tajuk projek : sistem pengumuman bersms · web viewsistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal...

9
Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin - Proposal - (G 69132) Tajuk Projek : Sis-Pantau PENGENALAN Internet merupakan medan rangkaian maklumat yang tiada sempadan yang menghubungkan pelbagai pihak di seluruh dunia. Pelbagai maklumat dapat dicapai melalui teknologi ini samada berunsurkan positif ataupun negatif. Ia bergantung kepada individu untuk melayari sesuatu yang baik atau sebaliknya. Sukar bagi individu ataupun sesebuah organisasi menghalang atau menyekat kecenderungan kakitangan atau pekerja. Masing-masing mempunyai kemahuan dan kehendak yang berbeza. Semakin maju sesuatu teknologi atau ciptaan manusia pasti ada keburukannya, termasuklah internet yang semakin hari kian berkembang pesat, memberi pelbagai kemudahan dalam kehidupan manusia tetapi juga membawa keburukan. Terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah ini, ia bergantung kepada bagaimana cara untuk mengatasinya samada cara itu berkesan atau tidak. * FTSM * - 1 -

Upload: others

Post on 15-Jan-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain dalam satu rangkaian. Ia berfungsi

Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)

Tajuk Projek : Sis-Pantau

PENGENALAN

Internet merupakan medan rangkaian maklumat yang tiada sempadan

yang menghubungkan pelbagai pihak di seluruh dunia. Pelbagai maklumat

dapat dicapai melalui teknologi ini samada berunsurkan positif ataupun

negatif. Ia bergantung kepada individu untuk melayari sesuatu yang baik atau

sebaliknya. Sukar bagi individu ataupun sesebuah organisasi menghalang atau

menyekat kecenderungan kakitangan atau pekerja. Masing-masing

mempunyai kemahuan dan kehendak yang berbeza. Semakin maju sesuatu

teknologi atau ciptaan manusia pasti ada keburukannya, termasuklah internet

yang semakin hari kian berkembang pesat, memberi pelbagai kemudahan

dalam kehidupan manusia tetapi juga membawa keburukan. Terdapat pelbagai

cara untuk menangani masalah ini, ia bergantung kepada bagaimana cara

untuk mengatasinya samada cara itu berkesan atau tidak.

* FTSM * - 1 -

Page 2: Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain dalam satu rangkaian. Ia berfungsi

Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)

TAKRIFAN MASALAH

Internet adalah satu teknologi yang membolehkan pengguna

mendapatkan maklumat dalam sekelip mata. Ia menjadi satu teknologi yang

amat berguna bagi sesebuah organisasi untuk terus beroperasi dan berdaya

saing. Organisasi yang sedar akan kepentingan teknologi ini tidak teragak-

agak untuk menggunakan atau menyediakan teknologi ini bagi tujuan

meningkatkan produktiviti organisasi. Dengan adanya kemudahan ini,

maklumat dapat dicapai dengan cepat, penghantaran data atau penerimaan

data yang pantas dan menjimatkan masa dan kos. Namun, ada diantara pekerja

yang sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan yang disediakan oleh

organisasi luar dari aktiviti organisasi. Contohnya melayari laman-laman web

yang tidak bermoral seperti laman web lucah, berbual melalui internet

(chatting), memuat turun fail yang tidak sepatutnya (download) dan bermain

permainan komputer (computer games) dalam waktu kerja. Mustahil bagi

sesebuah organisasi untuk memantau semua pekerja pada setiap masa melalui

pemerhatian secara biasa. Dalam situasi ini, satu alternatif yang membolehkan

aktiviti pekerja dapat dipantau akan dibangunkan dalam projek ini.

* FTSM * - 2 -

Page 3: Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain dalam satu rangkaian. Ia berfungsi

Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)

RANGKA PENYELESAIAN

Satu sistem yang berupaya memaparkan aktiviti semasa dan merekod

aktiviti yang telah dilakukan oleh pekerja dapat menyelesaikan masalah ini.

Sistem yang akan dibangunkan mempuyai ciri-ciri tersebut dan dipercayai

amat berguna bagi sesebuah organisasi. Pihak pentadbiran organisasi dapat

melihat aktiviti pekerja secara langsung dan dapat mengetahui aktiviti yang

telah dilakukan oleh pekerja. Pada bila-bila masa sahaja pihak pentadbiran

dapat memantau pekerja-pekerja mereka. Sistem yang akan dibangunkan ini

dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain

dalam satu rangkaian. Ia berfungsi memaparkan skrin komputer pekerja secara

langsung, merekod dan menyimpan aktiviti pekerja, menghalang sesuatu

alamat URL, menghantar sesuatu mesej dan mengawal komputer pekerja

melalui sesuatu arahan. Dengan wujudnya sistem ini, sesebuah organisasi

dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja merasakan diri mereka

sedang diperhati setiap masa. Pekerja akan menjadi lebih bertanggungjawab

dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menjalankan tugas

mereka tanpa gangguan perkara-perkara negatif.

* FTSM * - 3 -

Page 4: Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain dalam satu rangkaian. Ia berfungsi

Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)

RANCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM

Terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam

pembangunan sistem ini, antaranya ialah bahasa pengaturcaraan yang ingin

digunakan. Dalam perancangan awal, sistem yang akan dibangunkan adalah

dalam bentuk yang bersifat kendiri (stand-alone). Bahasa pengaturcaraan yang

sesuai dan dapat menghasilkan sistem yang bersifat kendiri adalah Visual

Basic Versi 6.0 (VB6.0). Sistem yang akan dibangunkan ini juga memerlukan

pengkalan data untuk menyimpan atau mencapai sesuatu data. Microsoft

Access akan digunakan sebagai pengkalan data untuk sistem ini kerana

memandangkan sistem ini hanya memerlukan ruang data yang kecil.

* FTSM * - 4 -

Page 5: Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain dalam satu rangkaian. Ia berfungsi

Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)

Dalam pembangunan sistem ini, proses yang digunakan ialah

berdasarkan pendekatan metodologi prototaip. Pendekatan ini bersesuaian

dengan situasi yang sedang berlaku memandangkan tempoh untuk

menyiapkan perisian ini adalah singkat. Pendekatan ini membolehkan sistem

yang akan dibangunkan dapat dibina dan diubahsuai dengan cepat.

Model Metodologi Prototaip

* FTSM * - 5 -

Identify user needs

Develop a prototype

Code the operational system

Test the operational system

Use the operational system

Prototype acceptable?

System acceptable?

No

No

Yes

Yes

Page 6: Tajuk Projek : Sistem Pengumuman berSMS · Web viewSistem yang akan dibangunkan ini dapat mengawal dan mengawasi atau memantau komputer-komputer lain dalam satu rangkaian. Ia berfungsi

Projek Akhir (TK 3086) Shahabul Azhar Shahabudin- Proposal - (G 69132)

Carta Gantt di bawah menerangkan mengenai perancangan

pembangunan projek yang menunjukkan perancangan perlaksanaan fasa

mengikut minggu :

Carta Gantt

* FTSM * - 6 -