pengenalan sains sosial

Upload: muhammad-safwan

Post on 14-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    1/15

    1.0 PENGENALAN SAINS SOSIAL

    Sains sosial adalah satu cabang ilmu yang muncul kesan usaha sesetengah ahli fikir Barat

    khususnya di Eropah, untuk menjelaskan fenomena dan isu-isu yang berbangkit dari semasa

    ke semasa di rantau itu berasaskan prinsip-prinsip logik dan rasional seperti yang telah

    diamakan dalam sains tulen. Pertumbuhan cabang ilmu ini berkait rapat dengan penerimaan

    secara meluas satu epistemologi (teori tentang pengetahuan) baru di kalangan anggota

    masyarakat Barat yang mengandaikan bahawa setiap satu benda di alam nyata boleh

    diselidiki secara sistematik dan objektif. Ini termasuk tingkah laku manusia, hubungan sosial

    yang terjalin di kalangan anggota masyarakat dan jenis, organisasi serta fungsi kelompok

    sosial yang terbentuk dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, perkembangan sains sosial ada

    kaitan rapat dengan tiga perkara berikut iaitu :

    Pemantapan falsafah rasional

    Pengaplikasian kaedah saintifik untuk menyelidiki fenomena sosial

    Pendidikan masyarakat tentang bagaimana isu-isu sosial harus ditangani dan diselesaikan

    demi kepentingan bersama.

    Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat.

    Secara khusus, sains sosial merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji

    cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk

    membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut. Dalam kata lainnya,sains sosial ialah

    himpunan pengetahuan mengenai pemahaman dan kajian tentang manusia,budaya dan

    masyarakat,iaitu semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial

    dan jalinan sosial sesama mereka.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    2/15

    SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI BARAT

    ZAMAN PERTENGAHAN

    Sains sosial ialah ilmu yang mengkaji manusia dan masyarakat secara saintifik

    mahupun sistematik berasal di Eropah. Kewujudannya berkait rapat dengan usaha gigih para

    pemikir di rantau itu untuk menyakinkan orang ramai bahawa pengetahuan yang diperolehi

    melalui penakulan( reasoning) lebih baik daripada pengetahuan yang didasarkan kepada

    tradisi atau autoriti orang yang dianggap berwibawa seperti golongan bangsawan dan

    agamawan.

    Usaha ini bermula sejak abad ke- 17 lagi dan mencerminkan rasa tidak puas hati

    sesetengah ahli pemikir Eropah terhadap sifat dan fungsi tradisi ilmu yang telah dibangunkan

    oleh golongan bangsawan dan agamawan pada zaman pertengahan ( 500-1450). Sistem ini

    bukan sahaja mengiktiraf kedudukan tinggi golongan bangsawan dan kuasa mereka untuk

    memimpin rakyat jelata yang kebanyakannya terdiri daripada kaum petani, tetapi juga

    memberi kuasa penuh kepada gereja katolik untuk membagun tradisi ilmu. Yakin dengan

    falsafah kristian, golongan agamawan telah mengembangkan satu tradisi ilmu yang bersifat

    teleologikal dan diasaskan kepada kepercayaan kepada tuhan adalah sumber- sumber

    pengetahuan.

    Tradisi ilmu pada zaman pertengahan hanya menggalakkan penelitian tentang isu- isu

    keagamaan yang abstrak seperti penciptaan, sifat tuhan, sifat malaikat dan sebagainya. Kajian

    tentang alam nyata, baik alam fizikal mahupun social dianggap tidak mungkin dilakukan.

    Sekiranya terdapat orang yang melakukannya juga, tindakan itu dianggap menyalahi agama

    dan undang- undang seta boleh dikenakan hukuman oleh pihak yang berkuasa. Tradisi ilmu

    yang dibangunkan oleh gologan agamawan pada zaman pertengahan menggalakkan

    masyarakat bersikap fatalistik, tidak kritis dan menerima secara pasif sebarang penjelasan

    tentang realiti hidup yang dikemukakan oleh cendiakiawan, yang kebanyakkannya terdiri

    daripada orang bangsawan dan agamawan.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    3/15

    ZAMAN PENCERAHAN (1450-1650)

    Pada zaman ini beberapa ahli pemikir Eropah telah menjumpai semula falsafah

    rasional yang dipopularkan oleh ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle, Archemedes

    dan Socrates pada abad ke tiga dan keempat sembelum masihi. Ahli-ahli falsafah tersebut

    menggunakan logik untuk menjelaskan beberapa aspek realiti sosial seperti sifat

    masyarakat,sifat undang-undang, fungsi pasar dan peranan pemerintah. Falsafah rasional atau

    rasionalisme yang cuba dihidupkan semula oleh pemikir zaman Renaissance menjadi asas

    pemikiran yang dominant pada abad ke 17. Penerimaan dan pemantapannya dalam

    masyarakat Eropah berkait rapat dengan bidang ekonomi, pendidikan dan keagamaan pada

    abad ke 17 dan abad ke 18. Perubahan ini hasil perluasan ekonomi perdagangan,

    perkembangan sains fizikal, seperti fizik, matematik, astronomi dan geologi serta penyebaran

    secara meluas falsafah Protestantisme. Ketiga-tiga peristiwa ini telah melemahkan sistem

    feudal dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sains dan telah membebaskan

    mindah masyarakat Eropah daripada dikuasai oleh pihak gereja dan golongan agamawan.

    Pemikir zaman pencerahan sebenarnya juga terdapat di beberapa negara Eropah

    seperti England, Perancis, dan Jerman. Terdapat ahli pemikir yang terlibat dalam politik dan

    ada yang tidak serta ada juga di kalangan pemikir zaman pencerahan yang mempunyai idea

    yang radikal tentang cara yang terbaik untuk menjamin kemajuan manusia dan ada yang

    tidak. Satu golongan pemikir zaman pencerahn yang dianggap paling radikal sekali ialah

    golongan Philosophe. Ahli philosophe ini aktif di Peracis dan terdiri daripada tokoh-tokoh

    seperti Montesquieu, Rousseau, dan sebagainya. Mereka dikatakan radikal kerana menentang

    habis-habisan Mazhab Katolik dan sistem feudal atas alasan bahawa unsur-unsur ini

    membantut perkembangan mindah manusia dan kebebasan berfikir. Kedua, mereka

    mengambil tindakan politik dengan berkempen supaya rakyat diberi kebebasan untuk

    bersuara, mengemukakan pendapat dan merealisasikan bakat mereka. Seterusnya mereka

    mendesak ahli falsafah supaya mengemukakan soalan- soalan yang kritikal mengenai sistem

    sosial yang sedia ada dan bersedia membuat saranan tentang bagaimana sistem sosial yang

    sedia ada boleh diubah sekiranya ia tidak sesuai dengan sifat semulajadi manusia.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    4/15

    2.0 DISIPLIN-DISIPLIN SAINS SOSIAL

    Kini istilah sains sosial digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Memandangkan

    pengetahuan tentang manusia dan masyarakat kini bertambah dengan begitu cepat sekali,

    dirasakan bahawa kajian saintifik terhadap fenomena sosial merupakan tanggungjawab bukan

    satu tetapi beberapa sains sosial. Berikut adalah keterangan ringkas tentang beberapa disiplin

    sains sosial.

    2.1 Sejarah

    Kajian tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku biasanya sehubungan dengan

    perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat, kawasan, negara atau

    rantau tertentu. Seorang mengkonstruksi semula sejarah sesebuah komuniti, bangsa, negara

    dan tamadun manusia berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen

    lama seperti surat, diari, catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi.

    2.2 Sains Politik

    Kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa dalam system politik yang berbeza-beza.

    Ahli sains politik biasanya meneliti sumber kuasa, bagaimana seseorang menggunakan

    kuasa, siapa yang menggunakannya, perebutan kuasa dan proses mengawal dan menghadkan

    penggunaan kuasa. Isu-isu yang lazimnya diminati ahli sains politik termasuklah konflik dan

    kestabilan dalam sesuatu sistem politik, barisan politik dan organisasi, badan-badan dalam

    sistem pentadbiran seperti politik, kelompok, kepentingan dan pertubuhan bukan-kerajaan.

    2.3 Ekonomi

    Kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam

    system ekonomi yang berbeza-beza. Ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana

    sebuah masyarakat menentukan apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapakah sumber

    produktifnya yang terhad digunakan. Di antara perkara yang diminati ahli ekonomi termasuk

    pola-pola gunatenaga manusia berhubungan dengan perubahan demografi, pertukaran

    barangan, penentuan harga barangan serta sistem perbankan.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    5/15

    2.4 Psikologi

    Kajian tentang tingkahlaku dan proses menta manusia. Ahli psikologi lazimnya meneliti

    individu, interaksi semuka (face-to-face interaction) dan kelompok kecik untuk memahami

    antara lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan pembelajaran,

    pembentukan sahsiah, identity kendiri dan struktur-sttruktur kognitif.

    2.5 Undang-undang

    Kajian yang memfokuskan kepada peraturan yang mengawal tindakan manusia dan statutatau rang undang-undang yang digubal dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Ilmuwan

    social yang meminati fenomena undang-undang biasanya menganalisis jenis undang-undang,

    sistem undang-undang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait institusi

    undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah masyarakat.

    2.6 Linguistik

    Kajian saintifik tentang bahasa dan pertuturan. Ahli linguistik meneliti bermacam-macam

    aspek tentang bahasa. Misalnya , bagaimana bahasa-bahasa manusia berbeza-beza atau

    berkaitan antara satu sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan, simbol dan

    bunyi untuk berkomunikasi antara satu sama lain, sejauhmanakah bahasa mempengaruhi

    pengamatan dan pemikiran manusia. Hubungkait antara bahasa, sistem makna dan budaya.

    2.7 Antropologi

    Kajian tentang manusia yang merangkumi beberapa sub-disiplin yang meninjau

    perkembangan biologi manusia, hubungan biologi antara kelompok-kelompok manusia

    dan prinsip-prinsip yang mendasari tingkahlaku dan hubungan dalam sesebuah

    masyarakat biasanya masyarakat bukan Barat. Sub-disiplin antropologi terdiri daripada

    fizikal, arkeologi, genetik dan antropologi sosial. Manakala ahli antropologi sosial turut

    menumpukan perhatian kepada budaya, tingkahlaku manusia, nilai, peraturan dan adat resam

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    6/15

    yang dihasilkan oleh manusia dalam masyarakat tertentu.

    2.8 Sosiologi

    Kajian tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya dan gaya hidup dalam sebuah

    masyarakat. Ahli sosiologi lazimnya mengkaji masyarakat maju, industri dan moden serta

    meninjau aspek-aspek tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat tersebut.

    3.0 PEMIKIR-PEMIKIR

    3.1 THOMAS HOBBES

    Pada zaman pencerahan, minat untuk memahami alam semula jadi atau persekitaran fizikal

    dan manusia secara labih mendalam dan saintifik telah meningkat dengan positif. Seiring

    dengan itu, gedung ilmu pengetahuan atau store of knowledge juga turut berkembang

    dalam usaha untuk menambah ilmu pengetahuan saintifik tentang alam fizikal dan dunia

    sosial. Perkembangan ini sebenarnya didorong oleh kepercayaan yang wujud bahawa

    tamadun manusia telah maju, maka pemikiran manusia juga harus maju. Perkembangan

    yang baik ini turut dipelopori oleh pemikir-pemikir zaman pencerahan dan salah seorang

    daripadanya ialah Thomas Hobbes. Thomas Hobbes hidup diantara tahun 1588 hingga 1679

    dan hasil karya beliau yang paling berpengaruh ialah Leviathan.

    Tulisan Thomas Hobbes yang dimuatkan dalam Leviathan telah banyak mengupas

    dan memperkatakan tentang bentuk pemerintahan atau kerajaan yang terbaik. Menurut

    pandangan beliau, manusia pada asasnya jahat dan hidup dalam keadaan penuh anarki.

    Oleh sebab itu, beliau menyatakan manusia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk

    melindungi mereka daripada diri mereka sendiri. Apa yang dimaksudkan oleh Thomas

    Hobbes ialah dengan memiliki kerajaan yang kuat, manusia dapat dikawal dan melaluinya

    akan terhasil kedamaian kerana manusia secara tidak langsung rela mengongkong kebebasan

    peribadi mereka. Hal ini secara jelas telah memperlihatkan sumbangan Hobbes dalam

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    7/15

    sains sosial dan menjurus kepada bidang politik dan berkerajaan. Jika diteliti dengan lebih

    kritikal, tersirat dalan saranan Hobbes ialah sokongannya terhadap kuasa mutlat raja untuk

    memerintah dan baginya itulah yang terbaik untuk mengawal masyarakat.

    Melihat kepada konteks ilmu sains sosial, Thomas Hobbes telah banyak

    menyumbangkan idea yang menjadi sumber pengetahuan kepada masyarakat hari ini. Beliau

    mempunyai pandangan tersendiri dan mampu meninggalkan impak yang besar kepada

    masyarakat. Oleh sebab itu, wajarlah beliau dianggap sebagai pengasas ilmu sains politik

    sehingga digelar bapa sains politik.

    3.2 JOHN LOCKE (1632-1704)

    Locke menjadi sangat terkenal melalui teori pengetahuan empiristis yang beliau tulis di

    dalam karyanya An essay concerning human understanding (1686) dan berkat pendapat-

    pendapatnya mengenai pemerintahan negara yang dihuraikan dalam bukunya iaitu Two

    treatises of government (1960). Locke melihat manusia dilengkapi dengan keinginan untuk

    berkuasa dan perlu berusaha untuk memperolehi keinginannnya. Beliau dianggap sebagai

    salah seorang dari pemikir- pemikir liberal yang terpenting pada zamannya.

    Locke sangat menghormati milik peribadi manusia. Locke merupakan seorang

    pemikir yang menyokong demokrasi dan mementingkan hak- hak semulajadi manusia

    seperti kebebasan terutama dalam bidang ekonomi. Munurut Locke, manusia perlu berusaha

    untuk memperoleh keinginannya dan perlu bijak menggunakan sumber pengeluaran yang

    terhad bagi memenuhi kepuasan manusia. Sekiranya manusia bijak menggembleng sumber

    pengeluaran yang terhad maka faedah yang lebih besar akan diperolehi dalam jangka masa

    panjang.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    8/15

    Menurut Locke, anarki adalah sesuatu yang tidak bagus kerana ia hanya

    mendatangkan kerugian yang lebih besar daripada memperolehi keuntungan. Hal ini kerana

    sekiranya keadaan huru- hara berlaku akan menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta

    benda dan alam sekitar. Apabila anarki ini berlaku maka kerugian yang perlu ditanggung

    adalah besar dan pembangunan sukar untuk dijalankan. Kesannya, negara akan menjadi

    mundur dan masyarakat hidup menderita.

    Locke sangat optimis terhadap demokrasi. Menurut Locke sistem sosial yang tidak

    seimbang berkait rapat dengan ekonomi. Menurut Locke, individu yang bekerja keras akan

    menjadi lebih kaya. Namun, Locke kurang memberi perhatian kepata masalah social dari segi

    kemiskinan.

    3.3 MONTESQUIEU 1689-1755

    Montesquieu merupakan ahli pemikir barat yang tersohor dalam menyumbangkan

    kepada perkembangan tradisi ilmu sehingga kini. Beliau merupakan seorang bangsawan

    yang kaya dan aktif dalam politik dan dianggap sebagai pengasas teori dan kaedah sosiologi.

    Antara tulisan yang dihasilkan oleh beliau ialah Considerations on the Greatness and

    Decadence of the Romans, The Spirit of Law, The Persian Letters 1721 dan sebagainya.

    Di dalam bukunya yang bertajuk The Persian Letters 1721 Montesquieu telah mengkritik

    gaya hidup dan kebebasan golongan kaya Peracis kerana lebih mementingkan kekayaan dan

    jurang perbezaan kekayaan begitu tinggi menyebabkan golongan yang kaya terus kaya dan

    golongan miskin bertambah miskin. Selain itu beliau juga mengkritik pihak gereja kerana

    mementingkan ilmu teologi berbanding ilmu pengetahuan yang lain. Beliau menekankan

    bahawa ilmu pengetahuan penting dalam perkembangan masyarakat dan hidup secara

    berorganisasi.

    Didalam bukunya yang seterusnya iaitu Considerations on the Greatness and

    Decadence of the Romans telah menyatakan bahawa perlu adanya hubungan masyarakat

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    9/15

    di dalam sesuatu organisasi supaya manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain bagi

    menambahkan ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar fikiran. Beliau juga menyatakan

    bahawa hubungan antara kekuasaan dan kebebasan manusia dengan prinsip yang mendasari

    organisasi politik seperti republik, sistem beraja, dan depotisme. beliau telah memilih

    tiga bentuk pemerintahan iaitu monarki, republik, dan depotisme. kriteria pembahagian

    bentuk pemerintahan tersebut adalah berdasarkan pembahagian kuasa dan cara pelaksaan

    kekuasan tersebut, di samping perlu ada prinsip-prinsip tertentu iaitu, perasaan yang harus

    ada fungsinya dalam bentuk pemerintahan tersebut (Aron 1968, 26). Monstesquieu sangat

    menyokong pemerintahan inggeris yang berbentuk monarki kerana diberikan kekuasan

    eksekutif namun pemerintahan jenis ini dikendalikan oleh kuasa legislatif dimana ia dipegang

    oleh parlimen iaitu dipegang oleh golongan aristokrat ataupun golongan menengah. Dalam

    bentuk monarki mempunyai integrasi didalam kelompok yang berjuang untuk kekuasaan.

    Bentuk pemerintahan republik pula adalah mementingkan pemerintah dimana semua kuasa

    adalah terletak ditangan pemerintah.

    Dalam bukunya yang seterusnya iaitu The Spirit of Law beliau telah menyatakan

    kedudukan dan pekerjaan telah mempengaruhi pandangan hidup seseorang dan beliau juga

    telah mengiktiraf bahawa amalan dalam bidang ekonomi iaitu politik, kebudayaan dan faktor

    fizikal boleh mempengaruhi tindakan manusia beliau menyatakan bahawa sejumlah manusia

    sifatnya adalah tidak boleh diubah iaitu usaha untuk mempertahankan diri, untuk wujudkan

    perdamaian dan untuk hidup bersama-sama dengan manusia lain. Hal ini menjelaskan

    bahawa manusia adalah hidup secara bersama-sama. Selain itu Monstequieu menganggap

    faktor-faktor geografi dan iklim adalah sangat penting dan beliau telah mengeluarkan

    pernyataan iaitu di negeri-negeri yang beriklim dingin,orang hanya sedikit memiliki selera

    bagi kesenangan hidup dan di negeri-negeri yang beriklim sedang orang memilikinya lebih

    banyak dan di negeri-negeri panas selera mereka hebat sekali . (Aron 1968,40).Secara

    kesimpulannya ialah Monstequieu telah memberikan sumbangan-sumbangan yang penting

    dalam perkembangan ilmu pengetahuan tentang masyarakat.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    10/15

    3.4 JEAN JACQUES ROUSSEAU ( 1712-1778 )

    Rousseau merupakan orang Swiss yang berasal daripada Geneva serta dibesarkan dalam

    kebudayaan Protestan dan bukannya Katolik. Rousseau juga bukan merupakan golongan

    bangsawan dan bukan juga berasal dari golongan warga kota, akan tetapi beliau merupakan

    anak kepada seorang tukang. Hal ini menyebabkan beliau mempunyai kesukaran dalam

    meneruskan kehidupannya dan keadaan ini lah menjadi pencetus kepada beliau untuk

    menyarankan pendapat tentang keadaan sains sosial pada zaman Pencerahan. (Hawthron

    1976, 20). Dalam karya beliau yang bertajukA Discourse on the moral effects of the arts and

    sciences (1754). ( Suatu pembahasan tentang efek-efek moral seni dan nilai), Rousseau cuba

    mengemukakan pandangan terhadap perkembangan ilmu pengetahuan telah menyebabkan

    kerutuhan moral. Malahan itu, keadaan ini telah melemparkan kritikan kepada pencetakan

    dan mengatakan bahawa peradaban telah mempunyai pengaruh yang kuat dalam merosakkan

    manusia.

    Selain itu, karya Rousseau lain yang bertajuk The Social Contract (1762) (Kontrak

    Sosial) menyatakan bahawa Manusia dilahirkan bebasdan di mana pun ia dibelenggu.

    Rousseau menyatakan nasib ini kebanyakannya menimpa orang-orang miskin dan orang-

    orang tidak berdaya yang kewujudannya saja sudah merupakan bantahan yang menentukan

    terhadap gagasan kemajuan dan kesempurnaan. Dengan semangat yang tinggi, Rousseau

    melihat ketidaksamaaan sosial dan politik, kekuasaan kaum kaya dan tidak berdayanya

    kaum miskin. Rousseau juga tidak membatasi pandangan dan kritikannya dalam melihat

    kemiskinan sebagai sesuatu yang misteri sahaja tetapi ia juga memperhatikan situasi mereka

    yang kehilangan pegangan, kepastian dan keamanan. Hal ini menyebabkan Rousseau ingin

    membuat sesuatu terhadap keadaan ini dan bukan sekadar menyibukkan diri dalam perkara-

    perkara yang tidak mendatangkan faedah malahan itu Rousseau cuba untuk menangani

    masalah ini dengan cara yang lebih radikal.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    11/15

    Antara sumbangan Rousseau pada zaman Pencerahan ialah beliau prihatin

    kepada persoalan pendidikan (termasuk wanita). Rousseu telah menyatakan bahawa

    pendidikan merupakan institusi yang penting kepada masyarakat kerana melalui pendidikan

    manusia dapat berfikir secara rasional Hal ini telah menunjukkan manusia telah mula berfikir

    tentang ilmu sains dan dan ilmu agama. Masyarakat pada masa ini mula memikirkan

    pnakulan ilmu secara rasional dan saintifik. Oleh tu, masyarakat telah merasakan bahawa

    pendidikan adalah wajar untuk semua kelompok masyarakat terutamanya untuk golongan

    lelaki an wanita. Rousseau juga berpendapat bahawa pendidikan bukan sahaja untuk

    golongan lelaki tetapi perlu juga ditekankan kepada golongan wanita. Status golongan wanita

    dianggap rendah tarafnya kerana wujudnya sistem feudal yang mengelaskan kelompok dan

    golongan masyarakat kepada nilai dan status yang tersendiri. Penglibatan golongan wanita

    dalam sistem pendidikan akan meningkatkan status sosial wanita. Pendidikan pada masa ini

    melalui tiga tahap iaitu tahap teologi, metafizik dan tahap sains atau positif dan kajian

    manusia adalah secara sistematik dan sainntifik serta penakulan manusia berlaku secara

    human reasoning.

    Rousseau juga menyarankan individu pada dasarnya adalah baik dan stabil. Hal ini

    kerana individu merupakan kelompok manusia yang mempunyai nilai-nilai dan sifat-sifat

    lain yang berkembang. Sesebuah masyarakat dapat wujud dengan sempurna jika ahlinya rasa

    terjamin dari segi emosi dan masyarakat yang bersandar kepada realiti. Masyarakat manusia

    juga dianggap seakan-akan sebuah mesin yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu.

    Sekiranya satu bahagian mesin itu rosak, ia perlu dibuang dan digantikan dengan yang baru.

    Oleh itu, mereka penting diberi pendidikan yang sewajarnya supaya dapat memenuhi peranan

    sistem sosial yang lebih baik.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    12/15

    KESIMPULAN

    Sains sosial bukan produk tempatan. Ia berkembang di Barat, khususnya di Eropah

    seiring dengan usaha para cendiakawan yang dipengaruhi oleh falsafah rasional untuk

    memartabatkan sains selain menggalakkan pemikiran yang kritis di kalangan masyarakat

    serta menolak peranan ketuhanan dan agama bagi menjana pengetahuan dan menentukan

    kebenaran. Usaha bagi untuk mengkaji kesan sains sosial dengan mendalam sekali. Hal ini

    kerana, mereka juga mengemukakan pelbagai kerangka teoritis untuk dijadikan rujukan dan

    panduan oleh ilmuan sosial semasa membuat penyiasatan dan analisis tentang realiti sosial

    selain menyatakan bahawa alam manusia juga boleh diselidiki secara objektif, sistematik dan

    saintifik seperti alam fizikal.

    Namun, teori-teori sains sosial ini mempunyai implikasi yang berlainan kepada

    apa yang perlu dilakukan oleh ilmuan sosial untuk pembangunan manusia dan masyarakat.

    Falsafah negatif yang turut dikaitkan dengan pemikir Zaman Pencerahan misalnya inginkan

    ilmuan sosial memusnahkan sistem sosial yang sedia ada sebab ia tidak memberatkan

    kebebasan individu untuk berfikir dan bersuara manakala falsafah positif yang diperkenalkan

    oleh Auguste Comte, berharap kestabilan sistem sosial yang sedia ada dipulihkan sekiranya ia

    telah tergugat akibat tindakan perubahan.

    Sesuai dengan tradisi ilmu yang menggalakkan ilmuan sosial supaya lebih peka

    terhadap apa yang berlaku dalam masyarakatnya, pemikir-pemikir Barat meneruskan usahaini dengan memperhalusi dan memodifikasi aspek-aspek tertentu falsafah rasional pada

    Zaman Pencerahan. Sains sosial turut bertapak dan semakin berkembang di Malaysia, namun

    pengajaran disiplin-disiplin sains sosial seperti ekonomi, linguistik, sosiologi dan lain-lain

    adalah atas desakan sebarang gerakan intelektual untuk meraikan rasionalisme dan sains

    seperti di Barat.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    13/15

    Sains sosial yang terdiri daripada pelbagai cabang ilmu dan cabang ilmu ini

    saling berkaitan antara satu sama lain bagi mencapai matlamat dalam sains sosial bagi

    mengkonstruksi semula masyarakat secara rasional supaya keperluan asasi umat manusia

    dipenuhi dan hak mereka terjamin melalui sikap aktivistik. Pengenalan dan pemantapan

    sains sosial di Malaysia ini berkait rapat dengan program pembangunan selepas kemerdekaan

    yang ingin menghasilkan tenaga kerja yang celik ilmu dan pengetahuan tentang manusia dan

    masyarakat.

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    14/15

    BIBLIOGRAFI

    Durant, Will (1961) The Story Of Philosophy.New York: Simon & Schuster

    Hunt, Elgin F. & Colander, David C. (1996). Social Sceince: An Introduction To The Study

    Of Society. Boston: Allyn&Bacon.

    Ross, Dorothy (1991). The Origins of American Social Sceince. New York: Cambridge

    University Press.

    Bruce and Howard. 1984. Social sceince research methods. New Jersey: Prentice Hall

  • 7/27/2019 pengenalan sains sosial

    15/15