat ini, rakyat Malaysia akan berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya dalam mengekalkan budaya,adat dan nilai-nilai murni. Oleh itu Pendidikan Moral digubal untuk membentuk masyarakat seperti berikut:1.0.1Mengamalkan Nilai-nilai MurniAsas pendidikan moral adalah amalan nilai-nilai murni. Melalui penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Nilai murni individu wujud melalui ilmu dan kepercayaan agama. Di Malaysia, kepercayaan kepada Tuhan adalah rukun yang perlu diamalkan dan dihayati oleh setiap rakyat di Malaysia. Rakyat negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan Islam merupakan agama rasmi negara, menurut perlembagaan persekutuan perkara tiga(1). Jadi walaupun pelbagai kaum dan agama rasmi Islam, setiap rakyat harus menghormati peraturan ini dan perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang mengajar kita semua hormat-menghormati agama, adat, bahasa dan kepercayaan kaum yang lain. Jadi,pendidikan moral memainkan peranan penting dan besar dalam mencapat matlamat ini.

1.0.2Cinta dan Setia kepada NegaraPendidikan Moral menekankan nilai cinta dan setia kepada negara. Melalui amalan kesetiaan kepada negara, setiap rakyat rela berkorban demi mempertahankan negara daripada anasir luar. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara adalah salah satu faktor yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang laum keturunan, bangsa dan agama.1.0.3Menjunjung Tinggi Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undangPerlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak negara ini.Melalui pendidikan moral, setiap individu dididik untuk menjadi rakyat yang menghormati, menghargai serta memahami perlembagaan negara sebagai satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau pihak. Setiap individu di negara ini dilindungi oleh undang-undang hak dan kebebasan semua rakyat dijamin dan boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang.

1.0.4Bersopan dan BersusilaRakyat negara kita yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan, seharusnya hidup hormat-menghormati antara satu sama lain. Kita harus menghormati budaya seperti pakaian dan perayaan budaya kaum yang lain. Begitu juga halnya dari segi agama dan kepercayaan. Pendidikan moral menekankan semua rakyat negara kita untuk menghormati kepercayaan dan agama kaum lain.

1.0.5Menyahut cabaran 2020Cabaran keempat Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika.Oleh yang demikian Pendidikan moral dalam sistem pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu yang bukan sahaja mempunyai ilmu yang tinggi tetapi juga bermoral dan beretika. selain daripada itu, melalui pendidikan moral juga rakyat yang berbilang kaum dan kepercayaan dapat hidup bersatu padu,rukun damai dan bertolak ansur. keadaan ini bersesuaian dengan cabaran kelima wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat bermoral dan bertolak ansur.1.0.6Mengetahui dan Melaksanakan haknya Mengikut Perlembagaan Hak individu di negara kita telah ditetapkan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Perlembagaan dalam bahagian 2, telah nyatakan tentang kebebasan asasi rakyat negara kita. Kita patut mengetahui hak kita sebagai rakyat Malaysia kerana dengan mengetahui hak kita sebagai warganegara, kita juga dapat menjaga diri kita, masyarakat kita dan harta kita. Kita juga mempunyai kebebasan hidup dengan aman dan sejahtera. Hak dan kebebasan kita dalam perlembagaan negara dengan jelas menjamin kehidupan yang aman dan harmoni. Melaui pendidikan moral, kita dapat mencari dan mengetahui untuk hak kita dan terus mengamalkan nilai-nilai etika supaya kebebasan kita terjamin dan terus kita mempertahankan hak individu.1.0.7Mengetahui dan Melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat

Malaysia Setiap rakyat mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap negara. Kita bertanggungjawab untuk memajukan diri, bangsa dan negara kita. Tanggungjawab utama kita ialah mengekalkan keharmonian dan keamanan serta kemajuan negara kita. Untuk menuju arah tersebut, semua rakyat patut mempunyai semangat dan mengamalkan nilai tolerensi atau tolak ansur antara satu sama lain. Amalan hormat-menghormati dan kejiranan yang tinggi dapat mengekalkan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada keharmonian negara. Melalui pendidikan moral tujuan ini boleh dicapai di kalangan rakyat, jadi pendidikan moral mengajar setiap rakyat mengetahui tanggungjawab terhadap negara.1.0.8Amalan Berbudi BahasaBudi bahasa budaya kita merupakan slogan yang merangkumi nilai-nilai murni yang perlu kita amalkan di negara ini. Nilai-nilai murni dalam amalan berbudi bahasa merangkumi nilai-nilai keikhlasan, kesabaran, tolerensi dan sebagainya. Pendidikan moral dapat membantu kita mengamalkan nilai-nilai berbudi bahasa dan terusnya membentuk masyarakat yang harmoni dan bersatupadu.1.0.9Menjadi Ejen MoralPendidikan Moral boleh melahirkan ejen-ejen moral yang berfungsi sebagai pengamal nilai-nilai murni. Individu yang bermoral dan beretika pada diri sendiri, juga boleh dicontohi oleh orang lain. Individu yang cemerlang bukan sahaja merupakan ejen moral tetapi mereka juga adalah penerima moral yang baik. Oleh yang demikian, pendidikan Moral dalam sistem pendidikan kita menekankan nilai-nilai moral yang diterima oleh semua supaya rakyat negara kita menjadi ejen moral yang dicontohi dan disegani oleh negara lain.1.1Pengenalan sukatan pelajaran Pendikan Moral KBSR & KSSR Matlamat dan objektif Pendidikan Moral

Rangka konsep

Organisasi kandungan sukatan pelajaran

1.1.1Jumlah Bidang dan Nilai yang perlu diajar sepanjang tahun (KBSR)TemaNilai

1. BIDANG PEMBELAJARAN 1 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

PERKEMBANGAN DIRI

1.1Kepercayaan Kepada Tuhan

1.2Kebersihan Fizikal dan Mental

1.3 Harga Diri

1.4 Kerajinan

1.5 Hemah Tinggi

1.6 Kasih Sayang

1.7 Kesederhanaan

1.8 Kejujuran

1.9 Baik Hati

1.10 Berterima Kasih

2. BIDANG PEMBELAJARAN 2 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN KELUARGA

2.1 Kasih sayang terhadap keluarga

2.2 Hormat dan taat kepada anggota

keluarga

2.3 Tanggungjawab terhadap keluarga

3. BIDANG PEMBELAJARAN 3 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN MASYARAKAT

3.1 Tanggungjawab terhadap

masyarakat

3.2 Toleransi dalam ,masyarakat

3.3 Semangat Bermasyarakat

3.4 Peka terhadap isu sosial

4. BIDANG PEMBELAJARAN 4 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN ALAM SEKITAR

4.1 Kebersihan dan keindahan

Persekitaran

4.2 Menyayangi Alam Sekitar

4.3 Peka terhadap Isu Ala, Sekitar

5. BIDANG PEMBELAJARAN 5 :

NILAI BERKAITAN DENGAN

DIRI DAN NEGARA

5.1 Hormat dan setia kepada pemimpin

5.2 Patuh kepada Peraturan dan

Undang-Undang

5.3 Cinta akan Negara

5.4 Keamanan dan

Keharmonian

1.1.2Jumlah Bidang dan Nilai yang perlu diajar sepanjang tahun (KSSR)TAHUNTEMANILAI

TAHUN 1

DIRI SAYA1. Kepercayaan kepada Tuhan

2. Baik hati

3. Bertanggungjawab

4. Berterima kasih

5. Hemah tinggi

6. Hormat

7. Kasih sayang

8. Keadilan

9. Keberanian

10. Kejujuran

11. Kerajinan

12. Kerjasama

13. Kesederhanaan

14. Toleransi

TAHUN 2

SAYA DAN KELUARGA

TAHUN 3

SAYA DAN SEKOLAH

TAHUN 4

SAYA DAN JIRAN

TAHUN 5

SAYA DAN MASYARAKAT

TAHUN 6

SAYA DAN NEGARA

Oleh sebab Pendidikan Moral KSSR telah dilaksanakan bermula tahun 2011 untuk murid Tahun Satu, dan pada tahun yang sama, Pendidikan Moral KBSR masih dilaksanakan untuk murid Tahun 2, 3, 4, 5 & 6, anda dinasihatkan supaya menguasai isi kandungan bagi kedua-dua versi sukatan. Rujuk sukatan pelajaran Pendidikan Moral KBSR dan KSSR, kumpulkan maklumat-maklumat dan buat nota mengenai ketiga-tiga tajuk di atas (iaitu Matlamat dan objektif Pendidikan Moral, Rangka konsep, Organisasi kandungan sukatan pelajaran). Bandingbezakan kedua-dua versi sukatan tersebut. (1 jam)

1.2 Perincian huraian sukatan Pendidikan Moral KBSR.

Tujuan huraian sukatan pelajaran Pendidikan Moral ini ialah untuk membantu guru merancang aktiviti dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan pelajar. Ianya juga sebagai panduan guru melaksanakan Kurikulum Pendidikan Moral di bilik darjah dengan lebih berkesan Perkembangan isi kandungan

Cadangan isu dan situasi

Nilai

Kandungan akademik

Hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti

Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR bagi Tahun 5 dan Tahun 6, serta Pendidikan Moral KSSR bagi Tahun 1 dan Tahun 2, bincangkan kesemua tajuk di atas dan mengumpulkan bahan-bahan berkaitan untuk disimpan dalam Folder P&P Pendidikan Moral ELM3102 anda.(1 jam)

Tajuk 2Persediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral

Sipnosis

Apabila seseorang guru masuk ke dalam kelas, sememangnya anda akan nampak buku tebal yang dibawa bersama, itulah Buku Rekod Mengajar yang dimiliki oleh semua guru di mana tersimpannya Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian dan butiran-butiran mengenai pengajaran dan pembelajaran seperti jadual waktu, senarai nama murid beserta markah dan sebagainya. Kementerian Pendidikan Malaysia mewajibkan semua guru menyediakan butiran-butiran pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap waktu mengajar mengikut jadual waktu sekolah.

Tajuk Kedua ini memerlukan guru menguasai kemahiran menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rancangan Pengajaran Tahunan akan memberikan garis panduan kepada susunan topik-topik yang perlu diajar sepanjang tahun yang dipecah-pecahkan mengikut minggu. Persediaan Rancangan Pengajaran Harian merupakan garis panduan terperinci yang digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.

Hasil Pembelajaran

1.Mengetahui perincian butiran Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester bagi subjek Pendidikan Moral di sekolah, dan boleh merancang pecahan nilai bagi setiap minggu dan semester.

2.Mengetahui perincian butiran Rancangan Pelajaran Harian bagi subjek Pendidikan Moral KBSR (dan KSSR), termasuk penulisan hasil pembelajaran dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku.

Kerangka konsep tajuk

2.1Rancangan Pengajaran Tahunan

Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal tahun sebelum minggu persekolahan pertama bermula. Rancangan Pengajaran Tahunan mempaparkan semua topik dan sub-topik dalam sukatan pelajaran mengikut minggu persekolahan dalam satu tahun. Perancangan agihan topik-topik bagi setiap minggu perlu teliti supaya topik-topik yang luas perlu masa yang lebih lama untuk disampaikan kepada murid, dan P&P semua topik dapat disempurnakan dalam satu tahun. Guru juga perlu merujuk kepada maklumat dalam takwim sekolah seperti cuti sekolah, cuti am, minggu peperiksaan, hari majlis, aktiviti-aktiviti sekolah dan sebagainya, untuk perancangan P&P sepanjang tahun.

2.2Kepentingan Rancangan Mengajar1.Ia merupakan satu panduan kepada guru tentang topik-topik yang hendak disampaikan.

2.Dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar tajuk-tajuk yang hendak diajar.

3.Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik P&P yang sesuai dengan objektif, pengalaman murid, kehendak sukatan dan resos P&P.4.Membantu guru menyediakan bahan dan alat bantu mengajar.

Selain daripada kepentingan Rancang Mengajar tersebut di atas, bincang bersama rakan sejawat sekolah anda, apakah kepentingan lain yang mereka tahu? Bandingbezakan pandangan guru veteren dengan guru permulaan terhadap penulisan Rancangan Mengajar sebagai tugas wajib seseorang guru, dan apakah komen anda sendiri. (1 jam)

2.3Contoh butiran persediaan Rancangan Pengajaran Tahunan

(i) KBSR(rujuk Lampiran 1)

(ii) KSSR(rujuk Lampiran 2)Dengan merujuk kepada Huraian Sukatan Pendidikan Moral KBSR dan KSSR, sediakan satu Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi Pendidikan Moral KBSR Tahun 5 atau Tahun 6, dan satu lagi bagi Pendidikan Moral KSSR Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 atau Tahun 4. Anda boleh minta kebenaran guru Pendidikan Moral di sekolah anda untuk merujuk dan membincangkan RPT yang disediakan oleh mereka pada tahun-tahun lepas.

(1 jam)

2.4Butiran Persediaan Rancangan Pengajaran Harian (KBSR) Pada umumnya RPH (KBSR) perlu mengandungi butiran seperti berikut:

1. Butiran-butiran am tarikh, masa, kelas, bilangan murid, pengetahuan sedia ada, kemahiran berfikir, nilai sampingan dan bantu mengajar.

2. Objektif pengajaran/Hasil Pembelajaran kognitif/ afektif / tingkah laku

3. Strategi pengajaran/aktiviti

4. Langkah-langkah pengajaran Set Induksi, Perkembangan, Penutup.

5. Penilaian Kendiri

Contoh Format Persediaan Mengajar adalah seperti berikut:

Maklumat am yang perlu ada dalam persediaan harian

Mata Pelajaran

Tarikh/Masa

Kelas

Tajuk

Bidang Pembelajaran Rujuk Sukatan Pelajaran Tahunan berkenaan yang mengandungi 5 Bidang Pembelajaran.

Nilai

Sub Nilai - rujuk Sukatan Pelajaran Tahun berkenaan

Hasil Pembelajaran Kognitif. Afektif dan Tingkah Laku

Pengetahuan Sedia Ada

Pendekatan

Bahan Bantu Mengajar

2.5 Contoh Butiran Persediaan Rancangan Pengajaran Harian

(i) KBSR(rujuk Lampiran 3)

(ii) KSSR(rujuk Lampiran 4)Lampiran 4 yang disertakan dalam Modul ini adalah satu contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang ringkas bagi Pendidikan Moral KSSR Tahun 2 (Saya dan Keluarga), ia adalah satu garis panduan mengikut format yang dicadangkan, anda dikehendaki menyediakan merancang secara perinci bagi butiran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dan Elemen Merentasi Kurikulum (EMK). Anda boleh merujuk kepada contoh penulisan dan penjelasan kedua-dua butiran di atas dengan melayar internet, antara laman web berkenaan ialah www.slideshare.net/sealih/emk-dalam-kssr.

(1 jam)

Rumusan

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Mengenal pasti objektif 3 domain dalam Pendidikan Moral iaitu: Kognitif (Pemikiran Moral), Afektif (Perasaan Moral) dan Psikomotor (Tingkah laku Moral).

2. Mengambil semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas seperti cuti, aktiviti sekolah dan peperiksaan.

3. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan kepada murid.

4. Memilih teknik dan sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di samping mencapai hasil pembelajaran yang dirancangkan.

5. Persediaan mengajar harian biasanya mengandungi butiran yang lebih terperinci seperti contoh penggajaran di lampiran.

PAGE 1