pengenalan sukan dan rekreasi

Upload: mazarwan-muhamad

Post on 03-Apr-2018

1.292 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    1/14

    1.0 Pengenalan Sukan dan Rekreasi

    Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,

    keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan

    inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di

    hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau

    laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

    Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan

    manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.

    Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan

    televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

    Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum

    istilah tersebut.

    Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

    Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.

    Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

    Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran

    (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

    Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta

    yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah

    kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan

    seseorang dalam aktiviti sukan.

    Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku

    dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra

    sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    2/14

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    3/14

    Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan

    nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam

    pembentukan personality, pembangunan insane,

    Sukan rekreasi mengalakkan penyertaan ramai dan matlamat akhirnya ialah untuk mencari

    kesejahteraan ( for the sake of participation and fun ). Ia dilakukan atas pilihan sendiri , dan

    boleh menjadi aktiviti individu meskipun biasannya dilakukan secara berkumpulan . aktiviti

    sukan rekreasi disusun atur dalam bentuk pertandingan dan persembahan atau dalam bentuk

    tanpa dirancang .

    Maklumat asas tentang sukan rekreasi amat penting untuk kita mengerti ketepatan identitinya

    dan membantu komunikasi yang konsisten tentangnya di kalangan peserta , pendidik,

    penganjur acara, dan para professional. Sukan rekreasi kadangkala dikenali sebagai sukan

    intramural, program rekreasi , rekreasi fizikal, aktiviti fizikal atau program kecergasan . namun ,

    semua istilah ini tidak memberikan keterangan lengkap dan makna yang sebernya selagi ia

    tidak dinilai dari sesuatu perspektif. Sukan rekreasi dipayungi istilah yang lebih besar seperti

    leisure, rekreasi dan sukan.

    Leisure: leisure bermaksud masa lapang , satu aktiviti atau keadaan dalam fikiran . di

    Malaysia , konsep ini dirujuk sebagai aktiviti masa lapang . kata ini berasal daripada kata

    latin , licere yang bermaksud bebas. Ia kadangkala dikaitkan dengan bahasa peranciz, loisir

    bermaksud loisir bermaksud diizinkan . dapat disimpulkan makna leisure berada dalam

    konteks masa kadangkala disebut masa senggang . masa lapang adalah masa yang

    digunakan oleh seseorang individu atau kumpulan secara sukarela untuk beraktiviti sama ada

    bersukan, berkelah atau bersiar-siar . mereka bebas memilih aktiviti tanpa ada unsure paksaan.

    Rekreasi: istilah rekreasi berasal dari kata latin recreation yang bermaksud restoration /

    recovery. Reakreasi didefinisikan sebagai aktiviti masa lapang yang membina positif sama ada

    berbentuk riadah(aktif) atau santai (pasif) . rekreasi adalah aktiviti yng bertentangan dengan

    kerja. Kerja ertinya mendukung tanggungjawab , memerlukan masa dan tenaga , sedangkan

    rekreasi merupakan aktiviti merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan . empat jenis

    program rekreasi yang utama ialah program social, program kebudayaan , program istimewa

    atau carnival dan program sukan rekreasi.

    Dari perspektif rekreasi , sukan hanyalah satu daripada aktiviti rekreasi fizikal . selain sukan ,

    aktiviti rekreasi meliputi aspek aspek kebudayaan dan social termasuk pendidikan dan

    pelancongan .

    Sukan: asal kata sukan sport ialah daripada perkataan latin, desporto, bermaksud to carry out

    away( melari indahkan) . makna sukan telah berubah mengikut masa . berbagai-bagai istilah

    sukan seperti sukan berprestasi tinggi , sukan massa dan penonton acara sukan

    membezakan jenis dan tahap penglibatan seseorang dalam sukan . sementara sukan dan

    media dan sukan professional membezakan fungsinya.

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    4/14

    3. Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunandomain

    psikomotor, kognitif dan afektif murid

    Sukan rekreasi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan FALSAFAH

    PENDIDIKAN KEBANGSAAN dalam melahirkan modal insan minda kelas pertama yang

    seimbang dari segi jasmani, emsi, rohani, intelek dan rohani (JERIS). Justeru itu, sukan

    rekreasi diselaraskan dengan kurikulum di sekolah. Sukan rekreasi menjadi salah satu

    komponen penting dalam sukatan Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi. Dengan adanya sukan

    rekreasi para murid dapat membina dan mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek

    dan sosial yang sihat.

    Apabila sukan rekreasi menjadi salah satu komponen dalam kurikulum mereka, maka para

    murid haruslah mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Apabila

    seseorang itu mula melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti maka secara automatik ini

    akan menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa sihat dan mereka akan menjauhi diri

    daripada amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.

    Seterusnya, apabila seseorang individu mula untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan rekreasi

    maka dia akan dapat mengawal emosi dia dengan baik. contohnya, apabila individu A berasa

    marah atau hatinya tidak tenteram, pastinya setelah mengambil bahagian dalam sukan rekreasi

    dia pasti dapat menenangkan fikirannya dan membuat keputusan yang baik untuk

    menyelesaikan masalahnya.

    Akhir sekali, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan

    berinteraksi dengan guru ataupun rakan-rakan yang berbilang kaum tanpa sebarang masalah.

    Ini secara tidak lansung dapat membina perpaduan, semangat kekitaan dalam kalangan anak

    murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan rekreasi. Tambahan pula,

    seseorang individu boleh mempelajari nilai-nilai murni secara tidak langsungnya apabila

    mengambil bahagian dalam aktiviti sukan rekreasi yang dianjurkan di sekolah sebagai salah

    satu syarat bagi memenuhi sukatan kurikulum di sekolah.

    Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi

    Kognitif Afektif Psikomotor

    Amalan berfikir

    Proses penerokaan

    Inkuiri penemuan

    Penyelesaian masalah Sikap ingin tahu

    Proses imaginasi

    Permikiran kreatif

    Permikiran kritis Konsep kendiri

    Permahaman kendiri

    Penghargaan kendiri

    Kawalan kendiri

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    5/14

    Emosi Kecergasan

    Kekuatan otot

    Daya tahan otot

    Pengamatan motor

    Aspek Kognitif

    Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta

    menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran

    yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan

    pengukuhan.

    Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat

    dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu

    mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan

    disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar

    membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.

    Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi

    itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi

    kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti

    penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam

    aktiviti pendidikan luar.

    Aspek Afektif

    Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu

    kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan

    sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula

    melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi

    sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab

    akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.

    Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang

    lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang

    berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin

    serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang

    penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya.

    Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan

    secara luaran dan dalaman diri.

    Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial.

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    6/14

    Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi akan menolong individu menyesuaikan diri dengan

    keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi

    pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

    Aspek Kemahiran Psikomotor

    Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu

    dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,

    kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di

    dalam Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar

    melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.

    Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi

    berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses

    pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar.

    Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program

    yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama

    seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.

    Menurut Raddick (1982) Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi adalah sebahagian daripada

    pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya

    menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung

    dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan

    kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Sukan Sepanjang hayat

    dan rekreasi.

    Oleh yang demikian Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi boleh didefinisikan sebagai agenda

    yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal

    yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan

    untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap,

    pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

    4. Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistik dan mampu dilaksanakan di

    sekolah

    SUKAN

    Bola Sepak

    Bola Jaring

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    7/14

    Ragbi

    Sepak Takraw

    Bola tampar L/W

    Badminton L/W

    Ping Pong L/W

    Tennis L/W

    Hoki L/W

    Sofbol L/W

    Squash L/W

    Renang L/W

    Trek Dan Padang L/W

    Bowling L/W

    Bola Keranjang L/W

    Bola Baling L/W

    Memanah L/W

    Bowling Padang L/W

    Catur L/W

    REKREASI

    Sukan Air

    Aktiviti Lasak

    "Wall Climbing"

    Sukan Massa

    Aerobik

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    8/14

    SEJARAH SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

    Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itudidorong oleh perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatanharian (routine) yang dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta

    mengumpul merupakan aktiviti yang popular.

    Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiatcergas dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentinganmenjaga kesihatan. Sejarah perkembangan aktiviti Sukan Sepanjang hayatdan rekreasi dan kecergasan ini akan mengupas aktiviti Sukan Sepanjanghayat dan rekreasi yang pernah dilakukan bermula dari zaman dahulu purbahingga ke zaman moden.

    Zaman Manusia Purba dan Kecergasan

    Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan ketika di

    setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan mengumpul makanan untuk

    terus hidup.

    Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan dalam

    kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali mereka berjaya

    mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan kejayaan itu dengan pelbagai

    http://2.bp.blogspot.com/-mC7ENMBlj8E/T9DGNw22iGI/AAAAAAAAARs/OUvPcu_SgBU/s1600/zaman-purba.jpg
  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    9/14

    aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan dan juga menziarahi komuniti lain untuk bersama

    meraikan kejayaan di tempat lain. Jika dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada

    melibatkan diri dan berpesta. Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan

    konsisten.

    Zaman Neolitik Revolusi Pertanian

    Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya hidup primitif.

    Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian. Manusia tidak lagi berpindah-

    randah kerana amalan pertanian membantu manusia hidup setempat dengan bekalan yang

    ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan

    pertanian atau dikenali sebagai agrarian. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup

    sedentari akibat pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.

    Tamadun Kuno China dan India

    http://3.bp.blogspot.com/-ryH82v5bsUA/T9DG3eBKvCI/AAAAAAAAAR8/hvDuplcEkBA/s1600/images+(56).jpg
  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    10/14

    Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti

    kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan,

    mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ dalaman atau kini

    dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu diperkenalkan sebagai aktiviti yang

    membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya

    dengan pelbagai bentuk pergerakan fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian

    seperti pergerakan kaki yang berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan. Ketika itu

    wujud juga aktiviti kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti.

    Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama Hindu dan

    Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual. Manusia ketika itu

    mengabaikan aktiviti kecergasan.

    Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat dengan

    http://1.bp.blogspot.com/-_iEhHKSR-cA/T9DJF857U7I/AAAAAAAAASU/O6VFfSPApL0/s1600/3456966.gifhttp://4.bp.blogspot.com/-4AC0A6wSMrA/T9DIwcSfxdI/AAAAAAAAASM/_WaMirxGo0A/s1600/draft_lens18029222module152122648photo_1312573548Ancient_China_Map.gif
  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    11/14

    kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah wujud lebih lima ribu

    tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan roh berdasarkan kepercayaan

    falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh Mubaligh Hindu yang hidup dalam kesederhanaan yang

    berteraskan disiplin diri dan bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan

    haiwan dan kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat

    mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka denganalam sekitar.

    Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa program

    kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang paling baik. Yoga

    dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihtan badan.

    Timur Tengah

    Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon, Topikylon,

    Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan tahap kecergasan yang

    tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan

    dengan baik oleh tamadun Parsi. Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat

    supaya mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

    Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika kanak-

    kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui pelbagai latihan

    http://1.bp.blogspot.com/-tgncEJvmt8I/T9DKRev8tPI/AAAAAAAAASc/Lwh1E4gG0zk/s1600/huge.png
  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    12/14

    seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing. Objektif latihan ini

    bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan.

    Zaman Greek Athens

    Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang terkenal dlam

    bidang Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di Sparta

    objektif utama Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi ialah untuk menyumbang kepada

    pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak tertumpu kepada prinsip

    demokrasi.

    Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti kecergasan.

    Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak

    mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda penting sama penting dengan

    kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan mental.

    Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang penting.

    Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan muzik itu untuk jiwa

    mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali Palaestras, ianya merupakan tempat

    untuk remaja lelaki bagi aktiviti Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi. Di Palaestras

    merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan dan gelanggang untuk aktiviti luar

    seperti berlari, gusti dan melompat.

    Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka berlatih ini

    akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua tempat ini latihan

    diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil Paidotribe.

    http://2.bp.blogspot.com/-7D17FMu2axM/T9DK2ILygpI/AAAAAAAAAS0/M2NMbnqXjA8/s1600/greece06.gif
  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    13/14

    PERKEMBANGAN SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI DI MALAYSIA

    Sejarah Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi boleh dibahagikan kepada empat era iaitu:

    1) Zaman sebelum penjajahan British2) Zaman pemerintahan British

    3) Sebelum merdeka

    4) Selepas merdeka

    Zaman Sebelum Penjajahan British

    Ketika zaman sebelum penjajahan British, Negara ketika itu tidak langsung memiliki satu sistem

    pendidikan yang tersusun dan berbentuk formal. Pendidikan ketika itu banyak tertumpu kepada

    kelas-kelas pengajian yang tidak formal seperti kelas agama manakala kedudukan Sukan

    Sepanjang hayat dan rekreasi ketika itu boleh dikatakan tidak diutamakan dan tidak memiliki

    objektif yang jelas.

    Zaman Pemerintahan British

    Pihak British ketika menjajah Tanah Melayu telah mula memperkenalkan sistem pendidikan

    yang diadun dengan pengaruh mereka yang kebaratan. Pendekatan ini banyak tertumpu di

    negeri-negeri selat yang berada dalam taklukan British. Kebanyakan sekolah diurus dan dibuka

    oleh mubaligh kristian dan juga syarikat-syarikat Inggeris.

    Latihan jasmani yang diajar di sekolah-sekolah Melayu diajar bermula dari darjah satu hingga

    empat dan hanya menjadi matapelajaran sampingan. Selepas tahun empat Sukan Sepanjang

    hayat dan rekreasi diajar di Special Mlay Class. Pada tahun 1856, ia diajar di dua buah sekolah

    Melayu di Singapura. Namun, kurikilum Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi adalah terhad

    kerana kerajaan British bersikap sambil lewa.

    Sekolah Cina di Melaka menjadikan Pendidkan Jasmani sebagai matapelajaran pada tahun

    1815. Pada tahun 1819, Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi dijadikan sebagai matapelajaran

    yang diajar di tiga buah sekolah di Singapura. Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi ketika itu

    juga diajar di sekolah menengah rendah seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, dan Muar

    pada tahun 1923-1925. Bermula pada 1930-an Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi mula

    diperkenalkan di sekolah menengah atas seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh.

    Manakala di Melaka dan Pulau Pinang (1816), sekolah Inggeris ditubuhkan dari usaha para

    mubaligh Kristian (Mohd.Soffian et.all, 2003)

    Zaman Sebelum Merdeka

  • 7/28/2019 Pengenalan Sukan Dan Rekreasi

    14/14

    Pada zaman sebelum merdeka sekitar 1930-an, pelbagai usaha giat dijalankan untuk

    menggubal sukatan pelajaran bagi Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi bermula. Isi

    kandungan bagi sukatan pelajaran kebanyakannya mirip sukatan latihan fizikal sekolah-sekolah

    di England. Pada tahun 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah

    menggubal sukatan latihan jasmani. Rentetan terhadap perubahan dasar mulai tahun 1952,

    guru tempatan mula dihantar ke luar negara untuk dilatih sebagai guru. Mereka dilatih dalambidang Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi dan Pendidikan Kesihatan di Kirby Brisnford.

    Zaman Selepas Merdeka

    Pada zaman selepas merdeka, sukatan pelajaran Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi yang

    dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris digunakan pada tahun 1950-an dengan

    beberapa penyesuaian dan pindaan. Sukatan ini dikaji semula dan dalam tahun 1966,satu

    sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan telah disiapkan. Sukan Sepanjang hayat dan

    rekreasi mula diberi penghargaan pada tahun 1960 apabila Maktab Perguruan Ilmu Khas

    memulakan kursus Tambahan Setahun Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi. Kursus ini

    diperluaskan untuk kaum wanita dalam tahun 1961.(Mohd.Soffian et.all, 2003)

    Dalam tahun 1971, sukatan pelajaran Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi mula disemak

    sekali lagi dan dikeluarkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Wee

    Eng Hoe,1998). Sukan Sepanjang hayat dan rekreasi telah digabungkan pula dengan pelajaran

    kesihatan, gabungan kedua-dua matapelajaran ini kemudiannya dijadikan sebagai satu

    matapelajaran teras yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.