pengenalan pentaksiran dan penilaian

18
1.0. PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Di dalam bidang pendidikan,guru seringkali terlibat di dalam mentafsir prestasi pelajarnya. Pengukuran,pengujian dan penilaian merupakan konsep-konsep penting dalam bidang pendidikan, malah ianya juga turut dikatakan konsep yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan manusia. Dikatakan ramai ahli pengukuran yang menggunakan istilah pentaksiran dan penilaian saling bertukar ganti. 1.1. Konsep pentaksiran dan penilaian. a.) Pentaksiran. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai sesuatu produk di dalam proses pendidikan dikenali sebagai Pentaksiran. Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pada tahun 2000, Lembaga Peperiksaan Malaysia menyatakan di dalam konteks pendidikan, pentaksiran ini dilihat dan dianggap sebagai sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi

Upload: sagilucky

Post on 29-Jun-2015

2.857 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

1.0. PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Di dalam bidang pendidikan,guru seringkali terlibat di dalam mentafsir prestasi

pelajarnya. Pengukuran,pengujian dan penilaian merupakan konsep-konsep penting

dalam bidang pendidikan, malah ianya juga turut dikatakan konsep yang tidak boleh

dipisahkan dalam kehidupan manusia. Dikatakan ramai ahli pengukuran yang

menggunakan istilah pentaksiran dan penilaian saling bertukar ganti.

1.1. Konsep pentaksiran dan penilaian.

a.) Pentaksiran.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia dan juga Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk mendapatkan sesuatu maklumat untuk dibuat penghakiman mengenai

sesuatu produk di dalam proses pendidikan dikenali sebagai Pentaksiran.

Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham

(2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan

secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pada tahun 2000, Lembaga

Peperiksaan Malaysia menyatakan di dalam konteks pendidikan, pentaksiran ini dilihat

dan dianggap sebagai sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti

menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang

pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Dimana nilai dan segala

yang telah dipelajari oleh murid akan dinilai dan ditafsirkan bagi melihat tahap

pencapaian dan perkembangan murid-murid itu.

Jika pentaksiran menurut Bhasah Abu Bakar (2009), pentaksiran merupakan

sebahagian daripada proses pembelajaran dimana menginteragrasi strategi pentaksiran

yang baru ke dalam kurikulum dan proses pembelajaran merupakan satu lompatan

konsep yang begitu praktikal sedang berlaku.

Page 2: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

b.) Penilaian

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, penilaian didefinisikan sebagai perihal

atau perbuatan menilai. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat

kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku

dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang

pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan

sesebuah kurikulum.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu

proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat

pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Justeru sebelum

suatu keputusan dibuat perlulah menilai kesemua faktor sebab dan kemungkinan agar

keputusan yang telah dibuat memberikan kepuasan dan tidak dapat disangkal oleh

mana-mana sebab yang lain.

Sekarang, penggunaan istilah pantaksiran dan penilaian telah berleluasa

sebagaiman yang telah dinyatakan oleh Popham (2000) telah menyatakan bahawa

istilah pengukuran,pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih bertukar ganti dan

dianggap sinonim. Namun Bhasah Abu Bakar (2009) menyatakan bahawa penilaian

merupakan satu pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai

sesuatu perkara atau benda.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil

pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian.guru mengukur tahap

pencapaian murid adalah melalui ujian yang dijalankan,seterusnya guru itu akan menilai

ukuran pencapaianitu berdasarkan keputusan ujian dan bersama-sama dengan

maklumat lain yang berkaitan. Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan

sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali.

Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran,

menganalisis ukuran dan menyatakan nilai atau interpretasi ukuran.

Page 3: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

1.2. Ciri-ciri pentaksiran dan penilaian.

a. Ciri-ciri pentaksiran.

Pentaksiran dikatakan sah apabila merujuk kepada ciri skor berhubung dengan

kerelevan dan kecukupan skor yang menggambarkan prestasi murid yang ditaksir.

Selain itu ia juga boleh dipercayai dengan merujuk kepada cirri skor iaitu dari segi

ketepatan seorang pentaksir itu memberikan skor murid.

Ciri-ciri lain ialah keobjektifan iaitu ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip

jawapan. Kemudian dilihad dari kebolehtadbiran iaitu kelicinan dan kerja-kerja susulan

yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran pula

maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan

mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Akhir sekali, kekomprehensifan iaitu

mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

b. Ciri-ciri penilaian.

Ciri-ciri penilaian pula ialah dengan mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.

Selain itu, ciri lain bagi penilaian adalah dengan menetapkan suatu criteria bagi

pengukuran dan ciri yang terakhir ialah membuat sesuatu pentaksiran mengenai hasil

pengukuran. Penilaian merupakan aspek proses pembelajaran yang penting jika ia

mrnggalakan pelajar untuk membaiki pencapaian mereka dan membantu guru dalam

membuat pentaksiran tentang pengajaran mereka.

Page 4: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

2.0. REKOD ANALISIS

2.1. Data mentah pelajar.

Markah dikatakan sebgai data yang paling penting untuk menganalisis dan

mentafsir pencapaian murid-murid. Markah murid-murid ini dianggap sebagai skor

mentah

Menurut Bhasah Abu Bakar (2009), Data meupakan fakta, maklumat atau angka

yang membolehkan kita membuat ringkasan tentang sesuatu perkara iaitu

perkara yang menjadi kajian.

Page 5: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

KELAS 4 NILAM

Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx

10 2 2 20

11 1 3 11

13 2 5 26

14 5 10 70

15 1 11 15

16 2 13 32

17 6 19 102

19 1 20 19

20 1 21 20

22 4 25 88

24 2 27 48

25 2 29 50

JUMLAH 29 29 501

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing

Hasil tambah kekerapan

= 501 / 29

= 17.28

b) Median = skor ke - (N+1) / 2

= skor ke - (29+1) / 2

= skor ke - 15 (terletak diantara skor 13 dan 19)

= (16+17) / 2

= 16.5

c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi

= skor 17 / kekerapan 6

Page 6: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

KELAS 4 PERMATA

Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx

13 3 3 9

14 1 4 14

15 4 8 60

16 2 10 32

17 2 12 34

18 1 13 18

19 2 15 38

20 6 21 120

21 3 24 63

22 5 29 110

23 2 31 46

24 2 33 48

25 1 34 25

26 3 37 78

29 1 38 29

JUMLAH 38 38 754

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing

Hasil tambah kekerapan

= 754 / 38

= 19.84

b) Median = skor ke - (N+1) / 2

= skor ke - (38+1) / 2

= skor ke – 19.5 (terletak diantara skor 19 dan 20)

= (19+20) / 2

= 19.5

c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi

= skor 20 / kekerapan 6

Page 7: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

KELAS 4 KECUMBUNG

Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx

8 1 1 8

11 2 3 22

12 1 4 12

13 2 6 26

14 1 7 14

15 2 9 30

16 5 14 70

17 3 17 151

18 2 19 6

19 4 23 76

20 2 25 40

21 2 27 42

22 1 28 22

23 1 29 23

JUMLAH 29 29 472

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing

Hasil tambah kekerapan

= 472 / 29

= 16.28

b) Median = skor ke - (N+1) / 2

= skor ke - (29+1) / 2

= skor ke - 15 (terletak diantara skor 16 dan 17)

= (16+17) / 2

= 16.5

c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi

Page 8: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

= skor 16 / kekerapan 5

KESELURUHAN TAHUN 4

Skor (x) Kekerapan (f) Kekerapan Himpunan fx

8 1 1 8

10 2 3 20

11 3 6 33

12 1 7 12

13 7 14 91

14 7 21 98

15 7 28 105

16 9 37 144

17 11 48 187

18 3 51 54

19 7 58 133

20 9 67 180

21 5 72 105

22 10 82 220

23 3 85 69

24 4 89 96

25 3 92 75

26 3 95 78

27 1 96 27

29 1 97 29

JUMLAH 97 97 1764

a) Min = Hasil tambah daraban kekerapan dengan skor masing-masing

Hasil tambah kekerapan

= 1764 / 97

= 18.20

b) Median = skor ke - (N+1) / 2

Page 9: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

= skor ke - (97+1) / 2

= skor ke - 49 (terletak diantara skor 17 dan 18)

= (18+17) / 2

= 17.5

c) Mod = skor yang mempunyai kekerapan tertinggi

= skor 17 / kekerapan 11

Page 10: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

NO 4P 4N 4K JUMLAH PERATUS TAHAP CATATAN

Page 11: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

1 5 13 11 29 29.9%

PENGETAHUAN2 2 10 8 20 20.62%

3 25 34 24 83 85.57%

4 26 36 23 85 87.63%

5 13 21 7 41 42.27%

KEFAHAMAN6 17 18 20 55 56.70%

7 7 11 3 21 21.65%

8 14 7 4 25 25.77%

9 17 34 15 66 68.04%

APLIKASI

10 15 23 22 60 61.86%

11 23 27 22 72 74.23%

12 28 36 22 86 88.66%

13 14 25 16 55 56.70%

14 8 17 8 33 34.02%

15 25 33 27 85 87.63%

16 1 4 2 7 7.22%

17 3 9 7 19 19.59%

18 14 18 7 39 40.21%

19 14 17 11 42 43.30%

20 18 10 12 40 41.24%

21 16 24 11 51 52.58%

ANALISIS22 8 14 10 32 32.99%

23 6 15 10 31 31.99%

Page 12: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

24 15 21 11 47 48.45%

25 12 16 10 38 39.18%

26 4 15 8 27 27.84%

27 24 30 15 69 71.13%

28 3 5 3 11 11.34%

29 8 15 11 34 35.05%

30 19 27 17 63 64.99%

31 10 14 11 35 36.08%

32 13 18 19 50 51.55%

33 11 27 18 56 57.73%

SINTESIS34 20 28 18 66 68.04%

35 4 2 7 13 13.40%

36 6 20 6 32 32.99%

37 12 21 11 44 45.36%

PENILAIAN38 9 9 10 28 28.87%

39 5 15 15 35 36.08%

40 10 17 4 31 31.96%

3.0 LAPORAN ANALISIS SOALAN UJIAN KHSR TAHUN 4

Page 13: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Berdasarkan hasil jawapan yang kami terima dari kesemua responden, kami

telah melakukan beberapa bentuk analisis dengan bertujuan untuk mendapatkan

kesimpulan secara kasar sama ada soalan-soalan yang telah kami sediakan mencapai

piawai yang telah ditetapkan atau tidak. Antara bentuk analisis yang kami lakukan ialah

melakukan pengumpulan dan pemindahan skor mentah kepada bentuk histogram dan

lengkung kekerapan, pengiraan mod, median dan min serta mencari jumlah murid yang

dapat menjawab dengan betul bagi setiap soalan.

Melalui angka peratusan yang kami perolehi dari setiap soalan, secara kasar

kami mendapati terdapat beberapa soalan yang tidak mencapai standart yang

ditetapkan dan kesannya terdapat soalan dimana peratus murid dapat menjawab

dengan betul adalah sangat rendah walaupun soalan itu dikategorikan dalam aras

rendah. Namun begitu, jika peratusan yang dapat menjawab soalan dengan betul juga

agak tinggi, faktor keesahan soalan itu juga boleh dipertikaikan.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keberhasilan analisis yang telah

kami lakukan ialah pembahagian jumlah soalan yang tidak seimbang kepada

empat tahap utama iaitu tahap kefahaman, pengetahuan, analisis dan aplikasi.

Contohnya bagi soalan 12, soalan 15 dan soalan 26. Soalan 12 dan soalan 26 pada

asalnya diletakkan didalam tahap analisis dan sintesis. Namub begitu, setelah

menyemak kembali soalan tersebut, soalan-soalan tersebut hanyalah terletak pada

tahap kefahaman pelajar. Seperti juga soalan 15 yang pada awalnya diletakkan sebagai

soalan aplikasi, setelah disemak kembali ianya hanyalah soalan ditahap pengetahuan.

Ini adalah disebabkan, hasil analisis kami mendapati jumlah peratusan yang dapat

menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul adalah tinggi iaitu melebihi 85%.

Faktor seterusnya ialah kekeliruan dari segi pilihan jawapan yang disediakan

atau boleh dikatakan pilihan jawapan yang diberikan adalah agak rapat. Contoh soalan

yang mengalami masalah ini ialah soalan 1, soalan 2 dan soalan 17 dimana ketiga-tiga

soalan ini mendapat jumlah peratusan yang sangat rendah iaitu tidak melebihi 30%.

Akibat dari itu, majoriti daripada responden tidak dapat menjawab soalan dengan betul

malah terdapat beberapa responden menandakan jawapan lebih daripada satu

jawapan. Sebagai contoh, kita boleh lihat pada soalan 1 dimana berlakunya masalah

Page 14: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

kekeliruan memilih jawapan pada pilihan jawapan B dan C kerana jawapan yang terlalu

rapat.

Soalan 1.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh murid-murid sebelum masuk ke dalam

bengkel?

A. Masuk tanpa kebenaran guru.

B. Beratur dalam keadaan senyap.

C. Beratur dan bersedia untuk masuk.

D. Berbuat bising untuk mendapatkan perhatian.

Faktor seterusnya ialah bentuk bahasa dan susunan ayat yang tidak betul

sehingga membuatkan responden tidak memahami kehendak soalan. Cara

penyampaian soalan yang baik dan betul juga adalah amat penting kerana dari situlah

responden akan mencari kata kunci untuk memilih jawapan yang tepat dan betul.

Malah, Sebagai soalan 35 adalah salah satu contoh soalan yang menunjukkan bentuk

soalan seolah-olah tergantung dan tidak jelas. Akibat dari itu responden tidak dapat

mengenalpasti kehendak utama soalan.

Soalan 35.

Antara berikut adalah bahan untuk membuat projek.

I. Paku digunakan sebagai pengilat dalam kerja kayu atau logam kepingan.

II. Skru digunakan untuk melekatkan kepingan kayu logam dan menguatkan

tanggam.

III. Glu digunakan untuk melekatkan atau mencantumkan kepingan kayu atau

benda kerja.

IV. Gergaji putting digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan

membuat tanggam.

A I, II dan III

Page 15: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV

Selain daripada faktor penyediaan kertas soalan yang menyumbang kepada

jumlah peratus yang rendah, persediaan dari pihak guru dan responden juga turut

memainkan peranan yang penting. Melalui permerhatian yang telah kami lakukan,

hampir sejumlah besar responden tidak bersedia untuk menjawab soalan yang

diberikan malah guru yang mengajar kelas tersebut turut tidak memaklumkan kepada

mereka mengenai ujian yang akan mereka duduki dan atas alasan itu juga, mereka

memberi alasan tidak sempat untuk mengulangkaji isi kandungan mata pelajaran.

Melalui perbualan dengan beberapa orang responden juga, mereka turut memberitahu

bahawa ada masa tertentu sesi pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran ini

terganggu oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti diambil alih oleh guru mata pelajaran lain.

Ini menyebabkan mereka telah ketinggalan isi pelajaran jauh dari yang sepatutnya

kerana tidak mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sesi pengajaran dan

pembelajaran subjek ini juga bnyak terganggu kerana kekurangan alat dan bahan

bantu mengajar yang sepatutnya. Contohnya, keadaan bengkel Kemahiran Hidup

yang tidak lengkap dengan peralatan-peralatan sepatutnya dan akibatnya mereka tidak

dapat menjalani beberapa latihan amali yang sepatutnya dilaksanakan.

Page 16: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

BIBLIORAFI.

Page 17: PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

RUJUKAN BUKU

Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang, HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian Dalam

Pendidikan, Unitem Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 2006

Bhasah Abu Bakar, Asas Pengukuran Bilik Darjah (edisi kedua), Quantum

Books, Perak, Malaysia, 2009.

Lee shok Mee , Mok Soon Sang, Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan,

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 1989.

Mok Soon Sang, Pedagogi 3 pengujian dan penilaian,pemulihan,pengayaan dan

pendidikan inklusif, Kumpulan Budiman Sdn,Bhd, Kuala Lumpur, 1998.

RUJUKAN INTERNET

http://adilhamzah.blogspot.com/2010/07/pengertian-dan-konsep-pentaksiran.html

http://awangkuazmi.blogspot.com/2010/05/pengujian-pentaksiran-dan-

penilaian.html

http://cikguit.blogspot.com/

http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/08/pentaksiran.html

http://cikgunazifah.blogspot.com/