pengenalan komsas

13
1 KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS) KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan teks yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah dijalankan secara berperingkat mulai Mac 2000, bagi murid tingkatan satu dan tingkatan empat. Tahun 2001 bagi tingkatan dua dan tingkatan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga. Dengan terlaksananya dasar ini maka semua murid, bermula daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Secara tidak langsung, mulai 2010 teks KOMSAS yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu bermula dengan Tingkatan 1 dan 4, pada tahun 2011 Tingkatan 2 dan 5, seterusnya pada tahun 2012 Tingkatan 3. Penukaran teks KOMSAS yang baharu ini menekankan 3 dimensi penting iaitu: i. dimensi bahan – teks yang dipilih itu berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati kurikulum kebangsaan. ii. dimensi guru – teks boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran, menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. iii. dimensi murid – teks mudah difahami, dekat dengan kehidupan murid, boleh menarik minat murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh dihayati oleh murid. Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema. Antara tema yang dipilih adalah seperti patriotisme/sejarah, ICT/sains dan teknologi, jati diri/ kerohanian/moral, kemanusiaan/keamanan sejagat, perpaduan, kemasyarakatan/ kewarganegaraan, setiakawan/persahabatan, kekeluargaan, alam sekitar/pembangunan, sukan/gaya hidup sihat/kesihatan, budaya ilmu, budaya saing, cinta dan kasih sayang, perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara, kebebasan/hak asasi, kesenian, adat/ warisan, dan keselamatan, selaras dengan perubahan pendidikan negara. Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan, plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta boleh dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran untuk setiap teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru dengan berkesan. Latar Belakang

Upload: hishamudin-hussein

Post on 21-Jun-2015

2.085 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan komsas

1

KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS)

KOMSAS atau Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia telah

diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan teks yang

wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di sekolah

dijalankan secara berperingkat mulai Mac 2000, bagi murid tingkatan satu dan tingkatan

empat. Tahun 2001 bagi tingkatan dua dan tingkatan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga.

Dengan terlaksananya dasar ini maka semua murid, bermula daripada tingkatan satu hingga

tingkatan lima telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Secara tidak

langsung, mulai 2010 teks KOMSAS yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu

bermula dengan Tingkatan 1 dan 4, pada tahun 2011 Tingkatan 2 dan 5, seterusnya pada

tahun 2012 Tingkatan 3. Penukaran teks KOMSAS yang baharu ini menekankan 3 dimensi

penting iaitu:

i. dimensi bahan – teks yang dipilih itu berkualiti, terbaik, sesuai dan menepati kurikulum

kebangsaan.

ii. dimensi guru – teks boleh dilaksanakan oleh guru dalam pengajaran dan

pembelajaran, menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara.

iii. dimensi murid – teks mudah difahami, dekat dengan kehidupan murid, boleh menarik

minat murid, mencetus kreativiti dan teks itu boleh dihayati oleh murid.

Teks yang dipilih bagi kesemua genre merangkumi atau mencakupi pelbagai tema. Antara tema yang dipilih adalah seperti patriotisme/sejarah, ICT/sains dan teknologi, jati diri/ kerohanian/moral, kemanusiaan/keamanan sejagat, perpaduan, kemasyarakatan/ kewarganegaraan, setiakawan/persahabatan, kekeluargaan, alam sekitar/pembangunan, sukan/gaya hidup sihat/kesihatan, budaya ilmu, budaya saing, cinta dan kasih sayang, perniagaan dan keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara, kebebasan/hak asasi, kesenian, adat/ warisan, dan keselamatan, selaras dengan perubahan pendidikan negara. Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan persoalan, plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar tempat dan latar masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam teks serta boleh dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil kira aras kesukaran untuk setiap teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh mengikuti pengajaran guru dengan berkesan.

Latar Belakang

Page 2: Pengenalan komsas

2

Jenis dan bilangan teks KOMSAS masih dikekalkan selaras dengan kehendak Sukatan

Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Enam waktu seminggu telah diperuntukkan kepada murid bagi mengikuti mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Malaysia dan dua waktu untuk KOMSAS. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu semakan 2002 yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, KOMSAS tergolong dalam bidang estetik. Bidang ini memberikan fokus pada keupayaan murid untuk menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Selain itu, ia juga menekankan kepada penghayatan penghasilan dan persembahan sesebuah teks yang dikaji itu.

Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam kurikulum Bahasa Melayu adalah

untuk membolehkan murid:

• Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu novel,

cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi tradisional.

• Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran

mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

• Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan

perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran.

• Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang

Sasterawan Negara dan penulis terkenal.

• Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.

• Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen, sajak dan

drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan.

Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan membolehkan murid menikmati dan

mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenal penulis dan

sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan

kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini, secara tidak langsung murid

dapat memupuk tabiat minat membaca.

Objektif

Page 3: Pengenalan komsas

3

Senarai Judul Teks Baharu

Berikut adalah judul teks yang telah ditetapkan bagi Tingkatan 1 :

BIL NOVEL ZON

1 Hikmah (Mohd Faris Ikmal)

Zon 1 Perlis Kedah Pulau Pinang Perak

2 Sukar Membawa Tuah (M.Z. Erlysha)

Zon 2 Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan

3 Bukan Duniaku (Aida Shahira)

Zon 3 Melaka Pahang Terengganu Kelantan

4 Istana Menanti (Abd. Latip Talib)

Zon 4 Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

Page 4: Pengenalan komsas

4

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA (KOMSAS) TINGKATAN 1 (KASUT KELOPAK JANTUNG)

GENRE JUDUL

Puisi Tradisional • Pantun Dua Kerat (Nasihat)

• Pantun Empat Kerat (Agama)

• Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat)

• Pantun Empat Kerat (Teka-teki)

• Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah

• Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman Sajak • Kian Kita Lupa

• Lebah dan Madu

• Hari Akhir Persekolahan

• Jangan

• Diari Lama

• Asap Prosa Tradisional • Taju’l Muluk

• Hikayat Marakarma

• Budi Seorang Bapa Angkat Cerpen • Kasut Kelopak Jantung

• Tempang

• Tukang Lama

• Yuran

• Trauma Embah

• Sepucuk Surat daripada Kawan Drama • Surat untuk Ina

• Arah ke Mana

• Mendung Hitam Beralih Jua

Page 5: Pengenalan komsas

5

TINGKATAN 2

BIL NOVEL ZON

1 Erti Sebuah Pengorbanan Zon 1 Perlis Kedah Pulau Pinang Perak

2 Wira Pesona Avatari Zon 2 Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan

3 Lestari Bukit Menghijau Zon 3 Melaka Pahang Terengganu Kelantan

4 Di Sebalik Wajah Zon 4 Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

Page 6: Pengenalan komsas

6

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

(KOMSAS) (GEMA SEPI GADIS GENIUS)

GENRE JUDUL Puisi Tradisional • Pantun Dua Kerat (Nasihat)

• Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)

• Pantun Agama

• Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)

• Perang Saudara di Pahang

• Syair Mendapat Gemala Naga Sajak • Persahabatan

• Hari Guru

• Burung-burung Pagi

• Ketenangan

• Sajak Laut

• Warkah Kepada Generasi Prosa Tradisional • Raja Muda

• Hikayat Daeng Upu Menambun

• Hikayat Inderaputera

• Hikayat Anggun Cik Tunggal Cerpen • Anak Penggunting Rambut

• Cepa Rengat

• Dendam

• Maafku Pinta

• Gema Sepi Gadis Genius

• Warkah Daripada Ibu Drama • Hemodialisis

• Inflakasta

• Di Sini Bakti Bersemadi

Page 7: Pengenalan komsas

7

TINGKATAN 4

BIL NOVEL ZON

1 Azfa Hanani (Halis Azhan Mohd Hanafiah)

Zon 1 Perlis Kedah, Pulau Pinang Perak

2 Papa ... Akhirnya Kau Tewas Jua (Deana Yusof)

Zon 2 Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan

3 Renyah (Gunawan Mohamad)

Zon 3 Melaka Pahang Terengganu Kelantan

4 Melunas Rindu (Hartini Hamzah)

Zon 4 Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

Page 8: Pengenalan komsas

8

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

(KOMSAS) TINGKATAN 4 (HARGA REMAJA)

GENRE JUDUL Puisi Tradisional • Pantun Empat Kerat (Budi)

• Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)

• Syair Definsi Orang Berakal

• Syair Siti Sianah

• Gurindam 12 Fasal Yang Keenam

• Seloka Emak Si Randang Sajak • Harga Remaja

• Di Perpustakaan

• Mengintai Ruang Insaf

• Mahsuri

• Adat Sezaman

• Tiba Waktunya Prosa Tradisional • Pelayaran Yang Penuh Peristiwa

• Merah Silu

• Hikayat Indera Nata

• Hikayat Khoja Maimun Cerpen • Ibu dan Ceper

• Memori Seorang Tua

• Israk

• Pemain Catur

• Mellisa

• Biarkan Samudera

Drama • Gelanggang Tuk Wali

• Forum Remaja 2020

• Cempaka Berdarah

Page 9: Pengenalan komsas

9

TINGKATAN 5

BIL NOVEL ZON

1 Kembara Amira Zon 1 Perlis Kedah, Pulau Pinang Perak

2 Interlok Zon 2 Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan

3 Sutera Dalam Lukisan Zon 3 Melaka Pahang Terengganu Kelantan

4 Kabus Di Perbukitan Zon 4 Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan

Page 10: Pengenalan komsas

10

ANTOLOGI KOMPONEN SASTERA DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA

(KOMSAS) (DIRGAHAYU BAHASAKU)

GENRE JUDUL Puisi Tradisional • Pantun Empat Kerat

• Pantun Lapan Kerat

• Syair Makna Riak

• Syair Pemberontakan Patani

• Gurindam Tonggak Dua Belas

• Seloka Si Lunchai Sajak • Dirgahayu Bahasaku

• Kecek (V)

• Bangkitlah

• Pasar Perasaan

• Di Bawah Langit Yang Sama

• Arkitek Kota Prosa Tradisional • Hikayat Langlang Buana

• Hikayat Siak

• Dua Geliga Hikmat

• Hikayat Daeng Upu Menambun Cerpen • Pahlawan Buntung

• Pungut Alias, Zahara Alias Yap Siew Hong

• Idola

• Penanggungan

• Hutan Rimba

• Tanggar Amanat Drama • Tiang Cengal Dinding Sayung

• 1400

• Dato’ Onn

Page 11: Pengenalan komsas

11

i) Tema

Tema ialah idea utama atau persoalan yang mengawal sesebuah, karya sama ada

disampaikan secara langsung atau tidak langsung. Idea ialah fikiran atau sesuatu

yang menjadi persoalan bagi pengarang dan persoalan itu merupakan tunjang

kepada sesebuah karya. Tema yang ditulis akan menjadi panduan untuk memilih

bahan dalam cerita, menyusun dan memantapkan cerita. Tema dalam sesebuah

karya tidak dapat dikesan sehingga selesai cerita itu dibaca. Apa yang terkandung di

sebalik sesebuah karya itu merupakan pokok persoalan atau tema. Tema itu lahir

melalui pengalaman, imaginasi dan konflik.

ii) Persoalan

Persoalan ialah perkara sampingan yang ada hubungan dengan tema yang hendak

diungkapkan oleh pengarang bagi menguatkan sesuatu tema dalam sesebuah

karya.

iii) Plot

Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sesebuah karya

yang pertaliannya dengan gerak laku fizikal dan rohani pelaku atau watak. Setiap

peristiwa dan gerak laku yang berlaku adalah berdasarkan kepada hukum sebab

dan akibat. Plot memaparkan tentang aksi dan mengapakah aksi itu terjadi. Aksi

yang ditunjukkan oleh watak akan berkembang dan berhubungan antara satu sama

lain. Kemungkinan besar plot yang disusun secara kronologi atau tidak kronologi.

Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu peristiwa yang berlaku

dahulu akan didahulukan dan kemudian akan dikemudiankan. Sementara plot tidak

kronologi ialah peristiwa yang berlaku kemudian didahulukan sementara peristiwa

yang berlaku dahulu dikemudiankan.

iv) Watak dan Perwatakan

Watak ialah pelaku atau pelakon dalam sesebuah karya. Watak tidak semestinya

manusia, tetapi boleh juga terdiri daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan unsur

alam. Perwatakan pula ialah sifat-sifat luaran dan sifat-sifat dalaman yang positif dan

negatif secara menyeluruh yang disorot melalui perasaan, tindakan, pemikiran dan

fizikal seseorang watak itu. Gambaran watak boleh disampaikan oleh pengarang

secara langsung dan tidak langsung melalui tutur kata, aksi atau cara berfikir watak.

ASPEK-ASPEK SASTERA

Page 12: Pengenalan komsas

12

Watak terbahagi kepada dua iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama

ialah watak yang memainkan peranan penting dan menggerakkan sesebuah cerita.

Sementara watak sampingan ialah watak yang menyokong watak utama untuk

melengkapkan cerita. Peranan watak sampingan lebih kecil daripada watak utama.

v) Latar

Latar ialah latar belakang bagi sesebuah cerita. Latar terbahagi kepada tiga iaitu

latar tempat, latar masa dan latar masyarakat. Latar masa ialah waktu atau tempoh

masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Contohnya pagi, tengah hari, senja, malam,

zaman pendudukan Jepun, zaman moden dan sebagainya.

latar tempat adalah tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya dalam rumah, di

Ipoh, dalam hutan dan sebagainya. Latar masyarakat adalah keadaan atau

gambaran masyarakat di tempat sesuatu peristiwa itu berlaku misalnya masyarakat

kampung, masyarat bandar dan sebagainya.

vi) Nilai

Nilai Kemanusiaan

Nilai kemanusiaan ialah nilai-nilai yang baik atau nilai positif yang terdapat dalam

sesebuah karya cereka. Nilai-nilai baik seharusnya dimiliki, dihayati dan diamalkan

oleh manusia. Antara nilai-nilai baik itu ialah:

1. Nilai keadilan 2. Nilai kebijaksanaan 3. Nilai amanah 4. Nilai keberanian 5. Nilai bertanggungjawab 6. Nilai berbudi bahasa 7. Nilai berdikari 8. Nilai merendah diri 9. Nilai ketabahan 10. Nilai merendah diri 11. Nilai keinsafan 12. Nilai nasihat-menasihati 13. Nilai kejujuran 14. Nilai patriotik 15. Nilai kesederhanaan 16. Nilai kerajinan 17. Nilai mengenang budi 18. Nilai kesabaran 19. Nilai bertolak ansur 20. Nilai simpati/belas kasihan 21. Nilai hormat-menghormati 22. Nilai bekerjasama/tolong-menolong 23. Nilai ketaatan 24. Nilai keyakinan

Nilai Kemasyarakatan

Nilai kemasyarakatan ialah nilai yang baik (positif) dan nilai buruk (negatif) yang

terdapat dalam sesebuah masyarakat. Nilai positif dan nilai negatif ini dimiliki,

dihayati dan diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat. Nilai kemasyarakatan

merangkumi nilai yang tersenarai di atas. Sementara nilai-nilai negatif misalnya

masyarakat yang suka menyebarkan fitnah, masyarakat yang tidak taat kepada

perintah Allah dan sebagainya.

Page 13: Pengenalan komsas

13

vii) Pengajaran

Pengajaran ialah amanat yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui

karyanya, terutama dari segi moral dan pendidikan untuk menghayati konsep yang

baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Pengajaran juga dikenali

sebagai mesej, amanat dan nilai moral. Dalam hal ini pengarang mempunyai

tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Karya yang baik seharusnya

menyampaikan pengajaran, mesej dan amanat kepada pembaca.

viii) Gaya Bahasa

Gaya bahasa dilihat daripada dua aspek iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi. Unsur

bahasa dalam sesebuah karya tercipta daripada beberapa unsur contohnya gaya

bahasa perbandingan, gaya bahasa perulangan, penggunaan diksi, struktur ayat

dan gaya bahasa yang mengandungi nilai estetika atau keindahan yang mampu

menarik minat pembaca. Gaya bahasa perbandingan adalah seperti simile,

personifikasi, metafora, peribahasa, simpulan bahasa dan hiperbola. Gaya bahasa

simile bermaksud perbandingan sesuatu dengan sesuatu yang lain dengan

menggunakan perkataan-perkataan seperti bak, bagai, umpama, ibarat, dan seperti.

Contohnya bagai ranting kering. Gaya bahasa personifikasi bermaksud memberikan

maksud manusia atau unsur perorangan kepada sesuatu objek atau perkara.

Contoh, daun kelapa melambai-lambai di tiup angin. Metafora merupakan sejenis

gaya bahasa perbandingan yang menggabungkan unsur konkrit dan abstrak

misalnya laut kasih. Gaya bahasa hiperbola pula bermaksud membandingkan

sesuatu secara berlebih-lebihan. Misalnya marahnya berapi-api bila panggilan tidak

dipedulikan.

Unsur bunyi ialah aliterasi dan asonansi. Aliterasi ialah pengulangan huruf

konsonan, iaitu huruf-huruf selain huruf-huruf vokal. Contohnya puisi Pasar

Perasaan tulisan T. Alias Taib: yang diriuhkan kekosongan – pengulangan

konsonan n. Asonansi ialah pengulangan huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u.

Contohnya, berdasarkan puisi Pasar Perasaan tulisan T. Alias Taib: bagai ranting

kering – pengulangan vokal i