ringkasan eksekutif i. pengenalan · ringkasan eksekutif i. pengenalan cadangan projek ini dikenali...

24
ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT GPS Klang Terminal Sdn Bhd Environment Asia Sdn Bhd RE-1 RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF PT 0104434, DISTRICT OF KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA. Pembangunan ini meliputi kawasan seluas 18 ekar di atas Lot PT 0104434, Pulau Indah, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan. Tapak Projek ini bersempadan dengan YTL Cement Sdn Bhd di bahagian barat dan KLK Oleomas Sdn Bhd di bahagian selatan. Akses utama ke tapak Projek ini adalah melalui Persiaran Sungai Pinang yang bersambung dengan Lebuhraya Pulau Indah. Lokasi tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah A. II. PEMAJU PROJEK / PERUNDING Cadangan Projek ini akan dibangunkan oleh GPS Klang Terminal Sdn Bhd. Sebarang pertanyaan berhubung dengan Projek boleh diajukan kepada: GPS KLANG TERMINAL SDN BHD 144 Robinson Road #12-01, Robinson Square, 068908 Singapore. Pegawai untuk Dihubungi : En. Eric Arnold No. Tel : +65 6326 0755 Alamat Emel : [email protected]/ [email protected] Perunding EIA yang bertanggungjawab menyediakan laporan EIA ini ialah Environment Asia Sdn Bhd. Alamat rasmi perunding adalah seperti di bawah: ENVIRONMENT ASIA SDN BHD 81B, Jalan SS22/23, Damansara Jaya, 47400, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Pegawai untuk Dihubungi : En. Edward Wong / Pn. Kee Wai Yee Jawatan : Ketua Kumpulan/ Perunding EIA No. Tel. : 03 - 7722 3088 No. Fax : 03 - 7722 3099 Alamat Email : [email protected] Makmal analisis yang menjalankan analisis kualiti air, udara, bunyi dan gegaran adalah ChemVi Laboratory Sdn Bhd, sebuah makmal yang telah mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti potensi impak negatif dan positif terhadap alam sekitar yang berpunca daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti Projek serta mencadangkan langkah-langkah tebatan yang efektif untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar ke tahap yang boleh diterima.

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

85 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-1

RINGKASAN EKSEKUTIF

I. PENGENALAN

Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT

WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF PT 0104434, DISTRICT OF KLANG, SELANGOR

DARUL EHSAN, MALAYSIA.

Pembangunan ini meliputi kawasan seluas 18 ekar di atas Lot PT 0104434, Pulau Indah, Daerah Klang,

Selangor Darul Ehsan. Tapak Projek ini bersempadan dengan YTL Cement Sdn Bhd di bahagian barat

dan KLK Oleomas Sdn Bhd di bahagian selatan. Akses utama ke tapak Projek ini adalah melalui

Persiaran Sungai Pinang yang bersambung dengan Lebuhraya Pulau Indah.

Lokasi tapak Projek adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah A.

II. PEMAJU PROJEK / PERUNDING

Cadangan Projek ini akan dibangunkan oleh GPS Klang Terminal Sdn Bhd. Sebarang pertanyaan

berhubung dengan Projek boleh diajukan kepada:

GPS KLANG TERMINAL SDN BHD

144 Robinson Road #12-01,

Robinson Square,

068908 Singapore.

Pegawai untuk Dihubungi : En. Eric Arnold

No. Tel : +65 6326 0755

Alamat Emel : [email protected]/ [email protected]

Perunding EIA yang bertanggungjawab menyediakan laporan EIA ini ialah Environment Asia Sdn Bhd.

Alamat rasmi perunding adalah seperti di bawah:

ENVIRONMENT ASIA SDN BHD

81B, Jalan SS22/23,

Damansara Jaya, 47400,

Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Pegawai untuk Dihubungi : En. Edward Wong / Pn. Kee Wai Yee

Jawatan : Ketua Kumpulan/ Perunding EIA

No. Tel. : 03 - 7722 3088

No. Fax : 03 - 7722 3099

Alamat Email : [email protected]

Makmal analisis yang menjalankan analisis kualiti air, udara, bunyi dan gegaran adalah ChemVi

Laboratory Sdn Bhd, sebuah makmal yang telah mendapat pengiktirafan Skim Akreditasi Makmal

Malaysia (SAMM).

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti potensi impak negatif dan positif terhadap alam sekitar

yang berpunca daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti Projek serta mencadangkan langkah-langkah

tebatan yang efektif untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar ke tahap yang boleh diterima.

Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-2

III. TERMS OF REFERENCE BAGI KAJIAN EIA

Laporan Terms of Reference (TOR) untuk cadangan Projek ini telah dikemukakan kepada pihak

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada 4hb Mei 2017. Pengesahan laporan TOR dari pihak JAS

telah diperolehi pada 25hb Mei 2017.

IV. KEPERLUAN PENYATAAN

Bekalan LPG di Malaysia telah menunjukkan defisit dan defisit ini diramalkan akan meningkat pada masa yang akan datang. Oleh itu, GPS Klang Terminal Sdn Bhd bercadang untuk membina sebuah terminal di Pelabuhan Klang untuk menampung permintaan bekalan dan juga meningkatkan kestabilan kos serta mengatasi kekurangan bekalan semasa. Di samping itu, Projek ini juga selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas, Rancangan Fizikal Negara-2, Rancangan Struktur Selangor 2020 dan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1).

V. KEPERLUAN UNDANG-UNDANG

Cadangan Projek ini diklasifikasikan sebagai aktiviti yang ditetapkan di bawah Aktiviti 9(d): Petroleum

(Pembinaan depot produk untuk penyimpanan petrol, gas atau diesel yang mempunyai kapasiti

simpanan gabungan sebanyak 60,000 tong atau lebih (tidak termasuk stesen servis dalam jarak

3 km dari kawasan komersil, perindustrian atau perumahan) di bawah Jadual Pertama dalam

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 2015.

VI. PERIHAL PROJEK

Pembangunan yang dicadangkan meliputi kawasan tanah kosong yang seluas 18 ekar. Tapak Projek

ini mudah diakses melalui Persiaran Sungai Pinang. Komponen pembangunan terdiri daripada tangki

simpanan penyejukan, tangki simpanan bertekanan, saluran paip, kemudahan pembotolan dan

peralatan tambahan.

Pelaksanaan Projek yang dicadangkan akan bermula pada tahun 2018 dan akan disiapkan pada tahun

2019. Pelan susun atur untuk Projek ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah dalam Rajah B.

VII. PILIHAN PEMBANGUNAN PROJEK

Sekiranya pilihan "Tiada Pembangunan" dipilih, tapak Projek akan ditinggalkan sebagai tanah yang

belum dimajukan. Ini akan menyebabkan pembangunan tempatan mengalami kerugian dari aspek

ekonomi dan sosial.

Pembangunan Projek yang dicadangkan ini adalah pilihan utama kerana pembangunan ini akan

menjamin bekalan LPG ke Malaysia dan mengekalkan kestabilan kos yang selaras dengan

Rancangan Malaysia Kesebelas. Selain itu, Projek ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan

membawa faedah sosial kepada masyarakat tempatan.

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-3

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-4

Rajah B: Pelan Susunatur Projek

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-5

VIII. PERSEKITARAN SEDIA ADA

No. Komponen

Alam Sekitar Keterangan

A. Persekitaran Fizikal

1. Topografi Tapak Projek terletak atas tanah rata pada aras RL 4m dan di bahagian utara

Pulau Indah.

2. Geologi Pulau Indah dan kawasan sekitarnya terletak di atas formasi deposit laut yang

terdiri daripada tanah liat, lumpur, pasir, gambut dan batu kelikir kecil.

3. Tanih Tapak Projek ini terdiri daripada siri tanih Kranji yang mengandungi tanah liat

berwarna kelabu kebiruan dan melekit serta tidak berstruktur.

4. Hidrologi dan

Aliran Sungai

Air larian permukaan mengalir ke Sungai Chandong Besar dan akhirnya ke

Selat Kelang.

5. Meteorologi

Stesen meteorology yang terdekat adalah di Subang. (Latitud 3°07’N,

Longitud 101°33’E, ketinggian 17.0 amsl)

Suhu purata bulanan: 31.0°C to 34.9°C

Kelembapan relatif purata bulanan: 75.8 % to 81.6 %

Hujan bulanan: 143.8 mm to 362.7 mm

6. Gunatanah

Gunatanah utama dalam lingkungan 5 km dari tapak projek terdiri daripada

kawasan perindustrian sederhana dan berat, badan air, hutan, kawasan

komersial dan kawasan perumahan di Bandar Armada Putra. Perumahan

yang terdekat adalah Apartmen Seri Bayu. Lokasi kawasan sensitif

ditunjukkan dalam Rajah C.

7. Kualiti Air

Persampelan kualiti air telah dijalankan pada 17th Jun 2017 di lima (5) stesen

pemantauan. Kualiti air di stesen W1 and W2 mematuhi had MWQCS Kelas III.

Kualiti air di stesen W3 dan W5 berada dalam NWQS Kelas III manakala W4

berada dalam Kelas II. WQI adalah dari 59.85 ke 75.99.

8. Kualiti Udara

Persampelan kualiti udara telah dijalankan dari 14hb – 17 hb Jun 2017 di 3

stesen pemantauan. Kualiti udara ambien di semua stesen adalah baik dan

semua parameter berada dalam had yang ditetapkan.

9. Kualiti Bunyi

Pemantauan bunyi bising telah dijalankan dari 14hb-17hb Jun 2017 di 3 lokasi

yang sama dengan pemantauan kualiti udara. Hasil pemantauan

menunjukkan bahawa tahap bunyi secara umumnya berada di dalam had

yang dicadangkan oleh JAS.

10. Kualiti tanah

Persampelan kualiti tanah telah dijalankan pada bulan Mei 2017 di tengah

tapak Projek. Tahap hidrokarbon dan logam berat terpilih berada dalam had

yang tidak dapat dikesan. Tahap plumbum dan zink yang dikesan berada di

dalam had garis panduan JAS.

B. Ekosistem Biologi Sedia Ada

1. Flora & Fauna

Tapak Projek ini ialah sebuah tanah kosong dengan tumbuhan sekunder.

Semua species flora yang terdapat di tapak Projek biasa dijumpai di Malaysia

dan kehilangan mereka di tapak Projek tidak akan membawa sebarang impak

kepada biodiversiti. Tiada species terancam ditemui di tapak Projek ini.

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-6

C. Sistem Ekonomi Sedia Ada

1. Sosio-Ekonomi

Tapak projek terletak dalam Daerah Klang dan di bawah bidang kuasa Majlis

Perbandaran Klang di negeri Selangor. Populasi di Daerah Klang merangkumi

sebanyak 15.77% daripada jumlah keseluruhan populasi di negeri Selangor.

2.

Infrastruktur

dan Utiliti

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) membekalkan air ke tapak

Projek dan kawasan sekitarnya. Tenaga Nasional Berhad (TNB)

bertanggungjawab untuk penghantaran dan pengagihan elektrik bagi seluruh

negara. Perkhidmatan telekomunikasi (telefon dan internet) bagi Negeri

Selangor dibekalkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi seperti Telekom

Malaysia Berhad (TMB), Celcom dan Maxis.

Indah Water Konsortium (IWK) bertanggungjawab untuk mengoperasi dan

mengawal loji rawatan kumbahan awam dan rangkaian saliran paip

pembetungan bawah tanah di Negeri Selangor. Jalan yang berhubung Pulau

Indah ialah Lebuhraya Pulau Indah. Tapak Projek ini boleh diakses melalui

Persiaran Sungai Pinang dari Lebuhraya Pulau Indah.

Sisa pepejal dan sisa domestik akan dibuang ke dalam tong sampah dan

seterusnya dikosongkan dan dipungut oleh kontraktor yang dilantik oleh Majlis

Perbandaran Klang. Sisa pepejal yang telah dipungut akan dilupuskan di tapak

pelupusan yang telah diluluskan iaitu tapak pelupusan Jeram, Daerah Kuala

Selangor.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-7

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-8

IX. IMPAK BERPOTENSI

Impact Berpotensi Keterangan

A. Fasa Pra-Pembinaan

Tiada kesan buruk yang

ketara dijangka semasa

fasa pra-pembinaan

Kerja-kerja siasatan awal adalah seperti tinjauan awal flora dan fauna

dan pemantauan kualiti air, udara, bunyi dan sedimen tanah.

B. Fasa Pembinaan

Hakisan Tanah dan

Sedimentasi

Kadar purata hakisan tanah semasa pra-pembinaan dianggarkan

dalam 1.004 t/ha/yr. Kadar purata hakisan tanah semasa fasa

pembinaan (scenario kes terburuk) dianggarkan sebanyak 15.921

t/ha/yr manakala kadar hakisan tanah dengan implementasi langkah-

langkah kawalan dianggarkan sebanyak 12.972 t/ha/yr. Semasa fasa

operasi, kadar purata hakisan tanah ialah 0.041 t/ha/yr.

Jumlah pengorekan yang akan dijalankan ialah 4,463.22 cm3 dan

jumlah penambakan ialah 11,641.56 cm3.

Sistem Perparitan dan

Banjir

Sistem perparitan sementara dan kolam pemendapan akan dibina

bagi menampung perubahan air larian permukaan.

Pencemaran Air

Impak potensi kualiti air dari aktiviti pembinaan adalah seperti berikut:

Tumpahan atau / dan kebocoran minyak sisa, bahan api, dan

pelincir dari kenderaan atau peralatan boleh menyebabkan

pencemaran minyak atau gris.

Air larian bersedimen semasa fasa pembinaan boleh meningkatkan

paras TSS dan kekeruhan sungai yang menerimanya.

Pelupusan sisa buangan pepejal yang tidak teratur akan

merosotkan kualiti air.

Pencemaran Udara

Arah angin utama adalah dari barat laut dan utara (windrose data dari

2011-2010) dan tiada penerima sensitif yang terletak di bawah arah

angin.

Penerima sensitif terdekat terletak di arah timur tapak Projek dengan

jarak kira-kira 0.73 km dari tapak dan dijangka tidak akan dijejas oleh

pembinaan Projek.

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi dijangka dari kenderaan berat, aktiviti cerucuk dan

jentera lain yang beroperasi di tapak Projek.

Anggaran tahap bunyi kepada penerima sensitif berdasarkan

keputusan pemodelan adalah lebih rendah berbanding dengan bunyi

latar belakang yang sedia ada.

Impak ini akan berlaku dalam jangka pendek dan gangguan akan

berhenti apabila fasa pembinaan telah selesai.

Sosio-Ekonomi

Responden sebanyak 72.7% dari jumlah keseluruhan bersetuju

dengan cadangan projek manakala responden yang lain tidak

bersetuju.

Projek dijangka akan menjana impak sosio-ekonomi yang positif dan

negatif

Impak negatif termasuk penjanaan trafik, perubahan estetik serta isu

kesihatan dan keselamatan.

Impak positif ialah mewujudkan peluang pekerjaan dan bisnes

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-9

semasa fasa pembinaan.

Biomas, Sisa Pepejal dan

Sisa Buangan Terjadual

Penjanaan sisa pepejal termasuk serpihan pembinaan dan sisa

domestik.

Penjanaan sisa buangan terjadual berpotensi menyebabkan

pencemaran air.

Projek Terbengkalai

Impak yang akan berlaku bergantung kepada fasa kerja yang telah

dilaksanakan.

Potensi impak adalah kecil sekiranya kerja pelupusan sisa binaan

dijalankan dengan teratur.

C. Fasa Operasi

Risiko/ Kemalangan Kemalangan merbahaya dari aktiviti operasi adalah kebakaran dan

letupan.

Bahan-bahan merbahaya termasuk cecair mudah bakar, seperti ethyl

mercaptan dan gas mudah bakar, seperti butane and propane.

Semua kemalangan dijangkakan tidak akan membawa risiko yang

tidak dapat diterima terhadap kawasan perindustrian atau kawasan

perumahan.

Kontur anggaran risiko menunjukkan bahawa paras risiko individu 1 x

10-6 setahun dan 1 x 10-5 setahun adalah dalam lingkungan boleh

diterima dan tidak akan menjejaskan kawasan bersebelahan ataupun

sebarang penerima sensitif.

Sistem Perparitan dan

Banjir

Larian permukaan di tapak projek dijangka akan menambah atas

sebab kapasiti penyusupan hujan tanah menurun.

Pencemaran Air Isu hakisan tanah dan sedimentasi menjadi tidak ketara semasa fasa

operasi kerana permukaan tapak projek akan diturap.

Sumber potensi pencemaran air adalah dari larian permukaan yang

tercemar dari kawasan penyelenggaraan peralatan.

Pencemaran Udara Sumber pencemaran udara adalah daripada kenderaan yang keluar

masuk terminal.

Tiada kesan terhadap kualiti udara atas sebab anggaran tahap 1-jam

CO purata yang paling tinggi ialah 0.7 ppm. Anggaran ini adalah lebih

rendah berbanding dengan “New Malaysia Ambient Air Quality

Standard”.

Pencemaran Bunyi Tahap bunyi kumulatif yang dijangkakan daripada aktiviti operasi ke

kawasan perumahan terdekat adalah 62.5 dB(A).

Penjanaan bunyi daripada trafik kenderaan dijangka tidak akan

meyebabkan sebarang perubahan terhadap tahap bunyi ambien di

penerima terdekat sama ada pada waktu siang atau malam.

Penjanaan Trafik Trafik kenderaan dijangka menjanakan sebanyak 10 trak sejam dalam

peralihan 12 jam.

Sistem jalan yang sedia ada mampu mengendalikan jumlah

penambahan trafik.

Sosio-Ekonomi Cadangan pembangunan dijangka mewujudkan peluang bisnes dan

pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Operasi terminal dijangkakan tidak akan menyebabkan impak buruk

terhadap kesihatan dan keselamatan awam.

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-10

Sisa Pepejal dan Sisa

Buangan Terjadual

Sisa domestik dan pejabat akan dijana dari aktiviti harian di terminal.

Sisa buangan terjadual terguna yang akan dijanakan adalah dalam

kuantiti yang kecil yang terhasil daripada aktiviti penyelenggaran

peralatan.

Projek Terbengkalai Projek terbengkalaian akan menimbulkan impak visual dan menjadi

habitat bagi haiwan perosak dan vektor penyakit.

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-11

X. CADANGAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN

Langkah-langkah kawalan yang dicadangkan telah diringkaskan di dalam Jadual A.

Jadual A: Ringkasan Impak Berpotensi Signifikan dan P2M2

IMPAK BERPOTENSI

SIGNIFIKASI

MAGNITUD KESAN

BERPOTENSI TINGGI P2M2

HALAMAN

RUJUKAN

Fasa Pembinaan

Hakisan Tanah dan

Sedimentasi

Tidak ketara Kawalan Hakisan

Perlindungan kawasan terdedah harus dijalankan dengan secepat mungkin untuk

mengurangkan hakisan tanah.

Kawasan simpanan stokpile harus dilindungi dari hakisan dengan mengunakan

langkah tebatan sementara.

Kawasan simpanan harus diletak jauh dengan saliran larian permukaan dan jauh dari

alur air.

Kawalan Sedimentasi

Sebuah kolam perangkap mendap akan dibina di dalam tapak Projek.

Sebelum kerja pembinaan dimulakan, parit sementara akan dibina untuk menyalurkan

larian permukaan ke kolam perangkap mendap.

Sistem peparitan haruslah diperiksa scara kerap dan dipantau terutamanya selepas

hujan lebat.

Langkah kawalan sedimen seperti check dam, banteng tanah, silt fence, wash trough

akan dilaksanakan sebelum kerja tanah dijalankan.

8-2 to 8-4

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-12

IMPAK BERPOTENSI

SIGNIFIKASI

MAGNITUD KESAN

BERPOTENSI TINGGI P2M2

HALAMAN

RUJUKAN

Hakisan Tanah dan

Sedimentasi

Tidak ketara Best Management Practices(BMP)

Kawasan terdedah terutamanya yang berdekat dengan saliran air harus dilindungi

dengan geotextile/ pelekat plastik atau silt fence.

Perimeter untuk parit sementara harus dibina untuk mengelakkan air bertakung.

Air basuh dari “wash trough” akan disalurkan ke dalam kolam penakungan untuk

pemendapan dan air akan diguna semula untuk membasuh atau diarahkan ke parit

sementara yang mangalir ke kolam perangkap mendap.

8-2 to 8-4

Pecemaran Air Tidak ketara Minyak dan Petroleum Produk/Mesin

Tangki simpanan minyak diesel dan drum minyak perlu diletakkan di kawasan

berbumbung, berturap, berbenteng dan saluran keluarnya perlu dilengkapi dengan

tempat takungan minyak.

Penyelenggaraan mesin perlu dilakukan di tempat yang dikhaskan supaya sebarang

tumpahan atau kebocoran minyak atau pelincir terpakai boleh ditakung dengan baik.

Tumpahan minyak perlu dibersihkan secepat mungkin.

Minyak dan gris terpakai harus disimpan di dalam drum, dilabel dan diletakkan di

kawasan khas dan jauh daripda aliran air sebelum dilupuskan oleh kontraktor

berlesen.

Simen/Bitumen

Simen/ bitumen haruslah disimpan di tempat kerja yang selamat.

Sebarang pembuangan ke dalam saluran air atau di tepi jalan tidak dibenarkan.

Kemudahan Tandas

Penyediaan kemudahan tandas sementara yang mencukupi kepada pekerja.

8-7 to 8-8

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-13

IMPAK BERPOTENSI

SIGNIFIKASI

MAGNITUD KESAN

BERPOTENSI TINGGI P2M2

HALAMAN

RUJUKAN

Pencemaran Air Tidak ketara Pengawalan habuk dan debu secara efektif dengan mengamalkan housekeeping

yang baik.

Pembakaran terbuka sampah sarap atay sisa tumbuhan adalah dilarang sama sekali.

Kenderaan yang mengangkut bahan binaan atau sisa buangan harus ditutup dengan

kanvas.

Semua kenderaaan pembinaan harus diperiksa dan diselenggarakan dengan kerap

untuk memastikan ia dalam keadaan baik.

Kelajuan kenderaan dalam tapak pembinaan harus dihadkan kepada 30 km/jam untuk

mengurangkan pergolakan debu.

Wash trough seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.1 akan disediakan di jalan keluar

dari tapak Projek untuk membersihkan roda kenderaan berat sebelum keluar dari

tapak Projek.

Jalan-jalan yang menghubungkan tapak Projek ke jalan laluan awam harus sentiasa

dibasahkan dan dibersihkan dengan kerap.

Pemantauan kualiti udara secara berterusan perlu dijalankan.

Pemberitahuan Bertulis perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah tidak kurang

daripada tiga puluh hari sebelum kerja dimulakan seperti yang dikehendaki di bawah

Peraturan 5 , Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Udara Bersih), 2014.

Sebarang peralatan pembakaran bahan api hendaklah mematuhi nilai had dan

piawaian sebagaimana ditetapkan di dalam Peraturan Kedua Akta Kualiti Alam

Sekeliling (Udara Bersih), 2014.

8-8

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-14

IMPAK BERPOTENSI

SIGNIFIKASI

MAGNITUD KESAN

BERPOTENSI TINGGI P2M2

HALAMAN

RUJUKAN

Bunyi Tidak ketara Had laju kenderaan dalam kawasan pembinaan harus dihadkan kepada 30km/jam.

Semua mesin pembinaan harus diselenggara dengan baik.

Tampoh masa untuk aktiviti pembinaan dan pergerakan kenderaan harus dihadkan

kepada waktu siang.

Semua pekerja yang terlibat dalam akitiviti pembinaan yang mengeluarkan bunyi

bising harus dibekalkan dengan alat perlindungan pendengaran seperti penyumbat

telinga.

Hoarding akan dipasang di sekeliling tapak Projek sebagai penghadang bunyi

sementara semasa fasa pembinaan.

8-9

Trafik Tidak ketara Pelan kawalan trafik harus dilaksanakan untuk mengelakkan sebarang kemalangan

berlaku semasa pengangkutan bahan pembinaan keluar masuk tapak.

Pengangkut bahan-bahan pembinaan dan mesin bagi kerja-kerja pembinaan jalan

harus dijalankan sewaktu trafik kurang sibuk

Penjadualan laluan lori pengangkut supaya lori-lori tersebut tidak keluar masuk pada

masa yang sama.

Perancangan laluan akses yang mengelakkan jalan sempit.

Flagmen perlu disediakan untuk membantu dalam pengawalan aliran trafik semasa

kenderaan pembinaan memasuki jalan utama.

8-9 ke 8-10

Impak Ecologi Tidak ketara Biomas yang tidak boleh digunakan untuk “mulching” akan dibiarkan untuk dikompos

di dalam tapak projek.

Pembakaran sisa vegetasi adalah dilarang sama sekali.

8-10

Impak Socio Ekonomi Tidak ketara Papan tanda jalan dan sistem keselamatan jalan harus ditubuhkan.

Semua kenderaan berat yang mengangkut bahan pembinaan dan sisa buangan dari

tapak pembinaan perlu diselenggara dan dibersihkan.

Strategi pengasingan-penebat terhadap pekerja asing akan dijalankan.

Aktiviti pembinaan dan pergerakan kenderaan harus dihadkan kepada waktu siang.

8-10

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-15

IMPAK BERPOTENSI

SIGNIFIKASI

MAGNITUD KESAN

BERPOTENSI TINGGI P2M2

HALAMAN

RUJUKAN

Penjanaan Tidak ketara Sisa Pepejal

Pembakaran sisa pepejal secara terbuka dilarangkan sama sekali.

Semua sisa pepejal dari tapak mesti dikutip oleh kontraktor yang berlesen.

Sisa kerja pembinaan

Semua sisa kerja pembinaan mesti dikutip dan dihantar oleh kontraktor yang berlesen

ke tempat buangan yang diluluskan.

Sisa buangan terjadual

Penyimpanan dan pengendalian sisa buangan terjadual harus dijalankan mengikut

Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Sisa Terjadual) 2005.

Sisa tersebut harus disimpan di dalam tong yang tertutup, dilabel dan diletakkan di

tempat khas untuk penyimpanan sisa buangan terjadual.

Kawasan penyimpanan tersebut haruslah bertar, berbenteng dan menpunyai kapasiti

untuk menampung 110% daripada isipadu tong yang terbesar.

8-10 ke 8-11

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-16

IMPAK BERPOTENSI

SIGNIFIKASI

MAGNITUD KESAN

BERPOTENSI TINGGI P2M2

HALAMAN

RUJUKAN

Fasa Operasi

Risiko/ Pelan Tindak

Balas Kecemasan

Tidak Ketara Terminal harus menggunakan technologi yang terbukti semasa mereka bentuk fasiliti

untuk mengelakkan kejadian berbahaya.

Emergency Response Plan perlu disediakan untuk menunjukkan prosedur yang harus

diikut semasa kejadian kecemasan berlaku.

Kawalan kebakaran dan Emergency Shut Down (ESD) harus diimplementasikan

seperti yang dinyatakan dalam prosedur ERP.

Emergency Response Team haruslah ditubuhkan untuk mengendali sebarang

kejadian kecemasan.

Latihan kecemasan harus dijalankan supaya semua pekerja bersedia untuk

mengendali kecemasan.

ERP harus disemakkan semula dari masa ke semasa.

Laporan kejadian kecemasan harus disediakan secara sistematik.

Dokumentasi Safety Management Systems (SMS) haruslah berkomprehensif dan

meliputi proses operasi.

8-13 ke 8-15

Pecemaran Air Tidak Ketara Semua air larian akan diarahkan ke sebuah kolam penakungan yang sebelum ini

berfungsi sebagai kolam perangkap mendap.

Interceptors akan dipasang untuk mengasingkan minyak dan bendasing dari air larian

yang mengalir dari kawasan mesin dan peralatan sebelum ditujukan ke kolam

penakungan.

Air dalam kolam penakungan akan diperiksa secara berkala sebelum dilepaskan ke

laut dengan terkawal.

Pemantauan pelepasan dari kolam penakungan akan dijalankan untuk memastikan

kualiti air sentiasa mematuhi Piawaian B.

8-13 ke 8-14

Page 17: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-17

SIGNIFICANT

POTENTIAL IMPACT

MAGNITUDE OF SIGNIFICANT

POTENTIAL IMPACTS P2M2

REFERENCE

PAGE

Pencemaran Udara Tidak ketara Semua paip akan dikimpal dan hydrotesting akan dilaksanakan untuk memastikan

tiada kebocoran sebelum memasukkan produk ke dalam sistem paip.

Mercaptan akan ditambah dalam saluran bekalan LPG untuk mengesan sebarang

kebocoran gas.

Semua trak akan diperiksa dan diselenggara dengan kerap.

8-14

Bunyi Tidak ketara Semua peralatan akan direka untuk mematuhi had tahap bunyi yang ditetapkan.

Peralatan yang mengeluarkang bunyi bising harus diletak di dalam bilik tertutup

dengan penghadang bunyi.

Penyelenggaraan peralatan harus dijalankan dengan kerap untik memastikan mereka

dipasangkan dengan betul.

Pekerja yang terlibat dalam aktiviti yang mengeluarkan bunyi bising harus dibekalkan

dengan alat perlindungan pendengaran.

8-14

Trafik Tidak ketara Sistem pengurusan trafik efektif patut dipraktikkan dalam perancangan pembangunan

Projek.

Papan tanda seperti petanda jalan, lampu isyarat dan lampu jalan akan dipasang.

8-15

Socio Ekonomi Boleh diabaikan Semua bahan pembinaan perlu dilupuskan dengan elok untuk mengelakkan kawasan

tapak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus.

Bagi pekerja asing mahupun tempatan yang ditamatkan perkhidmatannya perlu

dipindahkan dari tapak Projek atau diberi kerja alternatif yang lain bagi mengelakkan

berlakunnya masalah social kepada penduduk tempatan.

8-15

Penjanaan sisa Tidak Ketara Sisa pepejal yang dijana akan dibuang ke tempat buangan yang diluluskan oleh pihak

berkuasa tempatan.

Pembakaran terbuka sisa pepejal adalah dilarang.

Sisa jadual akan dikendali dan dirawat mengikut Peraturan Alam Sekitar (Sisa Jadual)

2005.

8-15 ke 8-16

Page 18: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-18

IMPAK BERPOTENSI

SIGNIFIKASI

MAGNITUD KESAN

BERPOTENSI TINGGI P2M2

HALAMAN

RUJUKAN

Projek Terbengkalai

Projek Terbengkalai Ketara Semua pihak berkuasa yang berkaitan harus diberitahu tentang isu projek

terbelangkai oleh pemaju Projek.

Tapak Projek harus dipagar untuk keselamatan.

Semua jenis sisa buangan dari tapak hendaklah diuruskan dengan betul.

Semua peralatan yang kemungkinan menyebabkan cedera perlu dibongkar dan

dibuang.

Pelan pemuliharaan semula alam sekitar harus dijalankan jika terdapat pencemaran

alam sekitar.

8-12 & 8-17

Page 19: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-19

XI. PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Satu garis panduan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan program pengawasan serta audit perlu disediakan (Jadual B dan C) untuk membantu pihak

Penggerak Projek dalam menguruskan impak alam sekitar semasa pelaksanaan Projek. Pelan ini juga akan membantu memastikan kesemua syarat kelulusan

EIA, kriteria-kriteria serta piawaian dalam peraturan pengeluaran/discaj yang berkenaan dipatuhi.

Jadual B: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Pembinaan

KOMPONEN

PEMANTAUAN

LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN KEPERLUAN

LAPORAN

FASA PEMBINAAN

Kualiti Air SB1- Discaj kolam perangkap mendap Bulanan TSS 100 mg/l

Standard B, Jadual Kelima,

Peraturan-peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Efluen Perindustrian)

2009

3 bulan sekali kepada

JAS Selangor

MW1−Hulu Selat Kelang

MW2−Hilir Selat Kelang

Bulanan Temperature

pH

Dissolved Oxygen

(DO)

Oil and Grease (O

& G)

≤ 2°C increase over

maximum ambient

-

3.0 mg/l

5.0 mg/l

3 bulan sekali kepada

JAS Selangor

Page 20: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-20

Jadual B: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Pembinaan (Sambungan)

KOMPONEN

PEMANTAUAN

LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN KEPERLUAN

LAPORAN

Kualiti Air MW1−Hulu Selat Kelang

MW2−Hilir Selat Kelang

Bulanan Total Suspended

Solid (TSS)

Mercury (Hg)

Cadmium (Cd)

Chromium

Trivalent

Copper (Cu)

Arsenic (As)

Lead (Pb)

Zinc (Zn)

Cyanide(Cn)

Ammonia

(unionized)

Nitrite (NO2-)

Nitrate (NO3-)

Phosphate

Phenol

Tributyltin

Faecal Coliform

PAHs

100 mg/l

0.05 mg/l

0.01 mg/l

0.048 mg/l

0.01 mg/l

0.05 mg/l

0.05 mg/l

0.10 mg/l

0.02 mg/l

0.32 mg/l

1.0 mg/l

1.0 mg/l

0.67 mg/l

0.10 mg/l

0.05 µg/l

200 CFU/100

1.0 mg/l

Kelas III, Piawaian dan Kriteria

Kuliti Air Marin Malaysia.

3 bulan sekali kepada

JAS Selangor

Kualiti Udara A1- Di sempadan barat tapak Projek 3 bulan sekali PM10

PM2.5

SO2

NO2

CO

100 µg/m3

35 µg/m3

80 µg/m3

70 µg/m3

10 mg/m3

Standard Baru Kualiti Udara

Ambien Malaysia

3 bulan sekali kepada

JAS Selangor

Page 21: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-21

Jadual B: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Pembinaan (Sambungan)

KOMPONEN

PEMANTAUAN

LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN KEPERLUAN

LAPORAN

Tahap Bunyi N1-Di sempadan barat tapak Projek 3 bulan sekali LAeq

Lmax

Lmin

L90

L10

24-Jam

Waktu siang dan malam

Jadual 1, Maksimum Had Bunyi

yang Dibenarkan (LAeq) terhadap

Penerima untuk Perancangan

dan Pembangunan baru. (Zon

perindustrian yang ditetapkan)

3 bulan sekali kepada

JAS Selangor

Audit Alam Sekitar Tapak Projek 4 bulan sekali Syarat-syarat kelulusan EIA, undang-undang dan

peraturan sedia ada

4 bulan sekali kepada

JAS Selangor

Page 22: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-22

Jadual C: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Operasi

KOMPONEN

PEMANTAUAN LOKASI KEKERAPAN PARAMETER TAHAP PEMATUHAN

KEPERLUAN

LAPORAN

FASA OPERASI

Kualiti Air W1- Discaj kolam penakungan 3 bulan sekali Temperature

pH

BOD5

TSS

Mercury

Cadmium

Chromium,

hexavalent

Chromium,

trivalent

Arsenic

Cyanide

Lead

Copper

Manganese

Nickel

Tin

Zinc

Boron

Iron

Silver

Aluminium

Selenium

Barium

Fluoride

Formaldehyde

Phenol

Free Chlorine

40 ºC

5.5-9.0

50mg/l

100mg/l

0.05mg/l

0.02mg/l

0.05mg/l

1.0mg/l

0.10mg/l

0.10mg/l

0.5mg/l

1.0mg/l

1.0mg/l

1.0mg/l

1.0mg/l

2.0mg/l

4.0mg/l

5.0mg/l

1.0mg/l

15mg/l

0.5mg/l

2.0mg/l

5.0mg/l

2.0mg/l

1.0mg/l

2.0mg/l

3 bulan sekali kepada

JAS Selangor

Page 23: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENT IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-23

Jadual C: Cadangan Program Pengawasan Semasa Fasa Operasi (Sambungan)

KOMPONEN

PEMANTAUAN

LOKASI KEKERAPAN PARAMETER Tahap Pematuhan KEPERLUAN

LAPORAN

Kualiti Air W1-Discaj kolam penakungan 3 bulan sekali Sulphide

O& G

NH3-N

Warna

0.50mg/l

10mg/l

20mg/l

200 (ADMI*)

Standard B, Jadual Kelima,

Peraturan-peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Efluen Perindustrian)

2009

3 bulan sekali kepada

JAS Selangor

Kualiti Udara A1- Di sempadan barat tapak Projek Setahun sekali PM10

PM2.5

SO2

NO2

CO

100 µg/m3

35 µg/m3

80 µg/m3

70 µg/m3

10 mg/m3

Standard Baru Kualiti Udara

Ambien Malaysia

Setahun sekali kepada

JAS Selangor

Tahap Bunyi N1-Di sempadan barat tapak Projek Setahun sekali LAeq

Lmax

Lmin

L90

L10

24-hour

Waktu siang dan malam

Jadual 1, Maksimum Had Bunyi

yang Dibenarkan (LAeq) terhadap

Penerima untuk Perancangan dan

Pembangunan baru. (Zon

perindustrian yang ditetapkan)

Setahun sekali kepada

JAS Selangor

Auidt Alam Sekitar Tapak Projek Setahun sekali Syarat-syarat kelulusan EIA, undang-undang dan

peraturan sedia ada

Setahun sekali kepada

JAS Selangor

Page 24: RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN · RINGKASAN EKSEKUTIF I. PENGENALAN Cadangan Projek ini dikenali sebagai PORT KLANG REFRIGERATED LPG STORAGE AT WESTPORT BULK TERMINAL, PART OF

ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT

GPS Klang Terminal Sdn Bhd

Environment Asia Sdn Bhd RE-24

XII. IMPAK RESIDU

Semasa fasa operasi, impak residu terhadap kualiti udara, bunyi, kualiti air, trafik dan kemalangan

adalah dijangkakan tidak ketara.

XIII. KESIMPULANAN

Berdasarkan kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar yang dijalankan, cadangan Projek ini akan

memberi kedua-dua kesan positif dan negatif semasa pelaksanaannya. Semasa fasa pembinaan,

terdapat beberapa kesan alam sekitar seperti pencemaran air, udara dan bunyi. Walau

bagaimanapun, kesan ini adalah sementara dan terhad semasa tempoh fasa pembinaan sahaja.

Semasa fasa operasi, Penilaian Risiko Kuantitatif menunjukkan risiko dalam terminal adalah bawah

had ditetapkan. Kesan alam sekitar yang lain seperti pencemaran air, bunyi dan pencemaran udara

adalah tidak ketara sekiranya langkah-langkah kawalan yang dicadangkan dilaksanakan dengan

sempurna.