smartank pengenalan latar belakang projek kos...

11
SMARTANK Pengenalan INSTUN mempunyai dua (2) buah bot yang digunakan bagi tujuan pelaksanaan amali kursus Ukur Hidrografi di laut. Objektif Inovasi Produk inovasi SmarTank telah direkacipta bagi memanaskan enjin bot di darat. Latar Belakang Projek Bagi tujuan pemanasan enjin bot, ujilari perlu dilaksanakan di badan air seperti di laut atau tasik. Berikutan kos dan risiko yang tinggi untuk membawa bot dari INSTUN ke perairan laut di Lumut, maka inovasi ini dibuat bagi penyelesaian masalah berkenaan. Kos Projek Inovasi SmarTank melibatkan kos berjumlah RM750.00. Kumpulan Sasar dan Skop Liputan Inovasi SmarTank ini boleh diaplikasi oleh semua jabatan/ agensi/ individu yang memiliki bot. Ini berikutan impak inovasi SmarTank ialah seperti berikut; i) Kreativiti Apabila kesukaran memanaskan enjin bot berlaku ianya juga turut mengganggu proses penyelenggaraan berkala bot jabatan. Dalam inovasi ini, keperluan mencari alternatif yang terbaik untuk mengelakkan kesukaran memanaskan enjin bot di darat supaya lebih efisien dan cepat, selaras dengan kehendak piagam pelanggan jabatan. Ini memandangkan bot-bot ini digunakan dalam program-program dan Kursus Ukur Hidrografi anjuran jabatan. Bagi melancarkan program berkenaan, bot-bot ini hendaklah dalam keadaan baik terutamanya enjin bot itu sendiri. Inovasi ini membolehkan pelaksanaan program jabatan dapat dilaksanakan secara profesional serta dapat meningkatkan imej jabatan selaras dengan visi jabatan iaitu “ke arah institut latihan bertaraf

Upload: tranminh

Post on 08-Mar-2019

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SMARTANK

Pengenalan

INSTUN mempunyai dua (2) buah bot yang digunakan bagi tujuan pelaksanaan amali

kursus Ukur Hidrografi di laut.

Objektif Inovasi

Produk inovasi SmarTank telah direkacipta bagi memanaskan enjin bot di darat.

Latar Belakang Projek

Bagi tujuan pemanasan enjin bot, ujilari perlu dilaksanakan di badan air seperti di laut atau

tasik. Berikutan kos dan risiko yang tinggi untuk membawa bot dari INSTUN ke perairan laut

di Lumut, maka inovasi ini dibuat bagi penyelesaian masalah berkenaan.

Kos Projek

Inovasi SmarTank melibatkan kos berjumlah RM750.00.

Kumpulan Sasar dan Skop Liputan

Inovasi SmarTank ini boleh diaplikasi oleh semua jabatan/ agensi/ individu yang memiliki

bot.

Ini berikutan impak inovasi SmarTank ialah seperti berikut;

i) Kreativiti

Apabila kesukaran memanaskan enjin bot berlaku ianya juga turut mengganggu proses

penyelenggaraan berkala bot jabatan. Dalam inovasi ini, keperluan mencari alternatif yang

terbaik untuk mengelakkan kesukaran memanaskan enjin bot di darat supaya lebih efisien

dan cepat, selaras dengan kehendak piagam pelanggan jabatan.

Ini memandangkan bot-bot ini digunakan dalam program-program dan Kursus Ukur

Hidrografi anjuran jabatan. Bagi melancarkan program berkenaan, bot-bot ini hendaklah

dalam keadaan baik terutamanya enjin bot itu sendiri. Inovasi ini membolehkan

pelaksanaan program jabatan dapat dilaksanakan secara profesional serta dapat

meningkatkan imej jabatan selaras dengan visi jabatan iaitu “ke arah institut latihan bertaraf

dunia dalam bidang Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan serta Teknologi Maklumat

yang berkaitan”.

Melalui perbincangan dan brainstorming daripada permasalahan yang berlaku, kumpulan

telah merangka beberapa lakaran dan ilustrasi bagi proses tindakan penyelesaian yang

mudah, cepat dan berkesan. Proses awal kumpulan adalah merealisasikan spesifikasi

cadangan seterusnya menetapkan kaitan dengan kehendak Piagam Pelanggan Jabatan

serta memenuhi empat (4) elemen penting dalam Strategi Lautan Biru (BOS).

Daripada perbincangan juga dapat dikenalpasti komponen/ peralatan yang bersesuaian dan

terpakai serta digabungkan bagi penghasilan inovasi tersebut. Penghasilan inovasi ini telah

melalui tiga (3) kali proses inovasi cadangan dan ujicuba serta penilaian semula dengan

penambahan beberapa komponen serta membuat perbandingan dengan peralatan sebelum

ini sehingga ianya benar-benar sesuai dan efektif untuk digunakan.

Penggunaan inovasi ini bukan hanya dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku

malahan dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. Penambahbaikan bagi hasil

inovasi ini juga dapat memanaskan enjin bot secara efektif, efisyen dan mesra alam

menggunakan kepakaran dan kreativiti ahli kumpulan sendiri.

ii) Berkesan

Lokasi pemanasan enjin/ ujilari juga memerlukan ramp bagi menurunkan bot ke badan air

dan terdapat lokasi tertentu sahaja yang mempunyai kemudahan dan ramp yang sempurna.

Dengan ketiadaan fasiliti ini di INSTUN, bot terpaksa dibawa ke Lumut dan melibatkan kos

dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Sebelum inovasi dilaksanakan, proses pemanasan enjin bot perlu dijalankan secara berkala

bagi memastikan bot dalam keadaan baik dan enjin bot perlu dihidupkan setiap dua (2)

minggu sekali. Kegagalan menghidupkan enjin bot atau memanaskan enjin bot dengan

berkala akan menyebabkan enjin akan mudah rosak disebabkan minyak enjin tidak dialirkan

ke semua bahagian enjin. Oleh itu, jika pemanasan enjin secara berkala tidak dapat dibuat,

enjin akan cepat rosak dan akan melibatkan kos penyelenggaraan pembaikan yang tinggi

kelak.

Kerosakan enjin bot boleh dikategorikan kepada Faktor Dalam Kawalan dan Luar Kawalan.

Antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada kerosakan enjin bot bagi Faktor Dalam

Kawalan ialah tenaga kerja, Standard Of Procedure (SOP) sedia ada dan masa manakala

bagi Faktor Luar Kawalan ialah kawasan lokasi pengujian, kos penyelenggaraan yang tinggi

serta cuaca dan persekitaran.

Dengan mengambilkira objektif mencari alternatif yang terbaik dan berkesan bagi mengatasi

masalah tersebut, proses pelaksanaan inovasi diteruskan agar kesukaran memanaskan

enjin bot di darat dapat diatasi dengan meminimakan penggunaan tenaga manusia serta

menjimatkan kos maka, penambahbaikan dibuat kepada penyediaan tangki/ tong sedia ada

dengan menggunakan Kaedah Pro dan Kontra bagi memilih cadangan terbaik.

SmartTank mudah digunakan, lebih menjimatkan masa, menjimatkan kos logistik, tidak

memerlukan tenaga kerja yang ramai, mengelak risiko kemalangan dan menjamin jangka

hayat enjin serta dilaksanakan hanya di parkir bot (darat) tanpa perlu membawa bot-bot

berkenaan keluar.

SmarTank merupakan cetusan idea asal daripada ahli Kumpulan Polaris, INSTUN dan

sedang dilaksanakan secara berterusan serta ditambah elemen penambahbaikan seperti

mempunyai saiz mudah alih, mudah dibawa dan relevan dibawa ke mana-mana.

A) Sebelum cadangan penyelesaian inovasi dilaksanakan, kerja-kerja pemanasan enjin/

uji lari bot ukur, mengambil masa yang lama dengan kronologi seperti berikut :

Perjalanan dari INSTUN, Behrang Ulu ke Lumut, Perak : 3 Jam 45 Minit

Jumlah Perjalanan : 7 Jam 30 Min

Semasa proses pelaksanaan di Lumut:

a) Turunkan bot : 1 Jam

b) uji lari bot : 2 Jam

c) Menaikkan bot ke darat : 1 Jam

d) Jumlah jam: 4 Jam

Masa Keseluruhan : 11 Jam 30 Minit

Selepas penggunaan SmarTank, satu penjimatan masa yang sangat efektif dapat

dikesan.

Proses pemanasan enjin bot di darat/ uji lari : 1 Jam

Rajah 7.1 : Jadual Perbandingan Masa Pemanasan/ Ujilari Enjin Bot

Rajah 7.2 : Carta Perbandingan Masa Pemanasan/ Ujilari Enjin Bot

B) Sebelum cadangan penyelesaian inovasi dilaksanakan, proses memanaskan enjin

bot perlu dilaksanakan di laut dengan kos logistik seperti berikut:

Kos minyak kenderaan bagi menarik bot : 320km X RM 0.60 = RM 192.00

Kos tuntutan perjalanan kakitangan selama dua (2) hari untuk lima (5) orang

mengikut gred kelayakan = RM 840.00

Jumlah : RM 192.00 + RM 840.00 = RM 1,032.00 sebulan dan

= RM 12,384.00 setahun untuk sebuah bot

Dengan jumlah bot di INSTUN sebanyak dua (2) buah

Kos logistik = RM 12,384.00 X 2 buah

= RM 24,768.00 setahun

Selepas penggunaan SmarTank, berlaku penjimatan secara total iaitu kos logistik

dapat dikurangkan sehingga RM 12,384.00 untuk sebuah bot.

C) Sebelum cadangan penyelesaian inovasi dilaksanakan, proses memanaskan enjin

bot perlu dilaksanakan di laut memerlukan tenaga kerja seperti berikut:

1 orang Pegawai Penyelaras

1 orang Pemandu Kenderaan

1 orang Pemandu Bot

2 orang Pembantu Bot

Selepas penggunaan SmarTank, proses pemanasan enjin bot boleh dilakukan di

INSTUN sahaja dengan seorang kakitangan/ tenaga kerja sahaja.

Rajah 7.3 : Jadual Perbandingan Tenaga Kerja

iii) Signifikan

SmarTank telah memenuhi empat (4) elemen penting iaitu;

- Hapuskan (Eliminate) – Tiada lagi masalah kesukaran memanaskan enjin di darat

- Kurangkan (Reduce) – Tenaga kerja berjaya dikurangkan

- Masa dapat dijimatkan

- Kos dikurangkan

- Meminimakan kerosakan enjin bot

- Tingkatkan (Raise) – Peluang memanaskan enjin bot dengan masa yang

lebih singkat dan hanya dilakukan di darat

- Ciptakan (Create) - Mewujudkan kaedah baru

- Kaedah yang lebih cepat, cekap dan berkesan

iv) Relevan

Penambahbaikan inovasi memerlukan bahan yang bersesuaian, mudah diperolehi serta

tidak menjejaskan keselamatan enjin. Dengan ini, ciri-ciri inovasi SmarTank lebih kemas,

mudah digunakan, jimat sumber manusia, jimat penggunaan air, jimat masa, mesra

pengguna dan mesra alam.

SmarTank adalah sebuah tangki fiber bersaiz 1.24m x 1.84m x 0.73m yang dapat

menyelesaikan kesukaran memanaskan enjin bot yang sebelum ini hanya dapat dilakukan di

badan air seperti laut atau tasik.

Penambahbaikan SmarTank adalah melibatkan perkakasan dengan perincian berikut;

Bilangan Perkakasan/ Peralatan Kos (RM)

1 Kerangka Besi 180.00

2 Gutter Tangki 220.00

3 Penutup Tangki 140.00

4 Hos Getah 40.00

5 Jangka Suhu 10.00

6 Span Penapis 10.00

7 Penimbang Air 10.00

8 Pelapik Getah 40.00

9 Klip Kepala Paip 10.00

10 Hos Mesin Basuh 40.00

11 Minyak Petrol 50.00

JUMLAH 750.00

Dengan kaedah pemanasan di darat, enjin bot perlu dimasukkan dan dihidupkan dalam

tangki berkenaan yang telah diisi air dengan isipadu lebih kurang 1,460 liter. Air tadahan

hujan boleh digunakan bagi menjimatkan penggunaan air dan air ini juga boleh berulang

kali digunakan. Penambahbaikan pada tangki telah dibuat dengan mengadakan sistem

aliran keluar air masuk yang boleh dikawal agar air di tangki berkenaan tidak panas. Sistem

penapis juga turut dipasang bagi menghalang sisa minyak yang dihasilkan oleh enjin bot

sebelum pengaliran air keluar.

Inovasi memanaskan enjin bot di darat menggunakan SmarTank merangkumi semua aspek

penjimatan dan penggunaannya.

A) Penjimatan kos – Pengurangan kos operasi penyelenggaraan pembaikan enjin

B) Peningkatan Hasil Kerja – memperkenalkan cara kerja baru dan membaiki sistem

sediada yang kurang bermutu dan tidak terjamin

- Memastikan tahap kerosakan enjin pada tahap minima

- Pemanasan enjin dapat dilakukan dengan lebih cepat dan

efisien

- Ruang kerja yang lebih kemas dan tersusun

- Air yang digunakan boleh diguna semula dan mengelakkan

pembaziran sumber kerana SmarTank direka mempunyai

penutup tangki.

- Mengelakkan sebarang program kursus/ latihan jabatan

tergendala pelaksanaannya ekoran kerosakan enjin bot

C) Penjimatan Masa – penggunaan masa dapat dipendekkan kerana tidak perlu

mendapatkan badan air untuk pemanasan enjin bot

D) Penjimatan Tenaga Kerja – hanya memerlukan minima satu (1) orang tenaga kerja

SmarTank dapat memberikan satu kaedah baru yang lebih pantas, berkesan, lebih

sistematik serta dapat menjimatkan kos dan masa berbanding dengan kaedah sedia ada

semasa proses pemanasan enjin bot. Inovasi ini juga turut menjimatkan dan mengurangkan

kos perbelanjaan pengurusan jabatan bagi pembaikan bot.

Penggunaan SmartTank ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada penjimatan/

pengurangan minima belanja mengurus jabatan dalam kos pembaikan enjin bot.

SmarTank merupakan hasil inovasi yang telah berjaya dibuat melalui pelbagai ujicuba dan

kajian keberkesanannya. SmarTank ini digunakan untuk memanaskan enjin bot di darat

dengan kadar segera. SmarTank juga mesra alam sekitar dan dapat mengurangkan

pencemaran alam sekitar disamping dapat menjimatkan kos.

9. Gambar/ Ilustrasi Inovasi

Rajah 9.1 : Lukisan rekabentuk prototaip SmarTank

Rajah 9.2 : Inovasi SmarTank yang telah ditambahbaik

Rajah 9.3 : Inovasi SmarTank yang berjaya direkabentuk

Rajah 9.4 : Pemanasan Enjin Bot menggunakan SmarTank

Rajah 9.5 : Brosur SmarTank