pengenalan pbs

12
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014 1.0 PENGENALAN Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang dan mengalami perubahan selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan ledakan maklumat. Dalam menghadapi situasi ini, ia seharusnya sentiasa berusaha untuk menyedia dan melahirkan generasi yang akan datang bagi memenuhi wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, sistem pendidikan masa kini juga mesti mempunyai daya saing dalam menghadapi arus globalisasi abad ke 21 ini. Perkembangan ini turut memaksa seluruh warga pendidik melihat dan mengubah proses pengajaran, persekitaran pembelajaran, peranan guru dan cara mengurus kurikulum agar bersesuaian dengan era masa kini yang lebih bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Sehubungan itu, dalam menunaikan peranan dan fungsi dengan lebih berkualiti bagi menjayakan hasrat dan aspirasi Negara, maka aspek-aspek pengurusan panitia menjadi tunggak utama yang amat penting. Kecemerlangan sekolah adalah bergantung kepada pihak pengurusan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa sesi persekolahan. Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang baru dikuatkuasakan di sekolah rendah bermula tahun 2014, oleh itu panitia sejarah di sekolah rendah dianggap sebagai sebuah panitia yang penting dan selalu menjadi perhatian khas pihak pentadbir. Selain daripada menjadi satu mata pelajaran teras, ia juga sering dianggap sebagai mata pelajaran kritikal sama ada oleh pihak ibu bapa mahu pun guru. Satu daripada sebabnya ialah, bukan semua

Upload: aidamohdhafiz

Post on 20-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang dan mengalami perubahan selaras

dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan ledakan maklumat. Dalam menghadapi

situasi ini, ia seharusnya sentiasa berusaha untuk menyedia dan melahirkan generasi

yang akan datang bagi memenuhi wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, sistem pendidikan masa kini juga mesti mempunyai daya saing dalam

menghadapi arus globalisasi abad ke 21 ini. Perkembangan ini turut memaksa seluruh

warga pendidik melihat dan mengubah proses pengajaran, persekitaran pembelajaran,

peranan guru dan cara mengurus kurikulum agar bersesuaian dengan era masa kini

yang lebih bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Sehubungan itu, dalam menunaikan

peranan dan fungsi dengan lebih berkualiti bagi menjayakan hasrat dan aspirasi

Negara, maka aspek-aspek pengurusan panitia menjadi tunggak utama yang amat

penting. Kecemerlangan sekolah adalah bergantung kepada pihak pengurusan yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa sesi persekolahan.

Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang baru dikuatkuasakan di

sekolah rendah bermula tahun 2014, oleh itu panitia sejarah di sekolah rendah

dianggap sebagai sebuah panitia yang penting dan selalu menjadi perhatian khas pihak

pentadbir. Selain daripada menjadi satu mata pelajaran teras, ia juga sering dianggap

sebagai mata pelajaran kritikal sama ada oleh pihak ibu bapa mahu pun guru. Satu

daripada sebabnya ialah, bukan semua guru yang boleh mengajar mata pelajaran ini.

Guru yang mengajar perlulah guru yang terlatih dalam bidang ini kerana kemahiran

yang khusus dan istimewa diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Wildy dan Wallace (1995) berpendapat guru sejarah yang berkesan, akan mengajar

bagi menghasilkan kefahaman yang mantap dan mendalam. Mereka menggunakan

pendapat dan idea pelajar, menyediakan pengalaman pembelajaran, bagi

membolehkan pelajar menguji dan mencabar idea-idea awal bagi menghasilkan

kefahaman yang lebih mendalam.

Page 2: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

2.0 ASPEK PENGURUSAN DAN KEPERLUAN PANITIA DI SEKOLAH

Organisasi sekolah adalah unik dan kompleks. Justeru itu, organisasi ini perlu dilihat

daripada pelbagai perspektif dan dinilai dengan kriteria yang tertentu. Lantaran terlalu

kompleks dan unik, maka sejak beberapa dekad yang lepas, isu struktur dan kawalan

organisasi sekolah dijadikan tumpuan utama pembuat dasar dan penyelidik pendidikan.

Pelbagai idea dan cadangan telah dicetuskan untuk mencari jawapan bagi pembinaan

pengurusan sekolah yang berkesan. Maka tercetuslah saranan dan pandangan seperti

memikir semula (rethinking), membentuk semula (reforming), atau menstruktur semula

(restructuring) organisasi sekolah.

Namun, keberkesanan pentadbiran sesebuah sekolah bertitiktolak daripada

pengurusan panitia mata pelajaran yang baik. Panitia mata pelajaran adalah subunit

dalam sesebuah sekolah dan berfungsi untuk membantu sekolah dalam mencapai

objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan. Setelah mengenalpasti masalah utama

berkait dengan panitia mata pelajaran, Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia

telah bertindak untuk mewujudkan panitia mata pelajaran agar perhubungan dua hala di

antara pihak sekolah dan pihak berkaitan dapat diadakan dengan lebih berkesan.

Justeru, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS) 8591/J1d.11(44) telah dikeluarkan

yang bertarikh 13 Mac 1986, di mana ia memerlukan penubuhan panitia mata pelajaran

Sejarah di sekolah untuk mempertingkatkan pengurusan panitia dan keberkesanan

PdP.

Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam

menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata

pelajaran Sejarah berasaskan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan,

penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata pelajaran. Selain itu,

pengurusan panitia mata pelajaran amat penting dalam memfokus tugas guru-guru

mata pelajaran dalam meningkatkan tahap keberkesanan PdP serta pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran khususnya sejarah. Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan

yang dikemukakan oleh para cendiakawan berkaitan definisi pengurusan. Menurut

Abdullah Md. Isa (1999) di dalam bukunya yang berjudul Pengurusan Strategik

Page 3: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

Pengurusan Sejarah, secara ringkasnya kita boleh mendefinisikan pengurusan sebagai

“ keupayaan seseorang untuk membuat kerja bagi memenuhi sesuatu matlamat yang

tertentu ”.

Berdasarkan pemerhatian semasa melakukan proses Pentaksiran Berasaskan

Sekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol, Negeri Sembilan, ringkasnya struktur dan

organisasi merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan sebelum

pengoperasian berlaku. Ini adalah kerana mengambarkan setiap pengurusan akademik

di sekolah mempunyai penstrukturan yang baik. Umumnya, struktur dan organisasi

pengurusan panitia di pimpin oleh Guru besar seterusnya Jawatankuasa Kurikulum

sekolah dan guru sejarah . Rajah di bawah menunjukkan dua organisasi umum di Sek

Keb. Jempol iaitu pertamanya ialah organisasi jawatankuasa kuriukulum dan kedua

adalah organisasi panitia mata pelajaran sejarah di sekolah :

Rajah 2.0.1 Carta organisasi jawatankuasa kurikulum sekolah

PANITIA MATA PELAJARAN SEJARAH

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

GURU BESAR

Page 4: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

Rajah 2.0.2 Carta organisasi Panitia Sejarah di sesebuah sekolah

Berdasarkan carta organisasi di atas, ia menunjukkan panitia mata pelajaran

Sejarah adalah badan ihktisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata

pelajaran Sejarah di sekolah. Badan ini dipimpin oleh dan dikendalikan oleh guru kanan

mengajar mata pelajaran sejarah dan dilantik sebagai Ketua Panitia. Selain itu,

setiausaha di lantik dalam kalangan guru sejarah, sementara Guru Besar menjadi

penasihat kepada panitia. Secara automatik, ketua panitia mata pelajaran Sejarah

menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

AHLI-AHLI PANITIA

( Dianggotai oleh kesemua guru mata pelajaran Sejarah )

SETIAUSAHA PANITIA

( Berdasarkan lantikan dalam kalangan ahli panitia)

KETUA PANITIA

( Guru kanan m/p Sejarah berdasarkan lantikan GB)

PENASIHAT

GURU BESAR

Page 5: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

Menerusi perbincangan aspek pengurusan panitia sejarah, jelas keperluan

panitia mata pelajaran Sejarah sangat menjadi keutamaan di sekolah kerana kejayaan

para pelajar dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang

dipelajari mempunyai perkaitan rapat dengan kebolehan dan keberkesanan guru yang

mengajar. Selain itu, guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam

menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik di sekolah tercapai atau tidak.

Keperluan panitia di sekolah juga boleh membantu memperbaiki dan meningkatkan

mutu dan keberkesanan sesuatu PdP. Sebaliknya, panitia dapat membantu guru-guru

berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh

mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

Bagi membuktikan aspek pengurusan dan keperluan adalah faktor utama di sekolah , di

mana ia dapat membantu memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan

dalam mata pelajaran khususnya Sejarah dengan berpandukan atau berasaskan

kepada prestasi yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

Jelas, setiap sekolah harus menekankan aspek pengurusan dan keperluan

panitia Sejarah lebih teliti agar dapat mempertingkat tahap profesionalisme ahli panitia

Sejarah dalam penguasaan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah

serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Selain itu, Menyemai

nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah supaya dapat melahirkan murid yang

peka, menghayati sejarah tanah air dan dunia serta berfikiran kritis, analitis dan

bersemangat patriotisme.

Page 6: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

3.0 PERANAN , AKTIVITI DAN KEBERKESANAN PANITIA DALAM MEMBANTU

MENINGKATKAN PERLAKSANAAN PdP SERTA PROGRAM LAIN DI SEKOLAH

Dalam konteks pengurusan dan pentadbiran di sekolah, ketua panitia adalah

merupakan seorang pengurus atau pemimpin yang bertanggungjawab bagi menjayakan

sesuatu program. Sehubungan itu, ketua panitia perlulah memahami empat proses

yang penting dalam pengurusan. Antaranya ialah

Rajah 2.0 Empat proses penting dalam pengurusan panitia

Pada peringkat proses pertama iaitu merancang, ketua panitia perlu menentukan

apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat. Seterusnya panitia perlu mengumpul

dan menganalisa maklumat. Selain itu juga mereka perlu mengenalpasti matlamat,

objektif serta kaedah untuk mencapainya. Pada peringkat proses kedua iaitu

mengelola, panitia perlu mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf. Malah mereka

juga perlu membentuk struktur kuasa, pengagihan tugas dan penetapan masa. Di

samping itu juga, mereka perlu menyelaras jentera perlaksanaan masing-masing.

Manakala pada peringkat ketiga pula, mereka perlu memberi motivasi, bimbingan dan

kepimpinan kepada ahli-ahli mereka. Selain itu, mereka juga perlu mengeluarkan

1. Proses meranc

ang

2. Proses mengel

ola

3. Proses mengar

ah

4. Proses menga

wal

Page 7: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

arahan dan membuat sesuatu keputusan agar memastikan semuanya berjalan lancar

seperti yang telah dirancang. Akhir sekali pada peringkat keempat, panitia Sejarah perlu

menyelia, mengesan dan menilai perlaksanaan segala kerja yang telah dijalankan serta

perlu memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti. Malah mereka

juga perlu membuat laporan setiap aktiviti yang telah mereka anjurkan.

Selain itu, peranan ketua panitia terbahagi kepada empak aspek iaitu dari segi

kurikulum, pengurusan , ko-kurikulum dan tugas-tugas lain. Menerusi aspek kurikulum,

ketua panitia seharusnya mendapatkan sukatan pelajaran terkini, penyediaan

rancangan pengajaran tahunan, penyediaan rancangan pengajaran bersama

kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran 

Kepelbagai teknik mengajar 

Kepelbagian program pengayaan dan pemulihan 

Penggunaan BBM dalam P & P 

Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia

Page 8: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

3.0 PERANAN , AKTIVITI DAN KEBERKESANAN PANITIA DALAM MEMBANTU

MENINGKATKAN PERLAKSANAAN PdP SERTA PROGRAM LAIN DI SEKOLAH

Berkenaan dengan aktiviti yang dirancang

Page 9: Pengenalan Pbs

Pentaksiran berasaskan sekolah 2014

RUJUKAN

INTERNET :

http://panitiasejarahsmkbbu.blogspot.com/ di akses pada 4 April 2014

http://cikgumuzlimi2012.blogspot.com/p/kurikulumpanitia.html

http://coretansejarah.blogspot.com/