pengenalan - cikgu salsabila tang | seni itu indah · web viewsistem pelajaran yang ada pada kita...

30
ISU PENDIDIKAN SENI Ulasan dan kupasan hubungan antara Dasar Pendidikan Kebangsaan, matlamat pendidikan seni sejagat dengan Kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia – Isu Perpaduan. 1. Pengenalan Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita mencapai kemerdekaan ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang berjudul Education for unity in Malaya telah mencatat: “It is accepted that educations is not the only means available in the taks of achieving national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 1

Upload: lekhue

Post on 08-Mar-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

ISU PENDIDIKAN SENI

Ulasan dan kupasan hubungan antara Dasar Pendidikan Kebangsaan, matlamat

pendidikan seni sejagat dengan Kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia – Isu

Perpaduan.

1. Pengenalan

Sejak selepas Perang Dunia Kedua dan yang lebih mendesak semasa kita

mencapai kemerdekaan ialah: Bagaimanakah sebaik-baik cara untuk melahirkan satu

masyarakat Malaysia yang bersatu padu, yakni satu masyarakat majmuk Malaysia yang

mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun

dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat

Malaysia.

Satu cara yang paling penting bagi mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah

negara ialah menerusi pelajaran. Menurut Ho Seng Ong (1998) dalam bukunya yang

berjudul Education for unity in Malaya telah mencatat:

“It is accepted that educations is not the only means available in the taks of

achieving national unity and solidarity in the plural community of Malaya, but it remains

the most important single factor for integration in the racial, religious and cultural

complexof Malaya.”

Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan

bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah

perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh

sebahagian besar rakyat.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

1

Page 2: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

Dari segi individu, perpaduan mempunyai ciri-ciri yang meliputi perasaan, emosi,

sentimen sikap dan nilai. Dalam persekolahan, apa yang diusahakan ialah supaya murid-

murid dibimbing dan dididik untuk memupuk sifat-sifat yang sihat dan membina yang

boleh membawa ke arah perpaduan negara.

2. Definisi masyarakat majmuk

Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan

bermasyarakat. Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dalam kertas kerjanya yang bertajuk

Perubahan dan Perkembangan Kurikulum ke Arah Pembinaan Negara telah mencatat

bahawa J.S. Furnivall mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat di mana:

Mereka bergaul tetapi tidak bersatu. Setiap kumpulan berpegang kepada

agamanya, budayanya, bahasanya idea-idea dan cara-cara hidupnya. Sebagai individu

mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, membeli dan menjual. Inilah masyarakat

majmuk, di mana seksi-seksi yang berlainan dalam masyarakat hidup sebelah

menyebelah, tetapi berasingan………(terjemahan)

Dalam Ensiklopedia Dunia Melayu (hlm 145-146) telah mencatat beberapa

pandangan penyelidik terhadap masyarakat majmuk antaranya:

M.G. Smith menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang

mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan.

Van den Bergue juga menyenaraikan beberapa ciri masyarakat majmuk seperti

ketiadaan konsensus nilai, kepelbagaian kebudayaan, wujudnya konflik di antara

kelompok yang berlainan…..

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

2

Page 3: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (hlm 865), perkataan ‘masyarakat majmuk’

memberi maksud: masyarakat yang terdiri daripada beberapa bangsa. Malaysia

merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama.

Dari suku bangsa, kita terdiri daripada Melayu, Cina, India, Serani, Orang Asli, Bajau,

Kadazan, Murut, Kadayan, Melanau dan Iban dengan pelbagai bahasa dan dialeknya.

Masyarakat majmuk ini bersatu di atas ikatan kerakyatan di bawah pemerintah demokrasi

beraja berperlembagaan dengan satu hidup yang telah dipersetujui bersama. Menjelang

kemerdekaan, matlamat yang terpenting adalah mencapai perpaduan di kalangan

kelompok-kelompok yang berlainan. Secara langsung dan tidak langsung, sistem

pendidikan diberi tugas untuk pembinaan negara.

3. Definisi perpaduan

Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal”

dan  “padat”. “Perpaduan” ialah “penggabungan”. Perihal bergabung menjadi satu atau

persatuan. Kata lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan

“perpecahan”.

Perpaduan dilihat dari tuntutan Islam adalah satu perkara yang baik iaitu “ma’rof”

manakala perpecahan pula satu perkara yang keji atau tidak baik iaitu “mungkar”. Dalam

al-Qur’an Allah mengingatkan umat Islam dengan Firman-Nya yang bermaksud:

Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada

kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,

serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang

bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

3

Page 4: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

(Surah Ali Imran : 104)

Prof. Mohd. Kamal Hasan, Timbalan Rektor, UIA dalam satu forum perpaduan

kaum berkata “kita juga berpandu kepada ayat Al-Quran yang menyeru semua orang

yang beriman, yang bermaksud:

Hendaklah kamu bertolong menolong, berbaik-baik dan berkerjasama dalam

perkara yang membawa kepada kebaikan, kebajikan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Dan

jangan kamu berkerjasama, tolong menolong dalam perkara yang mengikut dosa dan

permusuhan.”

Jadi di situ kita dapat lihat penekanan agama Islam itu kepada kenyataan

kepelbagaian kaum dan diseru umat Islam mencari kesempatan untuk bekerjasama dalam

perkara-perkara yang membawa kebaikan bersama.

4. Dasar Pendidikan Kebangsan dalam isu perpaduan

Dalam meninjau sejarah perkembangan pendidikan, Dasar Pendidikan dibentuk

atas kesedaran pemimpin dan rakyat Malaysia yang sensitif terhadap keperluan

pembinaan negara. Melalui Penyataan Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957, Dasar Pendidikan telah disemak semula dalam tahun 1960 yang

menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan

dalam Akta Pelajaran, 1961.

Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji

semula dan memperbaiki pelaksanaannya dalam mencapai matlamat melahirkan satu

masyarakat yang bersatupadu dan berdisplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

4

Page 5: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

yang terlatih bagi pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbit dalam

tahun 1979.

Dasar bagi sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah.

Biasanya falsafah inilah menjadi teras pendidikan kita. Ia mengandungi matlamat, corak

dan kaedah pendidikan secara kasar, ciri-ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu

yang hendak menerima pendidikan tadi serta skop yang merangkumi oleh proses

pendidikan itu sendiri. Dalam kertas kerja Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi yang

berjudul ‘Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan’ telah mencatat dapatan

seorang penyelidik terkemuka Howard D. Mehlinger (1995) dalam bukunya School

Reform in the Information Age mengenalpasti masalah ketiadaan falsafah dan dasar

memberi dua bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan pembaharuan pendidikan.

Jelas dilihat Dasar Pendidikan merupakan tunggak utama dalam pembentukan

sistem pendidikan kebangsaan. Ia amat penting dalam memberi panduan untuk

melaksanakan sistem yang dirancangkan. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentu sistem dan

pelaksanaannya juga tidak sistematik dan tidak mempunyai hala tuju yang tetap.

Justeru, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ada kini lebih menjurus kepada usaha

kerajaan menyatupadukan semua kaum:

Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ialah bermaksud hendak

menyatupadukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan

menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang utama, walaupun

perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan sera-merta melainkan hendaklah diperbuat

dengan beransur-ansur.

(Penyata Razak, Perenggan 12)

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

5

Page 6: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

5. Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan

Dalam usaha menyediakan generasi abad ke-21, kesesuaian kurikulum pendidikan

seni berasaskan konsep four pillars of learning umpamanya perlu diteruskan iaitu belajar

untuk menguasai ilmu (learning to know); belajar untuk menguasai kemahiran (learning

to do); belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be); belajar untuk harmoni dan

bekerjasama (learning to live together). (dalam Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman, 2003)

Kurikulum Pendidikan Seni telah direncana dan selaras dengan keadaan semasa

dan akan datang bagi mencapai matlamat pendidikan berdasarkan kehendak FPK. Ini

kerana usaha kurikulum bermula dengan ramalan (Ornstein and Hunkins, 1993 dalam

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003) Perancangan perlu bersifat strategik,

dinamik, mudah lentur dan futuristik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan

profil bangsa seterusnya.

Dalam Dasar pendidikan kebangsaan semua pelajar berhak menikmati pendidikan

yang kaya dari seni tanpa mengira latar belakang dan kebolehan. Smith (1982) mendapati

bahawa telah pun muncul sekarang seperti apa yang dikatakan sebagai satu

kecenderungan yang menuntut kepada pemikiran baru dari kalangan pendidik seni.

Kurikulum seni visual juga dikenali sebagai ‘pendidikan kemanusian’, ‘pendidikan

pelbagai budaya’. Menurut Chapman (1997), walaupun terdapat golongan pendidik seni

yang berpendapat seni lebih kepada ekspresi individu, namun pengaruh teori ilmiah serta

penyelidikan baru akan memaksa mereka berfikir semula bagi menserasi idea sendiri

dengan fungsi seni dalam bentuk-bentuk pendidikan baru yang muncul. MacFee (1977)

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

6

Page 7: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

menganggap seni dalam budaya sebagai topik pembelajaran, Felman (1970) pula

menegaskan budaya, seni dan kehidupan tidak boleh dipisahkan. Walaupun pendekatan

mereka berbeza, tetapi bersetuju bahawa pendidikan seni perlu pendidikan yang lebih

liberal.

Menurut Abd. Shukor Hashim (1998), (dalam Mohd Johari Ab. Hamid, 2000)

Pendidikan Seni sewajarnya menepati objektif pendidikan negara yang mementingkan

pembangunan individu, pembangunan dan intergrasi sosial menyalurkan budaya dan

warisan negara. Perpaduan negara wujud setelah generasi muda dididik dan dibimbing

sempurna dari segi perkembangan JERIS.

Iberahim Hassan (2000), telah banyak menulis tentang Kurikulum Pendidikan

Seni dalam buku yang berjudul Pendidikan Seni dan Muzik. Matlamat dan kepentingan

Pendidikan Seni jelas digubah untuk melahirkan individu yang berbudaya, iaitu

sekurang-kurangnya dapat mengurus kehidupan harian dengan sempurna dan menjadi

penghayat seni, seterusnya dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara. Melalui aktiviti-aktiviti seni, seseorang pelajar bukan sahaja

dididik dan dibimbing dalam kesempurnaan dari segi JERIS tetapi juga dilatih

memperolehi keyakinan diri dalam berkomunikasi melalui seni, memahami warisan

bangsa dan identiti bangsa.

Schiller, (1967) (dalam Abu Talib Putih, 2001) memikirkan seni sebagai penyalur

kesinambungan kemanusian. Seni berupaya menghubung satu generasi ke satu generasi

yang lain. Seni diperlukan dalam tugas mempersiapkan ahli baru menghadapi hidup

dalam usaha mencari erti tentang diri, penglibatan, halatuju masyarakat. Seni dapat

menyediakan benih cabaran yang membawa perubahan seperti menuntut kita melihat

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

7

Page 8: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

sesuatu yang lama dari sudut pandangan atau perspektif yang baru. Begitu juga dalam

soal perpaduan masyarakat di negara kita, ia perlu satu perubahan paradigma tentang

budaya ke Malaysiaan.

Seni sebagai disiplin. Seni membenarkan manusia berfikir dan berikhtiar dalam

cara yang tersendiri, ia merupakan satu anugerah kepada masyarakat kerana ciri

kesediaannya yang boleh mengkaitkan harapan kepada ingatan, menjulang keberanian,

memasyurkan keraian, atau juga membendung tragedi hidup manusia. Dalam menuju ke

arah masyarakat aman damai, sejarah telah mencatatkan bahawa dengan adanya

kerjasama dan keberanian semua kaum negara yang aman dan merdeka dapat diperolehi

dan dinikmati bersama.

Seni merupakan sumber kegembiraan dan kecerian. Dengan adanya unsur

kegembiraan dalam sanubari semua rakyat Malaysia, sifat benci dan syak wasangka dapat

dielakan, tragedi 13 Mei 1969 menyedari semua warga Malaysia betapa pentingnya sifat

memahami antara satu sama lain.

Seni adalah nadi dalam hayat perjalanan ke arah melengkapkan sifat kemanusiaan

kita walaupun sekadar sebagai penghayat seni tetapi perkembangan minda dan rohaniah

turut dibina dengan sempurna.

Pendidikan seni berfaedah kepada pelajar kerana ia memufuk peribadi yang

lengkap, yang beransur membina berbagai bentuk literasi bagi menajamkan intuisi,

takulan, imagianasi dan kemahiran dalam berekspresi dan berkomunikasi. Pelajar

dibimbing pelbagai cara, membuat persepsi, menyatakan pemikiran dan menyelesaikan

masalah antara rakan sekelas atau kerja kursus yang diberi.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

8

Page 9: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

Seni membantu pelajar memahami pengalaman manusia, dari yang lampau hingga

masa kini. Belajar untuk menyesuai dan menghormati orang lain dari segi cara berfikir,

cara berkerja dan berekspresi yang berbeza. Pendekatan kemanusiaan seperti yang

dicadangkan oleh Micheal (1983) dan Feldman (1970) (dalam Iberahim Hassan, 2001)

membolehkan pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan

kehidupannya.

MacFee, (1993) (dalam Iberahim Hassan, 2000) menyatakan bahawa objektif seni

bersandar kepada fungsi seni dalam masyarakat yang perlu disemai kepada pelajar iaitu:

a. Seni untuk memperkayaan kualiti sesuatu perayaan atau upacara ritual bagi

sesuatu peristiwa.

b. Berfungsi sebagai indeks untuk membezakan sesuatu identiti.

c. Seni sebagai alat komunikasi yang merakam, menyimpan dan menjana idea.

d. Seni berperanan untuk mengstabilkan sesuatu budaya dalam menghadapi arus

perubahan.

e. Seni sebagai alat untuk perkembangan sesuatu budaya.

6. Nilai-nilai asas perpaduan yang dapat dipupuk melalui pendidikan

… usaha membina satu semangat identiti bersama dan berkongsi tujuan di

kalangan semua rakyat Malaysia sangatlah penting dalam pembangunan nusa bangsa

dan membentuk bangsa Malaysia. Bagi mencapai hasrat tersebut perlulah dipupuk

perasaan bangga terhadap warisan, kejayaan, dan potensi negara bagi menyemai

semangat kekitaan…

(Malaysia, 1996, hlm.31)

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

9

Page 10: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

Berhubung dengan petikan di atas, penerapan nilai-nilai murni dilakukan dengan

menyeluruh dalam semua mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai nilai

merentasi kurikulum. Sebanyak 16 nilai disenaraikan dan secara khusus terkandung

dalam mata pelajaran pendidikan Islam dan pendidikan Moral

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991; hlm.6)

7. Usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu perpaduan

Bagi mencapai hasrat membina bangsa Malaysia yang bersatu padu, terdapat

petikan yang diberi oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu:

“Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kita telah

memperkenalkan pelbagai dasar dan program dalam tempoh tiga puluh tahun lalu selain

Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Dasar-dasar tersebut termasuk

Dasar Pendidikan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan,

Perpaduan negara dan sebagainya adalah matlamat penting dalam dasar dan program

berkenaan. Kemudian dasar dan program ini boleh menyumbang ke arah hubungan

sosial yang sihat di kalangann masyarakat majumuk, perkongsian nilai dan persepsi,

persamaan identiti sebagai rakyat Malaysia dan kebudayaan yang mengekalkan warisan

bangsa.”

Kerajaan Malaysia mengenalpasti budaya dan kesenian sebagai elemen sama

penting dengan perkembangan ekonomi. Maka, Kebudayaan Kebangsaan telah dirangka

pada tahun 1971 yang bertujuan menjalankan program kebudayaan yang

mengembangkan identiti kebangsaan, mempromosi integrasi kebangsaan dan

keharmonian pelbagai kaum dan budaya Melayu sebagai asas budaya kebangsaan. Dato

Seri Dr. Abdul Shukur Abduulah mengatakan kepentingan seni visual dapat

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

10

Page 11: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

menyumbangkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan pendidikan di nagara. Melalui

pendidikan seni visual, kita akan bergerak ke arah mencapai satu warisan bangsa yuang

unggul.

Selain daripada itu, semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28

Februari 1991, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membentangkan satu kertas kerja yang

bertajuk “Malaysia – Melangkah ke Hadapan” yang mengandungi satu pemikiran dan

rangka kerja mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Ianya dikenali sebagai “Wawasan 2020”

Dalam sembilan cabaran wawasan, isu perpaduan dalam pembentukan bangsa

Malaysia menduduki tempat pertama yang secara tidak langsung telah mengambarkan

kepentingannya dalam usaha mencapai matlamat sebagai negara maju yang tercatat

seperti berikut:

Membangunkan bangsa Malaysia yang bersatupadu dengan matlamat yang sama

bagi membentuk bangsa Malaysia yang setia dan taat kepada negara.

Bangsa Malaysia yang bersatupadu bermakna setiap rakyat perlu komited untuk

menjayakan cita-cita negara. Lain kata matlamat negara perlu dikongsi bersama oleh

setiap orang. Setiap rakyat dengan rasa bangsa mengidentifikasikan diri mereka sebagai

warga Malaysia.

Strategi dan kaedah pengajaran Pendidikan seni Visual dalam usaha mencapai

perpaduan.

Musa Hitam dalam ucapan di Perasmian Himpunan Tetap Balai Seni Lukis

Negara pada 29hb Januari 1985 pernah mengata: “Kesenian mencerminkan kematangan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

11

Page 12: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

perasaan dan pemikiran sesuatu bangsa atau masyarakat” keesahan kenyataan ini tidak

dapat dipastikan tetapi apa yang boleh dipastinya ialah sesuatu bangsa atau masyarakat

yang tidak mempunyai kesenian diibaratkan sebagai golongan orang-orang yang kurang

sempurna hidupnya. Masyarakat yang sebegini adalah masyarakat yang kurang lengkap,

kehidupan mereka tak ubah seperti lagu tanpa irama.” Jelaslah bahawa kedudukan fungsi

dan peranan Pendidikan Seni Visual di sekolah dalam menangani Wawasan 2020

khasnya dalam cabaran pertama yang berkait dengan perpaduan haruslah dilihat dengan

keperihatinan yang serius terutama oleh golongan intelektual pendidikan juga oleh

masyarakat keseluruhannya.

I. Pengabungjalinan mata pelajaran

Pengabungjalinan mata pelajaran seperti Bahasa Malaysia, Sejarah, geografi dan

lain-lain dapat meningkatkan nilai kewarganegaraan. Ini merupakan salahsatu langkah

penting dalam isu perpaduan kaum. Sebagai contoh guru seni ingin mengajar catan atau

arca, beliau telah meminta pelajar mengkaji sejarah Pasir Salak. Pelajar menjalankan

penyelidikan mengumpul, mentafsir dan membuat hubungkait antara catatan dengan

gambar lukisan atau fotografi sejarah. Melalui apresiasi seni segala dokumentasi dan

mencatat sejarah detik perjuangan kemerdekaan akan mendidik pelajar perlu wujudnya

nilai cintakan negara. Tambahan pula, dengan satu bahasa yang dapat difahami oleh

semua pelajar, secara tak langsung pelajar dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara

satu sama lain. Kes-kes pergaduhan antara pelajar berlainan bangsa yang disebabkan

perselisihan faham dapat dielakkan dan dikurangkan.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

12

Page 13: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

II Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni dalam tujuan perpaduan

Bagi menghadapi cabaran yang datang secara bertalu-talu, generasi yang hidup

dalam abad ke-21 perlu memperoleh nilai-nilai murni dan luhur yang bersifat sarwajagat;

kaya dengan maklumat, termasuk dalam bidang sains dan teknologi (objektif ke-6);

mempunyai semangat jati diri (objektif Ke-10), jaya diri dan keusahawaan yang tinggi;

mempunyai ketrampilan yang tinggi; dan mempunyai kekuatan minda yang kreatif, kritis,

inovasi , analitis dan futuristik (objektif ke-3). Dalam kurikulum pendidikan seni visual

selain mementingkan proses penghasilan atau proses artistik, produk juga diminta

mencapai tahap persembahan yang memuaskan. Barangan kraf seperti barangan

anyaman, tembikar, perabut ukiran, barang hiasan gangsa melambangkan identiti budaya

di Malaysia. Nilai patriotik (objektif 1, 7 dan 9) boleh dipupuk dengan meningkatkan rasa

kebanggaan rakyat terhadap barangan Malaysia dan seterusnya mencapai perpaduan di

kalangan rakyat majmuk. Semangat patriotik dan nasionalisme penting bagi

membolehkan Malaysia lebih bersifat kompetitif di peringkat antarabangsa.

Dalam usaha menuju perpaduan, pendidik mesti memahami kandungan seni

visual dengan sebenar-benarnya. Pelajar perlu disedari kepentingan dalam memahami

serta wujud perasaan hormat budaya orang lain. Budaya Malaysia yang dibentuk

merupakan identiti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kesemua kaum melalui

transformasi soaial melalui aktiviti pendidikan seni. Feldman (1972) mencadangkan

pendekatan humanistik dalam pencapaian pengajian kognitif, pengajian Linguistik

Visual, Pengajian Media dan Pengajian Kritikan Seni. Tujuan kurikulum beliau adalah

meningkatkan kualiti individu dan mengenali individu yang lain. (dalam Iberahim

Hassan, 2000)

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

13

Page 14: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

Dalam melaksanakan kandungan kurikulum, pendidik merancang aktiviti seperti

pertandingan melukis poster selain bertujuan mencungkil potensi pelajar, slogan-slogan

seperti, “Bersatu padu kita teguh, bercerai berai kita runtuh.” , “Bagai aur dengan tebing,

saling penuh memenuhi”, “Tak kenal maka tak cinta”, “Perpaduan pemangkin kemajuan

negara”, Rakyat bersatu padu, negara gemilang” dan lain-lain telah digunakan sebagai

tajuk. Sebelum menentukan tema pertandingan, sesi perbincangan diadakan agar semua

pelajar benar-benar faham matlamat, tujuan, objektif dan kehendak tema yang berkaitan

dengan perpaduan. Pelajar diminta memberi pandangan bagaimana hendak

mengambarkan perasaan cinta kepada negara melalui seni visual. Aktiviti pertandingan

melukis poster dapat memupuk semangat perpaduan dan menyedari kepentingan

perpaduan di peringkat awal sebelum pelajar menunjukkan kemahiran melukis masing-

masing.

III. Aktiviti kumpulan

Al Huswitz, Michael Day dalam buku mereka yang berjudul Children and Their

Art methods for the Elementacy School dalam issues Multi-Cultural, hlm.:122-124 telah

menyarankan bahawa aktiviti kumpulan merupakan satu cara untuk mengeratkan lagi

hubungan antara pelajar yang berbilang kaum. Pelajar dapat bertukar-tukar fikiran,

pandangan dan pengalaman serta bercerita tentang budaya sendiri.

Apabila menjalankan aktiviti-aktiviti seni dalam kumpulan, guru hendaklah

memastikan pelajar yang mengambil bahagian terdiri daripada pelbagai kaum. Menurut

Ee Ah Meng (1988) dalam bukunya yang berjudul Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru

Pelatih mengatakan amalan seperti ini akan menjauhkan perasaan benci dan iri hati

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

14

Page 15: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

dikalangan pelajar berbilang kaum. Semasa menyiapkan sesuatu projek seni, semangat

kekitaan dan persefahaman dapat dipupuk dalam situasi yang mesra.

Kata Mumama: “Jiran dan rakan-rakan bersepakat ke arah kemasyarakatan akan

membawa kebajikan dan keberkatan.”

IV. Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pembelajaran yang digunakan oleh

guru bagi membantu meningkatkan hubungan dan kemahiran sosial pelajar di samping

mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pelajar akan bekerjasama dalam satu

kumpulan kecil, membantu satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu

atau kumpulan sebagai yang diminta oleh guru melalui perhubungan yang saling

bergantung secara positif, bertanggungjawab, interaksi bersemuka yang sihat dan

penglibatan yanga saksama.

Kaedah pembelajaran secara koperatif penting dalam pembentukan perpaduan

kaum dapat dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh William Ragan and C.

B. Stendler dalam penulisan mereka yang bertajuk The Social Dimension telah

mengatakan strategi pengajaran melalui koperatif dapat mengalakkan pelajar menetapkan

perancangan bersama, menetukan matlamat, membahagikan tanggungjawab dalam

melaksanakan segala aktiviti seni yang diminta. Secara tidak langsung, ia dapat

mengeratkan lagi persahabatan antara pelajar yang berbilang kaum.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

15

Page 16: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

V. Semasa Pengajaran dan pembelajaran

Dalam tugas melaksanakan isi kandungan yang telah dirancang, selain daripada

memberi ilmu pengetahuan, objektif pengajaran perlu sejajar dengan kehendak FPK yang

bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang maju dengan cara yang tersendiri. Maka,

sebagai seorang pendidik yang profesiohal, segala bimbingan dan bantuan yang diberi

kepada pelajar hendaklah menunjukkan keadilan dan kesaksamaan. Tindakan

diskriminasi perlu dielakkan agar pelajar merasa seronok dan selesa belajar. Dalam sesi

kritikan seni, selain melatih dalam penggunaan bahasa tampak, sifat rasional dan

mempunyai hati terbuka turut menyumbang dalam usaha memupuk semangat perpaduan

di kalangan pelajar. Sesi ini membolehkan pelajar bertukar-tukar pendapat dan memberi

pandangan yang membina. Pelajar juga mempelajari menerima pendapat dan kritikan dari

bangsa yang berlainan.

VI. Pengurusan bilik darjah

Penyusunan meja kerusi dalam bilik atau studio seni seharusnya dalam bentuk

kumpulan. Ia memudahkan pelajar berbincang dan menjalankan aktiviti kumpulan.

Penyusunan meja kerusi yang berasingan seolah-olah mengasingkan dan mengelakkan

setiap individu berinteraksi antara satu sama lain. Pengurusan bilik seni merupakan satu

aspek penting dalam memberi daya tarikan dan menjadi sumber ilham kepada pelajar.

Suasana bilik darjah yang ceria mencerminkan sikap tanggungjawab dan kerjasama

antara pelajar yang menuju ke arah perpaduan.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

16

Page 17: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

VII. Sejarah seni

Bidang Sejarah Seni yang ada dalam kandungan kurikulum pendidikan seni juga

memainkan peranan yang penting dalam membentuk sikap perpaduan. Menurut Md.

Nasir Iberahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan (2003) dalam buku mereka yang

berjudul Pendidikan Seni Daripada Sudut Sosial mengatakan wujudnya pelbagai

kontroversi dalam memperkenalkan ‘multikulturisme’, tetapi apa yang penting ialah

peranan guru sebagai pembudaya. Walaupun budaya orang Melayu lebih diutamakan

dalam kurikulum pendidikan seni tetapi guru seni perlu memperkenalkan budaya bangsa

lain kepada pelajar agar mereka memahami dan menghormati serta boleh berkomunikasi

dengan orang lain. Seni bersifat sejagat.

Kesimpulan

Dalam menangani masalah perpaduan antara kaum, jelaslah Kurikulum

Pendidikan Seni yang ada sekarang dapat memberi sumbangan yang mengalakkan

berdasarkan ciri-ciri pendidikan seni yang telah dinyatakan di atas. Tidak dapat dinafikan

bahawa pendidik merupakan agen yang penting sekali dalam usaha merancang

pengajaran dan pembelajaran yang menjurus ke arah perpaduan. Sebagai seorang

pendidik, ilmu kandungan kurikulum harus dikuasai dan dilaksanakan.

Perkembangan dunia kian semakin pesat. Bidang pendidikan perlu sentiasa

membuat “enviromental scanning” bagi mengenalpasti keperluan-keperluan negara

semasa. Sebagai contoh komplas sekolah wawasan pertama di USJ15 Subang Jaya

merupakan sekolah wawasan pertama bagi mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

17

Page 18: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

kita. Perluasan pelaksanaan konsep sekolah wawasan ke seluruh negara pada abad ke-21

akan dapat memastikan perpaduan kaum yang terdapat di negara terjamin.

Tanpa perpaduan nasional, wawasan 2020 akan menghadapi risiko yang berat dan

mungkin gagal. Jadi, tanamkan pada jiwa anak-anak muda kita dan tiupkan semangat

perpaduan nasional. Sesungguhpun, memupuk perpaduan adalah satu usaha yang begitu

komplaks yang boleh membangkitkan perasaan dan emosi. Namun dengan adanya

kefahaman, penjelasan, dan persetujuan semua pihak terhadap konsep, rasional dan

langkah-langkah tindakan yang dimajukan. “Satu Negara Satu Bangsa (Malaysia)” bukan

sesuatu impian yang mustahir.

Dato’ Onn Jaafar pernah berkata: “Saya ini pro Islam dan pro Melayu, tetapi tidak

membenci kepada bangsa-bangsa yang lain, kita harus ingat bahawa perpaduan nasional

harus diutamakan.”

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

18

Page 19: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

Biliografi

--------. (1998). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

--------. (2000). Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI.

Abd Rahim Abd Rashid. (2000). Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Abd Rahim Abd Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan: Menghadapi Perubahan dan Cabaran Alaf Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Abu Bakar Nordin Dan Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum.

Perak: Quantum Books. Abu Talib Putih (2001). Soal Pemikiran Dalam Pendidikan Seni: Asas Pertimbangan

Untuk Praktis Pengajaran Di Sekolah-sekolah dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Al Hurwitz, Michael Day. (1995). Children and their art: Methods for Elementary School. United States of America.

Alias Aliana. Dasar Kebudayaan Kebangsaan: Satu Persoalan. [On-line] file:///A/db08fokf.html

Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan Ke Arah Perpaduan: Sebuah Perspektif Sejarah. Selangor: Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. (1991). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih. Selangor: Fajar Bakti.

Ensiklopedia Dunia Melayu, 4. Kuala Lumpur: Piramid Perdanan Sdn. Bhd.

Freedman & Feenam d. Hernandez. (1998). Curriculum, Culture and Art Education Comparative Perspectives. State University of New York: Press Albary.

Haji Mohd. Shahir B. Haji Abdu. Perpaduan Kearah Pengukuhan Kepimpinan Ummah. [On-line] file:///A/perpaduan.html

Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan Dan Kenyataan dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim, UPSI.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

19

Page 20: Pengenalan - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewSistem pelajaran yang ada pada kita sekarang ialah satu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan

Jakob Sumardjo. (2000). Filsafat Seni. Bandung: ITB.

Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat. (2000). Wawasan Pemangkin Negara Maju. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise.

Kassim Ahmad. (1998). Esei-esei Politik. Selangor: Fajar Bakti. Malaysia, (1991). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 – 2000. Kuala

lumpur: Percetakan Negara. Malaysia, (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996 – 2000. Kuala lumpur:

Percetakan Negara.

Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Manshur B. Kiyai Masyhadi. (1993). Sumbangan Kami Terhadap Wawasan 2020. Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah.

Musa Hitam. (1986). Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Selangor: Pelanduk Publications.

Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rod Taylor. (1986). Educating For Art: Critical Response and Development. UK Limited England: Longman Group.

Shahril @ Charil Marzuki, Habib Mat Som, (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Siti Fatimah Abdul Rahman, penyunting (1993). Ke Arah Negara Maju Berdasarkan Sistem Nilai. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Syed Othman Alhabshi. (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. [On-line]

Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni Dan Pendidikan Insan Madani. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

20