perkhemahan sukan dan rekreasi semester 3

34
PERKHEMAHAN SUKAN DAN REKREASI SEMESTER 3 TAMAN NEGARA KUALA TAHAN, JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR 19 – 22 SEPTEMBER 2011 Saya mulakan coretan diri penuh marhaen ini dengan Bismillah seribu kali jua, menadah tangan memohon keampunan dan rahmat kehadrat Ilahi moga setiap apa yang tercatat di helaian-helaian kertas ini merupakan coretan yang berupa ilmu dan perkongsian pengalaman yang maha karya buat semua pembaca dan pencinta alam. Saya panjatkan jua sejuta rasa kesyukuran yang tidak ada penghujungnya buat Allah S.W.T yang telah memanjangkan usia saya sehingga hari ini yang membolehkan saya berkongsi sedikit rasa dan luahan yang selama ini tersirat di lubuk hati yang sangat dalam, semoga apa yang akan disebutkan nanti mampu melonjakkan diri saya dan para pembaca kearah sifat-sifat seorang bakal pendidik dan manusia yang mempunyai harga diri yang tinggi. Secara peribadinya, saya telah guguskan catatan reflektif saya ini kepada beberapa bahagian seperti yang dinyatakan seperti berikut, agar catatan ini lebih tersusun mengikut kehendak dan membolehkan saya menulis dengan lebih lancar dan berkesan: Bahagian A – Catatan semasa program Bahagian B – Kekuatan program yang dikenalpasti Bahagian C – Kelemahan program yang dikenalpasti Bahagian D – Saranan pendapat / perkongsian idea Bahagian A – Catatan Semasa Program Taman Negara Kuala Tahan merupakan destinasi kedua saya selepas menyambut perayaan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di Kuala Lumpur. Menyedari bahawa saya akan melaksanakan aktiviti perkhemahan sukan dan rekreasi selama empat hari di sana, maka

Upload: chad-hayes

Post on 30-Dec-2015

95 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sem 3

TRANSCRIPT

Page 1: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

PERKHEMAHAN SUKAN DAN REKREASI SEMESTER 3

    TAMAN NEGARA KUALA TAHAN,

        JERANTUT, PAHANG DARUL MAKMUR

  19 – 22 SEPTEMBER 2011

Saya mulakan coretan diri penuh marhaen ini dengan Bismillah seribu kali jua, menadah

tangan memohon keampunan dan rahmat kehadrat Ilahi moga setiap apa yang tercatat di

helaian-helaian kertas ini merupakan coretan yang berupa ilmu dan perkongsian pengalaman

yang maha karya buat semua pembaca dan pencinta alam. Saya panjatkan jua sejuta rasa

kesyukuran yang tidak ada penghujungnya buat Allah S.W.T  yang telah memanjangkan usia

saya sehingga hari ini yang membolehkan saya berkongsi sedikit rasa dan luahan yang

selama ini tersirat di lubuk hati yang sangat dalam, semoga apa yang akan disebutkan nanti

mampu melonjakkan diri saya dan para pembaca kearah sifat-sifat seorang bakal pendidik

dan manusia yang mempunyai harga diri yang tinggi. Secara peribadinya, saya telah

guguskan catatan reflektif saya ini kepada beberapa bahagian seperti yang dinyatakan

seperti berikut, agar catatan ini lebih tersusun mengikut kehendak dan membolehkan saya

menulis dengan lebih lancar dan berkesan:

Bahagian A –   Catatan semasa program

Bahagian B –   Kekuatan program yang dikenalpasti

Bahagian C –   Kelemahan program yang dikenalpasti

Bahagian D –    Saranan pendapat / perkongsian idea

Bahagian A – Catatan Semasa Program

            Taman Negara Kuala Tahan merupakan destinasi kedua saya selepas menyambut

perayaan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di Kuala Lumpur. Menyedari bahawa

saya akan melaksanakan aktiviti perkhemahan sukan dan rekreasi selama empat hari di

sana, maka semestinya semua kelengkapan dan peralatan telah dipastikan supaya dibawa

bersama-sama semasa perkhemahan sedang berlangsung. Apabila menyebut destinasi yang

akan saya kunjungi bagi melaksanakan perkhemahan sukan dan rekreasi ini, iaitu Taman

Negara, maka akan terbayang di kotak fikiran saya bahawa tempat tersebut merupakan suatu

Page 2: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

kawasan hutan yang semestinya dijaga dengan begitu baik oleh pihak kerajaan-statusnya

Taman Negara. Malahan, amat teruja juga apabila kami sebulat suara menetapkan destinasi

untuk perkhemahan kami di sana. Secara jujurnya, inilah lawatan pertama saya di Taman

Negara Kuala Tahan sepanjang saya melapor diri di Institut Pendidikan Guru Kampus

Tengku Ampuan Afzan ini.

            Melihat suasana di Kampung Kuala Tahan sungguh mendamaikan hati. Hal ini

disebabkan oleh pemandangan hutan lipurnya yang dijaga dengan baik serta panorama

sekitar kuala sungai Tembeling yang mengasyikkan dan menyejukkan hati apabila

dipandang. Waktu awal pagi dan lewat petang yang disediakan untuk masa rehat saya

gunakan untuk berada di beranda rumah penginapan memandang setiap apa yang terlintas

di hadapan mata. Suka sekali untuk saya kongsikan di sini sedikit suasana yang dapat saya

imbas kembali apabila menghabiskan masa merenung dan menilai hasil ciptaan Tuhan

apabila berada di Kuala Tahan baru-baru ini. Pada hemat dan pandangan saya, Kuala Tahan

ini semestinya menjadi tarikan ramai pelancong bukan sahaja dari dalam malahan dari luar

negara. Apabila saya menjejakkan kaki di Kampung Kuala Tahan ini, saya telah mendapati

bahawa terlalu ramai pelancong asing dari Eropah dan seluruh dunia termasuk dari China,

Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat malah dari pelbagai ceruk serta pelusuk tanah air

yang berpusu-pusu datang mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan ini. Hal ini telah jelas

membuktikan kepada kita semua bahawa Taman Negara Kuala Tahan juga merupakan

destinasi pilihan pelancong asing daripada seluruh dunia dan Taman Negara Kuala Tahan ini

tidak harus dipandang enteng oleh sesiap jua.

            Selain mendapati bahawa kawasan ini sangat kaya dengan kunjungan para

pelancong dari seluruh dunia, saya juga dapat membuat refleksi berkaitan penduduk di

kawasan Kuala Tahan. Rata-rata penduduk yang saya sempat perhatikan merupakan

penduduk asal di kawasan ini. Mereka lebih bergiat aktif dalam aktiviti perniagaan dan

pengusahaan gerai-gerai makanan secara ‘restoren terapung’ yang diletakkan di sepanjang

Sungai Tembeling. Ada juga dalam kalangan penduduk yang saya perhatikan melakukan

aktiviti perniagaan di kedai-kedai runcit di sepanjang jalan menuju ke jeti. Semua ini

semestinya merupakan aktiviti harian penduduk di sini sebagai punca utama ekonomi

mereka. Tidak lupa juga para pengusaha bot-bot kecil dan bot-bot penumpang yang selama

ini bertungkus lumus sebagai wadah penyatuan dua kawasan- Kuala Tahan dan Taman

Negara yang saban hari tanpa penat dan lelah dan tanpa rasa jemu terus memandu bot

Page 3: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

seawall jam enam pagi setiap hari sehingga larut malam semata-mata bagi kemudahan para

pengguna bot dan para pengunjung Taman Negara. Apabila menyentuh soal bot yang

beroperasi di sini, ia merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga buat saya sendiri.

Bukanlah bermaksud saya tidak pernah menaiki bot selama ini kerana seawall usia enam

tahun, saya telah merasai keadaan menaiki bot menelusuri arus sungai yang deras. Namun,

menaiki bot di Kuala Sungai Tembeling ini membuatkan hati kian terpaut. Setiap hari, saya

dikejutkan daripada tidur oleh kebisingan bunyi enjen bot yang berlegar-legar seawall jam

enam pagi setiap hari. Saya dapat bayangkan bahawa penduduk di sini akan merasai

keadaan yang sama dengan saya kerana mereka telah berada di sini sekian lama.

            Tidak dapat dilupakan juga pengalaman merasai suasana hening pagi di sungai

Tembeling – kerana tempat penginapan kami amat hampir dengan sungai tersebut. Setiap

pagi sebelum sesi senaman dilakukan, saya semestinya akan duduk di bangku berdekatan

dan merenung kearah sungai. Ternyata banyak yang dapat diperhatikan apabila berada di

sana saban hari. Dari jauh, saya dapat perhatikan gelagat para nelayan yang kerap kali

melambung pukatkan di dalam sungai bagi mencari ikan. Mungkin di fikiran saya ketika itu

merasakan bahawa mereka juga merupakan antara pengusaha restoren terapung yang

berada di sepanjang sungai, atau mungkin juga mereka merupakan antara penduduk di

Kampung Kuala Tahan ini yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara pukat setiap

pagi. Mereka akan berada di atas bot persendirian mereka dan hanya melakukan kerja-kerja

harian mereka tanpa mempedulikan orang lain. begitu juga keadaannya apabila saya

memerhatikan bahawa di kawasan Kampung Kuala Tahan ini, begitu ramai pengusaha yang

mengambil peluang keemasan untuk mendirikan rumah-rumah tumpangan serta tempat-

tempat kediaman untuk para pelancong. Mereka telah memberikan pelbagai nama mengikut

pengusaha masing-masing, sehingga ada antara rumah yang diberi sewa untuk pelancong

daripada rumah kos yang begitu rendah sehinggalah rumah atau bilik yang diberi sewa

dengan kos yang sangat mahal. Hanya terpulang kepada para pengunjung untuk memilih

tempat penginapan yang diingini untuk bermalam.

            Berhampiran kawasan penginapan kami ini juga, saya telah mendapati bahawa

terdapat sebuah sekolah rendah yang telah lama didirikan di sini. Sekolah Kebangsaan Kuala

Tahan merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kapasiti pelajar yang sederhana dan

kebanyakan pelajarnya adalah anak-anak penduduk di kawasan ini. Hampir setiap pagi ketika

saya dalam perjalanan solat Subuh atau Maghrib, saya akan berjumpa dengan para pelajar

Page 4: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

sekolah ini. Apa yang harus dibanggakan di sini ialah sahsiah dan budi pekerti yang diajar

serta ditunjukkan oleh mereka kepada para pelancong sangatlah membanggakan. Apabila

berjumpa dengan pelancong misalnya, mereka tanpa segan dan silu akan memberi salam

dan memberi senyuman paling manis buat kami para pelawat. Hal ini sedikit sebanyak

membuatkan saya sangat terpegun dengan kehalusan budi dan ketinggian akhlak yang

mereka tunjukkan. Jarang sekali kita dapat berjumpa dengan para pelajar yang diasuh sejak

kecil untuk menghormati orang lain apabila bertemu. Semestinya kejayaan harus diberikan

kepada para pendidik di sana kerana mampu membentuk akhlak dan sahsiah para muridnya

dalam memberikan layanan mesra kepada para tetamu yang berkunjung di sana.

            Kami mulakan aktiviti pada malam pertama kami di sana dengan pengembaraan

penuh bermakna, iaitu Night Jungle Walk. Aktiviti ini merupakan julung-julung kali yang

pernah saya sertai iaitu berjalan di dalam hutan pada waktu malam. Saya bersama Sembilan

orang rakan kumpulan ditemani oleh seorang pemandu pelancong yang ditugaskan khas

untuk menjaga kumpulan kami sepanjang program ini berlangsung di sini. Pengelaman

ditemani oleh Abang Dabang yang berkhidmat di Taman Negara membuatkan saya berasa

sangat selesa dengan segala penerangan dan penceritaannya sepanjang perjalanan kami

memasuki hutan pada waktu malam. Tujuan kami mengadakan aktiviti ini adalah untuk

memerhatikan hidupan-hidupan hutan pada waktu malam, termasuklah binatang-binatang

seperti serangga dan turut disertai juga dengan hidupan-hidupan liar yang berkeliaran di

dalam hutan pada waktu malam. Perjalanan yang mengambil masa selama hampir empat

jam memasuki hutan pada malam pertama saya di sana digunakan dengan sebaiknya.

Dalam perjalanan menuju masuk ke hutan, Abang Dabang telah menunjukkan kepada

kumpulan kami seekor kala jengking yang berwarna hitam yang sedang berada di bawah

akar sebatang pokok. Kala jengking tersebut atau nama lainnya “black scorpion” ini sangat

besar jika diperhatikan dari jarak yang dekat. Binatang ini sangat sensitive terhadap tindak

balas cahaya keatasnya. Apabila disuluh, ia akan undur semula di dalam akar pokok tersebut

seolah-olah sangat takut kepada kami. Pengalaman berharga ini digunakan dengan sebaik

mungkin untuk memerhatikan hidupan ini secara lebih terperinci.

            Selain itu, keadaan kawasan hutan yang basah juga sedikit sebanyak mempengaruhi

binatang-binatang kecil seperti pacat untuk semakin aktif dengan kehadiran manusia. Pacat-

pacat ini akan sentiasa merayap di atas tanah mencari mangsanya. Tambahan itu juga, saya

turut merasai pengalaman yang paling berharga iaitu merasai bunyi-bunyi serangga hutan

Page 5: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

yang sangat aktif pada waktu malam. Hal ini termasulaklah serangga-serangga yang

mengeluarkan bunyi yang sangat nyaring yang sentiasa berada di batang-batang pokok dan

tidak dilupakan juga saya telah menjumpai seekor semut yang sangat besar. Dikatakan

bahawa semut ini merupakan semut dagaing, iaitu spesies semut hutan yang aktif pada

waktu malam. Ia tidaklah berbahaya, tetapi jika digigit oleh semut ini, bukan sahaja akan

bengkak, tetapi isi juga akan terkoyak kerana gigitan semut yang besar ini. Digambarkan

bahawa saiz semut ini menyamai sebesar ibu jari tangan saya dan berwarna hitam.

            Walau bagaimanapun, tujuan kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan

setiap kumpulan hanya disertai oleh sepuluh orang sahaja dilihat sebagai wadah untuk kami

untuk bersama-sama memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Hal ini dibuktikan

bahawa kami sangat bertoleransi dan bekerjasama dalam setiap apa yang kami lakukan

sepanjang program ini berlangsung. Saya juga dapat melatih diri saya agar sentiasa percaya

kepada ahli kumpulan. Semasa perjalanan memasuki hutan pada waktu malam ini, pelbagai

rintangan terpaksa kami hadapi termasuklah jalan merentasi hutan itu berlopak dan sangat

licin, disertai pula dengan segala hidupan di atas tanah seperti pacat yang sentiasa mencari-

cari mangsanya dan keadaan laluan yang telah rosak yang mampu membahayakan setiap

orang yang melalui jalan berkenaan. Namun, hasil daripada kepercayaan kepada ahli

kumpulan yang kami terapkan bersama-sama semasa melaksnakan aktiviti ini, kami mampu

menghadapai setiap ujian dan rintangan ini dengan berkesan dan sebaiknya. Peluang untuk

bekerjasama dalam satu kumpulan ini juga menggambarkan betapa hubungan yang terjalin

dengan pemandu pelancong yang ditugaskan untuk membawa kami sepanjang program ini

semakin erat. Kami dapat saling bertukar-tukar pandangan, memberikan pendapat dan

berkongsi pengalaman dan idea bersama-sama pemandu pelancong bagi kumpulan kami.

Hal ini menggambarkan bahawa saya dan ahli kumpulan mampu membentuk suatu

ukhuwwah yang erat dan mantap walaupun hanya sehari baru kami temui.

            Selain Night Jungle Walk, aktiviti terpilih yang dirasakan perlu untuk saya kongsikan

di sini ialah pengalam paling berharga semasa melakukan aktiviti Jungle Trekking bersama

kawan-kawan memasuki Taman Negara Kuala Tahan. Perjalanan sepanjang 9 jam ini kami

gunakan dengan sebaik yang mungkin. Ini merupakan pengalaman jungle trekking saya yang

kedua kalinya. Saya pernah melakukan aktiviti jungle trekking semasa berada di Gunung

Senyum semasa kursus kepimpinan beberapa bulan yang lalu. Namun, pengalaman pada

kali ini yang saya peroleh di Hutan Simpan Taman Negara ini merupakan suatu pengalaman

Page 6: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

yang paling mencabar dan sukar setakat ini. Pengembaraan yang bermula seawall jam 8 pagi

itu diisi dengan taklimat daripada pemandu pelancong yang membawa kami. Dalam

perjalanan memasuki hutan (jungle trekking) ini, kami telah diperkenalkan dengan pelbagai

jenis tumbuhan hutan dan bunga-bungaan yang hidup subur di dalam hutan. Antara pokok

yang sempat saya kenal ialah pokok meranti, pokok ipoh, pokok cengal, pokok yang

mengelurkan bunga yang sangat cantik sehinggalah pokok yang boleh dikerat batangnya dan

diambil air di dalamnya untuk diminum. Namun awas, bukan semua pokok yang terdapat di

dalam hutan ini sesuai untuk kegunaan kita. Saya juga sempat mengenali jenis tumbuhan

yang mempunyai racun yang mampu membunuh haiwan jika terkenanya.

            Pengalaman mengenali jenis-jenis tumbuhan hutan ini telah menggambarkan kepada

diri saya bahawa terdapatnya jenis-jenis tumbuhan di dalam hutan ini yang sememangnya

memberikan banyak faedah dan kelebihan kepada kehidupan manusia secara amnya.

Penaglaman yang paling bermakna ini juga saya dapati semasa saya berjalan bersama-sama

para pensyarah pengiring di belakang. Hal ini disebabkan oleh saya adalah daripada

kumpulan ke-10 iaitu kumpulan terakhir dalam ekspedisi ini. Selain itu, pengalaman lain yang

dapat saya perolehi semasa melaksanakan aktiviti ini juga ialah semasa membantu salah

seorang kawan saya yang sangat gayat dan takutkan suasana yang tinggi. Saya terpanggil

untuk membantunya di sepanjang perjalanan kami merentasi Bukit Terisek dan sehinggalah

di lubuk yang kami telah jalankan aktiviti “water confidence” semasa berada di sana. Dalam

pengalaman membantu kawan saya yang sangat gayat ini, saya telah menggunakan tali botol

air yang dibawa bersama untuk membolehkannya memegang pada tali tersebut untuk

menuruni cerun yang sangat tinggi. Dalam pengalaman ini, saya menyedari bahawa kita

seharusnya bersikap lebih terbuka untuk membantu siapa sahaja yang berada dalam

kesusuahan dan difikirkan memerlukan bantuan yang sewajarnya. Hal ini juga sangat

mendidik diri saya sendiri agar bersikap empati kepada orang lain.

            Pengalaman seterusnya ialah semasa berjalan menelusuri “Canopy Walkway” sejauh

530 meter. Perjalanan kanopi yang disediakan ini merupakan perjalanan pertama kali saya

dalam hidup. Sangat mencabar dan menguji kekentalan mental dan fizikal secara amnya.

Perjalanan kanopi ini merupakan suatu jalan yang disediakan dengan berkonsepkan titian

gantung yang hanya menggunakan papan sebagai lantai pemijak, jaring di kiri dan kanan dan

tali yang disertakan bersama jaring. Perjalaan kanopi ini juga disediakan dalam ketinggian

yang sangat tinggi – iaitu pada paras ketinggian kanopi hutan, atau ketinggian paling atas

Page 7: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

dalam ukuran hidupan hutan. Merentasi perjalanan kanopi ini juga, saya dapat melihat dari

atas ke bawah sehingga melihat pelbagai panorama dari atas. Keseluruhan hutan di Taman

Negara ini dapat dilihat semasa berada di perjalanan kanopi ini. Keadaan hutan dan lantai

hutan juga sayup-sayup dapat dilihat semasa berada di atas titian kanopi. Saat ini, terbayang

di sudut hati saya, bahawa betapa kerdilnya manusia di sisi Tuhan yang Maha Esa. Saya

berjalan merentasi titian kanopi ini sepanjang 860 langkah yang saya kira sendiri di dalam

hati.

            Selain daripada pengalaman yang telah disebutkan di atas, perlu juga saya sebutkan

di sini bahawa aktiviti simulasi khemah juga merupakan salah satu program yang perlu diberi

perhatian oleh semua peserta termasuklah diri saya sendiri. Apa yang boleh saya pelajari

daripada aktiviti simulasi khemah – memasang dan membuka semula khemah yang telah

dipasang ini ialah dapat mengetahui teknik dan cara-cara pemasangan khemah yang

sepatutnya. Dalam hal ini, aspek mengetahui setiap cara, langkah dan prosedur yang betul

dalam memastikan khemah dipasang dengan baik dan sempurna adalah penting bagi

menjamin keselesaan dan keselamatan para pengguna. Semasa aktiviti ini diadakah juga,

didapati setiap peserta sibuk memasang khemah masing-masing tanpa menghiraukan teknik

dan peraturan memasang khemah dengan betul. Impaknya, setelah khemah siap dibina,

maka masing-masing kelihatan agak gembira dengan khemah yang telah didirikan tetapi

tidak mengetahui risiko khemah yang telah dibina kerana gagal menepati unsur-unsur dan

peraturan memasang khemah yang telah ditetapkan. Oleh sebab khemah yang dibina gagal

menepati kriteria keselamatan yang telah ditetapkan, maka para fasilitator  telah

mengarahkan kami membuka semula khemah dan membina semula berdasarkan konsep

keselamatan yang betul dan sempurna.

            Tambahan itu juga, aktiviti lain yang telah saya laksanakan bersama-sama rakan-

rakan yang lain ialah aktiviti air iaitu “Rapid Shooting”. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti

yang dikira sangat menarik kerana saya dan rakan-rakan dibawa menaiki bot penumpang

yang memuatkan seramai 12 orang setiap bot (mengikut kumpulan masing-masing).

Perjalanan menaiki bot selama lebih 40 minit menelusuri Sungai Tembeling ini sebenarnya

menuju ke perkampungan orang asli kaum Batek di salah satu kawasan di sepanjang sungai

tersebut. Semasa menaiki bot tersebut, pengalaman berharga yang saya perolehi ialah bot-

bot yang kami naiki salaing berlumba antara satu sama lain dengan dikawal oleh pemandu

bot yang berpengalaman dan dibantu oleh pemandu pelancong. Abang pemandu pelancong

Page 8: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

telah membasahkan kami dengan ‘pertarungan bot’ dengan menahan air dengan pendayung.

Bot-bot dari pasukan lawan juga melakukan hal yang sama. Saya sangat gembira kerana

inilah kali pertama saya dibasahkan oleh orang lain semasa menaiki bot laju ini.

            Kami tiba di perkampungan orang asli setelah hampir 45 minit menaiki bot sepanjang

Sungai Tembeling. Banyak perkara baharu yang dapat saya pelajari semasa berada di

perkampungan orang asli ini. Untuk catatan di sini, orang asli ini berasal daripada suku kaum

Batek. Saya telah mempelajari beberapa perkara misalnya cara-cara menyumpit dengan

betul, cara menghidupkan api tanpa menggunakan mancis, cara membuat sumpit dan kami

juga turut diperkenalkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat racun di mata sumpit

dan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu sumpit dengan baik. Setelah

selesai sesi penerangan tersebut, saya dan rakan-rakan diberi peluang untuk meninjau setiap

rumah yang didiami oleh warga orang asli di sini dan melihat corak kehidupan mereka

dengan lebih dekat. Di sini, saya dapat mempelajari beberapa perkara iaitu kita seharusnya

lebih bersyukur kerana telah dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan hidup dengan

segala kesempurnaan selama ini. Bersyukur di sini bermaksud kita mestilah menggunakan

setiap peluang dan ruang yang ada untuk bersama-sama membantu golongan yang

memerlukan untuk membangunkan negara dengan lebih sempurna.

Bahagian B – Kekuatan Program Yang Telah Dikenalpasti

            Setelah memikirkan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan dalam program

Perkhemahan Sukan dan Rekreasi ini, saya telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan

daripada program ini adalah seperti berikut:

Page 9: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

1. Setiap aktiviti yang dijadualkan dilaksanakan dengan sempurna dan mampu

memberi pengalaman baharu kepada semua peserta yang terlibat.

2. Aktiviti yang dilaksanakan didapati menepati kehendak dan matlamat

pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani (Sukan dan Rekreasi) kerana

semua aktiviti yang diadakan adalah bersifat santai dan tanpa tekanan

kepada mana-mana peserta.

3. Aktiviti yang dilaksanakan dalam program perkhemahan ini didominasi oleh

aktiviti berasaskan kecergasan mental dan fizikal. Misalnya aktiviti kanopi

walk, ia lebih menguji kecerdasan mental para peserta kerana semua

peserta dipaksa melawan sifat takut dan gerun untuk melalui titian

tersebut. Begitu juga dengan aktiviti ‘junggle trekking’, ia lebih menguji

kekentalan dan kecergasan fizikal para peserta supaya semua peserta

dapat menamatkan aktiviti dengan keadaan yang selamat.

4. Pihak yang telah dilantik untuk menguruskan peserta sepanjang program

mampu menanamkan sifat keterbukaan dan mampu ‘berkawan’ dengan

semua peserta sepanjang program berlangsung.

5. Semua pemandu pelancong yang diberi tanggungjawab membantu peserta

sepanjang program mampu memberikan pendedahan dan perkongsian ilmu

bersama para peserta mengenai sesuatu perkara

Bahagian C – Kelemahan Program Yang Telah Dikenalpasti

            Selain kekuatan yang telah disenaraikan di atas, saya juga telah dapat mengenalpasti

beberapa kelemahan yang telah timbul sepanjang program berlangsung. Antaranya adalah

seperti berikut:

1. Senarai aktiviti yang terdapat dalam tentative program sangat longgar. Hal

ini adalah disebabkan para peserta terlalu diberi banyak masa untuk

berehat. Hal ini bermaksud, masa rehat bagi semua peserta terlalu lama

pada waktu tengah hari.

2. AJK Makanan dilihat gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka

dengan baik. Hal ini adalah kerana terlalu kerap berlaku rungutan daripada

para peserta sendiri apabila tibanya waktu makan. Para pelajar akan

bersesak-sesak di tempat mengambil makanan, kerana AJK Makanan gagal

memberikan maklumat secara terperinci berkaitan waktu makan yang

sebenar. Hal ini berikutan terdapatnya pertindihan waktu makan antara

lelaki dan peserta perempuan. AJK Makanan juga dilihat gagal

membahagiakan makanan secara adil kepada para peserta kerana terdapat

peserta yang merungut apabila mendapat lauk yang sedikit manakala ada

yang mendapat lauk lebih. Kredibiliti AJK Makanan dalam hal ini

dipersoalkan.

3. AJK Keselamatan didapati tidak memainkan peranan yang sebaiknya

semasa program dilaksanakan. Contohnya, jadual penjaga malam secara

bergilir-gilir gagal dilaksanakan kerana semua peserta hanya tidur di dalam

bilik yang telah disediakan. Oleh yang demikian, adalah sesuai bagi hemat

saya bahawa AJK Keselamatan ini lebih menumpukan tugas-tugas

keselamatan yang lain.

Page 10: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

4. AJK Kerohanian juga dilihat gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab

dengan sempurna. Jadual imam dan bilal bagi setiap kali solat gagal

dilaksanakan. Hal ini juga mungkin disebabkan oleh para peserta yang solat

secara bersendirian di dalam bilik dang ingkar arahan yang diberikan

sebelum ini iaitu solat secara berjemaah di surau. Sebaiknya, masa-masa

terluang selepas setiap kali solat diisi dengan slot-slot keagamaan dan

tazkirah. Tambahan itu juga, AJK Kerohanian bagi pelajar non-muslim

didapati TIDAK melaksanakan tanggungjawab langsung. Saya dapati

bahawa tiada sebarang aktiviti kerohanian sepanjang program

perkhemahan ini berlangsung. Oleh yang demikian, para pelajar non-muslim

gagal untuk bangun lebih awal pada setiap pagi. Hal ini akan lebih

menyukarkan AJK lain untuk melaksanakan tanggungjawab kerana semua

peserta akan lewat untuk turun bagi slot senaman pagi.

5. Aktiviti yang penting – Ikhtiar Hidup tidak disenaraikan dalam aktiviti

sepanjang kami berada di sini. Kami percaya bahawa para fasilitator yang

telah dilantik mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ini, tetapi

malangnya slot tersebut tidak disediakan untuk diajara dan diberi

pendedahan kepada kami, sedangkan item ini turut disenaraikan dalam

sukatan pelajaran ini.

6. AJK Aktiviti juga didapati terdapat sedikit kepincangan kerana pada hemat

saya, sebelum memulakan setiap aktiviti, seharusnya ajk yang terlibat

memberikan sesi taklimat atau penerangan ringkas kepada semua peserta

berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Terdapat peserta yang

menimbulkan rungutan ini kerana tidak pasti aktiviti apakah yang akan

dilaksanakan berikutnya dan mereka terpaksa kerap merujuk pengerusi

atau naib pengerusi. Sepatutnya tugas ini dilaksanakan dengan begitu teliti

oleh ajk dan ahli-ahli yang terlibat.

7. Terdapat juga arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pengerusi

perkhemahan tidak diikut sepenuhnya oleh sesetengah peserta

perkhemahan. Contohnya, arahan untuk bersedia lebh awal dan menepati

masa yang telah ditetapkan dilihat kurang berkesan. Begitu juga terdapat

dalam kalangan peserta yang merokok tanpa segan silu walaupun

diperhatikan oleh pensyarah. Saya secara peribadinya amat terkilan dengan

situasi ini dan berharap AJK Disiplin dan Tatatertib memainkan peranannya

secara lebih progresif pada masa-masa yang akan datang.

Bahagian D – Saranan Pendapat / Perkongsian Idea

            Pada hemat saya selaku peserta program perkhemahan sukan dan reklreasi ini, saya

melihat bahawa keseluruhan program yang dianjurkan di Taman Negara Kuala Tahan ini

dapat dijayakan dengan sempurna. Hal ini adalah disebabkan oleh kesepaduan antara

peserta yang telah ditunjukkan dan membuatkan hati saya begitu yakin bahawa akan ada lagi

unit-unit selepas ini yang akan menganjurkan program seumpamanya di tempat yang sama.

Akan tetapi, bagi menampakkan hasil yang lebih memberangsangkan, beberapa perkara

susua;an mestilah dilaksanakan supaya beberapa kelemahan yang disenaraikan dapat

diatasi dengan sebaik yang mungkin. Hal ini termasuklah memperkemas skop dan tugas

setiap jawatankuasa yang telah dilantik supaya mereka lebih memahami apakah peranan

sebenar mereka. Selain itu, setiap peserta juga mestilah diberi sesi taklimat dan pendedahan

Page 11: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

yang sebetulnya dan secukupnya agar mereka lebih memahami dan dapat menaikkan

semangat mereka untuk lebih bergiat aktif dalam setiap perkara yang dijadualkan. Tambahan

itu juga, para peserta mestilah memandang program perkhemahan di Taman Negara Kuala

Tahan ini sebagai sesuatu yang sangat positif. Kurangkanlah membandingkan antara tempat

ini dengan tempat-tempat yang lain. saya amat yakin dan percaya bahawa ada yang tidak

berpuas hati kerana destinasinya terletak jauh di pedalaman. Tetapi, sedarlah bahawa di sini

juga, banyak ilmu dan pengalaman baharu yang boleh ditimba bersama-sama dalam

membangunkan diri dan menjadi seorang bakal pendidik yang kompetan dan sejati.

            Oleh yang demikian, saya sangat berbangga kerana dapat bersama-sama rakan

seperjuangan saya dalam menjayakan program perkhemahan Sukan dan Rekreasi

Pendidikan Jasmani ini dengan jayanya, semoga usaha murni ini dapat diunjurkan lagi pada

masa-masa yang akan datang.

REFLEKSI KENDIRI

Pada 22 hingga 26 Mac 2009, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah(PBS) di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut(SKKB). Pada hari pertama berada di SKKB merupakan hari yang paling mendebarkan diri saya kerana ini merupakan kali pertama saya menjalani PBS dan merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke alam persekolahan setelah hampir 3 tahun saya meninggalkan alam persekolahan ini.Seawal jam 7.10 pagi saya telah melaporkan diri kepada guru besar SKKB iaitu En. Che Husin bin Ismail di pejabat beliau. Beliau sebagai guru besar SKKB begitu mengalu-alukan kehadiran saya disana dan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dan membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Setelah melaporkan diri, saya dikehendaki mengikuti majlis perhimpunan mingguan sekolah bersama-sama para pelajar dan guru yang lain. Ini merupakan kali pertama saya berada di barisan hadapan sebagai seorang bakal guru dan saya berasa amat teruja sekali. Ketika majlis berlangsung, saya telah diminta untuk memperkenalkan diri saya dihadapan semua guru dan pelajar dan menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa perkara lain lagi.Pada hari pertama ini juga, saya terpegun melihat senario para pelajar dan persekitarannya dimana amat sukar bagi saya melihatnya disekolah-sekolah lain. Para pelajar disini saya lihat begitu berdisiplin dan begitu mengambil berat terhadap kebersihan. Pada awal bagi iaitu seawal jam 7.25 pagi, para pelajar sudah berada di kawasan persekitaran kelas mereka dan mula membersihkan kawasan mereka. Kawasan sekolah begitu ceria dan bersih sekali sehinggakan begitu sukar untuk saya melihat sampah walaupun dikawasan yang agak tesorok.Hari pertama berada di SKKB begitu mengujakan saya. Selepas majlis perhimpunan tamat, saya dan beberapa rakan lain yang menjalani PBS di SKKB perlu menghadiri satu taklimat khas berkaitan beberapa perkara tentang PBS ini yang diberikan oleh guru pembimbing iaitu guru penolong kanan 1 SKKB. Hari pertama saya di SKKB tidak berakhir begitu sahaja, saya dikejutkan dengan latihan kebakaran yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak Bomba Besut. Hari pertama ini saya catatkan sebagai hari yang begitu menarik kerana pelbagai ragam dan pelbagai perkara yang tidak pernah saya lalui atau sudah lama saya tidak rasai dapat saya rasai kembali pada hari ini sebagai seorang bakal guru.Walaupun baru hari pertama, saya telah mula menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan kepada saya agar saya tidak kelam kabut pada saat-saat terakhir seterusnya memberi saya lebih banyak masalah lagi. Pada hari ini, saya telah mula bersuai kenal dengan guru-guru disana yang rata-rata begitu ramah dan mudah untuk didekati. Sebagai orang luar, saya begitu menjaga tata tertib dan tingkah laku saya agar tidak mencemarkan maruah saya dan maruah IPGM Kampus Kota Bharu. Guru-guru yang

Page 12: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

terdiri dari pelbagai peringkat umur semuanya mesra dan ini memudahkan saya dalam berkomunikasi dengan mereka.Pada hari kedua berada di SKKB, saya begitu bersemangat untuk meneruskan tugasan saya dan pada hari ini saya dikejutkan dengan begitu banyak perkara. Saya telah diberikan tugas oleh penolong kanak 1 untuk menggantikan kelas guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana ada program diluar sekolah. Saya begitu terkejut, berdebar dan seronok kerana diberi peluang untuk memasuki kelas dan memudahkan saya dalam menyiapkan tugasan saya iaitu untuk melihat sendiri suasana pelajar belajar dalam kelas.Saya begitu lega sekali kerana berjaya mengawal kelas dengan begitu baik sekali dan segala ilmu yang diberikan oleh guru-guru yang sempat saya temui sebelum memasuki kelas telah saya praktikkan dengan sebaik mungkin. Para pelajar juga saya lihat begitu senang dan mudah untuk saya dekati dan mereka selesa untuk bersama saya dan ini memang memberikan saya satu tanggapan positif terhadap suasana belajar di sekolah ini.Hari ketiga juga penuh dengan aktiviti dan perkara-perkara yang menarik minat saya. Selain menggantikan kelas, saya juga diminta untuk bersama-sama menghadiri mesyuarat sekolah mengenai majlis maulidur rasul yang akan diadakan pada hari khamis ini. Ketika menghadiri mesyuarat itu, saya telah banyak menimba pengalaman dan belajar tentang suasana dan cara bermesyurat dan segala ilmu yang telah saya pelajari telah saya praktikkan. Ketika mesyuarat tersebut, saya telah diberikan tugas untuk menyelia makanan dan minuman untuk guru dan para pelajar. Pada hari ini, saya lebih banyak fokus kepada persekitaran sekolah seperti kantin, taman sains, tapak perkhemahan dan banyak lagi. Antara tempat yang paling menarik minat saya ialah kantin dan taman sains. Kawasan kantin sangat bersih sama ada sebelum, ketika dan selepas waktu rehat pelajar. Ketika di kantin, para pelajar dilihat beratur untuk membeli makanan dan tidak membuat bising. Suasana dikantin juga begitu ceria dan penuh dengan pelbagai input pengetahuan buat para pelajar seperti sifir-sifir diletakkan di atas meja, dan banyak lagi input lain. Ini selaras dengan pendekatan untuk mewujudkan pembelajaran berterusan, menarik, bila-bila masa dan dimana juga.Taman sains SKKB juga merupakan satu tempat yang begitu indah dan penuh dengan ketenangan. Bersesuaian dengan ini, satu tempat untuk para pelajar belajar di kawasan taman telah diwujudkan dan ianya begitu menarik minat para pelajar untuk belajar disana ketika rehat ataupun ketika waktu petang. Terletak bersebelahan dengan pondok belajar didalam taman sains, dua buah kolam ikan air tawar telah dibina dan antara ikan yang dipelihara oleh SKKB ialah ikan keli dan ikan patin. Program ini sungguh menarik dimana para pelajar boleh belajar diluar bilik darjah dan bersesuaian dengan topik atau subjek yang mereka pelajari.Hari keempat berada di SKKB merupakan hari Rabu iaitu hari kokurikulum. Pada hari ini dapat saya lihat semua pelajar dan guru memakai pakaian seragam unit berunifom masing-masing seperti pengakap, tunas puteri dan lain-lain lagi. Oleh kerena tidak memakai pakaian seragam seperti mereka, saya berasa agak tidak selesa untuk bergerak kerana sentiasa menjadi perhatian orang lain. Walaubagaimanapun, saya kuatkan semangat dan lalui hari keempat di SKKB dengan penuh semangat seperti biasa.Pada hari kelima iaitu pada hari terakhir saya berada di SKKB, program maulidur rasul dijalankan. Kami berarak dari SKKB hinggalah ke Pekan Besut melalui jalan pantai. Sambil berarak, kami semua berselawat hinggalah sampai ke dewan terbukan di Pekan Besut. Selepas program maulidur rasul di dewan tamat, kami berarak pulang dan di SKKB diadakan jamuan untuk para pelajar dan guru-guru.Ketika ini, perasaan sedih mula menyelubungi diri kerana ini bermakna tamatlah PBS saya di SKKB. Saya sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana banyak membantu saya selama saya berada di SKKB dan telah banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka bersama saya. Saya juga berasa sedih untuk melangkah keluar dari SKKB setelah dapat mengenali ramai para pelajar yang baik-baik dan bercita-cita besar dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar.Hari-hari berada di SKKB begitu bemakna dalam hidup saya kerana begitu banyak perkara saya pelajari dan ini memberikan saya satu peluang untuk menjadi seorang guru yang berkaliber. Saya berharap, pada PBS yang seterusnya saya akan dapat menimba lebih banyak ilmu pengetahuan tentang profesion keguruan ini bagi membuat persedian menjadi seorang guru yang terbaik.

Page 13: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

SalamPada 16-18 Mei 2013 , mirul dan semua classmate yang amik subjek environment telah menuju ke Taman Negara , Jerantut Pahang . Sudah lama tidak ber-camping dan jelajah hutan . Eceh . Kami bertolak jam 7.30am dan sampai jam 3pm . Lama an ? Jujur mirul tidak pernah jelajah Pahang . Jadi kali ini mirul memang kagum dengan keindahan alam di sana . Namun , rnr jauh . Mirul da la x sihat time tu . Sabar je la . Sampai di sana , benda pertama mirul tengok ialah line telefon . Btw hanya gprs je ada . Dan maxis susah line . Digi dan celcom je ok . Sampai je kami terus masuk bilik . Kami tidur chalet di luar Taman Negara . Ye la . Dalam tu mahal . Hehe . Petang tu kami ice-breaking dan bersukaneka . Best sebab bersama kawan kelas . Meriah . Kecoh tempat tu kami kerjakan . Malamnya pula kami di bawa ke night walk . Ye la . Nak tengok serangga . Dalam fikiran kami hendak masuk hutan . Jadi semua insect repellant la , stoking la , semua kami pakai . Protection katakan . Bila sampai rupanya x de la berliku sebab mmg da ada path mcm tangga tu . Ceh . Ramai tourist kt situ , sume pakat pakai singlet , short . Kami beria . Ye la . Takut pacat la , nyamuk la . So , kami pun berjalan la di laluan . Jumpa la tapir , ular , serangga dan di menara tinjau kami jumpa kijang . Excited wo .

Hari Kedua

Hari kedua , kami di minta bersiap awal . Seawal jam 8am telah di bawa ke laluan untuk naik canopy dan bukit terisek . Tengok map jarak 2.5km . Tarik nafas . Sebab hujan , kami hanya boleh naik bukit . Di awal perjalanan kami di tunjukkan semua pokok . Banyak kut yg cantik , unik , berkhasiat . Susah stay bandar x tau benda tu . 4jam juga perjalanan pergi balik . Tapi bila sampai atas tu seyes puas hati . Rupanya da sampai tmpt tertinggi , ada lagi 400metre . Da alang jalan terus je . Tp tmpt cantik . Persis dalam hunger games , twilight dan alice in wonderland . Petang tu kami boat crossing ke perkampungan orang asli . Kami di minta pakai pakaian utk basah . Rupanya mmg kami di basahkan dalam bot . Seyes best . Main lawan antara bot . Jirus air . Lencun kami sampai di kg tu . Sampai sana kami di ajar cara utk hidupkan api dan bersumpit serta di beri info perihal asal usul dan budaya kaum Batique Negrito . Kami pun bersukaneka dengan acara di sana . Lawan sapa hidup api dulu dan skor paling tinggi . Hehe .lepas habis acara tu kami pakai safety jacket terjun sungai . Sah mereka mesti ketawakan kami sebab mandi sungai pakai sefety jacket . Malamnya kami ada karaoke dan malam kebudayaan . Semua enjoy habis.

Hari ketiga

Seyes kaki kami semua da sakit . Jalan terhenjut ala penguin . Tapi di sebabkan hendak canopy . Kuatkan . Kami sampai chalet agak lambat dan team lain sudah sampai utk check in . Kelam kabut kemas .

Konklusi , trip ini mmg best . Kita patut menjaga alam sekitar kerana kita meminjam daripada generasi akan datang . Jangan kerana terlalu mengejar pembangunan kita terlupa hak kita dan hak mereka . Btw thanks semua . Trip ini terbaik 

Trip to Taman Negara Tahan, Pahang

Alhamdulillah pada 23 - 24 Ogos yang lalu satu lagi trip menjejak alam fauna Tam,an Negara Tahan berjaya direalisasikan. Trip kali ini terdiri daripada pegawai-pegawai daripada jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Daripada 40 orang yang terpilih pada awalnya, hanya 24 orang sahaja yang mendaftarkan diri pada hari bertolak. Yang tak dapat hadir, disebabkan

Page 14: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

kekangan tugas yang tak dapat dielakkan termasuklah Tuan pengarah sendiri yang pada mulanya akan turut serta tapi terpaksa membatalkan diri pada saat-saat akhir.

Kami bertolak dari Pulau Pinang pada malam 23 hb dengan sebuah bas 2 tingkat yang boleh memuatkan seramai 60 orang. Bayangkanlah sendiri bas 60 seat hanya diduduki oleh 24 orang sahaja. Memang berbaloi-baloilah jawabnya. Aku sendiri mengambil 5 seat dibahagian belakang sekali dan lenalah tidur sampai ke pagi.

Kami sampai di pekan Jerantut lebih kurang jam 8 pagi dan singgah sarapan pagi terlebih dahulu di gerai berhadapan sebuah masjid di Jerantut. Selesai sarapan kami bertolak masuk ke Taman Negara Tahan. Penginapan kami selama 3 hari 2 malam di Taman Negara ialah di Teresek View Motel. Alhamdulillah penginapan agak selesa, cuma tempat makan kami terpaksa menapak turun berjalan ke restoren di tepi sungai.

Pakej kami pada hari pertama ialah manaiki perahu laju berenjin 15 hp, menuju ke kawasan Kelah Santuari. Perjalanan ambil masa 30 minit melawan arus. Memang menyeramkan naik bot ni kerana paras air hanyalah sejengkal dari bot kami. Ditambah pula dengan dasar sungai yang penuh batu-batu. Memang jurumudi bot kat Sungai di Kuala Tahan ni jenis yang dah expert, kene hafal laluan yang hendak dilalui, kalau tak pecahlah bot nanti terlanggar batu.

Selesai menyaksikan ikan kelah yang tak menampakkan dirinya hanya sang ikan Lampam sahaja, kami meneruskan perjalanan ke kawasan lata Berkoh. Kami tak boleh sampai terus ke Lata Berkoh kerana bot tak boleh sampai terus ke sana. Jadi terpaksa treking lebih kurang 15 minit. Air kat kawasan Lata Berkoh ini memang best, walaupun dalam memang syok sekali mandi kat sini. tapi awas kalau korang tak tahu berenang, jangan pandai-pandai nak try mandi kat sini. Elok pergi Lubok Simpon sahaja.

Page 15: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

Pada sebelah malamnya pula kami buat aktiviti Night Treking ke Bumbon Tahan. Buat apa kat sana, Ha... pelajaran baru bagi kami. Malam ni kami belajar tentang serangga. Macam-macam jenis serangga kami kenal dan malam ni memang malam bertuah sebab banyak binatang sedang buat projek malam ni. nak tengok binatang seekor pun tak Nampak, bukan apa ramai sangat pelancong malam tu, takder binatang yang nak dating kalau bunyi riuh rendah sebatu dah kedengaran.

Hari kedua pada sebelah pagi kami trekking pula ke Canopy Walkway. Titian Canopy kat Kuala Tahan ni special sekit sebab kat sini Canopy dia tak pakai paku, hanya diikat kat pokok

Page 16: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

sahaja. Ketinggiannya pula sekitar 20 meter ke 35 meter. Pelancong ke Taman Negara kini bertuah kerana pihak Pengurusan Taman Negara telah menyediakan trek lantai berpapan bermula dari Resort Mutiara hingga ke Titian Kanopi dan juga hingga ke puncak Bukit Terisek. Laluan ini siap sepenuhnya setahun yang lalu.

Pada sebelah petang kami di bawa melawat ke kawasan perkampungan orang asli dari suku Batex. Yang istimewa trip ke kampong orang asli ni ialah perjalanan dengan bot yang lebih famous dengan nama "Rapid Shooting". Bot yang dinaiki lebih besar dari yang sebelumnya tapi jangan harap baju kita akan kering bila naik bot ni. Guide awal lagi minta semua beg dan kamera serta handphone dimasukkan ke dalam plastic untuk disimpan. Apabila bot melallui jeram guide yang berada dihadapan akan menghayunbkan badan dan bot akan bergolek ke kanan dan ke kiri dan dalam masa yang sama air akan menerjah masuk ke dalam bot dan apa lagi habis basahlah kami dibuatnya, tak cukup dengan itu, apabila ada bot lain yang lalu disebelah kami masing-masing akan cuba membasahkan pengunjung dlaam bot sebelah. Bagi aku ini merupakan pengalaman paling manis sekali. Habis basah kami semua dibuatnya.

Di kampong orang asli itu kami ditunjukkan dengan demontrasi menghidupkan api dan cara-cara membuat sumpit. Kini tahulah kami dikalanagn orang asli Batex ini mereka akan membuat satu ukiran lilitan pada sumpit bagi menunjukkan seekor binatang yang berjaya mereka sumpit. Jika banyak ukiran lilitan pada sumpit mereka menunjukkan kehebatan si penyumpit itu menyumpit jatuh mangsanya.

Page 17: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan dinner BBQ, Trip kami ni sebenarnya akan balik keesokan harinya, tapi disebabnya ramai yang ada kekangan tugas masing-masing jadi kami ambil keputusan selesai BBQ kami akan berangkat pulang terus ke Pulau Pinang. Alhamdulillah kami selamat tiba di Pulau Pinang pada jam 8 pagi.

Memang satu pengalaman yang terasa aman dan tenteram apabila berada di Taman Negara Tahan ni. Bagi sesiapa yang belum pernah sampai kat sini aku cadangkan pergilah bercuti disini dan nikmati ketenangan yang terdapat disini. Kalau dulu nak sampai ke Kuala Tahan kene naik bot dari Kuala Tembeling dan ambil masa 3 jam lamanya. tapi kini dah ada jalan rayJambatan gantung 530m mengujakan

Share

Location : Pahang, Malaysia

Marhaton Abd Ghani

Source :Harian Metro,21 October 2010

GEMENTAR...jambatan gantung atau canopy walk antara aktiviti yang mesti anda lalui di Taman Negara

CARI MAKAN...seekor tapir yang ditemui di hutan Taman Negara

MENARIK...cendawan kuning yang dikatakan hanya boleh ditemui di Taman Negara

Page 18: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

BIAR TEPAT...seorang penduduk Orang Asli suku Batek menunjukkan kemahiran menggunakan sumpit

TRADISIONAL...antara penginapan yang disediakan untuk pelancong di Taman Negara

Teroka keunikan flora dan fauna hutan paling tertua dunia dalam tiga hari dua malam

SEBUT saja Taman Negara, pasti ramai membayangkan hutan tebal berusia 130 juta tahun di Pahang yang menyimpan 1,001 khazanah alam yang masih belum diterokai.

Khazanah tersimpan bukan sekadar kehijauan flora atau keunikan fauna, tetapi keramahan serta keunikan budaya tempatan yang menjanjikan pengalaman sukar dilupakan.

Taman Negara berkeluasan 4,315 kilometer persegi. Pelancong ke sini perlu membayar tambang ´bas air´ RM1 untuk menyeberang Sungai Tembeling.

Bayaran RM5 dikenakan jika ingin mengambil gambar di Taman Negara. Ada lebih 400 spesies burung, 80 spesies kelawar, 150 spesies herpetofauna, 50 spesies ikan air tawar, 240 spesies kupu-kupu, 200 spesies haiwan mamalia dan lebih 14,000 tumbuhan untuk diterokai.

Kunjungan penulis selama tiga hari dua malam, baru-baru ini atas jemputan Mutiara Taman Negara Resort (MTN) meninggalkan pengalaman manis kerana pertama kali menjejakkan kaki ke hutan antara tertua di dunia.

MTN menawarkan pakej percutian menyeronokkan dan tiada masa untuk berehat, antaranya melakukan sesi ´water confidence´ di Sungai Tembeling!

Dua unit banglo, 18 chalet, 16 rumah tamu dan asrama antara penginapan di sini yang menggunakan konsep tradisional.

Page 19: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

Restoran Seri Mutiara menawarkan pilihan makanan timur dan barat yang enak termasuk gulai tempoyak ikan patin, sambal hitam, bubur nasi, nasi lemak, pasta, spaggheti, piza dan kuih-muih.

Eksekutif Rekreasi MTN, Ramlan Jaafar, berkata percutian di Taman Negara tidak memberi sebarang makna jika tidak bermandi peluh dengan menyertai pelbagai aktiviti luar.

Beliau berkata, mereka yang berminat boleh berjalan malam dengan aktiviti ´nite jungle walk´ menjadi pengalaman paling menarik apatah lagi berpeluang bertemu hidupan liar seperti tapir, rusa dan kijang.

Lampu picit menjadi panduan berjalan dalam hutan sambil mata liar memerhati pergerakan penghuni rimba, antaranya belalang kayu, kala jengking, mentadak mentadu, ular daun, kupu-kupu, labah-labah dan burung hutan.

Lebih teruja mengunjungi Taman Negara apabila merasai sendiri pengalaman melalui jambatan gantung sepanjang 530 meter.

Seronok dan gementar. Itu kata-kata yang penulis ucapkan sebaik melepasi titian gantung dengan ketinggian 50 meter itu.

Aktiviti lasak, ´water rafting´ atau ´water confidence´ menguji kepakaran anda mengawal diri dihanyutkan arus dingin air Sungai Tembeling.

Santuari kelah di LubukTenor sejauh tujuh kilometer dari Kuala Tahan memang menjanjikan pengalaman menarik bagi yang pertama kali ke Taman Negara.

Perjalanan menaiki bot hampir sejam mengharungi Sungai Tahan berbaloi apabila melihat ribuan kelah berenang bebas di air jernih.

Beliau berkata, pengunjung boleh berenang dan bermain dengan kelah, tetapi dilarang membawa pulang.

Page 20: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

Jika mahu merasai pengalaman tidur beralaskan rumput berbumbungkan langit pula, MTN menyediakan tapak perkhemahan.

Atau jika mahu melihat kehidupan Orang Asli suku Batek, anda boleh berbuat demikian.

"Keunikan kehidupan Orang Asli itu menjadikan mereka sebagai satu daripada tarikan utama pelancong ke Taman Negara.

"Pelancong memang teruja berkunjung ke tempat Orang Asli ini kerana mereka diajar cara menghidupkan api, menyumpit dan mengukir," katanya.

Rombongan kami sempat mengunjungi perkampungan mereka di Dedari dan Kuala Terenggan.

Antara tempat menarik lain di Taman Negara ialah air terjun Lata Berkoh, mendaki Gunung Tahan, meneroka Gua Telinga, Gua Menari, Gua Kepayang, Gua Peningat dan Gua Gajah yang terletak di Kuala Tahan.

>Info

> Taman Negara berkeluasan 4,315 kilometer persegi

> Hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun

> Taman Negara Pahang berkeluasan 57 peratus dan bersempadan dengan Terengganu (24 peratus keluasan Taman Negara), Kelantan (19 peratus)

> Diuruskan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)

Page 21: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

> Dihuni lebih 400 spesies burung, 80 spesies kelawar, 150 spesies herpetofauna, 50 spesies ikan air tawar, 240 spesies kupu-kupu, 200 spesies haiwan mamalia dan lebih 14,000 tumbuhan

> Antara mamalia yang pernah ditemui badak, harimau belang, gajah, tapir, dan badak sumatera

> Fauna yang pernah ditemui, mentibang, musang pulut, kelawar batu putih, kucing batu, belatuk pinang muda dan ´green crested lizard´

> Resort Mutiara Taman Negara dibuka pada 1990

> Menawarkan 108 bilik dan 64 katil asrama

> Menyediakan khidmat pemandu pelancong dan bot

> Restoran Seri Mutiara menawarkan menu makanan timur dan barat

Bagaimana ke sana:

> Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira tiga jam dan Kuantan tiga setengah jam terus ke jeti Kuala Tahan

> Hanya membayar RM1 menaiki bot ke Taman Negara Pengangkutan awam disediakan dari bandar Jerantut

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, 27000, Jerantut, Pahanga hingga ke Kuala Tahan. jadi dah senang dah sekarang ni.

Page 22: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

PENDAHULUAN

Menikmati alam semulajadi adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dibeli, apatah lagi melalui jurnal, buku-buku ataupun menonton rancangan National Geografi di rangkaian Astro mahupun RTM anda. Ia harus dinikmati sendiri dengan cara merasai pengalaman tersebut. Menyedari keperluan tersebut penuntut Usahawan Pelancongan Siri Jan 2010 telah merencanakan lawatan secara praktikal ke Taman Negara, Jerantut, Pahang bagi melengkapkan diri serta menimba pengalaman bagi memantapkan lagi penuntut untuk memasuki industri ini.

LATARBELAKANG

Taman Negara yang dulunya dikenali dengan nama Taman Negara King George V telah diwartakan sebagai Taman Negara

pada tahun 1938. Taman Negara terletak di kawasan seluas 4,343 kilometer persegi yang meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang (2,477km persegi), Kelantan (1,043km persegi) dan Terengganu (853km persegi). Puncak tertinggi ialah Gunung Tahan pada ketinggian 2,187 meter dari aras laut. Hutan Hujan Tropika di sini masih lagi berstatus hutan primer adalah dianggarkan telah

berusia 130 juta tahun dan menjadikan ia adalah Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini sangat unik dari segi ekosistem dan bio-diversitinya didiami oleh perbagai spises fauna dan flora yang telah berevolusi secara semulajadi jutaan tahun duhulu tanpa diganggu.

LOKASI

Page 23: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

Taman Negara yang ditadbir oleh Jabatan PERHILITAN mempunyai 4 pintu masuk iatu melalui Kuala Tahan dan Merapoh di Pahang, Kuala Koh di Kelantan serta Tasik Kenyir di Terengganu. Kesemua pintu masuk melalui jalan darat kecuali di Tasik Kenyir melalui jalan air. Pintu masuk yang paling popular ialah melalui Kuala Tahan. Pelawat yang ingin mengunakan kenderaan awam boleh memilih mengunakan bas ataupun keretapi untuk ke sana. Di Jerantut pula pelawat boleh memilih untuk mengunakan bot menyusuri Sungai Pahang atau menaiki bas dari sana menuju ke Kuala Tahan. Jika pelawat mahukan suasana yang tenang dan tenteram bolehlah memilih untuk memasuki melalui Kuala Koh kerana di sana kurang pengunjung yang menginap.

PENERANGAN

Bagi melengkapkan diri sebagai seorang Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap 3 seramai 22 pelatih disertai juga 2 tenaga pengajar Usahawan Pelancongan Siri Jan 2010 telah membuat lawatan ke Taman Negara, Jerantut, Pahang. Lawatan pada kali ini disertai juga oleh Winne (pelancong Taiwan), Tony (Nuture Guide Bukit Nenas) dan Chod (Bekas Nuture Guide ukit Nenas) telah menyertai lawatan ini. Penyertaan mereka telah merealisasikan dan dapat memberikan pengalaman sebenar sebagai seorang Nuture Guide. Program ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam Mutiara Taman Negara, Jerantut, Pahang.

CATATAN PERJALANAN

Hari Pertama (Selasa -5 Oktober 2010)

Sebagaimana lawatan yang dibuat sebelumnya semua penuntut kursus telah berkumpul di hadapan bangunan pengurusan PERHEBAT mulai jam 0800 pagi. Bas mula bergerak jam 8.45

Page 24: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

pagi dari PERHEBAT melalui Tol Gombak menuju ke Karak untuk ke Lebuhraya Pantai Timur.

Oleh kerana waktu kami bertolak adalah pada waktu kemuncak lalulintas agak sesak. Mujurlah kami bas yang dipandu oleh Wak yang banyak pengalaman menjadikan perjalan kami amat selesa. Pada jam 1045 pagi kami menyusuri susur keluar ke Tol Temerloh melalui Kuala Krau, Jerantut, Padang Piol sebelum sampai di Kuala Tahan kira-kira jam 1245 tengahari.

Pertama kali menjejak kaki di Jeti Kuala Tahan menyebabkan hati ini merasakan sangat bangga dan tidak sabar untuk merasai pengalaman berada di Taman Negara, sempat juga bergambar kenangan di papan tanda di dataran berhampiran dengan jeti di hadapan Taman Negara.

Lokasi Mutiara Taman Negara tempat peginapan kami terletak di pertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Tahan dan berada di dalam kawasan Taman Negara. Untuk ke sana kami perlu menyeberang mengunakan bot penambang yang sedia mengunggu. Jeti dan Mutiara Taman Negara hanya dipisahkan hanya kira-kira 50 meter sahaja namun arus sungai ini sangat deras. Pengangkutan yang digunakan ialah bot yang boleh dimuati 10 orang penumpang dan dikenakan bayaran RM1 setiap orang.

Kehadiran kami di Mutiara Taman Negara disambut dengan permainan alat musik tradisional dan nanyian lagu Selamat Datang dalam dialek suku kaum Batek oleh kakitangan Mutiara Taman Negara Resort. Selapas itu kami ke Cafe untuk menikmati makan tengahari dan mendapat taklimat tentang aktiviti yang akan dilaksanakan pada sebelah petang setelah iut kami pun beredar ke penginapan masing-masing.

Page 25: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

Penginapan kami adalah bilik Doom yang boleh memuatkan seramai 8 orang dan dilengkapi denga katil Double Decker dan berhawa dingin. Aktiviti penerokaan gua pada petang itu dibatalkan kerana berlaku runtuhan di dalam gua tesebut yang boleh membahayakan pengunjung. Bagi menjalankan aktiviti di sini permit diperlukan, di mana pengunjung perlu mendaftar nama di kaunter PERHILITAN. Kadar permit sebanyak RM5 bagi kamera untuk mengambil gambar dikenakan dengan tempoh sah selama sebulan.

Masa yang terluang ini dimanfaatkan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Kami dari kumpulan D’Bayan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil untuk mendapatkan maklumat lengkap resort-resort yang terdapat di sekitar Kuala Tahan. Maklumat itu perlu merangkumi Alamat lengkap, Nombor telefon, Faks, e-mail atau laman web dan kadar bilik yang disediakan. Walaupun pada petang itu hujan turun renyai-renyai menyukarkan kerja kami namun tetap diteruskan juga. Saya dalam kumpulan ketiga yang terdiri daripada En Aziz bin Ismail dan En Mohd Ali bin Misban telah menuju ke lokasi yang telah ditetapkan. Setelah selesai membuat selidikan ke atas penyedia penginapan di sana kami pun beredar balik ke penginapan kami.

Selepas selesai makan malam, kami diperkenalkan dengan pemandu pelancong tempatan untuk aktiviti Night Junglewalk iaitu Pak Cu, Awang dan Azhar. Setelah mendapat penerangan ringkas dari Pak Cu kami bergerak ke Pusat Maklumat Taman Negara untuk menonton video berkaitan Taman Negara. Setelah selesai menonton, kami meneruskan aktiviti Night Junglewalk dengan melalui trek yang disediakan sehingga ke Bumbun Tahan. Sepanjang meredah kegelapan malam, antara spesis fauna yang dijumpai adalah belalang ranting, kala jengking, labah-labah yang mengendong anak-anaknya serta kilauan mata rusa di Bumbun Tahan. Aktiviti tamat kira-kira jam 10 malam dengan sedikit taklimat serta petua berjalan malam di hutan oleh Pak Cu. Kami pun berjalan pulang ke penginapan masing masing.

Hari kedua (06 Okt 2010)

Awal jam 6.30 pagi, saya dan beberapa teman sempat ke Bumbun Tahan untuk melihat fauna yang mengunjung jenut untuk mendapatkan garam galian sebelum matahari terbit. Walaupun tidak bertuah untuk melihat binatang yang mengunjungi jenut tersebut kami

Page 26: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

sempat melihat 3 ekor babi hutan yang merayau mencari makan di bawah pokok rambai hutan, burung Murai Gajah (Asian Fairy-bluebird), burung Punai Kericau (Pink-necked Green-Pigeon). Selepas menikmati minum pagi, jam 9.30 pagi kami berkumpul di belakang penginapan untuk aktiviti hari tersebut iaitu Jungle Trekking dan Conopy Walk. Sepanjang laluan kami diberikan tentang cara untuk membezakan Hutan Primer dan Hutan Sekunder, keunikan pokok pepanjat ‘liana’, pokok buluh, spesis flora seperti pokok tapak hantu dan pokok gaharu.

Setelah berjalan lebik kurang 30 minit akhirnya kami pun tempat yang di tuju. Conopy Walk ini telah dibina oleh pihak PERHILITAN pada tahun 1992 sebagai salah satu tarikan di Taman Negara. Jambatan gantung ini sepanjang 530 meter dan berketinggian kira-kira 40 meter menjadi lokasi menarik untuk melihat kepelbagaian spesis flora dan fauna yang berada di paras conopy. Bayaran yang dikenakan untuk melalui Conopy Walk bagi dewasa RM 5 seorang dan kanak-kanak RM 3 seorang. Saya dapat merasakan adrenalin saya mengalir apabila memandang ke bawah Conopy Walk ini yang menimbulkan rasa gayat.. Titian ini merupakan jambatan gantung yang terpanjang di dunia dan pada masa lawatan kami ke sana kerja-kerja pembinaan struktur baru jambatan sedang dibina dan dijangka boleh digunakan sepenuhnya mulai Disember 2010.

Pada sebelah petang pula aktiviti Rappid Shooting ke Lata Berkoh. Kami bergerak ke Lata Berkoh dengan menaiki bot yang boleh dinaiki oleh 4 orang penumpang. Perjalanan kami ke Lata Berkoh mengharungi sungai yang cetek dan melalui celah celah batu dan kayu balak yang terdampar di sepanjang sungai. Sepanjang perjalanan ini sempat juga kami melihat Orang Asli Suku Batek yang sedang mandi di tepi sungai. Oleh kerana bot yang dinaiki tidak boleh meneruskan perjalanan ke Lata Berkok kerana aras air yang rendah maka kami terpaksa melalui denai yang jaraknya lebih kurang 1.2 Kilometer dan mengambil masa 15 berjalan kaki. Air yang sejuk dan mengcekam hingga ke tulang ini berwarna agak coklat dan rasa kelat adalah disebabkan oleh batu syal (shale) yang terdapat di dasarnya yang menghasilkan warna coklat pada airnya. Kira-kira pukul 5 petang kami bergerak pulang menuju ke tempat bot untuk pulang ke penginapan kami. Pada sebelah malam setelah makam malam saya sempat sekali lagi pergi ke pusat maklumat Taman Negara untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang Taman Negara.

Page 27: Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi Semester 3

Hari ketiga (07 Okt 2010)

Seperti semalam seawal jam 6 pagi, saya bersama teman-teman sekali lagi bergerak ke Bumbun Tahan untuk melihat fauna yang mengunjung jenut menamun hujan yang turun sejak semalam menyebabkan kami sekali lagi merasa kecewa untuk melihat binatang yang mengunjungi jenut tersebut. Setelah menikmati minum pagi, kami semua berkumpul untuk bergerak balik ke Sungai Buloh. Kali ini turut disertai 3 pelancong asing lain iaitu Wei Cheng dari Singapura, Susan dan Margaret dari China serta Nature Guide yang dikenali sebagai Man. Banyak informasi berkaitan dengan negara China terutama terracotta army diperolehi hasil sesi pengenalan diri oleh mereka ketika di dalam bas. Sempat juga makan tengahari di Hentian Genting Sempah dalam perjalan pulang. Kami sampai di Sungai Buluh lebih kurang pukul 3.30 petang.

PENUTUP

Program lawatan ke Taman Negara dapat meningkatkan lagi pengalaman penuntut Usahawan Pelancongan dalam bidang ini. Walaupun masa yang diambil adalah singkat tetapi imbuhan yang diperolehi daripada lawatan ini samada yang mempunyai kebaikan dan kelemahan dapat mematangkan lagi penuntut apabila berada di dalam industri ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar dan pengurusan yang telah menjayakan program.