pengajaran komsas bahasa melayu

21
1.0 PENGENALAN Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera' . Komsas merupakan komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan satu hingga lima di di semua sekolah menengah. Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu di dalam mata pelajaran bahasa Melayu diperkenalkan untuk merangsang calon atau pelajar supaya lebih berminat membaca bahan sastera serta menikmati, mengenal dan mengapresiasi karya sastera (novel, cerpen, puisi moden, puisi tradisional dan prosa tradisional). Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu ini diharap dapat melahirkan pelajar yang menghayati, mengenali dan menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan serta meningkatkan ketrampilan berbahasa di kalangan pelajar. Oleh itu, semua pelajar wajib mempelajari Komsas dalam mata pelajaran bahasa Melayu apabila ia dilaksanakan mulai Mac 2000. Ini bererti semua calon serta pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima akan mendapat pendedahan tentang sastera. Jumlah calon atau pelajar yang mempelajari kesusasteraan Melayu semakin ramai, walaupun hanya pada peringkat pendedahan asas sastera. Oleh itu, secara tidak langsung pelaksanaan Komsas dalam bahasa Melayu ini akan dapat memartabatkan Kesusasteraan Melayu secara meluas di kalangan calon atau pelajar di seluruh negara.

Upload: nurazmiza

Post on 20-Jun-2015

2.904 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

1.0 PENGENALAN

Komsas ialah kata akronim bagi 'Komponen sastera' . Komsas merupakan

komponen dalam subjek bahasa Melayu yang diperkenalkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran untuk pelajar Tingkatan satu

hingga lima di di semua sekolah menengah. Pelaksanaan komponen kesusasteraan

Melayu di dalam mata pelajaran bahasa Melayu diperkenalkan untuk merangsang

calon atau pelajar supaya lebih berminat membaca bahan sastera serta menikmati,

mengenal dan mengapresiasi karya sastera (novel, cerpen, puisi moden, puisi

tradisional dan prosa tradisional).

Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu ini diharap dapat melahirkan pelajar

yang menghayati, mengenali dan menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan

serta meningkatkan ketrampilan berbahasa di kalangan pelajar. Oleh itu, semua

pelajar wajib mempelajari Komsas dalam mata pelajaran bahasa Melayu apabila ia

dilaksanakan mulai Mac 2000.

Ini bererti semua calon serta pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima akan

mendapat pendedahan tentang sastera. Jumlah calon atau pelajar yang mempelajari

kesusasteraan Melayu semakin ramai, walaupun hanya pada peringkat pendedahan

asas sastera. Oleh itu, secara tidak langsung pelaksanaan Komsas dalam bahasa

Melayu ini akan dapat memartabatkan Kesusasteraan Melayu secara meluas di

kalangan calon atau pelajar di seluruh negara.

Dalam subjek bahasa Melayu, setiap tingkatan diberi dua buah buku iaitu sebuah

novel dan sebuah antologi . Apabila sampai ke tingkatan tiga, mereka sudah

membawa enam buah buku. Novel yang dipilih terdiri daripada pelbagai genre yang

dihasilkan oleh novelis Malaysia tidak semestinya Sasterawan Negara. Karya-karya

Sasterawan Negara dianggap berat, panjang dan hanya sesuai untuk bacaan

umum, bukan untuk tahap pemikiran pelajar PMR dan SPM. Antologi pula

merupakan kumpulan pelbagai genre seperti puisi moden dan puisi klasik, cerpen ,

sedutan teks klasik dan drama.

Page 2: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

MATLAMAT PEMBELAJARAN KOMSAS

Komponen Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu (Komsas) dilaksanakan

secara berperingkat-peringkat, bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dan

tingkatan empat. Kemudian,  pada tahun 2001 Komsas diperluas ke tingkatan dua

dan tingkatan lima . Pengajaran Komsas dilaksanakan sepenuhnya daripada

tingkatan satu hingga tingkatan lima pada tahun 2003 dan calon Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) yang sulung mengambil peperiksaan dengan kurikulum baru ini

pada tahun 2001, manakala calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun

2002.

Antara matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas:

a. Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis.

b. Meningkatkan kekuatan rohani dan intelek.

c. Memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa.

d. Mengenali dan mengurus perasaan pelajar.

e. Meningkatkan kemahiran interapersonal dan interpersonal.

2.0 SINOPSIS CERPEN BUDI YANG TAK TERBELI

(Karya Khadijah Hashim)

Cerpen ini mengisahkan pengorbanan hati budi seorang ibu tua, Jemah terhadap

anaknya, Murni. Kisah bermula dengan persetujuan ibu tua menerima pelawaan

anaknya Murni untuk tinggal bersama-sama dengannya di bandar. Sebagai orang

kampung, Jemah telah biasa melakukan pelbagai kerja kampung dan setibanya di

rumah anaknya itu kehidupannya serba tidak kena. Bagi Murni pula, dia berharap

agar ibunya dapat duduk-duduk berehat di rumahnya tanpa perlu memikirkan kerja-

kerja hariannya lagi. Pada pendapat Murni sudah sampai masanya dia membalas

jasa dan pengorbanan ibu tua itu terhadapnya.

Page 3: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

Namun begitu kesibukan anak menantunya bekerja menyebabkan dia sentiasa

teringat akan kampung halamannya. Dia menjadi risau kerana tidak bekerja. Hal ini

menyebabkan tangannya terus mencapai tajak dan menajak rumput di sekeliling

rumah anak menantunya itu. Hatinya benar-benar puas dan tidak sabar-sabar

menunggu kepulangan anak menantunya itu. Namun, setelah lama menunggu

akhirnya dia terdengar akan suara orang marah-marah. Dia tidak menyangka

bahawa perbuatannya menajak rumput di sekeliling rumah telah menimbulkan

kemarahan menantunya. Namun begitu Murni, sebagai seorang anak yang

bersopan tetap mempertahankan ibunya walaupun disindir oleh suaminya.

Setelah orang gaji anaknya pulang, sekali lagi Jemah termangu-mangu di rumah

tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sebaik terpandangkan sebatang pokok anak

mempelam, dia teringatkan anaknya Murni yang begitu gemar asam mempelam

jeruk. Tanpa membuang masa dia terus terburu-buru mencapai parang pendek dan

menebang pokok ketapang di hadapan rumah anaknya itu. Tempatnya itu digantikan

dengan anak asam mempelam. Kepulangan menantunya sekali lagi dipenuhi

dengan suara kemarahan akibat perbuatannya itu.

Jemah kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung

halamannya. Hatinya lebih senang tinggal di kampung. Walaupun ibunya tinggal di

kampung, anaknya Murni tetap tidak lupa untuk mengirimkan wang kepada ibunya.

Tindakannya itu sering mendapat tentangan daripada suaminya, Jamal.

Jamal berpendapat bahawa wang itu elok digunakan untuk bersenang-senang di

kota atau untuk membayar rumah sewa dan sebagainya. Dia juga berpendapat

bahawa tidak perlu isterinya memberikan bantuan kepada mentuanya itu kerana

hasil tanaman dan ternakan mentuanya di kampung sudah cukup untuk menambung

penghidupan mentuanya. Sikap yang ditunjukkan oleh Jamal kadang-kala

menyebabkan Murni hampir-hampir hilang sabar namun hanya dipendamkannya

sahaja.

Suatu hari mereka menerima telegram daripada ibu di kampung yang meminta

mereka pulang segera. Tindakan Jemah ini menyebabkan Jamal terus berprasangka

Page 4: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

buruk terhadap mentuanya. Tetapi setelah tiba di kampung, barulah mereka

mengetahui hal yang sebenarnya. Jemah sebenarnya ingin mendapatkan cap jari

Murni untuk menyalin nama tanah rumah Long Kasah yang baru dibelinya. Duitnya

tidak lain dari duit yang dikirim oleh Murni sendiri, dicampur dengan hasil jualan telur

dan padi. Tindakan Jemah ini meyebabkan Murni dan Jamal berasa malu. Jamal

yang bergaji agak besar tidak pernah berbuat seperti yang dilakukan oleh

mentuanya. Wang gajinya tidak terkumpul untuk membeli tanah. Rumahnya rumah

sewa. Barang-barang di rumah dibeli secara hutang. Bila disindir oleh Murni di

bahagian akhir cerpen ini, mata Jamal hanya terkebil-kebil dan dia tidak dapat

berkata apa-apa.

3.0 NILAI DAN PENGAJARAN

3.1. Mengenang Budi dan Jasa

Salah satu nilai murni yang amat bermakna dalam cerpen ini ialah nilai mengenang

budi dan jasa orang tua. Murni digambarkan sebagai seorang anak yang

mengenang budi dan jasa ibunya. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk

membalas budi dan jasa ibunya, Jemah.Beliau sentiasa mengunjungi ibunya di

kampung dan mengajaknya tinggal berehat-rehat di kota. Daripada pengucapannya

seperti di bawah, sikap mengenang budinya terserlah.

“Mak! Mak dah tua. Dah patut berehat-rehat sekarang. Takkanlah seumur hidup nak

bergelumang dengan lumpur-lumpur di bendang itu sahaja.Sesekali eloklah senang-

senangkan hati menyedut angin kota,” pujuk Murni kepada ibunya.

3.2. Bertanggungjawab.

Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab sebagai anak atau ibu dengan sebaik-

baiknya. Jemah dan Murni merupakan anak-beranak yang bertanggungjawab.

Jemah walaupun telah tua dan hanya tinggal di kampung merasakan dia

bertanggungjawab membahagiakan anaknya. Dia sanggup menyimpan wang

Page 5: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

pemberian anaknya dan menggunakan wang tersebut untuk membelikan sebidang

tanah buat anak menantunya. Murni pula sebagai anak kesayangan ibunya tidak

mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Dia kerap mengunjungi

ibunya yang tinggal bersendirian di kampong. Dia tetap mempelawa ibunya ikut ke

bandar walaupun telah berkali-kali permintaannya itu tidak ditunaikan oleh ibunya.

3.3. Sabar.

Kita hendaklah bersabar apabila berdepan dengan apa juga cabaran. Misalnya,

Murni, dengan sifatnya yang sentiasa sabar terhadap setiap kerenah suaminya.

Berkat kesabaran dan ketaatan kepada ibunya juga menjadikan dia disayangi dan

hasilnya, ibunya sanggup memberikan kepada mereka sebidang tanah. Begitu juga

dengan sifat Jemah yang sentiasa bersabar apabila menerima sindirin daripada

menantunya, Jamal yang marah kerana Jemah telah menajak rumput yang

ditanamnya.

3.4. Berjimat-cermat

Dalam cerpen ini, nilai dan sikap berjimat - cermat menyimpan wang demi masa

depan dapat dilihat dengan jelas melalui watak Jemah. Jemah mengamalkan sikap

berjimat-cermat. Beliau sentiasa menyimpan duit yang dikirimkan oleh anaknya

Murni pada setiap bulan. Begitu juga dengan hasil jualan binatang ternakan dan

jualan padi yang tidak habis dimakan turut disimpannya. Hasil daripada sikap

berjimat cermat inilah, Jemah telah berjaya membeli sebidang tanah untuk anak

kesayangannya Murni. Sikap ini dapat dilihat daripada pengucapan Jemah di muka

surat 119.

“Wang yang kau kirim bulan-bulan tu aku kumpul. Campur sedikit duit jual telur. Duit

jual padi yang tak habis dimakan.”

3.5. Baik hati

Nilai baik hati banyak ditunjukkan dalam oleh watak-watak dalam cerpen ini.

Misalnya, Murni mengirim ibunya wang pada setiap bulan bagi meringankan

Page 6: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

bebanan ibunya yang tidak berhenti-henti bekerja di kampung. Jemah pula bersikap

baik hati dan tidak pernah berasa yang dia sedang bertanding dengan anak

menantunya. Yang penting baginya ialah kebahagian hidup anak kesayangan dan

menantunya. Jemah juga tidak menyimpan perasaan dendam terhadap anak

menantunya yang memberi layanan buruk terhadapnya sepanjang berada di kota.

Malahan dia sanggup bersusah payah mengumpul duit dan membeli tanah untuk

masa depan anak dan menantunya Sikap ini dapat dilahirkan oleh Jemah pada

pengucapannya di halaman 119.

“Mak kau ni orang miskin. Tak ada sawah ladang yang luas untuk jadi harta pusaka

kau. Itulah saja yang dapat mak beri untuk hari tuamu, Murni, Jamal,” .

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA

Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (Komsas) selalunya tidak

menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini

berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam

pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah

guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran

komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran

tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada

murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan. Bagi murid pula, mereka

selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu

sendiri yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk

menarik minat murid dan guru biasanya menggunakan teknik yang konvensional dan

tidak berpusatkan murid.

Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan

pembelajaran komsas yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik

yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka

menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam

menjalankan aktiviti di dalam kelas.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS.

Page 7: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

(a) Teater Pembaca

Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di

hadapan kelas.

Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka

sahaja.

Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita

itu seolah- olah sedang berlaku di hadapan mereka.

Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang

dijalankan

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.

(b) Teater Bercerita

Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang

pelakon.

Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak

dalam cerita tersebut.

Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.

Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(c) Persidangan Meja Bulat

Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.

Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan

seorang pencatat.

Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.

Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan

dijalankan.

Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.

Masa perbincangan 15 – 20 minit.

Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan

dijalankan.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Page 8: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

(d) Monodrama

Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)

Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.

Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan

peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.

Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan

perwatakan individu lain.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(e) Balang Kaca

Seorang murid berlakon sebagai watak utama.

Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak

utama.

Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.

Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik

muka, gerak tubuh dan sebagainya.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(f) Kerusi Panas

Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.

Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.

Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak

berkenaan.

Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang

sedang dilakonkannya.

Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan

Grafik (LPG) yang disediakan.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(g) Improvisasi

Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau

situasi sebenar.

Page 9: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.

Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.

Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

(h) Stesen

Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu

stesen.

Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.

Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(i) Peta Minda

Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta

minda.

Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri

membina peta minda itu.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

(j) Mestamu

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.

Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu

itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.

Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan

seloka.

(k) Dekon

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.

Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan

maksud sajak/puisi

Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.

Page 10: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

Teknik ini sesuai untuk sajak.

(l) Adaptasi

Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre.

Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama

berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.

Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.

Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Berdasarkan teknik-teknik pengajaran di atas, saya telah memilih teknik pengajaran

secara Improvisasi dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Teknik ini dipilih

kerana ia sangat sesuai dan boleh mencapai ke arah objektif pengajaran saya. Di

samping itu,melalui teknik ini semua murid dalam kelas saya dapat dilibatkan secara

sepenuhnya. Penglibatan murid dalam aktiviti berkumpulan sangat diperlukan bagi

menyumbang idea-idea yang bernas dan tepat dalam tugasan yang diberikan.

Melalui aktiviti berkumpulan pula, semua murid dapat dilibatkan dalam setiap aktiviti

yang dijalankan. Melalui aktiviti ini, saya dapat membuat penilaian secara

pemerhatian aktiviti kumpulan yang dijalankan. Penerapan nilai bekerjasama dan

sikap kepimpinan dalam kumpulan yang dibentuk dapat dilihat dan dinilai dengan

lebih berkesan.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : 4 Sastera 1

Page 11: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

Bilangan Pelajar : 35 orang.

Tarikh : 2 November 2009

Masa : 9.00 pagi – 10.20 pagi (80 minit)

Tajuk : Budi yang Tak Terbeli.

Objektif : Pada akhir pelajaran dan pembelajaran, murid-murid

dapat

a. Menghubungkaitkan topic dengan merujuk

pelbagai sumber untuk mengemukakan idea

yang bernas.

b. Menyatakan makna kata dan ungkapan

berdasarkan konteks untuk meningkatkan

apresiasi.

c. Menjawab soalan-soalan pemahaman.

Fokus Utama :10.1 Aras 1

Fokus Sampingan :2.1 Aras 1

Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid telah banyak membaca dan menghayati

cerpen dalam pelajaran yang lalu.

Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi.

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Bekerjasama

KBT : KBKK – Meramal dan membuat keputusan.

Bahan Bantu Mengajar : Petikan cerpen, radio kaset, lembaran kerja.

Langkah-langkah pengajaran

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan

Set Induksi Rakaman drama Guru memperdengarkan Lap top

Page 12: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

( 5 minit) radio. petikan drama radio kepada

pelajar.

Pelajar diminta mendengar dan

menghayati pengucapan dialog

para pelakonnya.

Kem TMK

Langkah 1

(10 minit)

Cerpen Budi yang

Tak Terbeli.

Murid membaca cerpen secara

senyap dan menandakan

perkataan yang sukar.

KBKK:

Kem.Belajar

Langkah 2

(10 minit)

Guru minta mengemukan

perkataan dan ayat yang sukar

difahami dan membincangkan

makna perkataan tersebut.

Perbincangan

dan

bersoaljawab

Langkah 3

(10 minit)

Cerpen Budi yang

Tak Terbeli

Pelajar secara kumpulan

berbincang tentang tema dan

persoalan, latar dan watak dan

perwatakan

Kumpulan 1dan 2

Membincangkan tema dan

persoalan

Kumpulan 3 dan 4

Latar

Kumpulan 5 dan 6

Watak dan perwatakan

Aktiviti

kumpulan

Kem.Belajar:

Kooperatif

Langkah 4

(10 minit)

Guru meminta wakil dari setiap

kumpulan membentangkan

Kem

Fasilitator

Page 13: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

hasil perbincangan Bersoal jawab

Langkah 5

(20 minit)

Guru memberi petikan dialog

dalam cerpen kepada setiap

kumpulan berdasarkan

halaman yang ditetapkan.

Murid diminta menghafal dialog

berdasarkan cerpen.

Wakil daripada setiap

kumpulan diminta

mempersembahkan lakonan

mereka.

Kem Belajar

Terarah

kendiri

Langkah 6(10 minit)

Soalan pemahaman

Guru mengedar lembaran kerja kepada pelajar.

Murid diminta membaca dan menjawab soalan dengan menggunakan perkataan sendiri

Petikan cerpen

Penilaian

Penutup(5 minit )

Rumusan isi pelajaran

Guru membuat rumusan keseluruhan isi pelajaran.

Kem FasilitatirRenungan

Refleksi :

Ulasan Pensyarah :

Penutup

Page 14: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

Aspek nilai estetik, keindahan bahasa, dan sosio budaya yang terdapat dalam karya

saster sebelum ini tidak diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui Komsas, aspek-

aspek tersebut diberikan penekanan di samping untuk meningkatkan keupayaan

pelajar berbahasa.  

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa bahasa dan sastera tidak dapat

dipisahkan kerana kedua-dua aspek ini lahir daripada sosio budaya masyarakatnya.

Tumpuan kepada pembelajaran bahasa semata-mata tidak memadai kerana pelajar

mungkin dapat menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasanya, tetapi

dalam aspek keindahan bahasa, diksi, daya intelek, daya kreatif dan seumpamanya

dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah tidak memisahkan pengajaran dan pembelajaran bahasa dan sastera.

Hal ini harus disedari bukan sahaja oleh guru, tetapi juga oleh pelajar bagi mengikis

sikap penguasaan ilmu bahasa dan sastera hanya untuk peperiksaan. Tetapi

sebaliknya, penguasan ilmu bahasa dan sastera untuk membina dan meningkatkan

jati diri pelajar.

Kesimpulannya pelajar harus menyedari matlamat pembelajaran Komsas bagi

memudahkan mereka mengatur strategi pembelajaran. Belajar tanpa matlamat

seumpama kita belayar di lautan yang luas tanpa hala tuju. Akhirnya akan timbul

tanggapan yang negatif terhadap Komsas. Ada yang mengatakan bahawa Komsas

sukar dipelajari dan Komsas membebankan. Maka wujudlah rasa kurang berminat

untuk membaca teks Komsas.

BIBLIOGRAFI

Mohd Pauzi Mahmad. (2003). Kajian dan Ulasan Komponen Sastera dalam Bahasa

Page 15: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

Melayu Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Federal Publications.

Talib Samat, Mohd Rosli Saludin.(2003). Apresiasi Komsas Dalam Bahasa Melayu,

Bukit Kepong dan Anak Laut Tingkatan 4 :Selangor Darul Ehsan: Longman

Sdn.Bhd

http://spmbahasamelayu.blogspot.com

http://www.tutor.com.my/tutor/daily/eharian

Page 16: Pengajaran KOMSAS Bahasa Melayu

LAMPIRAN