Download - Pengenalan Pbs
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berkembang dan mengalami perubahan selaras
dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan ledakan maklumat. Dalam menghadapi
situasi ini, ia seharusnya sentiasa berusaha untuk menyedia dan melahirkan generasi
yang akan datang bagi memenuhi wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, sistem pendidikan masa kini juga mesti mempunyai daya saing dalam
menghadapi arus globalisasi abad ke 21 ini. Perkembangan ini turut memaksa seluruh
warga pendidik melihat dan mengubah proses pengajaran, persekitaran pembelajaran,
peranan guru dan cara mengurus kurikulum agar bersesuaian dengan era masa kini
yang lebih bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik. Sehubungan itu, dalam menunaikan
peranan dan fungsi dengan lebih berkualiti bagi menjayakan hasrat dan aspirasi
Negara, maka aspek-aspek pengurusan panitia menjadi tunggak utama yang amat
penting. Kecemerlangan sekolah adalah bergantung kepada pihak pengurusan yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa sesi persekolahan.
Mata pelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang baru dikuatkuasakan di
sekolah rendah bermula tahun 2014, oleh itu panitia sejarah di sekolah rendah
dianggap sebagai sebuah panitia yang penting dan selalu menjadi perhatian khas pihak
pentadbir. Selain daripada menjadi satu mata pelajaran teras, ia juga sering dianggap
sebagai mata pelajaran kritikal sama ada oleh pihak ibu bapa mahu pun guru. Satu
daripada sebabnya ialah, bukan semua guru yang boleh mengajar mata pelajaran ini.
Guru yang mengajar perlulah guru yang terlatih dalam bidang ini kerana kemahiran
yang khusus dan istimewa diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Wildy dan Wallace (1995) berpendapat guru sejarah yang berkesan, akan mengajar
bagi menghasilkan kefahaman yang mantap dan mendalam. Mereka menggunakan
pendapat dan idea pelajar, menyediakan pengalaman pembelajaran, bagi
membolehkan pelajar menguji dan mencabar idea-idea awal bagi menghasilkan
kefahaman yang lebih mendalam.
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
2.0 ASPEK PENGURUSAN DAN KEPERLUAN PANITIA DI SEKOLAH
Organisasi sekolah adalah unik dan kompleks. Justeru itu, organisasi ini perlu dilihat
daripada pelbagai perspektif dan dinilai dengan kriteria yang tertentu. Lantaran terlalu
kompleks dan unik, maka sejak beberapa dekad yang lepas, isu struktur dan kawalan
organisasi sekolah dijadikan tumpuan utama pembuat dasar dan penyelidik pendidikan.
Pelbagai idea dan cadangan telah dicetuskan untuk mencari jawapan bagi pembinaan
pengurusan sekolah yang berkesan. Maka tercetuslah saranan dan pandangan seperti
memikir semula (rethinking), membentuk semula (reforming), atau menstruktur semula
(restructuring) organisasi sekolah.
Namun, keberkesanan pentadbiran sesebuah sekolah bertitiktolak daripada
pengurusan panitia mata pelajaran yang baik. Panitia mata pelajaran adalah subunit
dalam sesebuah sekolah dan berfungsi untuk membantu sekolah dalam mencapai
objektif, misi dan visi yang telah ditetapkan. Setelah mengenalpasti masalah utama
berkait dengan panitia mata pelajaran, Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia
telah bertindak untuk mewujudkan panitia mata pelajaran agar perhubungan dua hala di
antara pihak sekolah dan pihak berkaitan dapat diadakan dengan lebih berkesan.
Justeru, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS) 8591/J1d.11(44) telah dikeluarkan
yang bertarikh 13 Mac 1986, di mana ia memerlukan penubuhan panitia mata pelajaran
Sejarah di sekolah untuk mempertingkatkan pengurusan panitia dan keberkesanan
PdP.
Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam
menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata
pelajaran Sejarah berasaskan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan, pemantauan,
penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata pelajaran. Selain itu,
pengurusan panitia mata pelajaran amat penting dalam memfokus tugas guru-guru
mata pelajaran dalam meningkatkan tahap keberkesanan PdP serta pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran khususnya sejarah. Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan
yang dikemukakan oleh para cendiakawan berkaitan definisi pengurusan. Menurut
Abdullah Md. Isa (1999) di dalam bukunya yang berjudul Pengurusan Strategik
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
Pengurusan Sejarah, secara ringkasnya kita boleh mendefinisikan pengurusan sebagai
“ keupayaan seseorang untuk membuat kerja bagi memenuhi sesuatu matlamat yang
tertentu ”.
Berdasarkan pemerhatian semasa melakukan proses Pentaksiran Berasaskan
Sekolah di Sekolah Kebangsaan Jempol, Negeri Sembilan, ringkasnya struktur dan
organisasi merupakan perkara utama yang harus dititikberatkan sebelum
pengoperasian berlaku. Ini adalah kerana mengambarkan setiap pengurusan akademik
di sekolah mempunyai penstrukturan yang baik. Umumnya, struktur dan organisasi
pengurusan panitia di pimpin oleh Guru besar seterusnya Jawatankuasa Kurikulum
sekolah dan guru sejarah . Rajah di bawah menunjukkan dua organisasi umum di Sek
Keb. Jempol iaitu pertamanya ialah organisasi jawatankuasa kuriukulum dan kedua
adalah organisasi panitia mata pelajaran sejarah di sekolah :
Rajah 2.0.1 Carta organisasi jawatankuasa kurikulum sekolah
PANITIA MATA PELAJARAN SEJARAH
JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
GURU BESAR
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
Rajah 2.0.2 Carta organisasi Panitia Sejarah di sesebuah sekolah
Berdasarkan carta organisasi di atas, ia menunjukkan panitia mata pelajaran
Sejarah adalah badan ihktisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata
pelajaran Sejarah di sekolah. Badan ini dipimpin oleh dan dikendalikan oleh guru kanan
mengajar mata pelajaran sejarah dan dilantik sebagai Ketua Panitia. Selain itu,
setiausaha di lantik dalam kalangan guru sejarah, sementara Guru Besar menjadi
penasihat kepada panitia. Secara automatik, ketua panitia mata pelajaran Sejarah
menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.
AHLI-AHLI PANITIA
( Dianggotai oleh kesemua guru mata pelajaran Sejarah )
SETIAUSAHA PANITIA
( Berdasarkan lantikan dalam kalangan ahli panitia)
KETUA PANITIA
( Guru kanan m/p Sejarah berdasarkan lantikan GB)
PENASIHAT
GURU BESAR
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
Menerusi perbincangan aspek pengurusan panitia sejarah, jelas keperluan
panitia mata pelajaran Sejarah sangat menjadi keutamaan di sekolah kerana kejayaan
para pelajar dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang
dipelajari mempunyai perkaitan rapat dengan kebolehan dan keberkesanan guru yang
mengajar. Selain itu, guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam
menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik di sekolah tercapai atau tidak.
Keperluan panitia di sekolah juga boleh membantu memperbaiki dan meningkatkan
mutu dan keberkesanan sesuatu PdP. Sebaliknya, panitia dapat membantu guru-guru
berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
Bagi membuktikan aspek pengurusan dan keperluan adalah faktor utama di sekolah , di
mana ia dapat membantu memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan
dalam mata pelajaran khususnya Sejarah dengan berpandukan atau berasaskan
kepada prestasi yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
Jelas, setiap sekolah harus menekankan aspek pengurusan dan keperluan
panitia Sejarah lebih teliti agar dapat mempertingkat tahap profesionalisme ahli panitia
Sejarah dalam penguasaan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah
serta kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Selain itu, Menyemai
nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah supaya dapat melahirkan murid yang
peka, menghayati sejarah tanah air dan dunia serta berfikiran kritis, analitis dan
bersemangat patriotisme.
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
3.0 PERANAN , AKTIVITI DAN KEBERKESANAN PANITIA DALAM MEMBANTU
MENINGKATKAN PERLAKSANAAN PdP SERTA PROGRAM LAIN DI SEKOLAH
Dalam konteks pengurusan dan pentadbiran di sekolah, ketua panitia adalah
merupakan seorang pengurus atau pemimpin yang bertanggungjawab bagi menjayakan
sesuatu program. Sehubungan itu, ketua panitia perlulah memahami empat proses
yang penting dalam pengurusan. Antaranya ialah
Rajah 2.0 Empat proses penting dalam pengurusan panitia
Pada peringkat proses pertama iaitu merancang, ketua panitia perlu menentukan
apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat. Seterusnya panitia perlu mengumpul
dan menganalisa maklumat. Selain itu juga mereka perlu mengenalpasti matlamat,
objektif serta kaedah untuk mencapainya. Pada peringkat proses kedua iaitu
mengelola, panitia perlu mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf. Malah mereka
juga perlu membentuk struktur kuasa, pengagihan tugas dan penetapan masa. Di
samping itu juga, mereka perlu menyelaras jentera perlaksanaan masing-masing.
Manakala pada peringkat ketiga pula, mereka perlu memberi motivasi, bimbingan dan
kepimpinan kepada ahli-ahli mereka. Selain itu, mereka juga perlu mengeluarkan
1. Proses meranc
ang
2. Proses mengel
ola
3. Proses mengar
ah
4. Proses menga
wal
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
arahan dan membuat sesuatu keputusan agar memastikan semuanya berjalan lancar
seperti yang telah dirancang. Akhir sekali pada peringkat keempat, panitia Sejarah perlu
menyelia, mengesan dan menilai perlaksanaan segala kerja yang telah dijalankan serta
perlu memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang telah dikenalpasti. Malah mereka
juga perlu membuat laporan setiap aktiviti yang telah mereka anjurkan.
Selain itu, peranan ketua panitia terbahagi kepada empak aspek iaitu dari segi
kurikulum, pengurusan , ko-kurikulum dan tugas-tugas lain. Menerusi aspek kurikulum,
ketua panitia seharusnya mendapatkan sukatan pelajaran terkini, penyediaan
rancangan pengajaran tahunan, penyediaan rancangan pengajaran bersama
kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran
Kepelbagai teknik mengajar
Kepelbagian program pengayaan dan pemulihan
Penggunaan BBM dalam P & P
Meningkatkan koleksi BBM hasilan panitia
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
3.0 PERANAN , AKTIVITI DAN KEBERKESANAN PANITIA DALAM MEMBANTU
MENINGKATKAN PERLAKSANAAN PdP SERTA PROGRAM LAIN DI SEKOLAH
Berkenaan dengan aktiviti yang dirancang
Pentaksiran berasaskan sekolah 2014
RUJUKAN
INTERNET :
http://panitiasejarahsmkbbu.blogspot.com/ di akses pada 4 April 2014
http://cikgumuzlimi2012.blogspot.com/p/kurikulumpanitia.html
http://coretansejarah.blogspot.com/