abstrak - cikgu salsabila tang | seni itu indah · web viewmenurut ahmad mahdzan ayob...

105
KAJIAN KRAFTANGAN – ALAT MUZIK TRADISIONAL MASYARAKAT CINA ‘SHENG’ BAB I PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan 1.1.1. Bab ini telah menerangkan secara ringkas tentang seni kraftangan tradisional. Kraftangan adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat diseluruh dunia mempunyai budaya kraftangan yang diperturunkan kepada generasi baru. Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti ‘pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Salsabila Tang Abdullah Guru PSV SMKSR 1

Upload: truongnhi

Post on 13-Mar-2018

251 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

KAJIAN KRAFTANGAN – ALAT MUZIK TRADISIONAL MASYARAKAT

CINA ‘SHENG’

BAB I

PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

1.1.1. Bab ini telah menerangkan secara ringkas tentang seni kraftangan

tradisional. Kraftangan adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari

satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat

diseluruh dunia mempunyai budaya kraftangan yang diperturunkan kepada

generasi baru.

Kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti

kekuatan, keteguhan dan kecekapan. John Harvery menegaskan bahawa

kekuatan ini juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti

‘pengetahuan ialah kuasa . Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft

Today’ Poetry of the physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya

mewakili kesatuan antara spiritual dan pancaindera seorang insan. Ini

mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam kehidupan harian dan

pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping melahirkan

kraf tangan individu.1

1 Paul J. Smith(1995)Craft Today’Poetry of Physical’ m.s 11

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

1

Page 2: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Malaysia juga mempunyai sejarah kraftangan yang lama walaupun tidak

mempunyai rentetan yang jelas namun beberapa penemuan yang boleh

dikaitkan kepada budaya penemuan kraftangan tradisional yang boleh

dibanggakan. Contohnya, pada tahun 1954 satu ekspidisi yang diketuai

oleh Dr. G. de. G. Sieveking dari Muzium Kebangsaan Persekutuan telah

menemui beberapa peninggalan kraf orang zaman Neolitik di bukit kapur

Perlis dan Kelantan. Objek yang ditemui termasuk pisau batu , barangan

tembikar berkaki serta serpihan yang jarang ditemui dirantau ini.

(Beamish, 19:54.) Penemuan ini telah membuka mata masyarakat dunia

terhadap kesenian dan kraftangan tradisional tempatan.

Menurut William Hunt (1952:20) dalam bukunya “An Introduetion to The

Malayan Aboriginese” mengatakan bahawa budaya kraf dan seni di

Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu dari Gugusan

Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantanu Asia dengan

asimilasi budaya pribumi. Pendapat ini disokong oleh penemuan ahli

anthropologi Gustay Schenk (66:61) yang mengatakan bahawa sebahagian

kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar yang bersambung

dengan Austrlia dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua. Oleh

itu tidak hairanlah barang kraftangan agak serupa. Menurut Dato Sulaiman

Osman (20: 1994) sebagai negara berbilang kaum, kraftangan tradisi juga

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

2

Page 3: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

turut dipengaruhi oleh budaya kaum pendatang yang kaya bentuknya serta

bercampur gaul dengan budaya purba mereka.2

1.2. Latar Belakang Kajian

1.2.1. Masyarakat Cina merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini.

Peratusan masyarakat cina adalah sebanyak 35 peratus daripada jumlah

penduduk negara yang seramai 19.66 juta orang. Pada mulanya

kedatangan masyarakat Cina ke Tanah Melayu hanya sekadar untuk

mencari rezeki. Mereka akan pulang ke negara China setelah dapat

mengumpul wang yang banyak. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan,

secara automatik masyarakat Cina telah menjadi warga negara Malaysia

dengan sistem jus soli.3

Seni kraf masyarakat Cina terutamanya seni tembikar mempunyai sejarah

yang amat membanggakan. Alat-alat muzik tradisional juga merupakan

satu khazana bagi seni kraf dalam masyarakat Cina. Namun, seni muzik

juga tidak kurang pentingnya. Muzik klasik masyarakat Cina bermula di

istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama yang

dipercayai bermula pada tahun 2697 S. M. Maharaja Huang Ti telah

menghantar orang untuk mencari paip buluh yang boleh mengeluarkan

bunyi sama seperti bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan

muzik berharmoni dengan alam semesta. Sekarang masyarakat Cina kaya

2 Sumber dari Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam penulisannya yang bertajuk ‘ Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi’.3 Jasman Ahmad & Rosnah Ramli, (1997). Masyarakat Cina. KL.: Associated Educational Distributors.hal 1-3

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

3

Page 4: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

dengan pelbagai alat-alat muzik. Alat-alat muzik hua yue tuan4

diklasifikasi kepada 4 bahagian : (a) alat bertali yang digesek, (b) alat

bertali yang dipetik, (c) alat tiup dan (d) alat genderang.

Muzik harus berharmoni dengan alam sekitar dan ini dibincang dalam buku

Li Ji, bab Yue Ji yang menjelaskan bahawa muzik adalah hasil harmoni

langit dan bumi. Konfusius berpedapat yang sama, bahawa muzik teragung

adalah muzik yang harmoni dengan alam, dan melalui harmoni ini dapat

memulihkan keadaan dunia fizikal. Beliau meletakkan muzik pada

kedudukan yang tinggi yang dapat membantu membentuk manusia menjadi

teratur dan bermoral. Muzik dapat mempamerkan sifat manusia melalui

enam jenis emosi iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan,

ketaatan dan kecintaan. Melalui muzik, seseorang tidak mampu untuk

terus berpura-pura dan menipu.5

1.3. Pernyataan Masalah

1.3.1. Adalah menjadi fakta yang diterima ramai bahawa kesenian tradisional

yang mampu mengekalkan ketahanannya hingga ke zaman moden ini,

sudah mulai menderita kehilangan daya tahannya sejak awal abad ini. Alat

muzik tradisional masyarakat Cina – Sheng. Selain dapat menghasilkan

bunyi yang harmoni, ia juga merupakan satu barang kraf yang bernilai.

Bukan sahaja dari segi rupabentuknya tetapi juga falsafah, simbolik yang

4 Di negara China, orkestra moden dipanggil Minzu Yue Tuan membawa maksud orkestra nasional tetapi di Malaysia, ianya dipanggil hua yue tuan atau orkestra orang Cina.5 Lun Yu

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

4

Page 5: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

dibawa bersamanya. Barang kraf ini kian makin dilupai oleh masyarakat

Cina.

1.4. Tujuan Kajian

1.4.1. Tujuan am kajian ini untuk memperkenalkan alat-alat muzik tradisional

masyarakat Cina kepada masyarakat majmuk di Malaysia khususnya

generasi baru masyarakat Cina kerana alat muzik ini semakin dilupai.

Tujuan khusus kajian ini ialah membentangkan sejarah perkembangan alat

muzik tradisional – Sheng dan mengkaji secara mendalam dari segi

falsafah dan simbolik yang terdapat pada alat tersebut.

1.5. Kepentingan Kajian

1.5.1. Kajian ini merupakan satu usaha memperkenalkan alat-alat muzik6

tradisional Cina secara umum yang terdapat di Malaysia. Kajian ini

penting kerana alat-alat muzik ini bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang

merdu tetapi merupakan objek-objek seni yang harus dihargai. Penerokaan

ini juga akan memberi berbagai maklumat dan pengetahuan mengenai satu

aspek kebudayaan dan falsafah kaum Cina di Malaysia. Adalah

diharapkan bahawa kajian rintis ini akan menimbulkan minat dalam

penyelidikan yang lebih mendalam mengenai seni kraf dalam alat muzik

tradisional.

6 Alat-alat muzik Tradisional Cina telah dibawa ke Malaysia pada penghujung abad ke-19 dan awal ke-20 apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia. Tetapi pada dekad 60-an, alat-alat baru yang telah diubahsuai diimport dari China untuk kegunaan Hua Yue Tuan.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

5

Page 6: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

1.6. Batasan Kajian

1.6.1. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha

teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

dikemukakan tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah

dikenalpasti’ (1992:3)7 Oleh itu beberapa kaedah telah ditentukan untuk

mengumpul maklumat dan berusaha mencapai objektif penyelidikan.

Kajian ini hanya tumpu pada falsafah dan simbolik yang berkaitan dengan

alat muzik Sheng. Kaedah dapatan juga terhad kepada temubual bersama

peminat muzik tradisional, membuat lawatan ke Sekolah Menengah Pay

Fong di Bandaraya Bersejarah - Melaka, mengumpul maklumat dan

sumber kajian dari beberapa buah perpustakaan (Perpustakaan UPSI,

Perpustakaan USM, Perpustakaan Awam Negeri Melaka dan Perpustakaan

Cawangan Merlimau) serta melayar laman web.

Hasil dapatan telah dikemukakan dengan memperkenalkan jenis-jenis alat

muzik tradisional masyarakat Cina, sejarah perkembangan alat muzik

Sheng, Falsafah dan simbolisme yang tersurat dan tersirat.

1.7. Definisi Istilah

1.7.1. Kraf

7 Amir Hasan Dawi. (1999). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Perak.: Quantum Books. hal 94.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

6

Page 7: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa

maksud ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran

terutamanya menggunakan tangan’, manakala kraftangan pula membawa

makna ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan daya cipta dan

kemahiran menggunakan tangan’.8

Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu

melalui United Nation Conference on Trade and Commerce perkataan

kraf tangan didefinisi seperti berikut ( Handicraft is a manual skilled-

intensive product with or without use of tool, simple instruments or

implement operated indirectly by the craftmen).Ini memberikan satu

penghayatan tinggi terhadap keistimewaan kemahiran serta ketinggian

mutu seni yang membabitkan pandai tukang.

Seterusnya kraf tangan juga boleh bermaksud sebagai : … the creation of

original object through an artist disciplined manipulation of materials.

Collingwood pula memberi definisi yang lebih komprehensif berbunyi

seperti berikut: ( Craft always involves a distinction between mean and

end, planning and execution, raw material and artifacts, between form

and matter, every craft has a hierarchical character).

Menurut beliau, kraftangan berbeza dari seni visual kerana ia berkait rapat

diantara proses yang menentukan matlamat tukang dan juga diantara

8 Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1998, Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur. hal 711

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

7

Page 8: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

perancangan dan tindakan atau pembuatan, bahan dan produk, jisim dan

bentuk, disamping itu setiap kraftangan mempunyai keutamaan dari aspek

produk kraf yang digunakan bagi menghasilkan kraftangan yang baru.

beliau merumuskan bahawa pandai tukang telah menjangkakan apakah

jenis produk yang ingin dihasilkan sebelum mereka memulakan proses

pembuatannya.9

Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 7 ‘kraftangan’ merupakan seni

pertukangan tangan yang merangkumi beberapa jenis iaitu seni

pertukangan kayu, pertukangan perak, pertukangan besi, pertukangan

tembaga, seni tembikar dan beberapa jenis yang lain lagi termasuk barang-

barang yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan seperti buluh,

rotan, resam, tempurung kelapa dan sebagainya.10

Menurut Siti Zainun Ismail dalam bukunya Rekabentuk Kraftangan

Melayu Tradisi, Bab 1 mengatakan ‘Kraftangan’ dimaksudkan sebagai

hasil seni berperanan untuk kegunaan.11

1.7.2. Tradisi

Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3. Perkataan ‘tradisi’ membawa

makna sesuatu kebiasaan (Adat, kepercayaan dll) yang kekal turun

9 Sumber dari Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam penulisannya yang bertajuk ‘ Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi’.

10 Ensikopedia Malaysiana. Jilid 7. (1996). K.L : Anzagain Sdn. Bhd. hal. 252-254.11 Siti Zainun Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur.: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 4

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

8

Page 9: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah sebati dengan

sesuatu masyarakat ( golongan, kumpulan dsb).12

Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 13 pula menyarankan bahawa

‘tradisi’ bermaksud adat sosial yang diperuntukkan daripada satu generasi

ke satu generasi yang lain melalui proses sosialisasi. Tradisi juga

menentukan nilai dan moral masyarakat tersebut, iaitu peraturan-peraturan

yang betul dan yang salah, dipuji dan disanjung, dikeji dan dibenci oleh

masyarakat.

Konsep tradisi juga meliputi worldview atau pandangan dunia yang

meliputi kepercayaan mengenai persoalan hidup dan mata, kejadian alam

dan makhluknya.

Konsep tradisi ini berkait rapat dengan sistem kepercayaan, nilai dan cara

berfikir sesuatu masyarakat. Orang Melayu misalnya mempunyai tradisi

agama, nilai, ekonomi dan politik yang tersendiri.

Kebanyakan cara dan gaya hidup mereka masih lagi mengikut tradisi.

Orang Melayu walaupun sudah biasa makan nasi dengan sudu akan lebih

selesa apabila makan menggunakan tangan. Mereka lebih senang hidup

berkelompok dan bermasyarakat daripada hidup bersendirian.13

12 Kamus Dewan (1998) Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 146913 Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 13 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 147

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

9

Page 10: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

1.7.3. Muzik

Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3 : 914. Muzik membawa makna

‘Gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan

menyenangkan’

1.7.4. Masyarakat

Menurut Kamus Dewan (1998) Edisi 3 : 865. Perkataan masyarakat

membawa maksud ‘Kumpulan manusia yang hidup bersama di satu

tempat dengan aturan dan cara tertentu.’

Menurut Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8, mencatatkan bahawa perkataan

‘Masyarakat’ merupakan satu konsep yang masih kurang jelas maknanya

di dalam antropologi. Bagi Beattie (1964) masyarakat adalah satu konsep

yang abstrak, bukan sesuatu yang jitu atau yang dapat dilihat. Konsep

masyarakat sama dengan sistem sosial dan struktur sosial.14 (Maklumat

lanjut sila rujuk lampiran 1)

1.7.5. China

14 Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 8 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 268

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

10

Page 11: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Menurut Ensiklopedia Malaysiana Jilid 8, menerangkan bahawa perkataan

‘China’ ialah negara terbesar di timur Benua Asia. keluasannya 9,572,678

km persegi. Orang Cina menyebut negaranya , Chung-kuo yang bererti’

Negara Pusat’ kerana mereka menggangap negaranya pusat geografi dunia

dan pusat peradaban.15

1.7.6. Sheng

Menurut Glosari Seni Muzik, Dewan Bahasa dan Pustaka (1996 : 157),

Sheng merupakan organ mulut yang ditiup diperbuat daripada buluh.

15 Ensiklopedia Malaysiana, Jilid 8 (1996). K.L.: Anzagain Sdn. Bhd. hal. 278-279

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

11

Page 12: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1. Pengenalan

2.1.1. Bab ini memberi penekanan kepada tinjauan kajian lalu yang telah dibuat

oleh beberapa orang penyelidik di dalam dan di luar negara. Aspek ini

penting sebagai rujukan asas untuk mengumpul dan menambah maklumat

tentang kajian ini.

2.1.2. Henry Doktorski telah mengadakan satu kajian ke atas ‘Asian Free-Reed

Instruments’, dalam kajian ini telah mencatatkan perkembangan alat

muzik Sheng secara terperinci namum tidak dapat sebarang maklumat

tentang cara menghasilkan alat tersebut. (Sumber dari

http://www.trfn.org//free-reed/history/sheng.html)

2.1.3. Tony Beamish dalam kajiannya “The Art of Malaysia,” secara sinis

menggambarkan bahawa seni kraf tangan di Malaysia pada mulanya

dibuat oleh orang asli dengan menggunakan buluh sebagai bahan. Merujuk

kepada kajian Iskandar Carey bekas pengarah Hal ewal orang asli Malaya

mengesahkan bahawa orang asli sebagai mesyarakat peribumi di Tanah

Melayu terkenal dengan "Budaya Buluh” mereka. Menurutnya lagi: “From

this remarkble plant they fashion not only their tools,weapon dweling and

rafits but also domestic utensils, cooking and drinking pot and

ornament”.16

16 sedang cari

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

12

Page 13: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

2.1.4. Kajian ke atas jenis-jenis buluh telah dijalankan oleh Mohd. Nor Ismail

dan Mohd Arifin Muda yang dipaparkan melalui Bulan Melayu ms. 5

telah menerangkan buluh (famili Gramineae), adalah sejenis tumbuhan

yang batangnya keras, berongga dan beruas, terdapat di kawasan panas

dan lembab. Buluh digunakan hampir di seluruh Asia Tenggara. Terdapat

beberapa jenis buluh yang biasa digunakan antaranya Buluh Kasap

(Bambusa Vulgaris Schrad), Buluh Perindu (Bumbusa Magica Ridl),

buluh Semilang (Gigantochioa Levis Merr), buluh Lemang

(Schizostachyum Zollingeri Stend), buluh Padi (Schizostachyum

Aciculave Gamble) dan buluh Betung (Dendro Calamus Asper Baker).

(Maklumat tambahan – sila rujuk lampiran 2)

Dalam masyarakat Cina, buluh Cina (Bambusa glaucescens sieb) biasa

ditanam di halaman rumah sebagai pagar. Buluh ini kecil batangnya tetapi

rimbun. Untuk mendapatkan bentuk pertumbuhan yang rimbun, buluh ini

hendaklah kerap dicantas. Dalam perubatan tradisional Melayu, pucuk

rebung ini digunakan untuk mengugurkan kandungan: pucuk rebung

dicampurkan dengan seratus biji lada putih, kemudian direndam di dalam

air panas dan airnya diminum selama tiga pagi.

2.1.5. RARE LUCK IT IS INDEED

TO BE BORN IN HUMAN FORM.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

13

Page 14: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

AS SUPPLE BAMBOO GROWS.

STRAIGHT IS THE ROAD

THAT ALL SHOULD FOLLOW.

Begitulah mukadima yang digunakan oleh Maggle Oster dalam kajian

beliau tentang sifat buluh. Buluh dikatakan mempunyai 1400 kegunaan.

Menurut beliau buluh mempunyai sifat yang fleksibel, ia boleh bengkuk

ke tahap yang maksimum tetapi tidak patah. Kelenturan ini merupakan

satu keistimewaan bagi tumbuhan ini. Orang Jepun memanggil buluh

sebagai ‘take’. Terdapat lebih daripada 100 genus dan lebih 1000 spesis

buluh. Buluh berbunga apabila mencapai umur 30 tahun. Walaupun

mengalami cuaca atau iklim yang berlainan, buluh yang sama spesis akan

berbunga pada masa yang serentak. Sesetengah masyarakat percaya

semasa buluh berbunga, sesuatu bencana atau keburukan akan berlaku.

Sifat buluh yang jelas ialah pada batangnya yang keras dan tegak,

panjangnya boleh mencapai daripada 45cm hingga 30m. Diameter batang

buluh tetap sama walaupun mencapai ketinggian yang maksimum. Batang

buluh biasanya berwarna hijau, kuning dan coklat. Batang bulah

bersegmen dan mempunyai buku dan ruas. Fungsi ‘buku’ ialah memberi

kekuatan kepada buluh. Batang buluh terdiri daripada fiber sellulosa dan

mengandungi lignin dan silika.17

2.1.6. Dalam kertas kerja Zubir Ali, Timbalan Pengarah Pusat Kebudayaan, UM

yang bertajuk Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Perspektif Islam

17 Maggle Oster. (1995). Bamboo Baskets. USA. : Viking Studio Book. Hal.37 - 46

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

14

Page 15: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

telah menyatakan bahawa dalam masyarakat Melayu muzik diamalkan

untuk perbagai keperluan, namun ia perlu disesuaikan dengan Islam yang

menjadi agama rasmi orang Melayu. Pada dasarnya tidak terdapat

larangan agama terhadap muzik kerana pada zaman baginda Rasulullah

s.a.w muzik digunakan untuk menyalurkan rasa gembira dan kesedihan

manusia, tetapi wujud larangan terhadap alat tiupan buluh seperti seruling

kerana terselindung di sebaliknya unsur yang boleh menaikan semangat

pendengar. Menurut catatan beliau alat tiupan merupakan alat sensitif

kerana ia mempengaruhi psikologi pemain dan pendengar. Bila kita

mendengar tiupan seruling yang mengandungi ‘rasa’, bulu roma kita

menegak dan suatu nikmat dalaman terasa di dalam diri. Ungkapan

“seruling syaitan” selalu digunakan untuk pengharaman alat muzik tiupan

ini.

Rasulullah bersabda:

“Aku diutus untuk mrnghancurkan seruling-seluling”

(Hadis riwayat Ibnu Ghailan al-Bazzaz dari Ali bin Abi Talib.)

Tetapi An-Nablusi berpendapat haramnya seni hiburan muzik dan

nyanyian itu tidak pada ‘ainnya tetapi kemaksiatan yang menumpanginya.

An-Nablusi juga menegaskan bahawa hukum muzik adalah halal samada

menyaksikannya mendengarnya atau belajar tentangnya jika bersih

daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan agama.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

15

Page 16: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Maka kesimpulannya alat tiupan seperti seruling tidaklah terlarang

pengunaannya untuk hiburan yang mendatangkan kebaikan dan

menyanjung kebenaran.18

2.1.7. Sekumpulan penyelidik iaitu Laliman Ahmad, Saroya Mansor, Ayob

Ibrahim, Zahana Bidin, Mohd. Anis, Md. Nor, Sharif Kailani, Mohd. Nasir

Hashim dan Alexander Anak Wong telah menjalankan kajian ke atas

Engkerurai (sejenis alat muzik tradisional masyarakat Iban, sarawak).

Dalam kajian ini telah menerangkan fungsi dan cara membuat alat

tersebut. Didapati rupabentuk Engkerurai ini sama seperti Sheng pada

zaman Dinasti Chao (Sheng mula-mula wujud). Selain daripada

persamaan penggunaan bahan untuk menghasilkan alat muzik, pandai

tukang juga menyusun buluh dalam bentuk bulatan cuma bilangan buluh

dan panjang pendek setiap buluh tidak sama.19

2.2. Rumusan

2.2.1. Kajian lalu mengenai alat muzik tradisional Cina – Sheng amatlah terhad,

tinjauan kajian terperinci mungkin boleh diperolehi sekiranya dapat

mengunjungi ke Negeri China. Maklumat yang terdapat dari internet

biasanya lebih kepada kajian jenis-jenis alat muzik tradisional masyarakat

Cina secara umum. Namun begitu, kajian lalu yang berkait dengan buluh

telah banyak dikaji oleh penyelidik-penyelidik yang terkemuka.18 Zubir Ali.. (2000). Alat Muzik Tradisional ; Daya dan Bunyi.Kuala Lumpur.: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. hal 112 - 11319 Alexander Anak Wong & Soraya Mansor, ( 1995 ). Engkerrurai: Alat Muzik Masyarakat Iban, Sarawak. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. hal. 1 - 3

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

16

Page 17: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

17

Page 18: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

3.1. Pengenalan

3.1.1. Secara khususnya, bab ini mencakupi langkah-langkah yang perlu

dilakukan oleh penyelidik tentang kaedah kajian yang dipilih. Kaedah

penyelidikan pendidikan merujuk kepada bagaimana kita mendapatkan

maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan pendidikan. Kita

menggunakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat

yang berguna dengan kos yang minimum.

3.1.2. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang dijalankan dalam bentuk

tinjauan. Penyelidikan ini telah menggunakan beberapa kaedah yang

bersesuaian untuk mengumpul maklumat yang terperinci.

3.1.3. Penyelidik telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu penyelidik sejarah,

temu bual dan lawatan dengan bertujuan untuk mencapai objektif kajian.

3.1.4. Penyelidik pendidikan ini telah dijalankan sepanjang 2 semester iaitu

bermula dari bulan Jun 2001 hingga Feb 2002.

3. 2. Rekabentuk Kajian

3.2.1. Penyelidikan sejarah

Kajian ini telah menggunakan kaedah penyelidikan sejarah untuk

memberi kefahaman tentang asal usul alat muzik tradisional masyarakat

Cina - Sheng yang berkait rapat dengan seni kraf tangan. Maklumat

dikumpul melalui tinjauan kajian lepas dari beberapa buah perpustakaan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

18

Page 19: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

dan bahan dari internet. Bukti dan fakta secara sistematik dan objektif

dititik berat dalam kaedah ini.

3.2.2. Kaedah temu bual

Beberapa orang yang arif tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina

telah ditemu bual untuk mendapatkan pandangan serta maklumat yang

bernas.

3.2.3. Kaedah lawatan

Penelidik telah melawat ke beberapa lokasi seperti muzium, sekolah dan

galeri kraf tangan untuk mendapatkan maklumat mengenai alat muzik

tradisional Cina.

BAB IV

DAPATAN

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

19

Page 20: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

4.1. Pengenalan

4.1.1. Bab ini memperihalkan data-data yang telah diproses untuk membuat

penerangan tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina secara umum

dan penerangan terperinci tentang alat muzik tradisional masyarakat Cina

– Sheng secara khusus.

4.1.2. Muzik merupakan salah satu aspek kesenian yang paling penting dalam

Tamadun China. Konfusius menyatakan bahawa muzik adalah penting,

walaupun tidak menyatakan prinsip-prinsipnya seperti asal usulnya dan

hubungannya dengan kehidupan manusia. ‘Now music is the expression of

joy. This is something which human feelings make unavoidable. For man

cannot be without joy. And when there is joy, it must be expressed in

sound and given embodiment through movement and repose.20

Asal usul muzik Cina boleh dikesan sejak Zaman Klasik lagi. Kira-kira

3000 tahun yang lalu iaitu semasa orang Eropah cuba mencari ketenangan

dalam hidup, di Cina telah bermulanya teori muzik dan peralatan canggih

muzik. Buku pertama mengenai teori muzik Cina muncul pada abad 4 S.M

iaitu Kuan Tzu atau Book of Master Kuan.21 Semasa kemunculan Dinasti

Han, Maharaja Han Wu Ti (140- 87 s.m) telah menubuhkan Imperial

Ofice of Music yang bertindak mengumpul dan mengedit lagu-lagu rakyat.

Ia juga bertindak sebagai badan yang membuat lagu untuk tentera,

20 Fun Yu-Lan, A Short of Chinese Philosophy, The Free Press, New York, 1966, hal 341-221 Fredic M. Kaplan, Jilian M. Sobin dan Stephen Andros (eds), Encyclopedia of China Today, The Macmilan Press Ltd, London and Basingstoke, 1979, hal.264

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

20

Page 21: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

mengadaptasi gaya musuh asing dari budaya yang berjiran dengannya dan

mengumpul lagu-lagu tempatan.22

Sementara itu dengan adanya hubungan perdagangan dengan Asia

Tengah, muzik-muzik asing mula datang ke Cina seperti pipa (Kecapi)

dan Hu Ching (sejenis violin), Dengan adanya pengaruh dari kebudayaan

asing maka pengubah lagu dapat membaiki lagu mereka dan memajukan

muzik Cina. Semasa pemerintah Maharaja Hsuan Tsung (713-55) daripada

Dinasti Tang, pihak istana menganjurkan Pear Garden Academy yang

dapat menghasilkan ramai ahli muzik, dan ini telah membantu

menegakkan asas bagi muzik Cina.

Pada zaman imperial terdapat dua jenis muzik iaitu muzik rakyat dan

muzik golongan atasan. Muzik rakyat wujud dengan sendirinya apabila

golongan petani ingin hiburan secara beramai-ramai. Salah satu suasana

yang mewujudkan muzik rakyat ialah semasa menanam padi atau menuai

padi. Semasa zaman Dinasti Tang, muzik rakyat dinaugani oleh

pemerintah. Manakala muzik golongan atasan dicipta oleh golongan

cerdik pandai dan kadangkala diambil dari muzik rakyat.

Di peringkat muzik atasan ini terdapatnya muzik istiadat atau ya-yuah. Ia

merupakan muzik kepunyaan golongan elit. Ia banyak dipengaruhi oleh

konfesius, yang mana muzik menunjukkan dan menajamkan pendidikan

22 Ibid., hal. 264

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

21

Page 22: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

moral dan pencapaian semangat dalam masyarakat. Muzik ini lenyap

selepas tahun 1911.23

Pada abab ke 20, muzik barat mula mendapat tempat dalam budaya Cina.

Namun demikian muzik barat pernah diperkenalkan oleh kumpulan Jesuit

pada lewat abad ke-16 tetapi tidak memberi kesan yang

memberangsangkan. Manakala pada abad ke-19 hingga ke-20 dengan

adanya hubungan yang lebih rapat dengan Barat, orang cina mula

menerima dan menikmati muzik Barat.

4.2. Sejarah alat muzik masyarakat Cina

4.2.1. Alat muzik masyarakat Cina wujud pada abad 551 s.m., Dinasti Zhou

( 1111-222 S.M ) (Rujuk lampiran 3). Beberapa abad dahulu sebelum

muzik Eropah wujud, alat instrument yang sofiticated berserta dengan

teori muzik telah wujud di negara Cina. Muzik yang dimainkan adalah

dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli falsafah, orang-orang

keagamaan.

Aktiviti muzik yang agak terhad kepada masyarakat Cina di Malaysia

yang paling penting adalah Opera Cina dan Orkestra Cina atau Hua Yue

Tua. Alat muzik biasanya di import dari negeri china, tetapi skor muzik

sering diubah oleh pemuzik tempatan. Terdapat juga komposer tempatan

yang mencipta lagu klasik yang original, walaupun skor dan gubahan dari

23 Ibid., hal. 264

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

22

Page 23: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

negeri Cina juga sering digunakan. Kebanyakan aktiviti muzik Cina

berlaku di bawah naungan tempatan berhala, pelbagai persatuan kaum

Cina dan sekolah Rendah dan Menengah Jenis Jenis Kebangsaan Cina.

Menurut pendapat dari jurulatih Sekolah Menengah Pay Fong, Orkestra

Cina Moden / Hua Yue Tuan muncul di kalangan masyarakat Cina di

Malaysia hanya pada dekad 60-an, akibat beberapa ahli muzik tempatan

yang telah melanjutkan pelajaran mereka ke Hong Kong dan juga

kepopularan muzik orkestra Cina moden melalui rekod-rekod yang

terdapat di Malaysia. Kini, ia wujud di seluruh Malaysia terutamanya di

bandar-bandar besar di mana terdapat ramai bilangan kaum Cina seperti

Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor Bahru dan

Kuching. Saiz Hua Yue Tuan adalah berbeza dari 12 hingga 50 orang ahli

atau lebih. Umur pemain muzik antara 14 – 35 tahun. Dalam setahun , hua

Yue Tuan ini menyampaiakan sekurang-kurangnya satu persembahan.

Selaian daripada menghiburkan pendengar-pendengar yang datang,

persembahan ini selalu digunakan untuk mengutip wang dan derma bagi

persatuan masing-masing atau kebajikan masyarakat secara umum.( Foto)

Susunan orkestra lebih besar daripada ensemble wilayah, mengikut format

duduk okestra barat, dan menggunakan konduktor dan skor muzik. Seperti

dalam orkestra barat, pemain alat bertali yang digesek dalam okestra Cina

ditempatkan di sebelah kiri konduktor sedangkan pemain alat bertali bes di

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

23

Page 24: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

sebelah kanan. Alat tiup pula ditempatkan di hadapan konduktor dan alat

gendang di belakang pentas. (Rujuk lampiran 4)

Lagu Cina biasanya digubah mengikut skel pentatonik. Sistem notasi yang

biasa digunakan di Malaysia adalah sistem notasi nombor. Di bawah

sistem ini digit 1 hingga 7 digunakan untuk mewakili not ‘do re mi fa so

la ti’. Oktaf bawah ditandakan dengan satu titik yang ditulis di bawah

digit dan oktaf atas ditandakan dengan satu titik di atas pula. Tanda nada

selalunya disebutkan di bahagian permulaan skor sebagai C, D dan

seterunya melambangkan not ‘ do atau ‘ l ‘ bersamaan dengan C besar

atau c besar dan seterunya. Not rehat (rest) pula ditandakan pula dengan

digit “O” .

Dari segi rentak pula, sesuatu digit jika ditulis begitu sahaja

melambangkan satu krocet. Kuaver ditandakan dengan satu garis

horizontal yang ditulis di bawah digit manakala semi kuaver pula

dilambangkan oleh dua garis horizontal. Not bertitik pula dilambangkan

secara menggunakan sebuah titik selepas digit berkenaan . contoh :

bandingan transkrip notasi konvensional .

4.3. Alat – alat muzik tradisional Cina

4.3.1. Alat-alat muzik tradisional muzik Cina datang dari empat kumpulan alat

muzik yang utama: alat tali berpetik, alat tali bergesek, alat tiup kayu dan

alat perkussi. Muzik Cina tidak menggunakan bras .

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

24

Page 25: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

4.3.2. Alat Tali Berpetik

Pipa

Sejenis lute. Pada asalnya digunakan sebagai muzik solo tetapi kini

merupakan alat tali berpetik yang digunakan dalam bilangan yang paling

banyak dalam okestra Cina disebabkan bunyinya yang agak lembut.

Kualiti tonnya adalah menyerupai gitar klasik barat- Sepanyol. Sejarah

pipa telah merentasi lebih dari 2000 tahun iaitu bermula dari dinasti Han

hingga ke dinasti Tang. Rekabentuk pipa mempunyai leher yang pendek

dan bahagian bawah dibuat daripada kayu. terdapat 19 hingga 26 batang

buluh kecil di bahagian leher yang dipanggil ‘xiang’. Xiang boleh

diperbuat daripada kayu, jed dan gading gajah. Ianya mempunyai 4 tali

yang ditalakan kepada not A, D, E dan A. pipa dimainkan dengan

meletaknya di atas riba secara menengak. Biasanya pemain akan memakai

jaring pasu untuk membolehkan pemain muzik bebas memetik dengan

pelbagai teknik dalam persembahan. Liu Yue Qin pula merupakan pipa

kecil dengan talaan G , D, G dan D.

Yue Qin

Merupakan gitar Cina. Dua alat lain yang serupa tetapi berbeza sedikit dari

segi dimensi adalah Da Ruan dan Chong Ruan Ruan juga dikenali sebagai

gitar bulan. Ia terdiri daripada berbagai saiz dan pitch yang berbeza Ia

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

25

Page 26: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

terdiri dari 4 tali dan fret. Kotak bunyi dibuat daripada kayu. Satu jenis

alat muzik yang sama dalam golongan Qin ialah Guqin. Guqin adalah satu

alat tradisional Cina yang paling disanjung dan dianggap suci oleh

masyarakat Cina. Serpihan alat muzik ini telah dijumpai dalam kubur lama

(500 – 200 S.M) . Di bahagian atas Guqin diperbuat daripada papan kayu

pine, bahagian bawah guqin pula diperbuat daripada kayu keras seperti

catalpa. Terdapat 13 titik kecil yang dipanggil ‘hui’ berfungsi sebagai

tanda kedudukan not muzik. Guqin mempunyai tujuh tali pemetik yang

berlainan ketebalan. Ia mampu menghasilkan bunyi alam yang harmoni.

Qin yang ada pada zaman sekarang berasal daripada Dinasti Tang (618 –

907 M).

Zheng

Zheng ialah alat muzik tradisional Cina yang lama. Buluh digunakan

untuk membuat alat instrument kecil yang ada pada Zheng ini. Zheng

amat popular pada Zaman Neferi-Negeri Berperang dan Dinasti Qin (221-

206 S.M). Zheng mempunyai permukaan yang lengkuk, panjang dan

berbentuk trapezium. Sebanyak 13 – 21 tali sutera digunakan untuk

menghasilkan bunyi yang harmoni. Pemain muzik memakai 3 – 4 jari pasu

untuk memetik tali Zheng untuk mendapatkan kesan bunyi yang baik.

Yang Qin

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

26

Page 27: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Alat muzik ini wujud pada zaman Dinasti Ming (1368-1644 M). Ia boleh

didapati dalam berbagai saiz. Dua batang buluh kecil bersaiz seperti

chopstick digunakan untuk memukul alat muzik ini. Alat ini dapat

menghasilkan bunyi yang lembut pada nada yang tinggi dan bunyi yang

kuat serta padat pada nada rendah. Alat ini mempunyai 5 nada bunyi dan

dikatakan alat muzik baru mengikut berbanding dengan alat-alat muzik

tradisional Cina yang lain. Yang Qing merupakan satu-satunya alat

perkussi berpitch yang digunakan . Ianya seperti Dulcimer atau Simbalom

barat dan dimainkan menggunakan pemukul khas. Ia dimainkan secara

solo. Dalam okestra Cina dua buah Yang Qin digunakan . Ditempatkan

ditengah okestra.

4.3.3. Alat Tali bergesek

Er Hu

Violin Cina pada asalnya merupakan alat muzik solo. Er Hu yang pertama

wujud pada 1104 dalam Dinasti Song Er hu memainkan peranan yang

serupa dengan violin dengan okestra barat tetapi kualiti tonnya jauh lebih

lembut dan manis (mellow) daripada violin barat. Er Hu berbadan kecil

tetapi berleher panjang. Ianya mempunyai dua tali sahaja yang dimainkan

menggunakan bow. Pan Hu dan Gao Hu adalah serupa dengan Er Hu

tetapi ditalakan pada pitch lebih tinggi. Alat yang lain dalam famili alat ini

termasuk Zhong Hu, Ge Hu dan Bei Ba Ge Hu (Rujuk lampiran 5) yang

boleh dibandingkan dengan biola, cello dan double bass barat. Di

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

27

Page 28: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Malaysia Gao Hu dan Bai Be Gao Hu biasanya digantikan dengan cello

dan double bass. Ini disebabkan alat Cina yang asal yang badannya

diperbuat daripada kulit ular tidak tahan kelembapan udara dinegara kita.

Kulit ular tersebut selalunya mengembang akibat meresap wap air di udara

dan menjadikan talaan alat itu tidak tepat. Bagi alat yang lebih kecil

masalah ini tidak wujud.

Gendang Cina

Terdiri daripada gendang bass yang besar dan set gendang kecil, yang

boleh sampai 13 buah dari yang kecil kepada yang besar. Gendang bass

mempunyai ton rendah yang kuat. Set gendang yang biasanya dipasang

pada pemegang gendang, dua per dua, ditalakan mengikut pitch menurun.

Tonnya bergema dan kuat. Alat perkussi jenis idiofon yang digunakan

pula termasuk simbal Cina yang berpasangan dan jauh dengan bunyi lebih

pendek dan tajam dari pasangan simbal barat. Dau set simbal Cina biasnya

digunakan , kecil dan besar. Simbal besar mempunyai bibir simbal yang

terlipat ke atas. Selain daripada simbal, tam-tam (gong tidak berbonggol)

memainkan peranan penting dalam okestra cina. Ia mungkin digunakan

secara berasingan atau dalam set 13 buah tam-tam berlainan saiz yang

dipasang pada pemegang khas. Blok kayu berbentuk kepala ikan dan blok

kayu berbentuk T, digelar tik tok juga biasa digunakan. Tambarin

kadangkala digunakan juga. Alat perkussi tidak berpitch ini biasnaya

memainkan peranan meninggikan kesedaran rentak lagu yang dimainkan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

28

Page 29: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

dan tidak biasanya memainkan corak yang terlalu kompleks atau

independen.

4.3.4. Alat Tiup kayu

Di

Di atau flut Cina merupakan kumpulan alat tiup kayu yang paling besar.

Ianya merupakan flut melintang yang diperbuat daripada tiub buluh yang

ditebuk lubang. Terdapat dua saiz dalam alat tiup kayu ini iaitu pendek

dan sederhana panjang. Bunyinya nyaring dan tinggi, Alat tiup kayu lain

yang penting adalah sonar, sejenis alat yang menyerupai oboe barat,

dengan bunyi yang lebih tajam dan nyaring. Sonar juga berbeza daripada

obei barat kerana ia mempunyai “loceng” seperti trompet pada

penghujung dari mana bunyinya keluar. Dua saiz sonar juga digunakan

iaitu alto dan soprano.

Sheng

Sheng wujud pada abad 551 s.m Dinasti Zhou (1111- 222 s.m). Orang

Cina percaya bahawa Sheng dicipta oleh seorang dewa maharaja wanita

mitos yang dipanggil Nyn-Kwa24 pada 3000 tahun dahulu. Beberapa abad

dahulu, sebelum muzik Eropah wujud , alat instrument yang sophiscated

berserta dengan teori muzik telah wujud di negeri Cina, muzik-muzik

yang dimainkan adalah dalam bentuk ritual untuk orang-orang atasan, ahli

24 Anak perempuan ketiga Tuhan Langgit dalam cerita mitos. Nyn – Kwa terkenal kerana telah menyelamatkan langgit yang bocor dan membina manusia di bumi ini dengan menggunakan picitan tanah.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

29

Page 30: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

falsafah dan ketua keagamaan. Sheng dicipta apabila alat-alat instrument

yang sophiscated melanda pada dunia muzik ketika itu . Menurut catatan

dalam ‘oracle bones’ pada zaman Yin (abad 11-12 s.m) nama Sheng pada

masa itu ialah Ho dicatat juga dalam buku Shih Ching Book of Orders25

mengakui bahawa ia digunakan oleh orang biasa. Confucius (551-479 s.m)

dipercayai pernah bermain alat instrument ini

Sheng terdiri daripada satu ruang angin yang diperbuat daripada logam

dengan pemipitnya yang pendek dan 17 paip atau tiub buluh yang

dimasukkan ke dalam ruang angin ini sebagai satu bulatan . Setiap tiub

buluh ditambahkan dengan tiub tembaga untuk mengeluarkan gema.

Setiap tiup dipasangkan dengan satu pelidah bebas atau rid bebas. Diatas

setiap pelidah bebas terdapat sebuah lubang jari yang harus ditutup supaya

berbunyi. Bunyi dikeluarkan apabila pemain26 menutup lubang jari dan

meniup atau menyedut angin melalui pemipit. Bunyi alat ini serupa organ.

Oleh kerana not yang sama boleh dibunyikan bila paip ditiup atau disedut,

alat ini boleh bermain melodi atau kod yang dipanjangkan .

4.4. Perkembangan alat muzik Sheng

4.4.1. Evolusi akkordian telah bermula beribu tahun dahulu pada zaman pra

sejarah lagi. Kemungkinan akkordian yang paling tua dibuat daripada 25 Shih Ching (Book of Order) merupakan antologi puisi yang mengandungio 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang disusun sezaman dengan konfusius. Puisi ini sering digunakan dalam pertemuan rasmi dimana raja dan diplomat menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi keadaan sebenar atau menyatakan maksud sebenar.26 Tan Sooi Beng, 1997 Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, rakayat dan simkritik. Ms 379

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

30

Page 31: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

buluh halus yang dipanggil ‘ naw’. Alat ini masih dimainkan oleh kaum

yang tinggal di kawasan pergunungan di selatan Cina dan di utara Asia

Tenggara. Alat ini mempunyai lima paip yang disusun dalam keadaan

membulat dan sekumpulan Bahagian hujung terbuka kelihatan rata dan

bahagian bawah ialah ruang udara (wind chamber) yang membolehkan

pemain menghasilkan bunyi dengan secara perlahan menutup hujung paip

tersebut dengan tangan kanan. Teknik bermain alat muzik ini agak sukar,

ianya menghasilkan bunyi kuat. Alat ini dimainkan secara tradisional,

dimana ia dimainkan oleh pasangan yang belum kahwin

The lutes are struck, the organ blows

Till all its tongues in movement heave

The drums loud sound, the organ swells

Their flutes the dancers wave

Sheng bermakna ‘suara yang luhur (mulia)’. Sheng dan Yu, memainkan

peranan yang signifikan dalam istana. Sheng adalah alat muzik yang

istimewa dan mustahak dalam upacara adat istiadat istana. Alat ini juga

dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu rakyat. Ia dimainkan secara solo

dan di ‘opera genre’ seperti k’un-ch’u. Nama alat muzik Sheng ini sama

dengan sebutan perkataan Cina (Sheng) yang memberi makna timbul.

Oleh itu alat muzik ini membayangkan atau mengkaitkan dengan tuah dan

harapan yang baik. Lukisan lakaran dari ‘ bas relief’ yang bertajuk; A

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

31

Page 32: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

hundred kinds of games dari Dinasti Han Barat (Kurun ketiga sebelum

masehi) telah dipamerkan di Shantung. Lakaran ini Lakaran ini jelas

menggambarkan dua orang juggler, seorang penari dan 17 ahli muzik yang

bermain berbagai alat muzik termasuk Sheng.

Okestra yang dianggotai oleh kaum wanita kadang-kala dipanggil untuk

menghadiri upacara tertentu di istana. Pada zaman dinasti Tang, anggota

okestra datang dari seluruh pelosok Asia.

Sheng terdiri daripada empat bahagian; bahagian dasar (wind chamber),

mouth-piece (bahagian tiub), the pipes (paip) dan the reeds (sekumpulan

buluh). Pada asalnya Sheng berbentuk labu sebagai ruang angin. Pada

mulanya, dasar Sheng diperbuat daripada kayu yang telah dikilat dengan

laker (lacquered wood), kini dasar Sheng diperbuat daripada logam. Sheng

mempunyai 13-24 paip buluh (17 adalah piawaian norma). Sebuah

mensiang diletak di bahagian bawah alat muzik tersebut. Sheng terdiri

daripada satu ruang angin yang diperbuat daripada logam aloi kuprum

dengan pemipit yang pendek. Buluh yang dimasukkan ke dalam ruang

angin ini disusun secara sistematik dalam satu bulatan. Setiap tiub buluh

ditambahkan dengan tiup tembaga untuk megeluarkan gema. Setiap tiub

dipasang dengan satu pelidah bebas atau rid bebas. Sheng dicipta dengan

meniru bentuk burung Phoenix (feng-huang). Panjang paip tidak

mempunyai ‘picth’ dan bentuknya mempunyai hiasan yang ringkas.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

32

Page 33: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Sheng adalah salah satu alat muzik tradisional yang boleh menghasilkan

lebih dari satu “not” pada satu masa. Biasanya ia dimain secara solo,

sebagai pelengkap atau sebagai alat muzik iringan. Melodi yang

dimainkan menggunakan chord lima atau empat bagi menambah bunyi.

Muzik tradisional kebanyakannya dipelajar dengan kaedah hafalan. Bila

ada keperluan, nota muzik ditulis dalam bentuk ‘Gongche’. Malangnya

tidak ramai yang boleh membaca ‘Gongche’ masa kini mahupun pemain

Sheng yang profesional. Kini pemain Sheng dilatih untuk membaca ‘nota’

yang moden, dan juga tablature yang menggunakan nombor das simbol

lain untuk menunjukkan ‘pitch’ dan irama.

Jin-Diao berdasarkan kepada bahan muzikal dari teater wilayar Shanxi,

termasuk juga ciri-ciri teknikal seperti li-yin (glissando) dan tu-yin

(tonguing). Pada pertengahan abad ke 20, Sheng diubahsuaibaikan.

Bilangan paipnya ditambah menjadi 36 – 51 dan Sheng dimodifikan

menjadi alti sheng, bass aheng dan keybord sheng. Juga terdapat kromatik

sheng yang membolehkan pemuzik memodulahkan berbagai kekunci,

begitu juga boleh memainkan chord yang susah dan passages yang

poliponik. Bass sheng dikenali sebagai ‘BaoSheng’ (Rujuk lampiran 6),

besar dan berat dan perlu diletakkan atas riba atau lantai semasa

meniupnya. Bunyinya rendah dan ‘mellow’. Ia boleh menghasilkan chord

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

33

Page 34: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

yang berbeza. Tiub besi mengantikan buluh, buluh yang besar akan

menghasilkan pic yang rendah.

Apabila alat muzik sheng ditiup, kondensasi udara yang dihembus keluar

menyebabkan gangguan intonasi dan kadang-kadang boleh menyebabkan

bunyi tidak kedengaran. Keadaan ini boleh diatasi jika alat ini dipanaskan

pada suhu melebihi bilik sebelum ia digunakan. Oleh itu pemain sheng

akan memanaskan dulu alat pada api arang sebelum dan semasa

pertunjukkan. Pada zaman sekarang ini dilakukan dengan menuang

secawan air panas ke dasar sheng, dalam ruang yang direka khas untuk

mengatasi masalah tadi.

Menurut penjual alat muzik tradisional Cina di Muar, Johor, En Liu

mengatakan bahawa sheng biasanya diperbuat dari jenis buluh Zi Zhu dan

harga pasaran antara RM390 hingga RM 500 sebuah. Menurut beliau

generasi sekarang banyak yang tidak tahu mengenai alat tersebut. Cara

untuk meniup sheng juga terhad kepada pakar atau peminat muzik

tradisional masyarakat Cina. Ini merupakan satu gejala yang amat

menyedihkan kerana dikuatiri ‘geng’ atau asal usul masyarakat Cina akan

dilupai atau diasimilasi oleh budaya lain.

4.5. Rumusan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

34

Page 35: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

4.5.1. Lawatan ke Sekolah Menengah Pei Fong telah membolehkan penyelidikan

ini bertambah sempurna kerana dengan adanya bantuan dari Cikgu Chu,

cara menggunakan alat muzik tradisional – Sheng diterangkan dan

demonstrasi telah diadakan oleh murid dari sekolah tersebut. Menurut adik

Tan belajar meniup alat muzik Sheng ini tidaklah susah sangat tetapi perlu

tekun, menghayati dan sentiasa berlatih. Alat muzik ini perlu disayangi

dan disimpan dengan baik untuk menjaga kualiti bunyinya.

Alat muzik Sheng merupakan salah satu kraf tradisional yang penuh

dengan keunikan tersendiri. Ia berkait rapat dengan burung mitos ‘Feng

Huang’. Feng Huang adalah lambang kemewahan dan kejayaan, motif ini

telah dicipta dan digunakan pada zaman neolitik. Ini dapat dibuktikan

dalam arca relief yang terdapat di Shangdong.

Menurut Low Tong Sheng dalam buku beliau yang berjudul Zhong Guo

Yue Qi Tu Jian telah menerangkan secara terperinci. Sejarah

perkembangan Sheng telah berlaku perubahan yang perlu mengikut zaman

tersebut dan perubahan itu telah membolehkan alat muzik ini

mengeluarkan bunyi yang lebih merdu dan pelbagai.27 (Rujuk lampiran 6)

27 Low Tong Sheng. (1992). Zhong Guo Yue Qi Tu Jian. Sang Tong.: Zhong Guo Yi Shu Yian Jiu Yuan. hal 154 - 163

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

35

Page 36: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

BAB V

KESIMPULAN

5.1. Pengenalan

5.1.1. Melalui penyelidikan dibeberapa buah pusat sumber, didapati alat muzik

tradisional ini juga mempunyai kesamaan dengan alat muzik tradisional

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

36

Page 37: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Diraja Jepun yang bernama ‘Sho’28 (Rujuk lampiran 7). Di Laos, alat

muzik yang bernama ‘khene’ (Rujuk lampiran 8) juga dikatakan

mempunyai rupa bentuk dan fungsi yang sama dengan alat muzik

tradisional Cina – Sheng.

Di Eropah, alat muzik tradisional barat terdapat alat muzik – Tain Kim

(Rujuk lampiran 9). Dimainkan dengan meniup atau menyedut. Alat

muzik klasik yang serupa dengan Sheng di Negeri China dan Sho di

Negeri Jepun.29

Bagaimana di tanah air kita – Malaysia ? Berdasarkan bahan maklumat

yang dikumpul, didapati di negeri Sabah alat yang seakan rupa dengan

Sheng ini dipanggil Sompoton atau nama lain ‘Buluh Sumbiling’.

Sompoton ialah sejenis alat muzik yang diperbuat daripada batang buluh

yang kecil dan juga buah kundur. Buah kundur yang telah dikosongkan

isinya dan dikeringkan, dilubangkan pula pada satu bahagiannya dan

dimasukkan lapan potong buluh yang disusun dalam 2 baris. Bahagian

kundur yang meruncing merupakan tempat si pemain meniup

sompotan.seperti Sheng, alat ini dikatakan mengeluarkan bunyi ynag

lembut dan harmoni. Sompotan biasa dimain oleh suku kaum Dusun dan

Kadazan.

28 Henry Doktorski (2000). Asian Free- Reed, Inc. Part Two : The Japanese Sho29 Frank L. Harrison and Joan Rimmer, (1964). Antique Musical Isstruments and Their Players. New Yprk. hal.138

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

37

Page 38: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Begitu juga di negeri Sarawak, alat muzik tradisional masyarakat Iban –

Engkerurai merupakan sejenis alat muzik yang dikategorikan sebagai

aerofon kerana bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut. Dari segi

lagu atau repertoir, ia banyak meniru bunyi dan aksi dari alam semulajadi.

Engkerurai tidak pernah dipersembahkan dengan alat muzik lain. Ia

bersifat berseorangan ataupun solo. Engkerurai diperbuat daripada labu

yang dikenali sebagai tangkong (kotak suara) dan 7 batang buluh

(temiang). Kemerduan bunyi ditentukan oleh saiz lelidah atau ruding30.

Apakah yang menyebabkan persamaan antara alat-alat muzik tersebut ?

Adakah antara alat-alat tersebut saling mempengaruhi antara satu sama

lain ? atau alat-alat ini memang datang dari tanah besar China melalui

aktiviti perdagangang atau mungkin juga manusia pada hakikatnya

memang mempunyai naluri yang sama sehingga mencipta alat muzik yang

seakan sama rupanya. Menurut pandangan dari jurulatih persatuan hua yue

tuan, Sekolah Menengah Pei Fong, Melaka memang ada kemungkinan

alat-alat muzik di Malaysia telah menerima asimilasi dari negara lain

kerana keunikan Malaysia sendiri yang terdiri daripada berbilang kaum

dan kerajaan mengamalkan perdagangan secara bebas.

5.2. Perbincangan

5.2.1. Aspek Falsafah

30 Sumber maklumat dari sekumpulan penyelidik iaitu Laliman Ahmad, Soraya Mansor, Anis Md. Nor, Sharif Kailani, Mohd Nasir Hashim dan Alexander Anak Wong.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

38

Page 39: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Perkataan falsafah dalam bahasa Inggeris ialah philosophy yang berasal

dari dua perkataan Yunani, philien (yang bermakna mencintai) dan sophia

(yang bermakna kearifan, atau kebijaksanaan). Perkembangan falsafah

telah mula dipupuk sejak 2500 dahulu.31

Dalam masyarakat Cina, falsafah kehidupan berkait rapa dengan alam

sekitar dan kepercayaan turun temurun. Masyarakat primitif Cina

mengakui adanya satu kuasa atau semangat dalam setiap benda yang

berkait rapat dengan alam semula jadi. Mereka mengagumi dan

menghargai serta takut akan kuasa-kuasa yang mereka tidak faham. Oleh

itu mereka menyembah dan mengadakan upacara tertentu kepada langgit,

bulan, bumi dan patung-patung. Kepercayaan mengenai kuasa atau

semangat alam sekitar ini tetap dipegang oleh masyarakat Cina sehingga

sekarang seperti kepercayaan Dewi Kuan Yin. 32 Buddha dalam konteks

masyarakat Cina diwakili oleh Dewi Kuan Yin yang telah diangkat ke

langit kerana kebaikan, kesetiaan dan kemurnian hatinya. Untuk

membolehkan manusia sampai ke langit, burung mitos ‘Feng Huang’ telah

direka dan dipercayai ia adalah agen utusan dari Dewi Kuan Yin dan boleh

membawa manusia terus terbang ke syurga sekiranya manusia mempunyai

moral yang tinggi.

31 A.W. Munk, A Synoptic Philosophy of education, Nashville: Abingdon Press, 1965, m.s. 45. (sumber dari SyarifahAlwiah Alsagoff. (1984). Falsafah Pendidikan . Kuala Lumpur: Heinemann Asia. m.s. 1) 32 Ann Wan Seng, Kepercayaan Orang Cina, Penerbit Fajar Bakti . Shah Alam, 1996, hal.2 . Dewi yang dipercayai bersifat mulia dan sentiasa menolong mnusia dalam kesusahan sekiranya sifat menusia itu baik dan bermoral

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

39

Page 40: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Tamadun Cina mempercayai alam semester ini diperintah oleh tian33.

Secara umumnya tian dirujuk kepada langit. Ia lebih merujuk kepada satu

ketinggian iaitu syurga. Semasa Dinasti Zhou, tian dirujuk kepada

makhluk unggul yang mempunyai kuasa, menguasai perjalanaan hidup

dan menentukan nasib dengan adanya mandat dari syurga yang beliau

perolehi. Dalam hal ini raja-raja Zhou dan raja-raja seterusnya cuba untuk

mengaitkan diri mereka dengan konsep tian seperti anak syurga dan

mandat dari syurga. Justeru itu, alat muzik Sheng ini muncul pada Dinasti

Zhou dan bunyi alat muzik yang harmoni ini dipercayai akan

membolehkan seseorang raja lebih bersifat mulia dan disukai tian.

Falsafah masyarakat Cina berkait rapat dengan ajaran Konfucius. Ajaran

konfucius diasaskan oleh Kung Fu Tze yang lahir pada 551 s.m. cerita

kelahiran Kung Fu Tze agak menarik dan luar biasa. Mengikut kisah dan

legendanya kira-kira 2500 tahun yang lalu, terdapat sepasang suami isteri

yang sangat keinginan seorang anak lelaki. Shuh Liang Heih (bapa Kung

Fu Tze) mempunyai sembilan anak perempuan, walaupun begitu hidupnya

tidak bahagia kerana tidak mempunyai anak lelaki untuk menyambung

zuriat. Masyarakat Cina adalah masyarakat patrilinear, oleh itu Shuh

Liang Heih memohon dan berdoa kepada roh-roh dan Dewa Langit supaya

dikurniakan seorang anak lelaki. Doanya diperkenankan, Dewa Langit

telah hantar utusan bersama burung ‘Feng Huang’ ke kediaman Shuh dan 33 Lok Chong Hoe, Tamadun China: Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian, Pusat Pembangunan dan Pendidikan Komuniti, Kuala Lumpur, Sekretariat Falsafah dan Sains Islam, Pulau Pinang, 1998, hal.3. Tian dipandang sebagai pemerintah alam semester - Maharaja Tertinggi dalam Empayar Tian dan prinsip moral.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

40

Page 41: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

isterinya bermimpi akan mendapat seorang anak lelaki (Rujuk lampiran

10). Akhirnya, Kung Fu Tze dilahirkan ketika umurnya mencapai 70

tahun. Ibunya memainkan peranan penting dalam membesarkan beliau.34

Kung Fu Tze dipercayai juga gemar bermain alat muzik Sheng ini. Beliau

menyatakan muzik adalah penting dan ia berkait rapat dalam kehidupan

manusia dengan kuasa yang ada pada alam semula jadi.

Melalui alat muzik Sheng ini telah wujudnya satu peribahasa yang berkait

dengan falsafah masyarakat Cina. Peribahasa ini ialah lan yu chong shu.

Mengikut bahasa klasik masyarakat Cina :

Penerangan /terjemahan:

Zaman Neferi-Negeri Berperang/ Zhan Guo, 475-221 S.M, Maharaja Qi

Xian Wang amat minat mendengar dan menghayati muzik yang ditiup

oleh alat Yu (Sheng). Maharaja minat mendengar alat muzik ini

dipersembahkan secara kumpulan besar seramai 300 pemain muzik. Sifat

ini telah memberi kesempatan kepada seorang pemain muzik yang tidak

pandai dalam tiupan Sheng ini. Namanya Nan Kuo Chu Shi. Beliau

berpura-pura pandai main semasa persembahan diadakan agar dapat

faedah / keistimewaan yang dibiayai oleh maharaja. Tidak lama kemudian,

34 Ian P. McGreal (eds), Great Thinkers of The Eastern World, Harper Collins Publishers, new York, 1995, hal.3

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

41

Page 42: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Maharaja Xian mangkat dan anaknya Ming Wang naik tahta. Malangnya

Maharaja Ming tidak gemar dengar secara berkumpulan, beliau meminta

pemain muzik mengadakan persembahan secara perseorangan. Setelah

mengetahui berita itu, Nan Kuo Chu Shi pun melarikan diri ke negara lain.

(gambarajah cerita – Rujuk lampiran 11)

Peribahasa ini telah menasihat orang ramai jangan bersifat menipu. Dalam

menangani liku-liku kehidupan perlu ada ilmu pengetahuan dan kemahiran

yang luas dan nyata. Sebaliknya akan mengalami kegagalan. Orang yang

bersifat mulia dan mempunyai kebolehan yang nyata tidak menakut segala

ujian yang ditimpa kerana mereka sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

Konfucius berkata:

Manusia yang tidak bercakap benar dan tidak mengetahui bagaimana

hendak bercakap benar ibarat kereta lembu besar yang rodanya tidak

berikat dengan pengunci kayu penggalang dan kereta kuda kecil yang

rodanya tidak berikat dengan penyelak kayu pengalang; jadi

bagaimanakah ia boleh bergerak?35

Pepatah Arab juga menasihat manusia agar ‘Tinggalkanlah bohong

meskipun pada mulanya dipandang bohong itu memberi manfaat diri

sendiri. Pada hakikatnya dia memberi bahaya. Berlaku benarlah

35 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 13

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

42

Page 43: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

meskipun pada mulanya dipandang benar itu memberi bahaya kerana

pada hakikatnya, itulah akan memberi manfaat padamu.’

Begitu juga dalam pantun Melayu telah berkata :

Sikap senohong,

Gelama ikan duri;

Bercakap bohong,

Lama-lama mencuri.

Orang yang suka bercakap bohong, dipercayai akan buat kejahatan lain.

Ajaran - ajaran konfucius yang dicatat oleh anak muridnya dalam

Analects36 berkait rapat dengan ajaran moral. Konfucius percaya bahawa

moral manusia membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan

satu harta paling penting yang harus dimiliki oleh setiap insan. Dalam

konsep Jen atau perikemanusiaan, seseorang dianggap mempunyai

perikemanusiaan yang tinggi apabila melakukan kebajikan dan kebaikkan

terhadap sesama manusia. Jen dapat menghapuskan kejahatan dan

menimbulkan penghormatan sesama manusia.

Konfucius berkata:

Orang yang tidak berperikemanusiaan tidak boleh tinggal lama dalam

keadaan yang miskin. Orang yang berperikemanusiaan boleh hidup aman

(dia boleh berasa aman dengan menjalankan kerja yang

36 Hilda Hookham, A Short History of China,St. Martin’s Press, Inc., Ontario, 1972, hal.48-9.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

43

Page 44: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

berperikemanusiaan, dan tidak berasa aman sekiranya melakukan kerja

yang tidak berperikemanusiaan). Orang yang bijak bersikap

perikemanusiaan. (Dia menyedari bahawa perikemanusiaan

mendatangkan faedah kepadanya; oleh sebab itu dia mengajarkan pekerti

perikemanusiaan.)37

Dalam konteks ini Nan Guo Chu Shi dikatakan seorang insan yang tidak

mempunyai sifat Jen kerana sifatnya yang suka menipu orang. Untuk

mencapai kesempurnaan peribadi dan akhlak seseorang harus memiliki

Jen. Jen mewakili sifat-sifat yang baik dan positif di dalam kendiri

seseorang. Jen dapat membangkitkan semangat rajin bekerja, giat berusaha

dan bukannya duduk menunggu rezeki tanpa sebarang usaha seperti Nan

Guo Chu Shi.

Konfucius berkata:

‘Terdapat pelbagai jenis manusia. Oleh sebab itu terdapat pelbagai jenis

kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Jenis kesalahan yang

bagaimanakah yang menyebabkan orang melakukan kesalahan? Dengan

meneliti kesalahan yang telah dilakukan oleh seseorang, kita boleh

mengetahui siapa orang itu.’38

37 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 23

38 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 25

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

44

Page 45: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Salah satu aspek penting ajaran Konfucius ialah jalan tengah yang dirujuk

sebagai kesederhanaan. Sebaik-baik jalan yang ditempuhi oleh manusia

ialah jalan pertengahan. Ini bermakna seseorang itu jangan keterlaluan

dalam melakukan sesuatu. Konsep ini mempunyai persamaan dengan

ajaran agama-agama yang lain seperti Islam dan Buddha. Kesederhanaan

membolehkan seseorang dalam ketenangan dan dapat membuat

pertimbangan yang rasional serta tidak mudah didorong oleh emosinya.

Dalam konteks ini, sekiranya Nan Guo Chu Shi seorang yang pegang

teguh terhadap konsep kesederhanaan, beliau tidak akan tamak pada

kemewangan yang diberi oleh maharaja dan akhirnya dipengaruhi oleh

emosinya sehingga sanggup melakukan perkara yang jahat – menipu.

Konfucius berkata:

‘Semua orang mahu menjadi kaya, menjadi pegawai tinggi. Namun cara

yang betul tidak digunakan untuk mendapatkannya. Orang yang budiman

tidak menerima cara ini.

Kemiskinan dan kehinaan dibenci oleh setiap orang. Namun cara yang

betul tidak digunakan untuk menghapuskannya. Orang yang budiman

tidak melarikan diri daripada persoalan ini. Apabila orang yang budiman

mengetepikan budi perikemanusiaan, bagaimanakah kejayaan hendak

dicapai? Orang budiman tidak pernah mengetepikan pekerja yang

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

45

Page 46: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

berperikemanusiaan, justeru itu sekalipun sibuk dan berada dalam

kesusahan, sikap ini terus diamalkan.’39

Selain daripada itu, dalam peribahasa ini jelas menyentuh tentang sifat

manusia. Golongan legalisme berpendapat bahawa semula jadi manusia

itu memang jahat.40 Oleh itu satu tindakan undang-undang dan pemerintah

keras sahaja dapat mengawal manusia. Ini kerana perasaan tamak manusia

itu akan melawan pemerintah. (seperti Nan Guo Chu Shi) Keadaan ini

berbeza dengan ajaran Konfusius yang berpendapat bahawa pendidikan

merupakan asas penting dalam pembinaan seseorang menusia itu.

Manakala anak murid Konfusius iaitu Mencius menambah bahawa

manusia mempunyai sifat semula jadi yang akan membina dan membaiki

personaliti yang bermoral. Bagi Mencius manusia dilahir mempunyai sifat

yang baik. Namun demikian berlaku pula perubahan sikap ini kerana

keadaan sekeliling yang mempengaruhi keadaan manusia itu.41 Tidak

dapat dinafikan Nan Guo Chu Shi mempunyai sifat yang jahat, ia harus

dibaiki dengan pendidikan agar dapat meningkatkan kualiti manusia.

Di sini, penyelidik ingin menyentuh sedikit tentang sifat manusia yang

mulia seperti Cikgu Chu. Beliau berpegang teguh terhadap ajaran

Konfusius dimana mempercayai sifat manusia pada asalnya adalah baik.

39 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 2440 Charles Patrick Fitzgerald. (1961). China: A Short Cultural History. London.: Cresset Press. hal 10041 Michael Dillon. (1998). China: A Cultural and Historical Dictionary. Surrey.: Curzon. hal 149

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

46

Page 47: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Cikgu Chu sanggup meminjamkan buku yang beliau beli dari negara

China tanpa sebarang cagaran. Kata-kata dan kepercayaan beliau terhadap

penyelidik amat dihargai dan disanjung. Inilah yang dikatakan orang seni

yang menghayati nilai murni manusia, menghargai muzik, menghargai

kraf dan ingin tradisi ini berterusan.

Konsep Ying dan Yang memerihalkan pertentangan antara dua unsur

yang berlawanan bagi membentuk keserasian. Daripada keserasian, maka

keadaan yang harmoni dan aman dapat diwujudkan. Alat muzik

tradisional masyarakat Cina - sheng ini dibentuk berdasarkan bentuk

burung pheonix, oleh itu untuk mendapatkan keserasian ia dihias dengan

motif naga. (Rujuk lampiran 12). Pertentangan adalah sesuatu yang positif

dan ia perlu untuk mengekalkan keseimbangan yang sedia wujud di alam

ini.

5.2.2. Aspek simbolik

Simbol mempunyai pengetian yang meluas. Simbol memberi sesuatu

makna tanpa terasing dengan imej yang dihasilkan. Bahasa simbol wujud

apabila kedua pihak gagal untuk berkomunikasi secara global. Biasanya

simbol yang dihasilkan adalah sesuatu yang lumrah, universal dan mudah

difahami.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

47

Page 48: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Simbol berasal dari perkataan Greek ‘Symbolon’ atau ‘tanda’ iaitu sesuatu

imej atau lukisan yang dipilih untuk mewakili objek, idea, kualiti dan

proses. Menurut Kamus Dewan Edisi 3 (1998), perkataan simbol

membawa makna “ sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang

dan tanda”.

Simbol mempunyai perhubungan yang erat dengan manusia dan

kebudayaannya. Justeru itu, manusia digelar sebagai makluk bersimbol.

Menurut Budiono Herusatoto ( 1985: 10), simbolik ini merupakan ciri

khas manusia, yang jelas berbezakannya dengan haiwan.

Begitu juga Ernst Cassirer berpendapat bahawa manusia sebagai animal

symbolicum atau haiwan yang bersimbol. Ia menerangkan bahawa

manusia tidak pernah melihat, menemui, dan mengenali dunia secara

langsung, tetapi mengenalinya secara simbol.

Menurut pendapat Alex Preminger dan rakannya melalui tulisan ilmia

mereka iaitu Princeton Encyclopaedia of Peotry and Poetic (1965: 833)

yang mengatakan bahawa: The woed ‘symbol’ derives from the Gr. Verb,

‘symballein’meaning ‘to put together’, and related noun ‘symbolon’,

meaning ‘mark’, ‘token’ or ‘sign’ in the sense of the halfcoin carried away

by each of the two parties of an agreement as a pledge…’ berdasarkan

kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa perkataan simbol adalah

berasal dari perkataan Inggeris iaitu symbol. (Sumber dari penulisan ilmia

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

48

Page 49: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Muhammad Afendi Yahya yang berjudul Simbolisme Dalam Seni Bina

Rumah Melayu Kelantan)

Manakala Jacob Korq di dalam bukunya, an Introduction to Peotry (1959 :

14) menyatakan bahawa: A symbol usually has no physical characteristics

at all to justify its abstract meaning. Oleh itu, secar ringkas, simbol adalah

suatu tanda, ciri atau lambang yang mempunyai makna abstrak, yang cuba

memberitahu sesuatu hal atau idea kepada seseorang.

Dalam apresiasi seni simbol sering dipaparkan untuk menyampaikan

ikonnya secara padat. Erwin Panofsky menggunakan istilah ikon bagi

menyampaikan mesej keagamaan di zaman Renaissance. Simbol juga

sesuai ditarifkan sebagai ‘significance form’ dalam sesebuah karya seni.

Kesimpulan yang dibuat oleh Durkheim dan Whitehead (1927), Needham

(1979 : 3) bahawa simbolisme adalah penting kerana : ia bertujuan untuk

menandakan sesuatu yang penting dari segi sosial dan mendorong manusia

untuk mematuhi atau mengikuti dan mengenali nilai-nilai yang mereka

patut hidup bersamanya. Simbol burung phoenix melambangkan

‘kebaikan’, ia dikatakan boleh terbang terus ke syurga uang sentiasa

menjadi impian manusia biasa. Untuk dapat hidup abadi di syurga,

manusia sentiasa diingati berkelakuan baik.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

49

Page 50: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Simbol disampaikan melalui objek atau imej, tidak kira sama ada dua

dimensi mahupun tiga dimensi. Tanpa kita sedari penggunaan simbol tidak

terasing dalam kehidupan seharian. Simbol membawa sesuatu mesej

tertentu. Penggunaan simbol diperlukan untuk menyampaikan makna yang

tersirat dari tersurat. Simbol terhasil untuk meringkaskan sesuatu yang

panjang secara ringkas, padat dan penuh makna. Simbol boleh dihasilkan

dalam bentuk dua atau tiga dimensi. Contohnya seorang pengarca

menggunakan bentuk untuk menyampaikan makna yang tersirat. Pengukir

Arca Siva Nataraja cuba menyampaikan maklumat beberapa aspek yang

terkandung dalam agama Hindu. seorang pengukir kayu cuba

menggambarkan cerminan budaya dalam seni ukirannya dan seorang

pelukis pula, cuba menggambarkan simbol secara visual. Begitu juga

kepada seseorang pandai tukang alat muzik tradisional. Simbolnya terhasil

kerana ada komunikasi dengan alam dan simbol itu mempunyai makna

tersendiri.

Ragamhias dan motif dalam kraf Cina membawa makna yang mudah

difahami bagi sesiapa yang biasa dengan kebudayaaan Cina. Kebanyakkan

elemen-elemen hiasan adalah mudah. Ia wujud berdasarkan sejarah dan

sebahagian daripada cerita dongeng Cina. Terdapat juga simbol-simbol

yang komplek simbol artistik warisan kemewahan dan berbagai-bagai

simbol artistik adalah bentuk yang istemewa dalam seni kraf Cina. Pada

zaman neolitik tembikar Cina selalunya dihias dengan rekabentuk yang

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

50

Page 51: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

simple iaitu dengan hanya beberapa garisan atau geometri yang berulang-

ulang untuk membentuk corak. Contohnya simbol ikan dan binatang.

Empat ribu tahun dahulu corak pertama karakter-karakter Cina yang

dipahat ditulang dan cengkerang kura-kura adalah bertujuan sebagai

petanda untuk menerang sesuatu objek atau idea. Tamadun Cina bermula

di sepanjang lembah sungai Kuning. Kawasan ini dikenali sebagai Yang

Sau. Ia selalu dilanda banjir dan kemarau, oleh itu memang tidak dapat

dinafikan bahawa petani-petani Cina amat peka terhadap fenomena alam

seperti hujan guruh dan awan. Terdapat banyak rekaan awal yang

memaparkana objek alam sekeliling. Lei- Wen atau coraka guruh pertama

kali dapat dilihat pada zaman neolitik Maksud yang dibawa oleh setiap

bentuk geometri telah diketahui tetapi ada sebahagian besar telah hilang

ditelan zaman. Tekstil dan tembikar merupakan kraf pertama di negara

Cina. Khazanah artistik ini akhirnya digunakan pada semua bentuk kraf.

Rekaan baru dan simbol bertambah banyak oleh tukang pandai kraf pada

zaman Dinasti Han.

Kraf masa kini dipengaruhi oleh budaya Asia Tenggara dan Agama

Buddha serta seni motif dari India. Reka bentuk baru diubah oleh orang

Cina mengikut pandangan dan nilai estetika mereka. Kepercayaan agama

Cina yang kompleks dan rekaan cerita-cerita atau teori-teori tentang alam

semulajadi digabungkan dan dipaparkan dalam bentuk simbolik. Lebih

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

51

Page 52: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

daripada 2000 tahun dahulu motif dan simbol boleh dilihat dimana-mana

sahaja, ia diulang-ulang di dalam seni dan kraf dan dikongsi bersama oleh

maharaja dan rakyat biasa Contohnya reka bentuk naga pada jubah

maharaja adalah lambang kebesaran maharaja. Ia juga ditepa dibekas

tembaga, dilukis pada porselin dan jed. Simbol seperti naga sudah muncul

pada awal perkembangan seni Cina dan terus muncul hingga sekarang.

Terdapat perbezaan daripada segi reka bentuknya, ini menunjukkan

adanya daya kreativiti, inovasi dan ‘refinement’ yang berlaku dalam

sempadan batas tradisional.

Melalui motif dan bentuk kita dapat menentukan zaman ianya dibuat.

Simbol-simbol seni kraf Cina membawa makna yang tersurat dan tersirat.

Contohnya pada zaman Ming dan Ching, reka bentuk kelawar merah yang

terdapat di porselin membawa makna tuah yang melimpah-limpah,

manakala ikan emas melambangkan kekayaan seseorang atau harapan

kepada kemewahan. Warisan literatur dan sejarah telah membekalkan

banyak cerita dan simbol yang dapat dilihat dalam seni kraf.

Simbol-simbol seperti panglima perang terkenal, ahli penyajak telah dapat

tempat yang tinggi dimasyarakat Cina. Masyarakat Cina mempercayai

simbol-simbol tersebut dapat mempengaruhi kehidupan mereka ke arah

keamanan dan kegembiraan. Dalam cerits rakyat seperti ‘ Herd boy and

the weaving maid meet on the boder of milky way’ terdapat motif burung

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

52

Page 53: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

murai yang membentuk jambatan melambangkan rumah tangga bahagia.

Pasangan burung membawa reben melambangkan ikatan perkahwinan.

Konfucius berkata:

‘Motif (tujuan) terletak pada jalan (dao), bukti terletak pada moral (te),

bergantung pada perikemanusiaan (ren) serta berhibur dalam enam acara

seni yang lain , iaitu adat, muzik, memanah, memandu kereta, menulis

tentang sejarah dan kira-kira.’42

Jarang sekali corak atau simbol yang direka berfungsi sebagai hiasan

dalam seni kraf Cina, selalunya simbol atau corak tersebut membawa tema

atau mesej yang tersirat.

Contoh-contoh simbol yang biasa dijumpai dalam seni kraf Cina:

5.2.3. Motif flora

a. Plum Blossom

Pokok plum berbunga dari dahan yang kelihatan seolah-olah mati, lima

kelopak bunga mewakili kehidupan baru di hujung musim sejuk. Plum

blossom merupakan keindahan dalam musim sejuk. Ia seolah-olah

mempunyai kuasa yang menakjubkan kerana berbunga di atas dahan yang

kelihatan seolah-olah mati. Mesej yang hendak disampaikan ialah manusia

seharusnya tabah dan cekal dalam mengharungi segala lumrah kehidupan.

42 Obaidellah Haji Mohamad. (1994). Lun Yu Pembicaraan Confucius.Kuala Lumpur. : DBP. hal. 50

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

53

Page 54: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Kehidupan baru dan kegembiraan akan tercapai sekiranya manusia

mempunyai sifat seperti bunga plum.

b. Pokok Pine

Melambangkan ketabahan, kesabaran dan umur yang berpanjangan. Pokok

pine yang tua dan berbonggol tumbuh subur ditepi tebing gunung yang

tinggi melambangkan seseorang yang mempunyai cita-cita yang mulia dan

istemewa. Walaupun ianya ditiup angin dan ribut ( politik, rasuah). Pokok

pine tetap kekal di situ bertahun-tahun. Oleh itu ia melambangkan

kehidupan yang sejati walaupun masalah menghadapi bencana alam.

c. Tiga sahabat musim sejuk

Plum, pine dan buluh dikenali sebagai tiga sahabat musim sejuk. Motif ini

melambangkan keriangan dan kepentingan persahabatan dalam kehidupan.

Pasu porselin yang bermotif ‘tiga sahabat ini’ dihadiahkan kepada

seseorang sebagai lambang persahabatan yang berkekalan.

d. Delima

Buah delima yang mempunyai banyak biji melambangkan kesuburan dan

kemewahan. Dalam perkataan Cina ‘seed’ (biji) juga bermaksud anak

lelaki, pleh itu buah dlima melambangkan harapan untuk mendapat

banyak anak lelaki. Biasanya sarung bantal yang disulam dengan motif

buah delima yang disulam dengan motif delima dihadiahkan kepada

pasangan pengantin baru.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

54

Page 55: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

e. Pokok Willow

Pokok ini dikaitkan dengan kecantikan wanita kerana daunnya yang

panjang dan tirus. Kadang-kadang dikhususkan kepada ‘singsong’

(penyanyi wanita) atau pelacur. Pokok ini juga melambangkan

persahabatan dan batang willow dihadiahkan kepada pengambara semasa

hendak bertolak ke destinasi baru. Daunnya dipercayai mempunyai kuasa

menyucikan (dewi Kuan Yin menggunakan setangkai dahan willow untuk

menyelamatkan manusia yang hidup dalam kesusahan) digunakan untuk

upacara membersihkan kubur semasa perayaan Ching Ming. Kayu pokok

willow dipercayai digunakan untuk berinteraksi dengan alam roh. Motif

willow ini terdapat di tembikar biru putih pada abad ke 18. Reka bentuk

motif ini berdasarkan kepada cerita pasangan kekasih yang menghadapi

banyak rintangan untuk berkahwain.

5.2.4. Motif binatang

Motif binatang dilarang dalam kesenian Islam. Larangan ini terkandung di

dalam Hadith yang mengatakan bahawa seseorang pengukir patung akan

diperintahkan oleh Allah untuk memberi nyawa kepada patung ciptaannya

itu. Jika beliau tidak berdaya berbuat demikian, beliau akan dicampakkan

ke dalam api neraka.43 Islam melarang penggunaan perlambangan manusia

dalam hasil ciptaan seni kerana dikhuatiri manusia akan terdorong kepada

perbuatan yang syirik dan kufur. Namun tetapi motif binatang dalam

43 Al- Bukhari, Kitab al-Buyuq, Bab40; T.W. Arnold 1932.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

55

Page 56: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

masyarakat Cina amat penting dalam membawa simbolik yang unik,

biasanya ia melambangkan status dan memberi petunjuk astronomi. Motif

binatang dapat dilihat dalam sculpture jed, jubah rasmi pegawai, hiasan

tanglong, seni sulaman dan seni keratan kertas. Contoh-contoh motif

binatang adalah seperti berikut:

a. Long (Naga)

Tidak dapat dinafikan naga adalah lambang yang selalu digunakan dan

amat mustahak dalam perlambangan kebudayaan Cina. Orang Cina

percaya naga adalah binatang yang mempunyai kuasa transformasi dan

boleh menurunkan hujan. Naga muncul secara berpasangan berlingkar di

dalam awan atau berenang di dalam ombak. Naga bertanding untuk

mendapatkan ‘disc’ (simbol matahari) Naga adalah simbol kekuatan

maharaja. Ada sembilan jenis naga yang dikenali. Simbol sembilan jenis

naga diukir di Beijing ‘Forbidden City’ . Motif naga berlingkar biasanya

terdapat pada seni kraf tradisional Cina. Ia melambangkan ‘anak syurga’ -

‘son of heaven’ dan tanah besar Cina.

b. Lu (Rusa)

Rusa melambangkan harmoni atau lu, juga bermaksud pangkat yang tinggi

adalah lambang kekayaan dan kejayaan

c. Yu (Ikan)

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

56

Page 57: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Melambangkan kekayaan. Yu sama bunyi dengan yu (berlebihan).

Masyarakat Cina biasanya mendoakan rezeki yang berlebihan semasa

menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dan ia juga dihadiah dalam bentuk

lukisan kepada sahabat yang berjaya dalam perniagaan agar mereka murah

rezeki.

d. Feng Huang (Phoenix)

Sebagai simbol Maharani. Menurut cerita mitos Feng Huang adalah

burung yang boleh terang terus ke syurga. Ia juga melambangkan

pencapaian yang tinggi. Biasanya ia dilukis bersama dengan Naga untuk

melambangkan perkahwinan yang bahagia. Bulu Feng Huang yang

berwarna-warni melambangkan kecantikan, kemewahan dan baik hati. Ini

menyebabkan ia biasa dibayangkan sebagai burung Cenderawasih

(terdapat dalam cerita dongeng Sastera Melayu) dan burung Merak.

(Rujuk lampiran 13)

Motif yang biasa digunakan untuk menghiasi badan alat muzik Sheng ini

ialah motif flora dan geometri yang berulang-ulang, ini sama seperti

penggunaan motif berjalar yang berterusan dan rentetan bulatan yang

diulang-ulang dalam seni Islam. Ia diibaratkan sebagai rentetan zikir dan

bulatan melambangkan syurga atau alam baqa’44. Critchlow (1983) pula

mengatakan bahawa bulatan adalah simbol kosmos yang utama, satu

keseluruhan dan perpaduan (wholeness and unity). Begitu juga dalam

44 Bridgwater and Kurtz 1963: 421

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

57

Page 58: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

masyarakat Cina, motif yang berulang-ulang diibaratkan sebagai banyak,

sekiranya motif yang digunakan ialah bunga balsom, simboliknya ‘banyak

bahagia’, ‘banyak berani’.

Menurut Law Tong Sheng, didapati alat muzik sheng Dinasti Tang telah

dihiasi dengan motif naga yang dikatakan binatang yang membawa

kebahagian dan mempunyai kuasa mistik dalam kepercayaan budaya Cina.

5.3. Simbolik dalam penggunaan warna

5.3.1. Warna membawa banyak maksud yang simbolik, kadang-kadang

maksudnya melangkaui nilai-nilai estetika. Penggunaan setengah warna

terus menjadi kelaziman dan sesuatu yang mesti pada ahli tukang pandai

kraf. Contoh simbolik dalam warna :

a. Qing (warna hijau)

Hijau ialah warna alam semula jadi. Dalam masyarakat timur ia dikaitkan

dengan tumbuhan yang sedang membesar membawa simbolik kesegaran

dan berharapan.

b. Hong (warna merah)

Merah adalah warna semasa tumbuhan sedang berbunga dan hidup subur.

Ia melambangkan kemeriahan dan kegembiraan Ia juga melambangkan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

58

Page 59: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

wanita atau gadis yang cantik.Merah terang(Cinnabar atau Dan)

disamakan dengan ketakjupan dan kehidupan yang abadi.

c. Huang (warna kuning)

Warna Dataran Rata di uutara Cina. Berkait rapat dengan asal usul

kebudayaan cina Han. Melambangkan tanda terima kasih dan hormat

kepada tanah. Kuning juga dikaitkan dengan maharaja.

d. Bai (warna putih)

Warna alam spiritual upacara kematian dan pengkebumian masyarakat

Cina. Dalam agama Buddha warna putih melambangkan kesucian dan

berkait rapat dengan bunga teratai.

e. Hei (warna hitam)

Warna hitam melambangkan sesuatu yang misteri. Hitam ialah warna

yang tidak aktif melambangkan ketakutan dan perbuatan yang jahat.

5.4. Simbolik dalam alat muzik - Sheng

5.4.1. Nama alat muzik ‘sheng’ ini mempunyai sebutan yang sama dengan

perkataan Cina ‘sheng’ ( ) yang memberi makna ‘naik keatas’.Simbolik

yang dibawa oleh alat muzik Sheng boleh dilihat dari segi bahan yang

digunakan. Buluh, adalah bahan utama untuk menghasilkan alat muzik ini

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

59

Page 60: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

dan buluh adalah tumbuhan yang mempunyai batang yang panjang dan

tumbuh dengan mudah terutama selepas musim hujan.. selain daripada

dapat menghasilkan bunyi yang harmoni, ia melambangkan ketahanan dan

kekuatan. Buluh juga melambangkan daya pegas dan kesepduan kerana ia

akan melentur bila ditiup angin tetapi kembali tegak apabila angin reda.

Manusia diharap mempunyai sifat buluh yang dikatakan elegan (berilmu

tinggi dan mulia). Hanya tukang pandai yang profesional dapat

memaparkan maksud yang tersirat disebalik kraf kerana kesukaran bentuk

buluh tesebut.

5.5. Simbolik dalam rekabentuk alat muzik - Sheng

5.5.1. Menurut Siti Zainon Ismail, kraftangan bersifat anonymous. Kita tidak

mengenali siapa perekabentuk asalnya. Hal ini terjadi kerana tradisi kita

ketika itu memang tradisi lisan, tidak ada yang mencatat, merakam apa

lagi membukukannya. Rekabentuk Sheng dikatakan merujuk kepada

bentuk burung mitos ‘Feng Huang’. Burung ini terkenal kerana bulunya

yang berwarna-warni. Bulunya tumbuh panjang dan biasanya dari ekor

ataupun jambul (di bahagian tengah Sheng terdapat buluh yang panjang).

Bulu-bulu unjuran ini kelihatan seperti utas-utas dawai yang melengkuk.

Selain daripada berfungsi sebagai alat penghibur, kraf ini dikatakan begitu

unik dan penuh dengan nilai estetik. Menurut pengkaji tradisi Jepun,

Kageo muraoka mencatat dalam bukunya, the Basic Attribute of Folk

Craft is Utility, The Objects Practical Value (1976 : 103) bahawa dalam

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

60

Page 61: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

proses perkembangan kraftangan, kedua – dua unsur, fungsi dan estetik,

adalah penting.

Dalam masyarakat Cina, motif ‘fenghuang’ boleh didapati semasa

perkahwinan. Adat-adat masyarakatCina mempercayai motif naga dan

fenghuang harus ditampal di dinding apabila majlis perkahwinan

dilansungkan. (Rujuk lampiran 14). Motif ini juga terdapat sebagai

perhiasan barangan si mati. Ia ditampal di atas keranda agar si mati naik

ke syurga untuk menebus dosa. Selain daripada itu motif ini sering

didapati pada jubah pakaian maharaja dan jubah pengantin baru . (Rujuk

lampiran 15). Seperti yang diberitahu oleh Lois Lamya al- Faruqi (1982),

salah satu ciri-ciri kesenian Islam ialah pengulangan. Dalam masyarakat

Cina hiasan secara berulang juga terdapat pada atas hiasan Sheng ini.

Motif yang berulang-ulang sebagai rentetan zikir.

5.6. Kesimpulan

Sekiranya segala usaha yang dicadangkan dapat dijalankan, nyawa kraftangan

tradisi akan menjelma dalam bentuk yang lebih dinamik melalui trasformasi yang

sesuai. Jelasnya apa pun perubahan yang berlaku sensibiliti serta hati budi tradisi

itu tidak akan dilenyapkan hanya dengan hasrat kita untuk meletakkannya ke

persada globalisasi. Seperti kata Dato Sulaiman Osman bekas Pengarah

Perbadanan Kraftangan Malaysia: “ Sensibiliti tentang kebudayaan Malaysia

adalah berdasarkan kepada kekuatan ciri-ciri keasliannya”. Menurut Paul J. Smith

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

61

Page 62: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

pula dalam membicarakan keutuhan kraftangan tradisi melalui transformasi

berbunyi: “While tied to its rich historical roots of function, craft today is

distinguished by the sophiscated level of its aesthetics, which evolves in the

process of making and the artists’ spiritual involvement with the material enables

the contemporary craftsmen to transcend traditional form and techniques

creating works of genuinely new significance.”

Harapan agar kraf tangan tradisi akan berkembang subur dan mengalami

perubahan mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati

serta semangat kraf tangan tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang

tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas hingga sepanjang zaman.

Dalam bidang seni, seni kraftangan dan tradisional Melayu mahupun bangsa lain

adalah di antara kandungan yang disenaraikan dalam kurikulum kebangsaan

selain daripada lukisan dan catan. Kandungan kurikulum seni memberi penegasan

untuk identiti dan rupa diri kebangsaan dalam struktur dan filosofinya. Bukan

sahaja seni tetapi mata pelajaran lain seperti sejarah, geografi, kesusasteraan telah

direncanakan untuk memberi tumpuan kepada kandungan tempatan. Tujuannya

ialah untuk mengembangkan perpaduan kebangsaan dalam masyarakat berbilang

kaum dan kebudayaan di Malaysia di samping menekankan aspek aksiologi

keilmuannya kepada generasi muda, sistem pendidikan adalah untuk menerapkan

nilai-nilai petriotisme di samping menghargai tradisional dan budaya sendiri.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

62

Page 63: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

‘Saya bukan manusia yang dilahirkan lalu mempunyai ilmu pengetahuan.

Namun saya adalah menusia yang menggemari warisan budaya lama serta

berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.’

(Konfucius : Lun Yu)

5.7. Cadangan

Demi untuk menghidupkan budaya kraf tangan- alat muzik Sheng ini, penyesuain

atau perubahan mengikut kehidupan moden harus dipertimbangkan mungkin

bukan dengan bentuk dan kegunaan asalnya tetapi satu pembaharuan dalam

pelbagai aspek tanpa menghilangkan jatidirinya. Contohnya alat muzik Sheng

zaman moden ini telah mengalami perubahan ketara dari segi penggunaan bahan

dan teknik membuatnya tetapi falsafah dan simboliknya yang terkandung

dalamnya tetap tidak berubah. Dari 17 paip buluh ditambahkan sehingga 36 paip (

campuran buluh dan logam) merupakan satu keperluan dalam bentuk yang baru

yang boleh mengembalikan kehidupannya dengan fungsi yang baru. Dari kajian

yang telah buat, didapati barang kraf mempunyai nilai yang amat tinggi dan

seharusnya dikekalkan.

Disebabkan unsur ‘ Perwarisan turun temurun’ akan peraturan akhlak dan kaedah

teknikal mencari keperluan asas kepada kewujudan kesenian tradisional . kita

perlu mencari cara bagaimana ianya boleh di garapakan dengan citarasa zaman

kini. Di bawah ini, penyelidik telah memetik beberapa cadangan dari pakar seni

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

63

Page 64: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Pensyarah DS 11, USM En. Baharudin Bin Mohd. Arus dalam kertas kerjanya

yang bertajuk “Kraftangan Tradisi Satu Transfomasi” :

5.7.1. Guru seni harus berilmu pengetahuan tinggi dalam bidang pendidikan

seni. Memahai kurikulum pendidikan seni dan seterusnya hubungan

matlamat dan objektif pendidikan seni visual dengan Falsafah Pendidikan

Negara. Mendidik pelajar bukan setakat kemahiran (psikomotor) dan ilmu

pengetahuan (kognitif), tetapi juga aspek efektif yang membolehkan

pelajar menghargai nilai-nilai, falsafah dan simbolik yang dibawa oleh

barangan kraf.

5.7.2. Untuk mempertingkatkan kraf tangan tradisi, perkara utama yang harus

dipertimbangkan ialah memberi pendidikan kepada tukang pandai dimana

kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan dengan meluas dalam

pendidikan seni visual secara akademik. Pendidikan yang formal

menekankan kepada teknologi pembuatan, sejarah serta falsafah

diutamakan di institusi latihan seperti yang berlaku di Bauhaus, di negara

Jerman pada 1930 .

5.7.3. Menggalakan budaya berkarya seni secara bebas dari peringkat tadika

hingga ke Institut Pengajian Tinggi.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

64

Page 65: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

5.7.4. Kurangkan elemen yang membentang kreativiti seperti dikalangan pelajar

dab perekabentuk dan pelukis dari elemen politik, budaya negetif dan

badan penapis. Pandai tukang serta aktivis kraftangan perlu melihat secara

ilmiah peranan pergerakan senilukis melahirkan rekabentuk yang avan

garde seperti rekabentuk Italy diilhamkan oleh arcawan organic seperti

Han Arp, Calder dan Joan Miro pada tahun 1950an.

5.7.5. Menggalakkan strategi kemahiran KBKK (Kemahiran Berfikir secara

Kreatif dan Kritis). Pelajar bukan sahaja melukis atau berkarya tetapi

menggalakan mereka membuat refleksi dan sentiasa memperbaiki diri.

5.7.6. Pihak kerajaan harus memperkenalkan atau mengadakan promosi yang

lebih melalui siaran televisyen dan radio, menjemput pandai tukang

tempatan atau luar negeri untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran

tentang seseuatu barangan kraf.

5.7.7. Menggalakkan pandai tukang membuat penyelidikan makmal serta R&D.

tanpa penyelidikan makmal maka tidak lahir penemuan baru dan

kehilangan identiti sesuatu barang kraf akan wujud.

5.7.8. Pendidikan Seni mesti diberikan sama taraf dengan mata pelajaran lain

seperti sains dan bahasa. Tidak ada jalan rentas untuk mendidik pencipta

atau pereka bentuk yang kreatif William Morris, Lazly Moholy Nagy dan

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

65

Page 66: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Aero Seranen. Tanpa pendidikan seni yang mantap seseorang pelajar tidak

akan berupaya untuk menjadi seniman yang kreatif dan dedikasi terhadap

seninya. Proses pengajaran dan pembelajaran seni visual secara insentif

amat penting untuk mendidik pelajar berkemahiran dan inovatif.

5.7.9. Memperbanyakkan lagi Intitut Pengajaran Tinggi Awam menawarkan

banyak kursus berhubung dengan kraftangan, bahan budaya dan reka

bentuk kraftangan atau teknologi rekabentuk. Kursus ini menekankan

kepada penggarapan sains dan teknologi dalam mereka bentuk kraftangan

berinovatif. Contohnya Bauhaus di Jerman dan Royal School of Art telah

berjaya meletakkan kraftangan dari seni gunaan kepada seni murni tinggi

'‘High Art'’atau '‘Craft Art”.

5.7.10. Satu badan NGO atau pihak kerajaan seperti Perbadanan Kraftangan

Negara dan Kementerian Pelancungan mengenalpasti pandai tukang serta

individu yang membuat kraftangan secara kecilan yang berpotensi untuk

dipertingkatkan. Badan ini juga membuat promosi yang bersungguhan

untuk kraftangan keperingkat antarabangsa. Pihak swasta pula harus

menyalurkan bantuan kewangan serta peralatan kepada pandai tukang

yang dikenalpasti tanpa mengira bahantara yang diusahakan.

5.7.11. Jabatan Muzium dan Galeri menubuhkan galeri disetiap bandar seluruh

negara bagi menempatkan produk kraftangan tempatan yang disamping

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

66

Page 67: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

menjalankan bengkel dan promosi untuk masyarakat serta pelancung.

Kaedah ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat umum sambil

menanamkan kesedaran.

RUJUKAN

1996. Ensikopedia Malaysiana, Jilid 3, 7, 8, 13. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd. (Syarikat Kumpulan EBIZA)

1996. Glosari Seni Muzik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.15

1998. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2000. Kumpulan Esei Pilihan: Pendidikan Seni dan Muzik. Perak: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian.

Ann Wan Seng. 1996. Kepercayaan Orang Cina. Selangor: Farja Bakti.

Anthony Baines. 1992. The Oxford Companion to Musical Instruments. Oxford New York.

Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Suffian Mansor, Zulkanain Abd. Rahman. 2000. Titas 2:Siri Sejarah Fajar Bakti. Selangor. : Fajar Bakti.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

67

Page 68: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Baharudin Bin Mohd. Arus. 2000. Kraftangan tradisi satu transformasi. Dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur.

Cheu Hock-Tong. 2000. Confucianism in Chinese Culture. Selangor: Pelanduk Publications.

Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989. Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Frank Ll. Harrison and Joan Rimmer. 1964. Antique Musical Isstruments and Their Players. New York.

Hassan, Fauzura & Ismail. 2000. 5000 Alam Mutiara Kata. Selangor: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

Ismail Bin Hj. Ibrahim. 2000 Simbolisme Dalam Rekaan Corak Tradisi Murut. Dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur.

Karen Foster. 1992. Making Music. UK: Merlion Arts Library Pub. Ltd.Law Tong Sheng. 1992. Zhong Guo Yue Qi Tu Jian. Negeri China: Kementerian

Pendidikan Sang Tong.

Maggle Oster. 1995. Bamboo baskets. USA: Viking Studio Book.

Mary Tregear. 1997. Chinese Art. London: Thames and Hudson Ltd.

Mohd. Nor Ismail & Mohd Arifin Muda. Buluh Dalam masyarakat Melayu Tradisional. Muzium Negeri Terengganu.

Muhammad Afandi Yahya. 1995. Simbolisme dalam Seni Bina Rumah Melayu Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Obaidellah Haji Mohamad. 1994. Lun Yu Pembicaraan Confucius. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Patricia Matusky, Tan Sooi Beng. 1997. Muzik Malaysia: tradisi Klasik, rakyat dan sinkretik. Pulau Pinang: The Asian centre.

Robert Dearling. 1996. The Illustrated Encyclopedia of Musical Instruments. London: Carlton Books Limited.

S. H. Nasr. 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail. 1986. Rekabeentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

68

Page 69: ABSTRAK - Cikgu Salsabila Tang | Seni Itu Indah · Web viewMenurut Ahmad Mahdzan Ayob penyelilikan adalah ‘usaha-usaha teraturbagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang

Siti Zainon Ismail. 1989. Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Sooi Beng. 1999. Penghantar Muzik Malaysia Buku: Patricia Matusky The Asia – Centre. hal. 184-185

Tan Sooi Beng. Alat Orkestra Cina Moden Malaysia: Satu Pengenalan. Masakini.

Valery M. Garrett. 1996. Antiques Arts & Crafts in Hong Kong. Singapore: Times Editions Pte Ltd.

Wen Hua Kui Bao: Cheng Yu Gu Shi Da Bai Ke. Kuala Lumpur. : Agent’s Digest.

William P. Malm. 1996. Music Cultures Of The Pacific The Near East and Asia. New Jersey: Prentice Hall, Upper Saddle River.

Zakaria Adnam. 1984. Seni Lukis Satu Penghantar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zubir Ali. 2000. Alat Muzik Tradisional Melayu Dalam Perspektif Islam. Dalam Alat Muzik Tradisional: Daya dan Bunyi. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

http://members.tripodasia.com.my/hida/MUZIK_CHIN11

http://www.music.upm.edu.my/~minni/mzk3000/china

http://www.shef.ac.uk/uni/academic/I-M/mus/staff/js/AdInstr.html

http://www.paulnoll.com/mus-xiao.html

http://www.trfn.org/free-reed/history/sheng.html

Salsabila Tang AbdullahGuru PSV SMKSR

69