pengenalan komsas ting 4

41
Transformasi KOMSAS 2016 Disediakan oleh : SAHARUDDIN ABDULLAH SMK Sijangkang Jaya

Upload: saharuddin-abdullah

Post on 12-Jan-2017

5.877 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Komsas Ting 4

Transformasi KOMSAS 2016

Disediakan oleh :SAHARUDDIN ABDULLAH

SMK Sijangkang Jaya

Page 2: Pengenalan Komsas Ting 4

Tujuan :

1.Mendedahkan tentang kandungan buku Antologi dan Novel untuk tingkatan 4 dan 5 bagi sesi 2016.

2.Supaya pelajar pelajar bersedia untuk menghadapi suasana Pembelajaran dan Pengajaran untuk sesi 2016.

3.Berkongsi Ilmu untuk menghasilkan satu contoh kupasan antologi bagi dijadikan panduan untuk proses P & P.

Page 3: Pengenalan Komsas Ting 4

Novel / Antologi SPM(TINGKATAN 4 – mulai 2015)

Novel Antologi

Page 4: Pengenalan Komsas Ting 4

Puisi Tradisional

Syair Bidasari Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

Page 5: Pengenalan Komsas Ting 4

SAJAK Sang Gembala Kuda (Mohd Hashim Othman) Aku Membaca Lagi (Razali Mohd. Yussof) www.sibermerdeka.com.my (Abd Ghaffar Ibrahim) Gelanggang (Onn Malini)

Page 6: Pengenalan Komsas Ting 4

PROSA TRADISIONAL

Kepimpinan Melalui Teladan

Page 7: Pengenalan Komsas Ting 4

Kaduk, Ayam dan Raja – Zurinah Hassan

Munsyi – Husna Nazri Jaket Kulit Kijang dari Istanbul –

Maskiah Haji Masrom

CERPEN

Page 8: Pengenalan Komsas Ting 4

DRAMA  Berkhidmat untuk Negara (Affix Zukarnaen Adam)

Page 9: Pengenalan Komsas Ting 4

ANTOLOGI KOMSAS TING. 5 MULAI 2016

DIRGAHAYU BAHASAKUAntologi 2010

(Ting. 4

Novel

Page 10: Pengenalan Komsas Ting 4

PUISI TRADISIONAL

Beberapa Petua Hidup – (Za’ba) Berbuat Istana Zaman Dahulu – (Za’ba)

Page 11: Pengenalan Komsas Ting 4

SAJAK – Puisi Modeno Sejadah Rindu – Mohd Haikal

Aminuddino Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis

Kampus – Sazalee Yaacobo Erti Hidup Bererti – Teo Wei Singo Kudup Perang – Tuah Sujana

Page 12: Pengenalan Komsas Ting 4

PROSA TRADISIONAL

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Page 13: Pengenalan Komsas Ting 4

CERPEN

Cinta Ahmad Mutawakkil Zainal Rashid Ahmad Hipertensi Illias Zaidi Gerhana Manusia Aminah Mokhtar

Page 14: Pengenalan Komsas Ting 4

DRAMA

Bukan GilaShariff Shaary

Page 15: Pengenalan Komsas Ting 4

ASPEK KAJIAN KOMSAS SINOPSIS Ringkasan cerita yang

memberikan gambaran keseluruhan sesebuah karya.

TEMA Sesuatu yang menjadi

menjadi fikiran atau persoalan yang mendasari sesebuah cerita. Tema adalah berdasarkan pengalaman watak utama dalam sesebuah karya.

PERSOALAN Perkara atau hal yang

ditonjolkan dalam sesebuah karya yang memantapkan tema.

PLOT Jalan cerita atau

rentetan peristiwa yang mempunyai sebab-musabab.

Page 16: Pengenalan Komsas Ting 4

Binaan Plot PERMULAAN CERITA ( EKSPOSISI ) Memperkenalkan pembaca kepada satu-satu

situasi khusus seperti latar masa, tempat, dan watak-watak dalam cerita

  PERKEMBANGAN Peristiwa-peristiwa yang mengandungi

konflik dan saspens

KLIMAKS Puncak cerita iaitu suatu detik yang paling

tegang akibat daripada konflik-konflik yang berlaku sebelumnya iaitu dalam perkembangan cerita.

Page 17: Pengenalan Komsas Ting 4

Binaan Plot

PELERAIAN Peristiwa yang berlaku selepas

klimaks. Dalam bahagian ini, sesuatu masalah terlerai dan nasib watak-watak yang terlibat ditentukan.

PENGAKHIRAN/ PENYELESAIAN. Peristiwa yang mengarah kepada

penyelesaian

Page 18: Pengenalan Komsas Ting 4

WATAK

Pihak yang mengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Mereka dicipta untuk memain-kan peranan bagi menyokong idea pokok dan mengembangkannya hingga akhir cerita. Watak ini dipegang oleh manusia atau bukan manusia tetapi diberi sifat-sifat manusia.

Page 19: Pengenalan Komsas Ting 4

Jenis Watak WATAK BULAT. Watak yang dibangunkan secara keseluruhan dan diberi

pelbagai kemungkinan sifat manusia. Digambarkan tidak sepenuhnya baik dan tidak sepenuhnya jahat. Oleh itu, tindakannya tidak dapat diagak oleh pembaca.

WATAK PIPIH. Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhan tetapi

diperkenalkan melalui satu aspek peribadinya sahaja. Kalau watak itu jahat, kita akan dihidangkan dengan tindak-tanduknya yang jahat sahaja sepanjang cerita tersebut. Biasanya watak sampingan boleh dianggap watak pipih.

  WATAK DINAMIS. Watak yang penuh bertenaga dan sentiasa mengalami

perubahan mengikut perkembangan cerita. Watak dinamis ialah watak bulat.

Page 20: Pengenalan Komsas Ting 4

Jenis Watak

WATAK STATIS Watak yang beku dan tidak mengalami apa-

apa perubahan sepanjang cerita. Watak statis boleh dianggap sebagai watak pipih.

WATAK UTAMA Watak yang memainkan peranan utama dalam

sesebuah lakonan.

WATAK SAMPINGAN Watak pembantu yang membantu watak

utama dalam menjalankan peranannya membangunkan sesebuah cerita.

Page 21: Pengenalan Komsas Ting 4

PERWATAKAN

Sifat-sifat manusia secara menyeluruh yang dilihat melalui perasaan, keinginan, cara berfikir, cara bertindak dan sebagainya.

Page 22: Pengenalan Komsas Ting 4

IMBAS MUKAPeristiwa yang diramalkan, dibayangkan atau dijangkakan akan berlaku.

IMBAS KEMBALIPeristiwa atau kejadian yang telah berlaku yang digambarkan melalui penceritaan semula.

PEMERIANPeristiwa, watak, objek atau perbuatan yang diceritakan atau digambarkan secara menyeluruh oleh pengarang.

TEKNIK PLOT

Page 23: Pengenalan Komsas Ting 4

DIALOGPertuturan antara watak sama ada dalam bentuk perbualan, perbincangan, pertengkaran dan sebagainya.MONOLOG DALAMANPengucapan batin yang berupa kata hati atau perkara yang difikirkan.MONOLOGPertuturan atau pengucapan seseorang watak yang ditujukan kepada dirinya sendiri ataupun kepada pembaca.

TEKNIK PLOT

Page 24: Pengenalan Komsas Ting 4

 NILAI MURNI 

Tingkah laku atau perbuatan baik dan disenangi yang boleh dijadikan teladan.

  NILAI KEMANUSIAAN BAIK HATI JUJUR BIJAKSANA YAKIN DIRI MESRA BERANI BERTANGGUNGJAWAB TEGAS BERSIH TABAH SABAR SOPAN

NILAI KEMASYARAKATAN

TOLONG-MENOLONG BEKERJASAMA TAAT SETIA ADIL SIMPATI HORMAT-MENGHORMATI PATRIOTIK KEBEBASAN UNSUR KEKELUARGAAN UNSUR CINTA DAN

KASIH SAYANG.

Page 25: Pengenalan Komsas Ting 4

LATAR - Gambaran tentang persekitaran atau latar belakang sesebuah cerita termasuklah

masa, tempat dan masyarakat LATAR MASA. Merujuk kepada masa atau zaman.

LATAR TEMPAT. Tempat sesuatu peristiwa itu berlaku.

LATAR MASYARAKAT. Keadaan atau gambaran masyarakat yang

terdapat dalam cerita. Ini termasuklah cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bekerja, status atau kedudukan mereka dan sebagainya.

Page 26: Pengenalan Komsas Ting 4

SINKOF Perkataan yang telah dipendekkan

dengan cara menghilangkan huruf atau suku kata tertentu. Contoh : ”hendak” ditulis atau disebut ”nak”.

PERSONIFIKASI Unsur yang digunakan untuk

memberikan sifat manusia kepada benda-benda yang bukan manusia. Contoh : Hari telah merangkak senja.

Gaya Bahasa

Page 27: Pengenalan Komsas Ting 4

METAFORA. Perbandingan secara langsung kerana

memberikan sifat sesuatu objek itu secara perbandingan terus. Contoh : Dada langit , Daerah pengalaman.

  DIKSI Pemilihan kata yang tepat yang dapat

memberikan kesan yang maksimum kepada pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah, bersifat kedaerahan, bahasa klasik, bahasa slanga atau bahasa asing.

 

Gaya Bahasa

Page 28: Pengenalan Komsas Ting 4

SIMILE Unsur yang digunakan untuk menyamakan sesuatu

benda dengan sesuatu benda yang lain. Unsur ini menggunakan perkataan seperti, umpama, bagai dan laksana sebagai perbandingan. Contoh : Dunia macam roda, Aksyen macam Hitler.

  HIPERBOLA Unsur yang digunakan untuk membesar-besarkan atau

melebih-lebihkan sesuatu berbanding dengan keupayaan atau keadaannya yang sebenar. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan kehandalan, kehebatan atau keagungan sesuatu peristiwa atau suasana. Contoh : Perniagaan adalah peperangan, Kalau pecah tentulah dia menghadapi hari kiamat

Gaya Bahasa

Page 29: Pengenalan Komsas Ting 4

INVERSI Pembalikan susunan kata dalam kalimat.

Biasanya bahagian yang penting didahulukan. Contoh : Pintar kamu, Air mata berderai gugur.

PERIBAHASA Ayat atau kelompok kata yang mempunyai

susunan yang tetap dan membawa maksud yang tertentu. Peribahasa dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan dan pepatah. Contoh : Pisang tak kan berbuah dua kali.

Gaya Bahasa

Page 30: Pengenalan Komsas Ting 4

PERULANGAN/ REPITISI Pengulangan kata atau frasa dalam

satu kalimat beberapa kali. Contoh : Ini khazanah bapak, ini khazanah bapak.

ANAFORA Pengulangan kata atau frasa pada awal

kalimat. Contoh : masih di situ, masih memandu kereta lama, masih menuju sekolah yang sama

Gaya Bahasa

Page 31: Pengenalan Komsas Ting 4

EPIFORA. Pengulangan kata atau frasa pada akhir

kalimat. Contoh : keli masuk ruan keluar, matahari masuk bulan keluar.

  PEMBENTUKAN AYAT. Melibatkan penggunaan dan penyusunan ayat

hingga meninggalkan kesan rasa yang tinggi . Ayat yang pendek-pendek membawa impak yang teguh dan sesuai dengan suasana ketegangan , ketegasan dan keberanian. Ayat yang panjang sesuai dengan suasana yang tenang, aman dan damai.

Gaya Bahasa

Page 32: Pengenalan Komsas Ting 4

PENGAJARAN Sesuatu perkara yang dikemukakan

secara halus yang dapat dijadikan pedoman, peringatan ataupun yang perlu dijauhi

Positif : Kita hendaklah ……. Kita haruslah….. Negatif : Kita janganlah…..

Page 33: Pengenalan Komsas Ting 4

CARA MENGESAN TEMA MELALUI PERWATAKAN WATAK-WATAK Setiap percakapan, tingkah laku, konflik. Pandangan watak

perlu diteliti.  MELALUI PERISTIWA PENTING YANG DILALUI Rujukan kepada peristiwa yang ditempohi oleh watak utama

dalam hidup  MELALUI PERKARA-PERKARA YANG PALING MENONJOL DALAM

CERITA  MELALUI PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN DAN KEMUDIAN

DAPATKAN PERSOALAN POKOKNYA.

MELALUI PEMERHATIAN KEPADA PLOT CERITA IAITU SUSUNAN DAN URUTAN PLOT.

Page 34: Pengenalan Komsas Ting 4

CARA MENGESAN PERSOALAN, LATAR, NILAI DAN PENGAJARAN.

Melalui perlukisan atau pernyataan langsung yang dilakukan oleh pengarang.

Melalui percakapan atau dialog yang diucapkan.

Melalui butiran yang terdapat dalam peristiwa sama ada tindak-tanduk, aksi, perasaan, tabiat dan lain-lain.

Page 35: Pengenalan Komsas Ting 4

TUGASAN BENGKEL Guru-guru dipecahkan kepada 4

kumpulan. Lantik ketua setiap kumpulan. Agihkan tugasan mengikut aspek kajian

komsas. Buat kupasan berdasarkan tajuk yang

diberi. Bentangkan hasil kupasan untuk

perkongsian ilmu.

Page 36: Pengenalan Komsas Ting 4

Aspek Kajian Cerpen / Drama Sinopsis. Tema Persoalan Latar Watak dan Perwatakan Nilai Pengajaran.

Page 37: Pengenalan Komsas Ting 4

Aspek Kajian Prosa Klasik. Sinopsis. Tema Persoalan Watak dan Perwatakan Nilai Pengajaran.

Page 38: Pengenalan Komsas Ting 4

Aspek Kajian Puisi Tradisional / Sajak. Maksud. Tema Persoalan Gaya Bahasa. Nilai Pengajaran.

Page 39: Pengenalan Komsas Ting 4

PENGAJARANKAJIANNOVEL

LATAR

WATAK&

PERWATAKAN

TEMA

NILAI

SINOPSIS MENGIKUTBAB

PERSOALAN

PLOT

Saharuddin-abdullah.blogspot.com

Page 40: Pengenalan Komsas Ting 4

Sekian, Terima Kasih Selamat Berbengkel dan Berkongsi Ilmu.

Semoga Kita Mendapat Sesuatu yang Boleh dijadikan Panduan untuk Memperbaiki Pembelajaran dan

Pengajaran Kita. Semua hasil perbengkelan akan

dikumpulkan dan dijadikan modul untuk panduan sekolah-sekolah daerah Kuala

Langat.

Page 41: Pengenalan Komsas Ting 4

Contoh - Contoh

KUPASAN ANTOLOGI