pengenalan projek

13
PENGENALAN PROJEK AKHIR Projek akhir ini merupakan salah satu perkara yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Diploma Teknologi Kimpalan bagi memenuhi syarat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk memperolehi Diploma Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh. Bagi melaksanakan projek akhir ini, pelajar Diploma Kemahiran Malaysia perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak institut. Pada peringkat permulaan pelajar diberi kebebasan untuk menentukan projek yang akan dihasilkan. Dalam masa yang sama juga, setiap projek yang dipilih mestilah mengandungi segala elemen- elemen yang telah dipelajari sepanjang tempoh pengajian dari tahap satu hingga tahap empat. Sebaik sahaja segala elemen-elemen tersebut yang telah dipelajari dapat digunapakai dalam penghasilan projek, pelajar akan dibentuk dalam satu kelompok kumpulan kecil bagi menghasilkan projek tersebut. i

Upload: syafiq

Post on 22-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

T

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN PROJEK

PENGENALAN PROJEK AKHIR

Projek akhir ini merupakan salah satu perkara yang perlu dilaksanakan

oleh pelajar Diploma Teknologi Kimpalan bagi memenuhi syarat sebagaimana

yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta

Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia untuk memperolehi Diploma

Kemahiran Malaysia di Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh.

Bagi melaksanakan projek akhir ini, pelajar Diploma Kemahiran Malaysia

perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak institut. Pada

peringkat permulaan pelajar diberi kebebasan untuk menentukan projek yang

akan dihasilkan. Dalam masa yang sama juga, setiap projek yang dipilih

mestilah mengandungi segala elemen-elemen yang telah dipelajari sepanjang

tempoh pengajian dari tahap satu hingga tahap empat. Sebaik sahaja segala

elemen-elemen tersebut yang telah dipelajari dapat digunapakai dalam

penghasilan projek, pelajar akan dibentuk dalam satu kelompok kumpulan kecil

bagi menghasilkan projek tersebut.

Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan satu laporan yang berbentuk

cadangan ringkas. Laporan cadangan tersebut mestilah mengandungi segala

aspek kerja yang berkisar mengenai projek tersebut. Dalam pada itu, kumpulan

pelajar yang menyediakan cadangan tersebut mestilah berupaya menyiapkan

projek tersebut tanpa sebarang halangan. Selepas itu, dalam masa yang

singkat setelah pemilihan projek, maka setiap kumpulan akan diminta untuk

membentangkan cadangan mereka kepada panel dalaman. Setelah panel

dalaman berpuas hati dengan pembentangan tersebut, seterusnya kumpulan

i

Page 2: PENGENALAN PROJEK

pelajar dikehendaki menyiapkan dan membuat analisis berkaitan dengan projek

yang telah diluluskan.

Selama pelajar menjalani latihan industri, projek yang telah dilluluskan

haruslah dilaksanakan. Walaubagaimanapun, masa latihan yang agak terlalu

terhad maka para pelajar akan dibenarkan menyambung semula proses

menyiapkan projek akhir hanya selepas mereka tamat menjalani latihan industri.

Ini adalah kerana setiap proses kerja yang dibuat perlulah disiapkan di dalam

bengkel yang terdapat di dalam kawasan institut. Dalam masa yang sama,

pelajar akan berdepan dengan beberapa lagi tugasan wajib dan tugasan

sampingan lain sebagai memenuhi sebahagian besar syarat yang ditetapkan

oleh Kementerian Belia Dan Sukan dan Jabatan Pembangunan Kemahiran

untuk mendapatkan Diploma Kemahiran Penuh.

Perjalanan projek akan direkodkan dalam carta gantt yang mana dengan

berpandukan perancangan asal, setiap proses kerja akan dapat diperolehi

dengan teratur dan terperinci. Projek akhir perlu disiapkan bersama dengan

laporan penuh yang akan dijadikan dan dihantar serentak dengan projek akhir.

Akhir sekali, projek akan dibentangkan dihadapan panel yang terdiri daripada

pihak Technical Advisory Committee (TAC), Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

dan panel dalaman yang diketuai oleh ketua kursus disamping pegawai

penyelia. Sebaik sahaja segala prosedur telah dapat dipenuhi dan syarat yang

diperlukan memenuhi aspek penilaian, maka dengan itu, sempurnalah

segalanya dan pelajar layak dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia

dengan jayanya.

ii

Page 3: PENGENALAN PROJEK

OBJEKTIF PROJEK

Seperti mana yang diketahui Projek Akhir bukan sahaja dilaksanakan di

semua institut pengajian tinggi malah institut yang berasakan kemahiran seperti

IKBN juga perlu melaksanakan Projer Akhir. Ia dilaksanakan dengan

mempunyai tujuan dan objektif yang berguna untuk pelajar.

Objektif utama Projek Akhir kami ialah :-

i. Mencipta satu projek MANUAL CUTTING TABLE dimana kami

mengaplikasikan kemahiran kimpalan dan kefahaman kami selama kami

belajar di IKBN Pagoh kepada projek akhir yang kami laksanakan.

ii. Projek yang di jalankan ini adalah berteraskan kepada apa yang kami

pelajari selama berada di IKBN Pagoh iaitu dari tahap 1 hingga 4 dimana

kami menjalankan kerja-kerja pengurusan seperti membeli barang-

barang projek, membuat kira-kira, membuat perancangan keperluan

projek dan sebagainya yang mana berkaitan dengan apa yang kami

pelajari selama ini.

iii. Projek ini adalah bukan berteraskan kepada elektrik tetapi kami

menekankan tentang aspek kimpalan iaitu dengan membina sebuah

meja pemotong oksi asetilin manual yang mana berfungsi memotong dan

membuat sudut rencung (bevel) pada plate dengan mudah dan baik.

iii

Page 4: PENGENALAN PROJEK

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T…..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…..

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T Tuhan segala pemilik sekalian alam.

Sesungguhnya dengan limpah dan kurnia serta keberkatanNya, maka

keseluruhan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang

telah dibincangkankan sebelum ini dan memenuhi kehendak pemeriksa.

Sesungguhnya tanpa keberkatan dan kekuatan yang diberikan olehNya,

nescaya segala apa yang telah dirancangkan tidak mungkin dapat dilakukan

dengan sempurna.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga khasnya

kepada kedua ibu-bapa kami yang telah mendidik, menyara serta memberi

dorongan semangat kepada kami untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Dikesempatan ini juga, kami ingin merakamkan ribuan terima kasih

kepada En. Sukri Bin Mohamed selaku penyelia projek akhir untuk kumpulan

kami.

Selain daripada itu juga, kami ingin mengucapkan terima kasih yang

tidak terhingga kepada semua pengajar-pengajar dan pelajar-pelajar Sekolah

Kimpalan,Pemesinan Am dan Alatan & Acuan yang telah banyak membantu

kami dalam menyiapkan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Tidak

iv

Page 5: PENGENALAN PROJEK

lupa juga ucapan terima kasih ini di tujukan buat semua rakan-rakan

seperjuangan yang mana turut serta dalam membantu kami terutamanya dari

segi menyuarakan pendapat-pendapat serta memberi pandangan kepada kami

untuk meneruskan projek ini sehingga siap sepenuhnya.

Sesungguhnya segala kerjasama serta sumbangan dari pelbagai cara

amatlah kami hargai sepenuhnya. Tanpa semua ini, kami tidak berupaya

menyelesaikan segala masalah atau sebarang kemungkinan yang telah kami

hadapi sepanjang kami melaksanakan dan menyiapkan projek akhir ini.

Dalam pada ini juga kami amat berbesar hati kerana telah diberikan

kepercayaan penuh untuk menyiapkan projek ini kerana, jika dilihat dari segi

keupayaan mental dan fizikal pada tahap kami, ia agak mustahil bagi

sesetengah dari kami menilai sejauh mana perlunya kumpulan kami

meneruskan dan menyiapkan sesuatu projek yang agak rumit seperti ini.

Alhamdulillah dengan berkat doa dari semua pihak serta kerjasama dari ahli

kumpulan kami sendiri, projek ini dapatlah kami jalankan dengan lancar tanpa

sebarang halangan besar yang mana boleh melemahkan semangat dikalangan

ahli kumpulan kami sendiri mahupun terhadap rakan-rakan lain.

Sekali lagi kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima

kasih yang tidak terhingga diatas kerjasama dari semua pihak yang terlibat

sepanjang proses menyiapkan projek akhir ini dengan penuh jayanya…sekian...

v

Page 6: PENGENALAN PROJEK

ISI KANDUNGAN

TAJUK

PENGENALAN i

OBJEKTIF PROJEK AKHIR ii

PENGHARGAAN iii

ISI KANDUNGAN vi

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 1 PENGENALAN

1.0 DEFINASI PROJEK 1

1.1 LATAR BELAKANG PROJEK 2

1.2 OBJEKTIF PROJEK 3

1.3 LATAR BELAKANG MASALAH 4

1.4 CADANGAN PENYELESAIAN 6

1.5 PERBANDINGAN 7

BAB 2 LUKISAN KEJURUTERAAN

2.0 ISOMETRIK 8

2.1 ORTHOGRAFIK 9-11

2.2 SIMBOL WELDING 12

BAB 3 STANDARD OPERATION PROCEDURE

(S.O.P)

(S.O.P) MANUAL CUTTING TABLE 13

vi

Page 7: PENGENALAN PROJEK

BAB 4 PROSES KERJA DAN PERLAKSANAAN

PROJEK

4.0 PERLAKSANAAN PROJEK 14

4.1 LANGKAH PERLAKSANAAN

PROJEK

15

4.2 MESIN YANG DIGUNAKAN 16

4.3 PROSES PEMILIHAN BAHAN 17

4.4 PROSES PENANDAAN 18-19

4.5 PROSES PEMOTONGAN 20-21

4.6 PROSES MENGIMPAL 22

4.7 PROSES MENGGERUDI 23-24

4.8 PROSES PENGUJIAN KIMPALAN 25

4.9 PROSES PENGUJIAN PROJEK 26

4.10 PROSES MENGECAT 27

4.11 CARTA GANTT 28-29

4.15 CARTA ALIR KERJA 30-32

BAB 5 PEMERIKSAAN KIMPALAN

5.0 PENGUJIAN DAN PEMERIKSAAN

KIMPALAN

33

5.1 KOD DAN STANDARD UJIAN

VISUAL

34

5.2 KAWASAN PENGUJIAN 35-38

5.3 NON DESTRUCTIFE TEST (N.D.T) 39-44

5.4 PENGIRAAN TITIK KRITIKAL 45-47

BAB 6 BILL OF MATERIAL (B.O.M) DAN KOS

PROJEK

6.0 BILL OF MATERIAL(B.O.M) 48

vii

Page 8: PENGENALAN PROJEK

6.1 KOS PROJEK 49-52

BAB 7 KESIMPULAN

KESIMPULAN 53

GAMBARAJAH PERKARA

1 KAEDAH PEMOTONGAN SECARA

MANUAL

4

2 WELDING GAUGE 33

3 BAHAGIAN KRITIKAL 35

PROSES PEMILIHAN BAHAN MENTAH 17

PROSES PENANDAAN 18-19

PROSES PEMOTONGAN 20-21

PROSES MENGIMPAL 22

PROSES MENGGERUDI 23-24

PROSES PENGUJIAN KIMPALAN 25

PROSES PENGUJIAN PROJEK 26

PROSES MENGECAT 27

NON DESTRUCTIVE TEST (N.D.T) 39-42

LUKISAN PERKARA

1 PANDANGAN ISOMETRIK 8

2 PANDANGAN PLAN 9

3 PANDANGAN SISI 10

4 PANDANGAN HADAPAN 11

5 SIMBOL WELDING 12

LAMPIRAN

viii

Page 9: PENGENALAN PROJEK

BORANG UJIAN VISUAL

BORANG UJIAN PENUSUKAN CECAIR

ix