pengenalan asas fesyen1

2
PENGENALAN ASAS FESYEN APA ITU FESYEN Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain) Keinginan Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan.Tujuan kita menutup badan untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri. Medium Komunikasi Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat. Ekspresi Diri Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah ssesuatu yang subjektif. setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang lain. Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain.

Upload: rinnc

Post on 03-Feb-2016

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengenalan Asas Fesyen1

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan Asas Fesyen1

PENGENALAN ASAS FESYEN

APA ITU FESYEN

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik, tingkah laku dan

sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa.

Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara

berpakaian dan lain-lain)

Keinginan

Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian

daripada asas kehidupan.Tujuan kita menutup badan untuk kelihatan sopan, tetapi

perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pada

asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini

kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan, tetapi pilihan kita dalam berpakaian

dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri.

Medium Komunikasi

Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya

melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orientasi

politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Tekanan daripada rakan-rakan

dan perubahan gaya hidup juga mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima

pada sesuatu masa, zaman atau kelompok masyarakat.

Ekspresi Diri

Setiap gaya adalah luahan rasa si pemakainya. Idea dan cita rasa adalah ssesuatu yang

subjektif. setiap individu inginkan identiti tersendiri, tidak mahu dikongsi dengan orang

lain. Masyarakat kini juga tidak mahu meniru dan menjadi klon orang lain.

Fesyen adalah sesuatu yang ceria, ekspresi diri dan juga mengenai pilihan individu.

Fesyen sepatutnya membuatkan kita lebih menarik kreatif dan yakin terhadap diri dan

apabila berhadapan dengan masyarakat. Setiap individu berhak berfesyen ikut

kemampuan dan cita rasa. Apa pun ia perlu disesuaikan dengan budaya, latar belakang

masyarakat.

Page 2: Pengenalan Asas Fesyen1

Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah pergi

jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru mungkin

datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti mungkin dari Kuala

Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea pereka.

Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh

mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau

fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi

kegilaan peminat fesyen.

Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya

berlaku terlalu cepat, sesuatu yang in fashion boleh bertukar menjadi out of fashion

pada bila-bila masa sahaja. apa yang kita lihat, mungkin pereka membuat perubahan

mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya akan diterima

masyarakat jika ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau dekad pada waktu

tersebut. yang pasti, manusia akan terus-terusan menikmati keseronokan evolusi

fesyen, mengapa tidak?

 That's the beauty of fashion...anda bagaiamana pula? Tepuk dada tanya selera!.